RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


SAH CERAI TALAK SATU - FARHAN DAKWA 'DIDERA' ABBY ABADI

Posted: 11 Jun 2014 01:00 AM PDT



Kalau sudah tersurat sampai di sini jodohnya, tiada apa yang dapat kita lakukan. Dan itulah suratan takdir Abby Abadi dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang sah bercerai talak satu hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Lafaz cerai yang dihantar oleh Farhan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Mei lalu, akhirnya disahkan oleh Mahkamah.

Bukti (gambar) kecederaan yang dialami oleh Farhan


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

NAFKAH TERTUNGGAK LEBIH RM100,000 - RITA RUDAINI

Posted: 10 Jun 2014 07:01 PM PDT



Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Mawardi Che Man telah menangguhkan perbicaraan tuntutan nafkah tertunggak lebih RM100,000 yang difailkan Rita Rudaini, terhadap bekas suaminya Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, untuk perbicaraan penuh pada 30 September ini.

Bagaimanapun, Rita dan Aidil Zafuan tidak hadir di mahkamah. Mereka berdua hanya diwakili peguam masing-masing.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

IZREEN AZMINDA AKHIRNYA SAH BERCERAI TALAK SATU

Posted: 10 Jun 2014 06:40 PM PDT



Pelakon Izreen Azminda yang sebelum ini mendakwa telah diceraikan suaminya, Muhammad Riza ketika di lokasi penggambaran, akhirnya benar-benar sah bercerai kelmarin dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

"Kami bercerai atas persetujuan bersama dan masih berkawan baik demi anak kami. Walaupun saya mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya tetapi Riza bebas untuk berjumpa Adrian pada bila-bila masa," demikian ujar Izreen dipetik sebagai berkata.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

LAGI GAMBAR ISTERI BARU BADE HAJI AZMI

Posted: 10 Jun 2014 04:01 PM PDT



Lagi gambar menarik madu Erma Fatima, iaitu Aida Abdul yang telah berkahwin pada April lalu dengan Bade Haji Azmi.

Lebih menarik, ia mendapat restu keizinan Erma sendiri yang tidak mahu menghalang orang yang disayanginya mendapatkan kebahagiaan. Kata Erma, kasih sayang itu soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya.

Jom tengok!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

DAKWAAN PUKUL ISTERI - KISAH RUMAH TANGGA 'RAHSIA' BAGI AWIE

Posted: 10 Jun 2014 03:47 PM PDT



Jika semalam, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, meminta pihak yang menyebarkan dakwaan dia memukul isterinya memberi bukti sahih, terbaru penyanyi rock Wingg itu tidak akan mendedahkan sebarang masalah rumah tangganya kepada umum meskipun ia menjadi satu kontroversi.

Tambah penyanyi dan pelakon itu, sekiranya dia berbuat demikian, tanpa sedar ia sedikit sebanyak akan menggugat rumah tangganya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BERCUTI 7 HARI 5 MALAM DI JORDAN BERSAMA ANUAR ZAIN

Posted: 10 Jun 2014 03:20 PM PDT



Mahu menyaksikan konsert Anuar Zain secara langsung dan eksklusif ketika makan malam di Laut Mati, Jordan? Mahu merakamkan kenangan indah bersama Anuar secara one-to-one tanpa gangguan?

Semua itu bakal menjadi nyata apabila buat julung kalinya Scenic Leisure & Event, FBA Media Sdn Bhd dan Anuar Zain Network Sdn Bhd bakal menganjurkan percutian bersama-sama peminat ke Jordan pada November ini.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories