RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Abby Abadi Terkejut Dengan Tuduhan Bekas Suami

Posted: 12 Jun 2014 03:24 AM PDT


Abby Abadi terkejut dengan tuduhan bekas suaminya, Muhammad Noor Farhan terhadapnya.
PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Elite dan pelakon Abby Abadi menganggap bekas suaminya iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar farhan membuat tuduhan palsu mengenai pendedahan lelaki itu yang dikasari secara fizikal selepas kes penceraian mereka selesai pada Rabu lalu.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, menerusi laman Instagram miliknya berkata, dia terkejut dengan pendedahan lelaki berkenaan dan menganggap ia sebagai satu cara untuk menutup cerita sebenar yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
"Saya tiada saksi di sini cuma Allah sahaja yang maha mengetahui semu ini, terkejut saya membaca kenyataan yang dibuat Farhan kerana sehabis baik saya cuba menutup semua cerita yang tidak perlu orang luar tahu sepanjang kami bersama sebagai suami isteri," katanya.

Terdahulu, Muhammad Noor Farhan, 24, mendakwa Abby pertama kali mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.

Dedahnya lagi, Abby sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.

Lelaki itu turut mendedahkan bukti gambar kesan kecederaannya pada bahagian muka dan lengan kiri akibat dicakar oleh bekas isterinya itu kepada pihak media.

Muhammad Noor Farhan.
Pada seHakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Muhammad Noor Farhan pada 9 Mei lalu terhadap Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 37, adalah sah mengikut rukun dan hukum syarak ditetapkan.

Dalam pada itu, Abby turut menjelaskan sebagai pasangan suami isteri rumah tangga mereka sebelum ini tidak terkecuali dilanda masalah namun apa yang digambarkan oleh bekas suaminya itu tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Malah Abby menyangkal tuduhan Muhammad Noor Farhan mengenai kononnya dia akan marah sekiranya tidak diberikan wang adalah palsu dan hanya cerita rekaan daripada lelaki itu.

"Sebelum ini kalau bergaduh pun tetapi semuanya baik-baik sahaja. Biasalah hidup rumah tangga kan? Dah tentu ada pasang surutnya.

"Anda boleh baca, dengar apa yang dia kata tetapi percaya jangan sebab dia memang dah terbiasa menipu," katanya.

Malah Abby meminta peminat jangan mudah membuat telahan sekiranya tidak mengetahui cerita sebenar tentang situasi sebenar rumah tangga mereka.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Arip Raih Gelaran Juara Kilauan Emas 4

Posted: 12 Jun 2014 03:23 AM PDT


Arip bersama hadiah yang diterimanya. 
KUALA LUMPUR: Peserta Arip diumumkan juara pada pertandingan Kilauan Emas musim keempat yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini.

Arip atau nama sebenarnya Omar Sharif Mat Din sekali gus menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi dan pakej percutian ke Bali.

Arip turut menerima Anugerah Khas Juri sebagai menambat hati juri mengadakan persembahan terbaik.

Dalam pada itu Zain atau nama sebenarnya Md Zain Ramli meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.

Manakala tempat ketiga diberikan kepada Ben atau Benasil Kudong, menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah trofi, pakej percutian ke Bandung.

Dari kiri: Zain, Arip dan Ben. 
Ketiga-tiga peserta turut mendapat langganan majalah MIDI selama setahun.

Hadiah disampaikan oleh pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Jamal Mirdad, manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar dima mereka perlu membuat sebanyak tiga persembahan iaitu Solo, Medley dan Duet.

Program yang dikendalikan oleh Raja Azura itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Ella, Datuk M.Nasir, Mamat Khalid dan Datuk Hattan.

Kehilangan Shahir (AF) Bukan Kerana Merajuk

Posted: 12 Jun 2014 03:20 AM PDT


Shahir menjelaskan dia tidak pernah merajuk dengan industri hiburan sebaliknya mengambil cuti bagi menjaga bapanya yang sakit di kampung.
PETALING JAYA: Juara program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Shahir menjelaskan kehilangannya dalam industri hiburan hampir dua tahun bukan kerana merajuk, sebaliknya 'bercuti' semata-mata untuk menjaga bapanya yang sakit. 
Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 25, berkata, dia tidak pernah berhasrat untuk bersara daripada dunia nyanyian dan kemunculannya semula pada pertengahan tahun ini adalah bukti dia masih serius untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.

"Saya tidak pernah hilang atau merajuk tetapi mengambil 'cuti' bagi menjaga bapa yang sakit di kampung, selain ada beberapa komitmen terhadap keluarga yang perlu diutamakan terlebih dahulu.

"Bidang nyanyian masih menjadi minat saya dan tidak pernah berhasrat untuk berundur sebagai penyanyi," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Shahir berkata, dia tidak pernah menyesal mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada bidang nyanyian buat sementara waktu kerana keluarga adalah segala-galanya buat dirinya.

"Saya tidak menyesal berundur seketika ketika nama sedang naik tetapi mungkin saya akan kesal sehingga akhir hayat jika tidak mengambil cuti dan menjaga bapa dan sesuatu berlaku kepadanya.

"Restu keluarga juga amat penting dan tanpa perkara itu apa juga yang saya buat tidak akan memberi sebarang makna," katanya lagi.

Bagaimanapun kata Shahir, keadaan bapanya kini semakin pulih dan atas sebab itu dia mengambil keputusan untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Sementara itu, Shahir berkata, dia bersyukur apabila syarikat pengurusannya, Astro Talent memahami situasinya dan membenarkan dia mengambil cuti dan memberi fokus kepada keluarga.

Malah kata Shahir, Astro Talent sentiasa memberi sokongan kepadanya dan pelbagai agenda disusun pihak pengurusannya selepas dia memberitahu akan kembali aktif dalam bidang seni.

"Alhamdulillah mereka sangat memahami dan tidak pernah timbul isu pihak Astro Talent tidak berpuas hati dengan tindakan saya berundur buat seketika, malah pelbagai perancangan disusun apabila saya mengambil keputusan untuk kembali aktif," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahir berkata, dia kini sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya berjudul Cerita Kita, selain bakal merakamkan album keduanya.

Gara-Gara Sibuk Menyanyi, Mark Adam Hilang Pelajar

Posted: 12 Jun 2014 03:19 AM PDT


Mark Adam mula popular dengan single lagu 'Pencuri'.
PETALING JAYA:Penyanyi baharu kelahiran Filipina, Mark Adam, mengakui kesibukannya memenuhi undangan persembahan membuatkan dia yang sebelum ini guru vokal di sebuah akademi muzik 'kehilangan' pelajar.

Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam, 34, berkata, dia terpaksa akur dengan situasi itu bagaimanapun bersyukur kerana pelajarnya memahami bahawa dia kini lebih fokus terhadap kerjaya nyanyiannya.

"Sejak lagu single Pencuri mula popular, diakui jadual saya padat dengan undangan nyanyian hinggakan saya tidak ada masa nak mengajar vokal.

"Malah saya juga kehilangan pelajar kerana sibuk menyanyi. Tetapi nak buat macam mana bukan, dalam hidup kita perlu pilih antara satu, yang mana harus kita beri fokus," katanya kepada mStar Online.

Mark juga merupakan guru vokal kepada penyanyi Mizz Nina, Salma dan Asmidar.

Sementara itu, beritahu Mark, walaupun lagu Pencuri dan Katak mendapat respons baik daripada peminat muzik tempatan, namun dia masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya itu.

"Baru dua tahun saya dalam industri muzik tempatan, rasanya saya masih hijau dalam bidang ini.

"Tetapi saya menyimpan cita-cita mahu dikenali sebaris nama besar dalam bidang ini seperti Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah. Mungkin ketika itu saya akan berpuas hati," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mark kini dalam proses menyiapkan album yang akan memuatkan 13 lagu, selain merancang menghasilkan dua lagu khas untuk dipasarkan di negara kelahirannya tidak lama lagi.

Persembahan Bertenaga Taylor Swift Gegar Bukit Jalil

Posted: 12 Jun 2014 03:18 AM PDT


Taylor memberikan persembahan bertenaga semasa mengadakan persembahan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Rabu. 
KUALA LUMPUR: Sorakan lebih 10,000 peminat penyanyi terkenal Taylor Swift saat dia muncul di pentas bersempena dengan konsert jelajah Red Tour menggegarkan Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Rabu.

Julung kali mengadakan persembahan di Kuala Lumpur, Taylor yang pernah memenangi tujuh Anugerah Grammy tampil mantap menerusi lagu pertama berjudul State of Gracesambil diiringi enam pemuzik.

Selesai menyanyikan lagu pertama, Taylor meneruskan persembahan dengan dua buah lagi lagu iaitu Holy Ground dan Red sebelum mengambil kesempatan menyapa para peminatnya yang hadir pada malam itu.
Taylor menggayakan gaun bewarna merah ketika mendendangkan lagu The Lucky One.
Taylor juga cuba bertutur dalam bahasa Malaysia iaitu 'Terima Kasih' dan 'Selamat Malam' kepada semua penonton dan mendapat sorakan hebat daripada peminat yang teruja dengan usaha penyanyi itu.

Swift sempat memberitahu penonton yang hadir dia seronok berpeluang bertemu dengan peminatnya di Kuala Lumpur dan teruja dengan sambutan yang diberikan dan berharap semua yang hadir akan terhibur dengan persembahannya.

Malah Taylor juga banyak berkongsi tentang pengalamnya sepanjang bergelar artis dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada peminatnya yang rata-rata golongan remaja untuk terus mengejar cita-cita.


Lebih 10,000 peminat membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Rabu.
Sebelum menyanyikan lagu seterusnya, sebuah video dipaparkan di skrin utama tentang perjalanan karier Taylor sebelum dia muncul untuk menyanyikan lagu 22.

Penyanyi dan penulis lagu itu turut tampil dengan alat muzik banjo untuk meneruskan persembahan dengan lagu Mean yang turut dinyanyikan oleh para peminatnya.

Peminat semakin teruja apabila Taylor tampil dengan gaun merah untuk menyanyikan lagu The Lucky One yang turut disertai oleh barisan penarinya di atas pentas.

Menariknya, Taylor tidak gentar untuk turun dari pentas ketika mendendangkan lagu 22 sebelum untuk ke pentas kedua bagi mendekati peminatnya yang berada jauh dari pentas utama.

Aksi Taylor ketika berada di pentas.
Tampil dengan t-shirt 'I Love KL' dan dipadankan dengan seluar pendek, Taylor meneruskan persembahan dengan lagu hit You Belong With Me, Enchanted dan Sparks Fly sebelum kembali ke pentas utama.

Konsert semakin meriah apabila penonton mula menjerit sebaik alunan muzik lagu kegemaran ramai, I Knew You Were Trouble dimainkan dan penyanyi itu kembali semula ke pentas utama dengan tarian rancak bersama barisan penari.

Persembahan pada malam itu tidak lengkap tanpa lagu Love Story dan konsert menutup tirai dengan lagu yang dinanti-nantikan penonton iaitu We Are Never Getting Back Together dengan persembahan berlatarkan suasana sarkas.
Taylor lincah ketika berada di atas pentas. 
Selain Malaysia, Swift turut mengadakan konsertnya di Manila, Filipina, Singapura dan Indonesia namun terpaksa membatalkan persembahan di Bangkok, Thailand ekorang krisis politik dihadapi negara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, AIA Berhad selaku penaja utama Red Tour di negara ini sempat menganjurkan The AIA Red Party di The Square Publika bagi meraikan peminat Taylor sebelum konsert berlangsung.

Ratusan peminat berkumpul bagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan pakaian terbaik, berjalan di red carpet serta mengambil gambar di pelbagai ruangan bergambar yang menampilkan latarbelakang prop 'funky' serta keratan gambar Taylor Swift dengan saiz sebenar.

Salah seorang peminat iaitu Ashley Tay berjaya membawa pulang dua tiket untuk ke AIA Real Life Now Festival 2014 dan akan dapat menyaksikan persembahan Lady Gaga, PSY dan Big Bang di Seoul, Korea pada 15 dan 16 Ogos depan.

Semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh AIA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories