RSS

Nuffnang

- Blog Hanz -

sumber :-

- Blog Hanz -


10 Perkara Bukti Lelaki itu Rumit

Posted: 01 Jul 2014 11:54 AM PDT




1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.



2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar

Also See and Read This : READ MORE

DOA PENUNDUK DAN JUGA PERISAI DARI FITNAH/ILMU HITAM.

Posted: 01 Jul 2014 11:50 AM PDT





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ini doa penunduk yang sekian lama diamalkan oleh penulis dan penulis pernah memberi pada kawan-kawan yang terdekat. Penulis juga memberi doa ini kepada anak saudara penulis yang selalu berurusan dengan VIP hal kerja dan projek. Beliau selalu membaca dan mengamalkan doa ini sebelum pergi mesyuarat. InsyaAllah setakat ini berjalan lancar.

Doa ini juga sebagai doa penunduk kepada orang atasan yang garang dan tidak bertimbang rasa. Jika diizin Allah SWT , insyaAllah boss yang garang akan hormati kamu. Jika berjumpa seseorang yang kita baru kenal dan orang itu ada niat yang tidak baik insyaAllah, Allah akan pelihara kita dari perbuatannya seperti menggunakan lmu hitam. Dan banyak kafiatnya ayat ini.


BACA BAHAGIAN INI DARI SURAH AL-ANFAL: AYAT 17

Maksud Ayat 17

Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Cara mengamalkan dan menggunakan:


1. Baca selepas solat sebanyak yang boleh sekurangnya 9x. Jadikan zikir sebaiknya.

2. Bacakan doa ini semasa dalam perjalanan untuk sesuatu urusan sebelum  mesyuarat/perjumpaan/mengadap orang atasan yang akan kita jumpa nanti.

InsyaAllah, Allah akan sentiasa melindungi kita dan tidak memberi peluang kepada orang lain yang mempunyai niat yang tidak baik seperti memfitnahkan, memarahi,dengki, guna sihir dan perkara-perkara yang tidak baik. Gunakan untuk kebaikan.


Wasallam.

Also See and Read This : READ MORE

DOA PENDINDING & PENGGERAK

Posted: 01 Jul 2014 11:47 AM PDT





Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut:




Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, "Mudarat" membawa maksud seperti berikut:

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Perlu diingatkan disini bahawa, insya'Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada' Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada' Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya'Allah kita akan terhindar daripada "mudarat" yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai "Ayat Pengerak" kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya'Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya'Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada' Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada' Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya'Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya'Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

SUMBER: www.darusyiffa.org


Also See and Read This : READ MORE

DOA ELAK SIHIR TAFRIQ (PEMISAH SUAMI ISTERI)

Posted: 01 Jul 2014 11:45 AM PDT




Sihir tafriq adalah sihir yang digunakan untuk memisah pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan ada juga kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Sebabnya kerana sakit hati atau hasad dengki (PHD) kepada pasangan ini yang hidup aman dan bahagia. 

Hati orang kita tak tahu. Dihadapan kita nampak baik sahaja tetapi dibelakang kita, niat jahat mereka setelah tengok suami-isteri ini dengan kehidupan yang bahgia dan diberi Allah rezeki yang melimpah. 

Doa ini jika diamalkan selain dapat mengelak sihir tafriq, sebagai doa mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sehingga akhir hayatnya kecuali berpisah kerana kematian.

Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: RasululluLLAH SAW bersabda:
"Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata "saya telah melakukan perkara ini dan itu", maka berkata Iblis "kamu tidak melakukan apa-apa", Kemudian seorang lagi datang dan berkata "Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya", Iblis berkata "Ya, kamulah (yang betul hebat)" (Riwayat Muslim)
Amalkan ketiga-tiga ayat ini setiap kali selepas solat wajib. Mohon padaNya supaya dipelihara dan dilindung oleh niat jahat orang.


Ayat Doa 1.



Maksudnya: 

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: "Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir sesungguh Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (Surah Yunus ayat: 81)


Ayat Doa 2.



Maksudnya: 

Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu. (Surah Najm: ayat: 58)
Ayat Doa 3.

Maksudnya: 

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah Al-Hadid: ayat: 3).

Yakinlah segala yang berlaku adalah atas izin Allah SWT. Bukan bomoh atau syaitan yang berkuasa menentukan sihir ini. Perbuatan yang baik diminta, syurga balasannya. Perbuatan yang jahat dipohon, neraka tempatnya.

Wasallam.

Also See and Read This : READ MORE

DOA HINDARKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR/SANTAU/JIN/SAKA

Posted: 01 Jul 2014 11:43 AM PDT





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rancangan "Misteri Nusantara" yang ke udarakan banyak memberi manfaatnya kepada kita. Seorang Ustaz yang mengubat pesakit yang terkena gangguan makhluk halus iaitu Ustaz Sarhan Shafie mengajar Doa ini untuk memelihara diri kita dan keluarga kita dari terkena gangguan makhluk halus terutama Jin/IBlis dan syaitan. Ayatnya pendek dan senang dihafal dari Surah As Saffat, ayat 7. Semuga dibaca setiap kali selepas solat atau bila terasa diri tidak beberapa sehat terutama waktu maghrib.

Surah As-Saffat ( "Yang Bersaf-Saf") adalah surah ke-37 dalam al-Qur'an. Surah ini terdiri atas 182 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Al-An'am. Dinamai dengan As-Saffat (Yang Bersaf-Saf) diambil dari kata serupa yang terletak pada ayat permulaan surah ini yang menceritakan bagaimana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhannya dimana mereka tidak dapat digoda oleh setan.

Maksudnya:

Dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka,



TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup " meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.

RASUKAN

Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah".
Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-
  1. Iblis - bapa segala jin
  2. As Syaitan - syaitan
  3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
  4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
  5. Al A"wan - penolong-penolong (khadam)
  6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
  7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
  8. Attawabi" - pengikut-pengikut
  9. Al Qarna" - pengawan-pengawan
  10. Al "Ammar - pemaa"mur-pemaa"mur
Wasallam. Jazakallah khairan

Also See and Read This : READ MORE

DOA UNTUK HINDARKAN DARI TERKENA SEBARANG JENIS ILMU HITAM/SIHIR

Posted: 01 Jul 2014 09:35 AM PDT



Sihir adalah dosa yang kedua terbesar selepas syirik. Orang yang mengamalkan ilmu sihir selalunya mendapatkan pertolongan dari Syaitan dan Jin. Selalunya makhluk halus inilah yang menolong melakukan kerja-kerja sihir seperti yang diarahkan untuk merosak, memecah belah keluarga, menyakiti dan membunuh insan lain kerana sakit hati atau dengki supaya tercapai niat busuknya.


Ilmu sihir ada bermacam-macam seperti santau angin yang menggunakan jin supaya mangsa diracun. Ilmu sihir tafriq untuk memecah belah pasangan suami isteri dan terus bercerai. Pukau supaya mangsa senang dirompak dan banyak lagi nak disebutkan disini dan yang paling selalu kita dengar digunakan untuk menjatuhkan perniagaan seseorang itu yang sedang maju sehingga perniagaannya gulung tikar seperti restoran makanan yang selalu berlaku kepada orang-orang melayu kita.

Dalam rancangan "TANYALAH USTAZ". Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz ada memberitahu bahawa Nabi SAW pernah bersabda: 
"Barang siapa yang mengamalkan ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah iaitu ayat 1 hingga 5, ayat 255 dan tiga ayat terakhir Surah Al-Baqarah, maka terhindarlah dirinya dari sebarang sihir"
(Maaf kerana sabda Nabi SAW diambil terus dari percakapan Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz.

Ini bermakna sebarang ilmu sihir yang dituju kepada mangsanya itu dipelihara oleh Allah SWT. Dan sihir yang dihantar atau dituju kepada mangsanya akan dikembali kepada orang yang menghantarkannya.  Maka orang jahat itu terkena sihirnya sendiri. Begitu hebatnya ketiga-tiga ayat Allah ini sebagai pendinding diri dan perlindungan kepada sesiapa yang mengamalkannya. Ia sebagai "Internal Protection". Sebaiknya dibaca 1 x sebelum tidur tiap-tiap malam. Moga-moga kita dipeliharaNya dari sihir.

1. Surah Al-Baqarah: Ayat 1-5.


2. Surah Al-Baqarah : Ayat 255


3. Surah Al-Baqarah Ayat 284-286.


Wasallam.


Also See and Read This : READ MORE

DOA PENAWAR SIHIR DARI JAUH KEPADA AHLI KELUARGA YANG DISIHIRKAN

Posted: 01 Jul 2014 09:23 AM PDT





Salam Pembaca Yang Setia,

Doa ini dibaca kepada ahli keluarga yang berada jauh yang dikhuatiri terkena sihir. Boleh menawarkan sihir yang terkena padanya. Baca selepas solat. Dimulakan bacaan sebaiknya dengan Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan surah-surah berikut dibawah.

DOA (1)


Maksudnya:

"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan."

DOA (2)


Maksudnya:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."


Wasallam.

Sumber: Al fadhil Ustaz Sharhan Shafie.

Also See and Read This : READ MORE

DOA MENGHINDARKAN DIRI DARI ILMU PUKAU

Posted: 01 Jul 2014 09:10 AM PDT





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sihir pukau keatas mangsa selalunya terjadi dalam masa yang singkat dimana habis semua wang atau barang kemas yang dipakai diberikan atau diserahkan tanpa sedar kepada si pemukau tanpa paksaan.

Mangsa hanya akan sedar selepas si pemukau menghilangkan diri bersama wang dan barang kemas. Cara pukau melalui mata ke mata atau ditepuk dibelakang bahu mangsa. 

Kepada wanita yang terkena sihir pukau, walaupun habis semua wang dan barang kemas diserahkan kepada sipemukau tetapi masih lagi bernasib baik kerana tidak kehilangan barang yang berharga iaitu maruah anda. Amalkan sebelum terlambat.

Untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari: 

Baca doa berikut:




"Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

2. Ayatul Kursi

3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)

4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah SWT hindarkan dari apa jua bahaya.

Inilah amalan yang diterima oleh syarak.

Amalan menggunakan pandangan mata sehingga berlaku suatu proses pukau, jika dilihat pada pandangan syarak, kita dapati bahawa ada isyarahnya dalam as-Sunnah.

Antara lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentang pandangan mata seperti dalam hadis (mafhumnya):

Ibnu Abbas r.a berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda,


'Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al- Qadar, maka didahului oleh pandangan mata."
Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya): 
"Nabi pernah menyebut al-'ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku)." (Sahih Bukhari Muslim)
Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam ulasannya tentang hadis-hadis ini menyebut bahawa pandangan mata seseorang itu ke atas sesuatu, boleh mendatangkan hasad dengki kepadanya, lalu ditemukan objek itu di samping tabiat buruknya muncul, boleh mendapat kemudaratan kepada yang dilihat.

Ash-Syanthiti pernah menyebut bahawa, jiwa-jiwa yang kotor mempunyai kesan yang kotor juga kepada yang dilihat.

Semuanya ini selari dengan apa yang disebut oleh Allah SWT yang mafhumnya:
"Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: "Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gila." (Surah al-Qalam, ayat 51)
Ayat ini menjadi rujukan kepada hal-hal penyakit yang berpunca daripada pandangan atau renungan mata. Malah dalam beberapa hadis lain menga takan 'unta boleh masuk ke dalam periuk kerana pandangan mata'. Maksudnya unta boleh mati, tapi disembelih dan dijadikan hidangan makanan.

Demikian peranan mata. Oleh itu hal-hal pukau memukau ini, termasuk dalam amalan yang tidak diharuskan oleh syarak. Lagipun digunakan ilmu pukau untuk tujuan keburukan seperti merompak, mencuri dan sebagainya.

Waalahu a'lam.

Peniaga dipukau lelaki berkopiah


RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang lelaki yang memakai kopiah putih menuju ke belakang mangsa sebelum disyaki melarikan RM2,100 di sebuah bank di Shah Alam, Khamis lalu.

SHAH ALAM - Seorang pemilik kedai runcit kehilangan wang tunai RM2,100 selepas bahunya ditepuk oleh seorang lelaki yang memakai kopiah putih ketika mangsa memasukkan duit di dalam mesin deposit sebuah bank di Seksyen 14 di sini Khamis lalu.

Ketika kejadian pada pukul 1.21 tengah hari itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an pergi ke bank terbabit seorang diri untuk mendepositkan wang sebanyak RM5,000.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, semasa berada di dalam bank, bahu mangsa tiba-tiba ditepuk oleh seorang lelaki juga berusia dalam sekitar 50-an yang berada di belakangnya.

Lelaki itu kemudian menegur mangsa kononnya cara dia memasukkan wang ke dalam mesin deposit salah dan ingin membantu.

"Mangsa selepas itu seakan-akan terpukau dengan menyerahkan kesemua wang kepada lelaki yang memakai kopiah itu. Selepas melakukan transaksi dia menyerahkan slip bank kepada mangsa lalu meninggalkan premis tersebut.

"Beberapa minit kemudian, mangsa yang melihat slip bank itu terkejut apabila mendapati hanya RM2,900 yang dimasukkan manakala baki dipercayai dilarikan oleh suspek," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber kosmo.


Also See and Read This : READ MORE

DOA-DOA UNTUK MELINDUNGI DARI SIHIR-SIHIR TAFRIQ (PEMISAH IKATAN SUAMI ISTERI/IKATAN PERSAHABATAN/IKATAN ADIKBERADIK)

Posted: 01 Jul 2014 09:05 AM PDT




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dalam rancangan "Semanis Kurma" yang dihostkan oleh Ustaz Akashah dan isteri beliau. Host jemputan mereka, Ustaz Sharhan Shafie yang merupakan pakar perubatan Islam yang banyak pengalaman dalam mengubat orang-orang yang terkena berbagai sihir, ada memberi beberapa doa-doa yang khususnya untuk mengelakkan Sihir Tafriq.

Rupanya Sihir Tafriq ada banyak cabang selain memisah ikatan suami isteri. Sihir Tafriq juga digunakan ountuk memisahkan ikatan persahabatan kawan karib dan lain-lain ikatan mungkin termasuk memecahbelah ikatan di antara adik beradik, ikatan saudara mara dan yang terdekat termasuk anak beranak. Mungkin anak dan ibunya atau ayahnya.

Sihir Tafriq digunakan terhadap seseorang itu supaya membenci, bermusuhan dan berkelahi walaupun perkara yang remeh. Tanda awal suami isteri yang terkena sihir tafriq yang diberitahu oleh Ustaz Sharhan iaitu bila masing-masing berada jauh akan terasa rindu sangat. Tetapi bila berada bersama, selalu bergaduh atas perkara yang remeh, cepat panas baran dan tak boleh tengok muka si suami atau si isteri.

UNTUK DETEKSI GANGGUAN JIN SAMA ADA ANDA TERKENA SIHIR ATAU TIDAK

Kepada yang mungkin tidak selesa dan ada sesuatu menganggu dalam ikatan seperti disebut diatas. Mungkin anda telah di sihirkan sebelum ini. Baca doa ini selepas solat tersebut. Jika anda di sihir kemungkinan ada pertunjuk dari Allah SWT dalam erti kata yang lain. Anda akan terasa sesuatu keadaan yang berlainan seperti hendak pitam, sakit atau letih mungkin tindak balas dari bacaan tersebut terhadap sihir yang dikenakan pada anda. Jika tiada apa-apa tanda berlaku pada anda selepas membacanya. InsyaAllah anda tidak disihir.

Baca surah ini:-

1. Surah Al-Baqarah: ayat 102


Maksudnya:

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

PERUBATAN JARAK JAUH (PJJ)

Kaedah ini dilakukan untuk mengubat isteri, suami, anak atau saudara mara yang disihirkan berada jauh di dalam atau luar negeri. Lakukan solat sunat berikut pada 2/3 malam:

1. Solat Hajat

2. Solat Tahajjud.

Selepas solat tersebut, baca doa-doa ini.

1. Doa Untuk Kebahagian Rumahtangga Dan Keturunan.


Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

2. SURAH AZ ZUKRUF: AYAT 21



Maksudnya:

Pernahkah Kami memberikan mereka sebelum Al-Quran ini sebuah Kitab (yang membenarkan dakwaan mereka), lalu mereka berpegang teguh kepada kitab itu?

3. SURAH AL-ARAF: Ayat 21


Maksudnya:

Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".

UNTUK PELINDUNGAN DIRI DARI TERKENA SEBARANG SIHIR TERMASUK SIHIR TAHRIQ

Baca selalu doa-doa ini setiap kali solat wajib

1. Surah Al Anam: Ayat 61


Maksudnya:

Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).

2. Surah Hud: Ayat 57


Maksudnya:

Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu. 

3.Surah Al Araf: Ayat 118


Maksudnya:

Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka lakukan.

Semuga mengamalkan doa-doa yang diatas untuk menjaga diri dan memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah SWT dari gangguan iblis dan jin yang dilaknat.

Lakukan yang terdaya tetapi berterusan kepada yang terkena sihir ini sehingga sembuh. Bacaan doa 1x/3x/7x mengikut kemampuan anda.

Wasallam.

Also See and Read This : READ MORE

DOA BENTENG SIHIR, DOA PENAWAR SIHIR JARAK JAUH DAN KAEDAH MEMBUAT MINYAK ZAITUN SEBAGAI PENAWAR SIHIR

Posted: 01 Jul 2014 09:00 AM PDT




Salam Pembaca, 

Dalam rancangan "Tanya Ustaz" minggu ini yang bertajuk "Indah Perubatan Islam". Ustaz Sarhan Shafie memberitahu penggunaan "minyak zaitun" sebagai penawar untuk mengubatkan orang yang terkena sihir. Minyak zaitun yang telah diruqyahkan boleh disapukan kepada bahagian anggota-anggota yang sakit akibat sihir seperti sakit dibahagian tangan, kaki, kepala dsbg. Salah satu doa yang diberikan oleh Ustaz Sarhan iaitu dari Surah Yunus, ayat 81 yang captain pernah gunakan dalam kaedah membuat "Air Penawar" .

Rasulullah SAW pernah bersabda: 
"Sesungguhnya Allah Ta'ala menurunkan penyakit dan ubatnya, dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka berubatlah kalian, tapi jangan dengan yang haram." (HR Abu Dawud) 
Berdasarkan hadis ini, maka tidak hairanlah mengapa para alim ulama lebih cenderung kepada makanan-makanan sunnah untuk mengubati penyakit-penyakit manusia berbanding ubat-ubat moden yang kandungannya diragui (syubhah). 

Salah satu makanan sunnah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW telah menganjurkan penggunaan minyak zaitun, kerana khasiatnya yang amat besar, dikeluarkan dari pohon zaitun yang diberkati. 

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: 
"Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah). 

Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: 
"Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya."

1. CARA MEMBUAT MINYAK ZAITUN SEBAGAI PENAWAR KEPADA SIHIR:

Surah-surah yang dibaca pada minyak zaitun. 
  • Solat Hajat 
  • Baca Al-Fatihah. 
  • Shalawat - 7x. 
  • Baca Surah Yunus. 

Maksudnya:

"Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan."

2. DOA PENAWAR SIHIR DARI JAUH PADA MANGSA SIHIR.

Ustaz Sarhan Shafie memberi dua doa untuk penawar sihir dari jauh. Doa ini dibaca kepada ahli keluarga yang berada jauh yang dikhuatiri terkena sihir. Boleh menawarkan sihir yang terkena padanya. Baca selepas solat.

DOA (1)


Maksudnya:

"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan."

DOA (2)


Maksudnya:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."

3. BENTENG DAN PENDINDING DIRI DARI SIHIR,SAKA,JIN DAN SANTAU.

Sebelum ini Ustaz Sharhan Shafie ada memberi satu doa yang pendek dari Surah AS Sufaat, ayat 7 (DISINI). Pada kali ini ustaz memberi satu doa dari Surah Hud, ayat 57. Doa ini juga pernah captain masukkan dalam N3 dahulu (SINI). Sebaik-baiknya amalkan kedua-dua ayat tersebut selepas setiap kali solat supaya benteng dan pendinding diri menjadi perisai yang kuat.

Mulakan bacaan pada "INNAROBBI"




Maksudnya:

"Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun.Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu."


Also See and Read This : READ MORE

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories