RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Tiz Zaqyah tidak lagi sembunyi kisah cinta

Posted: 25 May 2014 04:25 AM PDT


  •  Tiz Zaqyah Tiz Zaqyah

PENGALAMAN hidup banyak mengajar dirinya berubahmenjadi seorang yang lebih baik. Akui prinsip yang dipegang sebelum ini lebih membebankan dirinya.

Namun, seiring dengan kedewasan danpengalaman lalu, kini pelakon Tiz Zaqyah dilihat lebih bersikap terbuka dan selesa berkongsi kisah hidupnya.

Enggan berkongsi kisah peribadi terutamanya hubungan cinta, itulah prinsip tegas yang dipegang oleh pelakon popular, Tiz Zqyah.

Namun pendirian itu mula berubah apabila bintang Nur Kasih kini lebih terbuka berbicara soal peribadi dan kisah cintanya bersama jejaka pilihannya, Daniel Haziq.

Akui lebih senang berterus terang, Tiz tidak mahu lagi menyembunyikan sesuatu daripada peminatnya.

"Memang sebelum ini saya agak tegas untuk membicarakan kisah peribadi tapi pada masa yang sama saya rasa lebih terbeban.

"Sekarang semuanya berbeza. Saya lebih selesa sebab tidak perlu sembunyikan apa-apa lagi terutamanya kepada pihak wartawan dan peminat.

"Walaupun saya tahu, mungkin masih ada kritikan yang bakal dilemparkan tapi bebanan itu lebih ringan daripada sebelum ini" ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Biarpun sudah lebih kurang setahun menjalinkan hubungan cinta, Tiz memberitahu mereka masih belum membuat perancangan ke alam perkahwinan.

"Naluri wanita pasti ada keinginan untuk ke arah itu. Begitu juga dengan saya sendiri.

"Tapi buat masa ini kami belum ada perancangan. Kalau ia akan berlaku, saya akan beritahu sebab ini berita baik," katanya yang nafi akan mengakhiri zaman bujangnya tahun ini.


Kenangan bersama Jericho, Aaron

Beralih pada karier lakonannya, Tiz kini baru sahaja tamat menjalani penggambaran drama bersiri Astro 'Kusinero Cinta' yang turut dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Jericho Rosales.

"Saya akui tawaran inilah antara tawaran lakonan yang terbaik yang saya lakukan.  Sepanjang menjalani penggambaran drama ini, pelakon dan krew seperti sebuah keluarga.

"Walaupun ia makan masa yang panjang kerana ia 60 episod tapi disebabkan kerjasama yang baik, penggambaran ini dapat berjalan dalam suasana yang seronok," ujarnya berkongsi pengalaman menjalani penggambaran drama itu.

Tambah Tiz, digandingkan bersama dua aktor hebat seperti Aaron dan Jericho banyak memberi pengalaman berharga buat dirinya.

"Ini kali pertama saya berlakon dengan Jericho. Saya tidak sangka dia seorang pelakon yang merendah diri biarpun sudah bertaraf antarabangsa.

"Begitu juga dengan Aaron. Banyak perkara yang positif terutamanya dari segi karier lakonan yang saya belajar daripada mereka.

"Boleh dikatakan inilah pengalaman manis buat saya," katanya.

Nad Zainal & Zoey Rahman Bercinta Dalam 'Tuan Rumah Pembantu Rumah'

Posted: 25 May 2014 04:24 AM PDT


Nad dna Zoey Rahman sebagai teraju utama drama Tuan Rumah Pembantu Rumah.
PETALING JAYA: Drama terbaharu slot Dramedy berjudul Tuan Rumah Pembantu Rumah bakal disiarkan bermula 31 Mei ini, setiap Sabtu dan Ahad pada pukul 6 hingga 6.30 petang.
Drama adaptasi novel karya Orkid Edliyne ini bersiaran selama 24 episod dan dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Nad Zainal, Zoey Rahman, Hisyam Hamid, Syafiq Kyle dan Ramona Zamzam.

Tuan Rumah Pembantu Rumah ini diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd ini diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) yang mengisahkan tentang Intan Asha Areen iaitu lakonan Nad Zainal yang kecewa dengan tunangnya, Taufeeq lakonan Hisyam Hamid kerana mempunyai wanita lain.

Kemudian Areen mengambil keputusan untuk membawa diri bagi menenangkan hatinya. Dia mahu melupakan kisah sedih itu dan memulakan hidup baharu.

Areen mendapat pekerjaan sebagai pembantu rumah di rumah Puan Juria (Aleza Shadan) dengan memperkenalkan dirinya sebagai Asha dan merahsiakan identiti sebenar.

Ketika bertugas sebagai pembantu rumah, Areen sentiasa dibuli oleh anak tuan rumah iaitu Emir (Zoey Rahman) yang menganggapnya sebagai lurus bendul.

Bagaimanapun, pertengkaran dan sikap benci akhirnya bertukar menjadi cinta selepas kedua-dua mereka terlibat dalam satu insiden di rumah.

Dalam pada itu, Emir turut menghidu sesuatu yang tidak kena dengan Areen dan mulan menyiasat latar belakang wanita itu.
Saksikan siri baharu slot Dramedy ini bermula 31 Mei ini, pada pukul 6 petang setiap Sabtu danAhad.

Hairul Azreen Tubuh Kelab Peminat

Posted: 25 May 2014 04:22 AM PDT


Hairul Azreen bakal bercuti ke Barcelona bersama empat selebriti lain dengan tajaan Air France dan Refflesia.
PETALING JAYA: Pelakon Hairul Azreen mengakui pada awalnya tidak yakin mempunyai peminat sendiri sehingga dia didatangi seorang wanita yang meminta kelulusannya untuk menubuhkan sebuah kumpulan peminat yang diberi nama Kapten Hairul Skuad sejak setahun yang lalu.
Hairul, 26, berkata, sehingga kini lebih 100 orang peminat menanggotai kumpulan tersebut dan mereka sering menganjurkan aktiviti sukan dan percutian bersama-sama.

"Pada mulanya saya menolak kerana tidak yakin ada orang yang ingin sertai, lagi pula saya tidak ada masa untuk uruskan kelab itu nanti.

"Namun seorang wanita datang untuk meminta keizinan saya bagi menguruskan kelab tersebut, akhirnya saya bersetuju dan saya serahkan pada mereka untuk mengatur segala aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan," katanya.

Tambah Hairul, kumpulan tersebut menjalankan beberapa aktiviti sukan lasak setiap kali dia mempunyai kelapangan daripada sebarang penggambaran.

Sementara itu, dia juga mengakui kebanyakan ahli kumpulan tersebut adalah daripada kalangan wanita.

"Ada beberapa aktiviti yang sering dijalankan seperti aktiviti bermain paintball dan tahun lalu kami bercuti bersama ke Beijing dan kami bakal bercuti bersama di Pulau Tioman,

"Kebanyakan ahli adalah kalangan wanita dan saya tidak sangka mereka turut meminati sukan lasak," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hairul baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Misiku Kuza musim ke-2.

Dia juga turut menyertai rombongan selebriti ke Barcelona dengan penerbangan Air France anjuran Rafflesia pada 23 Jun hingga 30 Jun 2014 bersama empat orang artis lain iaitu Tasha Shilla, Fizo Omar, Kamal Adli dan Miera Liyana.

Aaron Aziz Diumum Bintang Paling Popular 2013

Posted: 25 May 2014 04:21 AM PDT


Aaron Aziz.
PUTRAJAYA: Pelakon Aaron Aziz  dipilih sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) apabila mengungguli undian tertinggi pada majlis tersebut dengan memperoleh 76,742 undi.

Aaron turut menerima trofi Pelakon Filem Lelaki Popular pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Sabtu.

Ia adalah kemenangan kedua buat pelakon itu selepas memenangi anugerah sama pada 2011.

Kemenangan itu membolehkan Aaron membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Teana sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Nakita Gold & Diamond dan jam tangan Tendence.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada Datuk Rahim Razali mengiktiraf sumbangan dan jasa mereka dalam bidang seni selama 50 tahun.

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM.
Hafiz menepati ramalan apabila merangkul anugerah Penyanyi Lelaki Popular manakala Akim menerima Artis Duo/Berkumpulan Popular bersama Stacy.

Dalam pada itu,Siti Saleha mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara itu, Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi oleh Stacy dan Akim manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Stacy.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Shah Iskandar dan Siti Saleha.

Pelawak Achey memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala Zara Zya meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.
Stacy menerima anugerah Penyanyi Wanita Popular.

Pelakon Jihan Musa pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala Jep Sepahtu memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Johan Raja Lawak bagi stesen Era FM dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM.

Sementara itu, pelakon dan pengacara Neelofa berjaya merangkul anugerah Pengacara TV Wanita Popular pada tahun ini.

Manakala Datuk AC Mizal merampas gelaran Pengacara TV Lelaki Popular yang sebelum ini disandang oleh Datuk Aznil Nawawi.
Siti Saleha membawa pulang dua trofi.

Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh Fara Fauzana, Amy Mastura, Shahrol (Shiro) dan Ajak (Shiro) selain beberapa penyampai jemputan seperti Fizz Fairuz, Almy Nadia, Emma Maembong, Zizan Razak, Nasir Wahab dan Lana Nordin.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Mawi, Ac Mizal, Zainal Abidin, Hazama Dayang Nurfaizah dan Tegar.

ABPBH 2013 edisi ke-27 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Senarai penuh pemenang ABPBH-2013

1) BINTANG PALING POPULAR: AARON AZIZ

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: HAFIZ

3) PENYANYI WANITA POPULAR: STACY

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: STACY & AKIM

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: ACHEY

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: ZARA ZYA

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: AARON AZIZ

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: SITI SALEHA

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: SHAH ISKANDAR

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: SITI SALEHA

11) ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR: JEP SEPAHTU

12) ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR: JIHAN MUSA

13) PENGACARA TV LELAKI POPULAR: AC MIZAL

14) PENGACARA TV WANITA POPULAR: NEELOFA

15) PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR: JOHAN RAJA LAWAK (Era FM)

16) PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR: FARA FAUZANA (Hot FM)

ANUGERAH KHAS

1) ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: DATUK RAHIM RAZALI

Khadijah Ibrahim Rai Kaum Ibu Sempena Hari Ibu

Posted: 25 May 2014 04:20 AM PDT


Khadijah dan Ramli berduet lagu hit mereka Doa Buat Kekasih. 
KUALA LUMPUR: Seramai 100 orang kaum ibu diraikan bersempena majlis Raikan Hari Ibu Bersama Datuk Khadijah Ibrahim yang diadakan di restoran Khadijah's Kitchen dekat sini pada Sabtu.

Penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim berkata, beliau sangat berbesar hati dapat meraikan golongan wanita yang bergelar ibu pada majlis berkenaan sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
"Bukan semua orang masih bertuah mempunyai ibu dan peluang ini saya ambil untuk meraikan mereka dalam sebuah majlis istimewa supaya mereka rasa dihargai dan disayangi.

"Saya cukup gembira apabila ruang Khadijah's Kitchen pada hari ini meriah dengan kehadiran mereka selain dapat menggembirakan mereka dengan makanan tengah hari dan persembahan istimewa daripada saya dan artis undangan," katanya.

Khadijah bergandingan dengan anak-anaknya pada persembahan petang itu.

Turut memeriahkan acara tersebut adalah Datuk Ramli Sarip, Imuda, Hasnol dan Hadee.
Dalam pada itu, Khadijah berkata, majlis itu bertambah istimewa apabila ia turut disertai oleh anak-anak daripada Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang daripada Rawang Selangor.

Malah kata Khadijah, sebahagian daripada kutipan majlis Raikan Hari Ibu Bersama Datuk Khadijah Ibrahim akan disumbangkan kepada pertubuhan tersebut sebagai salah satu kerja amal pihaknya dan Khadijah's Kitchen.

"Majlis ini bukan sahaja tentang meraikan golongan ibu tetapi juga anak-anak yang kurang bernasib baik dan tidak mempunyai ibu dan bapa. Kami bawa mereka pada acara ini kerana ingin mereka tahu ramai yang ambil berat dan sayangkan mereka.
Peminat dan tetamu memenuhi segenap ruang Khadijah's Kitchen.

"Alhamdulillah, sebahagian kutipan daripada jualan tiket untuk majlis tersebut akan disumbangkan kepada pertubuhan berkenaan," ujarnya.

Sementara itu, salah seorang peminat yang hadir pada petang itu sanggup membida sebanyak RM5,000 untuk melihat Khadijah dan Ramli mendendangkan lagu duet mereka berjudul Doa Buat Kekasih.

Jelas Khadijah, dia sangat terharu dengan kesudian peminatnya itu membelanjakan wang berkenaan untuk melihatnya dan Ramli menyanyikan lagu tersebut dan memberitahu wang berkenaan akan diserahkan kepada Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang.

"Inilah istimewanya majlis sebegini kerana sambil kita dapat berhibur dapat juga sumbangkan sesuatu kepada pihak memerlukan dan saya sangat menghargai jasa peminat yang datang dan sudi melakukan kerja amal seperti itu," jelasnya.
Kemunculan Ramli Sarip mendapat tepukan gemuruh terutama semasa beliau mendendangkan lagu Kamelia.

Dalam perkembangan sama, Khadijah mendapat sorakan peminat dan tetamu yang hadir apabila beliau dan anak-anaknya yang bertindak sebagai penyanyi latar mendendangkan lagu-lagu popularnya termasuk Ku Pendam Sebuah Luka.

Malah penyanyi bersuara emas itu turut menyampaikan lagu Getaran Jiwa versi baharu selain lagu seperti Mencintaimu dan You've Got A Friend nyanyian asal Carole King.

Pada acara tersebut penyanyi popular 90-an, Hasnol turut menyampaikan beberapa buah lagu termasuk lagu hitnya, Laguku Untukmu pada acara tersebut.

Kemunculan Papa Rock dipentas untuk set solonya mendapat sorakan gemuruh apabila penyanyi itu menyampaikan lagu popularnya, Kamelia.

Uncle Best sasar miliki 2,000 kios

Posted: 25 May 2014 04:17 AM PDT


  • Saiful Nizam menunjukkan ayam gunting Uncle Best yang menjadi antara produk terlaris syarikatnya.Saiful Nizam menunjukkan ayam gunting Uncle Best yang menjadi antara produk terlaris syarikatnya.

SYARIKAT pembekal produk ayam gunting, Uncle Best Mart Sdn Bhd menerusi jenama Uncle Best Fried Chicken (Uncle Best) menyasarkan untuk mempunyai 2,000 kios di seluruh negara menjelang 2015.

Pengarah Uncle Best, Saiful Nizam Zakaria berkata, sehingga kini, Uncle Best mempunyai 500 kios di seluruh negara kecuali di Sabah dan Sarawak.

"Kami sudah berurusan dengan beberapa individu yang berminat untuk membawa produk kami di kedua-dua negeri itu. Tetapi ia masih dalam proses rundingan.

"Masalah utama kami adalah untuk membawa bahan mentah seperti ayam masuk ke sana," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya di Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada masa ini, Uncle Best mempunyai stokis hampir setiap negeri di Semenanjung.

Menurut Saiful Nizam, syarikat itu juga membuka peluang perniagaan kepada mana-mana individu yang berminat untuk membuka kios di pusat membeli belah pada masa akan datang.

"Bagi perancangan masa depan syarikat, kami turut mencari pelabur luar dari China dan Indonesia yang ingin membawa produk kami ke negara-negara besar di Asia.

"Kami juga berhasrat untuk menerokai pasaran Brunei dan Singapura," katanya.

Mengulas berhubung jualan, Saiful Nizam berkata, setiap satu kios Uncle Best mampu menjual 300 hingga 400 keping ayam sehari dengan harga RM6 sekeping.

Saiful Nizam  berkata, syarikatnya juga bakal memperkenalkan dua menu baharu iaitu Ikan Crispy dan Ayam Gril dalam tempoh terdekat.

Keputusan terkini Anugerah Bintang Popular

Posted: 25 May 2014 04:11 AM PDT


  • ABPBH2013

BERIKUT ialah keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2013)

1. Artis Baru Lelaki Popular - Achey
2. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Stacy & Akim
3. Artis Komedi Wanita Popular – Jihan
4. Chef Selebriti Paling Popular – Chef Wan
5. Gandingan Serasi Di Layar – Zara Zya & Azlee Khairi
6. Pelakon TV Lelaki Popular – Shah Iskandar
7. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
8. Artis Berpengaruh di Laman Sosial – Datuk Siti Nurhaliza
9. Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan
10. Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa.
11. Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular – Sofi Jikan
12. Artis Komedi Lelaki Popular – Jepp
13. Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
14. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato' Rahim Razali
15. Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha
16. Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
17. Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
18. Penyanyi Wanita Popular - Stacy
19. Artis Lelaki Stailo – Awal Ashaari
20. Aksi YouTube Paling Popular – Mat Luthfi
21. Anugerah Bintang Paling Popular – Aaron Aziz

Coklat Cadbury ada DNA babi

Posted: 25 May 2014 04:06 AM PDT


INILAH dua produk coklat jenama Cadbury yang mana sampel coklat jenis sama dikesan mengandungi DNA babi oleh Kementerian Kesihatan.


KUALA LUMPUR - Dua sampel produk coklat jenama Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dikesan Kementerian Kesihatan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya telah melakukan analisis DNA babi pada tiga sampel coklat Cadbury untuk tujuan pemantauan baru-baru ini.
"Keputusan analisis mendapati sampel Cadbury Dairy Milk Hazelnut bernombor kelompok 200813M01H I2 bertarikh luput 13 November 2014 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015 dikesan mengandungi DNA babi,
"Satu lagi sampel coklat iaitu Cadbury Dairy Milk Chocolate bagaimanapun tidak dikesan mengandungi DNA tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurutnya, pengeluar coklat terbabit, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan menarik balik produk-produk tersebut daripada pasaran dengan kadar segera.
"Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya," katanya.
Pengguna boleh mengemukakan sebarang soalan kepada Kementerian Kesihatan melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories