RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Akademi Fantasia 2014 Guna Formula Asal

Posted: 02 Jun 2014 04:26 PM PDT

Program Akademi Fantasia (AF) musim terbaharu bakal kembali dengan format asal seperti mana ia mula diterbitkan pada 2003. Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, biarpun menggunakan konsep asal namun pengisian program tersebut akan diperkenalkan dengan nafas yang lebih segar bersesuaian dengan peredaran zaman. Pengumuman ini dibuat semasa majlis penghargaan artis dibawah naungan Astro di Hotel Le Meridien yang berlangsung semalam.

"Sepanjang penerbitan AF pelbagai eks perimen dan pembaharuan juga telah pun diperkenalkan dari musim ke musim demi mengenal pasti format dan strategi paling efektif bagi menambah baik program ini. Sehubungan dengan itu, kami membuatkan keputusan untuk menyuntik semula format asal yang terbukti berjaya meletakkan jenama AF di fenomena tersendiri," katanya.

Dalam pada itu, Raqim berkata, keputusan itu juga dibuat berdasarkan penerbitan musim-musim terdahulu dan mendapati rakyat Malaysia sebati dengan elemen emosi, drama dan air mata yang cuma dapat dirasai menerusi AF.

"Kami berharap format asal dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan AF yang menjadi aset serta testimoni utama," jelasnya.

Sementara itu, Raqim berkata, pihak produksi akan mengadakan uji bakat di empat buah lokasi di seluruh Malaysia iaitu Johor pada 13 dan 14 Jun 2014, Pulau Pinang (14 dan 15), Sabah dan Selangor (21 dan 22 Jun).

Pihak Astro juga turut mengadakan sesi uji bakat untuk laluan pantas secara dalam talian dengan peserta memuat naik video nyanyian secara kreatif AF Mobile atau www.akademifantasia.com.my bermula 26 Jun hingga 9 Jun 2014.

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Astro Arena Lancar Majalah Digital Sukan

Posted: 02 Jun 2014 03:29 AM PDT

Astro Arena bakal mengorak langkah setapak lagi dengan menerbitkan majalah sukan digital pertama di Malaysia berjudul 'Arena'. Kini, para peminat sukan tempatan boleh mengikuti perkembangan sukan terkini pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan hanya perlu memuat turun majalah ini yang sudah memasuki edisi kedua di App Store dan Play Store secara percuma.

Astro Arena terus komited untuk bergerak seiring dengan arus kemajuan teknologi dengan penerbitan Arena bagi memenuhi selera pencinta sukan tanah air terhadap maklumat dan perkembangan terkini arena sukan dan barisan atlet Malaysia. Ianya merupakan satu cetusan wadah bagi memberi maklumat yang lebih pantas, terkini dan tepat dengan grafik digital menarik yang pasti memberikan nafas baru kepada industri berita sukan tempatan.

Majalah digital ini direka persis majalah sebenar di mana ianya boleh diselak helaian demi helaian. Pendekatan gaya penulisan yang digunakan adalah lebih santai di samping mengetengahkan ciri-ciri interaktif meliputi audio, video serta pautan (hyperlink) atlet yang terbabit bagi memberi gambaran sebenar kepada para pembaca.

Datuk Hishamuddin Aun, Editor Pengurusan Arena berkata,

"Kami di Astro Arena sentiasa berusaha dalam memberikan kandungan sukan terbaik kepada para peminat sukan tanah air. Majalah elektronik ini merupakan inisiatif terbaru kami dalam membekalkan perkembangan dan berita dunia sukan tempatan yang terkini, terpantas dan tepat bagi memenuhi kehendak semua golongan pembaca tanpa mengira usia. Kami berharap agar usaha kami ini dapat diterima dan menarik minat masyarakat umum sekaligus meningkatkan promosi untuk memajukan sukan tempatan."

Kandungan bagi setiap edisi keluaran majalah sukan digital ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen antaranya 'Dari Stadium Astro' yang meliputi rangkaian berita terkini arena sukan tanah air, liputan program-program siaran Astro Arena dan juga tinta wacana daripada para pengulas dan pengacara Astro Arena. Segmen 'Galeri' bakal menampilkan sorotan variasi gambar dan video acara-acara sukan menarik yang dipetik daripada saluran YouTube Astro Arena. Manakala, segmen 'Bilik Loker' pula bakal membawa para pembaca melihat sisi pandang yang lebih santai dengan mengetengahkan topik-topik berkaitan fesyen dan gaya hidup barisan penggiat sukan negara.

Di samping itu, Arena juga akan menampilkan barisan atlet kebangsaan dan juga pakar-pakar sukan berkongsi pelbagai panduan serta tunjuk ajar dalam menjalani latihan sukan-sukan tertentu dalam segmen 'Laman Prestasi'.

Bukan itu sahaja, setiap edisi bulanan akan turut memaparkan kandungan eksklusif meliputi dua segmen iaitu segmen 'Fokus' yang menjurus ke arah kisah acara-acara yang sukan yang telah berlangsung dan segmen 'Lagenda' yang akan membawa para pembaca menyelusuri pengalaman pahit, manis, jerih dan perih yang dilalui oleh tokoh atlet sukan yang pernah mewakili Malaysia suatu ketika dahulu.

Istimewa untuk edisi kedua ini, atlet seni mempertahankan diri campuran (MMA) wanita professional pertama Malaysia, Ann Osman bakal menghiasi muka depan Arena dan ikuti temubual eksklusif bersama beliau. Selain itu, pemain hoki kebangsaan, Fitri Saari akan berkongsi mengenai perkembangan kerjaya beliau. Seorang bekas pemain dan jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan iaitu Mohamad Bakar akan berkongsi pengalaman beliau sepanjang mewakili negara ketika menyertai pelbagai kejohanan dunia dalam segmen 'Lagenda'.

Segmen 'Bilik Loker' pula akan menampilkan kapten pasukan Sime Darby FC, Juzaili Samion manakala laman prestasi menerusi segmen Dapur Atlet menampilkan Zaiful Zainal Abidin, pemegang rekod kebangsaan acara trek 400m lelaki bakal berkongsi rahsia pemakanan dan cara penyediaan masakan kegemaran beliau dalam segmen 'Dapur Atlet'.

Oleh itu, dapatkan segera dan ikuti segala kisah ini dan pelbagai lagi topik istimewa berkaitan perkembangan berkaitan dunia sukan tempatan yang terkini, tepat dan mudah secara interaktif hanya di Arena edisi kedua. Majalah ini boleh diakses dan dimuat turun secara percuma di App Store dan juga Play Store.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories