RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


7 GAMBAR - MUHAMMAD DAYYAN : NAMA BABY DIDIE ALIAS

Posted: 02 Jul 2014 11:51 PM PDT



Baru-baru ini, Didie Alias, 40, telah selamat melahirkan anak keenamnya setelah hampir 15 tahun tidak mengandung. Anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami kedua Norisham Ismail itu akhirnya telah dinamakan Muhammad Dayyan.

Artikel terdahulu:

"Assalamualaikum... Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.. My name is Muhammad Dayyan.. Juz nk cakap tqvm to all the wishes to my mummy & daddy.. Yg datang visit Dayyan & Mummy kt hospital too.. Doakan Dayyan & Mummy sihat ok," tulis Didie dalam IGnya.

Jom tengok gambar-gambar terkini Muhammad Dayyan!

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KISAH BENAR - HARI KELAHIRAN SEMULA FELIXIA YEAP (RANIA)

Posted: 02 Jul 2014 09:44 PM PDT



Hari ini adalah hari kelahiran semula model pakaian muslimah, Felixia Yeap atau nama akhir Islamnya (Rania). Dia akan memeluk Islam di sebuah masjid yang dirahsiakan tanpa liputan media.

Bagi anda yang ingin mengetahui sejarah kehidupan Rania, jom baca artikel yang ditulisnya sendiri ini.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

LAGU REMEDY - JACLYN VICTOR AKHIRNYA MARA KE HOLLYWOOD

Posted: 02 Jul 2014 07:42 PM PDT



Cyberjaya, 3 Julai 2014 - Penyanyi Jaclyn Victor bakal melakar satu lagi kejayaan dalam kerjaya prolifik beliau melalui pengeluaran lagu terbarunya 'Remedy' yang akan diedarkan melalui lebih 80 platform digital mulai 10 Julai 2014.

Penyanyi versatil dan berbakat besar ini telah merakamkan lagu pelbagai genre muzik didalam pelbagai bahasa. Beliau mula meraih populariti apabila merangkul gelaran juara Malaysian Idol pada tahun 2004. Selama sedekad, Jaclyn telah berjaya membina kerjayanya dengan memenangi pelbagai anugerah di dalam bidang nyanyian dan lakonan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

TAHNIAH - SHAJIRY & ISTERI TIMANG BAYI PEREMPUAN

Posted: 02 Jul 2014 07:27 PM PDT



Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi, Shajiry yang telah menimang cahaya mata sulungnya pada selasa lalu (1 Julai) hasil perkahwinan bersama isterinya, Yusnita Yusof.

Bayi perempuan yang diberi nama Nur Keysha Amanda Binti Mohamad Shajiri dilahirkan tepat jam 8.48 pagi dengan berat 2.77 kilogram.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AMY SEARCH HILANG AKAL GARA-GARA NABILA HUDA?

Posted: 02 Jul 2014 06:31 PM PDT



Gara-gara terlalu lama memendam rasa, Amy Search mengakui hampir hilang akal dan jantungnya seolah terhenti bila mengetahui isu diajak peluk kristian yang melibatkan anaknya Nabila Huda baru-baru ini.

Artikel terdahulu:

Iyalah, rock-rock juga... namun naluri seorang bapa masih menebal dalam dirinya untuk melihat anak kesayangan berjaya di dunia dan akhirat. Akibatnya, terkeluarlah kata-kata kesat yang dipost oleh Amy di laman Instagram anaknya, Nabila.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SUAMI MINTA TUMPU AGAMA - NORANIZA IDRIS BAKAL BERSARA

Posted: 02 Jul 2014 05:34 PM PDT



Suami Noraniza Idris, 46, iaitu Juffri Hudi, 55, meminta isterinya supaya meninggalkan bidang nyanyian pada akhir tahun ini untuk memberi tumpuan kepada amalan agama.

Bagaimanapun, disebabkan perjuangan Noraniza untuk memperjuangkan irama tradisional hingga berjaya masih belum tercapai, maka ia terpaksa ditangguhkan oleh penyanyi itu buat sementara waktu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

NIKAH JANUARI 2014 - SHARIFAH ALEYA AKHIRNYA HAMIL ANAK KETIGA

Posted: 01 Jul 2014 10:43 PM PDT



Rasa seperti baru sahaja Sharifah Aleya mendirikan rumahtangga dengan Miko atau nama sebenarnya Muhammad Azam Abdullah. Tapi rupa-rupanya, sudah lebih enam bulan mereka berkahwin. Terkini, kami mendapat berita yang Leya disahkan mengandung buat kali kedua dan bakal melahirkan anaknya itu pada awal januari 2015.

Artikel terdahulu:

"Alhamdullilah, Saya rasa sangat teruja. Daripada belum mengandung lagi pun saya dah berangan macam-macam. Leya cakap dengan suami nak pantang di rumah sendiri. Jadi bila dah mengandung dan pertama kali duduk di rumah sendiri, perasaan itu sangat berbaloi.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AKIBAT JANGKITAN H1N1 - SHARIFAH AINI DITAHAN DI ICU SEMULA

Posted: 01 Jul 2014 05:20 PM PDT



Jika pada hujung Mei lalu, Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini pernah dimasukkan ke wad ICU gara-gara jangkitan H1N1, terbaru beliau sekali lagi dikejarkan ke ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor akibat jangkitan pada paru-paru.

Artikel terdahulu:

Difahamkan, Sharifah Aini yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 61 pada hari ini, dibawa ke pusat perubatan berkenaan oleh anaknya Aliff Omar Ali pada pagi semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

IKHWAN HOT FM PUTUS TUNANG LAGI..!!

Posted: 01 Jul 2014 04:25 PM PDT



Bukan sekali, tetapi dua kali putus tunang!

Itulah nasib yang menimpa Ikhwan Hot FM atau nama sebenarnya Mohd Khairul Ikhwan yang popular melalui rancangan Galaksi TV9. Ikatan perrtunangannya dengan Natasha Nadia yang berlangsung pada 2013 lalu akhirnya terputus di tengah jalan.

"Saya mengakui telah putus tunang secara baik pada Awal Muharram lalu. Keluarga saya telah pergi ke rumah tunang saya bagi memutuskan ikatan tersebut secara baik. Enggan mengaibkan mana-mana pihak, keputusan ini dibuat atas sebab peribadi.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

TAHNIAH - MIZZ NINA & NOH SAMBUT 'ANNIVERSARY' & 'BIRTHDAY' SERENTAK

Posted: 01 Jul 2014 03:08 PM PDT



Semalam (1 Julai 2014) merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan Mizz Nina dan Noh Hujan atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh yang ketiga. Apa yang menarik, ulang tahun perkahwinan tersebut juga bersamaan dengan hari ulang tahun kelahiran Mizz Nina yang ke-34.

Ikhlasnya, bukan mudah mempertahankan rumahtangga selama tiga tahun jika tiada tolak ansur dan sefahaman. Tambah-tambah bagi mereka yang bergelar artis dan selebriti... kerana mereka sering diduga dengan pelbagai dugaan.

Klik gambar untuk imej besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ALHAMDULILLAH - NEELOFA KINI BERHIJAB, TUTUP AURAT

Posted: 01 Jul 2014 02:32 PM PDT



Hidayah Allah SWT ada di mana-mana dan tidak kira masa. Inilah yang berlaku terhadap Neelofa, 25, yang kini terbuka hati untuk menutup aurat dan sekaligus berhijab untuk selamanya.

Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh pengurus Neelofa, iaitu Mohd Amer Shafiq Khalip (Shawn Amer). Katanya, Neelofa membuat keputusan berhijab semalam dan ia merupakan perubahan positif buat pelakon itu.

Klik gambar untuk imej besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories