RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


DEMI ANAK - BEEGO KERJA KERAS, LINDA HASHIM 'SURI RUMAH' SEPENUH MASA

Posted: 10 Jul 2014 12:19 AM PDT



"Kini barulah saya faham apa itu pengorbanan. Kenapa dulu-dulu ibu dan bapa kita selalu risaukan kita… Saya rasa semakin bertanggungjawab dari hari ke hari," demikian kata Beego mengenai peranan dia dan isterinya sejak mempunyai anak.

Jelas Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah, dia kini lebih banyak memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

WAJAH ANAK AMAR ASYRAF - 'AMAR TAUFIQ'

Posted: 09 Jul 2014 08:49 PM PDT



Sebelum ini, Amar Asyraf memuat naik gambar dia mendukung anaknya (tanpa memperlihatkan wajah), tapi terkini menerusi laman instagramnya, Amar akhirnya telah berkongsi wajah anaknya itu yang diberi nama Amar Taufiq.

"Saya dan isteri telah sepakat memilih nama Amar Taufiq sebagai nama anak sulung kami," ujar Amar di status terbarunya itu.

Jom tengok!





ARISSA HANA COLLECTION


INGIN BERIKLAN DENGAN KAMI?
KLIK DI SINI UNTUK INFO

         ________________________


KERJA HANYA MAKI ORANG - AZWAN ALI DIBAYAR UPAH LUMAYAN OLEH ASTRO?

Posted: 09 Jul 2014 05:58 PM PDT



Mendengar pengakuan Azwan Ali ini, pasti ada yang kurang percaya. Mana tidaknya, takkan hanya maki hamun orang, boleh dapat upah lumayan sampai ribuan ringgit? Sedangkan orang kampung yang susah payah panjat dan petik kelapa hanya dapat beberapa ringgit sahaja sehari!

Tapi itulah hakikat yang diakui oleh Diva Negara ini. Dakwanya meskipun sudah agak lama tidak muncul di kaca televisyen, tetapi dia tidak pernah putus rezeki.

"Sudah 25 tahun saya jadi artis. Allah itu Maha Mengatur semuanya. Saya pernah naik, saya pernah jatuh. Tapi disaat saya jatuh, saya tak terduduk. Orang saja anggap yang saya terduduk. Saya tahu pada ketika itu, musuh-musuh saya semua bertepuk tangan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

WATAK WANITA DALAM 'MAT TUDUNG' - FIZZ FAIRUZ & IZZUE ISLAM SEDIA TERIMA KRITIKAN

Posted: 09 Jul 2014 03:43 PM PDT



Bertudung hanya berniat untuk memberi pengajaran berguna kepada penonton! Demikian kata Fizz Fairuz apabila diajukan soalan mengenai watak terbarunya sebagai wanita dalam filem 'Mat Tudung' terbitan ShowBiz Productions.

Artikel terdahulu:

Menurut Fizz, meskipun ada segelintir pihak mempertikaikan watak yang dibawanya termasuk ada yang menyifatkannya haram, namun dia meminta pihak terbabit menonton filem tersebut terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KENDERAAN MPV HILANG - MANAGER NING BAIZURA RUGI RM300,000

Posted: 09 Jul 2014 02:51 PM PDT



Jika sebelum ini, kenderaan Awie dan wawa Zainal hilang, terkini kereta MPV milik Manager Ning Baizura berharga kira-kira RM300,000 pula hilang di curi.

Difahamkan, kereta model Toyota Velfire yang mempunyai tujuh tempat duduk serta buatan sepenuhnya dari Jepun itu hilang di Hartamas, Kuala Lumpur kira-kira jam 10 malam semalam.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

TERIMA BIL HANDPHONE RM9,000 - DAFI BERANG & TERKEJUT

Posted: 09 Jul 2014 02:25 PM PDT



Perkhidmatan yang diberi tidak selari dengan bil yang diterima!

Begitulah luahan hati Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 26. Ini kerana, syarikat telekomunikasi yang dimaksudkannya bukan sahaja tidak mesra pelanggan, malah menganiaya dirinya dengan bayaran mencecah RM9,000.

"Bayangkan selama ini mereka selalu meminta saya membayar bil tepat pada masanya dan akan menyekat talian sekiranya sudah sampai had yang ditetapkan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories