RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Nik Michael Teruja Jadi Juri Dalam Kan Cheong Kitchen

Posted: 03 May 2014 09:43 PM PDT

Beliau dibesarkan dalam latar belakang keluarga seorang chef, tak pernah masuk kursus masakan pun, tapi kerana minat dan bakat yang terpendam, telah memberi satu peluang yang besar untuk seorang selebriti chef yang kacak ini. Masakan tidak, ayahnya pernah bertugas sebagai chef di Australia. Beliau lahir pada 19 September 1989. Tidak hairan, pada usia 15 tahun, secara semulajadi lelaki berdarah kacukan Melayu-Inggeris (Australia) ini sudah mencurahkan bakatnya dalam bidang seni kulinari sehingga berjaya bergelar chef selebriti seawal usia 25 tahun. Kini, Budiey dapat tahu Nik Michael sudah memiliki sebuah restoran di Publika, Hartamas yang diberi nama PickNik.

nik-michael-chef

Namanya mulai disebut-sebut semasa beliau menyertai program realiti MasterChef Malaysia musim pertama. Walaupun gagal bergelar juara, namun Nik Michael telah melakar nama dalam bidang pengacaraan apabila mulai mendapat tawaran untuk mengendalikan beberapa program masakan.

Antara program TV yang dijayakannya, Dapur Panas, Hello Bro… Tolong Masak dan yang paling membanggakan apabila Nik Michael menjadi hos program Tea Twist di bawah saluran TV antarabangsam Asian Food Channel (AFC). Anak sulung daripada enam orang adik beradik ini akui, produksi luar lebih profesional berbanding produksi tempatan daro segi masa dan penjagaan makanan.

Antara yang perkara yang perlu dalam bidang kulinari ialah:

1. Food Styling. Seni menghias makanan sangat perlu kerana ia sangat penting dalam menjadikan makanan itu nampak sedap dan lazat serta visual pula nampak cantik di kaca TV.

2. Pandai berkomunikasi. Paling tidak menjadi seorang guru kerana seorang chef perlu pandai berinteraksi dengan baik dengan penonton atau pun anak didik. Kemahiran ini juga penting untuk menjadi program masakan lebih menarik, tidak menjemukan dan penonton akan setia sampai habis rancangan.

Baru-baru ini, Budiey ada bertemu dengan beliau semasa sesi penyampaian hadiah dari Nokia Lumia 1520. Terbaru, Nik Michael Imran telah menjadi juri program Kan Cheong Kitchen. Tahniah Budiey ucapkan. Bukan senang nak jadi juri tapi Nik Michael merebut peluang ini dan mencabar dirinya untuk menjadi sebahagian daripada produk tempatan dan ini satu pengalaman berguna untuk masa depannya.

Mengulas tentang pengalaman menjadi juri, beliau merasakan semua orang boleh memasak. Cuma ilmu dan pengalaman yang membezakan. Dia juga sedar, ada sesetengah orang tak tahu yang dia ada bakat memasak dan tak ada seorang pun yang tak pandai masak.

Kan Cheong Kitchen disiarkan setiap Rabu jam 9.30 malam menerusi 8TV sejak 2 April lalu. Dihoskan oleh Megan Tan dan Prem Shanker, program ini berformatkan santai dan kelakar serta masih mengekalkan konsep setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil sebagai tukang masak dan seorang lagi bertindak sebagai pemberi arahan untuk memasak resepi disediakan.

Komen via Facebook

Komen

Hisyam Hamid & Isteri Dalam Terima Kasih Sayang

Posted: 03 May 2014 08:46 PM PDT

Saksikan program baru bertajuk "Terima Kasih, Sayang" di TV3 bersama yang tersayang, pada setiap Jumaat petang dan tunjukkan rasa kasih sayang serta penghargaan anda di atas kehadiran mereka dalam kehidupan anda.

Program selama 8 episod ini akan ditayangkan dalam format berbentuk realiti dengan setiap episod daripada program Terima Kasih, Sayang akan memaparkan perjalanan hubungan seharian dan bagaimana kehadiran seorang wanita istimewa dalam kehidupan,sama ada mereka adalah seorang isteri, ibu atau kakak, mempengaruhi mereka.

Rancangan ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada kaum wanita – sama ada mereka adalah seorang isteri, ibu, saudara atau rakan yang banyak memberi sokongan moral ketika kita mengharungi situasi pahit atau manis dalam rutin seharian dan juga detik-detik bermakna dalam pengalaman hidup kita.

hisyam-hamid

Tiga daripada episod "Terima Kasih, Sayang" mengetengahkan selebriti terkenal iaitu Sharifah Aleya dan adiknya, Sharifah Amani; pelakon Hisyam Hamid bersama isteri tersayang serta ibu kepada dua anak mereka; dan Fizo Omar bersama isterinya, seorang usahawan yang dinamik.

Program terbaru ini dibawakan kepada penonton hasil daripada kolaborasi minuman kecantikan terkemuka, InnerShine® bagi meraikan kekuatan dalaman serta keanggunan wanita, selaras dengan slogan kata terbaru produk tersebut, iaitu "Anda yang Teristimewa".

Terima Kasih, Sayang" akan disiarkan pada setiap Jumaat pada jam 6.00 petang di saluran TV3 bermula 28hb Mac 2014. Sekiranya anda tidak bersempatan untuk menonton episod pertama minggu lalu yang dibintangi oleh Hisyam Hamid dan isteri, anda bolehlah menyaksikannya melalui laman YouTube di http://www.youtube.com/user/innershineM.

Para penonton juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat daripada InnerShine® apabila mengambil bahagian dalam peraduan program Terima Kasih, Sayang. Kumpulkan 8 soalan mingguan yang akan tertera setiap minggu.Anda hanha perlu menjawab kesemua soalan dengan tepat serta hantarkan borang penyertaan serta berkongsi kisah peribadi istimewa, anda akan berpeluang untuk memenangi gelang berjenama edisi terhad serta hamper produk daripada InnerShine®.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan "Terima Kasih, Sayang", dapatkan pek "Terima Kasih Sayang" InnerShine® yang dijual pada harga RM30.50 untuk pek 42ml x 6-botol dan RM57.90 untuk pek 42ml x 12-botol. Untuk lebih nilai, pilihlah pek 2 x 12 botol yang dijual pada hanya RM85.00.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Talian Prihatin Pelanggan BRAND'S di talian 1-300-228-300, atau dengan melayari laman web www.innershine.com.my atau InnerShine Club di Facebook.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories