RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Kamelia Syermain Nafi Dakwaan Meniru Gaya Yuna

Posted: 04 May 2014 05:08 PM PDT

Penyanyi Youtubers, Kamelia Syermain berharap tiada pihak yang cuba menyamakan imej pemakaiannya dengan penyanyi Yuna, memandangkan kedua-dua mereka mempunyai gaya penampilan yang hampir sama. Berkata kepada sebuah portal, penampilan yang dibawakannya lebih kasual sesuai dengan muzik R&B Pop yang ditampilkan menerusi single lagu pertama, Khabar Aku.

kamelia-syermain-red

"Rasanya imej saya dan Yuna jauh berbeza tetapi dia merupakan salah seorang daripada idola saya dalam industri muzik tempatan. Tetapi kami memiliki karakter serta pendekatan muzik yang berbeza. Diharap tiada pihak yang menyamakan saya dan dia (Yuna)."

"Seronok rasanya apabila dapat berkerjasama dengan kumpulan Sleeq dalam pembikinan single Khabar Aku dan berharap ia akan diterima ramai. Pada asalnya lagu itu bertajuk Apa Khabar namun terpaksa ditukar kepada Khabar Aku pada saat akhir kerana ia mempunyai persamaan dengan lagu daripada Joe Flizzow & Sonaone. Takut orang keliru pula apabila mempunyai dua tajuk lagu yang sama."

Sementara itu, Kamelia yang merupakan artis naungan Seventeen Eleven Music berkata, dia berasa teruja mahu melihat respons daripada peminat muzik tempatan mengenai Khabar Aku, lagu taruhan pertamanya itu. Khabar Aku merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Alyph (Sleeq) dan Kamelia yakin muzik yang ditampilkan itu akan memberi kesan yang tersendiri buat sesiapa pun yang mendengar.

Kamelia Syermain

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Noniswara Nafi Ada Bercinta Dengan Usahawan

Posted: 04 May 2014 05:02 PM PDT

Melalui sebuah portal terkenal, pelakon Noniswara telah membuat penafian tentang gossip yang mengatakan beliau sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Imran Mohd Nor apabila kelibat lelaki itu sering dilihat dalam gambar atau video yang dirakamkan menerusi lama sosial Instagram (IG).

Nonis atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, 45, menegaskan hubungannya dengan lelaki itu hanya sekadar teman biasa dan masih belum terfikir untuk menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki selepas mengharungi penceraian kali kedua tahun lalu.

Datin Noniswara sebagai Puan Mariam

"Memang benar hubungan saya dengan Imran rapat tetapi hanya sebagai teman biasa dan bukannya intim seperti mana diperkatakan oleh sesetengah pihak. Apa yang mereka lihat menerusi gambar-gambar tersebut hanya salah faham dan terus membuat kesimpulan tanpa mengetahui cerita sebenar."

Nonis mengulas mengenai laporan sebuah akhbar mingguan yang menyebut pelakon itu sering dilihat bersama dengan lelaki itu dalam beberapa majlis termasuk semasa sambutan hari jadinya bulan lalu. Dalam pada itu, Nonis berkata, dia mengenali Imran menerusi suami kepada pelakon Rabecca Al-Islam iaitu Datuk Nor Azam Sulaiman dan mereka sering menghabiskan masa bersama-sama dan bukannya berdua-duaan.

Jelas Nonis, latar belakang Imran sebagai usahawan membuatkan mereka rapat selain banyak meminta nasihat daripada lelaki itu tentang perniagaan.

"Saya seorang yang minat dalam perniagaan dan ada meminta nasihat Imran tentang selok belok tentang bidang itu dan sekiranya kami keluar bersama pun ia turut ditemani oleh rakan-rakan lain yang pada kebiasaannya hampir sepuluh orang semuanya."

Sementara itu, Nonis berkata, sebagai seorang wanita yang pernah bercerai sebanyak dua kali dia kini lebih berhati-hati sekiranya ada lelaki mendekatinya kerana ingin memastikan dia tidak tersalah langkah seperti mana sebelum ini.

Nonis bagaimanapun mengakui ada beberapa lelaki yang cuba mendekatinya namun dia kini tidak mudah mempercayai kata-kata manis mereka selain lebih selesa berkawan sahaja.

"Dengan pengalaman sebelum ini saya perlu lebih berhati-hati dengan kaum lelaki dan perlu menilai dan meneliti terlebih dahulu sikap dan personaliti mereka kerana jika ditakdirkan bertemu jodoh saya tidak mahu ia berakhir dengan penceraian."

Dalam perkembangan lain, Nonis berkata, selain sibuk dengan lakonan dia juga kini lebih banyak menghabiskan masa di kampung halamannya di Kota Bahru, Kelantan bersama anak-anaknya.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories