RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Nora Danish Kecewa Disindir Jadi Perampas Nedim Nazri

Posted: 17 Jun 2014 08:56 PM PDT

Nora Danish kesal dituduh sebagai perampas.
PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish benar-benar kecewa apabila ada individu menuduh dia menjadi punca perpisahan kekasihnya Nedim Nazri dengan bekas isteri iaitu Nabilah Khan.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut bengang apabila individu berkenaan menyindirnya dalam Instagram milik Nabilah selepas Nora muat naik gambar bersama anak  bekas suami-isteri itu, Nedrin dalam Instagram miliknya.

Salahkah saya muat naik gambar anak mereka? Saya memang suka ambil gambar dengan  budak-budak kecil, saya rasa itu tidak salah.

"Lainlah kalau saya ini perampas dan baru logik saya tidak boleh bergambar dengan anak dia. Mereka berpisah sebelum saya kenal rapat dengan Nedim," katanya kepada mStar Online.
Nora diminta mengulas apabila ada  individu cuba menyindir tindakannya yang kerap memuat naik gambar di Instagram bersama Nedzrin iaitu anak lelaki kekasihnya dengan bekas isteri.

Nora Danish bersama Nedim, anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.

Perbuatan Nora itu mendapat reaksi yang kurang menyenangkan apabila beberapa pihak memberi komen negatif menerusi Imstagram milik Nabilah termasuklah tuduhan Nora sebagai perampas.

Mereka turut menganggap pelakon itu sebagai berangan-angan untuk berkahwin dengan lelaki daripada golongan VVIP.

Sementara itu, Nora berkata, dia tidak pernah berjumpa atau mengenali bekas isteri kekasihnya itu secara rapat.

"Saya tidak pernah gaduh dan tidak pernah bertegur, saya tidak pernah buat kenyataan di media tentang dia atau keluarga dia pun.

"Saya tidak tahu mengapa ada pihak berbuat demikian kepada saya, mungkin mereka iri hati dengan kebahagiaan saya sekarang," soalnya.

Tambah Nora, dia juga tidak menyedari tindakannya memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan kebahagiaannya menjadi perhatian dan tidak disukai beberapa pihak.

Nora turut meluahkan rasa tidak puas hati menerusi Instagram miliknya.

Dia juga mengambil pendekatan untuk tidak memanjangkan perkara tersebut dan hanya ingin menumpukan perhatian kepada keluarga dan kerjaya.

"Saya suka gambarkan kebahagiaan saya di Instagram dan tidak tahu pula ia menjadi masalah kepada orang lain.

"Saya sangat terkejut dengan berita ini dan tidak sangka pula ada pihak yang tidak senang dengan kehidupan saya sekarang," katanya.

Tambah Nora, jika ada perkara yang tidak disenangi oleh pihak tersebut lebih elok mereka bersua muka dengannya berbanding melemparkan kata-kata buruk.

TV AlHijrah Himpun 20 Program Terbaik Sepanjang Ramadan

Posted: 17 Jun 2014 08:54 PM PDT


Barisan personaliti TV AlHijrah turut hadir pada pelancaran program Ramadan stesen tersebut yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Bersempena kedatangan Ramadan pada akhir bulan ini, stesen TV AlHijrah bakal menampilkan sebanyak 20 program istimewa khas buat penonton saluran berkenaan sepanjang bulan tersebut.

Ketua Pegawai Ekskutif TV AlHijrah, Wan Alias Wan Abdullah berkata, susunan program berkenaan diharap dapat memeriahkan sambutan bulan mulia itu dikalangan umat Islam di negara ini dengan pelbagai informasi bermanfaat.

"Alhamdulillah TV AlHijrah dapat menghimpunkan pelbagai program menarik khusus buat penonton sekaligus dapat memeriahkan kedatangan bulan Ramadan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh umat Islam.

"Program-program yang bakal ditampilkan dipilih khas selain mengekalkan beberapa buah rancangan yang sudah mendapat perhatian penonton setia stesen ini," katanya kepada mStar Online. 

Wan Alias ditemui ketika melancarkan Program Ramadan TV AlHijrah yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Wan Alias berkata, pihaknya turut memilih tema iaitu 'Membentuk Akhlak Mulia' dan ia bertepatan dengan kedatangan bulan mulia itu yang mengajak umat Islam berbuat kebaikkan dan beramal soleh.

Ketua Pegawai Ekskutif TV AlHijrah, Wan Alias Wan Abdullah.

Jelas Wan Alias lagi, program yang dipaparkan juga mempunyai hubung-kait dan maksud tersirat bersesuaian dengan tema tersebut untuk renungan dan iktibar penonton.

Sementara itu, Pengurus Besar Perolehan Kandungan dan Pengurusan Siaran TV AlHijrah, Mokhtar Abd Rahman berkata, sebanyak 11 tajuk program daripada luar negara seperti Ramadan Around The World, Stories of Rigteous, Tijan Annour, Muslim Scientistdan Al Khawater dijangka akan mendapat perhatian daripada penonton.

Selain itu kata Mokhtar, pihak TV AlHijrah juga turut menerbitkan beberapa program seperti Ayat Riwayat yang membawa tema Nabi Isa Di Dalam Al Quran bersama hos Mu'adz Dzulkefly.

Program berbahasa Inggeris bertajuk The Truth: Islam In Andalus pula memaparkan kisah menarik sejarah umat Islam di Eropah menampilkan hos terbaharu stesen itu, Zoraya Vadillo Abdul Rahman yang berdarah kacukan Melayu dan Sepanyol.

"Secara keseluruhannya terdapat empat buah program terbaharu yang diterbitkan TV AlHijrah khas buat penonton sempena Ramadan ini manakala beberapa program yang sedia ada seperti 30 Minit Bersama Ustaz Don, Ihya Ramadan dan Ahlul Zikri akan diteruskan dengan pengisian istimewa," katanya. 

Dalam perkembangan sama, bagi mewujudkan suasana santai, pihaknya juga turut menerbitkan beberapa program masakan termasuk Santai Ramadan yang menampilkan juara program Masterchef musim kedua iaitu Zamir bersama Ustaz Taha Omar dalam menyediakan menu istimewa berbuka puasa sambil bercerita tentang kisah teladan Nabi.

Tiga lagi program masakan yang turut disajikan kepada penonton adalah Hidangan Barakah, Practical Tastes dan Bukan Sekadar Resepi.

Manakala menerusi slot Kemasyarakatan, TV AlHijrah turut menampilkan dua program iaitu Kasih Ramadan yang memaparkan tanggungjawab sosial stesen itu dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Cahaya Ikatanku
 yang menghulurkan bantuan kepada keluarga daif dan miskin turut dipaparkan kepada penonton selain menyelitkan elemen tazkirah dan istiqamah.

Aliff Aziz Tidak Mahu Jadi Contoh Masyarakat

Posted: 17 Jun 2014 08:53 PM PDT


Aliff Aziz mengakui pernah melakukan kesilapan dengan tidak menjaga disiplin pada waktu kerja.
PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz berkata, kehadirannya di persada seni adalah untuk menjadi seorang artis dan bukannya mahu menjadi contoh kepada masyarakat.

Sehubungan itu Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 23, meminta mana-mana pihak tidak beranggapan seseorang artis itu perlu menjaga perilaku masing-masing untuk dicontohi kerana artis juga adalah manusia yang sering melakukan kesilapan.

"Saya pelik kenapa orang kata artis perlu menjadi contoh kepada masyarakat sedangkan artis hanyalah manusia biasa dan bukannya Nabi.

"Sebagai contoh, ada masanya saya mengalami masalah disiplin dan kerana itu orang hentam dan kata saya tidak layak menjadi contoh masyarakat.

"Perlu diingat kehadiran saya ke dalam industri  adalah untuk menjadi anak seni bukannya mahu jadi contoh kepada masyarakat," tegasnya kepada mStar Online.

Tambah bintang dari Singapura ini, dia sudah lali dengan segala tohmahan orang kepadanya dan mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri daripada menghadiri sebarang acara-acara hiburan agar tidak timbul kontroversi buruk mengenai dirinya lagi.

Katanya, pendekatan itu ternyata berkesan memandangkan namanya kini tidak menjadi bahan bualan di mana-mana ruangan gosip media mahupun di laman internet.

"Saya rasa berdiam diri adalah jalan yang terbaik. Pihak luar selalu menghentam saya dengan macam-macam isu.

"Umur saya pun makin lama makin tua, jadi saya tidak mahu gosip negatif sahaja yang melekat sepanjang perjalanan karier seni.
|
"Tetapi diam-diam saya berisi. Saya memberikan fokus sepenuhnya untuk persiapan album terbaru yang dijangka akan dipasarkan selepas Hari Raya nanti," katanya.

Sementara itu, Aliff berkata, dia yakin kemunculannya menerusi album baharu dapat melenyapkan gosip-gosip negatif yang pernah dilaluinya.

"Album yang bakal saya tampilkan ini adalah muzik yang segar hasil daripada kerjasama komposer yang antaranya seperti Faizal Tahir dan Kuncidemak.

"Saya harap dengan kemunculan album ini juga ia dapat memberi persepsi baru mengenai saya oleh masyarakat," tuturnya.

Irma Hasmie Bakal Dapat Bayi Perempuan

Posted: 17 Jun 2014 08:52 PM PDT


Irma dijangka bersalin pada 18 Julai depan.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Irma Hasmie teruja apabila doktor mengesahkan dia dan suaminya, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan bakal menimang seorang bayi perempuan.

Irma, 32, berkata, sejak mengetahui hamil buat kali kedua pada akhir tahun lalu, dia memang mengimpikan untuk mendapat anak perempuan dan bersyukur doanya dimakbulkan Tuhan.

"Mula-mula saya resah juga kerana sudah beberapa kali buat imbasan sebelum ini masih belum nampak jantinanya dan Alhamdulillah akhirnya doktor mengesahkan bakal mendapat bayi perempuan.

"Saya paling teruja berbanding suami kerana saya memang mengimpikan mendapat anak perempuan dan Insya-Allah lengkap keluarga kami kerana sebelum ini saya sudah dapat anak lelaki," katanya kepada mStar Online.
Irma ditemui pada majlis pelancaran Program Ramadan TV Al-Hijrah yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.
Irma masih aktif sebagai pengacara program Assalamualaikum biarpun sedang sarat mengandung.

Irma dijangka bersalin pada 18 Julai depan.

Dalam pada itu Irma berkata, biarpun teruja namun persiapan bagi menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka dibuat secara sederhana.

Kata Irma,  barangan anak lelakinya, Redza Syah Irfhan, yang kini berusia setahun masih elok dan boleh lagi digunakan.

"Ikutkan perasaan memang ingin beli banyak benda tetapi banyak barangan milik Irfhan masih elok dan boleh digunakan.

"Saya hanya beli beberapa keperluan seperti baju bayi perempuan dan beberapa barangan yang perlu sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu Irma berkata, biarpun tarikh dia dijangka bersalin semakin hampir namun itu tidak menghalangnya daripada terus aktif sebagai hos program Assalamualaikum yang bersiaran secara langsung di TV Al-Hijrah.

Menurut Irma, kemunculan sebagai hos program bual bicara itu tidak membebankan dan jadual tugasnya juga fleksibel.

"Alhamdulillah setakat ini masih ada kekuatan untuk bekerja dan ia sebenarnya membantu saya supaya bergerak aktif selain menjaga anak sulung.

"Biasalah jika kadang-kadang berasa penat kerana berbadan dua tetapi itu tidak menjadi halangan buat saya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain Irma berkata, bersempena kedatangan bulan Ramadan dan Syawal dia turut mengambil kesempatan untuk menjual pakaian Muslimah yang direkanya sendiri.

Jelas Irma, koleksi yang diberi nama Debumas itu akan dijual menerusi laman Instagram miliknya bermula 1 Ramadan depan.

Alibi Music Kecilkan Operasi, Kenalkan Lapan Artis Baharu

Posted: 17 Jun 2014 08:51 PM PDT


Artis dan pihak pengurusan Alibi Music.
KUALA LUMPUR: Syarikat rakaman Alibi Music mengakui krisis ekonomi dan kelembapan industri hiburan tempatan sekitar tahun 2012 menyebabkan syarikat tersebut terpaksa mengecilkan operasi.

Pengarah Urusan Alibi Music, Ferhard Ahmad berkata, pihak mereka terpaksa mengurangkan tenaga pekerja dan artis serta mengatur semula strategi perniagaan.

"Kami bermula dengan 18 orang artis dengan melancarkan puluhan album, single dan  klip video artis-artis terkenal.

"Namun dua tahun selepas itu perniagaan agak suram dan industri hiburan semakin nazak membuatkan kami mengurangkan kos dan produksi.

"Di sebabkan perkara itu juga orang ramai ingat Alibi sudah berkubur dan tidak beroperasi lagi, sebaliknya kami masih aktif biarpun tidak seperti dahulu," ujarnya kepadamStar Online ketika ditemui pada majlis Bersama Bintang Alibi Music di Universiti Malaya, dekat sini, Selasa.

Pada majlis itu, Alibi memperkenalkan seramai lapan orang artis baharu yang bernaung bawah syarikat rakaman tersebut.

Antaranya ialah Mafarikha Akhir, Lokman Aslam, Ayish Mentor, FMG, Muadz, Andy Merican, Delisha dan Wana.

Tambah Ferhard, pemilihan kesemua artis ini dilakukan secara teliti dengan mementingkan kebolehan mereka menyanyi secara langsung.

"Kita teliti dalam pemilihan penyanyi kali ini, kita mahu kesemua mereka boleh membuat persembahan secara langsung dan bukan sekadar rakaman sahaja.

"Selain itu, kesemua mereka mempunyai kelebihan membuat lagu sendiri dan pihak syarikat sentiasa memberi peluang untuk mereka menyanyikan lagu-lagu ciptaan sendiri," katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, sebagai pengarah urusan dia bertanggungjawab menentukan lagu yang sesuai dinyanyikan dengan mengikut trend semasa.

Ferhard berkata, kesemua artis baharu naungannya mengikat kontrak sekurang-kurangnya dua tahun berada dalam syarikt rakaman itu.

"Dulu kita buat kontrak setahun sahaja tetapi ia rugi kepada kami kerana tempoh setahun itu terlalu singkat dan tidak semestinya radio memainkan lagu itu awal.

Oleh itu dengan kontrak baru ini memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak," katanya.

Pekin Dikecam Kononnya Mahu Tonjolkan Budaya 'Skinhead'

Posted: 17 Jun 2014 08:50 PM PDT


Pekin tidak mahu masyarakat salah anggap dengan filem terbaharunya 'Ophelia'.
PETALING JAYA: Pelakon Pekin Ibrahim kesal apabila gambarnya bersama beberapa individu yang kononnya memperjuangkan fahaman songsang Skinhead dan Nazi disalah erti dan dianggap sebagai cuba menonjolkan budaya itu.

Pekin atau nama sebenar Mohd Iznan Ibrahim, 34, berkata, ia terjadi ketika dia dalam proses membuat kajian tentang budaya tersebut yang masih diamalkan di negara ini bagi menjayakan filem terbaharunya berjudul Ophelia.

"Saya cuba mengkaji tentang budaya-budaya yang pernah popular satu ketika dahulu seperti Skinhead dan Nazi dan kini masih lagi diikuti oleh segelintir masyarakat di negara ini untuk filem terbaharu saya.

"Ada orang yang telah muat naik gambar-gambar saya dengan satu kumpulan tersebut, selepas itu ramai yang cuba menghentam saya di laman sosial yang menganggap saya cuba menghidupkan semua budaya ini dengan menerapkan isu perkauman," ujarnya kepada mStar Online.
Pekin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status-statusnya di laman Facebook yang meminta agar orang ramai termasuk kumpulan-kumpulan tersebut bertenang dan menganggap filem terbaharunya itu bertujuan menukar persepsi masyarakat kearah yang lebih positif.

Jelasnya, filem Ophelia merupakan sebuah filem yang memaparkan tentang kemanusiaan dan persahabatan serta apa yang masyarakat tidak tahu tentang budaya tersebut.

Dalam pada itu Pekin berkata, untuk filem berkenaan dia telah melakukan kajian hampir dua tahun dan mendalami aktiviti kumpulan itu yang masih aktif di seluruh Malaysia.

Malah katanya, dengan usaha itu, dia kini mendapat sokongan dan kerjasama penuh daripada kumpulan berkenaan dalam membantu memberi maklumat bagi menjayakan filem yang masih dalam proses penggambaran itu.

"Pada mulanya mereka ingat kami ingin buat cerita tentang keburukan sahaja, tetapi sebenarnya kita mahu memaparkan budaya ini daripada sisi lain yang orang tidak tahu.

"Pada saya mereka semua ada satu ikatan yang sangat kukuh antara satu sama lain," katanya yang memeggang watak sebagai Uji.

Dalam pada itu, Pekin mengakui meminta seorang rakannya melukis dahulu gambaran watak Uji yang bakal dilakonkannya sebelum memulakan penggambaran.

Katanya, ia bagi memastikan karakter dan penampilan yang akan dilakonkan nanti tidak berlaku persamaan dengan watak-watak terdahulu.

"Setiap watak yang saya dapat saya akan gambarkan dan suruh kawan saya lukis di atas kertas terlebih dahulu untuk tentukan penampilan yang bagaimana.

"Dengan cara tersebut saya dapat memberi kelainan dan membezakan watak-watak yang saya lakonkan," ujarnya.

Isu Bikini, Maria Farida Anggap Pengikut Instagram Fikiran Kotor

Posted: 17 Jun 2014 08:49 PM PDT

Maria Farida terkejut foto beberapa bikini yang dimuat naik di Instagram menjadi isu.
PETALING JAYA: Pelakon Maria Farida menyifatkan pengikut-pengikut yang memberi komen berbau lucah menerusi foto bikini yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya adalah mereka yang berfikiran kotor.

Maria, 44, berkata, foto tersebut tidak patut dijadikan isu kerana ia hanyalah beberapa bikini yang diletakkan di atas katil dan bukannya menunjukkan dia memakai pakaian tersebut.

"Ia hanyalah sejenis pakaian mandi yang diletakkan di atas katil. Mereka (pengikut) melenting dan kecoh seolah-olah saya memakai bikini tersebut dan memuat naik gambar saya ke Instagram.

"Takkan mereka tak pernah melihat bikini sebelum ini? Dan saya tidak pernah suruh pun melihat foto-foto yang saya muat naik. Itu hanyalah pemikiran kotor mereka terhadap baju itu. Apa yang mereka cakap semua tidak masuk akal," katanya kepada mStar Onlinemenerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin.

Pada Sabtu lalu, Maria telah memuat naik foto beberapa bikini dengan kapsyen 'Can't decide on which one... hmm' (Tak boleh putuskan yang mana satu... hmm).

Foto tersebut telah menimbulkan kekecohan daripada kalangan pengikutnya terutama golongan lelaki yang memberikan komen-komen lucah kepada aktres itu.

Foto bikini yang dimuat naik oleh Maria di Instagram.

Tambah pelakon yang popular dengan filemDatin Ghairah itu, dia turut mendapat kritikan seolah-olah tidak berpegang pada agama Islam dengan menunjukkan foto tersebut.

"Bayangkan ada yang siap mengutuk dan pada masa sama memberi ceramah agama sedangkan apa yang mereka buat dengan mengutuk orang  sudah menunjukkan ia salah di sisi agama Islam.

"Entahlah, bagi saya ia hanyalah perkara kecil sahaja dan rasa kelakar pula apabila ramai yang mengambil serius dengan foto tersebut.

"Saya tertanya-tanya adakah pengikut-pengikut lelaki yang memberi komen ini akan menutup mata mereka apabila melalui kedai-kedai pakaian dalam di pusat beli belah?" soalnya.

Dalam pada itu kata Maria lagi, memandang dia mendapat terlalu banyak komen negatif, dia telah meminta pembantu peribadinya untuk membuang komen-komen tersebut.

Maria kini sedang bercuti di Pulau Krabi, Thailand dan akan pulang ke tanah air pada hujung minggu ini.

Rahsia Anak Dikandung Che Ta Hanya Untuk Astro

Posted: 17 Jun 2014 08:47 PM PDT


Gambar imbasan bayi yang dimuat naik oleh Zain pada petang Isnin.
PETALING JAYA: Keterujaan pelakon Zain Saidin untuk menimang cahaya mata mendorong dia mendedahkan gambar imbasan bayi di dalam kandungan isterinya pelakon Rozita Che Wan kepada umum pada petang Isnin.

Walaupun gambar bayi berkenaan telah dimuat naik dalam laman sosial Instagram dan Facebook miliknya, pasangan itu mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang komen termasuklah merahsiakan jantina bayi yang kini berusia lima bulan itu.

"Ya, saya memuat naik gambar imbasan bayi dalam kandungan isteri saya, namun saya tidak boleh beritahu apa-apa juga tentang hal itu kerana ia akan disiarkan secara eksklusif di sebuah program terbitan Astro nanti.

Zain Saidin dan isterinya Rozita.

"Program lapan episod itu akan mendedahkan perjalanan bermula Rozita mengandung, persiapan bayi sehinggalah dia melahirkan bayi tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Dalam pada itu, ditanya tentang perkembangan kesihatan isterinya, Zain memberitahu Rozita dan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat biarpun kandungan semakin membersar.

Katanya, dia juga mengakui rezeki semakin bertambah semenjak isterinya disahkan mengandung pada awal Mac lalu.

"Alhamdulillah, saya percaya rezeki anak kerana sejak isteri saya mengandung ada sahaja tawaran untuk kami berdua. Sepanjang tahun ini saya sibuk dengan drama Oh My English!.

"Setiap kali kami terima tawaran berlakon kami akan asingkan separuh daripada bayaran itu untuk simpanan bayi  sebab itu adalah rezeki dia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zain baharu sahaja pulang daripada penggambaran selama sepuluh hari di Istanbul, Turki untuk drama Bestora Cinta terbitan RTM.

Dia dan Rozita juga kini sibuk dengan beberapa penggambaran iklan televisyen sempena Hari Raya Aidilfiti.

Shah Iskandar Terkejut Dikatakan Sudah 'Naik Harga'

Posted: 17 Jun 2014 08:45 PM PDT


Shah Iskandar terkejut dituduh sudah mula naik harga.
PETALING JAYA: Pelakon Shah Iskandar menafikan dia sudah menaikkan harga bayaran selepas memenangi Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang berlangsung pada awal Mei lalu.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 32, berkata, dia terkejut apabila dituduh sedemikian sedangkan sehingga kini dia belum menaikkan harga bayarannya apabila ditawarkan berlakon dalam sesebuah produksi.

"Saya terkejut apabila dikatakan sudah naik harga sejak menang anugerah sedangkan jadual kerja sudah diaturkan sehingga bulan September sebelum menang anugerah itu.

"Jadi setakat saya belum meninggikan kadar harga bayaran saya. Pelik rasanya entah mana datang cerita yang tidak masuk akal ini?" katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Tambah Shah, dia mengakui sebagai seorang artis yang mendapat penghargaan, mereka perlu menaiktaraf kerjaya masing-masing termasuklah mengkaji semula harga bayaran bagi membolehkan nilai seseorang artis itu dilihat lebih berkualiti dan eksklusif.

Bagaimanapun kata pelakon yang popular dengan drama Jika Itu Takdirku, setakat ini dia belum terfikir untuk menaikkan harga bayarannya kerana menganggap masih lagi baharu dalam industri hiburan tempatan.

"Saya baru lima tahun dalam industri. Bagi saya kemenangan yang diraih adalah sebagai pemberi semangat kepada saya untuk terus maju ke hadapan.

"Rasanya saya belum layak lagi untuk menaikkan harga bayaran kerana banyak lagi yang saya perlu belajar di bidang seni lakon ini," ujarnya.

Terpaksa ikat adik guna rantai besi

Posted: 17 Jun 2014 08:34 PM PDT


  • Demi keselamatan Muhamad Saiful, Rohani terpaksa mengikat adiknya menggunakan rantai besi.Demi keselamatan Muhamad Saiful, Rohani terpaksa mengikat adiknya menggunakan rantai besi.

RANTAU PANJANG – Sekali imbas, tindakan seorang kakak di Kampung Kuin Merah mengikat adik lelakinya dengan menggunakan rantai besi dilihat sebagai zalim.

Namun, Rohani Abdul Rahman, 30, berkata, sekiranya dilepaskan, adik bongsunya, Muhamad Saiful Ridwan, 19, akan berkeliaran lari dan mengganggu penduduk di sini.

Menurutnya, demam panas seterusnya sawan ketika berusia setahun menyebabkan perkembangan mentalnya terbantut.

"Saya bukanlah zalim, saya terpaksa ikat dia kerana mengenangkan keselamatannya, ramai penduduk di sini marah saya sebab tidak jaga adik dengan baik.

"Pernah sekali, dia lari ke arah jalan raya dan menahan lori yang sedang bergerak. Mujurlah pemandu lori sempat memberhentikan kenderaan," katanya.

Bukan itu sahaja katanya, Muhamad Saiful memeluk lori berkenaan dan enggan melepaskannya kerana dia beranggapan ia adalah lori permainannya.

Hanya selepas dipujuk suami, Anuar Mohamad, 38, barulah dia melepaskan lori berkenaan.

Rohani berkata, setelah ibu, kakak dan abang sulung meninggal dunia, tanggungjawab memelihara Muhamad Saiful terletak di bahunya bersama adik perempuan yang lain.

"Saya tidak pernah melayan adik saya seolah-olah saya ini ibu tiri yang jahat, tetapi kasih sayang saya kepadanya umpama memelihara anak sendiri," katanya.

Rohani yang juga suri rumah, terpaksa bergantung harap kepada gaji suami sebagai buruh malah masih menyara empat anak yang masih kecil.

Buat masa ini Rohani berkata, dia tidak mampu membawa Muhamad Saiful untuk menjalani pemeriksaan atau memohon bantuan kebajikan.

"Dia suka cakar anak-anak saya dan adik perempuan yang lain.

"Nak mandikan dia jangan cakaplah, payah sangat. Inikan pula nak bawa dia ke hospital atau Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Norman ajak Awie bersemuka

Posted: 17 Jun 2014 08:31 PM PDT


  • Norman Abdul HalimNorman Abdul Halim

"SUDAH banyak kali saya berhubung dengan Joe (gitaris) untuk berjumpa dengan semua anggota Wings.

Sehingga kini saya masih menunggu tarikh yang sesuai daripada pihak mereka," jelas Presiden Eksekutif KRU Music, Norman Abdul Halim ketika ditanya sama ada telah bersemuka dengan Wings mengenai kes cetak rompak album, Menakluk Kosmos daripada kumpulan itu.

Baru-baru ini menerusi sebuah portal hiburan, penyanyi Wings, Awie akui kesal menjalinkan kerjasama dengan pihak KRU Music Group dan menganggap syarikat itu seperti tidak diambil peduli terhadap apa yang berlaku.

Mengulas kenyataan itu, Norman berkata, pihaknya bukan sahaja membuat laporan polis, malah kes tersebut turut dipanjangkan pada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan selanjutnya.

"Kami telah membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini.

"Malah laporan ke KPDNKK melalui RIM telah dibuat pada April lagi, sebelum pihak Wings sendiri membuat laporan polis.

"Buat masa sekarang, kami sedang menanti tindakan selanjutnya daripada pihak berkuasa," ulasnya.

Dalam pada itu, Norman bagaimanapun enggan memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai kekesalan Awie terhadap kerjasama yang telah dijalinkan dengan syarikatnya.

"Mengenai hal ini, saya memang tidak mahu memberi sebarang kenyataan lebih lanjut tentang masalah dalaman yang berlaku antara pihak kami dengan mana-mana artis lain atau kakitangan pihak kami sendiri.

"Lagi pun kontrak kami bersama Wings hanyalah untuk satu album sahaja," ujarnya.

Pada 20 Mei lalu, Wings telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, berhubung empat lagu dalam album terbaharu mereka iaitu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini telah dicetak rompak.

Nama terjejas?

Sementara itu, Norman turut menafikan nama baik syarikat miliknya terjejas  ekoran konflik yang berlaku.

"Sudah 22 tahun KRU bertapak dalam industri. Sepanjang perjalanan itu juga banyak pencapaian yang kami catatkan sama ada di dalam mahupun di luar negara.

"Bila perkara seperti ini berlaku, orang ramai boleh menilai sendiri," tegasnya.

Norman juga memberitahu, biarpun isu ini masih belum menemui jalan penyelesaian, pihaknya masih menjalankan tanggungjawab sebagai penerbit album tersebut.

"Apa yang penting, sehingga hari ini kami masih meneruskan tugas mempromosikan lagu-lagu dalam album tersebut.

"Alhamdulillah sambutan album ini amat baik di pasaran sekarang," katanya.

Penyanyi dikir barat didenda RM1,000

Posted: 17 Jun 2014 08:28 PM PDT


  • Rosalinda berjalan masuk ke mahkamah, semalamRosalinda berjalan masuk ke mahkamah, semalam

GUA MUSANG - Rosalinda, penyanyi dikir barat wanita tersohor di Kelantan dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, di sini, semalam, selepas mengaku salah memakai pakaian menjolok mata ketika mengadakan persembahan di Felda Aring Enam, Mei lalu.

Hakim, Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosalinda atau nama sebenarnya, Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, yang berasal dari Kemaman, Terengganu.

Beliau tidak membenarkan tertuduh membuat persembahan dengan berpakaian tidak sopan, bertentangan dengan hukum syarak.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Ramlee Abd Rahman. Rosalinda membayar denda tersebut dan berjanji tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, Rosalinda ditahan sepasukan Penguat kuasa Agama Islam Gua Musang ketika membuat persembahan nyanyian dikir barat di Ekspo Padang Perumahan Felda Aring Enam, jam 11.50 malam pada 7 Mei lalu.

Sebelum itu, Zubaidi turut menegur Rosalinda supaya hentikan persembahan melampaui batasan agama  kerana ia menjejaskan imej Islam dan galak orang ramai melakukan maksiat.

Hafiz, Akim giat promosi showcase di Instagram

Posted: 17 Jun 2014 08:23 PM PDT


HAFIZ (kanan) dan Akim bakal berkongsi pentas persembahan bersama Hazama untuk showcase Hafiz & Friends yang dijadualkan berlangsung di Hard Rock Cafe, Melaka pada 22 Jun ini.


TIGA anak muda yang berjaya mencipta kejayaan menerusi program realiti TV, Akademi Fantasia (AF), Hafiz, Akim dan Hazama bakal bersatu dalam sebuah showcase berjudul Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe, Melaka pada 22 Jun ini.
Tanpa kehadiran Hazama, Hafiz dan Akim yang ditemui pada majlis pelancaran tersebut nyata teruja untuk bergabung di atas pentas yang sama. Ini sekali gus mengimbau detik-detik bersama ketika di AF dahulu.
Biarpun Hazama lahir daripada program AF musim kesembilan manakala Hafiz dan Akim pula daripada AF musim ketujuh, namun ikatan persahabatan yang terjalin di pentas program yang sama menjadikan mereka bertiga akrab.
Menggunakan nama Hafiz sebagai judul showcase, Akim mengakui dia tidak berasa kecil hati mengenai hal itu kerana sedar rakannya itu merupakan artis yang banyak menerima anugerah.
"Saya tidak berasa kecil hati apabila showcase ini menggunakan nama Hafiz. Dia (Hafiz), saya anggap dia sebagai peneraju kepada bintang-bintang AF yang lain. Dia membuka mata khalayak apabila memenangi banyak anugerah," luahnya ketika ditemui di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menyimpan impian yang lama untuk beraksi bersama Hafiz dan Aril di Hard Rock Cafe, ujar Akim, tempat Aril terpaksa digantikan dengan Hazama kerana kesibukan bintang AF7 itu sebagai penyampai radio Era FM.
"Hazama bukan sekadar menggantikan Aril tetapi dia juga ingin berada di pentas yang sama dengan kami," ulasnya yang kini mempunyai band sendiri, Akim & The Majistret.
Mengulas sedikit mengenai band baharunya, ujarnya, Akim & The Majistret hanya muncul untuk persembahan secara langsung di atas pentas.
Bagaimanapun, Akim masih lagi kekal sebagai penyanyi solo. Namun, dia tidak menolak untuk bersama band tersebut sepanjang masa jika mendapat maklum balas positif daripada peminat.
"Buat masa ini, Akim & Majistret telah mengeluarkan single berjudul Mewangi. Saya masih memikirkan sama ada ingin mengeluarkan album solo terlebih dulu atau album Akim & The Majistret," katanya lagi.
Promosi di Instagram
Sementara itu, Hafiz mengakui bersyukur kerana impian selama lima tahun untuk berkongsi pentas bersama Akim dan Hazama terlaksana.
"Saya ingat lagi momen berbual dengan Akim ketika di AF dahulu. Kami mahu membuat konsert bersama. Akhirnya impian itu menjadi kenyataan," tuturnya yang bakal menyanyikan rantaian lagu-lagu popularnya pada showcase itu nanti.
Bagaimanapun, Hafiz mengaku sedikit gementar menunggu sambutan peminat terhadap showcase tersebut rentetan daripada sambutan kurang memberangsangkan yang diterima oleh penyanyi Encik Mimpi ketika mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe sebelum ini.
Namun begitu, kata Hafiz, dia dan rakan-rakannya akan sentiasa melakukan promosi di Instagram masing-masing untuk showcase itu.
Sementara itu, tiket persembahan berharga RM60 dan RM70 boleh dibeli dengan menghubungi 06-292 5188 atau menerusi enquiries@hardrockcafe-melaka.com.
Dalam pada itu, Hafiz turut disoal mengenai keterbukaannya mempamerkan kekasihnya yang dikenali sebagai Fy di laman Instagramnya baru-baru ini.
Tidak mahu berselindung kerana berasa peminat boleh menerimanya, namun telahan Hafiz silap apabila peminat-peminatnya marah dan kecewa apabila mengetahui Hafiz sudah berpunya.
"Kali ini, saya berasa terbuka pula untuk berkongsi mengenai perihal kekasih. Disebabkan itu, saya memuat naik foto kekasih di Instagram dengan niat ingin memberitahu yang kini saya sudah berpunya.
"Tidak sangka pula apabila ada beberapa peminat yang meluahkan rasa kecewa kerana foto itu. Bagaimanapun, saya percaya mereka akan faham dan akan terus meminati saya biarpun kini saya sudah mempunyai kekasih," ujarnya sambil ketawa.


Mon Ryanti nikah September

Posted: 17 Jun 2014 08:22 PM PDT

TIGA bulan selepas bertunang, Mon dan Hasrul terus merancang untuk berkahwin.


TANGGAL 7 Jun lalu, pelakon filem Keramat, Mon Ryanti, 26, telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, ahli perniagaan, Mohd. Hasrul Ali, 26, di kediaman keluarganya di Johor Bahru, Johor.
Majlis yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat itu memilih tema warna merah jambu dan biru firus serta pelamin berkonsepkan romantis.
Mon dan Hasrul mula berkenalan sejak dua tahun lalu selepas jejaka itu yang merupakan teman rapat abangnya membeli kuih raya yang dijual semasa bulan puasa.
Kosmo! mendapatkan kenyataan lanjut daripada Mon sendiri mengenai perancangan menuju hari bahagianya bersama Hasrul tidak lama lagi. Ikuti temu bual berikut.
Kosmo!: Tahniah Mon kini sudah bergelar tunangan orang. Mungkin boleh kongsikan serba sedikit kegembiraan dan keterujaan menuju ke gerbang perkahwinan?
MON RYANTI: Alhamdulillah, majlis pertunangan kami tempoh hari berjalan lancar dan insya-Allah, majlis pernikahan akan dilangsungkan pada bulan September ini di kampung Mon di Johor dan seminggu kemudian majlis di pihak lelaki di Selangor.
Kenapa cuma mengambil masa tiga bulan sahaja bertunang dan terus berkahwin?
Mengikut perbincangan antara kedua-dua buah keluarga, bulan September adalah waktu paling serasi untuk melangsungkan majlis itu. Lagipun, kata orang tak elok bertunang lama-lama nanti semakin banyak dugaan datang.
Setakat ini, sejauh manakah persiapan menjelang perkahwinan anda?
Alhamdulillah, sudah 70 peratus selesai dan sekarang pun saya kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor untuk menyelesaikan beberapa keperluan yang penting. Insya-Allah, doakan majlis kami berjalan lancar.
Adakah anda menerima sebarang penajaan untuk majlis perkahwinan nanti?
Ada, tapi tidak semuanya kerana saya lebih suka menggunakan bajet sendiri untuk memilih baju pengantin, pelamin dan katering kerana lebih berpuas hati. Ini majlis penting kami dan saya mahukan ia berjalan lancar seperti yang diimpikan.
Apakah kriteria yang dimiliki Hasrul sehingga membuatkan anda terpikat dan nekad memilih dia sebagai bakal suami?
Hasrul merupakan seorang yang memahami, menghormati keluarganya dan sentiasa ada ketika saya susah. Kami selesa untuk berkongsi semua perkara dan mudah dibawa berbincang.
Selepas berkahwin, bagaimanakah anda dan Hasrul merancang kerjaya masing-masing?
Hasrul tidak menghalang saya untuk terus aktif berlakon tapi mungkin bagi pihak saya sendiri, perlu ada batasan dalam sesetengah adegan. Saya menghormati dia sebagai seorang suami dan perlu menjaga perilaku apabila berlakon dengan lelaki lain.
Sudi kongsikan perkembangan terkini anda?
Saya masih sibuk dengan kerjaya sebagai penyampai radio Ultra FM dan masih menantikan tarikh tayangan filem terbaharu lakonan saya dan Zul Ariffin berjudul Jin, hasil arahan Pierre Andre.


Kesenian asli Kuala Pilah

Posted: 17 Jun 2014 08:16 PM PDT


TOK SHAH menyampaikan lagu Bongai irama Potasih dibantu isterinya, Norpipah yang bermain gong dalam satu sesi demonstrasi muzik itu di Seri Menanti baru-baru ini.


PERJALANAN seni Mohd. Shah Abd. Rahman bermula sejak dia berusia 12 tahun. Bermodalkan RM15, Mohd. Shah membeli sebuah biola daripada seorang rakannya yang tinggal di Kampung Batang Pilah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Sejak itu, dia mempelajari teknik bermain biola secara tidak formal di kediamannya di Kampung Tengkek, Kuala Pilah. Tamat zaman persekolahan, Mohd. Shah menubuhkan Kumpulan Gitar Rancak (Kugiran) Gemariah Hiburan Parti bersama rakan-rakannya.
Kugiran tersebut aktif mengadakan persembahan di majlis-majlis keramaian di sekitar daerah Kuala Pilah pada tahun 1960-an. Bukan sekadar biola, Mohd. Shah juga bermain akordian dan saksofon dalam kugiran itu.
Masa berganti masa, Mohd. Shah kini tidak lagi aktif dalam kugiran tersebut kerana faktor usia.
Namun begitu, minatnya terhadap muzik tidak pernah padam. Mohd. Shah yang kini berusia 75 tahun dan lebih dikenali dengan panggilan Tok Shah atau Pak Lang merupakan individu penting yang memartabatkan muzik Bongai iaitu irama kesenian tradisi Negeri Sembilan.
"Mohd. Shah merupakan guru kepada ramai murid yang terlibat dalam muzik Bongai di daerah ini termasuk saya. Setiap kali sesi latihan, Mohd. Shah akan memberi panduan kepada saya untuk menghayati muzik yang dimainkan," ujar Ahmad Mansor, 64.
Ahmad yang berasal dari Kampung Tengkek merupakan pemain rebana dalam Kumpulan Bongai Seri Tengkek yang diterajui oleh Tok Shah sejak 24 tahun lalu. Perkenalan Ahmad dengan Tok Shah sudah lama.
Selain itu, Ahmad juga merupakan pemain dram Kugiran Gemariah Hiburan Parti dan kerap mengadakan persembahan bersama Tok Shah suatu ketika dahulu.
Pewaris tunggal

KUMPULAN Bongai Seri Tengkek menghiburkan pelanggan yang sedang menjamu selera di Restoran Warisan.


Kebanyakan penggiat kesenian tradisi di Negeri Sembilan mengangkat Tok Shah sebagai pewaris tunggal Bongai di daerah Kuala Pilah. Kini, Tok Shah merupakan penyanyi, pemain biola dan akordian Kumpulan Bongai Seri Tengkek.
Sebuah karya penerbitan bertajuk Bongai Nyanyian Tradisional Negeri Sembilan yang dikarang oleh Ismail Abdul Hadi pada tahun 1996 telah merungkai sejarah dan asal-usul muzik itu.
Bongai berasal daripada perkataan Bong dan Aye. Bong bermaksud seseorang yang dihormati manakala Aye pula ditakrifkan sebagai saya. Muzik ini berasal dari Sumatera Barat, Indonesia dan ia dibawa oleh masyarakat Minangkabau semasa berhijrah ke Negeri Sembilan.
Tok Shah merupakan generasi kedua yang masih aktif mendendangkan irama Bongai selepas Udin Husin, 80-an. Udin atau lebih mudah disapa dengan panggilan Tok Din merupakan penggiat generasi pertama muzik Bongai di daerah Kuala Pilah.
Tok Din juga merupakan guru Tok Shah. Tok Din tidak lagi aktif mengadakan persembahan kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. Kini, hanya Tok Shah yang meneruskan legasi Tok Din memperjuangkan irama Bongai asli.
Bapa Tok Shah mempunyai kumpulan Bongai suatu ketika dahulu. Bapanya juga sering mengajar teknik-teknik nyanyian dan instrumen Bongai kepadanya sejak kecil lagi.
Berbalas pantun
Jelas Tok Shah, Bongai merupakan nyanyian berbalas pantun pihak lelaki dan wanita dalam majlis keramaian seperti kenduri perkahwinan dan berkhatan.
Bongai merupakan cara untuk menghiburkan tetamu yang hadir dalam majlis tersebut suatu ketika dahulu. Dengan alunan nyanyian yang asyik, Bongai turut dinyanyikan untuk mendodoi bayi.
Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, Bongai dimainkan oleh penduduk di daerah Kuala Pilah, Jempul dan Jelebu sejak 90 tahun lalu.
"Alunan nyanyian Bongai mempunyai ciri-ciri sama seperti berpantun. Alunan daripada instrumen asas iaitu rebana, sebuah biola, gong dan tamborin merupakan tunjang belakang dalam penyampaian pantun dalam dialek Negeri Sembilan itu," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di Seri Menanti baru-baru ini.
Dengan alat muzik yang asas, Bongai dibezakan dengan irama nyanyian pantun yang disampaikan. Irama Bongai terbahagi kepada 10 jenis iaitu potasih, aduh, rentak kuda, gogar bacang, hitam manis Jempol, umpan bocik, dodoi anak, comporai, budu landai dan hitam manis.
Jelas Tok Shah, perbezaan irama dan rentak dapat diketahui melalui jenis pantun yang disampaikan serta lenggok nyanyian.
"Irama potasih, liriknya berunsurkan pantun budi yang menceritakan mengenai nilai-nilai dalam masyarakat. Irama aduh pula menyentuh elemen-elemen berkasih sayang yang sesuai untuk pasangan suami isteri mahupun kekasih," ujarnya.

POSTER persembahan Kumpulan Bongai Seri Tengkek yang diterajui Tok Shah dipaparkan di pintu masuk Restoran Warisan, Kampung Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Setiap bait lirik yang dinyanyikan oleh Tok Shah dalam persembahan merupakan hasil nukilannya sendiri berdasarkan pengalaman hidup. Tok Shah tetap mengekalkan rentak dan irama Bongai seperti yang dipelajari sejak turun temurun.
Penglibatan Tok Shah dalam muzik Bongai turut mendapat sokongan padu daripada isterinya, Norpipah Mohd. Noor, 65.
Setiap malam minggu, Tok Shah akan mengadakan persembahan bersama kumpulannya di Restoran Warisan, Kampung Terachi, Kuala Pilah sejak tiga tahun lalu.
Selain alat muzik, Tok Shah turut membawa lirik 10 irama Bongai tulisan jawi yang disimpan rapi dalam fail miliknya untuk ke pentas persembahan.
Norpipah juga merupakan penyanyi utama Kumpulan Bongai Seri Tengkek sewaktu mengadakan persembahan di Restoran Warisan.
Penglibatan Tok Shah dalam muzik Bongai tidak pernah dipandang enteng. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan mengiktiraf Tok Shah sebagai Tokoh Bongai 2013 kerana usaha tanpa jemunya memperjuangkan kesenian asli dari negeri itu.
Tok Shah dilantik sebagai jurulatih muzik Bongai di Sekolah Padang Lebar, Kuala Pilah dalam Program Perantisan yang dianjurkan oleh JKKN sepanjang tahun lalu.
Memulihara
Program Perantisan merupakan usaha JKKN untuk memulihara kesenian dan kebudayaan yang semakin pupus dengan kaedah mengajar golongan generasi muda di sekolah dan di kawasan kampung.
Selain mengadakan persembahan di Restoran Warisan, Tok Shah dan Kumpulan Bongai Seri Tengkek turut diundang ke majlis-majlis keramaian di Negeri Sembilan.
Walaupun berstatus ikon, Tok Shah tidak pernah memilih apatah lagi menetapkan harga untuk setiap persembahan. Sifat rendah dirinya itu membuatkan ramai penganjur persembahan kebudayaan mengambil kesempatan.
Kebanyakan penganjur hanya membayar kadar rendah kepada Tok Shah. Sudahlah bayaran yang sedikit, jumlah itu terpaksa diagihkan kepada ahli kumpulan yang lain.
"Saya menyertai Tok Shah dalam Kumpulan Bongai Seri Tengkek sejak dua tahun lalu. Saya kenal Tok Shah sebagai seorang yang komited tidak kira sewaktu latihan atau persembahan. Soal bayaran tidak pernah diambil peduli. Baginya, dia mahu persembahan Bongai ditonton oleh setiap lapisan masyarakat," ujar Ruswan Abd. Latib, 33.
Ruswan yang juga merupakan penyanyi lagu-lagu rakyat Negeri Sem
bilan banyak belajar teknik nyanyian Bongai daripada Tok Shah. Baginya, bukan semua penyanyi dapat mengalunkan irama Bongai sambil bermain biola atau akordian dengan sempurna seperti Tok Shah.
Baginya, walaupun peranan Tok Shah dalam muzik Bongai dipandang mudah oleh masyarakat, Ruswan tetap menyanjung ikon kebudayaan itu.
"Sebagai generasi belia, saya bertanggungjawab untuk meneruskan legasi Tok Shah. Bongai terkenal sebagai seni dari Kuala Pilah. Sebagai anak jati daerah ini, saya tidak mahu kesenian Bongai sekadar tinggal nama sahaja suatu hari nanti," ujar Pembantu Bahagian Bimbingan Seni Kebudayaan JKKN Negeri Sembilan itu.


Penyambung legasi Bongai

Posted: 17 Jun 2014 08:15 PM PDT


Warisan Pusako Kumpulan Anak Bochek menyelitkan elemen kontemporari sebagai usaha untuk menarik minat golongan belia masakini mengenali Bongai.

MURID SK Padang Lebar yang terlibat dalam Program Perantisan diundang bermain instrumen tumbuk kalang dan rebana sewaktu mengadakan persembahan bersama Tok Shah di Restoran Warisan, Kampung Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


MENYERTAI Program Perantisan yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan pada tahun lalu merupakan titik tolak pengenalan Zarith Ariesya Bakri, 11, kepada muzik Bongai.
Zarith Ariesya merupakan salah seorang murid yang terlibat dalam program itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Lebar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dia juga mendapat bimbingan daripada Tok Shah.
Tok Shah atau nama penuhnya Mohd. Shah Abd. Rahman merupakan tokoh muzik Bongai yang aktif mengadakan persembahan di Negeri Sembilan selain memberi tunjuk ajar kepada generasi baharu.
Sejak itu, Zarith Ariesya mula meminati irama tersebut.
"Bongai menggambarkan keindahan dialek Negeri Sembilan lebih-lebih lagi apabila ia dilagukan. Saya meminati kesemua lagu yang dinyanyikan oleh Tok Shah terutamanya irama umpan bocik," ujar anak sulung daripada empat adik-beradik itu.
Zarith Ariesya merupakan salah seorang daripada lima murid SK Padang Lebar yang menyertai persembahan Kumpulan Bongai Seri Tengkek pada setiap malam minggu di Restoran Warisan.
Berperanan sebagai pemain gong, dia menyertai kumpulan yang diterajui oleh Tok Shah itu sejak dua bulan lalu.
Murid tahun lima itu juga bercita-cita untuk membawa muzik Bongai ke pentas dunia suatu hari nanti.
Signatur
Bagi masyarakat di Kuala Pilah, Bongai bukanlah sesuatu yang asing kepada mereka. Selain Tok Shah, banyak pihak cuba untuk mengetengahkan Bongai sebagai signatur kesenian Negeri Sembilan.
Warisan Pusako Kumpulan Anak Bochek merupakan salah satu kumpulan yang meneruskan legasi Tok Shah dalam memartabatkan irama Bongai dalam konteks moden.
Kumpulan yang ditubuhkan di Kuala Pilah itu sejak lapan tahun lalu aktif mengadakan persembahan di sekitar daerah tersebut.
Kumpulan yang diterajui oleh sembilan orang yang berusia lingkungan 22 tahun hingga 63 tahun telah menghasilkan dua album irama Bongai.
Penyanyi dan pemain perkusi Warisan Pusako Kumpulan Anak Bochek, Abu Bakar Mustafa, 63, memberitahu, kedua-dua album dihasilkan untuk mempromosikan kebudayaan dan kesenian yang kian dilupakan di Negeri Sembilan itu.

TOK SHAH (kanan) aktif mengadakan persembahan di Negeri Sembilan selain memberi tunjuk ajar kepada generasi baharu.


Matlamat utama penubuhan kumpulan itu adalah untuk mengimbau kembali lagu-lagu warisan dan lagu-lagu rakyat Negeri Sembilan yang telah dipinggirkan.
Jelasnya, kumpulan tersebut menambah elemen kontemporari untuk menepati cita rasa halwa telinga masyarakat masa kini.
"Album pertama Warisan Pusako Kumpulan Anak Bochek, kami tampil dengan konsep 100 peratus irama Bongai. Album kedua, kami selitkan elemen kontemporari dengan menambahkan bunyian instrumen gitar, bass dan akordian.
"Walaupun menambah elemen kontemporari, kami tidak mengubah struktur asal irama dan lagu Bongai. Setakat ini, kami banyak menerima undangan persembahan dan masyarakat di luar Negeri Sembilan mula mengenali muzik Bongai," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Lagu-lagu
Antara lagu dalam kedua-dua album Warisan Pusako Kumpulan Anak Bochek yang sering dimainkan dalam setiap persembahan ialah Kapeh, Anak Bochek, Ghontak Kudo Bomban, Sepet Buto, Cak Tun Tun, Joget Limau Manih dan Donak Didonai.
Kumpulan tersebut juga memperkenalkan konsep teromba iaitu ungkapan berirama mengenai adat sebagai panduan atau amalan sesuatu masyarakat dalam setiap lagu yang dihasilkan.
Jelasnya, muzik tradisional dari negeri lain seperti dikir barat dan ghazal sememangnya popular dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Kurangnya publisiti dan platform untuk penggiat seni Bongai tampil di khalayak ramai juga merupakan salah satu faktor kesenian ini kurang mendapat sambutan.
Sementara itu, seorang lagi ahli kumpulan tersebut, Zainudin Sulaiman, 57, berkongsi pendapat, JKKN Negeri Sembilan merupakan antara agensi yang membuka jalan kepada Warisan Pusako Kumpulan Anak Bochek untuk mempromosikan kesenian tersebut.
"JKKN Negeri Sembilan banyak mengundang kami dalam majlis dan acara-acara yang dianjurkan. Ia merupakan platform terbaik untuk kami mempromosikan Bongai kepada masyarakat," ujar pesara tentera itu.
Tambahnya, Warisan Pusako Kumpulan Anak Bochek pernah mengadakan persembahan di Johor, Kelantan dan Selangor.


Memorabilia Tanah Suci

Posted: 17 Jun 2014 08:13 PM PDT


BUKU Menulis Atas Pasir merupakan salah satu karya Syed Mahadzir bersama Green Dome.


MENJEJAKKAN kaki ke Mekah dan Madinah bagi menunaikan ibadah merupakan antara impian utama seorang Muslim. Bagi sesetengah individu yang berpeluang, kehadiran di Tanah Suci boleh dilihat sebagai satu penyerahan jiwa kepada Allah SWT di samping menghayati ajaran Nabi Muhammad SAW.
Walaupun, saat menjadi tetamu Allah merupakan sesuatu yang sangat mengujakan, namun kita tidak lari daripada mendengar pelbagai kisah pengalaman para jemaah di sana.
Penulis buku, Syed Mahadzir Syed Ibrahim, 53, berkata, kisah-kisah yang dikongsi ada yang bersifat suka, duka dan penuh misteri. Malah, ada yang jelas membuktikan kebesaran Yang Maha Pencipta.
"Cerita-cerita dari Tanah Suci sering menjadi perhatian dan ini telah memberikan saya inspirasi untuk membukukan pengalaman segenap individu yang diberi penghormatan untuk menjejakkan kaki ke sana," katanya kepada Kosmo! dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Buku terbitan Green Dome Publications Sdn. Bhd. (Green Dome) yang berjudul Saat Menjadi Tetamu Allah itu memaparkan 43 pengalaman menarik jemaah sebelum, semasa dan selepas mengunjungi Tanah Suci.
"Isi kandungan buku diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk golongan ilmuwan agama, rakan-rakan dan bahan bacaan. Saya telah mengolah pengalaman tersebut agar menjadi lebih menarik," ujarnya.
Beliau menambah, walaupun sumber buku tersebut pelbagai, kebanyakan cerita yang terkandung di dalamnya adalah kisah yang sering dikongsi dalam kalangan masyarakat tempatan
"Tujuan sebenar penghasilan buku ini ialah agar ia memberi pedoman dan iktibar kepada pembaca, sekali gus menjadikan mereka umat yang lebih baik.
"Ini kerana ada segelintir pihak yang takut menjejakkan kaki ke Tanah Suci kerana berasa dirinya bergelumang dengan dosa dan bimbang diberi balasan Allah di sana. Namun, hakikatnya Allah sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dan hanya golongan terpilih yang 'dijemput' ke sana," katanya sambil memaklumkan beliau mengambil masa selama setahun untuk menghasilkan buku tersebut.
Bagaimanapun, Syed Mahadzir menegaskan, segala kesukaran yang dihadapi jemaah di Tanah Suci seharusnya dilihat sebagai satu ujian dan peringatan Allah.
Antara kisah yang dikongsikan menerusi buku yang mempunyai 218 halaman itu adalah pembuat tatu menjadi imam, misteri di sebalik Kota Mekah, akibat memakan harta anak yatim, gagal masuk ke dalam Masjidilharam dan pertemuan di Masjid Nabawi.
"Penghasilan buku ini boleh dianggap sebagai satu memorabilia Tanah Suci oleh segenap individu terlibat, termasuk diri saya," ujarnya.
Pengalaman
Walaupun telah menghasilkan lebih 100 buah buku dalam pelbagai genre, menurut anak kelahiran Sungai Tawar, Kedah itu, buku Saat Menjadi Tetamu Allah itu merupakan karya sulung bersifat keagamaan bersama Green Dome yang khusus dalam penerbitan buku-buku Islam.
"Selain Saat Menjadi Tetamu Allah, saya juga menghasilkan buku berjudul Menulis Atas Pasir bersama Green Dome. Ia telah memasuki pasaran sejak awal tahun ini," kata beliau yang juga dikenali menerusi nama pena, SMahadzir atau SMSI.
Bercerita mengenai kecintaannya terhadap bidang penulisan, bapa kepada tujuh orang cahaya mata itu berkata, segalanya bermula ketika menuntut di Institut Teknologi Mara (kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara), Shah Alam dalam bidang kajian reka bentuk.
"Mula-mula saya banyak menyumbang karya dalam majalah pusat pengajian untuk mencari wang saku. Namun, pendedahan yang diberikan telah menyebabkan saya jatuh cinta terhadap bidang ini dan memasang impian untuk bergelar seorang penulis berjaya suatu hari nanti," kata lelaki yang pernah memenangi pelbagai hadiah pertandingan mengarang cerpen, puisi dan seloka tempatan ini.
Menariknya, novel Syed Mahadzir yang berjudul Lestari Bukit Menghijau telah dipilih Kementerian Pelajaran sebagai teks komponen sastera di sekolah menengah Zon Timur (Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan) bagi pelajar tingkatan dua mulai tahun 2011 dan sajak Kita Umpama Sehelai Daun untuk kegunaan tahun hadapan.
Antara hasil karya beliau yang lain adalah Api Tidak Membakar, 365 Hari Dalam Sejarah, Tokoh-Tokoh Ilmu Dan Pejuang Kebenaran, Di Bawah Lembayung, Ritma Seorang Ekspatriat dan Seri Kencana Dewi.
Sungguhpun kini menjawat jawatan Ketua Fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya, Dewan Bahasa Pustaka dan Jabatan Khidmat Negara serta Exco Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Syed Mahadzir terus bergiat aktif dalam bidang penulisan dan merancang untuk menghasilkan sehingga 10 buah buku pelbagai genre bersama Green Dome kelak.
Buku Saat Menjadi Tetamu Allah dijual pada harga RM25.90 senaskhah dan boleh didapati di rangkaian kedai buku utama di seluruh negara atau melalui laman Facebook Green Dome.


Kerangupan tepung pisang goreng keju

Posted: 17 Jun 2014 08:12 PM PDT

PISANG goreng keju dijual pada harga RM3 satu set.


PISANG goreng merupakan antara makanan yang digemari dalam dalam kalangan rakyat Malaysia.
Makanan yang sering disaji pada waktu petang ini telah ditransformasikan mengikut cita rasa golongan muda melalui penghasilan pisang goreng keju.
Mungkin nama itu agak pelik bagi sesetengah orang, namun di negeri Jelapang Padi pisang goreng keju yang dijual di Jalan Gunung Keriang, Alor Setar menjadi satu fenomena luar biasa sejak awal bulan ini.
Lebih menarik, ada dalam kalangan pelanggan yang sanggup menunggu lebih dua jam untuk menikmati pisang goreng keju malah terdapat juga pelanggan yang membuat tempahan menerusi Facebook empat hari lebih awal.
Pengusahanya, Izham Ahmad, 36, berkata, dia turut terkejut dengan sambutan pelanggan sehingga ada dalam kalangan mereka yang membuat tempahan menerusi panggilan telefon kira-kira lima jam sebelum pihaknya memulakan operasi.
Perniagaan yang diusahakan sejak dua tahun lalu itu pada mulanya hanya menjual pisang goreng sama seperti peniaga lain.
Rahsia tepung

GABUNGAN keju dan taburan gula perang menambahkan keenakan rasa pisang goreng keju.


"Masa berniaga pisang goreng dahulu banyak persaingan di kawasan ini. Ia menyebabkan saya berfikir jalan untuk memberi suatu kelainan kepada pelanggan.
"Dari situ, kami mula mencipta pisang goreng coklat, pisang goreng sarung dan pisang goreng rangup, namun pisang goreng keju lebih mendapat sambutan.
"Atas sebab itulah, kami fokuskan kepada satu jenis pisang goreng sahaja," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui baru-baru ini.
Beliau hanya menggunakan pisang awak, pisang abu atau pisang raja bergantung kepada bekalan daripada pembekal.
Sebagai seorang chef yang berpengalaman di beberapa buah hotel di negara ini, Izham memberitahu, walaupun terdapat pisang goreng keju di negeri lain seperti Sabah, Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor tetapi apa yang membezakan goreng pisang kejunya ialah tepung yang digunakan.
Menurut Izham, tepung segera yang diolah daripada resipi keluarga mertuanya itu merupakan bahan asas utama yang merangupkan pisang goreng beliau.
Selain itu, kombinasi gula perang di atas parutan keju memberi rasa yang berbeza berbanding pisang goreng keju yang lain.
"Taburan gula perang di atas parutan keju menambah keenakan pisang goreng keju kerana rasa gula itu yang kurang manis," ujarnya.
Izham memberitahu, dalam sehari dia mampu menjual sebanyak 200 set pisang goreng keju dengan memperuntukkan kira-kira 50 hingga 60 sikat pisang awak dan abu.
Katanya, dia amat menghargai pelanggannya yang sanggup menunggu lama untuk membeli pisang goreng keju yang dihasilkan.
"Kami juga berharap agar pelanggan menghubungi kami terlebih dahulu di antara pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari untuk membuat pesanan dan mengambil nombor giliran," katanya yang menjalankan perniagaan di Jalan Langgar, belakang bangunan Universiti Antarabangsa Unitar, Alor Setar, Kedah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories