RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Den Wahab Tidak Halalkan RM15,000 Dipinjam ND Lala

Posted: 22 Sep 2014 06:46 PM PDT


Den Wahab (kiri) yang merupakan pengusaha pakaiann Baju Melayu pernah menjadi sahabat baik ND Lala.
PETALING JAYA: Pelakon Den Wahab sudah malas untuk memikirkan dan mengharap wang sebanyak RM15,000 yang pernah dipinjam oleh penyanyi ND Lala, kira-kira 14 tahun lalu.

Bagaimanapun, Den atau nama sebenarnya Zaharudin Abdul Wahab berkata, perkara tersebut tidak bermakna dia menghalalkan hutang tersebut walaupun setelah sekian lama tidak diselesaikan.

"Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang.

"Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi  di sini pada, Isnin.

Den berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kontroversi hutang yang dipinjam ND Lala sebanyak RM15,000 sekitar tahun 2000 bagi merakam lagu untuk sebuah parti politik.

Katanya, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu tidak pernah menghubunginya selepas berjanji memulangkan wang tersebut secara ansuran.
ND Lala bersama anaknya penyanyi Shila Amzah.


Malah, katanya, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52,  cuba melarikan diri apabila ternampaknya di majlis hiburan.

"Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji.

"Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah.

"Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya," ujarnya.

Mengimbau waktu itu, Den berkata, dia sudah dinasihatkan rakan-rakan artis yang lain agar tidak membantu penyanyi tersebut.

Namun, dia tidak sampai hati dan sentiasa berfikiran positif untuk membantu sesama bangsa.

Dalam perkembangan lain Den turut mengulas tindakan Shila Amzah yang mempersoalkan kredibiliti media Melayu sebagai sesuatu perkara yang tidak mengejutkannya.

Tambahnya, sebagai artis berpengalaman dia menasihatkan agar penyanyi itu sedar tindakan yang dilakukan wanita itu akan merosakkan reputasinya sendiri.

"Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung.

"Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah," katanya.  

Awal Ashaari Nafi Merajuk Tidak Dipilih Jadi Pengacara AF 2014

Posted: 22 Sep 2014 06:45 PM PDT


Awal Ashaari
KUALA LUMPUR: Pengacara Awal Ashaari menafikan dia merajuk dan terasa hati apabila stesen televisyen Astro tidak memilihnya sebagai pengacara program realiti popular Akademi Fantasia 2014 (AF 2014).

Awal, 33, berkata, dia sendiri tidak mengharap untuk mengendalikan rancangan tersebut berikutan baharu sahaja selesai mengacarakan rancangan The Band terbitan stesen televisyen itu.

"Saya tidak 'sentap' atau merajuk langsung bila tidak dipilih sebagai pengacara AF 2014 kerana saya baru sahaja terlibat dengan The Band.
"Mereka ada hubungi saya dan bertanyakan soal bayaran dan kekosongan jadual, namun saya tahu tidak mungkinlah dua program berturut-turut mereka mahukan saya," katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Koleksi Baharu Musim Luruh  2014 Jenama Ecco, di Restoran The Bee, Publika Dutamas, di sini, Isnin.
Awal dan Scha menggayakan beg jenama Ecco.

Turut hadir pada pelancaran tersebut ialah isterinya aktres Scha Al-Yahya.

Awal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gosip ruangan pojok di sebuah akhbar kononnya dia merajuk sehingga membawa diri ke Perth, Australia minggu lalu akibat tidak terpilih menjadi pengacara rancangan AF 2014.

Sebaliknya, rancangan tersebut menampilkan pengacara berpengalaman iaitu Faizal Ismail bagi menemani Zizan Razak.

Dalam pada itu, Awal berkata, dia menganggap rakan seperjuangannya itu layak dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkenaan.

"Bila saya tengok Faizal Ismail diumumkan sebagai pengacara saya anggap itu sebagai rezeki untuk dia dan peluang dia untuk memulakan kerjaya dengan stesen televisyen itu.

"Kita pun tahu Faizal dulu terkenal dengan stesen TV3 tetapi apabila diterima ke stesen berbayar ini, ia satu perkembangan yang baik," katanya.

Sementara itu, mengulas tentang isu bayaran tertunggak oleh sebuah produksi ketika mengacarakan rancangan realiti The Band, Awal berkata pihak tersebut telah menghubunginya.

Katanya, pihak produksi itu sudah merancang untuk bertemu dan menyelesaikannya secara baik.



"Alhamdulillah, mereka sudah hubungi saya dan menyelesaikan perkara tersebut dengan baik," katanya.

Dalam pada itu, bercakap tentang majlis tersebut, Awal berkata, dia dan isterinya   hadir ke pelancaran tersebut sebagai tetamu istimewa.

Katanya, pihak jenama Ecco memberi mereka beberapa produk seperti kasut dan beg tangan untuk membuat penilaian terhadap barangan berkenaan.

"Kami hanya jemputan istimewa untuk majlis ini. Pihak Ecco memberi beberapa barangan untuk kami buat penilaian," ujarnya.

Derita 4 Tahun, Ammar Alfian Kongsi Rasa Kesal Musuhi Wartawan

Posted: 22 Sep 2014 06:43 PM PDT


Ammar mengakui usia yang masih muda membuatkan dia terlupa tentang tujuan sebenar dia mahu menjadi seorang pelakon sehingga namanya terheret dalam beberapa kontroversi sebelum ini.
PETALING JAYA:  Pelakon dan model Ammar Alfian terpaksa 'menderita'  selama empat tahun gara-gara kesilapannya melemparkan kata-kata kesat dan menulis ugutan bunuh terhadap wartawan hiburan di negara ini menerusi Facebook miliknya.

Ammar atau nama sebenarnya, Ammar Alfian Aziz, 27, berkata, bukan mudah untuk mendapatkan kembali kepercayaan pihak media sepanjang tempoh itu namun dia akur kerana perbuatan itu adalah berpunca daripada sikapnya sendiri.

"Saya sedar tindakan memuat naik status di laman Facebook telah menyebabkan ramai pihak media marah dengan saya biarpun saya telah membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi ia memakan masa untuk hubungan itu kembali pulih.
Ammar mahu memberikan fokus terhadap bidang lakonan selepas ini.

"Empat tahun saya cuba untuk menjernihkan keadaan bagi mendapatkan kembali kepercayaan mereka dan Alhamdulillah hubungan itu semakin menampakkan tanda-tanda positif dan saya berharap ia akan berkekalan selepas ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Ammar pernah menimbulkan kontroversi selepas dia menulis status mengugut untuk 'membunuh' wartawan hiburan dalam akaun  Facebook miliknya gara-gara tidak berpuas hati mengenai laporan pergaduhannya dengan Puteri Sarah pada  majlis tayangan perdana filem Lu Pikirlah Sendiri The Movie pada 2010.

Ammar yang pernah popular menerusi drama bersiri Tari Tirana pernah bercinta dengan pelakon wanita itu.

Perbuatan itu menyebabkan Ammar diboikot kebanyakan media sehingga memaksa Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terpaksa mengaturkan sebuah majlis permohonan maaf bagi menjernihkan keadaan.

Pelakon berusia 27 tahun ini mengakui semakin matang.

Ammar berkongsi pengalaman itu apabila diminta pandangannya mengenai sikap penyanyi Shila Amzah memperkecilkan media Melayu yang didakwanya sekadar mengejar cerita sensasi  tanpa menyokong kerjaya seninya.

Dalam pada itu, Ammar berkata, sebagai seorang pelakon dia memerlukan pertolongan rakan media untuk memberikan publisiti mengenai projek yang dijayakan agar kerjayanya terus berkembang.

Malah kata Ammar, wartawan dan artis saling memerlukan malah kedua-duanya perlu menjaga hubungan sebaik mungkin.

"Bohonglah kalau saya kata tidak perlukan rakan wartawan untuk menaikkan kerjaya lakonan saya.

"Saya serik dengan tindakan saya sebelum ini namun pada masa sama ia memberikan banyak pengajaran dan mematangkan saya sebagai seorang individu dan pelakon," jelasnya.

Jelas Ammar juga, restu daripada ibu dan bapanya membuatkan dia lebih yakin untuk aktif sebagai pelakon dan berharap akan diberi peluang kedua berbuat demikian.

Imej terbaharu Ammar... kacak orangnya.


"Sebelum ini saya akui terkena 'kejutan budaya' dan masih terlalu muda untuk berfikir baik dan buruk sehingga menyebabkan saya banyak melakukan tindakan kurang wajar.

"Atas sebab itu juga keluarga melarang saya bergelar pelakon namun selepas melihat perubahan diri saya yang lebih matang mereka memberi izin untuk saya kembali aktif," katanya.

Tambah Ammar lagi, dia juga tidak malu untuk memulakan kerjayanya dari bawah semula memandangkan bidang lakonan adalah sesuatu yang paling diminatinya sejak dahulu.

Dalam perkembangan lain, Ammar berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filemLangit Cinta arahan Osman Ali selain baharu sahaja selesai menjalani sesi uji bakat untuk sebuah drama bersiri terbitan Zeel Productions.

"Abby Abadi Pernah Tolak Hutang Saya" - Bekas Suami

Posted: 22 Sep 2014 06:42 PM PDT


Muhammad Noor Farhan menjelaskan dia cuba membayar sebahagian hutangnya kepada Abby namun ditolak wanita itu.
PETALING JAYA: Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan dia pernah cuba untuk menjelaskan sebahagian hutangnya namun ditolak wanita itu.

Muhammad Noor Farhan, 24, berkata, Abby enggan menerima wang berkenaan iaitu sebanyak RM5,000 kerana tidak bersetuju dengan jumlah tersebut sebaliknya menuntut dia melangsaikan semua hutang berkenaan sekali gus.

"Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi pesanan mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin.

Muhammad Noor Farhan bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar hutangnya terhadap pelakon itu.

Abby mendakwa bekas suaminya meminjam wangnya yang berjumlah puluhan ribu ringgit.

Terdahulu, Abby dalam sebuah laporan akhbar mendedahkan, dia telah membuat satu laporan polis terhadap Muhammad Noor Farhan berikutan sikap lepas tangan bekas suaminya dalam soal hak milik kereta dan wang.

Dakwa Abby, Muhammad Noor Farhan telah meminjam wangnya dipercayai berjumlah puluhan ribu ringgit bagi membeli sebuah kereta untuk adik pemuda itu.

Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan berkata, tuduhan Abby adalah bersifat untuk mengaibkannya sedangkan jumlah hutang berkenaan tidak mencecah puluhan ribu ringgit.

"Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya," katanya.

Tinggal kenangan...Saat bahagia Abby dan Muhammad Noor Farhan.

Sementara itu, Muhammad Noor Farhan berkata, dia masih mampu bersabar dengan segala tuduhan dilemparkan Abby dan tidak mahu terlalu mengikut kata hati sebelum membuat sesuatu tindakan.

Malah seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan diri daripada terus difitnah namun tidak mengetahui saluran yang betul untuk berbuat demikian.

"Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad," katanya.

Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand.

Pasangan itu disahkan bercerai pada 9 Mei lalu.

Universiti perfileman?

Posted: 22 Sep 2014 06:40 PM PDT


  • Universiti perfileman

SABAN hari, ada saja nama baru muncul di persada seni tanah air, sama ada dalam dunia muzik mahupun lakonan.

Jika dilihat daripada sudut positif, kehadiran bakat baru ini tentu saja membantu merancakkan lagi industri seni negara.

Bahkan, golongan pelapis ini dilihat gigih mencari tapak dalam dunia hiburan tempatan apatah lagi dengan bantuan dan sokongan daripada media massa termasuk media baru hari ini.

Bukan hanya daripada media massa, kepercayaan daripada syarikat produksi turut memainkan peranan yang cukup penting dan itulah yang dibuktikan oleh Metrowealth International Group (MIG).

Sejak menerbitkan filem pertamanya berjudul Syukur 21, lebih sedekad lalu, MIG telah melahirkan ramai bakat baru yang kini merupakan nama-nama besar dalam bidang lakonan tanah air.

Maya Karin, Waheeda, Farid Kamil dan Lisa Surihani adalah antara pelakon popular yang banyak mencipta nama menerusi filem-filem terbitan MIG. Mereka digilap menerusi MIG Talent iaitu agensi di bawah syarikat produksi itu.

Melihat daripada perkembangan drastik MIG, pemiliknya, Mejar (K) David Teo turut menganggap MIG sebagai sebuah 'universiti perfileman' yang melahirkan bakat lakonan dan pengarah baru menerusi Skim Pengarah Muda tajaan syarikatnya.

Ikuti temu bual Zass dengan David yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MIG, di majlis tayangan media filem terbarunya, Nasi Tangas (Nasi Kangkang), baru-baru ini.

MIG sebagai universiti perfileman. Boleh anda terangkan dengan lebih lanjut?

MIG sudah boleh dianggap sebagai universiti yang melahirkan bakat baharu, oleh kerana itu, slogan 'Bintang Dicipta Bukan Dilahirkan' terus digunakan sehingga ke hari ini. Bahkan, kami sentiasa membuat persediaan dengan melahirkan barisan pelakon pelapis yang akan meneruskan kesinambungan dalam bidang perfileman pada masa depan. Ia juga bagi mengelakkan kebergantungan terhadap pelakon-pelakon sedia ada. Jika mahu terus menjadi penerbit, muka-muka baharu ini perlu ada. Selain daripada memiliki pelakon sendiri, MIG turut memperkenalkan Skim Pengarah Muda MIG, sejak dua tahun lalu. Antara pengarah muda yang digilap MIG seperti Ismail Hasim, Azhari Zain, Pierre Andre, Hashim Rejab, Farid Kamil, Ahmad Rusli, Yana Samsuddin, Muhamad Razif, Noor Hazlin, Mohd Azaromi dan Nor Zahirah.

Ada bilangan tertentu untuk merekrut bakat baharu?

Setiap tahun, MIG akan mengambil 15 bakat baharu yang terpilih. Untuk tahun ini, kuota itu masih lagi belum mencukupi. Kami masih lagi kekurangan lima orang lagi. Setakat ini, MIG mempunyai lebih 35 artis. Antara artis di bawah naungan MIG ialah Farid Kamil, Intan Ladyana, Zalif Sidek, Nina Iskandar, Adibah Yunus, Atikah Shuhaimi, Niezam Zaidi dan Azwan Kombos.

Ada tapisan yang perlu dihadapi oleh bakat baharu ini?

Tidak semuanya akan bergelar pelakon sebaliknya bakat baharu itu akan ditapis dan diberi tempoh percubaan selama setahun sama ada untuk terus kekal atau tidak bersama MIG.
Dalam tempoh percubaan itu, kami akan melihat kepada empat faktor utama iaitu disiplin, kesungguhan mereka untuk menjadi artis, kontroversi yang terkait dan respons masyarakat kepada mereka. Jika masyarakat tidak suka juga... ia tidak bagus untuk promosi filem.

Selepas tempoh percubaan itu tamat, bagaimana dengan keputusannya?

Kami akan memberi kebebasan kepada bakat baharu ini untuk memilih keputusan sama ada untuk terus kekal ataupun tidak. Oleh sebab itu, selepas setahun, kami akan mengkaji semula kontrak. Setakat ini, hanya dalam 30 peratus yang akan terus bersama kami.

Soal kontraknya pula bagaimana?

Setiap kontrak yang dikeluarkan adalah selama lima tahun, bagaimanapun ia bergantung kepada artis tersebut. Kebiasaan mereka akan tandatangan kontrak selama lima tahun, namun terpulang kepada mereka jika mahu keluar lebih awal ikut budi bicara. Sehingga ke hari ini, kami masih lagi menggunakan kontrak dan syarat yang sama seperti sebelum ini. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang diubah suai menjadi lebih terperinci. Syarat masih sama seperti dahulu cuma ada beberapa syarat yang kita perbaiki mengikut beberapa pengalaman artis sebelum ini yang melanggar kontrak. Atas nasihat peguam, kami meletakkan harga ganti rugi mengikut kemampuan dan nilai filem yang kita beri pada mereka.

Perancangan jangka masa panjang MIG?

MIG menyasarkan 200 filem terbitan sehingga penghujung 2018. Malah, saya mempunyai sasaran sendiri iaitu ingin mencipta rekod sebagai penerbit yang berjaya menghasilkan 1,000 filem di sepanjang penglibatan saya dalam industri. Diharapkan, ia akan menjadi kenyataan.

Komen anda mengenai filem terbaru, Nasi Tangas (Nasi Kangkang)...

Dek perbincangan yang teliti dengan Lembaga Penapisan Filem (LPF), menyebabkan tayangan filem ini mengalami kelewatan lebih enam bulan. Malah, atas nasihat daripada LPF juga, tajuk filem ini perlu diubah kepada Nasi Tangas (Nasi Kangkang). Mujur pemotongan yang dilakukan tidak banyak sebaliknya hanya melibatkan dua tiga perubahan. Saya bersyukur untuk itu. Saya mengharapkan agar filem ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada peminat di luar sana.

Seperti biasa, dalam setiap filem terbitan anda, sudah pastinya ada wajah-wajah baru yang ditampilkan. Begitu juga dengan Nasi Tangas (Nasi Kangkang) yang memilih Azwan Kombos, Shima Anuar, Adiba Yunus sebagai teraju utamanya. Komen anda?

Sejak dulu lagi, MIG telah menyediakan barisan pelakon pelapis untuk diserapkan dalam filem-filem terbitan kami. Ia bagi menghadapi masalah kekurangan pelakon kerana bilangan filem terbitan MIG semakin bertambah. Kami tidak mahu pelakon yang ditampilkan dalam filem asyik muka-muka yang sama. Nanti penonton akan bosan. MIG memberi mereka peluang untuk tunjukkan bakat. Kalau berjaya mereka akan pergi jauh dan industri perfileman juga mempunyai banyak pilihan pelakon.

Pengarah fail gantung perintah bayar ganti rugi

Posted: 22 Sep 2014 06:39 PM PDT


  • JohanJohan

KUALA LUMPUR - Seorang pengarah drama dan filem serta syarikatnya memfailkan permohonan untuk menggantung perintah membayar ganti rugi RM170,100 kepada Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau dikenali sebagai Johan Raja Lawak dan isterinya.
 
Pembayaran itu berhubung kes saman yang difailkan pelawak itu terhadap kecederaan yang dialaminya empat tahun lepas.
Pengarah, Mohd Javed Mohd Nizar dan syarikat penerbitan drama dan filem, Juara Filem Production Sdn Bhd memfailkan permohonan itu pada 17 September lalu sementara menunggu untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam pada 7 Julai.
Peguam Suhaimi Saad yang mewakili Johan ketika ditemui pemberita memaklumkan bahawa permohonan Mohd Javed dan syarikatnya itu akan didengar di Mahkamah Rayuan, Khamis ini.
Suhaimi berkata Penolong Kanan Pendaftar Ti Pei Si menetapkan 26 September ini untuk pengurusan kes ketika kes itu disebut di dalam kamarnya yang turut dihadiri peguam Baljit Singh yang mewakili Mohd Javed dan syarikatnya itu.

Pada 7 Julai lalu, Hakim Su memerintahkan Mohd Javed serta syarikat penerbitannya membayar ganti rugi RM100,000 dan kos perubatan RM100 kepada Johan serta faedah lima peratus kepada pelawak itu bermula daripada tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya selaku defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri pelakon dan pelawak itu, Rozlinawaty Ismail, serta faedah lima peratus bermula daripada tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.
Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos guaman RM50,000 kepada pasangan suami isteri itu.
Pada 18 Julai 2010, Johan, 29, dan isterinya yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati, 32, memfailkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd Javed telah mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada 11 Mei 2010.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Johan mendakwa Mohd Javed juga bertindak menterbalikkan meja di hadapannya dan isteri dan Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan didakwa akibat ditumbuk seorang kru penggambaran yang dikenali sebagai 'Halim'.
Johan, yang juga seorang pengacara, mendakwa Mohd Javed dan Halim kemudian terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka dihalang Ozlynn yang menyebabkan isterinya itu turut dipukul.

Budu tiub mendapat sambutan

Posted: 22 Sep 2014 06:36 PM PDT


  • Mat Ismail menunjukkan pek inovasi baharu budu cap Ketereh.Mat Ismail menunjukkan pek inovasi baharu budu cap Ketereh.

BERMULA dengan pengalaman sendiri yang tidak dapat membawa budu ketika menaiki kapal terbang, seorang pengusaha memperkenalkan makanan istimewa itu dalam bentuk tiub.

Pengusaha Budu Cap Ketereh, Mat Ismail Jusoh berkata, idea tersebut diperoleh sejak tiga tahun lalu selepas beliau tidak dibenarkan membawa budu diisi dalam botol ketika mengunjungi negara China, Indonesia dan Thailand.

Mat Ismail berkata, sejak itu, beliau berusaha untuk menambahbaik produk keluarannya bagi memberi kemudahan kepada penggemar budu di seluruh negara.

Katanya, pada tahun hadapan, beliau berhasrat untuk mengeksport produk (budu tiub) itu ke pasaran antarabangsa termasuk Dubai.

"Alhamdulillah, sekarang sudah lima bulan budu (pati ikan bilis) yang diperkenalkan dalam bentuk tiub berada di dalam pasaran seluruh Malaysia.

"Sekarang penggemar makanan popular Kelantan ini boleh menikmati budu di mana sahaja kerana ia boleh dibawa ke destinasi pilihan tanpa rasa bimbang ia akan pecah," katanya selepas perasmian Produk Budu Cap Ketereh Inovasi Baharu di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang turut dihadiri Pengarah Miti Kelantan, Azran Derahman.

Syarikat budu cap Ketereh yang beroperasi di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor merupakan kilang pemprosesan terbesar di seluruh negara dan beroperasi sejak 34 tahun lalu.

Sekarang, Mat Ismail boleh berbangga dengan hasil inovasinya itu apabila produk budu berkenaan berjaya dikeluarkan sebanyak 50,000 dozen tiub.

Selain itu, Mat  Ismail berkata, perusahaan warisan sejak 34 tahun itu bukan sahaja beri rezeki kepada keluarganya, bahkan seramai 80 penduduk setempat bekerja di kilang berkenaan.

Menurutnya, biarpun budu dalam bentuk tiub tersebut semakin mendapat tempat di pasaran, namun budu (botol) tetap menjadi pilihan di dalam dan luar negara sejak 34 tahun lalu lagi.

"Dalam setahun, sebanyak satu juta botol budu berjaya dipasarkan di seluruh negara dengan jualan RM10 juta setahun. Manakala Kuala Lumpur dan Terengganu antara negeri yang terbanyak dipasarkan," katanya.

Mat Ismail memberitahu, rahsia kejayaan perniagaannya yang dapat bertahan sejak 34 tahun adalah memastikan ikan bilis dibelinya segar sebelum diproses dan mengutamakan kebersihan supaya rasanya tidak berubah.

Dalam pada itu, katanya, sepanjang kempen PRK Dun Pengkalan Kubor, permintaan budu juga amat luar biasa apabila lebih 5,000 botol dikeluarkan berbanding hari kebiasaannya.

"Ini kerana permintaan penjual di kedai makan kerana ramai pengunjung dari dalam dan luar negeri tertumpu di Pengkalan Kubor," katanya.

Sementara itu, Azran berkata, pada 2011 Miti menerusi agensinya memberi geran pembungkusan sebanyak RM98,000.

"Pada tahun ini, syarikat tersebut menghantar permohonan kepada SME Bank dan kita berusaha bagi membantu kerana ini merupakan produk tradisional Kelantan yang mempunyai pasaran luas untuk diterokai.

"Ini termasuk usaha untuk memasarkannya ke Dubai, Brunei dan lain-lain negara lagi yang mempunyai potensinya," katanya.

Sementara itu, Mustapa berkata, kementeriannya merancang membantu mengeksport produk budu itu ke Dubai, Makkah, Arab Saudi, Brunei dan Singapura.

"Syarikat budu yang terbesar di Malaysia ini, sudah mencapai jualan RM10 juta setahun di seluruh negara. Kita melihat budu ini mempunyai potensi menembusi pasaran luar jika mempunyai perancangan rapi dari segi pemasaran, pembungkusan dan pembuatan," katanya.

Beliau berkata, kejayaan pemilik syarikat budu berkenaan bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada lebih 80 penduduk tetapi juga membantu 36 nelayan ikan bilis.

Aiskrim buatan Muslim

Posted: 22 Sep 2014 06:35 PM PDT


  • Ruslina bersama produk aiskrim ParaBella semasa Halfest 2014 di Seri Kembangan baru-baru ini.Ruslina bersama produk aiskrim ParaBella semasa Halfest 2014 di Seri Kembangan baru-baru ini.

MENYEDARI kurangnya syarikat Muslim yang menjual aiskrim di pasaran tempatan, Ruslina Mohd Lazim, mengambil langkah memperkenalkan ais krim jenama ParaBella.

Berdiri di bawah syarikat Bumimasa Sdn Bhd aiskrim ParaBella kini sudah dua tahun berada dalam pasaran tempatan sejak Februari 2012.
Ruslina juga merupakan Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Bumimasa berkata, ParaBella di sasarkan kepada golongan Muslim dalam menyediakan ais krim yang di jamin halal.
"Di awal perniagaan kami melaburkan sebanyak RM500,000 bagi menyediakan dua jenis variasi ais krim iaitu ais krim premium dan biasa termasuk dengan mesin memproses ais krim.

"Buat masa ini aiskrim ParaBella boleh didapati di rangkaian kedai runcit Melayu Muslim Az-Zain seluruh negara dan kedai runcit Islam lain di sekitar Lembah Klang," katanya ketika ditemui semasa Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2014 di Seri Kembangan, baru-baru ini.

Ditanya mengenai permintaan orang ramai, Ruslina berkata, buat masa ini permintaan pelanggan meningkat dari semasa ke semasa terutamanya dari Kuala Lumpur dan Selangor.

"Tetapi kami tidak mampu memenuhi permintaan tersebut memandangkan pengeluaran dan logistik kami agak terhad buat masa ini.

"Oleh itu kami turut menyediakan pakej runcit kepada peniaga untuk meletakkan peti sejuk aiskrim ParaBella di kedai mereka," katanya.
Ruslina turut menambah permintaan aiskrim ParaBella di lihat meningkat sedikit rentetan isu boikot oleh pengguna Muslim kebelakangan ini.

"Mungkin pengguna sekarang semakin sedar bahawa masih ada produk buatan Muslim di luar yang terjamin halal dan selamat untuk dimakan serta membantu sesama Muslim," katanya.

Bagi aiskrim premium ParaBella boleh didapati melalui enam perasa seperti vanila, coklat dan lain-lain pada harga RM2 setiap sudu menggunakan kon, manakala bagi aiskrim biasa pada harga bermula RM1 hingga RM2.50.

Bumimasa juga sedang melakukan kajian dan penyelidikan (R&D) dalam menyediakan aiskrim berperisa durian bagi pasaran eksport.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories