RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Suami Abby Abadi Dua Kali Lafaz Cerai

Posted: 28 May 2014 08:59 PM PDT

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.

Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memberitahu kejadian itu berlaku pada Januari lalu. Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

Mereka bernikah di Selatan Thailand. Berita penuh akan dilaporkan kemudian.

abby abadi nikah

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Sinopsis & Trailer Filem CEO

Posted: 28 May 2014 08:23 PM PDT

Tarikh 12 Jun tentunya dinantikan dengan penuh debaran oleh produser, pe–ngarah dan barisan pelakon filem CEO yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara. Syarikat Arafilm Sdn Bhd turut mengambil langkah berani apabila mempertaruhkan pengarah muda berusia 29 tahun iaitu Razaisyam Razak sebagai pengarah filem ini.

Pastinya cabaran besar terpaksa diharungi pengarah ini apabila bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Deanna Yusof, Datuk Jalaluddin Hassan, Remy Ishak dan Beto Kusyairy. Turut membintangi filem ini ialah Cristina Suzanne, Anaz Ridhuan, Mustaqim Zaki dan Nazeera Sardi.

CEO menceritakan mengenai jalan kehidupan setiap manusia yang tidak akan kekal selamanya, seperti roda yang akan sentiasa berputar. Setiap orang perlu mempunyai kecekalan semasa menempuhi kesukaran hidup, mempunyai jati diri dan bijak mengatur langkah seterusnya. Berpegang kepada konsep ini, pengarah Razaisyam perlu menghasilkan garapan terbaik. Dia memberitahu, mulanya agak tertekan apabila mengarahkan nama-nama besar namun situasi selepas itu berubah apabila mereka banyak membantunya menjayakan watak yang diberikan.

CEO

Berikut details filem CEO :

Title : CEO
Format : 2D
Language : Malaysia
Genre : Comedy/Sosial
Classification : P13
Duration : 1hour 40mins (100mins)
Director : Razaisyam Rashid
Producer : Abdul Razak Abdullah
Cast : Beto Kusyairy, Remy Ishak, Cristina Suzanne, Jalaluddin Hassan, Deanna Yusoff, Anas Ridzuan
Release Date : 12 June 2014

Synopsis Filem CEO

"CEO" mengisahkan perubahan hidup dua orang lelaki dari dua kehidupan yang berbeza. Adam seorang CEO yang berjaya dalam sebuah empayar korporat. Sufian pula seorang penghantar pizza. Satu insiden telah berlaku menyebabkan hidup dua lelaki ini berubah 360 darjah. Adam yang disabitkan kes pecah amanah telah hilang segala-galanya. Dia hilang jawatan, kemewahan, harta benda dan juga tunang. Sufian pula mendapat syurga dunia apabila diberikan jawatan tertinggi syarikat, harta dan dan segala kemewahan yang tidak pernah difikirkan. Adam keliru dengan musibah yang menimpa dirinya dan bertekad mencari dalang kejatuhannya. Sufian juga keliru namun tiada tindakan yang diambil. Baginya seperti bulan jatuh ke riba! Usah banyak tanya!. Namun ada misteri disebalik apa yang terjadi dan mereka berdepan dengan misteri tersebut.

Facebook Link

https://www.facebook.com/CEOTheMovie

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories