RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Johan As'ari Kesal Sikap Zizan Razak Bekukan Akaun Bank

Posted: 27 Jun 2014 05:07 AM PDT


Johan As'ari
SUBANG JAYA: Pelakon Johan As'ari memberitahu dia tetap sayangkan hubungannya dengan  Zizan Razak walaupun pendapatannya sebagai artis bawah Wire Fame Entertainment Sdn Bhd milik pelawak itu disekat.

Johan, 28, bagaimanapun berkata, dia cuma kecewa dengan tindakan Zizan yang mengarahkan bank menyekat akaun syarikat berkenaan kerana perbuatan itu benar-benar menyusahkan kerana Johan memerlukan wang untuk keperluan harian selain melangsaikan bil hospital ibunya yang sedang sakit.

"Sebenarnya saya masih sayangkan dan tidak bencikan dia. Cuma saya tidak suka dengan perbuatan dia yang menyekat akaun syarikat sehingga menyusahkan saya dan rakan artis lain yang bernaung di bawah Wire Fame.

"Sepatutnya sebagai seorang rakan artis dan salah seorang pengarah syarikat itu, dia perlu profesional dan berfikir lebih bijak sebelum membuat tindakan," katanya.

Zizan Razak

Johan ditemui pada sebuah sidang media khas yang dianjurkan oleh Pengarah Urusan Wire Fame, Marina Juki di hotel Holliday Villa di sini pada petang Khamis.

Terdahulu, Marina telah dituduh menyeleweng wang syarikat tersebut dan Zizan telah menyekat akaun bank syarikat berkenaan.

Perkara itu telah membuatkan Johan dan Kaka Azraf membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 Subang Jaya di sini pada 25 Jun lalu mengenai bayaran pendapatan yang disekat.

Sementara itu, Johan memberitahu kontraknya dengan Wire Fame sudah pun tamat pada Mei lalu namun akan membuat keputusan menyambung kontrak  berdasarkan pengakhiran masalah syarikat itu sama ada ia selesai secara baik atau tidak.

"Saya nak tengok dahulu macam mana Zizan dan Marina menyelesaikan masalah Wire Fame.

"Kita lihat kesudahan masalah Wire Fame, barulah saya akan memikirkan semula sama ada mahu menyambung kontrak dengan syarikat itu atau tidak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Johan bakal muncul dengan filem Juvana 2 dan Juvana 3,Tujuh, Kanang Anak Langkau, Gangster Superstar serta Ophilia.

Pernikahan Sham Kamikaze Tak Sah - Mahkamah

Posted: 27 Jun 2014 05:06 AM PDT


Perkahwinan Sham dibubarkan serta merta secara faraq nikah mulai hari ini.
RAWANG: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada Jumaat memutuskan, pernikahan di antara bekas gitaris kumpulan Kamikaze iaitu Sham dan Nurul Halimin Mohd Salleh pada 16 Januari 2012 adalah tidak sah.
Hakim Syarie, Kamarulzaman Ali memerintahkan perkahwinan itu dibubarkan serta merta secara faraq nikah mulai hari ini.
Faraq nikah ialah pembubaran sesebuah perkahwinan tanpa jatuh talak. Permohonan berkenaan dibuat sekiranya pasangan suami isteri itu ragu terhadap status perkahwinan mereka.
Kamarulzaman memutuskan, wali hakim yang digunakan pada pernikahan yang diadakan di Masjid Ibu, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang itu tidak dilantik dengan kebenaran mahkamah.
Sham bersama isterinya, Nurul Halimin.
Selain itu, segala urusan pernikahan yang dibuat oleh pihak ketiga juga tidak diiktiraf dan sijil pernikahan mereka adalah palsu.

Bagaimanapun, Kamarulzaman memutuskan anak lelaki mereka iaitu Aisy Danial yang dilahirkan pada 21 Januari lalu adalah anak sah taraf dan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 38, boleh dinasabkan sebagai bapa kandung.

Sementara itu, Sham ketika ditemui selepas prosiding selesai memberitahu, dia mendapat tahu wali hakim yang digunakan tidak diiktiraf semasa ingin mendaftarkan nama anak mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Januari lalu.

Sham berkata, dia tidak menyangka pernikahan itu mempunyai masalah dan segera merujuk kepada mahkamah bagi mendapatkan kepastian.

"Alhamdulillah semuanya selesai dan  apa yang saya lakukan adalah demi melindungi keluarga saya.

"Ia bukan sahaja mengenai taraf anak tetapi juga hak isteri saya di masa hadapan sekiranya sesuatu berlaku kepada saya.

"Ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan saya banyak belajar menerusi kejadian ini," jelasnya.

Tambah Sham, dia dan Nurul Halimin akan bernikah semula dalam masa terdekat dengan menggunakan saluran yang betul.

Sham sebelum ini pernah berkahwin dengan Farazila Abdul Jabar pada 17 Ogos 2008 di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor sebelum disahkan bercerai oleh mahkamah pada 1 September 2011.

Nad Zainal Sedia Dedah Bukti Diganggu Azwan Kombos

Posted: 27 Jun 2014 05:05 AM PDT


Nad Zainal
KUALA LUMPUR: Pelakon Nad Zainal bersedia mendedahkan mesej-mesej gangguan yang dihantar oleh bekas kekasihnya Azwan Kombos kepada umum jika keadaan memaksa.

Nad, 24, berkata, perkara tersebut terpaksa dilakukan sebagai bukti bahawa dia tidak mengada-adakan cerita sebaliknya benar diganggu oleh Azwan beberapa kali selepas mereka berpisah.

"Saya ada bukti daripada mesej-mesej yang dia hantar kepada saya termasuk ugutan daripada seorang wanita yang tidak dikenali dan saya sudah serahkan perkara itu kepada pihak polis.
Saat indah Nad Zainal dengan Azwan Kombos meninggalkan sebuah kenangan pahit.

"Jika pihak dia terus panjangkan cerita… saya akan dedahkan bukti daripada mesej-mesej rayuan dia ketika saya berada di Korea untuk penggambaran drama," ujarnya kepada mStar Online selepas Majlis Pelancaran Lima Produk Terbaharu Terbitan JS Pictures di Hotel Renaissance, di sini, Khamis.

Nad berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang yang dibuatnya berkenaan ugutan dan gangguan daripada bekas kekasihnya ndan seorang wanita pada 24 Jun lalu.

Dalam pada itu, Nad berkata, dia tidak akan berdiam diri dengan ugutan yang diterima daripada wanita tidak dikenali itu.

Tegasnya, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah jika mempunyai bukti yang kukuh daripada siasatan pihak polis.

"Saya sedang tunggu hasil siasatan polis dan ingin mengetahui siapa perempuan yang mengugut saya untuk mendedahkan keburukan saya kepada media.

"Perempuan itu menganggu presiden kelab peminat saya untuk meminta nombor telefon saya, esok (Jumaat) saya akan ke Balai Polis untuk melihat hasil siasatan.

"Jika terdapat bukti dalam perkara itu dan mengetahui siapa perempuan itu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman kepadanya," katan Nad.

Nad kini bahagia dengan cinta baharunya, Hefny Sahad.

Sementara itu, Nad turut kesal apabila bekas teman lelakinya itu seringkali menunjukkan rasa seperti tidak tahu tentang perpisahan tersebut.

Malah, dia rimas apabila Azwan masih memberi kenyataan kepada media tentang hubungan yang hampir dua bulan sudah berakhir.

"Dia kata tidak tahu tentang perpisahan ini, walhal kami sudah bersemuka dan dia sudah bercakap dengan ibu saya.

"Saya pelik kerana dia kata sudah boleh terima kenyataan tetapi kenapa sering kali dia hantar mesej merayu untuk saya kembali kepadanya lagi," katanya.

Selepas berpisah dengan Azwan, Nad dikatakan bercinta dengan pelakon baru Hefny Sahad.

Adira Bimbang Kisah Cinta Jadi Sebab Peminat Meluat

Posted: 27 Jun 2014 05:03 AM PDT


Adira
KUALA LUMPUR: Penyanyi Adira tidak mahu terus menceriktakan hubungan cintanya dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBB1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, 27, kerana bimbang masyarakat akan meluat.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 23, berkata, jika cerita itu terus disogokkan, peminat juga akan terus menyimpan perasaan bosan kepada seseorang artis.

"Saya rasa saya ni bukanlah terlalu berahsia. Saya pun manusia biasa. Tapi kalau saya asyik saja mendedahkan tentang hal peribadi saya, nanti lama-kelamaan tentu orang naik meluat.

"Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami bertambah baik. Kalau mereka ingin tahu selanjutnya boleh tengok gambar-gambar di Instagram saya", katanya kepada mStar Online.


Adira ditemui pada majlis pelancaran danshowcase album sulung berjudul Dewi Cintayang diadakan di Restoran Saloma Bistro, di sini, Khamis.

Dalam persembahan tersebut Adira menyampaikan sebanyak 10 buah lagu yang terdapat dalam album Dewi Cinta.
Bercerita tentang album tersebut, Adira  berkata, dia mengambil masa selama dua tahun untuk mengumpul bahan yang terbaik untuk album itu.

"Proses pembikinan album ambil masa memang agak panjang iaitu dua tahun, ia adalah berikutan proses memilih bahan-bahan terbaik sahaja.

"Dalam album ini terdapat lima buah lagu lama iaitu Ombak Rindu, Ilusi, Kuada Kamu, Juwita, dan Ombak Rindu dan lima lagu baru iaitu Dewi Cinta, Hilang, Ku Bawa Cintamu, Ruhi Cinta dan Sekadar Mimpi," katanya.

Sementara itu, mengulas tentang tajuk album tersebut iaitu Dewi Cinta, Adira berkata tajuk lagu tersebut adalah melambangkan dirinya sendiri.

Tambahnya, kebanyakkan lagu dalam album tersebut adalah berkaitan dengan kehidupan peribadinya.

Kesilapan Pegang Tangan Farid Kamil Satu Pengajaran - Nora Danish

Posted: 27 Jun 2014 05:00 AM PDT


Nora Danish
KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish menyifatkan kejadian memuat naik foto dia memegang tangan Farid Kamil di Instagtam bagi mempromosikan filem Pengantin Malamsehingga membuatkan isteri aktor itu menegurnya menjadi satu pengajaran.

Nora, 32 berkata, keadaan itu juga  akan membuatkan dia lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan mana-mana pelakon lelaki berstatus suami orang agar tidak melukakan mana-mana pihak.

"Kalau boleh saya enggan memberi sebarang komen berkenaan dengan isu ini sebab takut apa yang saya komen akan akan membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.

"Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati apabila bekerjasama dengan pelakon lelaki yang berstatus suami orang.

"Mungkin perkara ini akan menjadi pengajaran buat diri saya sendiri," katanya kepadamStar Online.
Terdahulu, Diana meluahkan perasaan tidak puas hati dalam Instagram miliknya dengan menyindir seorang artis yang memegang tangan suaminya ketika bergambar untuk mempromosikan sebuah filem.

Tanpa menyebut siapakah individu itu, umum dapat mengagak artis tersebut adalah Nora Danish yang diminta bergambar bersama Farid bagi mempromosikan filem Pengantin Malam.
Gambar pegang tangan antara Nora Danish dan Farid Kamil yang menimbulkan kemarahan Diana Danielle.

Tindakan Diana telah mendapat respons kurang senang daripada sebahagian pengikutnya di Instagram malah ada yang menganggap dia bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.

Sementara itu, dia mengakui sejak akhir-akhir ini dia sering menjadi bahan kontroversi bertimpa-timpa namun menganggap ia sebagai satu dugaan buatnya.

"Bagi saya perkara ini sudah menjadi lumrah dalam dunia seni  dan saya harus terima perkara itu sebagai dugaan pada diri.

"Bagaimanapun saya ada keluarga untuk memberi semangat pada saya. Mungkin orang nampak saya seorang yang kuat tetapi sebagai wanita, hati saya mudah terguris dengan isu-isu negatif seperti ini," jelasnya.

Terdahulu, bekas suami Nora iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai dalam Instagram miliknya pada Khamis meminta orang ramai tidak mengaitkan isterinya iaitu Fasha Sandha terhadap keruntuhan rumahtangganya yang dibina dengan Nora.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories