RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Hadiah Kasut Tanda Cinta Aiman Hakim Buat Nur Fathia

Posted: 24 Jun 2014 07:59 PM PDT


Wajah terbaharu Nur Fathia
PETALING JAYA: Pelakon Nur Fathia mengakui menerima hadiah istimewa sepasang kasut jenama BCBG Maxazria daripada kekasihnya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, berkata, hadiah itu merupakan salah satu cara kekasihnya menghargai hubungan cinta mereka yang kini mencecah dua tahun.

Fathia bahagia bersama Aiman Hakim

"Kasut itu dia beri hadiah ketika kami sama-sama menjalani penggambaran di Istanbul, Turki. Ia tidak sempena apa-apa hari istimewa pun.

Itu memang cara dia untuk hargai hubungan kami, dia jarang beri hadiah sebab dia mahu saya hargai satu-satu hadiah yang dia bagi," katanya kepada mStar Online.
Nur Fathia ditemui pada Majlis Pelancaran Pizza Hut's Citarasa Ramadan di Restoran Pizza Hut di Kota Damansara, di sini, Selasa.

Selain Fathia, selebriti Fesyen iaitu Wak Doyok turut dipilih sebagai jurucakap bagi kempen berkenaan untuk bulan Ramadan kali ini.

Inilah kasut yang menjadi hadiah tanda cinta Fathia dan Aiman.

Sementara itu, mengulas tentang hubungan cinta tersebut, Fathia berkata kedua-dua mereka semakin baik dan mengenali satu sama lain.

"Apa yang saya boleh cakap hubungan kami semakin hari semakin baik dan keluarga dia juga baik dengan saya.

"Tentang peringkat seterusnya kami belum berbincang secara serius tetapi ada juga cakap-cakap tentang itu," katanya.

Dalam perkembagan kerjaya, Fathia berkata, dia baharu sahaja balik dari Istanbul bagi menjalani pengambaran beberapa buah drama.

mStar Default Image
Fathia dan Wak Doyok dilantik sebagai jurucakap Pizza Hut's Citarasa Ramadan.

Bagaimanapun, dia terpaksa berehat selama dua minggu daripada sebarang aktiviti seni bagi menumpukan perhatian terhadap peperiksaan yang bakal dihadapinya.

"Saya cuti sekejap dua minggu untuk peperiksaan dan selepas ini sambung balik penggambaran yang tertangguh itu.

Filem saya Insya-Allah keluar Ramadan ini berjudul Darah Panas lakonan bersama Sharnaaz Ahmad," ujarnya.

Almy Nadia Kesal Rakan Artis Pertikai Majlis Kahwin

Posted: 24 Jun 2014 07:58 PM PDT


Almy Nadia dan suaminya Fizz Fairuz.
KUALA LUMPUR: Pelakon Almy Nadia kesal apabila terdapat segelintir rakan artis dan pihak-pihak tertentu mempertikai tindakannya tidak mengadakan majlis resepsi perkahwinan dengan Fizz Fairuz di Kuala Lumpur.

Almy berkata, dia berkecil hati apabila ada cakap-cakap belakang mengenai keputusannya itu kerana sudah menjadi hasratnya untuk mengadakan majlis berkenaan di kampung halamannya sahaja.

"Memang dari awal saya tidak bercadang untuk buat majlis di Kuala Lumpur dan tidak sangka pula ada yang mempersoalkan perkara itu.

"Saya jemput semua orang yang saya kenal tetapi ada di antara mereka tidak hadir kerana alasan jauh dan sebagainya," katanya kepada mStar Online.

Almy ditemui pada majlis Cherita Di Hari Raya Habib Jewels yang diadakan di Hotel Royale Chulan di sini pada Rabu. Suami Almy iaitu aktor Fizz Fairuz turut hadir pada acara berkenaan.



Pasangan itu bernikah  pada 26 Mei lalu dan mengadakan dua resepsi perkahwinan iaitu di Pulau Pinang untuk majlis sebelah perempuan pada 31 Mei manakala pihak lelaki pula diadakan di Raub, Pahang pada 7 Jun lalu.

Dalam pada itu, Almy berkata, sejak mendirikan rumah tangga dengan Fizz, dia kini mengurangkan aktiviti lakonan buat sementara waktu bagi memberi perhatian kepada rumah tangganya.

Jelas Almy, dia dan Fizz semakin bahagia melayari alam perkahwinan selepas hampir 10 tahun bercinta.

"Mungkin banyak yang kami lalui sebelum ini namun itu semua suatu pembelajaran buat kami dan kini Alhamdulillah dapat merasai nikmat berumah tangga," katanya.

Sementara itu, Almy berkata, pada bulan Ramadan ini dia terlibat dalam bidang perniagaan dan akan menjual biskut raya di Menara Mara bermula pada hari pertama puasa.

Kata Almy, dia akan menjual beberapa jenis biskut raya termasuk Cornflakes Madu yang dibuatnya sendiri khas untuk para peminatnya.

"Alhamdulillah saya dapat tapak untuk berniaga tetapi secara kecil-kecilan sahaja buat masa ini.

"Sekarang ini saya sibuk menyiapkan biskut berkenaan untuk dijual nanti dan berharap ia akan mendapat sambutan daripada pelanggan," ujarnya.

Fasha Sandha Terluka Dibandingkan Dengan Nora Danish

Posted: 24 Jun 2014 07:56 PM PDT

Fasha bersama suaminya, Jejai.
PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha terluka apabila dia dikatakan kononnya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli (Jejai) berbanding dengan Nora Danish.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 30, berkata, dia terpaksa menegur pengikut Instagram miliknya apabila mereka mempersoalkan kenapa dia tidak memuat naik foto bersama keluarga mertua pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2014) berbanding Nora Danish yang banyak memuat naik gambar-gambar bersama bekas mertuanya itu.

"Saya beranganggapan komen-komen seperti itu adalah tidak sihat. Sebagai seorang ibu mengandung, isteri dan juga menantu kepada keluarga suami, saya berhak meluahkan perasaan dan menegur pengikut saya di laman sosial.

"Tujuan saya berbuat demikian agar mereka tidak terus melukakan hati atau mengeruhkan lagi perasaan saya ketika ini.

Salah satu komen pengikut Fasha yang membandingkan dirinya dengan Nora Danish.

"Status itu adalah teguran kepada pengikut yang ada kalanya meninggalkan komen yang boleh memberi kesan negatif kepada saya," katanya kepada mStar Online menerusi aplikasiWhatsApp pada Selasa.

Pada petang Selasa, Fasha telah menegur segelintir pengikutnya yang memberi pelbagai komen apabila dia tidak mempunyai gambar bersama keluarga suaminya di Instagramberbanding Nora yang memuat naik pelbagai foto bersama keluarga itu pada acara (KLFW2014) yang berlangsung baru-baru ini.

Perkara tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan sebab dirinya dibandingkan dengan Nora dan meluahkan bahawa dia tidak suka membaca komen-komen sebegitu di mana ia boleh melukakan hatinya.

Bagaimanapun kata Fasha, dia bersyukur dan berterima kasih dengan kebanyakan pengikutnya yang menyokong dengan setiap perkara yang dilakukannya menerusi komen-komen positif yang diterima.

Antara komen lain yang menyokong Fasha.

Sementara itu, ditanya adakah dia mempunyai hubungan yang akrab dengan keluarga Jejai, Fasha enggan mengulas tentang perkara tersebut.

"Soal sama ada saya akrab atau tidak dengan keluarga suami, saya tidak perlu komen.

"Cuma apa yang boleh dikatakan di sini, saya harap masing-masing faham dengan had masing-masing. Peminat sekarang bijak dan mampu menilainya," tuturnya.

Sleeq Dedah Kena Tipu RM15,000

Posted: 24 Jun 2014 07:55 PM PDT


Syarif (kanan) dan Alyph.
KUALA LUMPUR: Kumpulan Sleeq mendedahkan mereka pernah kerugian kira-kira RM15,000 gara-gara ditipu oleh syarikat pengurusan lama ketika mula-mula ingin mengukir nama sebagai penyanyi baharu pada tahun 2009.

Salah seorang ahlinya, Syarif Ahmad berkata, walaupun dia bersama seorang lagi anggota Sleeq iaitu Alyph Abdullah mendapat pelbagai undangan persembahan, namun mereka tidak mendapat wang yang sepatutnya diterima.

"Nak menjadi penyanyi bukannya senang. Gara-gara tersalah pilih syarikat pengurusan, saya dan Alyph pernah ditipu sehingga RM15,000. Daripada bayaran duit undangan persembahan sehinggalah ke isu royalti ia menjadi masalah.

"Sampaikan kami rancang mahu meminjam wang daripada makcik-makcik serta nenek kami bagi menghasilkan sendiri album. Tetapi mujurlah, Aaron Aziz sudi membantu kami menjadi artis naungannya iaitu Aaron Aziz Production.

"Apa-apa pun semua itu menjadi pengalaman dan pengajaran untuk kami menjadi lebih matang," katanya.

Syarif atau nama sebenarnya Ahmad Syarifullah Ahmad dan Alyph ditemui pada majlis pelancaran album ketiga mereka iaitu SleeQ The Album 2014 di restoran The Bee, Publika, di sini pada Selasa.
Sleeq menerima penghargaan daripada pengedar album mereka, Warner Music.
Album tersebut memuatkan sebanyak lapan buah lagu iaitu Salam Semua, #1, Tiba Masa, Lari, NGTU, Untuk Dia, Tepi Sikit dan Salam Semua (unplugged).

Beritahu Alyph, lagu-lagu tersebut merupakan kisah perjalanan mereka sepanjang 10 tahun bergelar penyanyi berkumpulan bermula di Singapura sehinggalah mereka berhijrah ke Kuala Lumpur.

"Walaupun kebanyakan lagu menampilkan penyanyi-penyanyi lain seperti Najwa Latif (Untuk Dia), Hazama (Lari), Aaron Aziz (Salam Semua), Joe Flizzow (Tepi Sikit), tetapi liriknya berkisarkan tentang kehidupan kami.

"Selepas Tepi Sikit, lagu #1 akan menjadi single terbaharu kami. Ia mengisahkan tentang kekasih kami serta wanita-wanita lain di luar sana," ujarnya.

Beritahu Alyph mereka juga merancang untuk mengadakan konsert pada tahun depan sebagai menghargai peminat-peminat di Malaysia serat Singapura.

"Apa-apa pun kami akan selesaikan urusan perkahwinan kami dahulu di mana saya  akan berkahwin pada 13 September depan manakala Syarif pula pada 22 Noverber 2014," tuturnya.

Zara Zya Terkejut Kes Kemalangan Dapat Liputan Meluas

Posted: 24 Jun 2014 07:53 PM PDT


Gambar fail menunjukkan Zara memegang trofi kemenangannya dalam anugerah Meletop Era pada 8 Februari lalu.
PETALING JAYA: Pelakon Zara Zya terkejut apabila berita kemalangannya di Port Dickson pada awal pagi Ahad lalu mendapat liputan meluas terutama di laman sosial.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, berkata, biarpun semasa kemalangan itu hanya kereta dia sahaja mengalami kersoakan, namun Zara menganggap ia sebagai masalah kecil sahaja.

"Kejadian tersebut sebenarnya kecil sahaja dan saya terkejut apabila ia mendapat perhatian meluas sehingga saya lihat ia banyak dikongsi dalam laman sosial.

"Saya faham mungkin ada peminat bimbang dengan kejadian menimpa tetapi saya dalam keadaan baik. Cuma kereta sahaja mengalami kerosakkan pada radiator dan remuk pada bahagian kanan," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Dalam kejadian pukul 1.15 pagi itu, kereta Suzuki Swift milik Zara dilanggar oleh sebuah kereta Honda Prelude ketika dia sedang menjamu selerai di sebuah gerai tepi Pantai Bagan Pinang bersama rakan-rakannya sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat termasuklah kereta indivdiu lain turut dilanggar.

Bagaimanapun kata Zara, dia tetap bersedih dengan kejadian tersebut kerana kereta kesayangannya itu tidak pernah mengalami kemalangan sejak mula digunakannya empat tahun lalu.

Jelas Zara dia membeli kereta berkenaan hasil daripada wang lakonan diterimanya dan menjelaskan kenderaan tersebut banyak berjasa.
mStar Default Image
Imej kereta Suzuki Swift milik Zara yang terlibat dalam kemalangan tersebar di laman sosial.

"Saya masih ingat betapa susahnya saya hendak membeli kereta tersebut kerana perlu mengumpul wang terlebih dahulu dan Alhamdulillah berkat kesabaran dan rezeki dalam bidang lakonan saya dapat memiliki kereta idaman saya.

"Apa-apa pun saya reda dengan kejadian menimpa dan harap-harap kereta saya itu akan siap dibaiki dalam masa beberapa minggu ini," ujarnya.

Sementara itu, Zara berkata, buat sementara waktu dia akan menggunakan kereta milik pengurusnya jika mempunyai sebarang acara yang perlu dihadiri.

Bagaimanapun dia lega kerana buat masa ini dia tidak terikat dengan apa-apa jadual penggambaran.

"Syukur saya sekarang tidak ada penggambaran kalau tidak susah juga untuk bergerak.

"Tetapi sekiranya ada apa-apa majlis saya akan meminta pinjam kereta pengurus untuk bergerak," katanya. 

Jimmy Shanley Luah Rasa Kesal Gagal Raikan 'Birthday' Anak

Posted: 24 Jun 2014 07:53 PM PDT


Antara koleksi gambar Jimmy bersama anaknya.
PETALING JAYA:  Hasrat Penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley, 34, untuk bermesra dengan anaknya,  Zahrah Rania Shanley yang menyambut ulang tahun kelahiran ketiga pada Selasa (hari ini) gagal.

Perkara itu didedahkan oleh Jimmy menerusi status terbaharu Instagram miliknya yang dimuat naik kira-kira pukul 12.30 tengah hari Selasa.

"Happy 3rd birthday… Dulu alasan tak bagi sebab duduk seorang, kini sudah berumah tangga pun tak dapat, kononnya hanya nak publisiti (pleaseee la), nak diambil tak bagi, tak diambil dicaci di media, lu pikirlah sendiri," demikian kesimpulan luahan Jimmy.

Status terbaharu Jimmy yang dipetik daripada Instagram miliknya.

Berdasarkan kepada status itu memperlihatkan seolah-olah hubungannya dengan keluarga bekas mertua masih tidak dapat diselesaikan.

Terdahulu, bekas ibu mertua Jimmy iaitu Datin Muniroh Kasim dalam sebuah akhbar mendedahkan Jimmy digambarkan seolah-olah tidak menyayangi anaknya apabila tidak memeluk kanak-kanak berkenaan ketika dipertemukan di sebuah pusat beli belah.

Malah wanita itu turut mendakwa Jimmy juga tidak bersungguh-sungguh untuk menjaga Zahrah Rania sebaliknya hanya mahukan publisiti.

Dalam pada itu status yang dimuat naik Jimmy mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikut Instagram miliknya yang menyuruh dia bersabar.

Jimmy selamat bernikah dengan Mariam Jamilah pada 7 Jun lalu.

Malah ada yang berkata, jika anaknya besar nanti, Zahrah Rania akan mencari bapanya juga termasuklah sebagai wali nikah.

Pada 7 Jun lalu, Jimmy selamat bergelar suami kepada Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam, dekat sini.

Jimmy memberi mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran berjumlah RM15,000.

Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan yang diberi hak penjagaannya oleh mahkamah kepada  Nursuhaila Eliani.

Lisdawati Komen Langgar Pantang Bersalin

Posted: 24 Jun 2014 07:51 PM PDT


Lisdawati tidak rancang untuk bercuti panjang selepas bersalin.
PETALING JAYA: Belum pun cukup 44 hari tempoh pantang bersalin, pelakon Lisdawati sudah pun aktif apabila dilihat muncul pada majlis pelancaran produk kecantikan Aisrish Fashion Cosmetik yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Isnin.

Lisdawati, 36, berkata, kehadirannya pada majlis itu adalah bagi memberi sokongan kepada pengasas produk tersebut Datuk Mohd Aizuddin Ghazali.

"Jangan tanya soalan kenapa saya datang atau langar pantang, saya datang adalah semata-mata untuk memberi sokongan kepada majlis ini dan pengasasnya.

"Sebelum ini ketika sarat mengadung saya ada juga datang untuk memeriahkan perlawanan boling yang dianjurkan mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Lisdawati selamat bersalin anak ketiga pada 14 Jun lalu di Hospital Selayang dekat sini yang di beri nama Ahmad Nur Fyrdaus.

Sementara itu, Lisdawati berkata dia masih percaya dan sedang mengikuti proses berpantang selama sebulan.

Bagaimanapun, dia tidak mahu terlalu mengikut keadaan dan sering keluar apabila rasa sihat.

"Saya percaya dan mengamalkan berpantang selepas bersalin, malah sejak mengandung saya ada mengamalkan peraturan tertentu terutamanya dalam hal menjaga makan.

"Cuma saya jenis yang suka keluar, bila rasa sihat sedikit saya akan keluar untuk hilangkan rasa bosan kerana duduk di rumah," katanya.

Menyentuh soal kerjaya lakonan, Lisdawati berkata, dia sedang menunggu tawaran dan tidak merancang untuk berehat panjang selepas bersalin.

Dalam pada itu, Lisdawati berkata suaminya pelakon Fauzi Nawawi banyak membantu dalam menguruskan hal rumah tangga.

"Abang Fauzi banyak tolong jaga anak bila dia pulang daripada kerja dia akan bantu untuk buat kerja rumah.

"Dia juga slalu urutkan kaki saya," katanya.

Mas Khan Kekasih Baharu Lana Nordin

Posted: 24 Jun 2014 07:50 PM PDT


Lana Nordin kiri bersama kekasih baharunya, Mas Khan
PETALING JAYA: Setelah kontroversi putus cinta dengan pelakon Johan As'ari berakhir, pelakon Lana Nordin, pada Isnin memperkenalkan teman istimewanya iaitu pelakon baharu Mas Khan.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, dia dan pemuda yang berusia 20-an itu masih diperingkat mengenali hati budi masing-masing.

"Saya dengan dia masih baru lagi dalam kira-kira sebulan, tetapi kami kenal agak lama juga. Buat masa ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing.

"Saya tidak mahu bercakap tentang cinta lebih-lebih kerana semuanya ketentuan Allah dan sebagai perempuan saya hanya cuba berkawan dan mencari jodoh saya," ujarnya kepada mStar Online.
Lana ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Kosmetik Airish Fashion Cosmetik di Hotel The Royal Chulan, di sini, Isnin.

Jelas Lana, dia tidak mahu kontroversi percintaannya dengan pelakon Johan As'ari membataskan dirinya untuk terus mencari jodoh.

"Saya tidak mahu fikir tentang lelaki itu dan saya tidak mahu kontroversi tersebut menyekat saya untuk berkawan dengan lelaki.

"Saya tetap mencuba dan berkawan dengan mana-mana lelaki serta cari yang sesuai dijadikan suami, kalau Tuhan sudah takdirkan saya berkahwin usia 40 saya terima," katanya.
Mudah-mudahan cinta kedua-dua pasangan ini akan berkekalan.

Sementara itu, bercerita tentang Mas Khan, Lana berkata, dia seorang yang matang dan memahami biarpun jarak usia mereka agak jauh.

Bagaimanapun, peristiwa percintaan lalu banyak mengajarnya agar lebih berhati-hari dan tidak mudah mempercayai lelaki.

"Dia muda lagi tapi dia seorang yang matang dan tidak suka ambil tahu tentang orang lain. Dia tidak kisah tentang kontroversi saya sebelum ini.

"Tetapi saya juga perlu berhati-hati sebab dahulu pun begini juga, saya percaya kalau tidak baik untuk saya, Allah akan tunjukannya," kata Lana.

Lana mengakui antara punca dia rapat dengan lelaki itu juga adalah disebabkan mereka bergandingan dalam sebuah filem berjudulBiasan.
Katanya, filem tersebut masih lagi dalam penggambaran sehingga akhir Ramadan ini.

Sementara Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan mengakui Lana seorang wanita yang penyayang dan lemah lembut.

"Pada mulanya saya nampak dia seorang yang garang dan sombong tetapi bila sudah rapat barulah saya tahu dia seorang yang lembut.

"Dia sangat baik dan ambil berat tentang saya, dia banyak mengajar saya tentang lakonan dan berhadapan dengan masyarakat serta media," ujarnya.

Neelofa & Hans Isaac Berpakat Rahsiakan Putus Cinta

Posted: 24 Jun 2014 07:49 PM PDT


Hans Isaac dan Neelofa sudah putus cinta...
KUALA LUMPUR: Pelakon Neelofa memberitahu, dia dan Hans Isaac telah sepakat untuk merahsiakan kisah putus cinta mereka yang berkahir pada Januari lalu bagi menghormati permintaan Hans yang mahu mencari kekuatan terhadap kesedihan itu.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, Hans memintanya tidak mendedahkan kepada pihak media buat sementara waktu kerana dia belum bersedia menghadapi kenyataan tersebut.

"Secara terus-terang kami sudah berpisah awal Januari lalu namun kami sepakat untuk tidak mendedahkan perkara itu dahulu.

"Hans minta agar perkara ini diberitahu kepada media pada Jun kerana dia belum bersedia dan ingin mencari kekuatan," katanya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Kecantikan Airish Fashion Cosmetic, di Hotel The Royale Chulan, di sini, Isnin.

Pada majlis itu turut memperkenalkan Neelofa sebagai duta kepada produk tersebut.

Sementara itu, dia menafikan penglibatan mana-mana pihak sebagai orang ketiga dalam hubungan yang dibina lebih dua tahun itu.
mStar Default Image
Neelofa bersama wakil dari Airish Miracle.

"Saya hormat dia atas segala kebaikan dan tunjuk ajar dia selama ini kepada saya dan disebabkan itu saya merahsiakan punca kenapa kami berpisah.

"Bagaimanapun, ia tiada kena mengena dengan campur tangan pihak ketiga sama ada saya atau dia, kami berbincang dan selesaikan ia secara baik," ujarnya.

Tambahya, dengan penjelasan yang diberikan ini, dia tidak mahu terus dikaitkan dengan Hans lagi.
"Umum tahu tentang hubungan kami biarpun kami tidak pernah beritahu kami bercinta, jadi selepas penjelasan ini harap-harap tiada lagi perkara yang mengaitkan saya dengan dia.

"Saya sudah boleh terima kenyataan dan selepas berpisah saya banyak sibukkan diri dengan kerja dan bisnes, Alhamdulillah semuanya sudah baik sekarang," katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut menafikan dia sedang mengenali dan rapat dengan seseorang lelaki.

Bagaimanapun, dia mengakui jika ada lelaki yang bersesuaian dengannya, dia tidak mahu menunggu tempoh yang lama untuk bercinta.

"Saya belum ada lelaki istimewa lagi buat masa ini, masih terlalu awal untuk fikir perkara itu.

"Namun kalau ada lelaki yang sesuai dengan saya daripada segala sudut apa salahnya dan saya tidak mahu buang masa lama-lama untuk bercinta," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang produk berkenaan Neelofa berkata, dia menerima tawaran sebagai duta berikutan keyakinannya terhadap kualiti produk tersebut bertaraf antarabangsa.

Jelasnya, produk itu juga bagus untuk semua kulit yang bermasalah atau tidak.

"Saya yakin dengan produk ini setelah mencubanya beberapa bulan dan hasilnya sangat memuaskan.

"Selain itu, cara pembuatan dan kualiti produk ini boleh dipercayai dan mempunyai taraf sama dengan produk berjenama mewah dan terkenal antarabangsa," ujarnya.

DJ Dave Luah Rasa Kecewa YA1M Dipandang Sepi Artis Muda

Posted: 24 Jun 2014 07:48 PM PDT


DJ Dave kecewa sikap segelintir artis muda yang memandang sepi peranan Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M).
KUALA LUMPUR: Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk DJ Dave kesal tidak ramai artis generasi baharu berminat untuk memberikan sokongan terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh yayasan tersebut sejak ditubuhkan dua tahun lalu.

DJ Dave atau nama sebenarnya  Irwan Shah Abdullah berkata, pelbagai usaha telah dilakukan bagi menarik minat mereka untuk sama-sama melibatkan diri namun hanya segelintir yang sudi mengorbankan masa mereka.

"Saya sendiri tidak faham mengapa mereka enggan hadir apabila dijemput kerana yayasan ini ditubuhkan untuk kepentingan mereka juga pada masa depan.

"Bukan tidak ada artis baharu yang menyokong aktiviti kami tetapi penglibatan mereka masih kurang," katanya kepada mStar Online.

DJ Dave ditemui di pejabat YA1M di Kampung Attap di sini, Isnin.

YA1M yang ditubuhkan pada 25 Jun 2013 bertujuan untuk menjaga kebajikan dan memberi pembelaan kepada seluruh artis tempatan yang merangkumi penyanyi, pelakon dan pemuzik tanah air tanpa mengira agama dan bangsa.
DJ Dave.

Ia termasuk sumbangan kewangan kepada artis yang uzur, tiada punca pendapatan dan yang telah menjangkau umur 60 tahun ke atas.  Semua proses penyaluran sumbangan dibuat dengan telus selain dipantau oleh barisan pemegang amanah.

Dalam pada itu, DJ Dave berkata, sesetengah artis yayasan tersebut tidak mempunyai apa- apa kepentingan kepada mereka dan hanya memfokuskan kepada artis veteran.

Jelas DJ Dave, pihaknya sentiasa terbuka dalam menghulurkan bantuan kepada artis yang mempunyai masalah terutamanya kesihatan dan itu termasuk artis- artis baharu.

"Memang fokus kita memberi bantuan kepada artis veteran tetapi itu tidak bererti artis baharu dilupakan.

"Penglibatan mereka bukan sahaja dapat merapatkan silaturahim dengan artis veteran malah boleh membantu dari segi kebajikan menerusi pelbagai cara dan tidak semestinya wang ringgit," ujarnya.

Sementara itu, DJ Dave berkata, pihaknya bersyukur apabila sentiasa mendapat sokongan daripada kerajaan dalam memastikan visi penubuhan yayasan tersebut tercapai.

Bagaimanapun kata DJ Dave, beliau tidak mahu terlalu bergantung kepada kerajaan dan akan berusaha menambah dana sedia ada menerusi pelbagai program yang bakal dijalankan selepas ini.

"Dana YA1M buat masa ini masih ada lebih daripada RM1 juta dan menerusi pelbagai program dan sokongan pihak korporat Insya-Allah akan membantu dalam menambahkan dana," katanya.

Barisan artis tempatan bergambar kenangan selepas majlis sidang media Kejohanan Badminton Piala YA1M yang bakal diadakan pada September depan.
Tambah DJ Dave, YA1M turut membantu golongan artis dengan menganjurkan ceramah seperti pengurusan masa, media sosial dan kewangan dengan menjemput penceramah profesional.
Dalam perkembangan lain, DJ Dave berkata, YA1M akan menganjurkan Kejohanan Badminton Piala YA1M bersama artis dan Media pada September depan.

Katanya, setakat ini ramai artis yang bergabung untuk memberikan sokongan dalam menjayakan aktiviti tersebut.

"Bermula Julai sehingga September ini kami akan mengadakan sesi latihan badminton kepada semua peserta terlibat.

"Selain beriadah aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara selebriti tidak kira veteran atau pun yang muda," katanya.

Tambah DJ Dave lagi, pihaknya juga akan mengadakan majlis berbuka puasa pada bulan Ramadan nanti dengan pelbagai aktiviti kerohanian termasuk ceramah agama bersama ustaz Don Daniyal.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories