RSS

Nuffnang

- Blog Hanz -

sumber :-

- Blog Hanz -


Jadual Perlawanan Piala Dunia 2014 Peringkat Suku Akhir WAKTU MALAYSIA

Posted: 03 Jul 2014 09:29 AM PDT




Jadual Perlawanan Piala Dunia 2014 Peringkat Suku Akhir
Sabtu, 5 Julai 2014
0:00
France
v
Germany
4:00
Brazil
v
Colombia
Ahad, 6 Julai 2014
0:00
Argentina
v
Belgium
4:00
Netherlands
v
Costa Rica





Also See and Read This : READ MORE

Senarai Pasukan Yang Layak Ke Suku Akhir Piala Dunia 2014 FIFA World Cup

Posted: 03 Jul 2014 09:25 AM PDT




Senarai Pasukan Yang Layak Ke Suku Akhir Piala Dunia 2014 FIFA World Cup Berikut senarai 8 pasukan yang berjaya layak ke Peringkat Suku Akhir FIFA World Cup 2014 di Brazil. Perlawanan akan berlangsung pada hujung minggu ini iaitu pada 5 dan 6 Julai 2014.


1) Brazil
2) Colombia
3) Belanda
4) Costa Rica
5) Perancis
6) Jerman
7) Argentina
8) Belgium

Menariknya kali ini, rekod telah tercipta di mana, semua juara peringkat Kumpulan telah layak ke Peringkat Suku Akhir Piala Dunia 2014.


Jadual Perlawanan Piala Dunia 2014 Peringkat Suku Akhir
Sabtu, 5 Julai 2014
0:00
France
v
Germany
4:00
Brazil
v
Colombia
Ahad, 6 Julai 2014
0:00
Argentina
v
Belgium
4:00
Netherlands
v
Costa Rica






Also See and Read This : READ MORE

( GAMBAR ) Jersi Baru Man United Tersebar

Posted: 03 Jul 2014 09:21 AM PDT



Gambar Jersi Baru Man United Tersebar | JERSI Manchester United yang memaparkan Chevrolet sebagai penaja dikatakan bakal menjadi  jersi versi baharu skuad tersebut pada saingan Liga Perdana Inggeris akan datang.
Jersi rekaan baharu itu dipercayai dimuatnaik ke laman internet selepas penyokong kelab itu berjaya mencurinya.

Jersi yang mendapat tajaan baharu itu sepatutnya diperkenal pada Isnin ini tetapi ia terlebih dahulu terlepas ke tangan penyokong fanatik.
Media England mendedahkan jersi baharu itu mendapat tajaan bernilai £53 juta daripada Chevrolet dengan jenama berkenaan menghiasi bahagian depan.
Rekaan jersi itu juga mendapat sentuhan baharu di bahagian kolar dan lengan yang bergaris hitam dan merah.
Authentic: The new images claim to show the Reds new shirt, complete with close-up shots
mStar online

Also See and Read This : READ MORE

10 RAHSIA UNTUK HIDUP INDAH

Posted: 03 Jul 2014 09:16 AM PDT




1. CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.



2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let's get do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. BERBAGI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal

Also See and Read This : READ MORE

MALAM PERTAMA PENGANTIN BARU

Posted: 03 Jul 2014 09:13 AM PDT




Malam pertama bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta dan dapat menghilangkan kecemasan dan ketakutan serta menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.


Berikut beberapa adab yang disebutkan didalam warisan kita untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :

1.Kebenaran niat

Hendaklah niat suami isteri untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw,"Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad di jalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya." (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairoh)

2. Berhias dan mempercantik diri.

Hendaknya seorang isteri mempercantik dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.

Begitu juga dengan si suami hendaknya memperhias dirinya untuk isterinya kerana hal ini merupakan bahagian dari menggaulinya dengan cara yang baik. Firman Allah swt :

Artinya : "Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya." (QS. Al Baqoroh : 228)

Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap didalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur janggut, memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali terhadap apa-apa yang dikecualikan syariat.

3. Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya.

Diriwayatkan oleh Ahmad didalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as Sakan berkata,"Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Beliau saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya kerana malu. Asma berkata,"Maka aku menegurnya." Dan aku katakan kepadanya,"Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw." Asma berkata,"Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit."

4. Mendoakan isterinya.

Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw,"Apabila seorang dari kalian menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon keberkatan dengan mengatakan : Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih—Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya.."

5. Melaksanakan solat dua rakaat.

Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,"Perintahkan dia untuk solat dua rakaat dibelakang (suaminya) dan berdoa,"Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma' Bainanaa Ma Jama'ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin—Wahai Allah berkatilah aku didalam keluargaku dan berkatilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan pula."

6. Apa yang dikatakan ketika melakukan jima' atau saat menggauli isterinya.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Nabi saw bersabda,"Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,"Allahumma Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana—Wahai Allah jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami—sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat mereka berdua seorang anak yang tidak boleh dicelakai setan selamanya."

7. Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia diantara suami isteri.

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda,"Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang dilakukannya dengan isetrinya dan boleh jadi seorang isteri menceritakan apa yang dilakukannya dengan suaminya." Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya,"Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya." Beliau saw bersabda,"Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu (setan laki-laki) menutupi (setan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya."

8. Berwuduk diantara dua jima' meskipun mandi adalah lebih utama.

Apabila seorang laki-laki menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwuduk sehingga dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al Khudriy berkata,"Rasulullah saw bersabda,'Apabila seorang dari kalian menggauli isterinya kemudia dia ingin mengulanginya lagi maka berwuduklah diantara kedua (jima) itu."

Didalam sebuah riwayat, "Seperti wuduk hendak solat." (HR. Muslim) Abu Naim menambahkan, "Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenagannya."

Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi' bahawa Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. dia berkata,"Aku bertanya kepadanya,'Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali mandi?' beliau saw menjawab,"Ini lebih suci. Lebih wangi dan lebih bersih."

Sayugia bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwuduk dengan wuduk seperti untuk solat terlebih dahulu, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,"Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam keadaan junub?' beliau saw menjawab, "Ya, hendaklah dia berwuduk." Didalam sebuah riwayat,"Berwuduk dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah."

Wuduk ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw,"Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?" beliau saw menjawab,"Ya dan hendaklah dirinya berwuduk jika mau.". Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata,"Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi."

Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata, "Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka dia berwuduk atau bertayammum."

9. Mandi berduaan.

Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah berkata,"Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku mengatakan,"tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku." Dia berkata,"Mereka berdua dalam keadaan junub."

Dari hadith diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya.

Didalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata,"Aku berkata,'Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?' beliau menjawab,"Jagalah auratmu kecuali terhadap isteri atau budakmu." Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadith ini, kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.

10. Bersenda gurau dengan isteri.

Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw,"… Mengapa bukan dengan gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu." (HR. Bukhari dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim,"Engkau boleh bahagia dengannya dan dia boleh bahagia denganmu."

Diantara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima'. Rasulullah saw mencium dan menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haid atau beliau mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.

Sebagaimana terdapat didalam ash Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah berkata,"Nabi saw mencium sebagian isteri-isterinya kemudian beliau keluar menuju solat dan tidak berwuduk lagi." Ini sebagai dalil bahawa mencium isteri tidaklah membatalkan wuduk.

11. Dibolehkan 'Azl.

Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan 'azl yaitu mengeluarkan air maninya di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata,"Kami melakukan 'azl sementara al Qur'an masih turun." Didalam sebuah riwayat,"Kami melakukan 'azl pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau saw tidaklah melarangnya."

Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan 'azl kerana hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan yaitu memperbanyak keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw,"Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah) kalian dihadapan semua umat pada hari kiamat."

Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan 'azl selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan.

12. Mengunjungi kerabat pada pagi harinya.

Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya.. berdasarkan hadith Anas berkata,"Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian beliau saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin (isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.

Wallahu A'lam

Also See and Read This : READ MORE

DOA SEBELUM BERSETUBUH DAN ADAB-ADAB SEBELUM BERSETUBUH PADA MALAM PERTAMA

Posted: 03 Jul 2014 09:10 AM PDT





السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

Pada pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin. Malam pertama menjadi kenangan yang sangat indah dan manis untuk dikenang. Jika mahu kebahagiaan berumahtangga itu kekal ke anak cucu. Jadikan malam yang seterusnya seperti malam pertama yang dahulu. Mungkin tidak akan sama kerana keghairahan itu semakin malap kerana ditelan usia.

Mungkin banyak pasangan yang sudah lama berkahwin apabila nak bersama sudah tidak lagi membaca doa sebelum bersetubuh kerana mungkin sudah terlupa doa tersebut. Sekurang-kurangnya bacalah Bismillah sebelum bersetubuh.

Malam pertama adalah untuk suami pecah dara isteri sememanglah waktu yang mendebarkan buat suami dan isteri. Pecah dara isteri adalah pengalaman seks yang akan dikenang sepanjang hayat maka lakukannya dengan penuh kasih sayang. Pada pasangan yang baru berkahwin diingatkan selalu membaca doa sebelum berjimak untuk mendapat zuriat yang baik. Jangan main hentam semacam bila naik "syeikh". 

Malam pertama adalah malam belaian. Malam dimana suami isteri mengenali tubuh badan masing-masing. Malam untuk membuang rasa malu isteri terutamanya. Membuang rasa malu dalam hubungan seks adalah dengan menimbulkan rasa berahi kepada isteri. Biarlah malam yang penuh berahi itu tidak disertai dengan syaitan yang dilaknat.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 

Sekiranya seseorang itu ingin bersetubuh dengan isterinya hendaklah dia membaca doa Yang bermaksud:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku! Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami. Sekiranya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya.

Doa Sebelum Berjimak




Ertinya:

Dengan nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau karuniakan kepada Kami.

Adab-Adab Bersetubuh Pada Malam Pertama.

Islam mempunyai adab yang terkandung di dalamnya nilai-nilai akhlak yang luhur bahkan mengandungi kebaikan dari segi kesihatan. Terdapat banyak petunjuk dalam al-Quran dan hadis yang membicarakan adab setubuh malam pertama dan jimak suami isteri.

Berikut adalah adab-adab setubuh malam pertama dan jimak yang dianjurkan oleh Islam:-
  • Sembahyang sunat dan berdoa malam pertama.
  • Berwuduk selepas melakukan persetubuhan.
  • Untuk memenuhi kewajipan terhadap Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah saw.
  • Bergaul dengan isteri cara yang sopan.
  • Bercumbu-cumbuan terlebih dahulu.
  • Tidak mementingkan kepuasan diri sendiri.
  • Mengambil kira hak suami dan isteri berhubung dengan soal hubungan kelamin.
  • Keselesaan dalam hubungan kelamin.
  • Kesederhanaan.
  • Mensyukuri nikmat.
  • Tidak menyebarkan soal persetubuhan kepada pihak lain.
Wasallam.


Also See and Read This : READ MORE

DOA PENGASIH DARI SURAH AL-QURAN

Posted: 03 Jul 2014 09:05 AM PDT





Berdoalah dengan mengikut adab-adab berdoa sebelum berdoa supaya doa dimakbulkan. Sebelum berdoa kita digalakkan menggunakan ayat-ayat al-Quran. 

Di antara adab-adab berdoa hendaklah memulakan dengan memuji-muji Allah Taala terlebih dahulu kemudian disusuli dengan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Pastikan niat dibetulkan terlebih dahulu dan juga cara-cara kita berdoa hendaklah tidak melanggari syariat yang telah ditetapkan oleh Islam.

Dari tiga dalil yang di bawah ini dapatlah kita ketahui bahawa akan kepentingan doa itu. Ketahuilah bahawasanya al-Quran adalah kalam yang paling baik dan paling sempurna untuk manusia berhubung dengan Allah Taala (berdoa). Sehinggakan maksud solat dari segi bahasa juga ditakrifkan sebagai doa. 

Firman Allah SWT bermaksud: 


"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina." (Surah Al-Gahfir: Ayat 60)

Firman Allah SWT bermaksud: 


"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (Surah Al-Isra': Ayat 82).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: 

"Berdoa itu memberi manfaat terhadap sesuatu yang telah berlaku dan dari apa yang belum berlaku maka lazimilah kamu dengan berdoa wahai hamba-hamba Allah." (Riwayat al-Hakim). 


DIANTARA AYAT-AYAT PENGASIH YANG DIAMBIL DARI SURAH-SURAH AL-QURAN.

1. Surah Yassin: Ayat 36


Maksudnya:

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)


2. Surah Yusuf: Ayat 4.


Maksudnya:

"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)

3. Surah Al-Hujurat: Ayat 13.

Maksudnya:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah Al-Hujurat: Ayat 13)

4. Surah Ali Imran: Ayat 14.

Maksudnya:

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).


5. Surah Ali Imran: Ayat 31.


Maksudnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali-Imran: Ayat 31).


Wasallam.


Also See and Read This : READ MORE

DOA JODOH DALAM BAHASA MELAYU YANG BAIK

Posted: 03 Jul 2014 09:02 AM PDT




Doa jodoh yang ini sungguh syahdu dan sangat indah jika disertai dengan hati yang merintih-rintih kepada Ilahi. Dengan hati yang penuh rasa rendah diri dan pasrah dan mengharap sesuatu yang baik dariNya.



Kepada yang ingin mendapat teman hidup patut berdoa macam ini nescaya Allah SWT makbulkan. Doa ini dari seorang lelaki yang begitu pasrah mencintai kekasihnya supaya benar-benar menjadi jodohnya. Adakah anda pernah berdoa macam ni! Semuga semua pembaca diberkatiNya.

Wasallam.

Doa Jodoh ini adalah hanya ciptaan bagi orang yang tersangat-sangat sayangkan pada kekasihnya.. namun harus diingat bahawa segala ketentuan itu adalah dari Allah S.W.T. Kita hanya mampu merancang sahaja.. Allah Taala jualah yang menentukan..

Also See and Read This : READ MORE

DOA SUPAYA SUAMI SETIA HINGGA KE AKHIR HAYATNYA

Posted: 03 Jul 2014 08:57 AM PDT




SURAH ALI IMRAN: AYAT 31

"Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 31 dari surah ini, nescaya suaminya akan setia dan kasih kepadanya".



Terjemahan/Maksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Baca doa ini setiap kali selepas solat. Nescaya Allah SWT makbulkan doa tersebut. 


Also See and Read This : READ MORE

DOA DIPERCEPATKAN JODOH DAN DOA MENDAPAT ISTERI YANG BAIK

Posted: 03 Jul 2014 08:50 AM PDT





Setiap insan ingin jodoh yang baik agar hidup berkekalan sehingga akhir hayat. Jodoh yang baik akan mendapat keturunan yang baik. InsyaAllah jika seseorang berusaha dan berdoa untuk mendapat jodoh yang dipinta nescaya Allah akan perkenankan. Jodoh bukan datang dan pergi seperti seperti angin yang lalu. Kadang-kadang berkawan dan berdating bagai nak rak kehulu dan kehilir, akhirnya berkahwin dengan orang lain. 




Yang lebih malang selepas berkahwin tidak sampai dua tahun sudah panjat pejabat agama dan akhirnya bercerai. Jika begitu mereka ini yang bercerai tidak ada jodoh ke? Tidak  pernah baca doa mendapat jodoh yang baik atau pakai tangkap muat sahaja. Tengok muka licin dan berharta, itu jodoh aku barangkali?? Tak pernah buat solat Istikharah sebelum berkahwin?. Atau pakai berserah sahaja tanpa berusaha. Nak minta perlu ada usaha iaitu doa. Doa adalah ibadah dan senjata orang-orang mukmin. 

Sekiranya kita memohon dan berusaha dengan pertolonganNya insyaAllah. Jodoh kita akan berkekalan.



DOA DIPERCEPATKAN JODOH.



Amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu :


Ertinya:


Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (ayat 131).

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Ayat 132).

Selain itu, perbanyak membaca salawat Nabi Muhammad saw. Perbanyakkan setakat yang terdaya. Lagi banyak salawat lagi baik.  

ISTERI DAN SUAMI YANG BAIK.

Suami atau isteri yang dikahwini boleh dibimbing untuk menjadi soleh atau solehah. Sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dengan ilmu agama. Yang tidak lari dari membuat kesilapan. Boleh didoakan mereka untuk menjadi baik dari sebelumnya. Semua lelaki atau wanita yang dikahwini, kita anggap seperti kain putih yang kosong. Jika ada sedikit kekotoran perlu dicuci hanya dengan berdoa disusuli dengan hati yang ikhlas. 

Menceraikan atau memukul isteri jalan terakhir sekali jika tiada pilihan lain. Begitu juga isteri yang mendapat suami yang sedemikian. Mencari suami yang "perfect" seperti Junjungan Rasulullah saw memang susah dan sukar. Apatah lagi yang perangai macam malaikat. 

Kita disarankan untuk berusaha mendoakan yang terbaik bagi diri sendiri dengan ayat-ayat suci. DOA KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA DAN KETURUNAN selepas solat wajib begitu juga dengan doa-doa yang lain. Selepas berdoa baru tawakal dengan-Nya. InsyaAllah.

FIRMAN ALLAH SWT: 

"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152). 

Apabila doa dimakbulkan anda mendapat suami yang soleh jangan pula anda tidak ikut bersama melakukan amal ibadah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami mengejutkan suruh solat tahajud.

"Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya! Begitu juga untuk suami yang mendoakan supaya mendapatkan isteri yang soleh. Jangan membantah jika digerakkan bangun untuk solat tahajjud tengah malam. 


DOA MENDAPAT ISTERI YANG BAIK/SOLEHAH:





Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


Also See and Read This : READ MORE

DOA BERTEMU JODOH (UNTUK WANITA)

Posted: 03 Jul 2014 08:40 AM PDT






Also See and Read This : READ MORE

DOA PENGIKAT KASIH SAYANG

Posted: 03 Jul 2014 08:36 AM PDT




السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


Amalkan ayat dari surah-surah ini, insyaAllah. Semuga Allah perkenankan doa hambaNya.

Banyak rumahtangga runtuh kerana hilang kasih sayang di tengah jalan walaupun pada awalnya dibina atas cinta yang suci. Pelik dan ajaib kerana setelah sekian lama berkasih sayang, tiba-tiba hilang perasaan kasih sayang terhadap pasangan masing-masing. Timbul rasa menyampah dan benci yang amat sangat. Jika terkena sihir berubatlah. Jika bukan disebabkan sihir mungkin faktor luaran. Berusahalah memperbaiki perhubungan itu serta berdoa dan bertawakal kepadaNya.

Mungkin kerana sebab-sebab tertentu yang mempengaruhi seperti ada pihak yang ketiga, cemburu buta, salah faham dan timbul tidak serasi dan bermacam alasan untuk berpisah.

Namun jika pasangan masing-masing kuat dan kental cintanya serta berserah kepada yang Maha Kuasa di atas segala ujian dan rintangan sebesar mana pun, ia mampu bertahan hingga ke akhir hayat.

Kasih sayang tergantung di Arasy

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud, 

"Rahim (kasih sayang) itu tergantung di Arasy." Katanya lagi, "Siapa yang menghubungkanku, menghubungi pula Allah akan dia dan siapa memutuskanku, memutuskan pula Allah akan dia." (Hadis riwayat Muslim)
Seseorang yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dia akan mencintai dan dicintai dan barang siapa yang tidak mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dia akan pula mencintai dan dicintai.

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk. (Al Qashash: Ayat 56)

DOWNLOAD DOA (1) & (2) MP3 - KLIK

DOA PENGIKAT KASIH (1)




Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu." Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.  

DOA PENGIKAT KASIH (2)


MaksudNya:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. 

Wasallam.


Also See and Read This : READ MORE

DOA PENGASIH

Posted: 03 Jul 2014 08:31 AM PDT





السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati. Jika suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan minyak pengasih, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimentarakan dengan menggunakan sihir. 

Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar. Tak bau syurga bila mati.

Banyak ilmu-ilmu pengasih diantara ilmu pengasih yang terbaik ialah Doa  Pengasih Nabi Yusuf. Untuk mengetahuan Doa Pengasih ini amat kuat sekali jika di amalkan selalu selain ianya boleh membuat individu-individu yang berdepan dengan orang yang selalu mengamal doa ini akan rasa kasihan dan amat sayang kepada orang tersebut.

Amalkan dua doa ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup. 

DOWNLOAD MP3 DOA -KLIK SINI

Maksudnya:

"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)

DOWNLOAD MP3 DOA -KLIK SINIdoa pengasih
Maksudnya:

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)

Cara-caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. 

Wasallam.

Also See and Read This : READ MORE

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories