RSS

Nuffnang

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Hanez Suraya Jadi Mangsa Fitnah Wanita Itu

Posted: 05 Mar 2014 01:32 AM PST

sidang media hanez suraya

Melalui sidang media yang baru diadakan sebentar tadi, Hanez Suraya menegaskan yang dia telah di fitnah oleh seorang wanita dikenali sebagai Nurliyana Manan.. Seraya itu, Hanez meminta Liyana membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan fitnah yang dilemparkan yang mengatakan Hanez telah merampas suaminya sehingga menyebabkan rumah tangga mereka berantakan..

Hanez berkata, wanita itu memfitnahnya sudah menjalin hubungan dengan Romie selama lapan bulan dan meletakkan Hanez sebagai pihak ketiga dalam perceraian mereka. dakwaan itu adalah tidak benar kerana mereka mula berkenalan pada 20 Disember tahun lalu selepas isteri Romie memfailkan perceraian pada 8 Oktober tahun lalu.

"Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka dengan semua tohmahan yang telah dia aibkan, Kalau boleh permohonan secara terbuka seperti sidang media yang telah saya lakukan hari ini"

"Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera, dan saya tidak mahu lagi keadaan menjadi keruh dan saya juga tidak memberikan tempoh masa untuk pihak (Liyana) di sana untuk meminta maaf. Tetapi saya mahu nama saya dibersihkan kerana satu Malaysia kini mengenali saya dengan kontroversi ini," katanya.

Hanez juga mendakwa kesemua fitnah yang dilemparkan wanita itu mencalar reputasinya dan menjejaskan nama baiknya sebagai selebriti.

"Saya buat PC (sidang media) untuk menjelaskan (fitnah) ke atas saya. Kalau lepas PC orang nak hina atau cakap apa pun itu hak mereka. Yang penting saya dah jelaskan," katanya dalam sidang media di sebuah hotel di Bandar Utama di sini, petang tadi.

Sumber: MyMetro & Rotikaya

Hanez Suraya: “Terima Kasih Kerana Menghina Saya”

Posted: 03 Mar 2014 11:19 PM PST

hanez suraya

Jika Liyana Manan sedih apabila suaminya dirampas, Hanez Suraya juga sedih apabila orang ramai yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum kepadanya.. Hanez yang enggan mengulas lanjut mengenai isu ini, mengatakan agar orang ramai tidak mendengar dari sebelah pihak sahaja, sila nantikan penjelasan darinya di sidang media yang akan diadakan selewat-lewatnya rabu ini..

"Saya tidak mahu mengulas lanjut buat masa ini. Nantikan sidang media yang akan saya adakan selewat-lewatnya Rabu ini. Saya mohon semua untuk bersabar. Saya bukan nak melarikan diri tapi buat masa ini saya memang tak mahu memberikan komen. Harap semua faham," jelas Hanez Suraya ketika diminta untuk memberikan komen mengenai pendedahan yang dilakukan isteri kepada kekasih Hanez yang dikenali sebagai Mr. R.

Menerusi akhbar Berita Harian semalam, isteri Mr. R, Nurliyana Abd Manan mendakwa Hanez menjadi punca keruntuhan rumah tangganya. Selain itu, Hanez juga didakwa merampas suaminya. Selepas pendedahan yang dilakukan Nurliyana, Hanez dihujani pelbagai komen negatif dan hinaan di laman sosial seperti Instagram dan Twitter.

"Saya tak tertekan tetapi saya sedih. Orang di luar sana yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum. Saya tidak melatah sebab itu saya tidak respon kepada semua komen di Instagram. Sebab itu saya akan lakukan sidang media. Selepas itu, orang boleh menilai mana satu betul, mana satu salah," kata Hanez.

"Jangan dengar sebelah pihak. Berikan peluang untuk saya jelaskan nanti. Saya menerima semua jenis nasihat, negatif ataupun positif tapi bukanlah dengan cara menghina ataupun menghukum saya. Ada yang sampai jatuhkan hukum dengan mengatakan saya akan masuk neraka dan sebagainya," ujar pelakon 'Sayangku Damia' ini.

"Kepada yang memberikan komen melampaui batas untuk saya di laman sosial, terima kasih kerana menghina saya. Saya terima dengan terbuka hati dan redha. Tetapi tolong hormat laman sosial saya. Saya ada hak untuk menyekat sesiapa yang bertindak memberikan komen yang melampau dan keterlaluan. Saya terima semua komen dan hujah yang diberikan dengan positif. Apa yang kurang, saya akan perbaiki," tutur Hanez mengakhiri perbualan.

Sumber:GUA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories