Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Cinta baharu Hafiz Suip
- Hanez Suraya: Saya Serik
- Wan Sharmila Nafi Nikah September Ini
- Adam, Fiza rujuk kembali
- Erma Fatima Selar Laporan Bakal Failkan Cerai
- Penerbit Album The Black Eyed Peas Jalin Kerjasama Dengan Jaclyn Victor
- Liyana Zahim: Penangan Rindu Awak 200%
- Aril Pilus Beri Tempoh Hingga Hujung Tahun Kepada Isteri Jadi Pramugari
- Takaful tawar peluang kerja lumayan
- 14 Pelawak Berentap Dalam 'Warna Super Spontan' Musim Ketiga
- Rugi RM10,000 dakwa ditipu peraduan SMS
- Risteena Tidak Mahu Hanya Lakonkan Watak Wanita Lembut
- Penjaja ditipu dengan wang palsu
- Enot Dihujani Tawaran Berlakon Selepas Dedah Hidap Kanser
- Rumah terbuka Forteen meriah
- Maya rakam semula lagu Matahari
- Kesan alkohol dalam tempoh 30 saat
Posted: 10 Aug 2014 09:06 PM PDT
Meskipun sibuk dengan aktiviti seninya, Mohd Hafiz atau nama pentasnya, Hafiz Suip kini turut sibuk menguruskan perniagaan restoran miliknya yang baru saja beroperasi di The Atmosphere, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, sejak tiga bulan lalu. "Alhamdulillah, hasrat saya untuk membuka restoran akhirnya terlaksana. Semuanya berjalan dengan lancar, malah sepanjang Ramadan lalu, pelbagai juadah bufet turut disediakan. "Biarpun sibuk, saya tetap akan cuba meluangkan masa untuk datang ke restoran setiap hari. "Saya akui menguruskan perniagaan yang membabitkan makanan memang memenatkan tetapi ia perlu seiring dengan minat dan jiwa serta keyakinan yang ada, barulah ia akan konsisten," katanya kepada Zass. Bercerita lanjut, anak kelahiran Kuching, Sarawak ini memberitahu, restorannya itu berkonsepkan kafe dan boleh memuatkan sehingga 40 orang pada satu-satu masa. "Restoran ini bertemakan Western Food berkualiti tinggi tetapi dengan harga yang cukup berpatutan. "Kalau boleh, saya memang mahu menyediakan juadah enak dari Sarawak, namun melihat masakan Sarawak banyak dijual di Semenanjung, saya terpaksa berfikir dua kali. "Kepada peminat yang ingin mencuba juadah di restoran saya, bolehlah singgah di antara jam 6 petang hingga 2 pagi," kata pelantun lagu Bahagiamu Deritaku ini. | ||
Posted: 10 Aug 2014 09:05 PM PDT
Kisah peribadinya sengaja digali oleh mereka yang dahagakan kontroversi dan dek kerana kesilapan lalu, gambar dia berparti sosial dijadikan bahan kontroversi untuk beberapa tahun. Baru sahaja membersihkan namanya dari kisah lalu yang sudah lama tertanam jauh dari hatinya, nama pelakon yang cukup dikenali dengan watak antagonis ini kembali menjadi perhatian. Semuanya gara-gara kenyataannya yang bakal menamatkan zaman bujang sedikit masa lagi dengan kekasihnya, seorang ahli perniagaan yang digelar 'R'. Namun keterbukaan Hanez mengenai perancangannya itu akhirnya memakan diri wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini. Sejak itu, nama Hanez menjadi perhatian ramai selepas beberapa keping gambar Hanez bercuti beramai-ramai termasuk bersama kekasihnya tersebar di alam maya. Lebih memburukkan keadaan apabila identiti kekasihnya yang ketika itu masih berstatus suami orang dan dalam proses penceraian menyebabkan Hanez dicemuh masyarakat. Puas dia cuba menerangkan keadaan sebenar, namun setiap kali keluar kisah penceraian membabitkan kekasih dan isterinya, namanya diseret sama biarpun namanya tidak dikaitkan di mahkamah. Dek kerana sedikit kesilapan yang dilakukan, Hanez terpaksa menelan kepahitan maki cacian orang yang membencinya. Lebih buruk apabila karier seninya turut terheret sama. Habis punca dengan segala terjadi dan tidak mahu terus menjadi kambing hitam dalam setiap masalah yang terjadi, Hanez tekad membawa diri. Kini, dia enggan lagi mengingati apa yang berlaku. Bagi Hanez, apa yang berlalu, dijadikan sebagai iktibar dan pedoman buatnya. "Saya serik, teramat-amat serik dengan apa yang berlaku. Saya akan ambil iktibar, selepas ini saya tidak mahu lagi berkongsi cerita peribadi saya. "Biarlah apa yang orang akan kata saya selepas ini, 'kekwat' atau sebagainya. Saya sedia telan asalkan tidak melalui lagi pengalaman sama," ujarnya kepada Zass. Injak angka 30 Bukan mahu menolak ke tepi segala kontroversi yang telah berlaku, namun Hanez mengambil keputusan enggan berbicara lanjut mengenai hal peribadi demi kebaikannya. Bakal menginjak ke usia 30 tahun, 22 Ogos ini, Hanez berkata, besar harapannya untuk melalui kehidupan yang lebih baik selepas ini. "Apa yang saya boleh katakan, 2014 meninggalkan pengalaman yang cukup perit buat saya, biarpun kita baru memasuki penggal yang kedua. Tapi dengan umur saya yang bakal menginjak ke angka 30 selepas ini, saya mahu tutup buku lama dan buka buku baharu. "Saya mahu buka lembaran baharu, mula kehidupan baharu dan lebih baik. Kalau boleh tidak mahu lagi ada kontroversi, saya juga akan lebih berjaga-jaga dalam berkongsi perihal peribadi saya," katanya. Ujar Hanez, masyarakat kini sudah boleh menerimanya, bahkan di lama sosial juga, peminat sudah mula menunjukkan sinar baharu buatnya. "Tidak ada lagi kata-kata negatif yang perlu saya telan, apatah lagi kini saya cukup berhati-hati berkongsi gambar peribadi dengan pengikut di laman Instagram. Kalau ada pun hanya perkara yang general sahaja," ujarnya. Hanez berkata, sebagai selebriti, dugaan dan cemuhan seperti ini sudah dijangkanya dan dia hanya perlu bersikap positif dalam apa jua keadaan. "Sebagai selebriti, kita memang tidak boleh lari daripada perkara yang negatif, termasuk menjadi sasaran cemuhan orang. Tapi bukan semua perkara negatif, jadi sebab itulah saya mahu berfikiran positif. "Saya tak mahu jika fikir yang negatif sahaja, kelak akan memberi kesan buat diri saya," katanya. Masih merajuk? Menyentuh mengenai perkembangan seninya, kongsi Hanez, dia kini masih bercuti panjang dan menolak beberapa tawaran lakonan sejak beberapa bulan lalu. Ujarnya bukan mahu merajuk atau menyendiri, tetapi dia kini dalam proses untuk memulihkan diri sendiri dan berharap berada dalam keadaan yang cukup bersedia sebaik kembali memasuki set penggambaran. "Saya mahu lagi membawa diri (ketawa). Minat saya dalam bidang lakonan masih belum padam. Tetapi buat masa ini saya mahu bercuti terlebih dahulu. "Bila keadaan betul-betul dah okey, barulah saya akan kembali berlakon. Buat masa ini saya hanya habiskan masa untuk diri sendiri dan menguruskan beberapa perkara," katanya. Di tebak mengenai khabar yang mengatakan dia kini sudah menceburi bidang perniagaan, Hanez berkata : "Saya tidak mahu berbicara lanjut mengenai perkara tersebut. "Apatah lagi ia masih di peringkat perbincangan. Saya tidak mahu bercakap tentang perkara yang belum pasti. Tunggulah, Insya-ALLAH sedikit masa lagi, saya pasti akan berkongsi tentang perkara ini," ujarnya. | ||
Wan Sharmila Nafi Nikah September Ini Posted: 10 Aug 2014 09:04 PM PDT | ||
Posted: 10 Aug 2014 09:02 PM PDT Memetik laporan media, pasangan ini dikhabarkan telah mendaftarkan rujuk semula perkahwinan mereka di pejabat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di Shah Alam, Selasa lalu jam 11 pagi. Sebelum ini, Adam dan Fiza sah bercerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah setelah tujuh bulan mendirikan rumah tangga. Fiza dan Adam melangsungkan perkahwinan pada 26 September tahun lalu. | ||
Erma Fatima Selar Laporan Bakal Failkan Cerai Posted: 10 Aug 2014 09:01 PM PDT | ||
Penerbit Album The Black Eyed Peas Jalin Kerjasama Dengan Jaclyn Victor Posted: 10 Aug 2014 08:59 PM PDT | ||
Liyana Zahim: Penangan Rindu Awak 200% Posted: 10 Aug 2014 08:59 PM PDT
Mengakui gembira karyanya dipilih untuk diangkat ke drama, pemilik nama Nurul Liyana Abd Rahim ini memberitahu, dia sangat bersyukur kerana impian melihat novelnya diadaptasi menjadi kenyataan. "Penglibatan saya dalam bidang penulisan masih setahun jagung jika dibandingkan dengan novelis sedia ada. Sebab itu, saya tidak menyangka karya saya menjadi pilihan syarikat penerbitan sedangkan masih banyak karya yang hebat di luar sana," katanya lebih popular dengan nama pena Liyana Zahim. Jelas Liyana, perkara itu sekaligus meningkatkan semangatnya untukmenghasilkan lebih banyak karya berkualiti. "Mungkin suatu hari nanti karya saya akan terpilih untuk diadaptasikan lagi, jadi saya perlu memastikan karya seterusnya mampu menarik perhatian pihak terbabit," akui gadis berusia 26 tahun ini. Bicaranya lagi, walaupun novel Rindu Awak 200% telah diadaptasi tetapi ia bukan alasan dia boleh berpuas hati dengan karya yang pernah dihasilkan sebelum ini. "Pemilihan novel ini saya anggap sebagai rezeki, tuah dan kebetulan. Jadi, tiada sebab untuk saya selesa dengan semua karya saya," katanya telah menghasilkan empat novel termasuklah Rindu Tercipta, Sekebun Bunga Cinta dan Curi-Curi Suka. Bermula di alam persekolahan Pasti ramai yang ingin mengenali novelis muda ini dengan lebih dekat. Mengimbas sejenak pembabitannya dalam bidang penulisan novel, ia bermula sejak Liyana di alam persekolahan lagi. Jelasnya, waktu terluang di zaman persekolahan digunakan sebaik mungkin dengan menghasilkan cerpen, puisi dan pantun. "Karya yang dihasilkan saya hantar kepada syarikat penerbitan akhbar untuk diterbitkan. "Kemudian barulah terlintas di fikiran saya untuk mencuba menulis novel pula. Dengan sokongan ibu, saya berjaya menghasilkan manuskrip pertama dan telah dihantar kepada Alaf 21, Grup Buku Karangkraf. "Alhamdulillah, karya saya diterima dan bermulalah karier saya sebagai novelis," katanya mahu menjadi sehebat Sharifah Abu Salem dan Ramlee Awang Murshid. Walaupun bidang penulisan dibanjiri penulis dan novelis hebat, bagi Liyana ia persaingan sihat yang perlu dihadapi penulis. "Masing-masing punya cara tersendiri untuk menggarap karya mereka. Lagipun kami mempunyai idea dan identiti sendiri untuk menghasilkan karya," kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Politik, Minor dalam Sejarah dan Tamadun, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini. Penulisan santai, komedi Cenderung memilih gaya penulisan santai dan komedi antara faktor novelnya menjadi pilihan pembaca masa kini. Ujar Liyana, selain itu amat penting menyeimbangkan naratif dan dialog dengan bahasa yang mudah difahami. "Bagi saya, era kini semakin ramai pembaca remaja dan golongan berkerjaya memilih novel untuk melepaskan tekanan dan memenuhkan masa lapang mereka. "Jadi perlu bagi saya menghasilkan sesuatu yang boleh membuatkan mereka ketawa, senyum dan tenang ketika membacanya," katanya. Jelasnya, dia turut menyelitkan kisah realiti yang berlaku di sekeliling untuk mencantikkan plot. "Menulis memerlukan kajian mendalam untuk menghidupkan watak yang dicipta. Contohnya watak juruterbang, saya perlu membuat kajian mengenai juruterbang terlebih dahulu supaya mendapat gambaran jelas mengenainya," katanya. Liyana juga berpendapat, setiap penulis perlu memperbaiki mutu penulisan, penceritaan dan pengajaran supaya karya seterusnya lebih mantap. | ||
Aril Pilus Beri Tempoh Hingga Hujung Tahun Kepada Isteri Jadi Pramugari Posted: 10 Aug 2014 08:57 PM PDT | ||
Takaful tawar peluang kerja lumayan Posted: 10 Aug 2014 08:54 PM PDT
Hal ini diperakui tiga penerima anugerah pada Majlis Malam Anugerah Ejen Takaful IKHLAS yang ke-10 iaitu Samian Senin, Syafimazly Shafiee dan Zarini Shah Budin. Samian yang memenangi Anugerah Penghasilan Teratas Kategori Pengurus Agensi Kumpulan (Anugerah Takaful Keluarga) berkata beliau merupakan antara ejen terawal bagi Takaful Ikhlas. "Saya bermula pada Ogos 2003 dan sekarang sudah lebih sepuluh tahun saya bersama Takaful Ikhlas. Bermacam-macam cabaran serta kejayaan saya peroleh. "Memilih kerjaya dalam industri takaful ini ibarat seperti kita naik basikal dan mengayuh dan terus kayuh untuk mencapai kejayaan," katanya ketika ditemui di pejabat Takaful Ikhlas di Bangsar baru-baru ini. Sementara itu bagi penerima Anugerah Penghasilan Teratas Kategori Pengurus Agensi AM (Anugerah Takaful Keluarga) Syafimazly Shafiee berkata beliau mula menyertai Takaful Ikhlas pada Julai 2010. "Saya bekerja sebagai guru dan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru saya sertai Takaful Ikhlas dan melakukannya secara sepenuh masa untuk mengubah hidup saya ketika itu. "Diakui permulaan bidang insurans memang amat sukar dan kita memerlukan kekuatan untuk terus bertahan dan berjaya. Apa yang penting kita perlu keras hati dan berani serta bersemangat," katanya. Bagi Zarini yang bekerja sebagai juru mekap sebelum ini tidak menghalangnya untuk menerima Anugerah Penghasilan Teratas Kategori Ejen Baru (Anugerah Takaful Keluarga) setelah menyertai Takaful Ikhlas. "Saya masih lagi baru dan tidak sampai setahun, tetapi Alhamdulillah ternyata saya mampu membuktikan dengan Takaful Ikhlas saya boleh maju dan akan mencuba untuk sampai ke tahap yang lebih tinggi," katanya. Majlis Malam Anugerah berkenaan diadakan khusus untuk meraikan ejen yang telah berjaya mencapai matlamat yang disasarkan dan melakar pengiktirafan di atas kecemerlangan yang disumbangkan oleh ejen Takaful Ikhlas pada tahun kewangan 2013/2014 lalu. Malam Anugerah itu juga menyaksikan ejen-ejen Takaful Ikhlas menerima anugerah cemerlang daripada pelbagai kategori perniagaan bagi Anugerah Ejen iaitu Takaful Keluarga, Takaful AM (general) dan Takaful Berkumpulan. | ||
14 Pelawak Berentap Dalam 'Warna Super Spontan' Musim Ketiga Posted: 10 Aug 2014 08:52 PM PDT | ||
Rugi RM10,000 dakwa ditipu peraduan SMS Posted: 10 Aug 2014 08:50 PM PDT
Mahu dikenali sebagai Ramli, 63, berkata, ketagihan bermula selepas dia memenangi satu peraduan sedemikian pada tahun lalu anjuran satu syarikat telekomunikasi terkemuka dalam negara. Menurutnya, tertarik dengan iklan dan hadiah yang didakwa anjuran satu syarikat telekomunikasi, dia terus leka menjawab soalan berbentuk kuiz yang diterima. "Pada mulanya saya anggap ini bukan satu penipuan dan mempunyai terma dan syarat yang perlu dipatuhi. Peraduan itu dibuka pada Februari dan akan berakhir pada April, tetapi sehingga hari ini saya masih menerima SMS dari peraduan tersebut. "Ini menyebabkan saya menanggung beban bil telefon yang tinggi setiap bulan hingga mencecah hampir RM2,000. Saya mula sedar ini satu bentuk penipuan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan," katanya. Ramli berkata, dia juga menghubungi syarikat telekomunikasi yang dilanggannya untuk mendapat penjelasan lanjut berhubung peraduan tersebut tetapi mendapat respons kurang memuaskan. "Operator syarikat itu memberitahu peraduan itu tamat pada 27 Jun lalu, tetapi hingga hari ini saya masih menerima SMS peraduan. Setiap SMS yang diterima akan dicaj RM1, sehari paling kurang 50 atau lebih SMS. "Saya juga membuat aduan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk diambil tindakan ke atas syarikat yang menganjurkan peraduan berunsur penipuan ini. Saya tidak kisah mengenai bayaran bil sekiranya peraduan seperti ini tidak menipu pelanggan mereka," katanya. Tambah Ramli, tujuannya mendedahkan perkara ini adalah supaya orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk peraduan atas talian seumpama itu. Menurutnya, dia tidak akan berhenti menyertai peraduan yang menawarkan hadiah tunai sehingga RM300,000 itu selagi penipuan tersebut tidak dibongkar oleh pihak berkuasa. "Saya akan gunakan semua SMS diterima sebagai bukti penipuan termasuk terma dan syarat dikenakan jelas menipu pelanggan," katanya. | ||
Risteena Tidak Mahu Hanya Lakonkan Watak Wanita Lembut Posted: 10 Aug 2014 08:50 PM PDT | ||
Penjaja ditipu dengan wang palsu Posted: 10 Aug 2014 08:48 PM PDT
Sekali imbas, wang kertas palsu seakan-akan serupa dan sukar untuk dikenalpasti. Seorang penjaja barangan runcit yang hanya mahu dikenali Maniam berkata, pekerjanya menerima beberapa keping wang kertas RM20 daripada pelanggan. Beliau hanya menyedari wang itu palsu sebaik pulang ke kedai selepas selesai urusan di luar. "Saya hanya menyedari wang palsu itu ketika mengira wang untuk membuat pembayaran kepada pembekal barang. Nasib baik saya sedar dan mengasingkannya," katanya. Menurutnya, ini bukan kali pertama menerima wang palsu malah pernah ditipu pelanggan yang tidak bertanggungjawab sebelum ini. Beliau berkata beberapa peniaga lain di situ juga mendakwa wang palsu RM20 banyak berlegar di kawasan Air Itam berbanding kawasan lain di negeri. Sehubungan itu, pihak berkuasa perlu menyiasat masalah itu untuk mengelakkan lebih banyak kejadian sama berlaku. Mengikut semakan, individu yang memiliki dan menggunakan wang kertas palsu boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 489 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda. Manakala bagi kesalahan memiliki wang palsu, boleh didakwa mengikut Seksyen 489 (C) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun. | ||
Enot Dihujani Tawaran Berlakon Selepas Dedah Hidap Kanser Posted: 10 Aug 2014 08:47 PM PDT | ||
Posted: 10 Aug 2014 08:35 PM PDT SEPERTI tiga tahun terdahulu, setiap kali Syawal kumpulan vokal pop popular Forteen tidak melepaskan meluang untuk memeriahkan lebaran dengan cara mengadakan rumah terbuka. Tahun ini, rumah terbuka Forteen diadakan di lokasi serupa tahun-tahun sebelum ini, cuma kehadiran peminat mereka dihadkan kepada 20 orang sahaja. "Bezanya tahun ini, tetamu yang hadir hanya atas jemputan sahaja dan lebih kecil jumlahnya. Maka, kami pun sempat meluangkan lebih masa dengan peminat yang selama ini setia dengan kami," ujar wakil Forteen, Izzue Islam yang ditemui usai majlis rumah terbuka Forteen di Kondominium Puri Aiyu, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Izzue ditemani tiga anggota kumpulan Forteen lain, One, Ameerais dan Ariz bagaimanapun tidak menolak kemungkinan majlis rumah terbuka mereka akan diadakan sekali lagi tahun ini di tempat yang lebih kondusif. "Jika tiada aral melintang kami merancang untuk mengadakan sekali lagi rumah terbuka Forteen bagi memberikan peluang kepada peminat, teman artis, saudara-mara dan petugas media hadir beramai-ramai demi meraikan Syawal yang cuma setahun sekali. "Kami tidak mahu perkara sama berulang pada tahun lalu apabila ada antara tetamu Forteen yang hadir ke majlis rumah terbuka kami tidak mendapat layanan sewajarnya sampaikan tidak sempat bertemu dengan kami berempat," tambahnya yang turut ditemani isteri tercinta, Awin Nurin. Berlangsung dari pukul 2 petang hingga 10 malam, rumah terbuka Forteen kali ini masih mendapatkan khidmat daripada ibu saudara One, Mak Jiah terutama daripada segi penyediaan 43 jenis juadah berbeza untuk tetamu yang hadir. Sementara itu, bercerita lebih lanjut mengenai perancangan kumpulan Forteen selepas sambutan Syawal tahun ini, mereka bakal merakamkan sebuah single berbahasa Inggeris hasil ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim. Malah, One dan Izzue memberitahu, mereka turut terbabit menyumbangkan suara untuk dua karakter animasi filem terbaharu KRU Studios berjudul Ribbit yang akan ditayangkan tidak lama lagi. "Ini merupakan pengalaman pertama kali menyumbangkan suara untuk sebuah filem animasi dan cabarannya memang sukar kerana sifat, perasaan dan ekspresi karakter tidak sama seperti manusia. "One melakonkan watak seorang ahli sihir lelaki manakala Izzue diberikan peranan sebagai seekor labah-labah," kongsi One. Selain itu, Forteen diberikan tanggungjawab untuk menyanyikan sebuah lagu runut bunyi filem Ribbit berjudul Dikau Saja yang bakal diangkat sebagai single terbaharu kumpulan itu. "Lagu Dikau Saja pernah dipersembahkan pada Konsert Kita 20Forteen sekitar April lalu dan klip video lagu ini bakal dilancarkan tidak lama lagi," kata Ameerais. Mengulas mengenai pembabitan Ameerais bersama kumpulan rap Dualiti untuk merakamkan sebuah single terbaharu berjudul Hitam, penyanyi kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menegaskan tidak timbul isu percanggahan jadual mahu pun kekeliruan peminat terhadap projek terbaharu itu. "Kita tetap Forteen dan diharapkan peminat tidak akan keliru dengan perkembangan terbaharu ini. Saya cuma ditampilkan dalam single itu untuk menyanyikan bahagian korus saja. "Ini cabang baharu kumpulan Forteen dan masing-masing diberikan peluang untuk mengembangkan bakat dalam apa jua bidang yang diminati," tegasnya. | ||
Maya rakam semula lagu Matahari Posted: 10 Aug 2014 08:33 PM PDT PERNAH meraih fenomena menerusi lagu Matahari yang dinyanyikannya sekitar tahun 90-an dahulu, Meyanaliza Rusli atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari kini dilihat semakin menyepi. Kelibat figura genit yang sudah menginjak usia 38 tahun itu jarang dilihat baik dalam dunia lakonan mahupun nyanyian. Pelakon yang pernah membintangi drama Anak Betong itu mengakui, dia masih lagi bergiat aktif dalam bidang seni dan banyak menghabiskan masanya dengan memenuhi jemputan nyanyian dalam majlis-majlis persendirian. Dia yang turut berjinak-jinak dengan perniagaan produk kecantikan berkata, agak sukar untuk membahagikan masa antara perniagaan dan bidang seni. Justeru, dia hanya memandang nyanyian sebagai bidang yang serius. "Buat masa sekarang, saya hanya menumpukan sepenuh perhatian saya terhadap bidang nyanyian, di samping menguruskan perniagaan produk kecantikan saya secara kecil-kecilan. "Saya tidak mahu tamak dengan mengambil tawaran lakonan dan nyanyian serentak disebabkan faktor umur dan kekangan masa," ujarnya yang sudah menapak hampir 21 tahun dalam bidang seni. Maya mengakui tawaran lakonan yang diterimanya masih seperti dahulu. Namun, dia terpaksa menolak berikutan sedang sibuk merakamkan single terbaharu bersama seorang penyanyi wanita. "Single duet bersama penyanyi wanita tersebut dijangka akan diterbitkan menjelang Ogos ini dan saya berharap ia mampu membuktikan saya masih lagi wujud dalam industri hiburan tanah air," katanya bersungguh. Bercerita lanjut mengenai single tersebut, ujar Maya, dia mengambil masa hampir setahun untuk mencari lagu yang sesuai. Tempoh tersebut menjadi lama disebabkan kekangan masa di studio. "Single tersebut mengambil masa yang lama disebabkan umur dan komitmen kami berdua terhadap keluarga, di samping jadual studio yang padat yang membuatkan kami terpaksa menunggu giliran untuk menggunakannya. "Selain itu, masa yang diambil untuk menghasilkan lagu agak lama disebabkan saya mahu memberikan yang terbaik untuk single duet kali ini. Ia juga kerana kami menggunakan kewangan sendiri untuk menerbitkan single ini," katanya. Kompilasi Bercerita mengenai projek baharu yang dirangka oleh penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu, akuinya, dia juga kini sedang dalam proses untuk menghasilkan sebuah album yang memuatkan kesemua lagu nyanyiannya termasuk hit, Matahari dan Diari Biru. "Album tersebut merupakan hadiah untuk peminat saya disebabkan permintaan daripada peminat. Saya sangat terharu apabila bukan sahaja golongan peringkat pertengahan sahaja yang mengingati lagu Matahari, malah golongan muda turut meminatinya. "Ia sekali gus membuktikan lagu tersebut masih mendapat permintaan ramai dan menjadi siulan golongan muda sehingga kini. Ada juga yang bertanya kepada saya di mana untuk mendapatkan lagu seperti Matahariku dan Diari Biru. Justeru, album kompilasi ini khas buat mereka. "Saya berharap boleh bertahan lama dalam industri ini memandangkan ramai penyanyi baharu muncul dan satu daripada strategi saya, tentunya memberi nafas baharu kepada lagu Matahari mengikut arus muzik sekarang," katanya. Album kompilasi yang memuatkan lima buah lagu daripada album pertama dan kedua Maya itu dijangka bakal diterbitkan menjelang akhir tahun ini. | ||
Kesan alkohol dalam tempoh 30 saat Posted: 10 Aug 2014 08:31 PM PDT KUALA LUMPUR – Lambakan produk makanan dan minuman yang dikesan mengandungi alkohol sejak kebelakangan ini mendorong seorang penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Rini Akmeliawati menghasilkan satu teknologi baharu untuk mengesan kandungan tersebut. Inovasi dikenali sebagai IIUM Ladpen itu merupakan sejenis peranti mudah alih yang membolehkannya dibawa ke mana-mana bagi mengesan kandungan alkohol dalam makanan atau minuman. Rini berkata, ketepatan peranti yang pertama seumpama dihasilkan itu untuk mengesan kandungan alkohol ialah 95 peratus dan keputusan boleh diperolehi serta-merta. "Peranti ini mempunyai sensor dan ia perlu didekatkan dengan sesuatu makanan atau minuman bagi mengesan kehadiran gas yang ada. "Sebarang bentuk gas akan diproses dan kurang daripada 30 saat, peranti itu akan memaparkan bacaan sama ada terdapat alkohol dan juga tahap kandungannya juga ditentukan," katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan