RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Rozita Che Wan Sekat 1,000 Pengikut Instagram

Posted: 08 Jun 2014 08:34 PM PDT


Rozita Che Wan sudah lali dengan kritikan orang.
PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan mendedakan dia berjaya menyekat kira-kira 1,000 pengikut laman sosial Instagram miliknya kerana rimas dengan mesej-mesej yang dikomen apabila gambarnya dimuat naik.

Rozita, 41,  atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkata, dia juga akan membuang mana-mana status peminat yang dirasakan tidak bersesuaian ataupun menyakitkan hati.

"Bagi saya, Instagram saya adalah 'personal' . Adalah menjadi hak saya untuk meletakkan gambar saya.  Kalau sesiapa yang tak suka jangan follow.
"Saya pun pernah… lebih kurang 1,000 orang saya block," katanya.

Rozita berkata demikian ketika menjadi tetamu  rancangan h live yang disiarkan menerusi  Astro Ria dan Maya HD pada Ahad pukul 8.30 malam.

Pelakon itu ditemubual pengacara Datuk Aznil Nawawi.

Ketika ini Rozita menerusi akaun Instagram miliknya iaitu rozitachewan1 mempunyai lebih 300,000 pengikut.

Dalam pada itu Rozita berkata, dia juga kecewa setiap kali memuat naik gambar-gambarnya bersama suami iaitu Zain Saidin, banyak komen negatif diberikan pengikut laman sosial itu.

Gambar percutian Rozita dan Zain di Paris ini turut menjadi isu apabila mereka dikatakan bercium.

Malah gambar percutiannya dengan Zain di Paris pada bulan lalu turut menjadi isu apabila aksi  mereka berbaring di atas katil dan juga berpelukan seolah-olah bercium dengan berlatar belakangkan menara Eiffel turut dikritik.

Saya muat turun gambar pun, gambar dengan laki (suami). Sebenarnya gambar kami nampak macam bercium tu, sebenarnya kami bukan bercium pun.

"Tapi bila kita jelaskan, dia orang tetap kata tu gambar bercium. Kalau bercium pun apa salahnya, bukan laki (suami) orang," katanya sambil ketawa.

Tambah Rozita walaupun dia sakit hati dengan komen-komen itu namun dia tidak terlalu memikirkan perkara berkenaan.

Bagaimanapun dia benar-benar marah apabila isu Zain mewarnakan rambut perang dipersoalkan tanpa peminat  mengetahui perkara sebenar.

Ujar Rozita, Zain terpaksa berbuat demikian kerana terikat dengan kontrak lakonanya  memegang watak sebagai Mr. Henry Middelton dalam Oh My English musim ketiga yang akan berakhir penggambarannya sehingga hujung tahun ini.

"Zain warna rambut pun nak komplen. Kita buat sesuatu benda mesti ada sebab. Dia terikat dengan Oh My English. Orang asyik nampak buruk je," katanya yang kini mengandung lima bulan.

Zara Zya Kecewa Dituduh Mulut Jahat

Posted: 08 Jun 2014 08:32 PM PDT


Zara menganggap berita kononnya dia cuba memburukkan nama Azlee Khairi adalah tidak benar.
PETALING JAYA: Pelakon Zara Zya berasa kecewa apabila dituduh bermulut celupar dengan menjaja cerita buruk mengenai aktor Azlee Khairi kepada orang di sekelilingnya.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, berkata, dia terkejut dituduh sebegitu sedangkan tidak pernah menjaja cerita-cerita buruk orang kepada mana-mana individu selain menganggap tuduhan itu sebagai fitnah semata-mata.

"Mula-mula rasa geramlah juga apabila membaca berita kononnya saya bermulut celupar memburukkan dia (Azlee). Sedangkan saya tak pernah berbuat begitu.

"Entah apa tujuan mereka yang menyebarkan cerita seperti itu tentang saya, saya tak tahu. Apa yang saya rasakan ia adalah fitnah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Zara masih lagi bermusuhan dengan pelakon gandingannya menerusi drama Love You Mr Arrogant, Azlee Khairi walaupun kedua-dua mereka menafikan dakwaan tersebut.

Malah, laporan itu turut menyatakan sehingga kini Zara suka menjaja cerita buruk mengenai aktor itu sehingga ada pihak menyatakan dia seorang yang bermulut jahat dan celupar.
Azlee dan Zara merupakan pasangan yang digandingkan dalam drama Love You Mr Arrogant.

Dalam pada itu, Zara juga dikatakan sudah mula lupa diri sejak memenangi Artis Baru Wanita Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang berlangsung pada bulan lalu.

Tambah Zara, dia menganggap berita yang dikeluarkan itu sekadar gosip semata-mata dan enggan mengambil perkara itu secara serius.
"Siapa yang tidak terasa hati apabila berita buruk mengenai kita dilaporkan. Tetapi, tidak apa, saya sudah lama bersedia dengan isu-isu sebegini.

"Lapan tahun saya bergelar pelakon dan tiba-tiba nama saya naik hanya kerana drama  Love You Mr Arrogant  membuatkan saya cukup bersyukur kerana akhirnya orang melihat bakat saya.

"Tetapi saya juga perlu tahu ketika orang gembira dengan kejayaan kita, ada juga orang yang tidak senang. Saya akur tentang perkara itu," ujarnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran Delina yang bakal ditayangkan di TV9 pada September depan.

Sementara itu, mStar Online yang cuba mendapatkan penjelasan Azlee tetapi dia gagal dihubungi.

Pengarah Yakin 'Suatu Malam Kubur Berasap 2' Pecah Panggung

Posted: 08 Jun 2014 08:30 PM PDT


Antara artis yang hadir di majlis pratonton filem SMKB di GSC Maxx, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Ahad.
KUALA LUMPUR: Pengarah filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 (SMKB 2), Ernie Chen yakin karyanya yang bakal ditayangkan 12 Jun ini mampu mencapai kutipan pecah panggung.

Ernie berkata, karyanya itu mempunyai pengikut yang tersendiri dan kejayaan filem pertama SMKB sebelum ini yang mendapat kutipan RM4.1 juta pada tahun 2011 membuatkan dia  bersemangat mahu menghasilkan SMKB 2, dengan plot penceritaan yang baharu.

"Apabila SMKB mampu menarik perhatian penonton dengan kadar kutipan yang tinggi, saya yakin filem ini mampu mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

"Kalau boleh saya mahu kutipan filem ini melebihi filem The Journey (yang mendapat RM17 juta)," katanya.

Ernie ditemui pada majlis pratonton filem SMKB di GSC Maxx, Berjaya Times Square di sini pada Ahad.

Turut hadir barisan pelakon filem tersebut Azad Jazmin, Rahim (R2), Siti Chubby dan kumpulan Cuit.

Dalam pada itu, tambah Ernie, dia juga mahu filem SMKB dijadikan kepada sebuah filem francais yang mampu di bawa sehingga ke peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Ernie berkata, bagi filem SMKB 2, dia telah melaburkan sebanyak RM550,000 untuk tujuan promosi ke seluruh negara.

"Saya telah menyediakan sebuah trailer untuk dijadikan rumah hantu SMKB. Ia akan berada di seluruh negara bagi acara-acara tertentu sebagai mempromosikan filem ini.

"Saya percaya promosi yang bagus mampu menarik perhatian orang ramai  ke panggung," ujarnya.

SMKB 2 mengisahkan tentang Amir dan Nayan mendapat tawaran  berlakon di dalam sebuah filem seram.

Memandangkan mereka tidak pakar dalam lakonan seram, mereka mahu merasai pengalaman seram di kampung mereka sendiri

Mereka bersama pengurusnya Chot telah ke rumah seorang bomoh bernama Tok Mat di kampung mereka dan mula kejadian-kejadian yang tidak diingini yang menakutkan Chot, Nayan dan Amir.

Ajak (Shiro) Kejar Pencuri Sehingga Kereta Rosak

Posted: 08 Jun 2014 08:28 PM PDT

Ajak (kiri) bersama gandingannya dalam kumpulan Shiro, Shahrol.
PETALING JAYA: Kereta Honda Accord yang baru dibeli tiga bulan lalu oleh pelawak Ajak (Shiro) rosak teruk selepas dia menggunakan kenderaan itu untuk mengejar pencuri yang cuba memasuki rumahnya di Kempas, Johor pada pagi Ahad.

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 28, berkata, seramai tiga orang pencuri yang membawa lori jenis Isuzu cuba mengambil barangan katering yang disewa dan diletakkan di belakang rumah untuk kegunaan majlis pertunangan adiknya Sabtu lalu.

"Mujurlah ibu saya perasan ada orang di belakang rumah  mengambil barangan katering tersebut dan dia terus menjerit melihat pencuri-pencuri berkenaan.

"Selepas mendengar jeritan ibu, mereka berhenti mencuri dan terus lari. Saya pula terus mendapatkan kereta saya untuk mengejar mereka.

"Bayangkan dari Kempas sampai ke Kulai saya kejar. Sudah macam adegan dalam filem pula. Habis jalan berlubang saya redah sampai rosak kereta  dibuatnya. Walhal baru tiga bulan kereta itu saya beli," katanya kepada mStar Online.
Lori yang ditinggalkan pencuri gara-gara mahu menyelamatkan diri. 
Tambah Ajak, bagaimanapun ketiga-tiga pencuri tersebut meninggalkan lori mereka di tepi jalan dan menyelamatkan diri masing-masing sementara barang yang dicuri masih lagi berada dalam lori berkenaan.

Selepas kejadian tersebut, Ajak telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulai dan di Skudai.

Dalam pada itu, pelawak Jep (Sepah) turut berada di tempat kejadian.

"Saya tak sangka Jep pun sanggup turun padang mahu membantu saya. Apa-apapun saya anggap ia sebahagian pengalaman yang tidak akan dilupakan kami sekeluarga," ujarnya.

Sharifah Zarina Kendalikan Bisnes Umrah

Posted: 08 Jun 2014 08:25 PM PDT


sharifah zarina
Sharifah Zarina kini sibuk menguruskan pakej umrah milik syarikatnya.
PETALING JAYA: Penyanyi Sharifah Zarina mengakui kini sedang berjinak-jinak dalam menguruskan pakej ibadah umrah di bawah syarikatnya iaitu AZ Travel & Tours.

Sharifah Zarina, 32, berkata, pakej umrah pertama yang bakal dibawanya pada bulan Disember depan turut dibantu oleh abang ipar yang berpengalaman luas dalam bidang tersebut.

"Ini perniagaan baru yang saya ceburi dan Insya-Allah ia berjalan lancar kerana saya turut dibantu oleh orang-orang yang berpengalaman dalam bidang ini.

"Biarpun pakej kami agak mahal sedikit namun saya jamin keselesaan dan kemudahan yang pihak kami uruskan sangat berbaloi dengan harga tersebut," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sharifah Zarina berkata, pada peringkat permulaan pakej ini hanya dibuka kepada 38 orang sahaja dengan berharga RM8,650 hingga RM8,950.

Katanya, aktiviti dan lawatan yang ditawarkan dalam pakej berbeza daripada yang kebiasaannya dilakukan oleh agensi lain.

Sementara itu, Sharifah Zarina yang menunaikan umrah pada tahun lalu menceritakan kenangan manis sepanjang menjalani ibadah umrah iaitu berpeluang memegang di pintu Kaabah.

Jelasnya, perkara tersebut juga menguatkan semangatnya untuk kembali smeula ke Tanah Suci itu.

"Pengalaman paling manis yang membuatkan saya rasa ingin ke sana lagi ialah dapat bergayut di pintu Kaabah beberapa minit sehingga disuruh turun.

"Ketika itu juga saya mengambil peluang berdoa bersungguh-sungguh sambil menangis," ujarnya.

Gandingan Pelakon Baharu Gamatkan Teater 'Projek Kahwin'

Posted: 08 Jun 2014 08:24 PM PDT


KUALA LUMPUR: Gandingan pelakon Sherry Al-Hadad,30, dan Zulin Aziz,25, ternyata berjaya berjaya mengamatkan suasana sekali gus menghidupkan pementasan teater Projek Kahwin yang dibuka pentasnya di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 6 hingga 14 Jun ini.

Aksi dan keletah dua pendatang baharu dalam industri hiburan yang membawa watak Puan Khatijah dan Mak Long itu ternyata memberi impak kepada penonton biarpun tampil sekadar watak sokongan.

Latar belakang kedua-dua pelakon ini sebagai penggiat teater sebelum ini dapat dilihat daripada lontaran suara dan kawalan pentas untuk menghidupkan karakter tersebut sebagai watak dinanti-nantikan kemunculannya.

Selain itu, pelakon utama Izzue Islam dan Kila Fairy yang membawakan watak Rizal dan Nisa juga harus dipuji kerana keberanian mereka bermain di pentas berskala besar ini berjaya seiring dengan pelakon-pelakon teater yang lain.

Sementara itu, lakonan penyanyi Kaka Azraf dan Shah Iskandar tidak mengecewakan, namun masih belum memberi kesan kepada penonton yang hadir pada malam pertama iaitu Jumaat lalu.

Bagaimanapun, mereka masih mempunyai masa mencari keserasian dan keselesaan di atas pentas bagi pementasan seterusnya.
>
Kemunculan kumpulan Forteen sebagai penampilan khas juga harus dipuji kerana biarpun hanya satu babak sahaja, mereka mampu membawakan watak kumpulan orang buta dengan baik.

Kumpulan Forteen muncul sebagai penampilan istimewa.

Projek Kahwin berkisarkan tentang suasana yang berlaku dalam sebuah perkahwinan yang secara keseluruhannya melibatkan masyarakat Melayu negara ini.

Rizal dan Nisa yang mengambil keputusan untuk berkahwin terpaksa berhadapan dengan permintaan keluarga pihak perempuan yang inginkan perkahwinan dibuat secera besar-besaran.

Biarpun jalan cerita yang disampaikan mudah dan ringkas, namun banyak mesej yang cuba disampaikan terutama sekali perspektif perkahwinan dalam masyarakat tempatan terutama berbangsa Melayu.

Pengarah turut menyelitkan beberapa kajian tentang pendapat orang ramai terhadap perkahwinan yang mereka impikan.

Kila Fairy dan Izzue Islam teraju utama teater Projek Kahwin
Sementara itu, kemunculan Imam Muda Asyraf ditampilkan dalam satu segmen khas bercerita tentang perkahwinan daripada sudut agama Islam secara ringkas dan padat.
Menurut pengarah Muhammad Azri, secara keseluruhan pelakon mambawakan watak masing-masing dengan baik, namun ada beberapa babak yang perlu diperbaiki lagi.

"Ada beberapa ayat yang sudah dibuang sepatutnya, tetapi pelakon sudah biasa dengan ayat-ayat itu sehingga terlupa untuk membuangnya menjadikan ia panjang dan berulang.

"Saya yakin pada malam seterusnya akan lebih baik dan keserasian antara pelakon dapat dilihat," katanya.

Teater Projek Kahwin yang diarahkan oleh Muhammad Azri Ali ini turut dibarisi pelakon Hanez Suraya, Shah Iskandar, Kaka Azraff, Fazleena Hishamuddin, Syaiful Bahri, Shahrul Mizad, Imam Muda Asyraf dan kumpulan Forteen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories