RSS

Nuffnang

- Blog Hanz -

sumber :-

- Blog Hanz -


DOA UNTUK MENGELUARKAN JIN, MAKHLUK HALUS ATAU RACUN-RACUN ILMU SIHIR ATAU SANTAU DARI BADAN MANUSIA

Posted: 01 Jul 2014 04:58 AM PDT





Salam kepada pembaca yang budiman,

Berikut adalah diantara surah-surah Al-Quran yang sungguh berkesan untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia. Mengeluarkan benda-benda tersebut sangat sukar jika sudah bersarang dalam tubuh badan pesakit. Sebaik-baiknya jika baru terkena sihir, santau atau racun yang ditujukan cepat-cepatlah berubat. 


1. Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118.
2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat ayat 25 hingga 44.
4. Surah Furqaan ayat 61 hingga 77.
5. Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118.





Pilihlah mana-mana ayat-ayat diatas dan amalkan dan bacalah kepada ahli keluarga yang terkena santau, sihir seperti diberitahu. Jika nak baca kesemuanya sekali surah-surah tersebut sangat digalakkan.

Cara-caranya: 

Sebelum memulakan bacaan: 

1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan air kosong, setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dengan air yang telah dibacakan dan minum setiap hari sehingga kesan-kesan sihir atau santau sampai hilang. Jika rasa nak muntah cari kain putih dan tadah muntah tersebut dan lihat apakah jenis racun itu dan hanyutkan bisa dan racun tersebut dan dibuangkan dalam sungai. Jika ada makhluk halus yang mendiami dalam tubuh badan anda akan meninggalkan buat selamanya sekiranya diamalkan selama 7 hari amalan ini. Boleh dibaca dan ditiupkan pada ubun-ubun kepala pesakit bagi yang kena gangguan makhluk halus. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

1. SURAH ASY SYUARAA': AYAT 95 hingga 118.


2. SURAH AR RA'D: AYAT 30 hingga 34.


3. Surah Fussilat: Ayat 25 hingga 44.


4. SURAH AL FURQAN: AYAT 61 hingga 77.


5. SURAH AL MUKMINUN: AYAT 105 hingga 118, 


Wasallam.

Also See and Read This : READ MORE

Rahsia Tahi Lalat

Posted: 01 Jul 2014 01:56 AM PDT



1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai
2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka

4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah

5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita
6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita
8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas
11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki
12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan
13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk
14-Betis kanan= Suka berhibur, boros
15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur
16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha
18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan
20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun
21-Kening kanan = Cerdas dan cekap
22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun
23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal
24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah
25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya
26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia
27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta
28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah
29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat
30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31-Pada hidung= Banyak rezeki
32-Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati
33-Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur
34-Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama
35-Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan
36-Tumit kiri= Baik budi
37-Alis kanan= Suka menolong dan baik hati
38-Alis kiri= Ramai yang suka
39-Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat
40-Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun
41-Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh
42-Jari kaki kanan= Suka menolong
43-Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik
44-Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan
45-Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
46-Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia
47-Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan
48-Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan
49-Lengan kiri= Menepati janji dan rajin
50-Pipi kanan= Ramai teman
51-Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka
52-Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman
53-Ubun-ubun= Kurang jujur
54-Pusat= Cerdas, tangkas, tekun
55-Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup
56-Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan
57-Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup
58-Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup
59-Dada kanan= Dapat mengatasi masalah
60-Dada kiri= Berani, jujur dan sabar
61-Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh
62-Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya
63-Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan
64-Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong
65-Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan
66-Jari tangan kiri= Serba baik bekerja
67-Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros
68-Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat
69-Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria
70-Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat
71-Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf
72-Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya
73-Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri
74-Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan
75-Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta
76-Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya
77-Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha
78-Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya
79-Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka
80-Kelopak mata kanan bawah= Agak malas
81-Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana


Also See and Read This : READ MORE

DOA RAWATAN UNTUK ORANG YANG TERKENA SIHIR

Posted: 01 Jul 2014 01:44 AM PDT




Cara merawat ahli keluarga, isteri, suami atau anak-anak yang terkena sebarang sihir dengan melakukan beberapa amalan ini: 

- Solat hajat memohon pertolongan Allah SWT.
- Bacaan Surah Yasiin oleh pasangannya atau dari pihak keluarganya.
- Zikir setiap selepas solat - Ya Aziim sebanyak yang boleh sekurangxnya 100 kali.
- Membaca doa hilangkan sihir. 
- Memandikan dan memberi minum pesakit dengan air yang dirugyah.

Diantara sihir-sihir yang paling kerap dikenakan pada kebanyakan mangsa masa sekarang iaitu Sihir Percintaan.

Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):

  • Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.
  • Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seks.
  • Sukar mengawal cintanya.
  • Rindu bayang yang berlebihan.
  • Patuh secara membuta-tuli.
  • Sebab-sebab berlakunya sihir percintaan (guna-guna):
  • Timbulnya berbagai-bagai masalah sehingga menimbulkan perselisihan suami-isteri.
  • Perasaan cemburu seorang wanita. Mereka selalu cemas suaminya akan lagi.
Diantara doa yang baik dibaca pada mangsa:

Baca pada pesakit pada ubunnya sambil mengadap kiblat.

- istihgfar - 3x.
- selawat - 10x
- Al-fathah - 1x.
- ayatul kursi - 10x
- Surah Yunus, ayat 81-82 - 11x. (Doa utk orang kena sihir)
- Penutup doa selawat 10x.

Ulangkan 3/7 hari sehingga kesan sihir itu hilang. 

Boleh dibaca pada air dan diberi minum serta mandi pada sebelah pagi dan petang sebelum masuk waktu maghrib. Pesakit hendaklah membaca selawat nabi - 10x, Ayat kursi - 1x Surah Al-ikhlas -1x, Surah Al-falak-1x dan surah Annas - 1x semasa dimandikan. Jika pesakit dalam keadaan teruk. Tukang mandi hendaklah membaca sambil meniup kebahagian kepala terutama ubunnya.

1. Surah Yunus, ayat 81-82


Maksudnya:

81. Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.

82. Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa.

Wasallam. 


Also See and Read This : READ MORE

DOA SUPAYA TIDAK DIIKUT OLEH HANTU SYAITAN KETIKA BALIK MALAM SELEPAS HABIS KERJA-BALIK DARI KUBUR/BALIK DARI HOSPITAL.

Posted: 01 Jul 2014 01:40 AM PDT





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apabila anda balik ke rumah di tengah malam selepas habis bertugas/kerja syif malam atau selepas menziarahi saudara yang sakit di hospital. Ataupun balik dari kubur selepas pengebumian ahli keluarga. Sebelum masuk ke dalam rumah elok dibaca doa ini supaya syaitan, hantu dan jin tidak akan mengikut anda masuk sekali kedalam rumah anda. Jika anda ada anak kecil mungkin akan terkena sampuk dan dirasuk makhluk halus ini.

Jika kaki anda kotor, basuh dahulu. Kemudian bacalah 3 Qul dan diikuti dengan doa ini. Iaitu doa melepaskan diri dari diikut oleh hantu syaitan yang dilaknat. Jika tidak dibaca, ia akan sentiasa berdamping dengan anda kemana sahaja anda pergi kecuali anda berada dalam masjid atau ketika hendak solat.


Maksudnya:

Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catatan mengenai segala bawaannya). 

Wasallam.


Also See and Read This : READ MORE

DOA MEMBATALKAN SIHIR

Posted: 01 Jul 2014 01:36 AM PDT




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa ini bacakan kepada anggota keluarga atau kepada orang yang terkena sihir pada waktu kecemasan sekiranya tiada ustaz atau perawat Islam lain yang berdekatan pada masa kejadian tersebut. Boleh dibaca doa ini terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan selanjutnya dengan ustaz atau perawat Islam selepas itu.

Jika anda syak suami atau isteri anda terkena sihir. Bolehlah dibacakan padanya, dihembuskan pada ubun-ubunnya. InsyaAllah jika sihir yang baru sahaja dikenakan dan belum lagi menjadi teruk pada peringkat awal. Insyaallah dengan izin Allah SWT boleh sembuh. Lakukan ketika semasa ia tidur. (Jika ada jin atau makhluk halus dalam tubuh badannya, akan diketahui) kerana makhluk halus akan menderita serta sakit bila dibaca doa ini). 

Jika keadaan sudah menjadi teruk, eloklah bawa berjumpa dengan mereka yang lebih arif tentang pengubatan ilmu sihir yang terdiri dari ustaz-ustaz di pusat rawatan Islam.

Cara membatalkan sihir.

Ambil wudhuk dahulu sebelum memulakan rawatan.  

1. Kemudian Shalawat Nabi 3x.
2. Baca Al-Fatihah 7x.
3. Baca Ayatul Kursi 1x.
4. Dan Kemudian baca doa dibawah ini sebanyak 3x dan dihembuskan pada ubun kepala dan kemudian diseluruh tubuh. Tekan perlahan pada bahagian yang sakit jika ada sekiranya diberitahu oleh pesakit. Jika perlu tekan dan ulang baca doa sambil menekan hingga hilang kesakitan. Jika anda lemah semangat jangan lakukan. Bacaan hendaklah dibaca dengan betul tajwidnya.  




Maksudnya: (SURAH YUNUS:AYAT 80 & 81)

80. Setelah datang ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada mereka: Campakkanlah kamu dahulu apa yang kamu hendak campakkan (dari benda-benda yang kamu jadikan sihir itu)!

81. Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.

Wasallam.


Also See and Read This : READ MORE

DOA BENTENG SANTAU/SANTAU ANGIN/SANTAU TUJU

Posted: 01 Jul 2014 01:32 AM PDT




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Penulis mengucapkan kepada semua pembaca blog ini "Selamat Menyambut Tahun Baru 2014" semuga tahun baru ini dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki banyak yang halal dan diberkati Allah SWT. Semoga pembaca-pembaca blog ini dirahmati Allah SWT dalam suasana iklim Malaysia yang mencabar dengan kenaikan harga barang-barang, tol dan lain-lain kenaikan yang membebankan rakyat Malaysia. Semuga dipermudahkan dalam semua urusan.

Satu doa yang baik dikongsi bersama-sama dan sebarkan kepada yang lain berkenaan Doa ini. Kes-kes kena santau biasa kita dengar. Ada yang terkena semasa makan di restoran, ditempat rehat, tempat kerja dan sebagainya. 

APA ITU SANTAU ANGIN? 

Santau angin secara umumnya merupakan serbuk santau yang mengandungi bahan tajam dan halus yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa disedari dan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Secara saintifiknya kematian berlaku kerana mangsa menghidu dan menyedut bahan santau ke dalam paru-paru yang lembab dan dengan itu mampu mengakibatkan kerosakan paru-paru disebabkan bahan tajam bercampur racun yang digunakan. Jika dengan keizinan Allah Azza Wajalla dapat menghindarkan kita dari perkara buruk ini. 

Santau sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi melalui bersembunyi. Penggunaan bahan-bahan organik dan kaca dalam penyedian santau juga menyukarkan ia dikesan secara perubatan moden kerana buluh dan serbuk kaca sukar dikesan samaada melalui X-ray maupun ultrasound. 

Doa yang baik diamalkan sebelum keluar rumah, berada di restoran makanan ditempat yang disyaki pernah banyak berlaku kes-kes santau terutama di hentian rehat.

Mulakan dengan selawat 3x, baca Bismillah dan bacalah doa ini dan insha Allah dipeliharaNya dengan sebaik-baikNya. 


Terjemahannya: 

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. 

Sekian Wasallam.

Also See and Read This : READ MORE

DOA SELAMAT DARI GANGGUAN MANUSIA, JIN DAN IBLIS

Posted: 01 Jul 2014 01:29 AM PDT







Maknanya
Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu.

in Sha Allah dengan izinNya dengan mengamalkan ayat dari penghujung surah Hud ayat 57 dapat memelihara kita sebaik-baiknya.

Wasallam.


Sumber:


YBhg Al-Fadil Ustaz Sharhan Shafie.

Also See and Read This : READ MORE

DOA MENGUSIR JIN DARI RUMAH

Posted: 01 Jul 2014 01:26 AM PDT




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hendaklah dibacakan sebanyak 3 kali doa ini di dalam rumah yang anda terasa ada gangguan jin dan syaitan.


Terjemahannya:


Wahai Ifrit (Golongan Jin) aku peringatkan kepada kamu dengan sumpah yang dibuat oleh Nabi Sulaiman kamu keluar dan nyah dari rumah aku dan aku peringatkan juga kepada kamu jangan sesekali kamu menyakiti ahli rumah ini.


Sekian Wasallam.



Also See and Read This : READ MORE

Panduan Sujud Syukur

Posted: 30 Jun 2014 01:59 PM PDT




بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


.

 Apakah Sujud Syukur Itu ?

Sujud Syukur ialah sujud yang dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih atas nikmat Allah Subhanahu wa Ta'ala, juga sujud apabila mendengar atau melihat berita yang menggembirakan dan terselamat atau terlepas dari malapetaka / bala bencana.

.
Sesetengah ulama' menyarankan Sujud Syukur dilakukan sebanyak 2 kali, terutama apabila terselamat dari maut akibat kemalangan, malapetaka atau bencana alam. Sujud pertama adalah sujud taat manakala sujud ke-dua menunjukkan kesyukuran. Sujud ini hanya dilakukan di luar solat. Bacaannya boleh juga sama seperti bacaan 'Sujud Tilawah'.
 .
.

Hukum Sujud Syukur

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya: "Sewaktu Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: "Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:"Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: "Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya" Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah."(Hadis riwayat Imam Ahmad)
.
Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya, "Bahawa Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud." (Syarah Al-Minhaj)
.
Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi'ie tidak boleh dilakukan di dalam solat. Ianya hanya sunat dilakukan di luar solat ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah SWT atau terhindar daripada malapetaka.
.
Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:
38:25
"Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik."
.
Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam solat kerana sujud pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam solat. Jika dia sujud maka batallah solatnya menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau ia terlupa.
.
.

1.  Syarat Sujud Syukur

  1. Berwuduk
  2. Berdiri menghadap kiblat.
  3. Berniat. "Daku bersujud syukur kerana Allah Ta'ala".
  4. Takbiratul-ihram.
  5. Bersujud menyentuh bumi atau lantai.
  6. Dengan sekali sujud sahaja.
  7. Bertakbir seiring bangun dari sujud.
  8. Memberi salam.
.

2.  Syarat Syukur

  1. Mengakui nikmat itu dengan hati.
  2. Mengucapkan secara lisan "Alhamdulillah".
  3. Gunakan nikmat itu untuk melaksanakan ketaatan pada Allah.
.

3. Bacaan Sujud Syukur:

Subhanakallahumma Anta Rabbiy haq-qan haqqa, sajadtu laka yaa Rabbi ta-'abbudan wa riqqa. Allahumma inna 'amali dha'ifun fadha'i liy. Allahumma qini 'adzaabaka yawma tub'atsu' ibaaduka wa tub 'alayya innaka antat tawwabur Rahim.
"Maha Suci Dikau, Ya Allah! Dikaulah Tuhanku yang sebenarnya, daku sujud kepada-Mu ya Rabbi sebagai pengabdian dan penghambaan. Ya Allah! Sesungguhnya amalku lemah, maka lipat gandakan pahalanya bagiku. Ya Allah! Selamatkan daku dari siksa-Mu pada hari hamba-hamba-Mu dibangkitkan, terimalah taubatku; Sesungguhnya Dikau Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang!"
.

Atau

.
Boleh juga membaca tasbih pada Sujud Syukur ini sama seperti bacaan 'Sujud Tilawah':
Sa-ja-da  waj-Hi-ya  lil-la-dziy  kho-la-qo-hu  wa-shaw-wa-ra-Hu  wa-syaq-qo  sam-'a-Hu  wa-ba-sho-ro-Hu  bi-hau-li-hi  wa-quw-wa-ti-Hi  fa-ta-baa-ro-kaL  Laa-Hu  ah-san-ul  khoo-li-qiyn .
"Daku bersujud kepada Allah yang menjadikanku, memberikan pendengaranku dan penglihatanku dengan Kekuasaan-Nya dan Kudrat-Nya. Maka Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian."
.
.

Bagaimana Sujud Syukur Dilaksanakan ?

Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan 'Sujud Tilawah' ketika ia dilakukan di luar solat iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur, takbir, sujud dan juga salam.
Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam 'Sujud Tilawah' iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.
Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam 'Sujud Tilawah'.
.
Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta'ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan solat sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau solat dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A'lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



Also See and Read This : READ MORE

Panduan Solat Sunat Tahajjud

Posted: 30 Jun 2014 01:56 PM PDT




بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ




Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Firman Allah SWT.:
17:79
 "Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." 
(Surah Isra'; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda:  "Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan."   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

.

Tujuan Solat Tahajjud

.
  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
.
.

Cara Mendirikan Solat Tahajjud

.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  "Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit."    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.

1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Doa Sebelum Tahajjud
 .
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.

2.  Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak'ataini Lillahi ta'ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta'ala.
.
.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

.
a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

doa sujud akhir tahajud
.
.

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

.
.

6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

Doa Solat Sunat Tahajjud
.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 
.
.

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

.
    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
.
.

Memudahkan Bangun Solat Malam

.
  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda:  "Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya."   (Riwayat al-Nasa'i dan Ibnu Majah r.a.)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه



Also See and Read This : READ MORE

Panduan Solat Sunat Taubat

Posted: 30 Jun 2014 01:50 PM PDT



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: "Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
"Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya."  (HR Abu Daud, Nasa'I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.


.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

"Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn."
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
"As-tagh-fi-rul-Laa-hil 'A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih."
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
"As-tagh-fi-rul-Laa-hil 'A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta 'Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-'an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa."
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
"AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa 'ab-du-ka wa-a-naa 'a-laa 'ah-di-ka wa-wa'-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-'uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na'-tu, a-buu u-la-ka bi-ni'-ma-ti-ka 'a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta."
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.

5.  Baca Doa Taubat

.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه



Also See and Read This : READ MORE

Panduan Solat Sunat Hajat

Posted: 30 Jun 2014 01:45 PM PDT



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


.
Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkanpertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka'at."    (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda' bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka'at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat."
.
Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.
.
Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.
.
Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.
.
.

 FADHILAT SOLAT HAJAT

  1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
.
.
.

PANDUAN SOLAT HAJAT

.
Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.
Alhakim berkata,"Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya."
Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat.
.
.
.

 CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT

.
Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu.  Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:
 .

1.  Lafaz dan niat:

.

"U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-'a-tai-ni lil-laa-hi ta-'aa-laa."
Daku Solat Sunat Hajat dua raka'at, kerana Allah Ta'ala.
.

2.  Bacaan selepas Al-Fatihah

.
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi  (satu kali atau 11 kali)
"ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta 'khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa 'u 'indahu illaa biidznih, ya 'lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min'ilhimi illaa bimaa syaa-a, wasi'a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal'aliyuul 'azhiim."
"Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat  (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)." [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]
.
.
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (sekali atau 11 kali)
"Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad."
"Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya."
.
*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat 'Surah Al-Fatihah', 'ayat Al-Kursi' dan 'Qulhu wallaahu Ahad'.
.
.

3.  Membaca Tasbih

.
a.  Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi danbacalah tasbih ini 41 kali:
"Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min." 
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
.
.
b.  Atau Tasbih berikut 1 kali:
.
.

4.  Wirid Selepas Solat Hajat

.
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
.
       a. Istighfar (10 / 100 kali)
"As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih."
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
      b. Zikir
"Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah." 
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
 .
     c.  Selawat (10 / 100 kali)
"Allaahumma shalli 'alaa Sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin."
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
.
.

5.  Doa Solat Hajat

  .
Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:
.
.

AL-La-Hum-ma in-ni as-a-lu-ka bi-ma-'aa-qi-dil 'iz-zi min 'ar-shi-ka, wa-mun-ta-Har rah-ma-ti min ki-ta-bik, wa-bis-mi-kal 'a-zo-mi, wa-waj-Hi-kal 'a-la, wa-ka-li-maa-ti-kal tam-mah. La-'i-la-ha 'il-laL-Laa-Hul ha-lii-mul ka-riim, sub-ha-naL-Laa-hi rab-bil 'a-zhim, al-ham-du LiL-La-Hi rab-bil 'a-la-miin. as-a-lu-ka muu-ji-baa-ti rah-ma-tik, wa-'a-zaa-i-ma magh-fi-ra-tik, wal-'is-ma-ta min kul-li zhan-bi, wal-gha-nii-ma-ta min kul-li birr, was-sa-la-ma-ta min kul-li 'ithm. Laa-ta-da' li zhan-ba 'il-la gha-far-tah, wa-laa Ham-man 'il-la far-raj-tah, wa-laa dai-nan 'il-la qo-dhai-tah, wa-laa ma-ri-dhan 'il-la sha-fai-tah, wa-laa fa-qii-ran wa-laa mis-kiy-nan 'il-la agh-nai-tah, wa-laa jaa-hil-lan 'il-la 'al-lam-tah, wa-laa 'a-duu-wan 'il-la kha-zal-tah, wa-laa 'ai-ban 'il-la sa-sar-tah, wa-laa maiy-yi-tan 'il-la ra-him-tah, wa-laa haa-ja-tan Hi-ya la-ka ri-dhan 'il-la qha-dhai-tah. AL-La-Hum-ma in-ni a-ta-waj-ja-Hu bi-ka i-la rab-bi fii haa-ja-tii Ha-zhi-Hi li-tuq-dha lii Haa-ja-tii yaa-'ar-ha-mar roo-hi-min. aa-miin.

  
.
Selamat Beramal…!
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A'lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه



Also See and Read This : READ MORE

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories