RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


LEPAS SAFURA - DIANA DANIELLE PULA 'DILARANG' HAMIL

Posted: 04 Jun 2014 08:47 PM PDT



Jika baru-baru ini penyanyi Safura Yaacob dinasihatkan oleh doktor agar tidak hamil lagi disebabkan faktor usianya yang sudah pun mencecah 43 tahun, terkini Diana Danielle pula mengambil pendekatan merancang keluarga.

Dengan perancangan tersebut, impiannya untuk menimang anak kedua dalam masa terdekat tidak akan kesampaian. Ini kerana dia hanya akan hamil lagi dalam masa dua tahun akan datang kerana ingin memberi fokus pada kerjaya dan membesarkan anak sulungnya Muhammad.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AARON AZIZ KINI JADIKAN HONG KONG ‘RUMAH KEDUA’

Posted: 04 Jun 2014 07:19 PM PDT



Aaron Aziz kini menjadikan Hong Kong sebagai rumah keduanya apabila mendapati bandar tersebut amat menarik dan mempunyai banyak kejutan setiap kali dia melawat negara itu.

"Hong Kong terasa seperti rumah kedua kepada saya. Ia seperti sebuah bandar yang bertenaga yang merangsang dan membawa kejutan setiap kali lawatan saya ke sana. Ia pasti ada sesuatu yang baru untuk melihat, belajar dan menimba pengalaman setiap kali saya melawat Hong Kong.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BERTUDUNG BUKAN KERANA 'HAI O' - FARA FAUZANA

Posted: 04 Jun 2014 06:35 PM PDT



"Bukan berhijab, tetapi sebenarnya saya perlahan-lahan (berjinak) untuk memakai tudung. Ia masih belum sempurna lagi. Kadangkala masih nampak leher dan ada masanya hanya berserkup aja," demikian ujar Fara Fauzana mengenai langkah awalnya bertudung.

Fara ditemui myartis.com ketika majlis pelantikannya sebagai duta produk Yakult di Sri Pentas TV3, Damansara Utama, Petaling, Selangor, semalam. Selain itu, Atai (anak saudara Sudirman) turut terpilih sebagai jurucakap Yakult.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

10 GAMBAR - AKSI NAKAL NAD ZAINAL DI TRICK EYE MUSEUM, KOREA

Posted: 03 Jun 2014 07:46 PM PDT



Aksi nakal dan menarik hati Nad Zainal, 24, melawat Trick Eye Museum yang terletak di Hongdae, Korea. Selain itu, Nad juga sempat berkunjung ke Seoul Animation Centre, Flea Market dan tempat-tempat menarik di sana.

Jom tengok!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AF 2014: FORMAT LAMA LEBIH BAGUS - DAFI

Posted: 03 Jun 2014 04:59 PM PDT



Ekoran langkah Astro mahu mengembalikan format lama dalam Akademi Fantasia 2014, bekas peserta program tersebut, Gadaffi Ismail Sabri (Dafi AF5) menyambut baik langkah itu. Katanya, dengan cara tersebut AF 2014 akan lebih bermutu, mengembalikan nostalgia dan mampu melahirkan lebih ramai penyanyi berbakat.

"Kembali ke format asal adalah lebih baik. Ia bukan sekadar melahirkan ramai bakat baru dalam bidang nyanyian, malah mengembalikan nostalgia lama. Saya sebagai bekas peserta AF menyokong penuh langkah tersebut," ujarnya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GAMBAR - SEKITAR MAJLIS PELANCARAN PEMECAH LEMAK 'VANQUISH'

Posted: 03 Jun 2014 04:47 PM PDT



Kira-kira 12 artis dan selebriti hadir di majlis pelancaran produk terbaru KO Skin di Kelang, Selangor semalam. Antaranya ialah Salamiah Hassan, Yasmin Hani, Amy Search, Atalia, Daphne Iking, Haiza dan ramai lagi.

Untuk info, Pusat KO Skin telah mengetengahkan alat pemecah lemak terbaru mereka yang dkenali sebagai 'Vanquish' yang mampu merawat dalam hanya 30 minit. Difahamkan, tiada kesakitan apabila menggunakan mesin tersebut dan pelanggan hanya perlu berehat atau melelapkan mata semasa rawatan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories