RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


4 GAMBAR - MANISNYA ABBY ABADI BERNIQAB

Posted: 25 Jul 2014 01:47 PM PDT



Meskipun ada yang mempertikaian penampilan terkininya, namun Abby abadi nampaknya terus melangkah ke hadapan tanpa berpaling lagi.

Keputusannya untuk berniqab sejak seminggu lalu adalah atas kesedaran bahawa ia satu kewajipan yang harus dilakukan wanita Islam.

Tahniah Abby!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

MAZIDUL AKMAL SIDEK MAKIN TENAT - LUMPUH AKIBAT STROKE

Posted: 25 Jul 2014 05:46 AM PDT



Wartawan yang pernah popular melalui rancangan 999 terbitan TV3, Mazidul Akmal Sidek kini dilaporkan semakin tenat. Beliau yang dahulunya terkenal dengan keberaniannya membongkar pelbagai kisah jenayah dan isu-isu semasa, kini terlantar di Hospital Pantai Medical Centre.

Mazidul didakwa mendapat serangan stroke (Induced Coma)... bagaimanapun, hingga kini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai status kesihatannya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

5 GAMBAR - BILA NORA DANISH & NEDIM PAKAI TOPENG DI JALAN TAR

Posted: 24 Jul 2014 06:12 PM PDT



Aksi kelakar Nora Danish dan Nedim Nazri yang berkunjung ke Bazar Ramadan termasuk Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sambil memakai topeng. Bagaimanapun, gelagat mereka tetap dapat dihidu oleh segelintir pihak yang dapat mengenali gaya berlainan dua sejoli ini.

Melihat aksi Nora dan Nedim, timbul persoalan apakah mereka sengaja berbuat begitu demi tidak mahu diganggu? Atau mungkinkah mereka bimbang jika identiti mereka terdedah maka akan timbul pelbagai isu di alam maya?



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

7 GAMBAR - ANAK PEREMPUAN SCHA AL-YAHYA & AWAL ASHAARI

Posted: 24 Jul 2014 05:34 PM PDT



Lagi gambar baby dan saat kelahiran anak Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari pada 22 Julai lalu di Hospital Prince Court Kuala Lumpur.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

'HITAM' DUALITI FEAT AMEERAIS

Posted: 24 Jul 2014 04:38 PM PDT



Sikap keterbukaan dan penerimaan peminat muzik tanahair serta keberanian anak-anak muda yang berbakat dan memperkenalkan karya mereka selain daripada genre pop telah menvariasikan muzik industri negara. Muzik adalah universal dan genre rap & hip hop sebenarnya telah lama bertapak di negara kita pada tahun 1990an, bermula dengan kumpulan KRU, NICO dan 4U2C diikuti dengan Poetic Ammo, Too Phat dan lain-lain. Kini industri diserikan lagi dengan kumpulan seperti Sleeq, Waris, Altimet dan ramai lagi.

KRU Music telah didatangi oleh 2 orang anak muda rappers yang berbakat besar untuk mencari peluang untuk mengembangkan bakat mereka. Bersama mereka telah membentuk kumpulan yang dikenali sebagai DUALITI. DUALITI terdiri daripada Jazman dan Saphuan dengan berbekalkan bakat, pengalaman dan kesungguhan mereka pihak KRU Music bertindak menerbitkan sebuah single yang berjudul 'Hitam'.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GAMBAR 'JENAZAH DILILIT ULAR' SAH MILIK ASTRO OASIS

Posted: 24 Jul 2014 04:01 PM PDT



Kecoh satu Malaya apabila gambar jenazah dililit seekor ular terbesar di alam maya. Bukan setakat gambar tersebar, malah timbul pula pelbagai cerita karut mengenai gambar tersebut hingga menimbulkan kebimbangan dikalangan masyarakat.

Semalam, stesen televisyen saluran Astro Oasis akhirnya mengesahkan beberapa gambar jenazah dililit seekor ular yang tersebar itu merupakan salah satu babak dalam drama bersiri Tanah Kubur berjudul 'Kutuk Azan'.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KERETA FIZO OMAR & MAWAR TERBABIT KEMALANGAN?

Posted: 24 Jul 2014 02:12 PM PDT



Kereta bernombor pendaftaran MF120 yang dipercayai milik Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, dan isterinya Mawar Abdul Karim, 25, telah terlibat dalam kemalangan di Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini.

Namun difahamkan, Fizo dan Mawar ketika kejadian tidak memandu kereta Audi terbabit. Ia telah dipandu oleh pembantunya. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories