RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Fesyen Selebriti di Karpet Merah ABPBH 2013

Posted: 25 May 2014 09:08 PM PDT

Acara karpet merah sudah tentu menjadi tumpuan dalam mana-mana anugerah sekalipun. Budiey rasa, setiap kali Anugerah Bintang Popular dianjurkan, pasti akan tertunggu-tunggu apakah tema dan mahu melihat adakah selebriti yang datang bijak menggunakan tema untuk busana mereka.

Walaupun suasana masih lagi dikatakan suram dengan beberapa peristiwa yang melanda negara, namun ABPBH 2013 edisi ke-27 masih dirasakan meriah walaupun sambutannya cukup sederhana. Nak kata yang datang tu sikit tak jugak sebab apa guna kalau ramai selebriti datang berduyun-duyun tapi Budiey tak dapat peluang untuk menemubual mereka. Namun kali ini, Budiey cukup rasa puas hati sebab dapat menemubual ramai selebriti.

Seawal jam 7.45 malam, selebriti yang hadir begitu membiaskan tema Magis Alam dengan gemerlapan sinar bintang mereka dengan memperagakan busana. Ini membuktikan fesyen tidak dapat dipisahkan dengan acara hiburan. Kehadiran artis dengan pelbagai gaya dan pilihan rona warna membuktikan semarak fesyen seiring dengan perkembangan semasa.

Budiey lihat kali ini ramai selebriti yang begitu patuh dan mengikut tema Magis Alam dengan warna asas dan elemen seperti tanah, air, angin dan api. Bagi sesetengah artis, ada juga yang mahu memilih jalan yang selamat dengan menggunakan warna Magis Alam dengan gaya yang sederhana dan minima.

Magis Alam diterjemahkan menerusi corak warna dan potongan. Warna prima turut memberi plihan selebriti iaitu merah, biru dan kuning.

Foto dari lensa jurugambar terkenal Taqiuddin Ariffin.

Karpet Merah ABPBH 2013

Karpet Merah ABPBH 2013

Karpet Merah ABPBH 2013

Karpet Merah ABPBH 2013

Karpet Merah ABPBH 2013

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Ulasan Konsert Konsert 2NE1 2014 WORLD TOUR di Malaysia

Posted: 25 May 2014 06:21 PM PDT

Pada 8 Disember 2012, para peminat 2NE1 terpaksa bersedih kerana konsert '2NE1 GLOBAL TOUR 2012 in MALAYSIA' mereka yang sepatutnya diadakan pada tarikh tersebut terpaksa dibatalkan atas masalah teknikal. Walaubagaimanapun hati peminat terubat apabila mereka datang untuk memeriahkan konsert Twin Tower @live pada March 2013.

Masih lagi tidak berpuas hati, kini mereka kembali untuk bertemu para peminat mereka iaitu Blackjack dalam konsert yang diadakan pada 24 Mei 2014 lalu di Stadium Negara. Konsert yang digelar '2NE1 2014 World Tour "All Or Nothing In Malaysia' ini ternyata telah dapat mengubati rindu para Blackjack kepada 2NE1.

Konsert dimulakan tepat pada jam 7.30 malam dengan tayangan VCR. Ahli kumpulan 2NE1 yang dianggotai oleh CL sebagai ketua kumpulan, Dara, Park Bom, dan Minzy memulakan persembahan mereka dengan lagu dari album terbaru mereka iaitu Crush. Konsert semakin menjadi lebih menarik apabila 2NE1 menggunakan efek api bagi mengiringi persembahan kedua mereka iaitu Fire yang juga merupakan lagu debut mereka.

Semasa sesi perkenalan, mereka menyatakan bahawa mereka rasa sangat gembira kerana dapat kembali mengadakan persembahan di Malaysia. Di dalam persembahan lagu Pretty Boy, mereka membawa replika kereta ke atas pentas di mana para penari latar menari di atas kereta tersebut manakala 2NE1 memegang pistol pink yang comel.

Pada pengakhiran lagu Don't Stop The Music, penari latar mengangkat ahli 2NE1 untuk membuat 'cheerleading' pose. 2NE1 mengenakan pakaian berwarna hitam dan putih sambil duduk di atas kain yang diikat seperti buaian untuk persembahan lagu I Miss You. Bagi lagu Come Back Home mereka menyanyikannya secara unplugged dan ketua kumpulan CL menghulurkan mic ke arah penonton mengajak mereka menyanyi bersama-sama. Salah satu lagu hits mereka iaitu Ugly dipersembahkan dengan susunan muzik yang baru. Lagu ini antara lagu kegemaran para Blackjack dan mereka menyanyi korus bersama-sama.

Apa yang menarik pada konsert ini ialah, 2NE1 tidak bersendirian. Konsert ini juga turut disertai kumpulan baru dari YG Entertainment iaitu Winner. Winner yang dianggotai oleh Jinwoo, Seunghoon, Mino, Seungyoon dan Taehyun merupakan pemenang bagi rancangan survival-realiti terbitan syarikat itu sendiri 'Who is Next: WIN'.

Semasa VCR kumpulan Winner ditayangkan, jeritan peminat membuktikan bahawa mereka sudah mempunyai peminat yang sangat ramai walaupun masih belum debut dengan secara rasmi. Ada peminat yang hadir ke konsert ini semata-mata ingin melihat Winner di depan mata mereka sendiri secara langsung. Mereka memulakan persembahan bertenaga mereka dengan lagu dari finale 'Who is Next: WIN', Just Another Boy.

Semasa perkenalan diri, mereka mencuba berkomunikasi didalam bahasa melayu seperti 'Apa Khabar?' , 'Selamat Malam' dan banyak lagi. Mereka meneruskan persembahan dengan lagu yang dicipta dan ditulis mereka sendiri iaitu Go Up.

Selepas Winner menamatkan persembahan mereka, 2NE1 kembali memeriahkan suasana dengan persembahan lagu I Love You, Come Back Home versi original, It's Gotta Be You dan Do You Love Me. Seterusnya, CL menggamatkan lagi suasana menerusi persembahan lagu solonya iaitu Bad Girl dan Mental Breakdown.

2NE1 kembali bersatu diatas pentas untuk persembahan lagu Scream dan I Am The Best. Semasa persembahan I Am The Best yang juga merupakan lagu hits 2NE1, para penari latar berpakaian seperti motosikal dan 2NE1 membuat gaya seolah-olah sedang menunggang motosikal tersebut Sebelum meneruskan persembahan seterusnya, mereka mengingati kembali kenangan sewaktu mereka membuat persembahan di Twin Tower @live tahun lalu dimana para Blackjack dan 2NE1 dapat menyambut hari lahir salah seorg ahli 2NE1 iaitu Park Bom. Mereka juga menyatakan bahawa mereka baru menyambut ulang tahun 2NE1 yang kelima dan memuji para peminat yang hadir pada konsert tersebut kerana mereka sangat 'awesome'. Mereka berjanji bahawa mereka akan kembali lagi pada masa akan datang.

Lagu terakhir mereka pada malam tersebut iaitu I Don't Care dan Go Away diberi nafas baru dimana mereka menyanyikannya dalam versi rock. Ianya seolah-olah lagu tersebut adalah sebuah lagu yang baru. Para peminat sangat teruja dengan susunan muzik bagi lagu ini. Mereka berjalan keseluruh pentas untuk berinteraksi dengan peminat sebagai tanda selamat tinggal.

Selepas mereka masuk ke belakang pentas, stadium gelap selamat 5 hingga 6 minit dan para peminat terus menjerit 'encore' kerana masih tidak puas dengan persembahan dari 2NE1 dan ternyata harapan mereka menjadi kenyataan apabila 2NE1 keluar ke pentas mengenakan t-shirt rasmi tour mereka.

Semasa persembahan 'encore' ini, terdapat projek khas dari peminat. Mereka mengangkat belon pink dan membentuk sebuah hati. Sebelum mereka meneruskan lagu yang terakhir iaitu Can't Nobody, CL meminta para peminat yang datang ke konsert tersebut untuk berdiri dan menyanyi bersama-sama. 2NE1 bermain-main bersama peminat sambil membuat fanservice kepada mereka. Konsert diakhiri dengan final bow dari mereka.

'2NE1 2014 World Tour "All Or Nothing In Malaysia' ini telah dibawa oleh IME Production.

Nak tengok gambar menarik sekitar Konsert 2NE1 2014 WORLD TOUR di Malaysia, klik SINI.

Konsert 2ne1 Live in Malaysia

Konsert 2ne1 Live in Malaysia

Konsert 2ne1 Live in Malaysia

Konsert 2ne1 Live in Malaysia

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories