RSS

Nuffnang

- Blog Hanz -

sumber :-

- Blog Hanz -


10 perkara memeranjatkan di dalam suatu perkahwinan

Posted: 02 Jul 2014 09:51 AM PDT





1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."


2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?

Also See and Read This : READ MORE

DOA SEMOGA ADA JODOH KITA

Posted: 02 Jul 2014 09:47 AM PDT




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Banyak perhubungan cinta putus ditengah jalan dan berakhir dengan kekecewaan walaupun nampak akan kekal sebagai pasangan hidup. Jangan biarkan ikatan perhubungan itu longgar. Ushalah dengan berdoa kepada Allah SWT supaya menjadi milik anda.  
Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa.


Maksudnya:

Surah Al Anbiyaa: Ayat 89

"Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik. 

Surah Taha: Ayat 131 

Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cobai mereka dengannya. Dan karunia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal.

Surah Taha: Ayat 132

Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, Kamilah yang memberi rezki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa. 

Wasallam.


Also See and Read This : READ MORE

AYATUL MAHABBAH (DOA SUPAYA DIKASEHI & DISAYANGI OLEH SUAMI/ISTERI,ANAK-ANAK, KAUM KERABAT,JIRAN-JIRAN,RAKAN-RAKAN, ORANG BAWAHAN DAN ORANG ATASAN

Posted: 02 Jul 2014 09:45 AM PDT



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa ini meliputi keseluruhannya. Orang yang mengamalkan Ayatul Mahabbah akan dikasehi dan disayangi oleh pasangan masing-masing, oleh anak-anaknya, kaum kerabatnya, jiran-jiran tetangga. Jika ia seorang majikan, orang bawahanya akan menyukainya dan jika ia seorang pekerja, orang atasan akan menyukainya. 

Ia juga diamalkan supaya pasangan suami atau isteri menjadi pasangan yang setia serta penyayang. Kasih sayang bertambah erat dan kukuh. Amalkan setiap hari selepas menunaikan solat fardu lima waktu. Baca sebanyak yang boleh. InsyaAllah.


Maksudnya:

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali Imran:Ayat 31)

Wasallam.


Also See and Read This : READ MORE

DOA UNTUK KEBAHAGIAAN KELUARGA

Posted: 02 Jul 2014 09:43 AM PDT



Setiap insan ingin hidup bahagia bersama keluarga tersayang. Namun kita harus sedar bahawa sesebuah keluarga itu bukan sekadar untuk dibina, tetapi mengekalkan dan menyuburkan sesebuah keluarga merupakan perkara yang paling penting. 

Setiap insan yang bergelar ibu dan bapa pasti inginkan keluarga yang bahagia. Banyak perkara yang boleh dilakukan dan diamalkan bagi menjamin kebahagian sesebuah keluarga. 

Amalkanlah doa yang ke-2 dan yang ke-3. Semuga mendapat kebahagiaan yang dicari melalui doa-doa ini. InsyaAllah.
Doa 1.


Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang yang bertaqwa" (Al-Furqan: 74)

Doa 2.


Maksudnya:

"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal solih yang Engkau redai; berikanlah kebaikan kepadaku dengan memberikan kepada zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu. dan sesungguhnya aku termasuk orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)". (Al-Ahqaf:15)

Doa 3.


Maksudnya:

"Wahai Tuhanku!, Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku." (Surah Ibrahim:40).

Wasallam.

Also See and Read This : READ MORE

DOA MENGEKALKAN KASIH SAYANG DIANTARA SUAMI, ISTERI DAN ANAK-ANAK

Posted: 02 Jul 2014 09:40 AM PDT




Mengekal dan mendapat sesuatu adalah suatu perkara yang berbeza. Setiap apa yang anda dapati itu jika tidak dijaga dan dihargai akan hilang begitu sahaja. Seperti memenangi sesuatu kejohanan adalah senang tetapi mengekalkan kejuaraan itu adalah sesuatu yang payah. 

Jadilah suami dan isteri yang baik diantara satu sama lain. Berusahalah dengan mendoakan kepadaNya. Masih belum terlambat untuk mengekalkan kasih sayang yang hampir pudar kerana masalah.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.


Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (kerana ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH. 

Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada isterinya. Setiap hari suami yang baik kepada isterinya akan mendapat SERATUS SYAHID (kerana ikhlas dan sabarnya)."

Baca doa ini setiap kali selesai solat fardu.


Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Wasallam.

Also See and Read This : READ MORE

DOA AGAR DISAYANGI OLEH SUAMI ATAU ISTERI

Posted: 02 Jul 2014 09:38 AM PDT




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bacalah doa ini agar disayangi oleh suami ataupun isteri anda. Selain membaca Doa Ayatul Mahabbah dan Doa Pengasih. Doa ini baik juga dibaca agar kasih sayang itu berpanjangan sehingga akhir hayat.

Baca dan hembuskan dikening orang yang kita sayangi. Niatkan dan doakan didalam hati moga Allah SWT mengurniakan kasih sayang-Nya kepada kita dan orang yang kita sayangi dengan keberkatan ayat Al-Quran ini.


Maksudnya:

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

Wasallam.

Also See and Read This : READ MORE

DOA UNTUK WANITA YANG SELALU PUTUS TUNANG DAN PINANGAN SELALU TAK MENJADI

Posted: 02 Jul 2014 09:35 AM PDT






السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ibubapa mesti risau dan susah hati sekiranya anak gadisnya tak berkahwin-kahwin apabila sudah sampai masanya. Yang merisaukan mereka semasa anak gadisnya sudah bertunang itu, ada berita dari pihak lelaki nak putuskan ikatan pertunangan itu. 

Ada juga pihak lelaki yang berjanji pada awalnya nak masuk meminang anak gadisnya tiba-tiba tak jadi datang pula, tunda tarikh lain..last2 senyap begitu sahaja tanpa berita.  

Kata orang 'Jodoh itu ditangan tuhan', tetapi sebagai hamba-Nya hendak juga berusaha untuk mendapat jodoh yang baik supaya kekal sepanjang hayat.  

Masalah kemungkinan terjadi disebabkan sihir, jin telah jatuh cinta pada gadis tersebut dan lain-lain sebab. Yang sebaik-baiknya bergantung harap dan tawakal pada Allah SWT.  

Jalan singkat yang selalu diambil oleh sesetengah gadis yang malang begini, mula jumpa bomoh dan mandi bunga untuk buang sial, majal. Jangan lakukan perbuatan syirik ini. Dosa besar! Ada ayat-ayat suci Al-Quran yang boleh  dibuat mandi mengantikan "Mandi Bunga". Selalulah membaca "Doa mendapat Jodoh" Pilihlah jalan yang redha oleh Allah SWT. 

Cara-caraNya:

Baca doa ini pada ayer mandian secukupnya serta ayer mineral untuk diminum. Apabila mandi dengan ayer bacaan doa itu, Perahkan 2 atau 3 biji limau nipis dan masukkan kedalam ayer mandian berserta limau itu. Limau nipis baik untuk menghalau jin atau syaitan yang menghuni dalam badan.

Digosok seluruh badan pada semua bahagian anggota, dicelah-celah ketiak, pelipat, dll dengan tangan.  Akhir sekali jirus dari atas kepala hingga hujung kaki. Semasa jirus itu baca selawat banyakx dan niat. Niat terpulanglah.


Maksudnya:

1. Alif, Laam, Miim, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.

2. Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).

3. Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.

Wasallam.

Also See and Read This : READ MORE

DOA UNTUK MENGUBAT CINTA DAN KASIH SAYANG YANG TELAH HILANG

Posted: 02 Jul 2014 09:32 AM PDT




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kasih sayang, perasaan cinta serta iman seseorang itu adalah sesuatu yang sukar dikekalkan. Jika ia sudah mula pudar dan hilang dari sudut hati sanubari itu maka akan hilang kasih sayang terhadap seseorang insan itu yang suatu masa dahulu, cukup dicintai, cukup dikasehi dengan sepenuh hati. 

Kini hanya tinggal kenangan sedih yang sukar diubati. Peliharalah cinta dan kasih itu seperti iman yang sejati, Jangan biarkan ia pergi. Apabila kasih dan cinta itu hilang, sukar untuk dicapai kembali.

Banyak perhubungan yang terputus ditengah jalan. Yang paling teruk jika yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak. Kadang-kadang perhubungan suami isteri sahaja dikekalkan demi anak-anak. Perasaan kasih sayang dan cinta sudah lama terpadam. Yang lebih menyedihkan sidia mula mencari orang lain sebagai pengubat hati. 

Bagi yang belum berkahwin dan bercouple, cinta yang semakin pudar dapat dihidu. Kalau dahulu si dia selalu telefon anda tetapi sekarang anda sudah jarang-jarang dapat "call". Kalau dahulu selalu terima "SMS" panjang-panjang, kini pendek dan ringkas sahaja. 

Bagi yang sudah berkahwin, paling senang nak tahu kasih sayang dan cinta pasangan anda semakin pudar. Ia sudah pandai menyakitkan hati anda. Apa yang anda buat dah tak betul dimata dia. Nampak kelemahan lebih dari kebaikan serta susah nak senyum dan bergurau macam dulu-dulu. 

Doa ini boleh diamalkan oleh yang mereka yang belum berkahwin dan yang sudah berkahwin. Jadi berusahalah dan berikhtiar kerana masih belum terlambat sebelum menjadi luka menjadi kudis dan bernanah. 

Cara-cara memulihkan:

1. Solat hajat - minta dipermudahkan dan dimakbulkan (Baca doa ini selepas solat hajat) - Mohon pada Allah SWT kembalikan perasaan cinta dan kasih sayangnya terhadap anda

2. Boleh amalkan doa ini selepas setiap kali solat waktu. Baca doa ini dan ditiup pada tangan dan sapu pada wajah serta lurutkan keseluruh badan.

3. Jika yang sudah berkahwin, baca pada air doa ini dan minum. Masukkan juga dalam minuman sidia. Mulakan selawat 3x, Al-Fatihah 7x dan Doa tsb sebanyak 11x. InsyaAllah dengan izin-Nya dapat diselamatkan rumahtangga anda. Pada Mu, Ya Allah aku berserah.....


Maksudnya:(SURAH AL AN'NAM: AYAT 122)

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat.  

Wasallam.

Also See and Read This : READ MORE

DOA SUPAYA SUAMI ATAU ISTERI DAN ANAK YANG DEGIL/DERHAKA KEMBALI KEPANGKAL JALAN.

Posted: 02 Jul 2014 09:30 AM PDT





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Mungkin Allah SWT sedang menguji keimanan dan kesabaran anda ketika ini. Jangan cepat mengalah dan pasrahlah terhadap ujian-Nya kerana sabar itu separuh daripada iman. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan selepas solat dibaca agar suami atau isteri yang telah melampaui batasan kembali kepangkuan anda. Baca sekurang-kurang 3 atau 7 kali setiap kali solat sambil mengharapkan Allah SWT memberi hidayah kepada anda dan pasangan anda. Semuga memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin

Surah Ali Imran Ayat 200

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).



Sekian wasallam.

Also See and Read This : READ MORE

DOA MELEMBUTKAN HATI PASANGAN SUAMI ATAU ISTERI

Posted: 02 Jul 2014 09:26 AM PDT





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Diantara doa-doa Pelembut Hati yang baik diamalkan oleh pasangan suami atau isteri supaya suami atau isteri yang keras hati, cepat marah dan mempunyai suami yang baran, degil supaya menjadi baik serta bertimbang rasa boleh juga diamalkan selepas setiap kali solat.

Baca 19 x doa ini dan berdoalah kepada Allah SWT supaya pasangan anda berubah menjadi seorang yang penyayang, penyabar supaya aman rumahtangga itu dan diberi kebahagiaan. Insha allah dipermudahkan dan dimakbulkan.





Terjemahannya:

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Wasallam.

Also See and Read This : READ MORE

DOA ELAK SUAMI TAK KAHWIN LAIN

Posted: 02 Jul 2014 09:23 AM PDT




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kepada Isteri-isteri Yang Sedang Pasrah Kerana Suami Teringin Nak Kahwin Lagi Satu.......

"Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna" (surah Al-Hadid ayat 22)

Allah azza Wa jalla yang menetapkan takdir kita, maka Allah azza wa jalla juga memiliki kuasa untuk mengubahnya, ertinya takdir baru bagi kita. Mengubah takdir ertinya Allah azza Wa jalla menggantinya dengan takdir yang lebih baik, Tetap, Allah azza wajalla yang menetapkan takdir.  

Hadis dari Imam Turmudzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahwa Nabi SAW Bersabda : 

"Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdo'a, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya do'a bermanfa'at bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang bisa menolak taqdir kecuali do'a, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada do'a". (HR Turmudzi dan Hakim)

Kepada si isteri-istei perbanyakkan berdoa, bersedeqah, bertasbih dan shalawat dalam menempuh dugaan ini. Baca doa ini selepas setiap kali solat dan minta rumahtangga yang dibina itu kekal dan minta Allah azza wajalla tutup pintu hati suami yang teringin nak beristeri dua itu.

Terjemahannya

dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

Jika si suami itu tidak berkemampuan dan tidak bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai seorang suami, maka eloklah dilakukan sesuatu supaya anak-anak tidak teraniayai oleh nafsu syahwat ayahnya.

Sekian wasallam.

Also See and Read This : READ MORE

(VIDEO) KAJIAN ASAL USUL BANGSA MELAYU

Posted: 02 Jul 2014 09:17 AM PDT




Pembentangan intensif selama 2 jam lebih berkenaan Sejarah DNA Bangsa Melayu melalui kajian projek Human Genome oleh Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia.
Memandangkan video views di youtube ini masih dalam lingkungan 5K+ maka admin fikir masih ramai yang belum menontonnya.


Video ini adalah satu perkongsian akademik, maka admin berharap tidak ada isu politik ditimbulkan disini.

Tujuan perkongsian adalah sebagai pencerahan kepada salah satu kajian ilmiah terkini asal usul Bangsa Melayu khususnya di Nusantara. 

Kajian ini bukanlah suatu yang muktamad, sekadar berkongsi dan menawarkan informasi kajian asal usul berasaskan fakta-fakta saintifik DNA dan juga data sejarah sediada daripada pengkaji-pengkaji sejarah tamadun-tamadun manusia.


Admin berani katakan 95% orang Melayu hari ini tidak mengetahui banyaknya fakta-fakta sejarah yang ada dalam pebentangan video ini. 

Sejarah dan kajian Projek Genome yang membuktikan kita di Nusantara ini adalah serumpun berasal dari pusat penyebaran pertama dunia di Afrika. 

Tempat-tempat persingahan penghijrahan manusia membentuk tamadun. 

Bukti sediada menunjukkan penghijrahan manusia ke Benua Sunda(Nusantara) membina penempatan dan tamadun disini berusia antara 60 ribu ke 20 ribu tahun lamanya. 

Tiada bezanya DNA orang Asli dipedalaman dan orang Melayu yang hidup berkomuniti dan bersosial dengan dunia luar.

Puan Zahara juga sempat menerangkan kepada seorang pendengar yang bertanyakan pengaruh Hindu dalam binaan tapak-tapak arkeologi lama diseluruh Nusantara. Menjawab persoalan itu Puan Zahara menyatakan beliau perlukan sekurang-kurangnya 3 jam lagi bagi menerangkan dengan baik sejarah binaan yang terdapat di Nusantara amnya dan Tanah Melayu khasnya. 

Sebagai mukadimah Nusantara sudah menggunakan bahasa sanskrit terlebih dahulu, dan binaan-binaan bangunan tinggalan sejarah kuno tidak ada satu pun mempunyai rekabentuk pengaruh Hindu sebaliknya ianya lebih kepada pengaruh Buddha semasa penduduk disini memilih Buddha sebagai agama mereka. Manakala seni binaan bangunan tersebut adalah seni binaan orang Melayu tempatan pada masa itu yang mana ada sedikit pengaruh Macedonia Greek hasil daripada peninggalan ketamadunan yang dibawa oleh Raja Dzulkarnain ke Nusantara.


Belajarlah sejarah ini kerana bukan kerana kita hendak berbangga, tetapi belajar supaya kita tidak mudah ditipu dan tertipu mengenai sejarah bangsa kita sendiri. Tidak semestinya kita merasa cukup dengan belajar sejarah bangsa sendiri, boleh juga belajar sejarah bangsa, suku dan puak yang lain bila berkesempatan kerana Al-Quran sendiri menuntut kita belajar dalam perkara ini seperti yang termaktub didalam surah Al-Hujurat ayat ke-13 yang bermaksud :

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal ()".

Ya, kita dituntut untuk saling kenal mengenali antara bangsa dan puak-puak, dan yang paling mulia disisi Allah swt itu sudah tentunya mereka yang bertaqwa. Wallahualam.


Also See and Read This : READ MORE

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories