RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


TAHNIAH - MEMEY SUHAIZA HAMIL ANAK KEDUA

Posted: 21 Aug 2014 12:54 AM PDT



"Doktor ckp sy mengandung 6 minggu. Rezeki tak ternilai dr Allah, Hadiah utk suami tercinta, Adik utk #awishz, Cucu baru utk mak & abah + mak n ayah mertua sy️ syukur ya Allah," begitulah caption gambar scan baby yang diupload oleh Memey Suhaiza, isteri kepada Norman Hakim di laman sosialnya.

Nampaknya, lepas ni Mohamed Darwisz Hakim akan dapat adik comel untuk teman bermain. Tahniah diucapkan!

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

MAHU BATAL HAK PENJAGAAN ANAK - PERMOHONAN ROZANA DIBANTAH AWIE

Posted: 21 Aug 2014 12:26 AM PDT



Jika sebelum ini (21 Julai) Awie mendapat hak penjagaan sementara (hadanah) ke atas tiga anaknya, tetapi hari ini isterinya Rozana Misbun, 36, telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Selain itu, Rozana juga memohon pada mahkamah bagi membatalkan permohonan injunksi yang difailkan secara ex-parte (sebelah pihak) oleh Awie sebelum ini yang menghalang Rozana daripada mendekati atau menghubunginya termasuk anak-anak mereka dalam apa jua cara sekalipun.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

'RIBBIT' - BILA SI KATAK DAH TERSALAH LOMPAT

Posted: 20 Aug 2014 09:08 PM PDT



'Ribbit' – sebuah cereka animasi 3D mengisahkan seekor katak yang mengalami krisis identiti telah memenangi anugerah 'Filem Keluarga Terbaik' semasa tayangan perdana dunia di Niagara Integrated Film Festival (NIFF) 2014 yang berlangsung di Canada pada 21hb Jun 2014.

Filem Ribbit diarahkan oleh Chuck Powers menggunakan suara-suara artis terkenal Hollywood seperti Sean Astin (Lord of the Rings), Tim Curry (The Hunt for Red October) dan pelawak antarabangsa Russell Peters (Fast Food Nation) di mana rakaman suara telah dilakukan di Los Angelas, California. Pra produksi serta pasca produksi telah dijalankan sepenuhnya di Cyberjaya, Malaysia sementara produksi animasi telah dijalankan di Cyberjaya dan Mumbai, India. Segala proses rendering telah dilakukan di Hong Kong, China, sekali gus menjadikan 'Ribbit' sebuah projek global yang berlatarbelakangkan hutan Amazon.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GARA-GARA 'STERENG PORSCHE', RAISYYAH RANIA YEAP KENA KUTUK

Posted: 20 Aug 2014 08:40 PM PDT



"What's missing would be a nice watch. And a Porsche for real. Lol!" kata Felixia Yeap (Raisyyah Rania Yeap) melalui laman sosialnya yang kemudian menimbulkan pelbagai komen. Bukan komen tentang ayat tersebut, tetapi mengenai gambar stereng kereta Porsche yang dikongsikannya.

Entah kenapa, meskipun hanya menunjukkan tangannya sedang memegang stereng kereta mewah tersebut, namun dia tetap menjadi mangsa kritikan. Ada yang menuduhnya sebagai mata duitan dan masuk Islam semata-mata mahu mengejar kemewahan. Nauzubillah!

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KAHWIN KERABAT - HANS ISAAC 'PERCAYA' PADA GOSIP

Posted: 20 Aug 2014 07:59 PM PDT



"Bagi saya gosip ini sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana kalau tidak benar bagaimana berita itu boleh keluar?" demikian komen Hans Isaac tentang isu yang hangat diperkatakan sekarang mengenai Neelofa yang dikhabarkan bakal berkahwin dengan kerabat diraja.

Artikel terdahulu:
Menurut Hans, sepanjang dia 'rapat' dengan Neelofa, aktres itu sering berkata yang dia tidak berminat berkawan dengan golongan istana.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BUAT KERJA BERAT - KANDUNGAN ROZITA CHE WAN ALAMI PENDARAHAN

Posted: 20 Aug 2014 04:59 PM PDT



Suami mana yang tidak cemas apabila isteri tercinta yang sedang hamil mengalami pendarahan? Detik cemas seperti itulah yang dihadapi oleh Zain Saidin apabila isterinya Rozita Che Wan melakukan kerja di rumah hingga berlaku pendarahan.

Menurut Zain, kejadian tersebut berlaku sekitar awal Ramadan lalu gara-gara isterinya membuat kerja yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang hamil.

"Kejadian ini tak silap saya berlaku hari puasa pertama. Dia ada buat kerja pada hari berkenaan.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

12 GAMBAR - WAJAH ANAK-ANAK AWIE YANG CERIA

Posted: 20 Aug 2014 04:35 PM PDT



Masihkah anda ingat kenyataan Awie yang mengakui hubungannya dengan anak-anaknya menjadi lebih erat berbanding sebelum ini? Tambah pelakon dan penyanyi itu, insiden kontroversi rumah tangga bersama isterinya, Rozana Misbun, telah menjadikannya lebih tabah sebagai bapa.

"Kalau dulu saya hanya kerja dan cari rezeki untuk keperluan mereka sahaja, tetapi sekarang saya sentiasa berada bersama mereka. Kadang-kadang saya terpaksa curi-curi masa untuk balik ke rumah melihat keadaan mereka dan masak untuk mereka," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagi anda yang masih belum mengenali anak-anak Awie, jom lihat gambar-gambar terbaru yang dikongsikan khas oleh mereka termasuk yang dikongsi oleh bekas isteri Awie iaitu Arni Nazira.

Dari album anak-anak Awie - klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

3 GAMBAR - BILA 'MIMPI' SHILA AMZAH JADI KENYATAAN

Posted: 20 Aug 2014 02:28 PM PDT



"Dreams do come true when you believe in yourself," demikian kata Shila Amzah sambil bergaya dengan kereta mewahnya.

Untuk info, harga BMW X6 kalau tak silap melebihi setengah juta. Malah jika dibeli yang terpakai sekalipun ia boleh mencecah harga ratusan ribu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories