RSS

Nuffnang

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

sumber :-

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Fasha Sandha Dedah Punca Terluka Dan Menegur Peminat

Posted: 24 Jun 2014 11:25 PM PDT

Pelakon Fasha Sandha terluka apabila dia dikatakan kononnya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli (Jejai) berbanding dengan Nora Danish.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 30, berkata dalam laporan mStar Online, dia terpaksa menegur pengikut Instagram miliknya apabila mereka mempersoalkan kenapa dia tidak memuat naik foto bersama keluarga mertua pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2014) berbanding Nora Danish yang banyak memuat naik gambar-gambar bersama bekas mertuanya itu.

"Saya beranganggapan komen-komen seperti itu adalah tidak sihat. Sebagai seorang ibu mengandung, isteri dan juga menantu kepada keluarga suami, saya berhak meluahkan perasaan dan menegur pengikut saya di laman sosial. Tujuan saya berbuat demikian agar mereka tidak terus melukakan hati atau mengeruhkan lagi perasaan saya ketika ini. Status itu adalah teguran kepada pengikut yang ada kalanya meninggalkan komen yang boleh memberi kesan negatif kepada saya," katanya.

Pada petang Selasa, Fasha telah menegur segelintir pengikutnya yang memberi pelbagai komen apabila dia tidak mempunyai gambar bersama keluarga suaminya di Instagram berbanding Nora yang memuat naik pelbagai foto bersama keluarga itu pada acara (KLFW2014) yang berlangsung baru-baru ini. Perkara tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan sebab dirinya dibandingkan dengan Nora dan meluahkan bahawa dia tidak suka membaca komen-komen sebegitu di mana ia boleh melukakan hatinya.

Berikut adalah antara komen peminat yang melukakan hati Fasha Sandha:



Berikut pula adalah teguran Fasha kepada peminatnya:

Negative vibes in the morning. I've been receiving this type of comments from different followers almost everyday which i don't like. The fact of the matter, i was at KLFW2014 for Kavita and Tom Abang Saufi finale shows. Yes, memang betul SHE is close to my husband's family and always be together with them without me but do u need to feed me WITH this type of comments ? Tujuannya? Benar2 Kesian atau untuk membuatkan saya lebih sedih? Wallahualam. I'm 5 months pregnant n i don't like to read this type of comments in my page,my family page or my good friend's instagram. Yes, anda boleh comments 'visit my ig' untuk nak jual apapun or iklan apa saja di laman insta i, i tak kisah and tak pernah tegur,tak pernah delete the comments and tak pernah block. But, not this type of negative comments, Please RESPECT. Somehow, its hurting me. 'Everyone has their limits'. Ini adalah teguran to my followers.

Teguran ya,bukan marah. If you don't have anything nice to say, please don't say anything at all. To whom it may concern , i do hope that u also understand your limit too. You need to learn that your actions do affect other people,caused problems,negative vibes and comparison. It's not just always about you. Thank you.

Bagaimanapun kata Fasha, dia bersyukur dan berterima kasih dengan kebanyakan pengikutnya yang menyokong dengan setiap perkara yang dilakukannya menerusi komen-komen positif yang diterima. Sementara itu, ditanya adakah dia mempunyai hubungan yang akrab dengan keluarga Jejai, Fasha enggan mengulas tentang perkara tersebut.

"Soal sama ada saya akrab atau tidak dengan keluarga suami, saya tidak perlu komen. Cuma apa yang boleh dikatakan di sini, saya harap masing-masing faham dengan had masing-masing. Peminat sekarang bijak dan mampu menilainya," tuturnya.

Johan As'Ari Dan Kaka Dedah Punca Bengang Dengan Zizan Razak

Posted: 24 Jun 2014 11:22 PM PDT

Seperti yang kita maklum, ada krisis sedang melanda syarikat milik pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Wirefame Entertainment Sdn Bhd (WFE). Terbaru, artis-artis dibawah naungan syarikat ini termasuk Johan As'ari dan Kaka Azraff dilaporkan bengang dengan sikap pengarah urusan mereka iaitu Zizan Razak yang telah membekukan akaun syarikat.

Perkara ini diketahui setelah artis dan kakitangan Wirefame mau keluarkan duit hasil daripada kerja mereka tetapi duit tidak dapat dikeluarkan. Apabila ditanyakan kepada pihak bank apakah sebabnya mereka tidak dapat mengeluarkan wang mereka, jawapan yang diterima daripada pihak bank adalah akaun tersebut telah dibekukan.

Menurut laporan Harian Metro, Zizan telah membekukan akaun syarikat sejak 4 Jun 2014 lalu.
Menurut Johan, dia sekeluarga baru berpindah ke rumah baru, namun kerana tindakan Zizan itu, dia kini berdepan dengan pelbagai masalah. Johan yang tidak menerima pendapatan bagi bulan Mei hingga menyebabkan dia tidak dapat membayar bil rawatan ibunya di hospital. Bukan sahaja Johan, malah, Kaka Azraff turut menerima tempias yang sama hingga merasakan dirinya menjadi mangsa kerana tindakan Zizan itu.

"Sepatutnya Zizan berbincang dengan kami termasuk pekerja syarikat sebelum membuat tindakan itu. Sekarang kami menjadi mangsa tindakan Zizan sendiri."
Tidak pasti pula apa masalah yang melanda Zizan dan syarikatnya. Namun, khabarnya ada antara artis naungan WFE bakal membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.

Piala Dunia : Suarez Gigit Chiellini

Posted: 24 Jun 2014 11:17 PM PDT

Luis Suarez menukar saat ceria kemenangan 1-0 Uruguay ke atas Itali, awal pagi tadi kepada saat muram buat rakan dan pasukan selepas mencipta satu lagi 'drama menggigit' yang kini tampak seperti sudah sebati dengan dirinya.

Gol tunggal kapten pasukan, Diego Godin hasil tandukan pada lewat babak permainan Kumpulan D memacu pasukan Amerika Latin itu mara ke pusingan kedua sementara Itali pula tersingkir dengan jurulatih mereka, Cesare Prandelli membuat pengumuman meletakkan jawatan serta merta.

Namun, Suarez jelas mencuri tumpuan apabila pemain bek tengah Itali, Giorgio Chiellini mendakwa pemain lawan itu menggigit bahunya dan harus dilayangkan kad merah.

Dalam perkembangan terbaru, penyerang Liverpool itu difahamkan sudah hampir pasti akan digantung daripada aksi Piala Dunia buat kali kedua-dua berturut-turut.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sedang menyiasat insiden berkenaan yang kini menjadi bahan perbualan global dan Suarez yang sebelum ini dihukum dua kali - kerana menggigit - tampak mungkin dikenakan denda lebih besar walaupun terlepas hukuman ketika perlawanan itu.

"Kami masih menunggu laporan pegawai perlawanan. Kami akan mengumpul segala elemen yang ada kaitan untuk menyiasat perkara ini," kata seorang jurucakap FIFA, sebentar tadi.

Suarez yang ditemubual wartawan dari negaranya berkata insiden itu sebahagian daripada adat permainan bola sepak dan tidak harus dihebohkan.
"Ini adalah situasi yang berlaku atas padang. Kami berdua berada dalam kawasan berkenaan. Dia menolak saya dengan bahunya dan saya juga bertindak balas," katanya sebagai merujuk kepada kata-kata Chiellini.

Rakaman ulang tayang di televisyen menunjukkan Suarez tampak menerpa dari belakang sebelum menggigit bahu Chiellini tanpa bola dalam permainan.

Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez pula tidak mahu memperbesarkan insiden itu dan bertambah marah dengan media apabila dia terus ditekan mengenai isu terbaru itu.

"Saya mahu melihat rakaman dulu sebelum membuat apa-apa komen. Jika ia berlaku mungkin pengadil tidak melihatnya," kata Tabarez.

Dia menambah: "Suarez adalah sasaran beberapa media, beberapa akhbar. Saya lihat ada sesuatu yang wujud antara mereka dan dia."

INFO: Kontroversi membabitkan Luis Suarez

* Julai 2010
Menahan bola menggunakan tangan pada minit terakhir masa tambahan perlawanan suku akhir Piala Dunia menentang Ghana. Asamoah Gyan gagal menyempurnakan penalti dan Uruguay menang untuk layak ke peringkat separuh akhir.

* November 2010
Digantung tujuh perlawanan selepas menggigit pemain PSV Eindhoven, Otman Bakkal ketika bermain untuk Ajax.

* Disember 2011
Dikenakan penggantungan lapan perlawanan serta didenda £40,000 pound (kira-kiraRM218,331) kerana melakukan tindakan perkauman ke atas pemain Manchester United, Patrice Evra.

* Februari 2012
Enggan berjabat tangan dengan Evra di Old Trafford dan ia dilihat sebagai satu 'penghinaan' oleh Sir Alex Ferguson.

* April 2013
Suarez meminta maaf atas tindakan menggigit pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic dan digantung 10 perlawanan.

Gambar Wanita Islam Hani Al Zehra Peluk Anjing

Posted: 24 Jun 2014 11:07 PM PDT


Menyentuh anjing sememangnya haram di sisi agama Islam apatah lagi menjadikan haiwan itu sebagai binatang peliharaan.

Namun begitu, seorang gadis bertudung yang dikenali Hani Al Zehra menerusi akaun Facebook telah bertindak memegang dan memeluk seekor anjing kini sedang hangat diperkatakan di Facebook.











Bekir Hadiahkan Ferrari Pada Anak Umur Lapan Tahun

Posted: 24 Jun 2014 11:04 PM PDT

Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Mahmud hari ini memberitahu mahkamah yang beliau membelikan anaknya iaitu Raden Murya sebuah kereta Ferrari ketika anaknya itu hanya berusia lapan tahun.

Kereta itu yang dibeli atas namanya kemudian ditukar kepada nama anaknya sendiri selepas beliau cukup umur 18 tahun.

"Sejak anak kecil, dia minat Ferrari jadi saya telah belikan Ferrari kepadanya. Dulu beli masa dia kecil, saya beli atas nama saya, sekarang saya alihkan atas nama anak," katanya.

Bekir menyatakan kereta itu adalah sebuah Ferrari Modena 370 terpakai dan dibeli pada tahun 2001 dengan harga kira-kira RM950,000.

"Dari awal lagi saya beritahu beliau itu adalah keretanya, dan apabila beliau berusia 18 tahun saya tukar nama kepada namanya," tambahnya lagi.

Selain daripada kereta itu, Bekir pada 3 Jun lalu memberitahu mahkamah yang beliau membelikan Shahnaz tiga buah kereta mewah untuk digunakan – Mercedes S Class dengan anggaran harga RM800,000, BMW X5 (RM600,000), dan pacuan empat roda Jeep Cherokee (RM500,000).

Beliau juga mengaku membelikan sebuah banglo berharga RM2 juta untuk Shahnaz dan anaknya di Damansara dengan pinjaman bank sebanyak RM1.5 juta.

Pada Januari lalu pula Shahnaz mengaku menerima nafkah kewangan sebanyak RM7,000 sebulan dari tahun 2001 sehingga tahun 2006.

Ia kemudian dinaikkan kepada RM10,000 sebulan pada tahun 2007 dan pada tahun 2008 sehingga Ogos 2011 ia dinaikkan lagi kepada RM12,000 sebulan.

Bagaimanapun, nafkah itu dihentikan selepas mereka bercerai pada Mei 2011 dan tempoh edahnya habis pada bulan Ogos 2011.

Punca Sebenar Di Sebalik Fesyen Rambut Zig Zag Ronaldo

Posted: 24 Jun 2014 11:01 PM PDT

Fesyen rambut zig-zag Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan ramai ketika kempen Piala Dunia ketika ini dan ramai yang menyangka ia adalah fesyen terbaru pemain tersebut.

Namun berdasarkan berita yang tersebar di internet, potongan rambut itu bukannya untuk tujuan fesyen semata-mata sebaliknya ia sebagai tanda sokongan kepada seorang budak dari Sepanyol, Erik Ortiz Cruz, yang menjalani pembedahan otak.

Nyata Ronaldo adalah seorang yang berhati mulia apabila dia sanggup membayar kos pembedahan sebanyak £50,000 untuk Cruz.

Rambut zig-zag itu pula sebagai memberi sokongan kepada Cruz kerana mempunyai parut sedemikian rupa di kepalanya akibat pembedahan berkenaan.

Cruz menjalani pembedahan itu pada bulan Februari lalu.

Ronaldo yang juga kapten pasukan Poland ini jarang bercakap mengenai kerja-kerja amal yang dilakukannya secara terbuka.

Justeru sukar untuk mendapatkan penjelasannya mengenai fesyen rambut berkenaan dan sumbangannya kepada Cruz.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories