RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


"Hafiz Hamidun Bukan Lelaki Idaman Saya" - Heliza Helmi

Posted: 09 May 2014 05:57 AM PDT


vwew
Heliza lebih selesa hidup solo buat masa ini.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Heliza Helmi berharap namanya tidak lagi dikaitkan dengan artis Hafiz Hamidun kononnya mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Heliza, 28, berkata, Hafiz bukanlah ciri-ciri lelaki yang diimpikannya untuk dijadikan suami tetapi dia lebih menganggapnya sebagai seorang abang yang boleh memberi nasihat selain rakan seangkatan dalam bidang muzik tempatan.

"Saya tidak faham mengapa orang suka mengaitkan saya dengan Hafiz sedangkan tiada apa yang berlaku pun di antara kami.

"Dia bukanlah ciri-ciri lelaki yang saya mahukan sebaliknya saya anggap dia sebagai abang dan rakan kerja dalam industri seni muzik," katanya.

Ditanya apakah ciri-ciri lelaki idamannya, Heliza enggan mengulas mengenai perkara itu kerana risau jika ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaku dialah lelaki yang dimaksudkan.

"Saya tak mahu cakaplah apa ciri-cirinya. Sebelum ini saya pernah menyatakan lelaki yang macam mana saya suka dan ada individu ini tampil dan berkata dia adalah lelaki yang saya cari. Takutlah," selorohnya.

Dalam pada itu Heliza yang semakin aktif bergelar penceramah motivasi berharap, penjelasan berkenaan akan memuaskan hati semua pihak dan selepas ini tidak ada lagi pihak yang bertanyakan hal serupa berhubung hubungannya dengan Hafiz Hamidun.
ew
Hafiz Hamidun

Dalam pada itu Heliza berkata, dia masih lagi hidup solo dan menganggap masih belum tiba masanya untuk mempunyai pasangan hidup.

"Sekarang ini saya terlalu sibuk dengan dua projek iaitu pembikinan album solo berjudulJom dan lagi satu adalah album duet bersama Salima (AF4).

"Menariknya album Jom yang berkonsepkan kerohanian dan zikir turut melibatkan adik saya sendiri, Hazwan Helmi sebagai komposer dan rakan duet. Setakat ini material semuanya sudah siap, tinggal nak rakam sahaja.
"Untuk album mini bersama Salima pula, kami tampilkan sebanyak tiga buah lagu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Heliza sibuk dengan perniagaan baju muslimahnya, Falah Abiyana bersama rakan niaga yang juga pembaca berita TV AlHijrah iaitu Finaz Yunus.

Hidayah buat Felixia Yeap

Posted: 09 May 2014 05:56 AM PDT


  • Felixia YeapFelixia Yeap

SELALUNYA, berpakaian menutup aurat apatah lagi berhijab sangat sinonim dengan wanita Muslimah.

Tetapi, berlainan pula bagi gadis berbangsa Cina dan pemilik nama Yeap Chin Yee atau lebih mesra disapa sebagai Felixia Yeap ini.

Biarpun pernah digelar simbol seks sebelum ini, kini bekas model majalah Playboy Bunny ini kelihatan lebih ayu dan jelita bak wanita Muslimah di luar sana.

"Bagi saya, dalam menutup aurat, ia bukanlah tertakluk kepada mereka yang beragama Islam saja.

"Ini kerana, saya sering kali melihat wanita yang beragama Islam tidak menutup aurat.

"Saya percaya, agama Islam tidak pernah menghalang mana-mana wanita untuk menutup aurat dengan sempurna asalkan mereka tidak menyalahgunakan cara pemakaian itu," katanya kepada Zass dalam satu sesi fotografi, baru-baru ini.

Begitu pun, sesuai dengan perubahan imejnya itu, anak kelahiran Ipoh, Perak ini mengumumkan bakal mengucap dua kalimah syahadah menjelang Ramadan ini bersempena dengan ulang tahun kelahirannya Julai depan serta tidak sabar-sabar menjalani ibadah puasa.

Mengulas lanjut, gadis jelita ini menjelaskan, dia tidak berniat untuk menangguhkan niat suci tersebut sebaliknya memerlukan lebih masa bagi mendalami agama ALLAH SWT itu.

"Saya masih lagi dalam peringkat mengenali agama Islam.
"Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama.

"Malah, jika berkesempatan, saya ada menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih memahami mengenai Islam," kata bekas finalis Dewi Remaja ini.
Pun begitu, dia menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Tuhan.
"Saya tidak menyangkal sebarang kemungkinan akan memeluk agama Islam, tetapi apa yang saya ingin katakan kepada semua, adalah untuk berserah kepada ketentuan Tuhan.
"Ajaran Islam itu tidak pernah berunsurkan desakkan atau gesaan. Saya tidak mahu terburu-buru memeluk Islam hanya kerana desakkan orang ramai yang bukan berada di dalam situasi saya," katanya.


Felixia Yeap kini lebih dihormati

'Kerakusan manusia'. Mungkin dua perkataan itu boleh menggambarkan akan situasi sebenar yang dialami oleh Felixia Yeap.

Masakan tidak, model Playboy Bunny pertama berwarganegara Malaysia itu boleh 'bertukar' sehingga 360 darjah dalam membawa perubahan imej terkininya, menutup aurat dan bertudung litup.

"Setelah hampir 10 tahun berkecimpung dalam dunia peragaan, saya tidak nafikan banyak perkara tidak manis pernah dilihat. Bukan saja melihat, malah saya juga mengalaminya sendiri.

"Lebih-lebih lagi, apabila haluan peragaan yang saya terjerumus dulu, memerlukan modelnya berimej seksi dan 'hot' untuk mendapat lebih kerja.

"Ketika itu, tiada unsur agama hadir dalam hidup saya.

"Saya kecewa dengan individu yang mendekati atas tujuan mengambil kesempatan dan bukannya kerana prestasi kerja, keperibadian dan disebabkan perkara ini juga saya sering dipandang remeh," katanya.

Jelasnya, situasi berkenaan membuatkan dia sedih dan tertekan sekali gus mula memberi sepenuh tumpuan kepada penampilan wanita Muslimah.

"Saya tahu diri saya lebih berharga daripada itu. Saya berhak untuk dihormati dan bukannya hanya dipandang sebagai simbol seks semata-mata.

"Setelah saya mula memberi perhatian terhadap wanita berhijab, saya merasakan mereka jauh lebih anggun, cantik dan manis dipandang semua.

"Malah setelah saya mulai berhijab, golongan Adam yang mengacau sudah berkurangan.

"Saya tidak lagi dipandang pada aset fizikal sebaliknya mulai dilihat dari segi keperibadian, cara pemikiran, intelek dan bakat," jelasnya.

Pada masa sama, Felixia berharap menjadi satu contoh dan teladan yang lebih baik kepada semua.

Duta butik Neng Geulls ini juga bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada keluarga terutama ibunya.
"Sejak berhijab, ibu menyaksikan sendiri perubahan ketara yang dialami.

"Jika dulu, saya seorang panas baran dan berfikiran sempit, kini jauh lebih tenang dan berfikiran lapang serta terbuka.

"Saya gembira atas perubahan positif dan lebih seronok apabila ibu dapat menerima saya seadanya," kata pengamal diet pescetarian iaitu yang hanya memakan makanan laut, telur, tauhu dan sayur ini.


Perubahan imej sekat punca rezeki?
Pada masa sama, penghijrahan imejnya itu turut terkena tempias kepada lubuk rezekinya.
Bagaimanapun, si cantik manis ini tidak menganggap situasi berkenaan sebagai satu masalah besar, sebaliknya dia bersedia dengan segala kemungkinan.

"Mungkin ada yang menganggap saya pelik dan tidak masuk akal, tapi saya lebih suka mengambil sikap suka berserah dan reda mengharungi pelbagai cabaran.

"Saya lebih sayangkan diri dan kehormatan saya sebagai seorang wanita. Tidak pernah saya sangka walau segenap detik pun yang sebaliknya akan berlaku.

"Sehingga kini, saya sentiasa bersyukur dengan berkat dan rezeki yang dikurniakan," katanya yang belajar memakai hijab melalui laman sosial You Tube.

Malah, Felixia juga bakal bergelar usahawan apabila kini sedang merancang untuk memulakan bisnes fesyen pakaian Muslimah suatu hari nanti.
Dalam pada itu, gadis berusia 28 tahun ini memberitahu dia telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

"Asalnya, saya rancang untuk berkahwin sebelum berumur 25 tahun, tapi manusia hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya.
"Paling utama, lelaki pilihan saya itu mestilah boleh membimbing saya dalam semua hal termasuk hal agama dan duniawi," katanya yang turut berminat pada jejaka yang matang dalam semua perkara.


Nikah kita bercinta

Dalam perkembangan lain, model profesional ini turut meluaskan lagi kariernya melalui percubaan pertamanya dalam bidang lakonan.

Malah, telefilem pertama lakonannya, Nikah Kita Bercinta, gandingannya dengan aktor meningkat naik, Azlee Khairi mendapat sambutan yang cukup positif daripada peminatnya.

"Saya sudah lama ingin berlakon tetapi tidak pernah mendapat watak yang sesuai dan diinginkan.

"Watak yang saya inginkan ialah watak gadis seperti saya, kerana saya berharap watak seperti saya sendiri boleh mengeratkan silaturahim antara kaum-kaum di Malaysia dan menggalakkan lebih ramai gadis untuk menutup aurat tidak kira agama atau kaum," kata duta Seri Emas ini.
Mengakui menerima kritikan melalui cubaan kali pertamanya itu, Felixia percaya ia adalah perkara biasa yang perlu dihadapi.

"Nikah Kita Bercinta, adalah cubaan pertama saya. Saya sememangnya tiada langsung pengalaman berlakon dan bersedia untuk menerima semua kritikan yang membina ini.
"Saya sangat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menunjukkan bakat saya dan lebih manis lagi apabila diberi peluang untuk memegang watak utama dalam telefilem pertama ini.
"Saya berharap dapat memperbaiki mutu lakonan saya dari semasa ke semasa," katanya.

Felixia kini terbabit dalam penggambaran drama bersiri Sarafina arahan Along Kamaluddin di samping aktor Amar Asyraf, Josiah Hogan dan Sari Yanti.

Rawatan Penyakit Batu Karang Sharifah Zarina Tidak Berhasil

Posted: 09 May 2014 05:55 AM PDT


sharifah zarina
Sharifah Zarina.
PETALING JAYA: Penyanyi Sharifah Zarina menghidap penyakit batu karang dan usaha membuangnya tidak berhasil.

Sharifah Zarina, 32, berkata, dia telah menjalani rawatan laser bagi membuang batu karang tersebut pada 24 April lalu, di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini.

Saya pernah membuang batu karang pada tahun 2006 lalu melalui beberapa rawatan, tetapi tidak sangka ia jadi semula, malah lebih besar daripada sebelum ini.

"Pada 24 April lalu saya menjalani rawatan laser untuk membuangnya, namun dua minggu selepas itu ia masih lagi ada dan pihak hospital akan buat semula pemeriksaan untuk mencari jalan lain membuangnya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambah penyanyi Langit Ke Tujuh ini, kedudukan batu karang yang terletak dalam buah pinggangnya membuatkan ia tidak boleh dibuang melalui kaedah pembedahan.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak pernah mencuba rawatan tradisional sebagai cara alternatif yang kebiasaan digunakan segelintir pesakit batu karang.

"Batu karang yang saya hadapi ini agak rumit untuk dibuang kerana ia jauh di bawah buah pinggang dan hanya beberapa kaedah sahaja yang boleh dilakukan.

"Rawatan laser yang saya buat pun tidak berkesan dan sekarang mereka sedang fikir cara lain, kalau boleh saya tidak mahu melakukan laser lagi sebab ia sakit dan memerlukan kos yang tinggi.

"Rawatan tradisional saya tidak pernah pula cuba kerana apabila rasa sakit saya hanya terus ke hospital sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Sharifah Zarina berkata, dia masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa namun dia sentiasa bergantung kepada ubat dan perlu meminum air yang banyak bagi mengurangkan kesakitan. 

Shaheizy Sam Risau Belum Kahwin, Ibu Dedah Sikap Cerewet

Posted: 09 May 2014 05:54 AM PDT


Ibu Shaheizy Sam iaitu Khaty Fauziah tidak pernah memberi sebarang kriteria kepada bakal menantu.
KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam mengakui berasa bimbang dan takut kerana masih belum bertemu jodoh ketika usianya sudah mencecah 32 tahun.
Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, berkata, sebagai lelaki dia mengidamkan sebuah keluarga yang besar selain memiliki ramai cahaya mata.

"Secara jujurnya saya sudah bersedia (kahwin) dan ingin sangat menamatkan zaman bujang. Saya rasa takut kerana pada usia ini saya masih belum berkahwin atau memiliki teman istimewa.
"Saya selalu terfikir apa akan jadi bila kahwin lambat dan anak-anak masih kecil ketika saya sudah tua. Kalau boleh saya ingin sebuah keluarga besar dan anak yang ramai," katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Shaheizy Sam sebagai duta produk kicap Mahsuri di Restoran Rebung, Bangsar di sini pada Khamis.

Bagaimanapun, Sam berkata, dia percaya Allah mempunyai perancangan dan jodoh yang sudah ditetapkan buatnya. 
Sam akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Dalam pada itu, kata Sam, dia bersyukur ibunya, pelakon Khaty Fauziah tidak pernah mendesak untuk dia mendirikan rumah tangga.

"Mummy  tidak pernah masuk campur tentang teman istimewa saya. Dia juga tidak pernah melarang atau mendesak saya untuk berkahwin.

"Dia seorang ibu yang memahami dan menyokong apa juga keputusan saya," katanya.

Sementara itu, Khaty menyifatkan anak lelakinya itu seorang yang terlalu cerewet dalam hal memilih teman istimewa.

Sebagai ibu, Khaty tidak meletakkan sebarang kriteria siapakah menantunya, namun dia berharap agar pelakon itu memilih isteri bukan daripada kalangan selebriti.

"Sam ini seorang yang selalu menganggap dirinya sentiasa inginkan kesempurnaan. Dia ada bawa beberapa orang wanita bertemu dengan saya tetapi selalunya hubungan itu sekejap sahaja kerana ada sahaja yang tidak kena di mata dia.

"Tetapi dia juga dapat 'baca' jika saya berkenaan atau tidak seseorang wanita yang diperkenalkan kepada saya itu. Kadang-kadang bila saya berkenan dia pula tidak mahu.

"Saya tidak kisah siapa pun yang dia pilih, tetapi kalau boleh biarlah bukan dikalangan artis," katanya.

Sementara itu mengenai pelantikannya sebagai juru cakap kicap Mahsuri  Sam berkata, dia sebenarnya penggemar kicap berkenaan sejak daripada zaman kanak-kanak.

Malah dia bersetuju menjadi jurucakap makanan itu selepas merasakan produk berkenaan benar-benar dekat dengan dirinya.

"Saya penggemar kicap sejak kecil. Setiap kali makan nasi, saya pastikan mesti ada kicap. Saya gemar nasi berlauk telur bersama kicap," katanya.

Selain bekerjasama dengan kicap Mahsuri, Sam juga merupakan jurucakap produk minuman Nescafe.

Indah (AF 2013) Terkejut Gosip Putus Tunang

Posted: 09 May 2014 05:53 AM PDT


indah AF 2013
Indah, peserta Akademi Fantasia 2013.
PUTRAJAYA: Bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) iaitu Indah terkejut apabila dikatakan putus tunang baru-baru ini.

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, 27, berkata, dia hairan bagaimana tuduhan itu boleh timbul sambil menegaskan hubungannya dengan pemuda berusia 31 tahun itu tidak mempunyai sebarang masalah.

"Saya sendiri tertanya-tanya dari mana datangnya cerita mengarut itu dan ingin saya tegaskan ia sama sekali tidak benar.

"Kami masih bersama dan hubungan itu berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah," katanya kepada mStar Online  pada Khamis.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada April tahun lalu di Johor Bahru.

Penyanyi lagu Percayalah  ini bagaimanapun enggan mendedahkan siapakah jejaka yang sedang bertakhta di hatinya itu.

Dalam pada itu, Indah mengakui bimbang gosip berkenaan akan melukakan perasaan keluarga tunangnya.

Indah meminta perkara itu tidak diperbesarkan kerana dia enggan masalah lain timbul akibat gosip itu.

"Soal begini cukup sensitif dan saya tidak mahu ia diperbesarkan kerana banyak hati yang perlu dijaga.

"Ini bukan perkara main-main dan boleh menimbulkan masalah lain pula nanti," jelasnya.

Sementara itu, Indah berkata dia dan tunangnya masih belum menetapkan sebarang tarikh tertentu untuk melangsungkan perkahwinan buat masa ini.

Jelasnya, apabila tiba masa sesuai dia akan memaklumkan perkara itu kepada semua.

Tambah Indah, biarpun sukar menjalani percintaan secara jarak jauh namun kepercayaan menjadikan mereka kuat mengharungi cabaran.

"Saya di Kuala Lumpur dan dia di Johor tetapi kepercayaan yang tinggi  dan sering berkomunikasi membuatkan hubungan kami bertambah kuat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Indah berkata, dia teruja bakal mengadakan persembahan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang bakal berlangsung pada 24 Mei ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kemuncak ABPBH 2013 Di PICC 24 Mei Ini

Posted: 09 May 2014 05:52 AM PDT


fara fauzana
Fara Fauzana merupakan hos ABPBH 2013 bersama Amy Mastura dan Kumpulan Shiro.
PUTRAJAYA: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) bakal diadakan pada 24 Mei ini selepas ditunda bagi menghormati tragedi menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lalu.

Ia bakal diadakan di  Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian yang juga  Penaung ABPBH 2013, Mahfar Ali dalam satu sidang media yang diadakan di PICC di sini pada Khamis.

Mahfar berkata, pemilihan PICC adalah bertepatan bagi mempamerkan imej 'classy' selain kedudukan strategiknya bersesuaian dengan temanya Magis Alam bagi acara itu.

"Arena of Stars (Genting Highlands) sedang diubah suai dan memang tidak boleh diadakan di sana.

"Bagaimanapun PICC adalah lokasi yang paling sesuai kerana ia bertaraf antarabangsa tambahan pula tema pakaian Black Tie," katanya.

ABPBH 2013 sepatutnya diadakan  Arena of Stars, Genting Highlands pada 6 April lalu namun bagi menghormati kejadian menimpa MH370 semua program berbentuk hiburan di rangkaian Media Prima Berhad (MPB) dirombak dan digantikan dengan laporan khas, berita terkini selain pengisian rancangan berbentuk ilmiah.
abpbh 2013
Antara artis dan mereka yang terlibat dalam ABPBH 2013.


ABPBH 2013 akan berlangsung pada pukul 9 malam dan bakal disiarkan di TV3 dan Hot FM.

Turut hadir pada sidang media itu Pengarang Bersekutu BH2 dan Hiburan BH, Hanizam Abdullah dan Pengarang HIP, BH juga merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2013, Shamshul Azree Shamshir.

Hadir sama Fara Fauzana selaku hos pada malam itu. Fara akan bergandingan dengan Amy Mastura dan kumpulan Shiro.

Dalam pada itu, Hanizam berkata, beberapa segmen terpaksa dibatalkan bagi menghormati tragedi MH370 dan menggantikan dengan persembahan lebih sesuai.

Malah katanya, sebuah segmen khas akan diadakan bagi memperingati mangsa kejadian itu pada malam berkenaan.

"Beberapa persembahan terpaksa disusun semula kerana menghormati mangsa dan keluarga terlibat namun ia akan diganti dengan acara lebih sesuai," katanya.

Tambah Hanizam lagi antara nama baharu yang akan menjayakan malam kemuncak itu seperti Zizan Razak, Akim Ahmad, Altimet, Zila Bakarin dan Emma Maembong.

Manakala artis yang akan membuta persembahan pula antaranya Asmidar, Indah dan penyanyi dari Indonesia, Tegar.

Jaclyn Victor Main Teka-Teki Umum Kahwin

Posted: 09 May 2014 05:50 AM PDT


Jaclyn akan mengadakan satu sidang media khas pada 12 Ogos depan.
SERDANG: Penyanyi Jaclyn Victor yang sebelum ini dilaporkan mahu mengumumkan tarikh perkahwinannya bermain pula teka-teki mengenai hasratnya itu apabila memilih untuk mengadakan sidang media khas pada 12 Ogos depan.

Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 36,  mengunci mulut dan enggan memberitahu apakah tujuan sidang media itu diadakan.

"Saya tidak boleh komen apa-apa. Segala-galanya tunggu pada 12 Ogos nanti. Pada masa itu tanyalah apa-apa pun, saya akan jawab dengan sebaik mungkin," katanya kepada mStar Online.

Jaclyn ditemui pada sidang media pelancaran program Oh My English! (OME) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdang dekat sini, pada Rabu.

mStar Online pada 31 Mac lalu melaporkan penyanyi itu mendedahkan bakal mengumumkan tarikh perkahwinannya dalam satu sidang media yang akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri nanti iaitu pada Julai depan.

Terdahulu Jaclyn dalam satu entri laman sosial Instagram miliknya membuat pengakuan terbuka akan berumah tangga dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Jaclyn berkata, dia bukan cuba untuk berahsia tentang kehidupan peribadinya daripada pengetahuan umum namun masih belum masanya untuk dia berbuat demikian.

Kata Jaclyn, sebelum ini dia tidak mempunyai sebarang cerita yang ingin dikongsikan dan berharap peminat bersabar menanti pengumumannya pada Ogos depan.

"Saya bukanlah seorang yang terlalu berahsia dan sebab itu jarang cerita mengenai peribadi saya dipaparkan namun saya sudah sedia untuk menjelaskan segala-galanya pada majlis itu nanti," ujarnya.

Ditanya adakah dia akan memperkenalkan bakal suaminya pada hari tersebut, Jaclyn dengan ringkas menjawab; "Mungkin…"

Dalam perkembangan lain, Jaclyn berkata, dia teruja bakal muncul sebagai tetamu jemputan dalam program pendidikan OME apatah lagi dalam episod yang bertemakan muzikal.

OME musim ketiga bakal bersiaran pada 18 Mei ini pada setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di Astro TVIQ (610) dan Astro Maya HD (135).

Musim terbaharu ini bakal menampilkan barisan pelakon baharu seperti Nadiya Nisaa, Fauziah Ahmad Daud, Carmen Soo, Syafiq Kyle dan Amyra Rosly.

Selain itu watak-watak terdahulu seperti Jibam (Akhmal Nazri), See Yew Soon (Roax Tan), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa a/p Ravindran) serta Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) dan Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) masih dikekalkan.

Biarpun Dikritik, Zain & Rozita Tak Akan Buang Gambar Romantis

Posted: 09 May 2014 05:49 AM PDT


Zain memberitahu kritikan yang diterimanya selepas memuat naik gambar romantis bersama isterinya, Rozita Che Wan bukan sesuatu yang mengejutkan. 
SERDANG: Pelakon Zain Saidin menjelaskan kritikan sesetengah pihak terhadap gambar romantisnya bersama isteri, Rozita Che Wan yang dimuat naik di laman sosial Instagram bukan satu perkara mengejutkan.

Zain, 30, berkata, setiap foto yang mereka kongsi sentiasa mendapat teguran dan komen daripada pengikut di laman tersebut namun mereka tidak terlalu memberikan perhatian kepada perkara berkenaan.

"Letaklah gambar apa pun mesti akan jadi perhatian. Pertikaian orang tentang foto itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan malah kami sudah biasa dengan situasi ini.

"Malah saya sudah mengjangkakan reaksi peminat apabila saya memuat naik gambar itu dan saya tidak mahu ulas panjang mengenai perkara itu," katanya kepada mStar Online.

Pelakon itu mengulas mengenai foto romantisnya bersama Rozita ketika bercuti di Koh Samui, Thailand baru-baru ini yang mendapat perhatian meluas daripada peminat mereka sehingga ada yang menasihat pasangan itu tidak terlalu mendedahkan perihal rumah tangga mereka kepada umum.

Zain ditemui selepas majli pelancaran musim ketiga program Oh My English! (OME) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdanng dekat sini pada Rabu.

OME musim ketiga bakal bersiaran pada 18 Mei ini pada setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di Astro TVIQ (610) dan Astro Maya HD (135).
Gambar romantis Zain dan Rozita yang menjadi perbualan hangat peminat. 

Dalam pada itu, Zain berkata, dia tidak berhasrat untuk memadam gambar berkenaan daripada akaun Instagramnya selagi ia tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada pihak lain.

"Setakat ini saya tidak melihat ia mendatangkan apa-apa keburukan  dan jika ada baharulah saya akan buang gambar itu," jelasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai OME, Zain berkata, dia teruja dengan musim terbaharu itu kerana ia bakal menampilkan banyak kelaunan selain penampilan wajah baharu pelakon seperti Fauziah Ahmad Daud, Nadiya Nissa dan Carmen Soo.

Malah kata Zain, dia juga semakin selesa membawakan watak sebagai Mr. Henry Middelton selepas tiga musim bersama rancangan itu kerana ia membantu menambahkan lagi jumlah penonton terutamanya di kalangan pelajar sekolah.

"Musim kali ini juga kami lebih banyak menjalani penggambaran di luar studio selain penampilan wajah-wajah baharu bagi menyerikan lagi OME," katanya.

Dalam perkembangan lain Zain berkata, selain memberi tumpuan kepada OME, dia juga bakal ke New Zealand untuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri terbaharu pada penghujung Mei ini.

Siti Nuhaliza Kesal Lagu Baharu Dicetak Rompak

Posted: 09 May 2014 05:48 AM PDT


siti nurhaliza
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin begitu kesal apabila single lagu terbaharunya Jaga Dia Untukku yang  dipasarkan menerusi iTunes pada 3 April lalu telah dicetak rompak.

Siti, 35, berkata, pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah menghubungi syarikatnya iaitu Siti Nurhaliza Production bagi memaklumkan lagu tersebut boleh dimuat turun secara percuma tanpa sebarang urusan pembelian di beberapa laman internet.

"Ini sesuatu yang sangat mengecewakan kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan mudah tanpa memikirkan kesusahan pihak lain yang menghasilkan lagu tersebut.

"Saya sendiri telah turun padang mempromosikan lagu ini secara eksklusif di radio Hot FM pada 3 Mei lalu.

"Malah para peminat saya juga mendapatkan lagu ini dengan melanggan di iTunes. Tetapi pada masa sama, ada pihak yang tidak bertanggungjawab `mencuri' hasil kerja orang lain," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Tambah Siti, walaupun isu cetak rompak sudah lama menjadi masalah tetapi beliau berharap agar peminat atau penyokong industri muzik diberi kesedaran mengenai kesalahan dan impak sesebuah lagu yang dimuat turun secara haram.

"Jika saya sahaja yang berusaha memantau hal ini memang sukar. Bagi saya, semua pihak yang bertanggungjawab harus ada peranan masing-masing. Saya juga sering mengingatkan para peminat untuk mendapatkan album atau single saya dengan cara yang sah dan asli," ujarnya.

Bagaimanapun Siti berkata, dia bersyukur mengenai perkembangan penjualan lagu Jaga Dia Untukku yang mendapat kedudukan pada carta pertama di iTunes Malaysia.

Siti juga gembira kerana masih ada lagi masyarakat yang memberi sokongan terhadap industri muzik tempatan.

Sementara itu, Presiden RIM iaitu Norman Abdul Halim berkata, pihaknya akan mengambil tindakan serius terhadap isu lagu-lagu tempatan yang dicetak rompak secara digital.

"Bukan hanya lagu Siti, tetapi mana-mana penyanyi yang membuat laporan mengenai isu ini, pihak kami akan mengambil tindakan yang serius.

"Setakat ini, RIM turut bekerjasama dengan pihak polis serta syarikat perisian komputer untuk mengesan pihak yang tidak bertanggungjawab itu," tegasnya.

Jaga Dia Untukku adalah ciptaan Aubrey Suwito dan lirik hasil tulisan Rozisangdewi. Ia dirakamkan pada Januari 2014.

Aliff Aziz: Lupakan kontroversi

Posted: 09 May 2014 05:45 AM PDT


  • Aliff AzizAliff Aziz

BILA sebut sahaja nama penyanyi Aliff Aziz, pasti ramai yang mengingatkan kontroversi yang mengaitkan dirinya berbanding karier seni.
Kisah-kisah peribadinya sebelum ini sering menjadi tumpuan umum dan tidak hairanlah mengapa kerjaya nyanyiannya seakan tenggelam.

Akui situasi yang berlaku, penyanyi berasal dari Singapura ini tidak mahu lagi memandang ke belakang malah nekad untuk berubah dan memberi fokus sepenuhnya terhadap pembikinan album terbarunya.

"Sekarang saya sibuk dengan pembikinan album ke empat dan bersyukur setakat ini semuanya berjalan dengan baik.

"Dalam album kali ini sebanyak lapan lagu akan dimuatkan dan sekarang cuma tinggal dua lagu lagi yang belum dirakamkan dan perancangan album ini siap sepenuhnya adalah selepas sambutan Aidilfitri akan datang," jelasnya kepada Zass, kelmarin.

Berkongsi lebih lanjut mengenai buah tangan terbarunya itu, Aliff memberitahu, album terbarunya itu bakal menampilkan kelainan berbanding album yang terdahulu.

"Buat masa ini, tajuk album masih dalam perbincangan tapi secara keseluruhannya genre album ini boleh diklasifikasikan sebagai album pop rock yang disuntik dengan beberapa elemen yang lebih segar.

"Kali ini saya mahu lari dari konsep yang pernah saya bawakan sebelum ini dan apa yang lebih menarik mengenai album ini ia turut melibatkan nama-nama komposer yang hebat seperti Faizal Tahir, Panji Sakti, Awi Rafael dam Kuncidemak," katanya.

Imej, pemikiran lebih matang

Selain menampilkan kelainan dari segi muzik, kemunculan album baharu ini juga bakal memperkenalkan imej terbaharunya.

"Album kali ini saya anggap sebagai sesuatu yang istimewa kerana ia bukan sahaja menampilkan kematangan dari segi muzik, tapi pemikiran dan juga semangat saya.

"Apa sahaja kontroversi yang pernah timbul sebelum ini,  saya tidak mahu ingat atau pandang lagi. Bermakna apabila album baru ini ditampilkan, bermakna ia juga bawa imej, semangat dan InsyaALLAH pemikiran saya yang lebih matang.

"Saya tidak kisah apa yang orang nak cakap tentang saya sebelum ini, cukuplah saya ambil ia sebagai satu iktibar. Tapi sebagai manusia biasa saya tidak akan lari daripada buat salah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Aliff juga bakal melancarkan dua lagu duet Dan Lagi Cinta dan Tak Ada Cinta Sepertimu sempena lagu tema untuk filem Pengapit terbitan Grand Brilliant.

Siti Elizad temui cinta baru

Posted: 09 May 2014 05:44 AM PDT


  • Siti ElizadSiti Elizad

SELEPAS berakhirnya hubungan cinta lama yang terjalin lebih 10 tahun, pelakon Jiwa, Siti Elizad mengakui kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka baharu.
"Saya sudah ada calonnya. Tetapi, buat masa ini, kami masih lagi dalam proses kenal-mengenal," katanya kepada Zass melalui aplikasi WhatsApp.

Bagi mengelakkan perkara lama berulang kembali, aktres berusia 30 tahun ini tidak mahu proses perkenalan itu berlangsung dengan terlalu lama.

"Jika boleh, janganlah lama sangat proses ini berlangsung. Biarlah saya menjalani proses bercinta selepas kahwin," katanya yang meletakkan tempoh masa setahun.

Begitupun, bintang telefilem Anak Aku Bukan Milik Aku ini, tidak mahu mendedahkan identiti jejaka yang berjaya menambat hatinya itu.

Sejak membuat kemunculan semula, rezeki Siti Elizad dalam dunia seni tanah air semakin mencurah-curah.

Dia kini menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Kerana Terpaksa Aku Relakan, selain bakal muncul dengan drama bersiri Masihkah Ada Cinta untuk slot Samarinda, tidak lama lagi.

Drama lakonannya Jiwa dan Aku Isterinya, kini ditayangkan di TV3.

"Alhamdulillah, tawaran berlakon masih ada dan saya tidak mampu menolak tawaran yang datang kerana ia rezeki ALLAH SWT," kata pelakon Berlari Ke Langit dan Gangster ini.

Duit gaji suami habis berjoli

Posted: 09 May 2014 05:38 AM PDT


  • Duit gaji suami habis berjoliPegawai penguat kuasa syariah melakukan pemeriksaan untuk memastikan orang Islam tidak melakukan perbuatan menyalahi peraturan, terutama menjadi pelanggan kepada gadis pelayan yang sedia memberikan khidmat istimewa kepada pengunjung.

PAKA - DUNGUN. "Perangai suami saya berubah sejak dia berkunjung ke situ, setiap kali dapat gaji, dia akan ke situ untuk berjoli dengan perempuan seksi."

Itu luahan seorang wanita yang mendakwa suaminya kerap berkunjung ke sebuah restoran, di sini, yang menyediakan khidmat gadis pelayan pelanggan warga asing.

Wanita berkenaan menghubungi Sinar Harian selepas tidak sabar dengan kerenah suaminya yang sering mabuk dan berfoya-foya dengan pelayan restoran terbabit yang turut menyediakan pakej karaoke kepada pengunjungnya.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, sejak belakangan ini suaminya kerap mengunjungi pusat hiburan berkenaan dan hanya akan pulang awal pagi.

Bukan setakat itu katanya, suaminya yang juga pekerja projek turut mengambil minuman keras yang didakwanya boleh diperoleh secara mudah di restoran terbabit, walaupun di premis berkenaan tertera papan tanda amaran untuk orang Islam.

Dia yang hanya ingin dikenal sebagai Sue (bukan nama sebenar) berkata, kehidupannya semakin tertekan apabila haknya sebagai isteri sering dinafikan, terutama berkaitan tuntutan nafkah dan perbelanjaan keluarga.

Setiap kali dia minta wang belanja sekolah anak-anaknya, suaminya akan naik angin dan mengherdik selain mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

"Dia jadi begini sejak berkunjung ke situ dan berjinak dengan perempuan pelayan, jadi pemabuk dan lupa tanggungjawab pada keluarga.

"Saya hanya mampu berdoa, minta Tuhan beri hidayah padanya, tapi sampai bila saya harus tanggung semua ini?" katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi terbabit mendapati terdapat beberapa wanita warga asing  berpakaian seksi sedia menemani pengunjung.

Pusat hiburan yang berselindung di sebalik nama restoran itu dipercayai beroperasi sehingga awal pagi, terutama pada waktu malam minggu.

Minuman keras di restoran berkenaan juga dipercayai dijual secara terbuka tanpa mengira status agama pelanggan, manakala gadis pelayannya pula bersedia memberikan layanan istimewa bergantung kepada khidmat diperlukan bersesuaian dengan bayaran atau tip yang dihulurkan.

Difahamkan, pihak penguat kuasa syariah Jabatan Agama Dungun sering melakukan pemeriksaan dan pemantauan di pusat terbabit.

Bagaimanapun wanita yang bekerja di situ dikatakan mempunyai permit sah dan restoran berkenaan juga mempunyai lesen sah yang diluluskan pihak berkuasa tempatan.

Pian Cecupak, Boy Iman, Nash terima gelaran Datuk

Posted: 09 May 2014 05:35 AM PDT


  • Pian Cecupak, Boy Iman, NashDari kiri Pian Cecupak, Nash, Boy Iman

SIAPA sangka, aktor komedi, Pian Cecupak yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi pengakuannya yang melakukan suntikan wajah, dikhabarkan telah dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran Datuk, baru-baru ini.

Meskipun gelaran itu menjadi pertikaian oleh segelintir pihak, namun Pian tetap bersyukur kerana dia terpilih menerima gelaran itu bersama dua rakan artis lain, iaitu penyanyi Boy Iman dan Nash.

"Terpulanglah orang nak cakap apa. Tapi saya sebenarnya banyak melakukan kerja-kerja amal bersama anak yatim, ibu tunggal dan juga jemaah masjid.

"Takkanlah segala benda, lebih-lebih lagi berkaitan amal saya nak hebohkan satu dunia. Saya melakukan kerja amal hanya kerana ALLAH SWT.

"Sesungguhnya hanya ALLAH SWT tahu apa yang saya buat sehingga mendapat kurniaan dan gelaran Datuk ini," katanya yang kini banyak menghabiskan waktunya menyumbangkan keringatnya membantu golongan yang kurang bernasib baik selain menjadi orang yang
bertanggungjawab menguruskan majlis-majlis keramaian bagi Kerajaan Naning.

Aktif berpersatuan

Walaupun sebelum ini pelakon Nurul Iman atau lebih dikenali dengan panggilan Boy Iman kurang menyerlah dalam industri seni, namun ia tidak membataskan pelakon ini untuk berjaya dengan cara sendiri.

Bersyukur dengan gelaran Datuk yang diterima, Boy berkata, ia bagaikan satu mimpi di dalam hidupnya. Malah dia tidak menyangka kerja amal yang dilakukannya sebelum ini menjadi faktor utama melayakkannya menerima gelaran Datuk.

"Saya terlibat dengan beberapa persatuan atau NGO. Antaranya Persatuan Insan Prihatin Malaysia di mana saya bertindak sebagai timbalan pengerusi.

"Menerusi persatuan saya banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti, seperti projek amal bersama golongan gelandangan, anak yatim, orang-orang tua, ibu-ibu tunggal dan sebagainya," katanya.

Menurut Boy, dia juga sering menjayakan program keraian yang melibatkan Kerajaan Naning.  
"Sebagai artis, selain menghiburkan tetamu pada majlis-majlis keramaian, peranan saya juga memberi publisiti kepada Yang Amat Mulia dan menguruskan sesuatu majlis," katanya.

Sementara itu, bagi Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias, gelaran yang diterima tidak membuatkannya mendabik dada. Jelas bekas vokalis kumpulan Lefthanded ini, dia masih seperti 'Nash' yang dulu.
"Biarpun telah diberikan gelaran Datuk, itu tidak membezakan siapa diri saya.

"Saya harap dengan penganugerahan ini, usaha saya untuk terlibat dalam kerja amal akan terus berterusan," katanya yang turut aktif melakukan kerja-kerja amal.

Angkat kisah harian dalam lagu

Posted: 09 May 2014 05:32 AM PDT




PERJUANGANNYA dalam irama hip-hop bukan satu usaha yang enteng. Mustahak atau tidak, 21 tahun bergelumang dalam genre yang berasal dari kejiranan Bronx, New York itu memberi banyak pengajaran untuknya mencorak karier dalam industri muzik tanah air.
Berbekalkan pendedahan tidak formal tersebut, semangat perjuangan Altimet dalam memberikan ruang untuk genre hip-hop berkembang menerusi industri hiburan tempatan tidak pernah luntur.
Pemilik nama Ahmad Abdul Rahman, 35, ini berkata, sepanjang dia berkecimpung dalam arena muzik tanah air, tiada sekelumit ruang yang mampu menonjolkan penyanyi hip-hop sebagai penulis atau komposer lagu.
Katanya, walaupun pernah menulis untuk lagu Kalau Berpacaran dan Kalau Aku Kaya, standard penulis lagu itu masih jauh jika mahu dipadankan dengan pengkarya muzik hip hop.
"Jika kita lihat, orang ramai lebih mengenali komposer-komposer yang mencipta lagu-lagu bergenre arus perdana. Sebagai contoh, peminat-peminat lebih arif tentang latar belakang seseorang komposer jika dia mencipta lagu untuk artis yang menyanyikan karya irama balada atau rock.
"Namun, kehadiran komposer atau penulis lirik yang berusaha mencipta lagu berkonsepkan hip- hop sukar untuk diberi perhatian.
"Justeru, menerusi album Kotarayaku, saya berharap agar peminat dapat meletakkan komposer dan penulis lirik yang menulis untuk muzik hip-hop sebaris dengan penulis-penulis lagu arus perdana yang lain," luah Altimet ketika ditemui selepas majlis pelancaran album keduanya itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Bukit Bintang (SMKLBB), Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Bebas bercerita
Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Kalau Aku Kaya ini, album Kotarayaku dilihat dapat mencorakkan dimensi baharu terhadap perjalanan seni irama hip-hop di Malaysia, khususnya untuk lagu-lagu yang dicipta dalam bahasa Melayu.
FIGURA ini kini muncul dengan album terbaharu yang berjudul Kotarayaku.


"Menerusi irama hip-hop, saya boleh bercerita tentang apa sahaja. Kisah-kisah yang terkandung dalam album ini semuanya berkisar tentang pengalaman harian saya.
"Selain memberikan gambaran bahawa hip-hop sebagai salah satu cabang seni suara, saya juga mahukan genre ini dilihat sebagai satu platform untuk seni bertulis," ujar Altimet yang menulis lirik untuk semua lagunya di dalam album ini.
Menulis tentang perkara harian yang dilaluinya, Altimet beranggapan, cerita yang ingin disampaikan perlu menerusi bahasa yang mudah agar peminat yang mendengar dapat memahami mesej yang ingin diluahkan.
"Sejujurnya, jika kisah politik sosial atau isu semasa mahu diangkat menjadi sebuah karya di dalam lagu, sudah pasti bahasa yang digunakan perlu mudah difahami.
"Justeru, saya lebih gemar menggunakan bahasa percakapan harian sebagai medium penyampaian kisah di sebalik lirik yang saya hasilkan," ujar Altimet yang mengakui walaupun petah menulis dalam bahasa Melayu, dia bukanlah pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran tersebut.
Kisah peribadi
Walaupun lirik-lirik hasil tulisan Altimet banyak berkisar tentang kehidupannya, namun pelantun lagu Syukur ini enggan mencampuradukkan kisah peribadinya dengan hal kerjaya.
"Saya rasa, jika hal peribadi tidak dicampuradukkan, saya berasa lebih produktif ketika sedang bekerja. Apa yang sedang dilakukan ketika itu dapat disiapkan tanpa sebarang gangguan.
"Sama juga ketika saya berada di rumah, hal-hal kerja saya tinggalkan di studio," ujarnya.
Utuh dengan alasannya itu, Altimet juga turut menyifatkan dirinya sebagai sebuah jenama yang tidak memerlukan sebarang perkongsian kisah peribadi untuk dijual sebagai pelaris.
"Ada sesetengah orang, mereka gemar menjual kisah peribadi untuk tatapan khalayak. Pada masa yang sama, kisah peribadi tersebut digunakan sebagai pelaris untuk produk yang mereka hasilkan.
MENERUSI irama hip hop, Altimet menegaskan, dia boleh bercerita tentang apa sahaja.


"Bagi saya, itu semua tidak penting. Ketika berkarya sebagai seorang penulis, saya mahukan tulisan itu menjadi karya yang terbaik untuk album saya.
"Sesudah siap album itu sepenuhnya, barulah saya fikir cara yang sesuai untuk dipasarkan," ulas Altimet yang tidak menggunakan media sosial sebagai platform untuk meluahkan perasaan, apatah lagi berkongsi hal-hal peribadi.
Penangan media sosial
Melanjutkan bicara mengenai platform media sosial masa kini, Altimet memberitahu, perkembangan teknologi yang ada sekarang banyak membantutkan perasaan peminat terhadap sesuatu yang mereka minati.
"Pada waktu dulu, kami tidak mempunyai kemudahan sambungan internet mahupun telefon pintar. Apa yang berlaku disampaikan melalui akhbar sahaja. Sebagai peminat, apa sahaja berita yang dibaca mengenai idola kami memberi impak yang sangat besar.
"Namun, perasaan itu sudah tiada lagi sekarang. Apa yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari seseorang artis itu mesti dihebahkan menerusi Instagram, Twitter atau Facebook," kata Altimet.
Dalam pada itu, bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew ini tidak kisah jika dia mendapat kecaman atau cemuhan oleh sesetengah pengguna laman sosial mengenai dirinya.
"Mereka hanya berani berbuat demikian di belakang artis tersebut. Saya pasti, jika berjumpa secara bersemuka, mereka tidak mampu untuk berbuat seperti apa yang mereka lakukan di laman sosial.
"Lagipun, sejak di bangku sekolah lagi, saya sudah mula mendapat kritikan kerana mendengar lagu-lagu berentak hip-hop. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa," ujar Altimet positif.


Enot serik tanggung suami

Posted: 09 May 2014 05:31 AM PDT

PELAKON komedi ini tidak kisah bekerja keras demi anak-anak.


PELAKON komedi, Enot mengakui serik untuk berumah tangga semula selepas dua perkahwinannya sebelum ini berakhir dengan perceraian.
Enot atau nama sebenarnya, Alliza Abdullah, 34, memperoleh dua cahaya mata, Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina, 7, menerusi perkahwinan pertamanya.
Namun, perkahwinan pertama itu berakhir dengan perceraian pada tahun 2006. Pelakon itu kemudian berkahwin buat kali kedua dengan Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 dan bercerai talak satu pada Julai tahun lalu.
Katanya, dia sudah serik bekerja keras untuk 'menanggung' suami. Kini, dia selesa dengan status ibu tunggal dan fokusnya kini hanya untuk membesarkan dua orang anaknya.
Selain itu, Enot bertukar kerjaya kepada usahawan kek dan biskut selepas setahun lebih dia tidak menerima sebarang tawaran lakonan.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Enot yang ditemui pada majlis pelancaran Eh Eh Bazaar baru-baru ini di Restoran Serai, Kuala Lumpur.
Kosmo!: Bagaimanakah dengan kehidupan Enot selepas bergelar ibu tunggal?
ENOT: Alhamdulillah, saya meneruskan kehidupan seperti biasa. Fokus saya untuk membesarkan anak-anak sahaja. Saya bersyukur anak-anak faham dengan masalah saya dan sama-sama belajar hidup susah.
Adakah anda serik untuk berkahwin lagi selepas dua kali gagal dalam perkahwinan?
Memang saya serik. Kalau boleh saya tidak mahu berkahwin lagi. Saya selesa menjadi ibu tunggal selamanya daripada terpaksa bekerja siang malam untuk 'menanggung' suami. Kedua-dua perkahwinan saya mempunyai masalah yang sama. Sebab itu saya fobia dan serik.
Selepas bergelar ibu tunggal, adakah mana-mana lelaki cuba mendekati anda?
Buat masa ini tidak ada lagi sebab memang saya tidak mahu. Jika ada yang cuba mendekati, saya akan cepat-cepat menjauhkan diri. Luka di hati saya belum pulih, bagaimana saya mahu menerima kehadiran orang baharu.
ENOT sudah setahun lebih tidak mendapat sebarang tawaran lakonan.


Andai anda bertemu jodoh pada masa hadapan, apakah kriteria lelaki yang anda inginkan?
Saya akan lebih berhati-hati sebab jodoh itu ketentuan Allah. Perkara utama saya akan lihat adalah tahap ekonominya, mampu atau tidak untuk menanggung saya dan anak-anak. Kalau boleh jika berkahwin kelak, saya tidak mahu bekerja teruk untuk suami lagi. Bukan saya mahu yang kaya raya tetapi cukup untuk menampung keperluan asas, bertanggungjawab dan penyayang.
Apakah nasihat anda untuk wanita di luar sana?
Carilah calon suami yang benar-benar bertanggungjawab. Jika masa bercinta wanita sudah mula menanggung bermacam benda, lebih baik tinggalkan sahaja lelaki yang begitu. Kalau lelaki itu sanggup susah senang bersama dan rajin berusaha, itu lain cerita tetapi kalau awal-awal sudah nampak lelaki itu pemalas mencari rezeki, abaikan sahaja. Jangan biarkan diri anda sengsara kerana lelaki.
Bagaimana pula dengan perkembangan kerjaya seni?
Sejujurnya, saya sudah setahun lebih tidak menerima tawaran lakonan. Tidak tahu apa masalahnya, rasanya sejak saya mula berhijab. Namun, saya tidak salahkan sebab saya berhijab kerana rezeki Allah ada di mana-mana. Sekarang saya sibuk dengan perniagaan kek dan biskut sahaja.
Adakah anda tertekan bergelar ibu tunggal dan tidak diberi tawaran lakonan?
Saya anggap ini semua dugaan yang diberi Allah. Ada hikmah atas apa yang berlaku. Sejak tidak berlakon memang saya hanya bergantung hidup hasil perniagaan kek dan biskut sahaja. Alhamdulillah, ada sahaja rezeki walaupun tidak mewah seperti dahulu.
Anak-anak pun tahu bagaimana teruk saya mencari rezeki dan mereka tidak pernah merungut, sebaliknya membantu saya membuat kek.
Kehidupan itu seperti roda, ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Tidak apa belajar susah sekarang supaya anak-anak saya ingat kesusahan yang pernah mereka alami.


Wali Band, satu titik hitam dalam warna putih

Posted: 09 May 2014 05:30 AM PDT


DARI kiri: Tomi, Faank, Apoy dan Ovie menerima plag pelancaran album Doain Ya Penonton daripada wakil pengedar Malaysia, Tropic Jaya Entertainment.


SEJAK menempa nama di Malaysia pada tahun 2009, Wali Band pernah mencuri perhatian penggemar muzik di negara ini menerusi beberapa buah lagu yang berunsur komedi.
Lagu-lagu yang bertemakan kehidupan harian itu juga turut diselitkan dengan irama dangdut bagi memberikan kelainan terhadap kumpulan yang berasal dari Ciputat, Indonesia itu.
Walaupun terkenal dengan lagu-lagu yang disuntik dengan irama tersebut, namun kumpulan yang terdiri daripada Faank, Apoy, Ovie dan Tomi itu tidak pernah berasa sebal hati jika mereka dilabelkan sebagai band kampung.
Menurut vokalisnya, Farhan Zainal Muttaqin atau Faank, walaupun dilabel sebagai kampungan, mereka tetap memperjuangkan seni muzik sama seperti kumpulan-kumpulan yang lain.
"Kami tidak kisah jika digelarkan sebagai pemuzik kampung. Pada pendapat kami, walaupun kampung, seni yang terhasil itu masih mampu dinikmati oleh banyak pihak," ujarnya pada sidang akhbar yang berlangsung sempena majlis pelancaran album terbaharu mereka, Doain Ya Penonton di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru ini.
Menurut Faank, irama tersebut juga dipilih kerana mereka enggan kedengaran serupa dengan puluhan band yang ada di Indonesia.
Pilih Malaysia
"Sejujurnya, persaingan antara band-band di tanah kelahiran kami begitu sengit. Disebabkan itu, kami mengambil keputusan untuk muncul dengan genre seperti ini.
"Biarlah kami menjadi satu titik hitam dalam warna putih. Kelainan itu juga mampu dinikmati oleh ramai orang, terutamanya peminat-peminat kami di Malaysia," ujarnya lagi.
Justeru itu, tidak hairanlah jika mereka mengambil keputusan untuk melancarkan album keenam mereka di sini terlebih dahulu sebelum di negara sendiri.
WALI BAND tidak kisah apabila ada segelintir pihak yang melabelkan mereka sebagai pemuzik kampung.


"Disebabkan sambutan yang menggalakkan oleh peminat di sini, kami mengambil keputusan untuk melancarkan album keenam kami di Malaysia terlebih dahulu.
"Tambahan pula, bahasa yang digunakan oleh kami boleh difahami oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia," ujarnya lagi.
Konsep serupa
Masih memilih konsep yang serupa untuk album terbaharu mereka, Faank memberitahu, keadaan dunia yang agak tegang pada waktu ini membuatkan mereka gembira untuk menghiburkan peminat-peminat dengan lagu yang berentak santai.
"Masyarakat dunia sudah cukup tertekan dengan masalah yang dihadapi oleh mereka seharian. Jadi, mengapa perlu kita menambah beban mereka dengan lagu-lagu yang berat?
"Kami percaya, dengan muzik yang berentak sederhana yang ditampilkan dalam setiap album kami, mereka mampu berhibur dan menikmati karya-karya Wali tanpa melibatkan sebarang gangguan emosi," tutur Faank.
Dalam pada itu, ketika disoal mengenai lagu yang dapat menyaingi lagu Cari Jodoh, Faank memberitahu, justifikasi itu perlu diletakkan sendiri oleh para peminat mereka.
"Album ini dihasilkan khas untuk peminat kami yang begitu setia dalam mengikuti perkembangan Wali sejak dahulu lagi.
"Jadi, kami tidak boleh meletakkan sebarang kategori terhadap lagu-lagu yang telah kami hasilkan. Semuanya terletak pada pendapat pendengar sendiri," jelasnya lagi.
Mengagumi bakat yang ada pada penyanyi Amy Search, Faank berkata, mereka begitu teringin untuk berkolaborasi bersama legenda rock itu jika diberi peluang pada masa akan datang.
"Kami membesar dengan lagu-lagu dendangan kumpulan Search. Kami berharap dapat bekerjasama dan berduet dengan Amy suatu hari nanti," katanya.


Korban di perairan Pulau Jindo

Posted: 09 May 2014 05:26 AM PDT




MENAIKI feri dari Pelabuhan Incheon ke Pulau Jeju, Korea Selatan menjadi rutin harian bagi Eun-su Choi. Mengikut perkiraannya, dia telah menaiki feri Sewol yang dimiliki syarikat Chonghaejin Marine Co. Ltd sebanyak ratusan kali.
Pemandu lori itu juga mengetahui setiap selok belok bahagian dalam feri yang menyediakan tiga dek utama untuk para penumpang. Namun, kejadian yang berlaku pada 16 April lalu masih segar diingatannya.
Su Choi merupakan salah seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi feri yang membawa seramai 476 penumpang itu. Feri tersebut karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Jeju.
Cerita Su Choi, selepas sarapan pagi di kafeteria feri, dia kemudiannya naik ke dek terbuka bahagian atas untuk merokok.
Katanya, feri itu secara tiba-tiba senget dan perlahan-lahan tenggelam. "Kontena-kontena yang berada di atas feri jatuh ke dalam laut. Ketika itu, saya menyedari bahawa feri akan terbalik," ujarnya dalam satu laporan yang disiarkan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
Kejadian yang berlaku di luar pantai Pulau Jindo telah meragut 260 nyawa, manakala 40 penumpang lagi masih hilang. Ia antara tragedi terburuk dalam sejarah pengangkutan air di negara itu.
Kebanyakan penumpang yang masih hilang terdiri daripada pelajar Sekolah Tinggi, Ansan. Seramai 325 orang pelajar termasuk guru sekolah itu dalam lawatan ke Pulau Jeju. Namun, hanya 70 daripada mereka yang terselamat.
Ketika kejadian, Su Choi berpegang pada bahagian susur tangan di dek feri dan cuba untuk menyelamatkan beberapa orang pelajar berhampiran kafeteria yang telah menggelongsor jatuh ke laut. Dia dan rakannya cuba menggunakan hos kebakaran untuk menarik pelajar itu tetapi gagal.
Setakat ini, pihak Kementerian Lautan dan Perikanan Korea Selatan dengan bantuan penyelam terlatih giat menjalankan misi mencari mayat yang hilang.

PASUKAN penyelamat giat menjalankan misi pencarian mayat mangsa sehingga ke hari ini.


Ada antara mayat yang dijumpai kira-kira sejauh empat kilometer (km) dari lokasi kejadian.
Feri Sewol seberat 6,825 tan yang dibina di Jepun pada 1994 merupakan antara pengangkutan utama pelancong dari jeti di Incheon ke Pulau Jeju.
Pulau tersebut yang terkenal dengan gelaran Hawaii Korea Selatan merupakan antara kawasan pelancongan popular. Dianggarkan seramai 10 juta pelancong telah berkunjung ke pulau tersebut pada tahun lalu.
Lebihan muatan
Menurut laporan media Associated Press baru-baru ini, feri Sewol telah membawa lebihan muatan kargo dalam 246 kali pelayaran sejak 13 bulan lalu. Oleh itu, tragedi yang berlaku itu dipercayai berpunca daripada faktor tersebut.
Data, rakaman video dan gambar menunjukkan bahawa feri tersebut berpusing 60 darjah sebelum tenggelam ketika kejadian pukul 9 pagi itu. Feri tersebut tenggelam perlahan-lahan dan karam sepenuhnya pada pukul 10.25 pagi.
Dalam tempoh satu jam setengah itu, pihak berkuasa sempat menyelamatkan seramai 82 penumpang menggunakan bot dan helikopter.
Ketika feri tersebut mula karam, seorang penumpang kanak-kanak yang juga pelajar Sekolah Tinggi Danwon sempat membuat panggilan kecemasan di dalam feri Sewol.
Kanak-kanak itu membuat panggilan dengan suara menggigil ketakutan ketika bercakap dengan operator tiga minit selepas feri itu membuat pusingan.
Semasa kejadian, kru feri mengarahkan pelajar dan guru sekolah agar tidak keluar dari kabin kerana faktor keselamatan.
Dalam tempoh tiga minggu, anggota penyelamat telah bertungkus-lumus menyelam sehingga kedalaman 40 meter dalam misi pencarian.
Sementara itu, Ketua Operasi Menyelamat, Kepten Jin-hwang dari Tentera Laut Korea Selatan yang ditemui semasa hari ke-10 pencarian berpendapat operasi mencari mangsa akan memakan tempoh yang panjang.

UNIT Penyelamat Kapal Korea Selatan cuba memasuki ruang kabin feri untuk mencari mangsa yang terperangkap.


Jelasnya, usaha menarik keluar mayat merupakan tugas yang sukar kerana penyelam tidak mampu berada di dalam feri yang karam itu tempoh lebih 10 minit. Faktor tekanan merupakan antara kesukaran yang dihadapi oleh penyelam.
Kebanyakan ahli keluarga mangsa masih tidak dapat menerima kenyataan berhubung tragedi berkenaan. Sejak hari pertama kejadian mereka ditempatkan di sebuah gimnasium di Jindo dan memantau perkembangan operasi.
Dalam pada itu, rasa marah juga tidak dapat dipendam ribuan rakyat Korea Selatan dan mereka menyalahkan kecuaian kerajaan sehingga menyebabkan ratusan nyawa terkorban.
Rasa simpati masyarakat kepada keluarga mangsa pula diluahkan di atas kertas berwarna kuning yang ditampal di tempat-tempat awam.
Salah satu nota kecil yang ditampal misalnya berbunyi: "Kerajaan tidak seharusnya duduk bermesyuarat tatkala masih ramai lagi mangsa yang tidak ditemui. Mereka sepatutnya menghantar ramai lagi kru untuk meneruskan pencarian," luah seorang lelaki, Han Ji-soon.
Kerajaan lambat bertindak
Seluruh pelosok Seoul kini dipenuhi dengan nota dan reben berwarna kuning yang digantung. Selain doa untuk mangsa, penduduk bandar itu juga menulis kata-kata semangat yang berharap mangsa akan ditemui segera.
Selain masyarakat, ibu bapa dan waris mangsa turut menyelar kerajaan kerana lambat bertindak menyebabkan banyak nyawa terkorban. Tindakan itu juga telah menyebabkan pelbagai implikasi lain yang mengganggu usaha pencarian.
Susulan tragedi tersebut menyebabkan Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won bertindak meletak jawatan pada 27 April lalu selepas menyalahkan rasuah sebagai punca feri Sewol karam.

PENYELAM terpaksa menyelam sehingga kedalaman 40 meter dalam misi pencarian mayat mangsa tragedi.


Hong-Won mengaku beliau gagal mengendalikan dengan baik operasi menyelamat.
"Saya memohon maaf kerana gagal menghalang kemalangan ini daripada berlaku dan gagal mengambil tindak balas sewajarnya kemudian.
"Saya percaya sebagai Perdana Menteri, saya perlu memikul tanggungjawab ini dan meletak jawatan," tambah Hong-Won.
Dalam pada itu, permohonan maaf disuarakan oleh Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye yang bertemu ahli keluarga mangsa-mangsa Ahad lalu dan bersumpah akan mengenakan tindakan dan hukuman berat kepada pesalah yang menyebabkan feri tersebut karam.
Malangnya, kebanyakan keluarga mangsa menolak permohonan maaf beliau.
Kemarahan pihak keluarga dan masyarakat semakin membuak-buak apabila kapten dan 14 kru meninggalkan feri tersebut ketika ratusan penumpang masih terperangkap.
Kesedihan yang melampau pula menyebabkan Pengetua Sekolah Tinggi Danwon, Kang Min Kyu, 52 bertindak membunuh diri dua hari selepas kejadian feri karam itu.
Dalam nota yang beliau tinggalkan, Min Kyu melahirkan rasa kesal kerana terselamat dalam tragedi itu manakala guru dan pelajar lain pula meninggal dunia.
Mayatnya ditemui tergantung dengan tali pinggang di sebatang pokok di tengah-tengah bandar Jindo.


Jeriji besi bukan penghalang

Posted: 09 May 2014 05:24 AM PDT



TATKALA sekumpulan banduan wanita mula menguntum senyuman sebaik melihat kehadiran anggota keluarga masing-masing, riak wajah Nancy (bukan nama sebenar) mulai berubah sayu.
Kelopak matanya digenangi air jernih yang kemudian laju menuruni pipinya. Menyedari dirinya diperhatikan, Nancy pantas menyeka air mata yang mengalir lantas ditukar dengan senyum hambar.
Redup wajahnya merenung rakan-rakan banduan yang gembira memeluk erat insan-insan tersayang sedikit terkesan di hati. Hadiah yang telah pun disediakan buat anak-anaknya di atas meja hanya dipandang sepi.
Bagaimanapun, kegundahan hati Nancy akhirnya terlerai jua apabila mendengar suara anak bongsunya yang berusia sembilan tahun memanggil namanya melalui mikrofon.
"Mommy, I love you mommy. Happy Mother's Day mommy," demikian ucapan tulus dari mulut seorang anak yang kehilangan kasih sayang seorang ibu sejak lapan tahun lalu yang dipisahkan oleh tirai besi.
Pelukan erat diiringi tangisan kegembiraan antara ibu dan anak ternyata meruntun banyak jiwa yang berada di pekarangan Penjara Wanita Kajang, Selangor sempena siaran langsung program Wanita Hari Ini (WHI) itu.
Episod istimewa menerusi segmen Mesej Dari Penjara itu diadakan sempena meraikan sambutan Hari Ibu sekali gus menunjukkan betapa murninya kasih sayang wanita bergelar ibu.
Menurut Nancy, seorang banduan dari Filipina yang dipenjara di bawah Seksyen 13 Akta Pemerdagangan Orang 2007, dia bersyukur kerana terpilih menyertai program itu yang memberi peluang untuk bertemu dengan empat orang anak yang amat dirindui.
"Sewaktu ditangkap bersama suami, anak bongsu saya baru berusia setahun. Saya hanya mampu menangis ketika itu apabila mengenangkan nasib anak-anak. Tetapi, saya sempat berpesan kepada abang dan kakak-kakaknya agar menjaga dia dengan baik," luah Nancy yang akan dibebaskan pada 14 Februari 2018.
Pada kesempatan itu, Nancy berpeluang memakaikan baju baharu dan menyuapkan makanan buat anaknya yang tidak dapat merasai curahan kasih seorang ibu lantaran kesilapan yang dilakukan.
Selain Nancy, seramai 11 banduan lagi dapat meraikan Hari Ibu bersama keluarga tercinta yang dipilih berdasarkan kriteria tertentu seperti menunjukkan disiplin yang baik.

KUCUPAN tulus dari seorang anak buat ibu tercinta menggamit kesayuan di hati pengunjung.


Berdebar
Bagi banduan yang mahu dikenali sebagai Karen, dia mengakui hatinya berdebar untuk berjumpa keluarganya meskipun sebelum ini setiap minggu ada di antara mereka datang melawat.
Ini kerana, pertemuan itu tidak melibatkan sebarang sentuhan, sebaliknya hanya mampu memandang wajah antara satu sama lain yang dipisahkan melalui cermin.
"Sudah empat tahun saya dipenjarakan dan ini kali pertama saya berpeluang memeluk ibu, adik-beradik dan ibu saudara yang hadir dalam program ini.
"Ia satu penghargaan yang amat besar bagi diri saya. Justeru, kepada masyarakat di luar sana, hargailah ibu bapa anda walau siapa pun mereka. Sebagai anak, mereka mungkin akan memarahi atau menasihati kita, tetapi semua itu pasti ada kepentingannya.
"Hormati mereka dan buatlah yang terbaik demi menggembirakan ibu bapa anda," ungkap Karen yang dipenjarakan atas tuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang kemudian ditukar kepada Seksyen 304 membunuh tanpa niat.
Apabila ditanya, apakah punca kesalahan yang dilakukan, Karen dengan berhemah memohon maaf kerana tidak mahu menceritakan perkara tersebut lantaran mahu melupakannya.
Bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 12 tengah hari hingga 1 petang, WHI merupakan program bual bicara yang memberi tumpuan terhadap topik-topik kaum Hawa. Ia merangkumi isu kewanitaan, kekeluargaan, kesihatan, keinsafan dan fesyen.
SEORANG banduan menghadiahkan sejambak bunga buat ibu tercinta yang menghadiri program segmen Mesej Dari Penjara ini.


Dikendalikan oleh barisan pengacara seperti Azizah Ariffin, Hasfizza Sabjahan, Nor Azzura Azizul Azman, Hazrena Kassim, Teh Syuhaida Sarip, Irin Putri Azmi dan Nabihah Rosdi, WHI terus menjadi pilihan dan rujukan utama golongan wanita selepas 13 tahun program itu disiarkan.
Penerbit Eksekutif WHI, Siti Hatija Yusof memberitahu, pihaknya telah bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia sejak bulan Oktober 2013 untuk segmen Mesej dari Penjara.
Melalui segmen itu, beberapa banduan wanita dibawa ke studio dan berkongsi kisah secara langsung dengan penonton tentang bagaimana mereka terlibat dengan jenayah dan meluahkan kekesalan di atas perbuatan yang dilakukan.
Episod istimewa
"Sesungguhnya, episod istimewa seumpama ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan banduan agar mereka tidak rasa dipinggirkan.
"Jika orang lain berpeluang meraikan hari istimewa ini dengan memberikan pelbagai hadiah atau kad ucapan sempena Hari Ibu, banduan wanita di sini juga dapat menyempurnakan impian mereka.
"Kami berharap program ini dapat mencetuskan elemen-elemen kasih sayang untuk disemarakkan oleh golongan banduan bersama ibu mereka serta memberi kesedaran dan keinsafan kepada penonton tentang kepentingan dan keutuhan ibu pertiwi," jelas Siti Hatija.
Selain bertemu orang tersayang, penghuni-penghuni di Penjara Wanita Kajang turut mempamerkan bakat mereka menghiburkan tetamu yang hadir. Para banduan juga diraikan dalam upacara memotong kek bersama ibu masing-masing yang membangkitkan keriangan di hati.

AZIZAH menemu bual Zawawi mengenai pengorbanan seorang ibu dan tanggungjawab anak terhadap wanita yang melahirkan mereka ke dunia.


Tidak ketinggalan, pakar motivasi dan pendakwah bebas, Datuk Ustaz Mohd. Zawawi Yusoh turut dijemput bagi menyampaikan ceramah kepada banduan dan ahli keluarga mereka agar menginsafi diri di atas ujian yang menimpa.
Pada episod kali ini, ia dikendalikan oleh Hasfizza selaku penerbit dan pengacara siaran yang ditemani Azizah serta Hazrena.
Bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories