RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Afiq Muiz Akui Tidak Matang Ketika Bercinta, Doakan Eina Azman Bahagia

Posted: 06 Aug 2014 09:22 PM PDT



4rt6u54
Afiq Muiz akui masih belum matang untuk bercinta.
PETALING JAYA: Pelakon Afiq Muiz mengaku dia tidak matang dan bersikap seperti kebudak-budakkan ketika berkawan dengan pelakon Eina Azman sehingga menyebabkan hubungan tersebut tidak berpanjangan.

Afiq, 21, berkata, pengalaman itu menjadi satu pengajaran buatnya untuk melalui hubungan percintaan pada masa hadapan.

"Saya tidak tahu dia tujukan kenyataan itu kepada siapa kerana bukan saya seorang sahaja lelaki muda yang berkawan dengan dia sebelum ini.

"Namun kalau kepada saya sekalipun, saya akui ketika kami berkawan masing-masing masih terlalu muda dan belum matang lagi, selalu bergaduh dengan perkara-perkara kecil.

"Saya harap dia jadikan perkara itu sebagai pengajaran untuk membina hubungan pada masa akan datang," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Eina Azman bakal berkahwin dengan pilihan hatinya penghujung tahun ini.

Afiq berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu kenyataan yang dibuat Eina kepada Media Hiburan Online iaitu perhubungan dengan orang muda banyak bezanya apabila indivbidu itu gemar berangan-anngan.

Eina dalam laporan tersebut mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda bukan Melayu iaitu Datuk Paduka Gurmet Singh, 35, pada hujung tahun ini.

Dalam pada itu Afiq berkata, dia turut mendoakan bekas kekasihnya itu bahagia dengan pilihan hatinya itu. 
"Saya berasa gembira dengan keputusan dia untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, semoga dia bahagia dengan pilihannya itu," ujar Afiq.

Afiq juga sudah lama tidak berhubung dengan pelakon wanita itu berikutan sibuk dengan kerjaya dan keluarga.

Dalam pada itu, Afiq berkata, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal teman wanita, sebaliknya mahu fokus kepada kerjaya dan keluarga terlebih dahulu.

"Saya masih muda dan belum matang lagi, banyak perkara yang saya sukar untuk berfikir dengan baik.

"Sebab itulah saya malas untuk ada komitmen terutama bila tentang hubungan cinta. Biar sampai saya betul-betul rasa sudah matang dan bersedia untuk berumah tangga baru saya fikir tentang itu," katanya.

Talha Harith Dalami Islam Selepas Terkena Ilmu Hitam

Posted: 06 Aug 2014 09:20 PM PDT



Foto terkini Talha Harith.
PETALING JAYA: Pelakon Talha Harith  mengambil pendekatan untuk lebih banyak mendekatkan diri kepada Allah dan mendalami ilmu agama Islam selepas dua kali terkena penyakit yang disebabkan oleh ilmu hitam.

Talha,25, berkata, penyakit yang dialami itu menyebabkan berat badannya menjadi susut selain ia memberi banyak tekanan lain kepada dirinya.

"Saya kena ilmu hitam tahun lalu sehingga menyebabkan badan saya susut teruk dan mengalami lemah badan serta muntah-muntah.

"Selepas kejadian itu saya banyak mendalami ilmu agama bagi mengubati sendiri penyakit tersebut. Alhamdulillah sedikit demi sedikit kesihatan saya sudah beransur pulih," ujarnya kepada mStar Online, ketika ditemui pada sidang media drama Plan B, di Sri Pentas, di sini, Rabu.

Talha berkata, dia menyedari terkena ilmu hitam pada awal tahun ketika mengusahakan sebuah perniagaan restoran di Setapak.

Perbuatan khianat itu bukan sahaja ditujukan kepadanya, malah rakan perniagaannya yang lain turut mengalami nasib yang sama.

"Ketika saya buka restoran di Setapak dahulu ada restoran lain yang kurang berpuas hati dan merasakan kami mengganggu perniagaan mereka.

"Pada mulanya isteri rakan saya yang menjaga restoran itu terkana dahulu, kemudian rakan saya pula, selepas itu saya turut mengalami kejadian yang sama iaitu hilang selera makan" ujarnya.


Tambah Talha, ketika dia belum pulih sepenuhnya dengan penyakit itu, dia sekali lagi ditimpa kejadian aneh yang dipercayai dilakukan oleh rakan artis.

Perkara tersebut katanya diketahui selepas diberitahu oleh seorang rakan bapanya yang sudah lama terlibat dalam bidang perubatan tradisional.

"Selepas beransur pulih daripada ilmu hitam berkaitan restoran itu datang pula penyakit aneh lain yang mana saya muntah-muntah secara mendadak sehingga tidak boleh makan dan minum.|

Selepas itu seorang rakan bapa saya menghubungi bapa saya dan bertanyakan tentang saya lalu menyuruh saya pergi berubat kerana dia beritahu ada dikalangan rakan baik cemburu dengan saya.

"Bila dia kata begitu saya syak seorang rakan baik saya yang memang pernah berkata tentang perasaan tidak senang hati dengan apa yang saya dapat sekarang.

"Dia kata dia cemburu dengan peluang yang saya dapat sedangkan dia kurang bernasib baik," katanya.

Bagaimanapun, Talha berkata, dia masih lagi dalam proses pemulihan dan kesihatannya ketika ini semakin baik.

Dia akui, pengalaman menderita terkena ilmu hitam itu mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalan melakukan segala hal yang melibatkan individu lain.

Talha juga bersyukur sepanjang melalui pengalaman itu, pengarah dan produksi banyak bertolak ansur kerana memahami keadaannya.

Sementara itu drama Plan B bagi slot Aksi ini bakal keudara bermula 19 Ogos depan setiap Selasa pukul 10 malam di TV3.

Antara pelakon yang terlibat ialah Nur Risteena, Syukri Yahaya, Zoey Rahman dan Beto Kusyairy.

Jue Aziz Rancang Resepsi Kahwin Tahun Depan

Posted: 06 Aug 2014 09:18 PM PDT



Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu memutuskan pernikahan aktres Jue Aziz dengan lelaki warganegara Indonesia iaitu Bayu Pramana Putra Achmal Danial pada 9 Mac lalu di Makassar, Indonesia sah dan mengikut hukum syarak.
KUALA LUMPUR: Pelakon Jue Aziz berhasrat untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan bersama suaminya, Bayu Pramana Putra Achmal pada awal tahun hadapan.

Jue atau nama sebenarnya, Zuliana Abd Aziz, 31, bagaimanapun berkata, buat masa ini dia masih belum mempunyai tarikh tertentu bagi melaksanakan hasrat berkenaan.

"Alhamdulillah selepas urusan pernikahan saya dengan suami selesai di mahkamah, diharap selepas ini tidak lagi dijadikan isu seperti mana sebelum ini.

"Insya-Allah kami bercadang untuk mengadakan majlis resepsi bagi memperkenalkan suami kepada keluarga dan kenalan rapat pada tahun hadapan," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di perkarangan kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan di sini pada Rabu.

Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Rabu memutuskan pernikahan Jue dengan lelaki warganegara Indonesia itu sah dan mengikut hukum syarak.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga di kampung halaman Bayu, 28, di Makassar, Indonesia pada 9 Mac lalu.

Dalam pada itu, Jue berkata, dia seboleh-bolehnya mahu mempercepatkan tarikh bagi mengadakan majlis berkenaan namun kesibukan mereka terhadap kerjaya seni masing-masing membuatkan perancangan itu terpaksa ditunda pada tahun hadapan.

Jue dan Bayu berhasrat untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka.
Jelas Jue, dia juga mahu mengadakan acara itu bagi memenuhi impian ibu dan bapanya yang ingin melihat dia bersanding di kampung halaman ibunya di Nilai, Negeri Sembilan.

"Ikutkan pada saya apa yang penting kita dahulukan mana yang wajib tetapi atas permintaan ibu dan bapa, saya setuju untuk mengadakan majlis resepsi berkenaan," jelasnya.

Sementara itu, Jue berkata, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinan tersebut daripada pengetahuan umum cuma tidak dihebahkan kerana tidak mahu publisiti meluas tentang perkara itu.

Jelas Jue lagi, selepas mendirikan rumah tangga dia tidak pernah menafikan statusnya jika ada pihak yang bertanya malah perkahwinan itu turut mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

"Keluarga restu dan mengetahui tentang pernikahan kami dan tidak pernah kami sorokkan kepada sesiapa yang mengenali cuma ia tidak dihebahkan secara meluas dalam media kerana saya tidak berapa selesa dengan publisiti.

"Bagaimanapun Alhamdulillah berkat Syawal dan doa daripada ibu bapa, semuanya selesai," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Jue berkata, dia dan Bayu bahagia melalui alam perkahwinan mereka dan berharap peminat mendoakan kebahagian mereka.

Bayu ketika diminta mengulas mengenai perkahwinannya dengan Jue secara ringkas memberitahu: "Kami bahagia dan saya sangat cintakannya," katanya yang juga seorang pemuzik.

China haramkan lelaki berjambang naik bas

Posted: 06 Aug 2014 09:14 PM PDT


  • Sekatan kebebasan beragama akan meningkatkan lagi ketegangan di wilayah Xinjiang.Sekatan kebebasan beragama akan meningkatkan lagi ketegangan di wilayah Xinjiang.
BEIJING - CHINA.  Pihak berkuasa Karamay di wilayah Xinjiang, China telah mengharamkan penduduk berjambang atau berpakaian Muslim menaiki bas awam dan mereka yang mengingkari arahan akan ditahan.

Menurut laporan media Karamay Daily, mereka yang memakai niqab, hijab, burka atau sebarang pakaian yang mempunyai simbol bintang dan bulan sabit dilarang mengambil bas tempatan untuk ke mana-mana di sekitar bandar.

Jurucakap Kongres Uyghur Dunia (WUC) Dilxat Reaxit berkata, pengharaman tersebut mendorong kemarahan kumpulan hak asasi manusia luar negara dan menyifatkan sekatan ke atas kebebasan agama dan budaya masyarakat minoriti Islam Uighur telah mencetuskan
ketegangan.

"Sekatan yang dikenakan oleh Karamay adalah langkah diskriminasi biasa yang menambahkan lagi ketegangan antara Uighur dan Beijing,"katanya dipetik Channel News Asia

Difahamkan, keputusan terbabit dikeluarkan sehari selepas ketua masjid terbesar di China yang dilantik kerajaan terbunuh selepas mengimamkan solat subuh di bandar Kashgar.

Ramadan lalu, kerajaan China menguatkuasakan larangan berpuasa ke atas pelajar dan kakitangan kerajaan selain telah menggalakkan penduduk tempatan di wilayah terbabit tidak memakai tudung.

My Kifayah tarik minat bukan Islam

Posted: 06 Aug 2014 09:10 PM PDT


  • Carta jenis perkhidmatan yang ditawarkan.Carta jenis perkhidmatan yang ditawarkan.
MY KIFAYAH Clixster Mobile optimis untuk mencapai 500,000 pelanggan setiap bulan.

Pengasasnya Mohd Saruji Afandi berkata, sasaran itu  akan dapat dicapai memandangkan perkhidmatan khairat kematian yang ditawarkan khas untuk pengguna talian mudah alih Clixster mendapat sambutan.

"Alhamdulillah, apa yang dicapai oleh My Kifayah pada hari ini sangat menggalakkan dan di luar jangkaan.

"Kami berjaya menarik 50,000 pelanggan dalam masa kurang daripada setahun sejak ia dilancarkan pada 28 Ogos 2013 ," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Clixster Mobile di Sri Hartamas.

Menurutnya, perkhidmatan ini tidak hanya tertumpu kepada agama Islam malah turut dibuka kepada bukan Islam.

"My Kifayah tidak merujuk kepada perkhidmatan untuk orang Islam semata-mata. Ia hanya satu nama Islamik dan perkhidmatan ditawarkan boleh diguna pakai untuk semua masyarakat tidak kira agama.

"Setakat ini, kami sudah berjaya menarik lebih kurang 2,000 pengguna bukan Islam untuk melanggan perkhidmatan ini. Saya percaya, dengan adanya sokongan daripada pengguna bukan Islam, sasaran yang kami tetapkan akan berjaya dicapai," katanya.

Perkhidmatan My Kifayah menawarkan dua pakej eksklusif dengan dengan harga yang mampu dan berpatutan serta dikenakan yuran tahunan RM2.

"Bagi pakej pertama, pelanggan akan dikenakan bayaran RM2.50 dan bayaran itu akan terus dipotong daripada tambah nilai yang dibuat pada setiap bulan. Pakej pertama akan menyediakan RM1,000 tunai kepada waris si mati, khatam Al-Quran dan tahlil
untuk si mati, perkhidmatan kenderaan darat untuk penghantaran jenazah, memastikan si mati dimandikan oleh waris terutamanya zuriat tetapi akan dipantau oleh pihak yang berkelayakan dan akan melengkapkan urusan jenazah sekiranya jenazah tidak mempunyai waris.

"Bagi pakej kedua, pemotongan tambah nilai RM3.50 akan dilakukan pada setiap bulan. Pakej ini menawarkan wang tunai sebanyak RM1,000 tunai kepada waris, khatam Al-Quran dan tahlil untuk si mati, upah haji, satu bahagian korban di Makkah, perbelanjaan tahlil sebanyak RM500 dan juga pemberian sagu hati kepada waris," katanya sambil menambah pelanggan yang bukan beragama Islam akan menerima wang tunai sahaja iaitu RM2,000 untuk pakej pertama dan RM3,000 bagi pakej kedua.

Perkhidmatan ini walau bagaimanapun hanya ditawarkan kepada mereka yang berumur 18 sehingga 65 tahun.

"Selepas 65 tahun, perkhidmatan ini akan luput secara automatik.

"Jika kematian, waris hendaklah memaklumkan kepada kami melalui talian 24 jam yang disediakan dan jika gagal berbuat demikian, pihak kami tidak akan menerima sebarang maklumat dan urusan khairat kematian ini tidak dapat dijalankan. Jadi, sekali lagi ia akan luput secara automatik," katanya.

Ditanya mengenai harapan dan juga perancangan masa depan perkhidmatan ini, beliau yakin untuk menembusi pasaran negara-negara luar.

"Selepas berjaya mencapai sasaran dalam Malaysia, kami akan mengembangkan perkhidmatan tersebut ke negara-negara Islam lain contohnya di Indonesia, Brunei, Singapura dan lain-lain negara jiran.

"Saya berharap perkhidmatan ini dapat diterima dan dimiliki oleh semua masyarakat tidak mengira agama memandangkan apa kami lakukan amat bertepatan dengan konsep kehidupan manusia yang akhirnya akan menemui ajal," katanya.

Uqasha, hijab dan Aidilfitri

Posted: 06 Aug 2014 08:59 PM PDT


UQASHA menegaskan hijab menjadi pelengkap hidupnya.


SEBETULNYA masih ada banyak kisah menarik yang belum pernah dikongsikan pemilik nama Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen.
Berkisar cerita lebaran, penghijrahan mahupun isi hati. Dalam rangka jadual kerja yang sangat sibuk, Uqasha membenarkan sedikit ruang masanya diketuk Kosmo! untuk sebuah sesi fotografi dan temu bual.
Membuka bicaranya, Uqasha, 22, teruja berkongsi cerita dan persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini.
Sebagai individu yang sudah berhijab, perasaan meraikan lebaran bersama keluarga tahun ini dicuit sekelumit rasa keinsafan.
"Suci fitrah mendalam maknanya, hadirnya perasaan untuk bersederhana dalam setiap perilaku dan menyisihkan segala titik hitam yang lampau antara erti yang boleh saya kongsikan.
"Seboleh-bolehnya saya mahu keluar daripada segala lingkaran kontroversi dan kisah yang tidak enak mengenai diri saya.
"Tambah pula selepas berhijab saya masih mencari-cari kedamaian dalaman yang selama ini saya sukar temui.
"Aidilfitri bulan kemaafan dan menyucikan hati. Alhamdulillah saya dipertemukan lagi dengan dua bulan penuh keberkatan tahun ini, Ramadan dan Syawal," ulas Uqasha mengukir sekuntum senyum manis.
Mula bertudung
Uqasha membenarkan cerita hijrahnya dibuka kembali. Biar cerita itu sudah berlalu sepurnama, Uqasha tidak melihat cerita itu patut menjadi pokok bicara secara universal kerana itu urusannya dengan Allah.
"Terdetik hati saya untuk memakai tudung kerana mahu menjadi seseorang yang lebih baik dan sejak bulan Januari tahun ini, saya mendapat satu alamat kuat daripada Allah untuk saya menutup aurat dan mendalami erti sebenar wanita muslim.
"Saya mula diberikan watak bertudung dan lama-kelamaan, saya menjadi selesa. Hati terbuka untuk memakai tudung walau saya mengambil masa yang lama untuk memikirkan sedalam-dalamnya keputusan ini.
"Dilemanya, kerana saya berada dalam bidang hiburan dan masih baharu. Namun bagi saya, ini satu kewajipan malah setiap perkara baik itu bersifat terpaksa. Lama-kelamaan, perasaan itu makin kuat dan dekat di hati saya," jelasnya.
Titik perubahan Uqasha bermula ketika penggambaran drama bersiri Kalau Itu Jodoh Kita di Gold Coast, Australia.
Sepulangnya dari penggambaran bersama pelakon lain antaranya, Anzalna, Qi Razali dan Pekin Ibrahim, Uqasha kian selesa dan sentiasa mengenakan hijab setiap kali keluar dari rumah. Kata Uqasha, hijab menjadi pelengkap hidupnya.
Jangan menghukum
Bekas pramugari syarikat penerbangan tambang murah itu memberitahu, keluarganya terkejut dengan perubahannya dan sentiasa berdoa agar dia istiqamah dengan keputusan dan tindakan yang telah dia sendiri putuskan itu.
Ditebak persoalan mengenai kesesuaian watak dan syarat yang diletakkan selepas dia berhijab, kata Uqasha ringkas kualiti itu bukan dinilai berdasarkan penampilan.
"Saya tidak hadkan diri saya untuk watak protagonis semata-mata sejak saya mula bertudung, tapi andai ada peranan hitam yang perlu saya lakonkan biarlah berpada-pada dan tidak keterlaluan dengan imej saya sekarang," tegasnya.
Skeptikal sesetengah masyarakat hingga menghukum sesetengah artis yang memilih untuk berhijrah kerana mengikut trend terkini, Uqasha memberikan reaksi terhadap perkara itu.
"Sama sekali saya tidak bersetuju mengenai pandangan tersebut kerana bertudung dan menutup aurat merupakan satu kewajipan setiap wanita beragama Islam. Alhamdulillah, selepas berhijab saya rasa tenang dan terjaga," ujarnya.
Jejaka patuh agama
Uqasha masih bertatih, pintanya agar semua pihak menghormati keputusannya untuk berhijab dan tidak meletakkan penilaian atau ekspektasi luar jangka.
"Mungkin ada bahagian tertentu saya masih kurang, saya masih belajar dan sedang berusaha untuk menjadi insan yang terpelihara daripada anasir tidak baik. Beri saya peluang," getusnya yang masih belajar aspek berpakaian yang sempurna.
Pernah beberapa kali melalui episod duka dalam perhubungan, Uqasha menjelaskan, dia tidak pernah menyimpan sebarang dendam dengan individu yang sebelum ini pernah mengisi sebelah jiwa dan hatinya.
"Saya tidak simpan dendam. Kalau sudah tertulis bukan jodoh saya, apa yang boleh saya lakukan. Banyak yang saya pelajari daripada kegagalan perhubungan sebelum ini.
"Saya belajar untuk menyayangi diri sendiri dulu sebelum sayang orang lain dan saya mengakui, ada antaranya tercetus kerana silap saya sendiri.
"Hasrat hati saya untuk memperbaiki diri terus berjalan ke hadapan," tambahnya yang mahukan lelaki yang mempunyai asas ajaran agama Islam.
Balik Kelantan
Beralih kisah ke lembaran Aidilfitri, cerita Uqasha penuh teruja, dia sekeluarga meraikan kemuliaan lebaran di kampung keluarganya di Kelantan.
Kongsi Uqasha, keseronokan menyambut Aidilfitri di sana sangat meriah dan di kampung halaman itu juga tersimpan sejuta memori ketika zaman kecilnya bersama adik-beradik.
"Kami sekeluarga memandu untuk pulang ke Kelantan tahun ini, di sana semua berhimpun beramai-ramai tahun ini.
"Cuma tahun ini, raya saya kurang bermakna setelah nenek saya, Fatimah Jusoh meninggal dunia tahun lalu dan suasana kampung juga tidak serancak tahun-tahun sudah," katanya.


Jehan Miskin balik Korea Selatan setahun sekali

Posted: 06 Aug 2014 08:58 PM PDT



JEHAN dan isteri, Julie Camelia Rhee bergambar kenangan bersama keluarga isterinya ketika melawat Korea Selatan baru-baru ini.


BERTEMU dengan pelakon, pengarah dan penerbit, Jehan Miskin baru-baru ini pada majlis pelancaran drama bersiri terbaharu arahannya yang berjudul Seludup di KL Life Center, Kuala Lumpur, tubuhnya kelihatan sedikit berisi.
Tersenyum manis ketika disapa pihak media, Jehan, 34, mengakui berat badannya semakin bertambah sejak bergelar suami kepada Julie Camelia Rhee, 30, yang dinikahi pada Mei tahun lalu.
Bahagia dengan kehidupannya hari ini, Jehan memberitahu, Seoul, Korea Selatan tempat asal isterinya, kini umpama rumah keduanya.
"Sebelum berkahwin saya pernah melawat Korea Selatan tetapi sebagai pelancong. Bagaimanapun, setelah berkahwin perasaannya agak berbeza.
"Saya baru sahaja pulang dari Jepun dan Korea Selatan untuk melawat keluarga isteri.
"Sekarang, pergi ke mana sahaja di Korea Selatan saya tidak perlu menempah pemandu pelancong kerana terdapat ramai ahli keluarga isteri yang secara sukarela membawa saya berjalan-jalan di sana.
"Bukan setakat berjalan-jalan, saya juga akan diperkenalkan kepada seluruh ahli keluarga. Alhamdulillah, mereka menerima kehadiran saya dengan baik," katanya.
Ucap Jehan, disebabkan Korea Selatan sudah menjadi rumah kedua atau kampung halaman baharu buatnya, Jehan bercadang untuk pulang ke negara berkenaan setahun sekali sebagai rutin keluarga mereka.
"Sebolehnya, saya mahu pulang ke sana setahun sekali menjenguk keluarga isteri. Seronok berada di sana walaupun makanan dan budayanya sangat berbeza," tutur Jehan.
Bercakap tentang Aidilfitri pada tahun ini, Jehan memberitahu, kini isterinya menetap sepenuhnya di Kuala Lumpur dan mereka meraikan sambutan raya bersama di Malaysia.
"Sama seperti saya, isteri juga sudah dapat menerima budaya Malaysia dengan baik. Raya tahun ini merupakan kali kedua sebagai suami isteri.
"Rasanya lebih seronok kerana saya akan mengambil cuti yang tidak berapa panjang tetapi akan habiskan masa itu bersama keluarga," katanya yang akan kembali ke set penggambaran Seludup selepas sambutan Aidiltri kali ini.
Seludup taruhan terbaharu Jehan
Seludup dihasilkan selepas kejayaan drama bersiri terbitannya sebelum ini, What If yang disiarkan di 8TV.
Drama 13 episod yang diterbitkan oleh syarikat miliknya, Mastermind Group Sdn. Bhd. itu akan mula ditayangkan di saluran Astro Prima pada 5 Disember depan.
"Sebenarnya, idea untuk menghasilkan Seludup datang pada tahun lalu. Waktu itu saya banyak membaca topik berkenaan penyeludupan di akhbar dan internet.
"Bagi saya, penyeludupan satu isu yang serius dan menarik untuk dikupas.
"Saya sedar isu ini agak sensitif kerana ia melibatkan banyak pihak, sebab itu saya bertemu dengan pihak berkuasa seperti Kastam untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas," katanya.
Namun begitu, drama yang mempertaruhkan bakat lakonan Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Raja Ilya dan Shafie Naswip itu bukan suatu dokumentari.
Sebaliknya jelas Jehan, Seludup sama seperti drama lain yang mempunyai nilai hiburan dan sarat dengan pelbagai konflik.
Cuma, subjek dalam drama arahannya itu berkisar tentang penyeludupan.
"Saya tidak mahu penonton keliru. Walaupun subjek yang saya pilih agak berat dan serius tetapi saya akan olah supaya ia menarik.
"Selain berhibur, penonton juga dapat mesej sebaliknya iaitu jauhi penyeludupan. Ini kerana dalam tidak sedar ramai yang menyokong industri penyeludupan.
"Jika tidak ada permintaan yang tinggi, industri penyeludupan tidak akan hidup," ucapanya penuh serius.
Apabila disoal sudah bersediakah dia untuk berhadapan dengan risiko sekiranya diganggu oleh mereka yang melihat usahanya sebagai ancaman kepada industri penyeludupan, jawab Jehan: "Saya tidak rasa drama ini akan membuatkan mereka yang terlibat dalam aktiviti itu berasa terancam.
"Ini hanyalah drama dan saya selitkan mesej supaya masyarakat sedar akan perkara ini.
"Memang akan ada risiko tetapi saya kena buat juga bagi memberi kesedaran kepada semua.
"Rasanya tidak akan jadi masalah besar kerana drama ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. Walaupun tersirat dengan mesej tetapi ia sarat dengan hiburan."


Manusia purba 6,500 tahun ditemui di muzium

Posted: 06 Aug 2014 08:56 PM PDT



MUZIUM UNIVERSITI PENNSYLVANIA
BENTUK rangka tulang manusia purba itu


PHILADELPHIA - Sebuah muzium arkeologi di Amerika Syarikat (AS) menemui semula satu rangka manusia purba berusia 6,500 tahun yang berada di dalam sebuah bilik sejak beberapa dekad lalu.
Pengumuman mengenainya dibuat oleh pihak pengurusan muzium tersebut, Muzium Universiti Pennsylvania Penn di sini kelmarin.
"Rangka manusia yang masih sempurna itu ditemui di kota purba Ur, selatan Iraq (kini bandar Nasiriyah) pada tahun 1930 dan disimpan di dalam sebuah kotak yang menyerupai keranda" menurut kenyataan muzium berkenaan.
Pengurus projek Muzium Universiti Pennsylvania Penn, William Hafford berkata, beliau sedang menyemak senarai artifak ekskavasi berkenaan apabila mendapati terdapat satu rangka manusia di dalam sebuah bilik di muzium berkenaan.
Hafford kemudian menghubungi ketua kurator muzium itu, Janet Monge yang mengesahkan terdapat satu rangka manusia tidak berlabel di dalam bilik simpanan bawah tanah bangunan tersebut.
"Kami menemui dan membuka kotak itu, ternyata ia menyimpan rangka manusia seperti yang dinyatakan dalam inventori tersebut," kata Hafford.
Menurutnya, rangka itu adalah milik seorang lelaki sasa berusia 50 tahun dengan ketinggian 1.75 meter.
"Rangka manusia sempurna dari era tersebut yang dikenali sebagai Zaman Ubaid (5,500 hingga 4,000 tahun Sebelum Masihi) amat jarang ditemui antara lain kerana keadaan tanah di rantau berkenaan menyebabkan mayat cepat mereput," jelas Monge.


Buaya baham ikan jerung di Australia

Posted: 06 Aug 2014 08:55 PM PDT




SEEKOR buaya membaham seekor ikan jerung di Taman Negara Kakadu, Adelaide kelmarin.


ADELAIDE - Sekumpulan pelancong di Australia menyaksikan peristiwa ganjil buaya gergasi berusia 80 tahun membaham seekor jerung , lapor akhbar MailOnline semalam.
Peristiwa yang jarang dilihat itu dirakamkan oleh seorang lelaki dari Sydney, Andrew Paice ketika dia dan keluarganya menaiki sebuah bot menyusuri Sungai Adelaide dalam Taman Negara Kakadu dekat sini kelmarin.
Semasa dalam perjalanan pulang ke jeti, mereka terserempak dengan seekor buaya gergasi sepanjang 5.5 meter membaham seekor ikan jerung.
Buaya nama Brutus itu popular dalam kalangan pelancong di utara Australia.
"Peristiwa itu menakjubkan kerana kami selama ini tidak pernah menyangka ikan jerung akan menjadi makanan buaya.
"Kami dan pelancong lain dibawa menyusuri sungai itu untuk melihat buaya dan tidak terfikir terdapat ikan jerung di dalam sungai tersebut," kata Paice.
"Ikan jerung itu masih hidup, haiwan tersebut meronta-ronta ketika berada pada rahang Brutus," tambahnya.
Menurut Paice, ikan jerung itu memiliki panjang antara satu hingga 1.5 meter.
Saya melihat kejadian ini bersama kira-kira 25 pelancong lain," katanya.


Nenek kahwin teruna 30 tahun lebih muda

Posted: 06 Aug 2014 08:53 PM PDT



MOHD. NOR RAIS bersama isterinya, Fatimah menunjukkan sijil nikah selepas diijab kabul di Masjid Al-Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Perbezaan usia 30 tahun tidak menghalang seorang lelaki bujang, Mohd. Nor Rais Razali, 27, untuk memilih wanita lebih berusia, Fatimah Abdul Rahman, 57, sebagai suri hidupnya selepas bercinta selama enam tahun.
Jodoh pasangan tersebut termeterai setelah mereka dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Jurunikah, Ustaz Abdullah Shahril Mohamed Yusof di Masjid Al-Khadijah, Pantai Dalam di sini, kira-kira pukul 9.45 malam kelmarin.
Majlis yang diadakan secara sederhana itu diserikan dengan kehadiran kaum keluarga sebelah pengantin perempuan.
Fatimah yang merupakan nenek kepada tiga cucu dan dikurniakan tiga anak berusia antara 21 hingga 33 tahun memberitahu, dia tidak pernah menjangkakan hubungannya selama lebih enam tahun dengan Mohd. Nor Rais berakhir di jinjang pelamin.
"Kami mula berkenalan ketika sama-sama bekerja di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya.


"Saya Tidak Bersalah" - Ramona Zamzam

Posted: 05 Aug 2014 11:32 PM PDT


Ramona Zamzam sudah jangka akan dituduh sebagai orang ketiga dalam hubungan Dazrin dan Amyra.
PETALING JAYA: Pelakon Ramona Zamzam menjelaskan hubungannya dengan pelakon Dazrin Kamaruddin renggang selepas kontroversi gambar mesra mereka yang dimuat naik di laman Instagram dicerca peminat.

Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 24, berkata, disebabkan perkara itu, dia langsung tidak berhubung dan bertegur sapa dengan Dazrin kerana begitu marah dengan cercaan itu.

"Saya terkejut mendengar berita tentang Dazrin dan tunangnya Amyra Rosli membatalkan perkahwinan mereka dan saya sudah menjangkakan akan menjadi mangsa dituduh sebagai pihak ketiga kerana saya orang terakhir yang digosipkan dengan dia.

"Saya tidak takut berhadapan dengan media kerana saya tidak bersalah dalam hal ini, selepas gambar kami menjadi isu saya sangat marah dan tidak berhubung langsung dengan Dazrin hingga hari ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Dazrin dan Amyra membatalkan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos ini.

Ramona berkata demikian ketika diminta mengulas apabila namanya dikaitkan sebagai punca pembatalan majlis perkahwinan pelakon Dazrin dan Amyra Rosli yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat ini.

Pada dua minggu lalu, gambar Ramona dengan Dazrin di lokasi penggambaran telefilem Bingkai Kaca,menjadi kontroversi apabila Ramona dikatakan mengganggu hubungan pasangan berkenaan.

Gambar yang menjadi punca kontroversi ini telah dipadam daripada akaun Instagram Ramona selepas dihentam oleh peminat.

Tambah Ramona, dia tidak pernah beniat untuk mengganggu hubungan tersebut malah sudah mengenali Dazrin sejak beberapa tahun sebelum dia mengikat tali pertunangan dengan Amyra lagi.

Jelasnya, gambar tersebut juga bukanlah aksi yang keterlaluan sebaliknya gambar ketika di lokasi penggambaran yang mana ketika itu Dazrin datang membawa shisha.

"Saya dan Dazrin sudah kenal lama sejak saya masuk dalam industri lagi malah kami sering kali digandingkan untuk berlakon bersama sebagai pasangan kekasih.

"Kalau benar-benar saya ingin menganggu hubungan mereka ia pasti sudah lama berlaku, apa yang saya marah apabila peminat Amyra menghentam saya di Instagram dengan pelbagai kata-kata kesat sehingga saya terpaksa padamkan gambar tersebut agar ia tidak berpanjangan," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada dia ada berhubung dengan Amyra selepas kejadian itu, Ramona berkata, dia tidak mengenali wanita itu secara dekat dan mereka tidak pernah berhubung.

Jelasnya, biarpun sering dihentam oleh segelintir peminat Amyra di laman sosial, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan wanita itu.

"Lepas gambar tu keluar Amyra senyap sahaja, dia tidak pula hubungi saya untuk minta penjelasan jika dia tidak puas hati tentang gambar berkenaan," katanya.

Isteri Tak Muncul, Proses Sulh Awie & Rozana Gagal

Posted: 05 Aug 2014 11:31 PM PDT


Awie memberitahu tiada perbincangan berlangsung pada rundingan Sulh ekoran isterinya, Rozana Misbun gagal hadir pada perjumpaan tersebut.
KUALA LUMPUR: Proses Sulh di antara vokalis kumpulan Wings, Awie dan isterinya, Rozana Misbun gagal selepas wanita berkenaan tidak hadir pada rundingan yang berlangsung di Pejabat Sulh, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Rabu.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, dia tidak mengetahui punca sebenar kegagalan isterinya itu hadir ke mahkamah dan hanya dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi pesanan faksimili kepada peguamnya, Mohd Hafizal Parcho pada Selasa lalu.

"Saya tidak boleh komen apa-apa kerana dia (Rozana) tidak hadir dan tiada sebarang perbincangan berlaku dalam pejabat Sulh tadi.

"Saya sendiri tidak pasti puncanya mungkin dia 'datang bulan' kot," katanya kepada mStar Online ketika ditemui diperkarangan mahkamah.

Proses sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak yang terlibat dalam sesuatu pertikaian, yang melibatkan satu atau lebih tuntutan dengan dikendalikan oleh pegawai sulh.

Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie.

Rozana tidak hadir pada proses Sulh yang berlangsung di Pejabat Sulh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.
Dalam pada itu, peguam Awie, Mohd Hafizal memberitahu, rundingan tersebut sepatutnya diadakan bagi membincangkan mengenai soal hak penjagaan anak secara kekal (hadanah) terhadap tiga anak mereka.

Jelas Mohd Hafizal, ekoran kegagalan Rozana hadir pada rundingan tersebut, pihak mahkamah menetapkan 3 September ini untuk sebutan kes berkenaan untuk dibicarakan.

"Rundingan pada hari ini sepatutnya berkenaan soal anak tetapi ia gagal kerana pihak defendan (Rozana) tidak menghadirkan diri tanpa memberikan sebab tertentu dan notis telah diberikan kepadanya pada 24 Julai lalu.

"Tidak akan ada kali kedua atau ketiga proses sulh dan kes berkenaan akan disebut di mahkamah pada 3 September," katanya.

Selain Awie selaku plaintif dan Mohd Hafizal, proses Sulh yang berlangsung selama 10 minit itu turut dihadiri oleh Pegawai Sulh, Surayah Ramli.

Awie pada 22 Julai lalu berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga mereka daripada Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.

Mahkamah turut membenarkan permohonan injunksi oleh Awie untuk menghalang Rozana, 36, daripada mendekati atau menghubunginya dan anak-anak mereka dalam apa jua cara sekalipun.

Terdahulu Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.

Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.Sehubungan itu mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Rozana juga telah membuat tiga laporan polis di Balai Polis Daerah Brickfields berhubung kejadian yang berlaku keatasnya termasuklah ancaman halangan untuk berjumpa tiga anak kandungnya.

"Banyak Hati Perlu Dijaga" - Ibu Amyra Rosli

Posted: 05 Aug 2014 11:30 PM PDT


Dazrin dan Amyra sepatutnya bernikah pada Jumaat ini di Puchong, Selangor.
PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon Amyra Rosli iaitu Noor Zaridah Ahmad mahu menjaga hati keluarga Dazrin Kamaruddin apabila membuat keputusan mengunci mulut mengapa perkahwinan anaknya dengan pemuda berkenaan pada Jumaat ini dibatalkan.

Noor Zaridah berkata, biarlah pihaknya sekadar membuka mulut bagi memaklumkan majlis berkenaan dibatalkan tanpa menjelaskan sebab-sebabnya.

"Maafkan Kak Noor kerana tidak boleh bercerita lanjut mengenai punca pembatalan tersebut kerana tidak mahu isu itu berpanjangan sehingga menimbulkan macam-macam konflik kerana banyak hati yang perlu dijaga.

"Cukuplah sekadar pihak kami memaklumkan pernikahan mereka dibatalkan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Majlis pernikahan Dazrin, 26, dan Amyra atau nama sebenarnya Amyra Izzati Rosli, 23, sepatutnya berlangsung di Puchong dekat sini terpaksa dibatalkan pada saat-saat terkahir atas sebab-sebab peribadi.

Pasangan berkenaan menjalinkan hubungan sejak Februari tahun lalu sebelum mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos tahun yang sama.

Dalam pada itu, Noor Zaridah berkata, dia juga ingin menjaga hati keluarga pihak Dazrin yang turut menerima kesan daripada kejadian tersebut.

Noor Zaridah


Dia juga dia tidak mahu butiran mengenai isu tersebut akan mengeruhkan hubungan keluarga kedua-dua belah pihak yang masih kekal baik biarpun pasangan berkenaan tidak jadi berkahwin.

"Jika macam-macam cerita keluar pasti akan menjadi lebih keruh dan apa pula kata pihak keluarga sebelah lelaki nanti dan itu yang Kak Noor ingin elakkan daripada berlaku.

"Biarlah kami sahaja yang tahu apa tentang sebab sebenar kejadian ini berlaku," jelasnya.

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan yang telah dilakukan oleh pihak perempuan, Noor Zaridah enggan mengulas mengenai perkara berkenaan.

"Apa yang boleh saya ulas persiapan yang dibuat belum sampai tahap kad diedarkan kepada tetamu dan butiran lain saya tidak boleh komen," ujarnya.

Ditanya pula mengenai hubungan anaknya dengan Dazrin selepas pernikahan mereka dibatalkan Noor Zaridah sekadar berkata; "Mereka telah membatalkan perkahwinan, jadi...," ujarnya yang seolah-olah menggambarkan pasangan itu juga sudah tidak sehaluan lagi.

Masalah Zizan Razak & Bekas Pengurus Masih Gagal Selesai

Posted: 05 Aug 2014 11:29 PM PDT


Zizan Razak.
PETALING JAYA: Bekas pengurus kepada Zizan Razak iaitu Marina Juki memberitahu pihaknya gagal untuk bertemu dengan aktor itu yang sepatutnya berlangsung sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu bagi menyelesaikan kemelut syarikat pengurusan artis kendalian mereka iaitu Wirefame Sdn. Bhd.

Marina bagaimanapun berkata, perjumpaan itu tetap diteruskan dengan hanya dihadiri oleh peguam kedua-dua belah pihak sahaja.

"Saya masih belum dapat bertemu dengan Zizan kerana dia sibuk dengan kerjaya seni tambahan pula waktu itu sudah hampir dengan sambutan Hari Raya.

"Hanya peguam kami yang berbincang tentang beberapa perkara yang menjadi pertikaian pada perjumpaan tersebut," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Zizan sebelum ini bertindak membekukan dua akaun milik syarikat tersebut sehingga ia tidak dapat beroperasi termasuk bayaran artis di bawah naungannya tersekat.

Artis-artis Wirefame ialah Johan As'ari, Kaka Azraff dan Chacha Maembong.
Marina akan memaklumkan perkembangan mengenai syarikat pengurusan Wirefame Entertainment selepas ia selesai.
Dalam pada itu, Marina berkata, dia masih belum mengetahui hasil yang diperoleh selepas perjumpaan peguam kedua-dua belah pihak.

Jelas Marina, dia hanya akan memberi kenyataan selepas berjumpa sendiri dengan Zizan untuk menyelesaikan kemelut di antara mereka yang sudah berlarutan hampir enam bulan.

"Saya baharu sahaja masuk ke pejabat hari ini (Selasa) dan belum berpeluang bertemu dengan peguam saya untuk mendengar penjelasan berhubung perjumpaan dengan pihak Zizan.

"Bagaimanapun saya hanya akan memberikan kenyataan selepas dapat berjumpa sendiri dengan Zizan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku," katanya.

Tambah Marina, mereka masih belum menetapkan tarikh baharu untuk duduk semeja bagi menyelesaikan masalah tersebut kerana Zizan masih bercuti.

Dunia Artis Jadi Punca Johan As'ari Lupa Diri

Posted: 05 Aug 2014 11:29 PM PDT


Johan (kanan) merakamkan gambar bersama Hisyam Hamid di Krabi, Thailand.)
PETALING JAYA:  Pelakon Johan As'ari mendedahkan dunia artis yang diceburinya telah membawa kemudaratan sehingga menyebabkan dia lupa diri dan meninggalkan solat.

Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari, 28, berkata, selepas drama pertamanya berjudul Juvana dan Cinta Elysa mendapat sambutan hangat daripada penonton, dia mula mengabaikan diri terhadap perintah Allah.

"Dahulu saya seorang yang cintakan ilmu dan sanggup menggambara ke Batam dan Jambi, Indonesia berbulan-bulan bagi mendalami pengetahuan Islam. Kemudian saya balik ke Malaysia dan belajar di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUiM) dalam jurusan kaunselor, selepas itu saya mendapat tawaran berlakon.

"Sekelip mata saya terus jadi popular yang saya langsung tidak pernah terfikir. Daripada situ saya sedikit demi sedikit berubah dan seronok dengan populariti yang saya kecapi hingga lupa untuk sembahyang dan berzikir yang dahulunya memang menjadi amalan saya," katanya dalam satu kiriman mesej menerusi apliaksi WhatsApp kepada mStar Online, pada Selasa.

Johan (kanan) dan Hisyam Hamid menjalani penggambaran di Krabi, Thailand.

Johan ketika ini berada di Krabi, Thailand kerana menjalani penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid.

Dalam pada itu kata Johan, kemewahan dan kehidupan dunia glamor yang diraihnya selama ini membuatkan jiwanya berasa kosong selain hati tidak tenang berbanding sebelum bergelar artis.

Bagaimanapun dia tiba-tiba didatangi perasaan insaf dan sedar terhadap kealpaan itu ketika menjalani penggambaran drama di Krabi yang mana ia itu turut dikongsi dalam Instagram miliknya pada pagi Selasa.

"Ya, pagi tadi (Selasa) saya benar-benar sedar dan menangis meminta keampunan daripada Allah S.W.T. Selama ini Allah banyak kali beri teguran melalui beberapa kejadian yang menimpa saya, namun hati saya sudah mati dan tidak menyedarinya.

"Alhamdulillah ketika bangun pagi tadi tiba-tiba saya rasakan taufik dan hidayah Allah meminta saya bertaubat untuk kembali ke jalanNya semula.

"Saya berniat untuk kembali semula untuk belajar seperti dahulu dan mendalami ilmu agama agar hati saya tidak tersasar," katanya.

Dalam pada itu, Johan berkata, dia tidak berniat untuk mengundurkan diri daripada dunia seni, sebaliknya berusaha untuk mengimbangkan antara kerjaya seninya dan tuntutan akhirat.

Ezany Dedah Rahsia Rumah Tangga Goyang Sejak 7 Tahun Lalu

Posted: 05 Aug 2014 11:28 PM PDT


Ezany mendedahkan masalah rumah tangganya berlaku sejak awal perkahwinan mereka kira-kira tujuh tahun lalu.
SHAH ALAM:Pelakon Ezany Nizariff mendedahkan rumah tangganya bersama Lizda Nuryanti Abidin, 32, mula bermasalah sejak awal perkahwinan mereka lagi iaitu kira-kira tujuh tahun lalu.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 41, berkata, sepanjang tempoh tersebut dia cuba bertahan bagi menyelamatkan perkahwinan tersebut dan menganggap kemelut yang berlaku kini berada di tahap kritikal dan sudah tidak dapat untuk diselamatkan.

"Masalah bukan berlaku baru-baru ini tetapi sejak awal perkahwinan kami lagi tetapi sebagai seorang suami saya cuba bertahan untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

"Sepanjang tempoh itu saya banyak bersabar sehinggalah hadirnya saya ke mahkamah pada hari ini (semalam)," katanya kepada mStar Online.

Gambar kenangan Ezany bersama isterinya.

Ezany ditemui selepas sebutan pertama permohonan cerai secara baik yang difailkan Lizda di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling dekat sini pada Isnin.

Pada prosiding tersebut, Ezany selaku defendan tidak bersetuju untuk bercerai secara baik sebaliknya membuat permohonan nusyuz terhadap isterinya itu yang difailkan pada  pada 22 Julai lalu. Kes bersambung pada 3 September depan.

Dalam pada itu, Ezany enggan mendedahkan punca sebenar konflik yang berlaku dalam rumah tangganya kerana khuatir masalah sedia ada akan bertambah buruk sehingga memberi kesan kepada prosiding di mahkamah.

Jelas Ezany, cukuplah sekadar beberapa berita mengenai konflik rumah tangganya sebelum ini sudah menjadi perhatian umum dan baginya ia sudah memberi gambaran mengenai apa yang berlaku dalam perkahwinan mereka.

"Banyak benda yang tidak boleh saya perkatakan secara terbuka kerana ia terlalu peribadi dan saya juga tidak berniat untuk membuka keaiban mana-mana pihak," ujarnya.

mStar Default Image
Ezany bersama beberapa dokumen untuk digunakan semasa perbicaraan kesnya di mahkamah nanti.

Pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus selepas Ezany mengakui isterinya minta diceraikan sebelum dia membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada 17 Julai lalu.

Ezany ketika itu memberitahu dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama tiga hari.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.

Chacha Maembong Terkejut Dituduh Kurang Ajar Kerana Baju

Posted: 05 Aug 2014 11:27 PM PDT


Chacha menafikan tuduhan buat perangai di lokasi penggambaran.
PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong terkejut dituduh bersikap kurang ajar dengan menghayunkan beg tangan ke kepala pelakon lain hanya kerana tidak berpuas hati dengan baju yang terpaksa dipakai.

Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, insiden sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang kerjayanya sebagai artis.

"Cerita itu tidak benar sama sekali, saya ingin bercakap dengan pelakon lain pun ada kalanya saya malu, inikan pula sampai tergamak menghayunkan beg tangan. Saya tidak mungkin bersikap kurang ajar seperti itu.

"Saya ini jenis yang tidak pernah kisah tentang baju yang pihak produksi sediakan kerana saya yakin ia sesuai dengan watak saya. Entah daripada mana mereka dapat cerita buruk dan tidak benar ini, saya tak pasti.

"Kalau benar tuduhan saya menghayunkan beg tangan kepada seorang pelakon, saya minta individu itu bersemuka dengan saya untuk selesaikannya cara baik dan bukan melalui media," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip terbaharu apabila dia dikatakan sengaja menghayun beg tangan ke kepala seorang pelakon  kerana tidak berpuas hati dengan baju pelakon lain yang lebih cantik daripada baju yang disediakan untuknya.

Dia juga dituduh bersikap kurang sopan dan berlagak 'diva' terhadap kru produksi ketika di lokasi penggambaran.

Selain itu, ruangan pojok sebuah akhbar mingguan pada 27 Julai lalu turut melaporkan Chacha pernah menyalahkan orang lain kerana kecuaiannya menyebabkan telefon bimbit miliknya hilang.
"Saya kecewa bila gosip itu keluar sehari sebelum raya hingga merosakkan kegembiraan menyambut raya. Saya rapat dengan semua kru produksi drama dan tidak pernah meletakkan taraf berbeza dengan mereka.

"Berkenaan kejadian kehilangan telefon itu pun tidak pernah berlaku kerana saya masih pakai telefon saya yang lama, itu semua fitnah semata-mata," katanya.

Dalam pada itu, Chacha tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak berpuas hati dan cuba mengambil kesempatan memburukkan namanya atas sebab-sebab tertentu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories