RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Hanez Suraya Terbuka Hati Mohon Maaf Kerana Rasa Bersalah

Posted: 04 Jun 2014 03:43 AM PDT


Hanez memohon maaf secara terbuka melalui laman Instagram.

PETALING JAYA: Selepas melalui pelbagai kontroversi termasuklah isu merampas suami orang, pelakon Hanez Suraya pada Rabu secara tiba-tiba membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 28, berkata, permohonan maaf itu ditujukan secara umum khususnya kepada individu yang pernah terkait dengan dirinya.

"Kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada (melakukan) kesilapan, secara rendah diri Hanez ingin memohon maaf kepada semua atas segala kesilapan Hanez.

"Hanez sedar banyak kesilapan yang telah dilakukan dalam sedar atau tidak," katanya,
Instagram yang dimuat naik pada Rabu.


Hanez berkata demikian ketika diminta mengulas tentang permohonan maaf yang dimuat naik melalui laman sosial Instagram miliknya pada pagi Rabu.

Antara lain, dalam status tersebut, pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang banyak memberi teguran kepadanya.

Dia juga menerima teguran tersebut secara positif  dengan hati yang terbuka untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Terdahulu, Hanez dituduh sebagai punca pergolakan rumah tangga seorang wanita Nurliyana Abd Manan apabila pelakon itu mengakui bercinta dan bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga suami wanita berkenaan iaitu Romie Razin Adilha, 34.

Manakala, pada 22 Mei lalu, Hanez dan Romie menyaman Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) kerana melakukan 'pencerobohan peribadi' apabila maklumat penerbangan mereka ke Bangkok telah tersebar di akaun Facebook.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada permohonan maaf itu ditujukan kepada isteri kekasihnya itu, Hanez enggan memberi sebarang komen.

"Saya tidak mahu komen tentang itu, cuma hari ini (Rabu) saya tergerak hati dan benar-benar ingin meminta maaf kepada semua orang," ujarnya kepada mStar Online.

Hanez berkata dia kini sedang sibuk dengan latihan teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan.

Teater terbitan Mask Team itu membariskan pelakon Izzue Islam, Shah Iskandar, Kaka Azraff, Sherry Alhadad dan Kilafairy.

Shahir (AF8) Tidak Gentar Dikaitkan Dengan Erra Fazira

Posted: 04 Jun 2014 03:43 AM PDT


Shahir memberitahu kenyataannya dalam sebuah program hiburan telah dimanipulasi.
KUALA LUMPUR: Juara program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) Shahir tidak gentar dengan sebarang kontroversi yang mungkin tercetus selepas dia mengaku beberapa kali keluar dengan aktres Erra Fazira pada bulan lalu.

Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 25, berkata, pertemuan yang dilakukan itu semata-mata untuk membincangkan mengenai tawaran lakonan sebuah teater berjudul Tun Teja di mana Erra merupakan salah seorang penerbitnya.

"Jika saya ingin sorok tentang hubungan kami pasti saya akan pilih tempat tertutup sebaliknya kami bertemu di tempat terbuka dan ia disaksikan oleh ramai orang.

"Pernah ada beberapa kali kami keluar berdua sahaja dan yang lain turut ditemani oleh rakan-rakan pada bulan lalu. Ia semata-mata mengenai urusan kerja dan pertemuan itu dibuat ditempat terbuka dan bukannya secara rahsia.

"Ramai mata yang melihat kami jadi tiada apa yang perlu disorokkan. Saya tidak takut dengan kontroversi ini kerana saya sudah menjangkakan ia akan diperbesarkan apabila kami keluar bersama,"  katanya kepada mStar Online. 

Shahir mengakui pernah keluar bersama Erra untuk membincangkan mengenai soal tawaran berlakon.

Bagaimanapun kata Shahir, selepas beberapa kali perbincangan dilakukan dia tidak dapat menerima tawaran berkenaan kerana perlu memberikan tumpuan terhadap karier nyanyian yang baharu sahaja bermula selepas hampir dua tahun menyepi.

Dalam pada itu, Shahir menyanggah kenyataannya yang disiarkan menerusi program H Live!  terbitan Astro yang didakwa sengaja dimanipulasikan sehingga menyebabkan timbulnya salah faham.

Shahir berkata, dia tidak pernah mengakui berkawan rapat atau mempunyai hubungan istimewa dengan Erra menerusi temubual tersebut sebaliknya sekadar membuat kenyataan mengenali wanita berkenaan sebagai rakan artis sahaja.

"Dalam temubual tersebut saya tidak pernah mengakui kami sedang berkawan rapat atau mempunyai hubungan intim cuma memberitahu kami kenal sebagai rakan artis sahaja dan sudah tentu saya terkejut kenyataan saya dimanipulasi sebegitu kerana ia memberi presepsi tidak baik kepada kami berdua..

Erra Fazira.

"Jika tidak percaya boleh rujuk semula video temubual dan saya rasa adalah perlu bagi saya memperbetulkan salah faham laporan berkenaan," jelasnya.

Menerusi temubual berkenaan Shahir dikatakan mengakui dia dan Erra sedang dalam proses mengenali antara satu sama lain selepas gosip mengatakan mereka berdua sering keluar bersama hebat diperkatakan.

Sementara itu, Shahir berkata, dia tidak menyangka akan digosipkan dengan Erra kerana menghormati wanita berkenaan yang lebih senior dalam bidang hiburan tambahan pula isu itu timbul selepas dia kembali aktif dalam bidang nyanyian.

"Terkejut juga terkena gosip berkenaan kerana sudah lama saya tidak aktif dan tiba-tiba kena kontroversi begini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shahir berkata, dia kini sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya berjudul Cerita Kita selain bakal merakamkan album keduanya.

Sharnaaz Terima Maaf Terbuka Lisdawati & Fauzi Nawawi

Posted: 04 Jun 2014 03:42 AM PDT


Sharnaaz terima Permohonan Maaf Lisdawati dan Fauzi Nawawi.
PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad telah menerima permohonan maaf yang dibuat secara terbuka oleh Fauzi Nawawi dan Lisdawati bagi menyelesaikan insiden apabila dia dituduh menyerang aktres itu pada awal Februari lalu.

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, permohonan maaf yang dibuat suami-isteri berkenaan menerusi rancangan H!Live pada Ahad lalu itu menunjukkan isu berkenaan sudah selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

"Mereka sudah minta maaf. Saya terima. Lagipun tidak perlu saya memohon maaf lagi memandangkan menerusi kenyataan saya sebelum ini saya sudah minta maaf.

"Hati orang, siapa tahu. Saya cuma terima sahaja permohonan maaf itu. Diharap isu ini tidak lagi diperbesar-besarkan lagi oleh mana-mana pihak," katanya yang dihubungimStar Online di sini pada petang Selasa.

Sebuah akhbar pada 24 Februari lalu melaporkan Sharnaaz, 29, telah menyerang Lisdawati di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Sungai Buloh dekat sini ketika penggambaran pada 19 dan 21 Februari lalu.

Peristiwa itu menjadi tegang apabila Fauzi dikatakan menerima SMS (pesanan khidmat ringkas) daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan.
Status Twitter yang dimuat naik Fauzi pada Ahad lalu.

Lisdawati mendakwa mengalami darah tinggi akibat kejadian itu. Dia dan suami turut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi sebagai langkah keselamatan diri.

Bagaimanapun, pasangan itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi program H!Live saluran Astro Ria dan Maya HD pada Ahad lalu selepas pulang daripada mengerjakan umrah.

Program tersebut dikendalikan oleh pengacara popular Datuk Aznil Nawawi.

Fauzi turut memuat naik foto dia bersama isteri dan Aznil di Twitter akaun miliknya dengan kapsyen; "Maafkan semua kesilapan saya dan isteri yang sengaja atau tidak dan kami juga telah memaafkan anda yang selama ini membenci..." Difahamkan kenyataan itu turut ditujukan kepada Sharnaaz.

Sementara itu, Sharnaaz pula ketika ditanya sama ada sudah menonton program tersebut berkata,  rakannya telah merakam video rancangan berkenaan namun dia belum sempat untuk menontonnya lagi.

"Ketika itu saya bercuti di Langkawi dan saya tak tengok pun mereka (Lisda dan Fauzi) pada program itu. Tak kisahlah sama ada saya dah tonton program itu atau tidak, saya anggap ia dah selesai.

"Saya pun tidak ada masalah jika akan bekerjasama dengan mereka pada masa akan datang ini. Terpulang kepada mereka," ujarnya.

Awal Ashari Lebih Cerewet Berbanding Isteri

Posted: 04 Jun 2014 03:41 AM PDT


Awal mengakui bersikap cerewet dalam memilih dan membeli barangan keperluan bayi pertama mereka. 
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengakui cerewet dalam memilih dan membeli barangan kelengkapan untuk anak pertama berbanding isterinya, Scha Al-Yahya.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 32, berkata, dia bersikap demikian kerana ingin memberi yang terbaik buat anak sulung mereka selain teruja bakal bergelar bapa pada akhir Julai depan.

"Antara kami berdua saya paling cerewet dalam membeli barangan untuk anak kerana saya terlalu teruja bakal bergelar bapa sehingga kadang-kala Scha marah sebab menganggap ia membazir.

"Bagaimanapun apa yang saya lakukan adalah untuk anak kami dan mahu memberikan terbaik kepadanya apabila dia lahir kelak," katanya kepada mStar Online. 

Awal ditemui pada majlis pertunjukan fesyen oleh pereka fesyen terkenal Rizalman Ibrahim iaitu Rizalman for Zalora di White Box Publika di sini, Selasa. Dalam pada itu, Awal berkata, setiap hari dia dan Scha akan meluangkan masa untuk membaca bahan bacaan tentang tip penjagaan anak sama ada menerusi internet atau pun buku.

Scha dijangka bersalin pada hari raya pertama.

Jelas Awal, menerusi pembacaan mampu membuatkan mereka lebih yakin dan bersedia untuk menguruskan anak itu nanti selain meminta pandangan daripada pihak berpengalaman.

"Selain membaca saya juga banyak meminta nasihat dan pandangan daripada keluarga atau rakan-rakan yang sudah mempunyai anak kerana dengan cara itu kita dapat memahami bagaimana ingin menguruskan sesuatu perkara tentang bayi," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Awal berkata, dia kini sedang sibuk menguruskan restoran pertamanya di The Curve, Damansara yang dijangka dibuka selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Jelas Awal, dia memilih untuk membuka restoran berkenaan kerana minat mendalam dalam bidang perniagaan selain sebagai persediaan untuk masa hadapan.

"Kini tanggungjawab semakin besar dan saya tidak boleh bergantung kepada karier sebagai selebriti sahaja dan perlu melakukan sesuatu sebagai jaminan masa depan.

"Alhamdulilah setakat ini perancangan untuk membuka restoran tersebut berjalan dengan baik dan berharap ia akan mendapat sambutan daripada orang ramai," ujarnya.

Zizan Razak Tiada Masalah Lepaskan Emma Maembong

Posted: 04 Jun 2014 03:39 AM PDT


Zizan memberitahu isu saman tidak sepatutnya timbul kerana kontrak Emma bersama WFE berakhir pada bulan ini.
KUALA LUMPUR: Pemilik bersama WireFame Entertainment (WFE), Zizan Razak mengakui kurang jelas dengan situasi sebenar apabila pelakon yang juga kekasihnya, Emma Maembong dilaporkan mendapat notis saman daripada syarikat pengurusan artis itu kerana dikatakan melanggar kontrak yang diberikan.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata, isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana kontrak Emma bersama WFE berakhir pada bulan ini.

"Sepatutnya isu saman ini tidak perlu timbul kerana kontrak Emma pun akan tamat bulan ini dan saya pelik bagaimana cerita berkenaan boleh timbul.

"Bagaimanapun saya tidak mengetahui cerita sebenar tentang isu berkenaan kerana tidak dimaklumkan apa-apa mengenai perkara itu," katanya kepada mStar Online.

Zizan ditemui pada majlis makan malam bersama artis naungan Astro dan media di Hotel Le Meridien dekat sini pada malam Isnin.

Selain Zizan, seorang lagi ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan ialah Marina Juki.

Dalam pada itu, Zizan berkata, sebagai salah seorang pemegang saham terbesar syarikat itu, dia tidak mempunyai masalah untuk melepaskan Emma daripada terus berada di bawah naungan WFE sebaik sahaja kontrak pelakon itu tamat kelak.
Zizan berharap isu melibatkan WFE dan Emma dapat diselesaikan segera.
Malah  dia berharap konflik melibatkan Emma dan WFE tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan cara baik tanpa melibatkan sebarang tindakan mahkamah.

"Saya tiada masalah melepaskan Emma daripada WFE dan jika dengan cara itu dapat menyelesaikan semua masalah yang timbul, ia jalan terbaik," jelasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai kedudukannya dalam syarikat berkenaan, Zizan berkata, dia masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan pihak WFE untuk berbincang kerana sibuk dengan aktiviti seni.

Bagaimanapun  dia akan cuba mencari ruang untuk berbincang secara empat mata bagi mengelakkan sebarang salah faham di kemudian hari.

"Masih ada beberapa perkara melibatkan saya yang belum selesai dengan WFE dan kami masih belum berkesempatan untuk duduk berbincang kerana terlalu sibuk dengan kerjaya," katanya.

Produser Drama Terpaksa Pinjam Ah Long Kerana Syarat ‘Patuh Syariah’

Posted: 04 Jun 2014 03:37 AM PDT


Dari kiri A. Aida, Jurey Latiff dan Yusof Kelana memperkatakan mengenai syarat pinjaman yang menekan penerbit-penerbit drama.
KUALA LUMPUR: Syarat 'patuh syariah' yang ditetapkan oleh agensi dan syarikat kewangan telah membunuh sebahagaian besar penerbit-penerbit drama di negara ini sehingga ada diantara mereka terpaksa meminjam Ah Long.

Presiden, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia  (PTVM) Jurey Latiff Rosli berkata,  pihaknya kesal dengan syarat itu kerana peraturan berkenaan tidak selari dengan kehendak stesen-stesen televsiyen selaku pembekal program.

"Kami kecewa apabila syarikat kewangan dan agensi peminjam wang  meletakkan  syarat baharu iaitu syarat 'patuh syariah' sebelum meluluskan permohonan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menyuarakan kekesalan  itu di pejabat PTVM di Taman Sri Rampai, Setapak di sini pada Selasa.

Hadir sama Naib Presiden PTVM, A. Aida, Setiausaha persatuan itu, Yusof Kelana dan juga beberapa ahli jawatankuasanya.

PTVM mempunyai kira-kira 100 orang ahli.

Dalam pada itu Jurey berkata, antara syarat patuh syariah ialah setiap drama yang bakal dihasilkan hendaklah mewajibkan para pelakon wanita memakai tudung, tidak boleh berpegangan tangan, tiada adegan di dalam disko serta beberapa peraturan lain yang tidak masuk akal.
mStar Default Image
Sebahagian daripada penerbit-penerbit drama.


Sedangkan katanya, konsep atau genre sesebuah drama ditentukan oleh stesen televsiyen termasuklah mereka juga yang memilih para pelakon sebelum ia diluluskan untuk siaran saluran masing-masing.

"Sesebuah drama itu harus mendapat kelulusan stesen tekevisyen sebelum pihak penerbit dapat melakukan penggambaran. Jadi, jika bank atau syarikat pinjaman wang seperti Mara mengenakan syarat yang tidak masuk akal, bagaiamana pula kami hendak menerbitkan drama?" soalnya.

Jelas Jurey, masalah berkenaan menyebabkan penerbit drama sudah putus harapan sehingga ada diantara mereka terpaksa meminjam daripada Ah Long bagi membolehkan  kerja-kerja penerbitan dilakukan.

Katanya, keluhan itu pernah dikemukakan kepada pihak Mara pada tahun lalu dalam satu taklimat yang diberikan malah agensi itu bersetuju untuk melonggarkan syarat berkenaan.

Namun katanya, syarat itu kembali berkuatkuasa apabila  Mara memanggil bakal peminjam untuk membentangkan sinopsis drama masing-masing dan sekiranya ia bercanggah dengan tuntutan Islam, permohonan mereka tidak akan diluluskan.

"Apa yang yang menyedihkan, panel syariah Mara pernah berkata perniagaan perfileman hukumnya haram," katanya.

Wajah terbaharu A. Aida


Jelas Jurey, kadar pinjaman yang biasanya dipohon antara RM80,000 sehingga RM500,000 dan setakat ini pihak penerbit tiada masalah dalam membuat pembiayaan semula.

Tambahnya, setakat ini hanya syarikat Credit Guarantee Corporation (CGC) sahaja yang tidak memperketatkan syarat dan boleh bekerjasama dengan PTVM.

Sementara itu penerbit A. Aida Productions iaitu A. Aida berkata, syarat yang dikenakan oleh intstitusi kewangan dan juga Mara itu turut menyekat penerbit untuk bekerja dan menghasilkan lebih banyak drama.

Katanya, jika terlampau banyak babak atau adegan dilarang untuk dihasilkan, kualiti sesebuah drama itu akan hilang kerana setiap karya mestilah mempunyai pengajaran iaitu baik dan buruk yang harus ditonjolkan.

"Kalau pelakon nak pegang bahu antara lelaki dan perempuan pun tak boleh, macam mana nak tonjolkan pengajaran dalam drama? Adegan dalam disko pun kena sekat, susahlah untuk kita tonjolkan gambaran baik dan buruk untuk dijadikan pengajaran.

Peraturan ini benar-benar menyekat produser," katanya yang mahu satu penyelesaian dalam masalah berkenaan dicapai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories