RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Petronas Kongsi Kekayaan Budaya Warisan Kaamatan & Gawai

Posted: 29 May 2014 08:37 PM PDT

Pada 19 Mei yang lalu, Budiey telah dijemput untuk menghadiri Sidang Media Pelancaran Tayangan Filem Web Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak di GALERI PETRONAS, KLCC. Budiey sangat teruja kerana dapat menjadi antara yang pertama menonton filem web ini.

Untuk info pembaca, Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak merupakan dua perayaan penting bagi meraikan dan menghayati kekayaan budaya warisan dan tradisi masa lampau yang dimiliki Malaysia.

Tahun ini, PETRONAS tak lupa untuk meraikan kedua-dua perayaan hari menuai yang diraikan oleh pelbagai komuniti di Sabah dan Sarawak ini. Budiey kira, ianya satu usaha yang sangat bagus. Sekurang-kurangnya, perayaan ini dapat difahami dengan lebih mendalam dan dihargai oleh semua rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang dan peringkat usia. Ye lah tak semua antara kita yang tahu apa itu Pesta Kaamatan dan Gawai Daya, kan?

Untuk memeriahkan lagi sambutan, sebuah filem web yang mengetengahkan kekayaan budaya dan ritual-ritual dalam Pesta Kaamatan dan Gawai telah dihasilkan oleh PETRONAS dan akan disiarkan di kaca TV dan laman YouTube rasmi PETRONAS bermula 26 Mei ini.

Petronas Gawai

"Kempen Pesta Kaamatan dan Gawai ini merupakan usaha PETRONAS untuk meningkatkan kefahaman tentang kedua-dua perayaan yang merupakan komponen budaya warisan, sekali gus memupuk perpaduan sosial di Malaysia," kata Pengurus Besar Kanan, Bahagian Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Norliza Kamaruddin.

"Filem web yang telah kami hasilkan tidak hanya mengisahkan intipati daripada Pesta Kaamatan dan Gawai, tetapi turut memberi pesanan supaya mengingat masa silam dalam menempuhi kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang," tambahnya.

Petronas Gawai

Norliza berucap pada majlis pelancaran kempen Kaamatan dan Gawai 2014 PETRONAS dan penayangan filem web bagi menyokong kempen tersebut di Kuala Lumpur hari ini.

Selain daripada filem web, kempen ini akan turut diperhebatkan dengan pelbagai aktiviti termasuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat penerbangan komuniti MASwings, PETROSAINS dan Galeri PETRONAS.

Kedua-dua syarikat (MASWingd dan PETRONAS) telah membawa 45 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dari Sabah dan Sarawak bermalam di Lembah Klang sambil menyertai program pengembaraan yang menyeronokkan bagi mendedahkan pengalaman baru yang dapat membuka minda mereka.

Selain itu, para pelajar berpeluang menyertai ceramah motivasi dan melawat fasiliti penyediaan makanan penerbangan Malaysia (MAS), lawatan ke Menara Kembar PETRONAS dan menyertai aktiviti-aktiviti menarik di PETROSAINS dan Galeri PETRONAS.

Sementara di Negeri Sabah dan Sarawak pula, PETRONAS meraikan Pesta Kaamatan dan Gawai menerusi program kemasyarakatannya – Sentuhan Kasih, yang bertujuan meraikan dan membantu komuniti-komuniti yang kurang bernasib baik semasa musim perayaan.

Program ini melibatkan sukarelawan kakitangan PETRONAS yang mana mereka bersama masyarakat tempatan di Papar, Bintulu dan Miri akan menjalankan kerja-kerja gotong-royong dan membaik pulih termasuk membersihkan rumah-rumah panjang sebagai persiapan menyambut perayaan tersebut.

Petronas Gawai

Selain itu, PETRONAS akan menyalurkan bantuan berupa keperluan asas seperti beras, tangki air, dapur gas, tong gas, vitamin dan bantuan makanan kepada komuniti di luar bandar dan keluarga miskin tegar bagi menjadikan hari perayaan mereka lebih bermakna.

Pesta Kaamatan diraikan setiap tahun oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah sebagai ungkapan kesyukuran ke atas hasil tuaian yang melimpah, sekali gus mendoakan hasil tuaian yang lebih baik lagi di tahun yang akan datang.

Di Sarawak, Pesta Gawai melibatkan ritual yang telah diamalkan sejak turun-temurun serta upacara penghormatan kepada leluhur bagi menandakan akan berakhirnya musim menuai dan menyambut esok hari yang dilimpahi dengan kebaikan. Perayaan ini diraikan oleh masyarakat Dayak, seperti Iban, Bidayuh, Kayan, Kelabit, Murut dan Orang Ulu di Sarawak.

Petronas Gawai

Pesta Gawai Petronas

Petronas Gawai

Petronas Gawai

Pesta Gawai Petronas

Pesta Gawai Petronas

Pesta Gawai Petronas

Pesta Gawai Petronas

Pesta Gawai Petronas

Komen via Facebook

Komen

Aiman Hakim Ridza Jadi Duta Produk Garnier Men

Posted: 29 May 2014 06:03 PM PDT

Tahniah Budiey ucapkan buat Aiman Hakim Ridza yang telah dilantik menjadi duta terbaru produk Garnier Men. Sebuah jenama No.1 terlaris* dalam penjagaan kulit lelaki, ini membuktikan bahawa Garnier Men memahami keperluan penjagaan kulit lelaki Malaysia dan ia menjadikan jenama tersebut menerajui kedudukan pasaran hari ini. Ia dinyatakan oleh Christina Low, Pengarah Pemasaran Garnier Malaysia di dalam ucapannya kepada media semasa majlis jenama tersebut hari ini.

Aiman Hakim Ridza

Menurut Low, Malaysia merupakan pasaran yang pertama di dunia yang Garnier Men perkenalkan dengan rangkaian penuh produk penjagaan kulit dengan formulasi khas untuk lelaki.

"Garnier Men mula diperkenalkan kepada jejaka Malaysia pada 2010; dan sejak itu, kami beransur-ansur menerajui kategori penjagaan kulit lelaki dengan perkembangan yang memberangsangkan setiap tahun. Populariti kami di kalangan jejaka Malaysia adalah kerana kami memahami keperluan penjagaan kulit mereka. Sejak tiga tahun lalu, kami mendalami dan menjalankan kajian ke atas lelaki Malaysia mengenai masalah yang dihadapi mereka dalam penggunaan produk penjagaan kulit serta sikap beli-belah. Penemuan kami mencetuskan perkembangan produk baharu yang memenuhi keperluan mereka dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan Garnier Men."

Aiman Hakim Ridza

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh L'Oreal Malaysia ke atas lelaki Malaysia pada 2012**, secara puratanya lelaki Malaysia mengguna kurang daripada 20 minit untuk merapikan diri dalam sehari.

Secara amnya, lelaki Malaysia merapikan diri untuk tampil kemas dan berasa hebat. Kajian ini melaporkan bahawa 56% daripada lelaki menyatakan bahawa 'keyakinan' adalah motivasi mereka yang teratas; 52% merapikan diri atas sebab kebersihan; dan 39% secara amnya merapi diri untuk nampak hebat dan lebih profesional atas sebab kerja.

Kebanyakan lelaki (86%) yang menggunakan produk perapian membeli produk sendiri.

Menurut Low, penemuan ini menunjukkan bahawa "jejaka hari ini tidak lagi menggunakan sabun mandi sahaja untuk membersihkan diri dari hujung rambut ke hujung kaki. Masyarakat kita telah berubah dan menerima peranan produk penjagaan kulit dalam memastikan tahap keyakinan seorang lelaki. Lelaki moden memahami akan kepentingan menjaga kulit dan penampilan supaya mereka tampil yakin, profesional dan rapi. Mereka semakin sedar cara-cara untuk menjaga diri dan akan memilih serta membeli produk penjagaan kulit mereka sendiri tanpa bergantung kepada pasangan mereka".

Bagi penjagaan kulit, kajian mendapati bahawa isu berkaitan dengan muka, seperti jerawat dan pori-pori yang besar merupakan masalah lelaki Malaysia, di mana lapan daripada sepuluh (atau 79%) menyatakan kulit berminyak sebagai masalah utama. Oleh itu, rangkaian pembersih Garnier Men Turbolight Oil Control menjadi pembersih paling laris dalam pasaran*. "Kami mempunyai pelbagai rangkaian produk yang memenuhi keperluan pelbagai jenis masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam, kulit kering, kulit lesu dan banyak lagi. Rangkaian Turbolight Oil Control diperkembangkan untuk menangani masalah kulit berminyak dan masalah lain," kata Low.

Kajian tersebut juga mendapati bahawa lelaki Malaysia mahukan produk yang mudah digunakan dengan pelbagai manfaat dan berbaloi. 53% daripada mereka yang menyertai kajian ini memilih produk perapian berdasarkan bilangan manfaat yang diperoleh tetapi mengetepikan produk yang dianggap mahal. Low menekankan bahawa produk Garnier Men bukan sahaja diperkembangkan untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi lelaki, tetapi juga "diformulasi berdasarkan teknologi terkini Garnier yang menggunakan kuasa bahan aktif alam semula jadi untuk memberi hasil yang jelas dan terbukti pada kulit". "Ini dilakukan tanpa menjejaskan harga, yang memainkan peranan penting dalam menjadikan produk penjagaan kulit kami pada harga berpatutan buat semua lelaki di Malaysia," kata Low.

"Garnier Men menyediakan pelbagai pilihan kepada lelaki moden untuk mengatasi masalah kulit mereka. Dengan pembungkusan dan warna yang menarik, lelaki tidak perlu berasa segan apabila membeli produk penjagaan kulit. Kami juga cuba menjadikan Garnier Men mudah didapati, dengan mengedarkannya melalui pasar raya besar, pasar raya dan farmasi serta kedai runcit di seluruh negara. Harganya yang berpatutan juga membolehkan lelaki mula mengekalkan rutin penjagaan kulit yang betul dari usia muda supaya kulit mereka kekal sihat untuk tempoh yang lebih lama," kata Low.

Sewaktu menyimpulkan apa yang menyumbang kepada kejayaan Garnier Men dalam pasaran, Low berkata: "Pengetahuan kami dalam penjagaan kulit dan perapian di kalangan lelaki Malaysia membantu kami mendapat kedudukan teratas dalam pasaran, kami juga pasti kejayaan kami adalah hasil pengaruh duta jenama kami.

Menurut kajian, lelaki di Malaysia berasa senang dikaitkan dengan jenama dan persona jenama tersebut dengan adanya perwatakan tempatan; oleh itu, kami memperkenalkan seorang lagi duta Garnier Men hari ini". Low kemudiannya memperkenalkan Aiman Hakim Ridza sebagai duta jenama Garnier Men yang baharu.

Aiman Hakim Ridza

Aiman Hakim mewakili jejaka Malaysia pada amnya. Aiman merupakan pelakon yang kian popular di Malaysia, mengejar impian hidupnya setiap hari. Pada usia 25 tahun, atlet yang menjadi penyanyi dan pelakon ini sentiasa mencabar diri sendiri dalam apa jua yang diceburinya. "Terpilih untuk menjadi duta baharu Garnier Men semestinya merupakan suatu pencapaian dalam kehidupan saya, saya berbangga yang saya boleh menjadi model peranan untuk semua jejaka di Malaysia. Tiada perlunya saya segan mengaku yang saya suka produk-produk penjagaan kulit dan saya sayangi diri dengan menjaga kulit saya!" kata jejaka peramah yang mempunyai ketinggian 182sm ini.

"Produk kegemaran saya semestinya Garnier Men TurboLight Oil Control Icy Scrub, yang saya gunakan dua kali seminggu dan untuk kebersihan muka setiap hari, Garnier Men Turbolight Oil Control Black Foam menjadi pilihan saya! Seperti lelaki yang lain, adalah menjadi kebiasaan bagi seorang lelaki yang suka akan rutin penjagaan kulit yang cepat dan berkesan! Garnier Men Turbolight Oil Control Black Foam membersihkan minyak dan kotoran pada kulit bagaikan magnet, yakni, kulit bersih dan berseri. Garnier Men TurboLight Oil Control Icy Scrub pula mempunyai kesan yang menyegarkan kulit saya – produk ini menggabungkan pelbagai kebaikan dalam satu tiub – iaitu membersih, menanggal kulit mati, mengurangkan bintik-bintik hitam, menghilangkan minyak berlebihan dan menyerikan kulit saya. Sekiranya saya perlu ke mana-mana, atau bersukan, saya selalu membawa Garnier Men TurboLight Icy Scrub bersama saya untuk menghilangkan rasa lekit dan berminyak akibat peluh," katanya lagi.

Sertailah peraduan Garnier Men "Take Control & Win" dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih daripada RM20,000! Anda hanya perlu membeli mana-mana produk Garnier Men, jawab kuiz bola sepak, lengkapkan slogan tidak melebihi 20 perkataan dan sertakan bukti pembelian. Antara hadiah yang boleh dimenangi termasuklah SONY PlayStation 4, 47" SONY Bravia TV dan permainan EA FIFA 2014. Tarikh tutup peraduan adalah 30 Jun dan borang peraduan boleh didapati di semua kedai runcit seluruh negara.

Produk-produk penjagaan kulit Garnier Men boleh didapati di semua kedai runcit utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, 'like' Facebook Garnier Men di www.facebook.com/GarnierMenMalaysia.

*No. 1 dalam jumlah nilai di Semenanjung Malaysia dalam segmen Lelaki bagi Kategori Toner, Pembersih, Pelembab, Masker Wajah & Mata. Berdasarkan Perkhidmatan Indeks Runcit bagi Kategori Penjagaan Kulit selama 12 bulan berakhir Januari 2014 dari segi jumlah Semenanjung Malaysia (Hak cipta 2014, The Nielson Company (M) Sdn Bhd)

**Data kajian adalah kombinasi kajian Penggunaan dan Sikap 2010, Nielsen; laporan IpsosAsiaBus 2012; dan Data Pasaran Nielsen, 2013.

Aiman Hakim Ridza

Aiman Hakim Ridza

Aiman Hakim Ridza

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories