RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Awie Kesal Jalinkan Kerjasama Dengan KRU

Posted: 16 Jun 2014 03:24 AM PDT


Awie berharap masalah cetak rompak turut dibantu pihak kerajaan.
PETALING JAYA: Penyanyi rock Awie (Wings) mengakui berasa menyesal kerana menjalinkan kerjasama dengan pihak KRU Music Group lebih-lebih apabila isu beberapa lagu dalam album terbaharu mereka terbitan syarikat itu, Menakluk Kosmos yang dicetak rompak seperti tidak diambil peduli oleh syarikat itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, keadaan itu juga membuatkan Wings enggan manyambung kontrak dengan KRU Studios sekiranya ditawarkan lagi kerana menganggap pihak syarikat itu seperti tidak serius dalam pembikinan album mereka.

"Dulu, saya ditawarkan untuk bekerjasama dengan KRU Studios secara solo, tetapi saya tak nak. Kemudian mereka mengajak Wings pula dan pemain gitar utama kami, Joe bersetuju, dan saya pun ikut sahaja.

"Selepas album siap, kami bersemangat mahu lancarkan album tersebut sebaik-baiknya tetapi malang sekali, majlis dibuat seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Malah tiada sebarang poster menunjukkan ia adalah majlis pelancaran kami.

"Sudahlah beberapa lagu dalam Menakluk Kosmos dicetak rompak. Dan apabila meminta penjelasan Norman (Presiden Eksekutif KRU Music) dia hanya memberikan komen menerusi YouTube. Kenapa mesti YouTube? Cukuplah satu album kerjasama kami dengan mereka," katanya.

Pada 20 Mei lalu, Wings telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, dekat sini berhubung empat lagu  dalam album terbaharu mereka iaitu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini  telah dicetak rompak.
Wings pada pelancaran album Menakluk Kosmos baru-baru ini.

Lagu kumpulan itu bukan sahaja boleh dimuat turun secara percuma malah album itu juga boleh didengari menerusi aplikasi Spotify dan Deezer bagi pengguna telefon pintar sebelum sempat ia dilancarkan.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada kelemahan pihak KRU sendiri.

Sementara itu, Awie berkata, pihak kerajaan juga sepatutnya perlu sama-sama membanteras isu cetak rompak, namun apa yang dilihatnya, perjuangannya itu hanya dilakukan oleh golongan penggiat industri muzik sahaja.

"Isu cetak rompak ini sudah lama dah sampaikan artis-artis sendiri terpaksa terima perkara tersebut dengan rasa sakit hati.

"Saya harap sangat agar pihak kerajaan peka dengan situasi ini dan cuba membanterasnya. Saya percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, terpulang pada individu itu sama ada mereka mahu membantu ataupun tidak," ujarnya.

Waris Pelik Ada Pihak Besarkan Isu Rakam Lagu 'Sampling'

Posted: 16 Jun 2014 03:23 AM PDT


Waris hasilkan banyak lagu-lagu sampling.
PETALING JAYA: Penyanyi rap Waris bertegas akan terus menghasilkan lagu-lagu yang diambil daripada penyanyi lain (sampling) walaupun akan ada pihak yang mengkritik usaha itu.

Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias, 24, berkata ia sebenarnya merupakan perkara yang biasa diamalkan dalam dunia muzik namun dia pelik apabila ada segelintir pihak cuba memperbesar-besarkan isu tersebut.

"Macam biasa, saya akan terus hasilkan lagu-lagu berbentuk sampling untuk album terbaharu saya yang dijangka berada di pasaran selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

"Kita lihat saja, ada tak sesiapa yang dapat meneka lagu yang saya ambil itu siapakah penyanyi asalnya," kata Waris kepada mStar Online.

Sebelum ini, single lagu pertama, Botingkek nyanyian Waris ditolak daripada Anugerah Industri Muzik 20 (AIM 20) kerana ia dikatakan karya ciplak daripada  lagu Racks, nyanyian YC dan Future.

Sementara itu, mengenai projek album terbaharu, Waris berkata sebanyak 13 daripada 23 buah lagu dipilih untuk dimuatkan dalam album tersebut dan kesemua karya itu menggunakan dialek Negeri Sembilan.

"Untuk album pertama, lirik-lirik yang dibawakan lebih kepada membuat pengenalan mengenai sejarah serta cerita-cerita mitos Negeri Sembilan.

"Ia juga berdasarkan pengalaman kisah-kisah masyarakat kampung negeri itu yang sering diceritakan oleh nenek saya ketika kecil dahulu. Tidak dinafikan, bagi mengukuhkan isi cerita, saya membuat sedikit kajian," ujarnya yang popular dengan lagu Gadis Jolobu yang turut menampilkan rakaman suara Datuk Hattan.

Ahmad Idham Tinggalkan Excellent Pictures Tubuhkan Akademi

Posted: 16 Jun 2014 03:20 AM PDT


Ahmad Idham telah berpindah ke Johor bagi memberi fokus terhadap akademi AIFA.
PETALING JAYA: Penerbit filem Ahmad Idham mengesahkan telah meninggalkan syarikat produksi miliknya Excellent Pictures Sdn Bhd sejak Mei lalu.

Ahmad Idham berkata, syarikat tersebut kini diusahakan sendiri oleh rakan kongsi manakala dia bersama keluarga pula telah berpindah ke negeri Johor bagi memberi fokus kepada akademi yang baru ditubuhnya iaitu Ahmad Idham Film Academy (AIFA) yang terletak di Nusajaya.

"Penubuhan AIFA merupakan impian saya sejak dahulu lagi dan memandangkan kerajaan berhasrat melahirkan 50 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi, saya ingin menyahut cabaran itu menerusi penubuhan akademi ini di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"Untuk itu, saya perlu membuat keputusan meninggalkan Excellent agar dapat memberi sepenuh perhatian terhadap AIFA dan kerana itu saya bawa sekali isteri dan anak-anak pindah ke Johor agar lebih memudahkan pergerakan saya," katanya yang dihubungimStar Online pada petang Ahad.

Tambah Ahmad Idham, pembukaan AIFA adalah pilihan tepat berikutan Pinewood Studios menyediakan kemudahan produksi studio filem dan televisyen canggih bertaraf dunia yang juga terletak di lokasi sama.

Malah katanya, apa yang dilakukan sekarang ini merupakan perancangannya untuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), namun cadangan itu tidak diendahkan.

"Sebelum ini ketika saya aktif di Finas, saya pernah bercakap mengenai perkara ini tetapi pemikiran saya dihukum sebelum dibicarakan.

"Sedangkan saya mahu industri perfileman kita mempunyai masa depan yang cerah. Tetapi apa yang saya cakap tidak diendahkan.

"Maka saya ambil peluang yang ada untuk menubuhkan AIFA  yang akan turut  bekerjasama dengan Pinewood sebagai batu loncatan kepada bakat baru dalam bidang berkenaan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Idham juga bakal menubuhkan sebuah syarikat produksi untuk memudahkan pelajar-pelajarnya menjalani kerja-kerja praktikal.

Ringgo (Arrow) Mahu Dikenali Sebagai Zain

Posted: 16 Jun 2014 03:20 AM PDT


Ringgo mahu dia dikenali sebagai Zain.
PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Arrow iaitu Ringgo tidak mahu dibayangi dengan kumpulan tersebut dan kini mahu dikenali sebagai Zain.

Ringgo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli, 45, berkata, sekiranya menggunakan nama komersial yang sama, dia akan masih lagi 'tersekat' ketika zaman kegemilangannya pada tahun 1990-an.

"Saya mahu membuat penjenamaan semula nama saya dalam industri muzik tempatan dan kalau boleh saya enggan menggunakan nama Ringgo lagi. Ia akan mengingatkan saya serta peminat dengan Arrow.

"Lebih baik saya menggunakan nama Zain, kemunculan baru saya selepas sekian lama menyepi," katanya kepada mStar Online.

Dia pernah popular sekitar tahun 90-an dengan lagu-lagu jiwang antaranya Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwa Ku, Aku Tak Marah dan Niat Di Hati Tak Nak Berpisah.

Tambahnya, dia juga bersyukur, peluang sehingga mendapat tempat kedua menerusi pertandingan program Kilauan Emas musim keempat pada Rabu lalu memberikan dia peluang lebih luas untuk memulakan tapak sebagai anak seni semula.

"Selepas kejayaan di Kilauan Emas, takkan saya nak sia-siakan peluang yang ada, apatah lagi isteri saya banyak berkorban sepanjang tiga bulan penglibatan diri dengan program itu.

"Apa yang saya nampak, peluang dah ada depan mata, dan saya perlu mengikut arus. Pengurusan kerjaya saya akan diuruskan oleh pihak Astro . Doakan kejayaan saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Ringgo yang turut mengusahakan sebuah kedai makanan di Puchong, dekat sini merancang untuk membuka sebuah restoran di Rawang.

Cetusan hati Farid, Nora

Posted: 16 Jun 2014 03:09 AM PDT


FARID KAMIL dan Nora Danish memberikan impak lakonan tersendiri untuk filem Pengantin Malam.


KALAU diikutkan, bukan mudah untuk mengaturkan sesi fotografi bersama dua pelakon popular, Farid Kamil dan Nora Danish lantaran kesibukan jadual kerjaya masing-masing sekarang ini.
Secara kebetulan, mereka bergandingan dalam filem baharu terbitan Metrowealth, Pengantin Malam. Maka, pihak Metrowealth telah membuat satu sesi fotografi khas untuk mempromosikan filem berkenaan.
Selain bercerita tentang lakonan yang ditampilkan dalam filem bergenre seram arahan Eyra Rahman itu, kedua-dua pelakon berkenaan turut ditanya tentang kehidupan peribadi masing-masing.
Menceritakan tentang kehidupan yang dilalui sekarang, Farid menyatakan, kini dia dan isterinya, pelakon Diana Danielle sedang melayari bahtera kehidupan dengan lebih gembira bersama anak mereka, Muhammad yang bakal mencecah usia setahun.
"Apabila melihat Muhammad membesar di depan mata, dia seperti bayangan diri saya sewaktu kecil dahulu. Malah, perkara ini turut diakui oleh ahli keluarga dan saudara mara saya.
"Dahulu, ibu saya pernah menyimpan impian untuk melihat saya membesar sebagai seorang hafiz tetapi tidak kesampaian.
"Jadi, mungkin impian itu akan saya perturunkan kepada anak pula dan saya akan masukkan Muhammad ke sebuah sekolah tahfiz nanti," luah Farid.
Memandangkan usia Muhammad bakal mencecah usia setahun tidak lama lagi, pelakon itu turut ditanya sama ada dia dan isteri sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua dalam tempoh terdekat ini.
Menurutnya, mereka tidak pernah merancang menambah cahaya mata dalam tempoh tertentu, sebaliknya ia terpulang kepada rezeki dan Farid sendiri memang ingin memiliki cahaya mata.
"Kalau diikutkan, siapa yang tidak mahu mendapat lebih ramai anak, cuma ketika ini Diana terikat dengan kontraknya bersama sebuah produk yang memerlukannya memberikan komitmen dalam tempoh tiga tahun.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu yang membabitkan mereka dengan ibu mentuanya, Norsiah Ramli sehingga timbul dakwaan yang mengatakan dia tidak membenarkan Muhammad bertemu neneknya, Farid lantas menjawab dengan tenang mengenai hal itu.
SUAMI pelakon Diana Daniele ini menjawab persoalan tentang isu ibu mentuanya, Norsiah dengan penuh profesional.


Jelasnya, selama ini dia langsung tidak pernah menghalang kalau Norsiah mahu bertemu dengan Muhammad. Namun, sehingga kini dia dan Diana tidak tahu di mana ibu mentuanya itu berada.
"Saya pernah berbincang dengan Diana mengenai perkara ini dan berpesan supaya dia mencari ibunya. Bagaimanapun, isteri saya itu mengatakan yang dia belum lagi bersedia buat masa ini.
"Kalau diikutkan, saya tidaklah mahu terlalu memaksa atau mendesak Diana. Bagi saya, kalau ada rezeki, ibu mentua saya itu akan tetap berjumpa dengan cucunya suatu hari nanti," ujarnya.
Kelainan
Bercerita tentang perjalanan karier seninya pula, Farid menjelaskan, filem terbaharu lakonannya bersama Nora Danish, Pengantin Malam akan ditayangkan di pawagam pada 19 Jun ini.
Menurutnya, dalam filem tersebut dia membawakan watak seorang suami bernama Razif yang cuba menyembunyikan kisah silam tentang isterinya, Maya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
"Ketika saya mula ditawarkan berlakon dalam filem ini, saya menjangkakan yang Pengantin Malam ini sama seperti filem seram lain. Namun begitu, sangkaan saya ternyata jauh meleset.
"Misalnya, pembikinan filem ini tidak seperti yang saya bayangkan pada peringkat awal. Ternyata, Eyra selaku pengarah telah mengambil pendekatan yang berbeza untuk menghasilkannya menjadi sebuah filem seram yang baik," ujarnya.
Ketika ditanya sama ada dia mengalami sebarang gangguan sepanjang menjalani penggambaran, pelakon itu menyatakan tiada sebarang kejadian pelik yang berlaku terhadap dirinya dan semuanya berjalan dengan lancar.
Terserah jodoh
Berbeza dengan Farid yang kerap ditanya tentang kehidupan rumah tangganya sekarang, Nora Danish pula ditebak mengenai hubungan 'istimewa' dirinya dengan Mohamed Nedim Mohamed Nazri yang juga anak seorang menteri.
Jelas Nora, buat masa ini dia tidak mahu terlalu terburu-buru ke arah memikirkan untuk mendirikan rumah tangga, malah tidak kisah andai kata jodohnya bukan dengan Nedim.
"Kalau ditanya tentang ikatan perkahwinan, saya rasa biarlah hati kami sama-sama terbuka terlebih dahulu.
DUA pelakon berkaliber ini mengalami pengalaman menarik ketika berlakon dalam filem Pengantin Malam yang merupakan sebuah filem seram.


"Secara jujurnya, saya serahkan kepada jodoh dan tidak kecewa sekiranya jodoh Nedim dengan wanita lain.
"Tidak dinafikan yang kami pernah berbincang mengenai perkahwinan, namun tidaklah terlalu serius.
"Lagipun, keluarga saya juga tidak mendesak dan mereka mahu yang terbaik untuk diri saya," jelasnya dengan lebih terbuka.
Biarpun keinginan untuk kembali mendirikan rumah tangga itu memang ada, namun kegagalan dalam perkahwinan yang terdahulu membuatkan dirinya kini lebih berhati-hati.
Sekat pengikut
Ditanya mengenai perasaannya apabila dinobatkan sebagai artis Malaysia yang mempunyai paling ramai pengikut Instagram iaitu sebanyak 837,000 orang, Nora tenang memberikan jawapan.
Mengakui tidak menjangkakan perkara tersebut, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Puteri itu meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan segelintir pengikutnya yang menulis komen negatif.
"Saya sangat kesal kerana kebanyakan komen yang ditulis ada yang berbaur lucah dan sudah tentu ia sangat memalukan. Lebih mengecewakan lagi, komen itu ditulis oleh golongan remaja lelaki yang masih berusia belasan tahun.
"Memandangkan tidak mahu Instagram peribadi saya terus disalah guna oleh individu yang tidak bertanggungjawab, saya ambil keputusan untuk menyekat 5,000 pengikut," tegasnya.
Sementara itu, ketika ditanya tentang pembabitannya dalam filem Pengantin Malam pula, kata Nora, dia membawakan watak sebagai seorang isteri bernama Maya yang diganggu dengan situasi aneh.
Ujarnya, biarpun diberi watak sedemi- kian, namun dia bersyukur kerana sepanjang penggambaran berlangsung, tiada sebarang perkara pelik yang terjadi ke atas dirinya.
"Semasa penggambaran, para pelakon dan kru akan beramai-ramai bersembahyang berjemaah apabila masuknya waktu solat. Jadi, itu yang membuatkan kami berasa lebih dilindungi sehingga semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya.


Pokok kurma berbuah lebat jadi tarikan

Posted: 16 Jun 2014 03:07 AM PDT



ORANG ramai tertarik dengan pokok kurma yang lebat berbuah di Bulatan Tuan Padang, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Kawasan Bulatan Tuan Padang (Bulatan Jam Besar) di sini menjadi tarikan orang ramai sejak beberapa hari lalu apabila beberapa batang pokok kurma yang ditanam di kawasan tersebut mengeluarkan buah yang lebat.
Menurut Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Amin, pihaknya telah menanam sebanyak 37 batang pokok kurma sekitar bandar itu sejak tujuh tahun lalu.
"Antara lokasi pokok itu ditanam ialah di Bulatan Jam Besar iaitu sebagai suatu perlambangan kepada MPKB diisytiharkan sebagai Bandar Raya Islam," katanya ketika dihubungi semalam.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories