RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Pengurus Minta Zizan Razak Tunjuk Bukti Seleweng Wang Syarikat

Posted: 26 Jun 2014 08:28 AM PDT


SUBANG JAYA: Pengurus Zizan Razak iaitu Marina Juki meminta pelawak itu mengemukakan bukti menunjukkan dia menyeleweng wang syarikat mereka, Wire Fame Entertainment Sdn Bhd seperti yang didakwa.
Marina berkata, berdasarkan maklumat daripada juruaudit Wire Fame, Azlan Karim setakat ini tiada sebarang penyelewengan berlaku dalam syarikat itu.
"Saya telah dimaklumkan bahawa tiada sebarang penyelewengan telah berlaku dalam syarikat sama ada daripada pihak saya mahupun Zizan.
"Saya tak faham kenapa dia menuduh saya berbuat demikian sampai membekukan akaun syarikat tanpa persetujuan saya.
"Diharap dia dapat bersemuka dengan saya dan tunjukkan bukti bahawa saya menyeleweng wang syarikat itu," katanya.
Marina ditemui pada sidang media khas di hotel Holliday Villa di sini pada petang Khamis.
Selain Azlan, turut hadir pada sidang media itu peguam Wire Fame, Sashalyna Abdul Latif serta peguam Marina, Harjit Singh Sandhu dan Wan Norliyana.
mStar Default Image
Marina Juki menunjukkan laporan polis yang dibuatnya terhadap Zizan Razak selepas akaun bank sayrikat Wire Fame disekat.
Terdahulu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak dikatakan sudah tidak berhubungan dengan pengurusnya gara-gara masalah peribadi, membuatkan syarikat Wire Fame yang ditubuhkan bersama akan dibubarkan.
Masalah itu berlarutan sehingga  Marina yang memegang saham sebanyak 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat tersebut dan Zizan yang memegang saham terbesar sebanyak 70 peratus telah menyekat akaun bank syarikat.
Sementara itu, Marina berkata, sekatan akaun bank syarikat mereka membuatkan dia sukar menjelaskan pembayaran kepada artis-artis naungan seperti Johan As'ari dan Kaka Azraf.
"Dua akaun syarikat telah pun dibekukan sejak 4 Jun lalu dan ianya adalah atas arahan Zizan sendiri tanpa sebarang persetujuan daripada saya.
"Perkara ini membuatkan Johan As'ari dan Kaka yang bernaung di bawah syarikat ini terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 Subang Jaya berhubung bayaran mereka yang tersangkut.
"Kami berharap agar kenyataan ini dapat menjawab segala isu yang timbul dan kami juga berharap agar Zizan akan meluangkan sedikit masa bersama kami untuk menyelesaikan kemelut ini secara baik dan profesional," ujarnya.
Zizan kini berada di negara Jepun bagi menjalani penggambaran program travelogue Jejak Jepun terbitan Astro.

Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak

Posted: 26 Jun 2014 08:26 AM PDT


Gambar percutian Jehan Miskin bersama isterinya, Julie Camelia Rhee.
KUALA LUMPUR: Pelakon Jehan Miskin terpaksa akur dengan kehendak isterinya Julie Camelia Rhee, 30, yang tidak bersedia untuk memperoleh anak buat sementara waktu.

Jehan, 35, berkata, isterinya yang merupakan warga Korea itu ingin menikmati masa bersama sebagai suami-isteri sebelum bersedia menggalas tanggungjawab bergelar seorang seibu.

"Isteri kata dia nak kami berbulan madu dahulu dan saya akur dengan kehendaknya. Saya pun tidak mempunyai masalah tentang itu.

"Lagipun saya boleh memberi fokus dengan syarikat produksi saya, Mastermind Group Sdn Bhd menerbitkan kerja-kerja iklan serta drama," katanya.
Imej terbaharu Jehan Miskin.

Jehan  ditemui pada majlis pelancaran drama baharu terbitan syarikatnya berjudul Seludupdi restoran Serai, KL Life di sini pada Rabu.

Tambah Jehan, dia mengakui berasa lebih bahagia sejak mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu.

Malah dia juga semakin serasi dengan budaya negara Korea sejak mengenali keluarga isteri.

Sementara itu, mengenai drama Seludup, ia merupakan karya terbitan dan arahan kedua Jehan selepas drama What If.

Dia telah megambil masa selama sembilan bulan untuk membuat kajian mengenai penyeludupan haram yang berlaku di negara ini.

"Sebenarnya idea mahu menghasilkan drama ini selepas saya membaca akhbar banyak kes mengenai isu pemerdagangan haram tidak kira apa jua benda yang diperdagangkan.

"Jadi saya mula memahami hal-hal penyeludupan  dan kebanyakan informasi semuanya datang daripada Internet selain membaca sebuah buku mengenai perdagangan haram berjudul Elicit.
Barisan pelakon Seludup.

"Sembilan bulan  saya buat kajian dan ini pun saya belum habis siapkan skripnya lagi. Ia sebuah drama yang serius tetapi tetap akan menarik minat penonton untul menyaksikannya," ujar Jehan.

Antara pelakon yang akan terlibat dalam Seludup termasuklah Tiz Zaqyah, Syafie Naswip, Raja Ilya, Namron serta Jehan sendiri.

Penggambaran akan bermula pada Julai depan di Melaka dan ia bakal disiarkan sekitar September ini menerusi saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).

Jejai Minta Isu Perceraiannya Dengan Nora Danish Tidak Diungkit

Posted: 26 Jun 2014 08:25 AM PDT


Fasha bahagia bersama bersama suaminya, Jejai.
PETALING JAYA: Suami kepada Fasha Sandha iaitu Rizal Ashram Ramli buat pertama kali membuat kenyataan di Instagram memohon kepada orang ramai supaya tidak lagi menyakitkan hati isterinya selain membandingkan aktres itu dengan bekas isterinya Nora Danish.

Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jejai berkata, tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan kepada Fasha membuatkan dia terpaksa membuka mulut bahawa perceraiannya dengan Nora Danish enam tahun lalu langsung tiada kaitan dengan Fasha.

"Saya akui, pada masa itu, sayalah punca perceraian itu, bukannya Fasha.

"Ianya telah ditentukan dan telah terjadi, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Saya berharap sangat semua ini berhenti di sini sahaja dan tolong jangan panjangkan perkara ini," katanya dalam Instagram miliknya yang dimuatr naik pada Khamis.

Pada Selasa lalu, Fasha telah menegur segelintir pengikut Instagram miliknya yang memberi pelbagai komen apabila dia tidak memuat naik gambarnya bersama mertua berbanding Nora yang memuat naik pelbagai foto dengan keluarga itu pada acara Kuala Lumpur Fesyen Week 2014 yang berlangsung baru-baru ini.
Komen jejai kepada seorang pengikut Fasha di Instagram.
Perkara tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan kenapa dia dibandingkan dengan Nora selain berasa terluka dengan komen-komen berkenaan.

Tidak tahan melihat pelbagai komen negatif yang dilemparkan kepada Fasha, Jejai mengambil langkah menjelaskan situasi sebenar yang terjadi antaranya, Fasha dan Nora menerusi satu komen yang ditulis di Instagram milik isterinya itu.

Sementara itu, Jejai juga berkata, dia faham apabila situasinya bercerai dengan Nora dan kemudiannya berkahwin dengan Fasha membuatkan Fasha dilihat sebagai perosak rumah tangganya sebelum ini.

Dalam pada itu Jejai memahami situasi Fasha sehingga terpaksa menegur salah seorang pengikut laman Instagram miliknya dan menganggap Fasha ada hak berbuat demikian.

"Dia yang menanggung segala tuduhan selama ini dan bersabar. Tetapi kesabarannya juga ada had. Harapan saya kepada para pengikut (Instagram) semua agar tidak membandingkan Fasha dan Nora serta tidak mengaibkan mereka berdua. Saya memohon maaf kepada semua kerana disebabkan sayalah punca semua ini terjadi," ujarnya.

Jejai dan Fasha telah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012. Terdahulu Jejai telah bercerai dengan Nora pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Diana Luah Rasa Cemburu, Farid Kami Harap Tiada Pihak Terasa Hati

Posted: 26 Jun 2014 08:24 AM PDT


Farid Kamil dan Diana Danielle
KUALA LUMPUR: Farid Kamil berharap tiada pihak yang terasa hati apabila isterinya, Diana Danielle meluahkan rasa terkilan kepada seorang artis yang dikatakan sengaja memegang tangannya ketika melakukan fotografi memprosmosikan sebuah filem.

Farid, 32, berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku namun dia tidak menolak perasaan cemburu isterinya yang menjadi punca kepada kejadian itu.

"Saya maafkan dia dan berharap semua pihak yang terasa hati dengan tindakannya itu dapat memaafkan Diana.

"Tidak dinafikan perasaan cemburu menyebabkan Diana membuat keputusan itu tetapi ia tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada mStar Online.

Gambar inilah yang menjadi kontroversi apabila Nora Danish memegang tangan Farid dalam satu sesi fotografi yang dikatakan menjadi punca kemarahan Diana Danielle.

Farid ditemui pada majlis pelancaran Kad Amal dan Kad Ucapan Hari Raya Filem Lagenda Budak Setan 3 di Redbox Sogo di sini, Rabu.

Terdahulu, Diana meluahkan perasaan tidak puas hati dalam Instagram miliknya dengan menyindir seorang artis yang memegang tangan suaminya ketika bergambar untuk mempromosikan sebuah filem.

Tanpa menyebut siapakah individu itu, umum dapat mengagak artis tersebut adalah Nora Danish yang diminta bergambar bersama Farid bagi mempromosikan filem Pengantin Malam.
Tindakan Diana telah mendapat respons kurang senang daripada sebahagian pengikutnya di Instagram malah ada yang menganggap dia bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.

Dalam pada itu, Farid berkata, dia mengakui terkejut dengan tindakan isterinya itu namun menganggap ia adalah perkara kecil yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

mStar Default Image
Farid (kanan) bersama barisan pelakon dan juga mereka yang terlibat dalam filem Lagenda Budak Setan 3.

Jelas Farid lagi, dia melihat kejadian tersebut sebagai satu pengajaran pada masa hadapan.

"Saya tidak salahkan dia kerana biasalah, wanita berhak mempunyai sedikit perasaan cemburu terhadap suami mereka.

"Saya ada berbincang dengannya mengenai perkara tersebut dan kita juga masih baharu dalam perkahwinan jadi ia satu proses pembelajaran buat kami berdua," jelasnya.

Sementara itu, Farid berkata, kejadian tersebut tidak memberikan kesan kepada kerjaya seninya tambahan pula pihak MIG telah pun menjelaskan perkara itu.

Namun Farid tidak menolak tanggapan kejadian itu sedikit sebanyak memberi promosi percuma kepada filem Pengantin Malam yang sedang ditayangkan di pawagam.

Didie Alias Komen Fesyen 'Usung Pasu Bunga'

Posted: 26 Jun 2014 08:12 AM PDT


Didie Alias
PETALING JAYA: Pelakon Didie Alias terkejut apabila gaun yang digayakannya pada malam Anugerah Bintang Popular 2013 (ABPBH 2013) yang berlangsung awal Mei lalu dikritik termaksuklah aksesori di kepalanya disamakan seperti pasu bunga.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, sepatutnya isu tersebut tidak perlu menjadi bahan bualan kerana ia sudah menjadi sinonim dengan dirinya sebagai pengacara dan pelakon berimej pelik selain acara itu sudah lama berlalu.

"Pelik yer, ABPBH 2013 sudah lama berlalu, kenapa gaun yang saya pakai pada acara itu masih lagi dibualkan?

"Saya rasa orang yang mengkritik itu juga tidak kenal saya kut sedangkan sudah lama saya membawa imej-imej pelik bagi mana-mana acara sekali pun," katanya kepada mStar Online.

Pada Ahad lalu, menerusi program Hip TV terbitan TV9, yang dikendalikan oleh Hunny Madu itu, aktres Dynas Mokhtar dan pereka fesyen Zery Zamri yang menjadi tetamu undangan telah mengkritik imej Didie pada ABPBH 2013. Fesyen itu adalah rekaan bawah butik Allya Mysara.
Gaun Didie yang mendapat krtitikan baru-baru ini.

Dalam temu bual itu Dynas menyifatkan, sebagai seorang ibu mengandung, Didie tidak perlu menggayakan imej pelik terutamanya bagi memenuhi udangan untuk berjalan di karpet merah.

Dynas dalam nada bergurau turut menyamakan 'head gear' yang dipakai Didie itu umpam dia mengusung pasu bunga.

Sementara itu, tambah Didie, kenyataan Dynas dan Zery tidak membuatkan dia terasa hati kerana sudah lali dengan kritikan ramai berhubung penggayaan fesyennya itu.

Dalam pada itu, Kimi, salah seorang pereka fesyen di bawah label Allya Mysara yang dihubungi mStar Online berkata, gaun hijau itu adalah mengikut tema majlis tersebut iaitu 'magis alam' dan ia direka khas hasil gabungan idea daripada pihaknya sendiri bersama Didie.

"Mendengar temanya sahaja kita dapat bayangkan ia sangat unik dan kami ingin Didie dilihat sebagai puteri berunsurkan alam dengan penghasilan kain lace di badan manakala fabrik berombak di bahagian bawah.

"Tetapi head gear itu bukan kami yang sediakan sebaliknya ia adalah idea daripada Didie dan jurusoleknya iaitu Fery Karisma.

"Apa-apapun, kami tidak mempunyai masalah jika dikritik kerana ia dapat membina ilmu baharu tetapi biarlah ia membina dan selidik dahulu sebelum mahu memberi kritikan," tegasnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories