RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Sharnaaz-Anis semakin intim?

Posted: 21 Sep 2014 11:20 PM PDT


  • Sharnaaz-Anis semakin intim?Sharnaaz-Anis semakin intim?

PENGAKUAN pelakon popular, Sharnaaz Ahmad, mengenai hubungan istimewanya bersama pelakon baharu dan model, Sharifah Anis Al Idrus, menamatkan spekulasi yang timbul sejak Ramadan lalu.
Malah, berita gembira ini disambut bahagia di kalangan peminatnya, tidak kurang juga mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
Namun, di sebalik berita gembira itu, timbul pula kontroversi mengenai gambar mesra mereka berdua yang dirakam ketika majlis ulang tahun kelahiran Sharnaaz ke-29 pada 30 Ogos lalu.
Mana tidaknya, gambar pasangan ini yang dikatakan merangkul pinggang masing-masing dilihat tidak manis apatah lagi Anis amat sinonim di kalangan 'hijabister'.
Malah, imej bertudungnya itu memberi persoalan hebat di kalangan peminat mengenai tindakan mereka berdua yang dilihat kurang bersesuaian. Bagaimanapun, Sharnaaz mengambil pendekatan selamat untuk tidak memberi apa-apa kenyataan berhubung perkara itu.
"Saya malas nak komen. Saya tak nak cakap apa-apa mengenai perkara itu. Biarlah...," katanya ringkas kepada Zass.
Dua tahun berkawan
Sejak hubungan cintanya kecundang satu ketika dahulu, Sharnaaz lebih selesa menyendiri walaupun dirinya turut dikaitkan dengan beberapa nama pelakon wanita.
Namun ternyata, kehadiran Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 26, berjaya mengetuk pintu hatinya untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius. Pun begitu, pelakon drama bersiri, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, ini enggan mengistilahkan hubungan itu sebagai cinta dan hanya memberitahu hubungan mereka semakin rapat.

Menerusi satu temu bual, akui Sharnaaz, mereka telah berkawan sejak dua tahun lalu dan melalui fasa demi fasa perkenalan.

"Saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebihan dan saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini. Kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu dan sekarang ini hubungan itu lebih akrab.
"Keluarga saya juga sangat menyenanginya dan senang cakap dia mudah didekati dan menghormati orang di sekelilingnya," kata Sharnaaz.
Anis Al Idrus merupakan model dan pelakon beberapa drama termasuk Gemersik Kalbu, Walit Walid, Selamat Malam Kekasih, Tangisan Bulan Madu 2, Dan Bila Esok serta Cuak.
Selain berlakon, pemegang Ijazah Perniagaan Antarabangsa pengkhususan Perbankan dan Kewangan dari Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) ini, merupakan usahawan tudung online, Nish.

Malah, anak kelahiran Kota Bharu ini juga pernah bekerja selama setahun sebagai pembaca berita dan wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen tempatan.

Rezeki Diana Amir

Posted: 21 Sep 2014 11:20 PM PDT


  • Diana AmirDiana Amir

MULA melangkah dalam industri seni sebagai pelakon, namun keputusan untuk berhijrah tiga tahun lalu, mengubah cabang kerjaya seninya. Malah, penghijrahan dan imej Muslimah pemilik nama sebenar, Nurdiyana Amir Hashim, ini membawa kepada peluang baharu dalam bidang pengacaraan.

Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti termasuk pengacaraan, motivasi dan menulis, namun Diana Amir tetap merindui dunia lakonan. Malah, pelakon filem Salam Cinta, ini pernah memberitahu bahawa sekiranya ada tawaran lakonan yang bersesuaian dengan watak dan masa, dia akan menerimanya.

Setelah sekian lama menunggu untuk kembali aktif di lokasi penggambaran, akhirnya tahun ini penantian itu membuahkan hasil.

Diberi peranan menggalas watak utama menerusi drama bersiri untuk slot Zehra, Cinta Ilahi, isteri kepada Mohd Habibbullah A Rahman, ini menyifatkan ianya sebagai rezeki anak.

"Alhamdulillah, kini saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri ini sehingga hujung September. Sebelum ini, ada juga berlakon, cuma bukan selalu.

"Bidang pengacaraan banyak membantu saya untuk selesakan diri di hadapan kamera. Saya menganggap drama ini sebagai rezeki anak setelah lama tidak diberi peranan utama," katanya yang sedang hamil empat bulan.
Tambah Diana, dalam drama berkenaan, dia memegang watak sebagai Maryam dan bergandingan bersama pelakon, Johan As'ari.

Dalam drama ini, Diana memberitahu, Maryam seorang yang sangat lemah lembut, pandai mengaji, mengajar di surau, tinggi ilmu agama dan pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Teruja anak kembar

Walaupun sedang berbadan dua, Diana bersyukur kerana tidak mengalami alahan yang teruk ketika menjayakan drama tersebut. "Alhamdulillah, alahan tak teruk sangat. Masa penggambaran, saya aktif dan bila dah habis 'shoot' baharu rasa penat sangat badan.

"Suami tiada masalah untuk saya kembali berlakon, namun kerisauan itu tetap ada. Namun, saya bersyukur kerana dia faham saya tak pandai duduk diam.

"Insya-Allah, bila kandungan mencecah usia lima bulan nanti, saya akan berehat. Lagipun, buat masa sekarang, tugas saya hanya di set drama sahaja," katanya pengacara program bual bicara SIS dan dokumentari, Titian Ombak ini.

Tambah Diana, dia dan suami tidak kisah mengenai jantina anak asalkan sihat dan cukup sifat. Namun, tetap ada keterujaan untuk memiliki bayi kembar.
"Kami tidak kisah sangat lelaki atau perempuan. Tapi, memandangkan suami ada kembar, jadi keluarga kami agak teruja jika saya melahirkan anak kembar," katanya lagi.
Berbicara mengenai aktiviti perniagaan, Diana kini sedang sibuk mempromosikan jubah-jubah yang direka sendiri untuk kolaborasi bersama Leanen.
"Koleksi itu kini dijual di Women of Jannah di pusat membeli belah, The Curve. Selain itu, kami turut menjual secara online.

"Untuk perniagaan hijab, Diana Amir Exlusive (DA'e), pula, sambutan sangat menggalakkan, tetapi jumlah yang saya keluarkan 'limited'.

"Buat masa sekarang, saya sedang 'renew' stok. Malah, bukan sahaja di seluruh Malaysia, kerja-kerja mengepos turut dilakukan di Singapura dan Brunei. malah ada juga 'client' dari United Kingdom," katanya lagi.

Impian terlaksana agenda Mizz Nina

Posted: 21 Sep 2014 11:19 PM PDT


  • Mizz NinaMizz Nina

PENGHIJRAHAN imej Mizz Nina sebaik pulang daripada mengerjakan ibadah haji pada Oktober 2013, sememangnya mengejutkan ramai. Apatah lagi, tidak perlu menunggu lama atau membuat sebarang pengumuman, Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 34, perlahan-lahan bertukar imej.

Lebih membanggakan lagi, transformasi Ratu Hip Hop ini tidaklah hanya terletak pada imejnya semata-mata, sebaliknya ia turut mencakupi aspek muzik dan karier seninya. Biarpun mengambil keputusan untuk berehat panjang dan hanya akan menyanyi di depan wanita sahaja selepas ini, isteri kepada vokalis Hujan, Noh, turut mempunyai agenda baharu iaitu membuka butik Muslimah.

Ternyata, darah seni yang mengalir di dalam tubuhnya tidak hanya kepada industri hiburan semata-mata, tetapi juga kepada dunia fesyen.

"Saya rasa inilah masa yang baik untuk saya berehat panjang daripada nyanyian. Buat masa ini, saya mahu beri fokus sepenuhnya kepada perniagaan saya. Jadi, boleh juga dikatakan akan tinggalkan dunia nyanyian buat masa ini. Sampai bila saya tak pasti. Lagipun saya mahu menyanyi di hadapan penonton wanita sahaja selepas ini," katanya.


Mizz Nina beri tumpuan pada Madeena

"Alhamdulillah, sudah lama saya impikan untuk membuka butik sendiri dan hari ini (Sabtu), ALLAH SWT telah mengizinkan segalanya. Saya rasa bertuah dengan pembukaan butik Madeena," kata Nina dalam nada teruja sebaik ditanya media mengenai perasaannya selepas pelancaran butik dan kafe miliknya.

Ujarnya, dia sudah lama mengimpikan untuk membuka butik tersebut apatah lagi selepas melihat sambutan hangat terhadap jenama tersebut menerusi perniagaan atas talian sebelum ini. Tambahnya, selepas merancang untuk membuka butik tersebut kira-kira hampir dua tahun yang lalu, segala-galanya bagai dipermudahkan.

"Sebelum ini saya hanya menjual menerusi laman web, madeena.my dan fashionvalet.com. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Madeena menyediakan jubah wanita, abaya, hijab, ada juga jaket, skirt panjang yang sesuai dengan fesyen terkini dan paling penting, menutup aurat.

"Setakat ini, kami juga dapat banyak undangan untuk sertai bazar dan juga pertunjukan fesyen seperti KL Fashion Week. Saya bersyukur kerana saya mempunyai satu tema yang sangat bekerja keras dan mempunyai pereka fesyen yang memahami apa yang saya mahu," katanya yang cuba menjual koleksi berlainan di laman web dan butik.

Memilih membuka butiknya di Heritage Lane, Empire Damansara, Damansara Perdana, Nina menjelaskan, dia jatuh cinta dengan lokasi dan konsep yang diketengahkan di situ.

"Saya akui tempat ini masih baru, tapi saya suka dengan suasananya, seperti pusat beli-belah di luar negara, santai dan eksklusif. Pada mulanya saya merancang membuka butik saya di sebuah lokasi di Kota Damansara, tetapi selepas seorang rakan memperkenalkan lokasi ini pada saya, saya tidak berfikir panjang untuk mendapat lot kedai di sini," katanya.

Tambah Nina, dek kerana perniagaan butiknya baru bermula, dia akan memberi tumpuan dan menghabiskan banyak masa di butiknya itu.

"Masih banyak yang perlu saya buat di butik ini, Insya-ALLAH, saya akan lebih kerap berada di butik. Jadi pada sesiapa yang mahu melihat koleksi, boleh datang ke butik saya," katanya.

Tidak hanya terarah kepada fesyen semata-mata, Nina berkata, dia juga turut mengeluarkan beberapa produk lain seperti wangian.

"Buat masa ini saya keluarkan wangian dalam botol kecil sebagai percubaan, jika mendapat sambutan, saya akan mengeluarkannya dalam botol besar pula," katanya yang tidak merancang untuk mengeluarkan pakaian lelaki, namun merancang untuk mengeluarkan pakaian bagi kanak-kanak.

Ilham dari Madinah

Ditanya mengenai jenama terdahulu yang berkonsepkan urban iaitu Mizz Demeanor, Nina menjelaskan, dia sudah pun menutup jenama itu kerana mahu menumpukan pada Medeena.

"Dari dulu saya suka kalau nama yang ada M.D. Dalam perkataan Medeena ada M dan D. Saya mendapat ilham tersebut ketika menunaikan haji dan saya gabungkan perkataan Madinah dan "deen", membawa maksud Islam.
"Saya rasa lebih baik fokus pada satu jenama sahaja dan saya nampak Madeena mempunyai peluang perniagaan yang besar, kerana tidak banyak butik Muslimah ada," katanya.

Nina berkata, dia juga ingin mendidik wanita Islam untuk tampil menutup aurat, namun masih lagi bergaya stailo.

"Macam sekarang, apa yang saya pakai, saya rasa sesuai dan selesa. Ada yang kata, walaupun saya berhijab, saya tetap nampak stailo," katanya.

Peminat yang tak bertudung juga suka melihat penampilan saya, mereka tinggalkan komen yang positif di Instagram.

"Jadi begitu juga dengan orang di luar sana, walaupun mereka berpakaian menutup aurat, mereka masih boleh bergaya tanpa masalah," katanya.


Pendirian Nina

Sementara itu, berkongsi mengenai karier seninya, Nina berkata, dia tidak akan menyesal untuk memperlahankan karier seninya dan menyedari perubahan yang sedang dilakukan itu sememangnya memerlukan satu pengorbanan besar.

"Sebelum ini, perjalanan kehidupan saya lebih terarah kepada aktiviti duniawi. Saya alpa dengan kehidupan dunia. Ketika itu, saya tidak fikir langsung apa akan terjadi pada masa hadapan. Saya beranggapan akan ada banyak masa untuk berubah.

"Tapi saya lupa, mati akan terjadi pada bila-bila masa. Tidak kira usia muda mahupun tua," katanya.

Nina berkata, dia juga tidak ada idea untuk menghasilkan lagu baru, biarpun sebelum ini ada merancang untuk menukar konsep muziknya kepada lebih bersifat Islamik bersesuaian dengan imejnya yang kini berhijab.

"Idea saya tidak seperti Noh, dia mudah sahaja mendapat idea untuk menghasilkan lagu baru. Tapi saya tidak kisah, biarlah buat masa ini, saya akan beri tumpuan pada perniagaan ini dulu," ujarnya.

Emma Maembong Jawab Tuntut Bayaran Tak Masuk Akal

Posted: 21 Sep 2014 11:10 PM PDT


Emma nafi sudah mula meletakkan harga tinggi.
PETALING JAYA: Pelakon Emma Maembong terkejut apabila dikatakan mula berubah sikap apabila meletakkan harga tinggi bagi sebuah tawaran telefilem sehingga mencecah lebih RM10,000 untuk tiga hari penggambaran.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 22, berkata, sehingga kini dia tidak pernah meletakkan harga tetap kepada mana-mana produksi sebaliknya masih lagi boleh berunding mengikut bajet sesebuah syarikat penerbitan itu.

"Terkejut dibuatnya apabila saya dikatakan sudah demand. Sedangkan saya seorang yang senang berunding mengikut bajet produksi.

"Lagipun urusan jadual dan penetapan harga dibuat oleh pengurus, bukannya saya," katanya yang dihubungi mStar Online.

Akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Emma telah meletakkan harga yang tidak masuk akal sehingga mencecah lebih RM10,000 kepada sebuah syarikat produksi yang ingin menawarkannya berlakon sebuah telefilem.

Menurut laporan itu, permintaan Emma membuatkan kru produksi tersebut terpaksa mencari pelakon lain kerana tawaran yang diberikan itu sekadar watak sampingan selain tempoh penggambaran hanya mengambil masa beberapa hari sahaja.
Emma Maembong

Sementara itu, Emma mengakui terdapat sebuah produksi telah menghubungi dia menawarkannya watak sampingan di mana penggambaran hanya mengambil masa dua hingga tiga hari.

"Memandangkan saya tidak pernah mengambil tawaran tempoh penggambaran jangka pendek, saya berkata pada kru yang menghubungi saya itu bahawa biasanya saya meletakkan harga RM10,000, untuk watak utama yang mengambil masa penggambaran selama seminggu. Itu pun terpulang pada bajet produksi.

"Saya bertanya kepada kru tersebut berapa mereka boleh bayar kerana saya memang tidak tahu nak letak harga. Kemudian dia cakap, tunggu skrip dah siap, dia akan hubungi saya semula.

"Agak lama juga saya menunggu panggilan dia, dan saya anggap mungkin mereka sudah mencari orang lain. Tidak lama kemudian saya mendapat tawaran lain. Dan selepas itu kru tersebut menghubungi saya semula, tetapi sudah terlambat kerana jadual saya sudah penuh dengan tawaran baru itu.

"Sekiranya tuduhan yang dimaksudkan itu datang daripada produksi sama, saya rasa tidak patut mereka menyebarkan perkara itu kerana nak diikutkan, daripada awal lagi, saya tanya berapa bajet mereka? Saya pun tidak pernah berkira dengan mana-mana produksi pun," ujarnya.

Zed Zaidi Kecewa Dituduh Enggan Selesaikan Masalah Seniman

Posted: 21 Sep 2014 11:10 PM PDT


Zed Zaidi
PETALING JAYA: Ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi kecewa apabila dituduh dengan sengaja enggan hadir ke pertemuan khas yang dianjurkan oleh penerbit filem Datuk Yusof Haslam pada 16 September lalu bagi menyelesaikan masalah persatuan itu.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, berkata, dia terkejut apabila ketidakhadirannya yang disebabkan oleh demam panas itu dipersoalkan segelintir pihak yang sengaja mahu menganiayanya.

"Peliklah, pada hari tersebut, memang saya demam teruk kerana sebelum itu saya sibuk dengan urusan keluarga serta perkahwinan adik saya. Bukannya sengaja tak mahu datang.

"Apabila saya tidak ada pada pertemuan itu, macam-macam pula tuduhan yang diberikan," katanya kepada mStar Online.

Sebuah akhbar mingguan Ahad melaporkan, Zed sengaja tidak mahu hadir pada pertemuan itu kerana tidak menyukai salah seorang ahlinya iaitu Abu Bakar Omar yang turut hadir pada majlis tersebut.
Datuk Yusof Haslam

Perkara itu membuatkan sifat kepimpinan Zed sebagai bekas Presiden Seniman dipersoalkan dimana sepatutnya Zed perlu berani berdepan dengan kemelut yang dihadapi oleh persatuan itu sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, Zed juga dikatakan mahu bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang bakal berlangsung pada 27 September ini dan mencabar Datuk Mustapha Maarof dalam pemilihan jawatan presiden untuk penggal baharu.

Sementara itu, Zed berkata, dia berasa pelik dengan tujuan pertemuan itu dilakukan kerana sekiranya benar Yusof ingin menyelesaikan masalah Seniman, ia sepatutnya dilakukan sebelum masalah persatuan itu dibawa ke mahkamah lagi.

"Saya ada bertanya pada Datuk (Yusof) kenapa baru sekarang nak damaikan ahli-ahli dan bukannya sebelum isu dibawa ke mahkamah?

"Lebih pelik pertemuan dilakukan ketika menjelangnya AGM. Saya bukannya mahu menuduh sesiapa. Cuma pelik apabila isu mahu berdamai timbul apabila AGM dah nak dekat.

"Bukankah segala masalah berbangkit boleh dibawa ke AGM nanti? Nanti jangan pula ada yang sengaja cakap saya mahukan jawatan presiden semula. Saya tak kisah pun tentang pangkat," katanya.

Pada 25 Januari 2013, lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap Seniman termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.

Datuk Mustapha Maarof

Lima artis veteran berkenaan yang dinamakan sebagai plaintif ialah Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani.

Kemudian, pada 21 November 2013, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rosilah Yop memutuskan apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, dekat sini adalah terbatal dan tidak sah.

Rosilah turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Seniman.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab).

Beliau juga turut memerintahkan ketujuh-tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif.

Kumpulan Shiro Tidak Akan Ketepikan RTM

Posted: 21 Sep 2014 11:09 PM PDT


s
Kumpulan Shiro bukan muka Astro sebaliknya utamakan tawaran RTM.
PETALING JAYA: Kumpulan Shiro menjelaskan mereka sentiasa memberi keutamaan terhadap tawaran yang datang daripada pihak stesen televisyen RTM sebagai tanda mengenang jasa stesen itu biarpun mereka banyak menerima tawaran daripada stesen televisyen lain.

Salah seorang ahlinya, Ajak atau Mohd Hanaffi Razak, 27, berkata, RTM sentiasa menyokong kerjaya seni mereka sebelum dikenali dalam dunia lawak tanah air.

"Alhamdulillah perjalanan kerjaya Shiro semakin lama semakin baik dan banyak tawaran yang kami dapat termasuk dalam bidang pengacaraan di semua stesen televisyen bukan tertumpu pada Astro sahaja.

"Kami paling tidak boleh tolak tawaran daripada pihak RTM kerana stesen televisyen itu yang banyak membantu kerjaya Shiro daripada tidak dikenali dulu sehingga sekarang," ujarnya kepada mStar Online.

Selain Ajak, Shiro turut dianggotai oleh Sharol atau nama sebenarnya Shahrol Azizi Azmi.

Mereka lebih menyerlah selepas menyertai rancangan Raja Lawak nusim keenam terbitan Astro.

Tambah Ajak, biarpun kerjaya mereka diuruskan oleh pihak Astro, namun, mereka sudah sudah memberitahu pihak pengurusan itu bahawa semua tawaran dari RTM perlu diberi keutamaan biarpun bayaran lebih rendah daripada tawaran lain.

Mereka juga tidak mahu dikatakan sebagai 'kacang lupakan kulit' terhadap pihak yang banyak memberi peluang kepada mereka ketika di awal kemunculan.

"Kalau tawaran itu datang daripada pihak RTM memang kami akan beritahu pengurusan supaya kalau boleh kami ingin lakukan dan beri keutamaan.

"Kami ingat jasa mereka dulu, masa orang tidak kenal Shiro, tawaran diberikan RTM tidak putus-putus hingga kami boleh bertahan dalam industri seni ini," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan kerjaya kumpulan ini, Ajak berkata, kedua-dua mereka banyak menerima tawaran sebagai pengacara bagi program hiburan.

"Saya baru sahaja diperkenal sebagai hos rancangan Galaksi di TV9 bersama pelakon Tasha Shila, sementara Sharol sibuk sebagai pengacara program Sukalattew di Astro Warna," katanya.

Produksi Ambil Kesempatan Bayar Hamid Gurkha Harga Ciput

Posted: 21 Sep 2014 11:08 PM PDT


Hamid Gurkha bersyukur dirinya masih lagi diperlukan dalam industri seni tempatan.
PETALING JAYA: Pelakon veteran Hamid Gurkha tidak pernah berkecil hati terhadap mana-mana syarikat produksi yang memberikannya bayaran tidak setimpal dengan hasil kerja lakonan yang dilakukan.

Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman, 82, berkata, perasaan kecil hati itu tidak boleh dibawa kemana-mana kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian apatah lagi kebanyakan pelakon veteran sepertinya semakin kurang diperlukan.

"Dalam industri seni tempatan kita ini, memang betul, pelakon-pelakon veteran macam saya dipinggirkan. Tetapi nak kata disingkirkan pun tidak. Mungkin watak orang tua sudah kurang dalam sesebuah skrip.

"Saya pun tak adalah nak letak harga sangat. Cuma apabila kita tak menetapkan harga, pihak produksi ambil kesempatan memberi bayaran yang ciput saja.

"Tetapi saya tidak pernah berkecil hati dan anggap mungkin itu saja rezeki yang ada. Nak buat macam mana, mereka (produksi) lebih berkuasa," katanya kepada mStar Online.
Hamid Gurkha (kiri) bersama Datuk Jamali Shadat ketika menerima Anugerah Khas Juri pada Anugerah Lawak Warna yang berlangsung Sabtu lalu.
Sementara itu, ditanya pula tentang Anugerah Khas Juri yang diterimanya bersama Datuk Jamali Shadat pada Anugerah Lawak Warna 2014  yang berlangsung di Teater Selangor Shah Alam Sabtu lalu, Hamid tidak menyangka dia bersama rakannya itu menerima anugerah tersebut.

Dia bersyukur kerana masih sempat merasai kegembiraan naik ke pentas mengambil trofi sebelum meninggal dunia memadangkan dia belum pernah menerima sebarang anugerah setakat ini.

"Siapa yang tak seronok, tambahan pula ini adalah anugerah pertama sepanjang karier saya.

"Dulu-dulu ada la terfikir, kenapa saya tak pernah dianugerahkan apa-apa? Tetapi tak sangka pula anugerah itu diterima ketika usia saya sudah di hujung-hujung usia," ujarnya.

Jep (Sepahtu) Kurangkan Aktiviti Seni Untuk Elak Gosip

Posted: 21 Sep 2014 11:07 PM PDT


Jepp mempertahankan trofi Artis Lawak Lelaki Popular untuk ALW2014.
SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak Jep (Sepahtu) mengurangkan aktiviti seni dengan menolak tawaran membintangi drama dan filem bagi mengelakkan tuduhan-tuduhan liar terhadapnya.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri  Zainal Abidin, 29, berkata, dia tidak mahu tuduhan dan fitnah yang sering timbul ketika melakukan penggambaran memberi tekanan kepada kehidupannya.
"Saya kurangkan aktiviti seni buat masa ini kerana tidak mahu gosip timbul, bila saya ambil sikit sahaja tawaran lakonan, saya dapat kesan kesalahan saya lakukan di produksi yang mana.

"Pada saya biarlah sikit sahaja produk tetapi meninggalkan kesan kepada penonton daripada banyak drama atau program tetapi banyak gosip yang tidak betul.

"Secara jujurnya, saya tidak boleh menerima banyak sangat gosip kerana ia akan menganggu ketenangan hidup saya," ujarnya ketika ditemui selepas Anugerah Lawak Warna 2014 yang berlangsung di Teater Selangor, di sini, malam Jumaat.
Jep meraih trofi Artis Lawak Lelaki Paling Popular 2014 buat tahun kedua berturut-turut pada majlis anugerah tersebut.
Sementara itu, Jep berkata, dia tidak akan memberi sebarang respon terhadap dakwaan yang timbul mengaitkannya selepas ini.
"Saya ambil keputusan tidak akan menjawab mana-mana tuduhan atau fitnah yang timbul mengaitkan saya kerana mereka yang mendakwa itu tidak akan muncul sebaliknya saya yang terpaksa bersihkan semua yang mereka dakwa itu.
"Oleh itu, baik saya senyap sahaja kerana kalau saja jawab pun pekara tidak selesai," ujarnya.

Selain tidak mahu dihimpit gosip liar, Jep mengakui dia tidak pernah mengejar matlamat tertinggi dalam dunia seni ini.

Katanya, dia sudah bersyukur pada kedudukannya sekarang dan tidak pernah mengharapkan lebih tinggi daripada ini.

"Selain gosip saya juga tidak pernah mengejar populariti atau pencapaian lebih tinggi daripada apa yang saya capai sekarang.

"Saya tahu saya masih kagi berada di bawah jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang sudah ada tahap mereka sendiri, tetapi berbalik kepada matlamat asal saya dalam industri hanya untuk bekerja semata-mata," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas kemenangan pada malam tersebut, Jepp berkata, dia tidak pernah mempromosi diri sendiri di mana-mana media untuk meraih undi.

Katanya, dia lebih selesa jika pengundian tersebut dilakukan secara jujur daripada penonton yang benar-benar puas dengan apa hang telah diberikan.

"Sejak masuk Raja Lawak lagi saya tidak pernah suruh orang mengundi saya termasuk ahli keluarga sendiri.

"Biar mereka mengundi secara telus tanpa paksaan dan mereka fikirkan layak. Pada saya kemenangan sebenar adalah kepuasan penonton dan bukan pada anugerah yang kita raih," ujarnya.

Sharifah Sakinah Anggap Jihan Musa Lebih Layak Menang

Posted: 21 Sep 2014 11:06 PM PDT


Sharifah Sakinah anggap pengikut di Instagram banyak mengundinya.
SHAH ALAM: Pelakon Sharifah Sakinah takut kemenangannya merangkul anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2014 menjadi isu dan akan dipersoalkan banyak pihak.

Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, berkata, ia berikutan belum merasakan dirinya layak memeggang gelaran tersebut berbanding pesaing terdekatnya yang turut tercalon iaitu pelawak Jihan Musa.
"Kemenangan ini bukan terbaik tetapi mengikut populariti dan undian peminat, kalau diikutkan memang saya tidak layak untuk menang kerana lawak saya tidak sehebat Jihan.

"Saya takut kemenangan ini akan jadi isu dan orang ramai akan persoalkan kerana saya tidak lawak macam pelawak lain," ujarnya kepada mStar Online.

Sakinah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemenangannya di kategori Pelakon Komedi Wanita (Popular) di Anugerah Lawak Warna 2014 yang diadakan di Teater Selangor, malam Jumaat.

Jihan turut membuat persembahan bersama kumpulannya SYJ pada majlis anugerah tersebut.

Katanya, dia turut mengundi Jihan Musa dalam kategori tersebut kerana memikirkan wanita itu layak memenangi kategori tersebut.
Bagaimanapun, katanya, dia menerima kejayaan itu sebagai satu rezeki untuk dia terus aktif dalam genre komedi.

"Saya rasa yang mengundi saya ialah peminat di Instagram kerana pengikut saya ramai beratus ribu walaupun separuh daripadanya pembenci tetapi pengikut itu benar-benar peminat yang mahu saya menang.

"Oleh itu saya ambil sikap positif dan terima kemenangan ini sebagai rezeki," ujarnya.

Dalam pada itu, Sakinah berkata kemenangan tersebut memberi semangat kepadanya untuk terus belajar tentang komedi dan memperbaiki mutu lakonan komedinya pada masa akan datang.

"Saya masih baru dan banyak yang perlu belajar terutama tentang komedi, saya mahu orang ramai melihat bekat saya seiring dengan anugerah yang saya dapat ini," katanya.

Kejayaan 'Sejoli' Tingkatkan Usaha Grand Brilliance Hasilkan Banyak Filem Komedi

Posted: 21 Sep 2014 11:05 PM PDT


Bront dan Maya memenangi kategori masing-masing dalam untuk filem 'Sejoli'.
SHAH ALAM: Kejayaan filem Sejoli meraih enam kategori pada Anugerah Lawak Warna 2014 yang berlangsung di Teater Selangor, malam Jumaat lalu dilihat sebagai pembakar semangat kepada Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) hasilkan lebih banyak filem komedi.

Bagaimanapun, Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alauddin, berkata, bukan sesuatu yang mudah untuk mencari sesebuah skrip yang boleh meninggalkan kesan dan membuat penonton tersenyum.

"Selepas kejayaan filem ini kita akan fikirkan untuk menerbitkan lebih banyak lagi filem genre romantik komedi seperti ini bukan sahaja untuk menang anugerah tetapi juga menarik penonton ke pawagam.

"Bagaimanapun, saya akui ia sedikit sukar mencari skrip yang benar-benar kuat dan meninggalkan kesan di hati penonton seperti filem ini," ujarnya kepada mStar Online.

Tengku Iesta ditemui selepas tamat acara Anugerah Lawak Warna 2014 yang disiarkan secara langsung di Teater Selangor, malam Jumaat.
Filem Sejoli merangkul enam anugerah secara keseluruhannya dalam Anugerah Lawak Warna 2014. 

Sejoli berjaya merangkul kesemua enam  kategori filem iaitu Filem Komedi Terbaik, Lakon Layar Komedi Terbaik, Skrip Komedi Terbaik, Pengarah Komedi Terbaik (Osman Ali), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Maya Karin) dan Pelakon Komedi Lelaki Filem Terbaik (Bront Palarae).

Tambah Tengku Iesta, dia melihat kekuatan utama kejayaan filem ini adalah daripada segi skrip komedi yang tidak perlu banyak diubah oleh pengarah dan pelakon.

Katanya, pelakon-pelakon utama turut menghormati dan memberi lakonan mereka mengikut skrip yang diberikan tanpa membuat sebarang penambahan atau adlib.
"Saya lihat skrip filem ini kuat biarpun pelakon-pelakon bukan terdiri daripada pelawak, namun mereka memberi komedi mengikut skrip dengan baik sekali.
"Paling banyak adlib pun Azad Jazmin, tapi masih boleh dikawal oleh pengarah Osman Ali agar tidak terlalu lari dengan skrip asal," ujarnya.
Mengulas tentang kemenangan teraju utama iaitu Maya Karin dan Brond Palarea dalam kategori masing-masing, Tengku Iesta berkata, mereka merupakan pelakon yang bijak.

Katanya, kedua-dua pelakon berpengalaman itu berjaya melakonkan watak mereka dengan baik.

"Maya dan Bront pelakon yang kita semua tahu sudah mempunyai pengalaman tetapi mereka bukan pelawak.

"Mereka dapat memberikan sebuah karekter yang pengarah mahukan mengikut skrip filem tersebut," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories