RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Akadami Fantasia Bakal 2014 Bakal Bermula?

Posted: 31 May 2014 03:56 PM PDT

Pada hari ini, genaplah 18 tahun Astro menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia. Pastinya, sebagai sebuah stesen TV berbayar tentu sekali banyak memori indah terakam serta pelbagai kejayaan dicipta dalam tempoh hampir dua dekad ini. Budiey ucapkan syabas buat Astro!

Amat sinonim sebagai perintis program realiti hiburan tanah air, jenama Akademi Fantasia sebagai platform yang dominan semakin kukuh apabila berjaya melahirkan ramai pelapis dalam pelbagai lanskap dunia hiburan terutamanya bidang nyanyian saban tahun.

Apa yang Budiey dapat berita, pada tahun ini, sekali lagi Akademi Fantasia 2014 akan dilangsungkan. Haa, tak serik-serik nampaknya… apa-apa pun, kita kena berfikiran positif dan apa yang kita harapkan AF 2014 ini mencipta satu fenomena. Haa, tahun lepas pun kita cakap macam ni gak, tapi, tengoklah nanti camna.

Pihak Astro bakal mengadakan Majlis Sidang Media Akademi Fantasia 2014 pada hari Isnin, 2 Jun 2014 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur. Apakah kelainan AF 2014?

Ramai selebriti yang akan hadir, antaranya Aaron Aziz, Stacy, Zizan, Lisa Surihani, Akim Ahmad, Adira, Shahir, Hafiz, Hazama, Aril, Faizul, Indah, Azhael, Aisyah, Nabila, Amira, Nabil, Dato AC Mizal, Datuk Aznil, Shiro, Wala, Daiyan Trisha, Hanis Zalikha dan Sarah Hildebrand dalam Majlis Penghargaan Media Bersama Artis Astro yang akan berlangsung selepas itu.

Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi Artis Naungan Astro selama ini dan sebagai tanda usaha berterusan Astro dalam menyokong pembangunan bakat-bakat seni tempatan.

Haaa, ada lucky draw ke tidak ni? Okaylah Budiey nak join gak lah! Barulah terasa diri ini dihargai. Agituh!

HAFIZ

Gambar sekadar hiasan

Komen via Facebook

Komen

Apa Ada Pada Pesawat Eksklusif Taylor Swift?

Posted: 31 May 2014 03:36 PM PDT

Untungnya menjadi selebriti apabila segala produk mahukan penampilan dan penjenamaan seiring dengan imej selebriti. Tidak hairan segala barang dan produk yang terkenal menggunakan selebriti sebagai pelaris. Dari produk penjagaan diri, pemakanan kesihatan sehinggalah kepada penerbangan, selebriti tidak terlepas digunakan untuk menarik perhatian masyarakat. Terbaru, AirAsia memperkenalkan pesawat eksklusif yang menampilkan wajah penyanyi terkenal Taylor Swift sempena dengan kedatangan beliau untuk Konsert Taylor Swift RED ASEAN TOUR di Malaysia.

Taylor Swift

AirAsia, syarikat penerbangan tambah rendah terbaik dunia bagi lima tahun berturut-turut adalah syarikat penerbangan rasmi bagi Taylor Swift RED ASEAN TOUR dipersembahkan oleh Cornetto di Asia Tenggara, dan telah memperkenalkan pesawat eksklusif yang menampilkan pemenang tujuh kali anugerah GRAMMY itu di majlis yang diadakan di Kuala Lumpur malam semalam.

AirAsia perkenal pesawat eksklusif Taylor Swift bersempena dengan jelajah THE RED TOUR di Asia Tenggara.

Pesawat Airbus A320 yang menampilkan Taylor Swift ini akan beroperasi ke pelbagai destinasi di Asia Tenggara bersempena dengan konsert jelajah ini, termasuk Jakarta, Manila dan Singapura, tambahan kepada Kuala Lumpur.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad memperkenalkan pesawat terbaru ini, tambahan kepada senarai pesawat dengan rekaan luaran unik dari AirAsia, para peminat Taylor Swift di rantau ini boleh mula melihat pesawat istimewa ini bagi tempoh satu tahun yang berikutnya, pesawat ini akan beroperasi dalam jaringan luas laluan AirAsia termasuk 88 destinasi di 22 buah negara.

"Jelajah konsert Taylor Swift akan bermula di Asia Tenggara tidak lama lagi, dan kami sangat berbesar hati untuk menerima kedatangan Taylor Swift dan krewnya ke penerbangan kami dengan pesawat istimewa ini. Kami di AirAsia sentiasa melihat penjenamaan di tahap yang berbeza dan peluang untuk berkerjasama dengan Taylor dan krew beliau menjadi satu lagi tanda aras bagi kami dalam usaha membina jenama AirAsia di peringkat global," kata Aireen Omar.

Bloggers dan media dari seluruh rantau ini turut hadir ke majlis AirAsia semalam di Kuala Lumpur bagi menyambut pelancaran rekaan luar pesawat ini yang juga menandakan pemulaan bagi kolaborasi AirAsia bersama Taylor Swift THE RED ASEAN TOUR dipersembahkan oleh Cornetto di Asia Tenggara.

Taylor Swift RED ASEAN TOUR dipersembahkan oleh Cornetto akan diadakan di Jakarta pada 4 Jun, Manila pada 6 Jun, Kuala Lumpur pada 11 Jun dan di Singapura pada 9 dan 12 Jun.

AirAsia juga telah melancarkan RED HOT Truck bersempana dengan THE RED TOUR, yang telah menjelajah ke 3 buah negeri di Malaysia – Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru dari 5 – 18 Mei; dimana para peminat Taylor Swift boleh menyertai pelbagai aktiviti yang menarik dan berpeluang memenangi konsert tiket, pelbagai barangan dan banyak lagi. RED HOT Truck juga turut berada di majlis AirAsia yang dianjurkan semalam.

Taylor Swift yang juga menulis sendiri kesemua lagu-lagu beliau, adalah pemenang tujuh kali Anugerah Grammy dan adalah pemenang termuda dalam sejarah anugerah industri muzik yang paling berprestij ini, anugerah GRAMMY bagi Album terbaik tahunan.

Beliau adalah #1 artis muzik digital sepanjang zaman, satu-satunya penyanyi wanita dalam sejarah industri muzik (dan hanya artis yang keempat keseluruhan) yang dua kali mempunyai album yang mencecah angka jualan 1 juta dalam minggu pertama, dan adalah artis pertama selepas Beatles (satu-satunya penyanyi wanita dalam sejarah) yang kali keenam atau lebih berada di tangga #1 dengan tiga album studio berturut-turut. Taylor mempunyai album di dalam senarai Top 50 Greatest Album of All Time (kategori wanita) oleh Rolling Stone, majalah Time telah menyenarai beliau dalam 100 Individu Paling Berpengaruh di dunia, dan beliau adalah wanita paling muda dalam senarai Billboards Woman of the Year.

Taylor yang dibawah Big Machine Records, mempunyai rekod penjualan melebihi 26 juta album dan 75 juta lagu yang dimuat turun seluruh dunia, dan mempunyai lagu sulung di carta-carta terbaik seluruh dunia.

Untuk perkembangan terkini mengenai AirAsia, serta promosi dan aktiviti, ikutilah di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories