RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Shahrol (Shiro) Sangkal Bercinta Dengan Anak Tiri Saleem (Iklim)

Posted: 23 Sep 2014 09:30 PM PDT


Shahrol mengakui dia kini masih solo dan tidak mempunyai teman wanita.
PETALING JAYA: Anggota kumpulan Shiro iaitu Shahrol menafikan gosip kononnya dia kini sedang bercinta dengan bekas finalis program Projek Metro iaitu Iera Fakhira, 24 tahun.

Sharol atau nama sebenarnya Shahrol Azizi Azmi, 30, bagaimanapun tidak menafikan mengenali wanita berkenaan namun hubungan mereka sekadar teman biasa.

"Saya kenal Iera tetapi gosip mengatakan kami bercinta itu tidak benar dan hubungan kami sekadar kawan biasa sahaja," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Iera atau nama sebenarnya Nurfakhira Che Abdul Muhsin, 24, adalah anak tiri kepada penyanyi Saleem (Iklim) iaitu anak kepada isterinya, Juriah Bachok dengan suami terdahulu.

Dalam pada itu, Shahrol memberitahu, dia dan Iera sudah lama tidak bertemu ekoran wanita berkenaan kini tidak berada di dalam negara kerana bertugas dengan sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.
Iera Fakhira.
Jelas Shahrol, gosip kononnya dia bercinta dengan Iera tidak perlu diperbesarkan kerana tidak wujud sebarang hubungan cinta di antara mereka.

"Tiada apa-apa pun, kawan sahaja. Tambahan pula dia kini tidak berada di Malaysia kerana bertugas sebagai pramugari dengan sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.

"Sebelum ini dia adalah pramugari syarikat AirAsia. Kami pun sudah lama tidak berhubung di antara satu sama lain," jelasnya.

Sementara itu, Shahrol memberitahu, dia kini masih solo dan belum terfikir untuk mencari teman wanita kerana sibuk dengan kerjaya seninya sebagai pelawak.

"Belum ada sesiapa lagi kerana tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal peribadi dan fokus saya kini adalah berkaitan kerja," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahrol berkata, dia kini sibuk rakaman program Sukalattewdi Astro Warna selain terlibat dalam Super Spontan bersama seorang lagi ahli Shiro iaitu Ajak.

Liyana Jasmay Tolak Adegan Bersentuhan

Posted: 23 Sep 2014 09:28 PM PDT


Liyana Jasmay
PETALING JAYA: Pelakon Liyana Jasmay melakukan transformasi diri selepas bergelar ibu dengan  menolak tawaran watak yang berkehendakkan dia memakai pakaian seksi dan bersentuhan dengan bukan muhrim.

Liyana, 25, berkata, walaupun suaminya Mohd Fathuddin tidak memberikan syarat itu, sebaliknya sebagai isteri orang, dia perlu peka agar pekerjaan yang dilakukan tidak menyentuh perasaan keluarga yang menontonnya.

"Walaupun suami tidak meletakkan  sebarang syarat, tetapi benda-benda macam kita perlu peka dan jaga hatinya dan keluarga agar mereka tidak terasa dengan lakonan yang dipaparkan  nanti.

"Alhamdulillah keputusan itu langsung tidak menyekat rezeki saya," ujarnya kepada mStar Online.
Liyana ditemui pada majlis pelancaran jubah rekaannya, Bella Liyana Collection di restoran  Terrace, The Curve, di sini pada Selasa.

Sehubungan itu kata Liyana, pengarah drama atau filem hendaklah lebih sensitif terhadap pelakon-pelakon wanita yang sudah berkahwin dengan tidak memberikan mereka watak-watak yang tidak sepatutnya.

Tambahnya, banyak contoh karya cinta tidak memerlukan para pelakon berpegangan tangan tetapi drama atau filem itu mendapat sambutran hebat daripada orang ramai.



"Cuba kita ambil contoh seperti filem Indonesia iaitu Kapal Van Der Wijck. Filem tersebut penuh dengan elemen cinta tetapi pelakon-pelakonnya langsung tidak bersentuhan antara satu sama lain.

"Kita juga boleh buat seperti itu dengan pelbagai teknik selain penghayatan lakonan. Rasanya, bukan satu masalah untuk pengarah menzahirkan rasa cinta dalam karya tanpa perlu bersentuhan.

"Dan walaupun seseorang pelakon itu tidak meletakkan  sebarang syarat, pengarah hendaklah tahu, status mereka yang sudah berkahwin tidak perlu diberi adegan-adegan panas," ujar ibu kepada Sofia Arissa yang berusia empat bulan ini.

Sementara itu, mengenai rekaan jubah Bella Liyana Collection,  Liyana hanya mengambil masa dua minggu  menghasilkan busana tersebut  di bawah kolaborasi jenama pakaian muslimah Bella Ammara.

Liyana berkata, pada awalnya dia tidak terfikir untuk mencuba perniagaan fesyen muslimah, tetapi selepas ditawarkan untuk berkolaborasi bersama pemilik Bella Ammara iaitu Karl, dia terus terbuka hati.

"Bayangkan, projek ini dibincangkan dua minggu lalu dan pada pertemuan pertama kami sudah merancang rekaan jubah yang mahu ditampilkan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada bulan depan.

"Dan pada pertemuan kedua, kami ke kedai kain mencari material dan manik sesuai.

"Alhamdulillah prosesnya dilakukan dengan cepat, malah kami juga telah membuat klip video khas untuk projek ini," katanya.

Koleksi jubah Bella Liyana boleh didapati di butik Bella Ammara yang terletak di No. 17, Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Ia dijua dengan harga hanya RM294.

Penyanyi Asal 'Zakiah' Muncul Dalam Konsert Ramli Sarip

Posted: 23 Sep 2014 09:27 PM PDT


Ramli Sarip (kiri) bersama penyanyi asal lagu 'Zakiah' iaitu Achmad Albar.
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pencipta asal lagu Zakiah  iaitu Achmad Albar, 68, begitu teruja dijemput sebagai tetamu pada konsert Hayat... 45 Tahun Seniman Ramli Sarip yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 Oktober ini di Istana Budaya.

Achmad yang juga vokalis kumpulan rock Indonesia iaitu God Bless berkata,  jemputan tersebut dianggap sebagai satu penghargaan besar buatnya.

"Saya terkejut apabila diundang untuk membuat persembahan dan menjadi temamu istimewa konsert Datuk Ramli Sarip. Lagi pula ia merupakan hari bersejarah Ramli iaitu 45 tahun dia dalam dunia seni.

"Saya rasa bangga pertama kali diberi peluang untuk bergabung dengan pemuzik-pemuzik Malaysia dan berada di Istana Budaya," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Achmad Albar ditemui pada sidang media Konsert Hayat... 45 Tahun Seniman Ramli Saripdi Suasar Pualam, Istana Budaya, Selasa.

Dia juga menganggap lagu Zakiah yang telah dinyanyikan semua oleh penyanyi legenda itu sekitar tahun 1978 telah menjadi titip permulaan namanya diangkat di negara ini.

"Kumpulan Sweet Charity membawa nama God Bless dikenali di Malaysia apabila merakam semula lagu berjudul Pelacur Tua dan Zakiah.

"Sebuah lagu Gadis Melayu dirakam oleh Othman Hamzah turut mendapat sambutan, mereka merakam lagu-lagu tersebut dengan cara mereka tersendiri dan tidak meniru kami," ujarnya yang bakal menyanyikan empat buah lagu pada konsert tersebut.
mStar Default Image
Ramli Sarip (dua dari kiri) semasa pelancaran konsertnya yang dikenali  Hayat... 45 Tahun Seniman Ramli Sarip di Istana Budaya pada Selasa.


Dalam pada itu, tambah Achmad disebabkan lagu-lagu tersebut juga dia bersyukur masih menerima royalti daripada syarikat rakaman.

Sementara itu, Ramli berkata, Achmad merupakan rakan seperjuangannya yang banyak memberi inspirasi kepada lagu-lagu Sweet Charity.

"Kita menjemput dia kerana banyak lagu ciptaannya yang kami rakam semula dan menjadi hit suatu ketika dahulu.

"Saya ingin dia turut berada atas pentas meraikan konsert ini bersama-sama dan mungkin juga kami rancang untuk menyanyi lagu Zakiah secara berduet," katanya.

Tambah Ramli selain Achmad, dia turut menampilkan Aris Ariwatan dan Dayang Nurfaizah.

Menjelaskan tentang konsert tersebut, ia akan dibahagikan kepada dua segmen iaitu Blues Rock, akustik, kerohanian dan muzik berkumpulan.

Sementara itu, konsert tersebut bakal diadakan di Esplanade, Singapura pada 21 Oktober 2014.

Tiket konsert untuk persembahan di IB dijual pada harga RM83 hingga RM443.

Ia boleh ditempah menerusi laman web www.iLassotickets.com atau menghubungi talian 03-79576088.

Bagi peminat di  Singapura pula, tiket dijual pada harga $40 dollar  hingga $80 dollar dan ia boleh didapati menerusi laman web www.sistic.com.

Kabir Bhatia Sanggup Tunggu Awie Kerana 'Dollah Superstar'

Posted: 23 Sep 2014 09:26 PM PDT


Barisan para pelakon filem Dollah Superstar.
PETALING JAYA: Pengarah terkenal, Kabir Bhatia sanggup menunggu selama lapan bulan untuk mendapatkan vokalis kumpulan Wings, Awie bagi menerajui peranan utama dalam filem terbaharu arahannya berjudul Dollah Superstar.
Kabir berkata, dia sanggup menunggu sehingga jadual penyanyi rock itu kosong bagi membolehkan dia memegang watak berkenaan.

"Filem ini tergendala selama hampir lapan bulan kerana saya berkeras mahukan Awie memegang watak sebagai Dollah.

"Saya tidak dapat bayangkan orang lain memegang peranan tersebut dan sebab itulah saya sanggup menunggu jadualnya kosong sebelum memulakan penggambaran. Ia penantian berbaloi," katanya kepada mStar Online.
Kabir ditemui pada majlis tayangan perdana filem berkenaan di Cathay e@Curve di sini pada Selasa.
Kabir Bhatia


Selain Awie, filem itu turut dibintangi oleh Fizz Fairuz, Sharnaaz Ahmad, Neelofa, Aziz M. Osman dan Lan Pet Pet.

Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Oktober depan.

Tambah Kabir, dia sangat kagum dengan komitmen Awie ketika berada di set penggambaran selain dia seorang pelakon berbakat besar.

"Ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan Awie dan saya sangat bangga terhadap komitmennya dalam menjayakan watak sebagai Dollah," katanya.

Dollah Superstar mengisahkan mengenai seorang gengster iaitu Dollah (Awie) yang gemar menonton filem aksi dan bercita-cita untuk bergelar pelakon dan pengarah.

Perkenalannya dengan seorang pelakon terkenal iaitu Shah Dazzle (Sharnaaz Ahmad) telah membuka ruang kepadanya untuk bergelar pelakon sehingga menyebabkan pelbagai tragedi menarik berlaku.

Dalam pada itu, menjelaskan mengenai paparan tentang kehidupan pelakon dan situasi di set penggambaran yang mungkin akan menggores hati sesetengah pihak, Kabir berkata ia sekadar fiksyen penulis skrip dan bukan menggambarkan situasi sebenar.

Jelas Kabir, dia cuba menyuntik elemen humor dalam paparan situasi itu agar menjadi lebih menarik supaya penonton tidak bosan.

Awie


"Jangan ambil terlalu serius kerana ia sekadar hiburan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa," katanya.

Sementara itu, Kabir berkata, menerusi filem berkenaan ramai pelakon terkenal membuat kemunculan istimewa sebagai satu suntikan kelainan dalam karya itu.

"Saya beruntung kerana mendapat kerjasama baik daripada ramai artis yang ingin sama-sama menjayakan filem ini dan ia tentunya sebagai satu tarikan kepada penonton," katanya.

Antara artis yang membuat kemunculan istimewa adalah Afida S, Datin Umie Aida, Beto Kusyairi, Nadiya Nisaa dan Cico Harahap.

Jiwa tenang hafaz al-Quran

Posted: 23 Sep 2014 09:18 PM PDT


  • Lisa bersama piala dan trofi yang dimenanginya dalam pertandingan hafazan peringkat Jabatan Penjara Malaysia.Lisa bersama piala dan trofi yang dimenanginya dalam pertandingan hafazan peringkat Jabatan Penjara Malaysia.

KLUANG - Walaupun baru mendekatkan diri dengan menghafaz surah-surah lazim, seorang penghuni Penjara Wanita Bentong, Pahang merasakan diri dan jiwanya tenang.

Lisa,32, mengakui dia sebelum ini begitu jauh untuk membaca al-Quran dan penyertaannya memasuki pertandingan hafazan membuka hatinya untuk mendekatkan diri dengan kitab suci tersebut.

Beliau yang dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun enam bulan atas kesalahan memiliki dadah berkata, dia tidak menyangka dipilih pihak penjara untuk menyertai pertandingan menghafaz al-Quran.

"Sebelum saya masuk penjara, saya tidak pernah menghafaz al-Quran dan memasuki pertandingan walaupun saya bersekolah agama di Johor.

"Jika dahulu, saya baca jika disuruh guru dan selepas itu saya tidak pernah mendekatkan diri dengan al-Quran, tetapi sejak Ramadan lalu, saya diberi kepercayaan mewakili Penjara Wanita Bentong menyertai pertandingan kategori hafazan.

"Setiap hari saya hafaz surah berkenaan dan dari situ saya mula suka dan rasa tenang," katanya yang dinobatkan johan dalam kategori tersebut pada Pertandingan Hafazan dan Nyanyian Nasyid peringkat kebangsaan yang diadakan di Penjara Kluang,
kelmarin.

Lisa yang akan dibebaskan pada pertengahan tahun depan berkata, setiap hari dia menghafaz tiga hingga lima ayat al-Quran dan akan mengulangi ayat-ayat tersebut bagi melancarkan sebutannya.

Katanya, dia makin bersemangat meneruskan hafazannya selepas dinobatkan johan.

"Walaupun perlu mengambil masa lama untuk hafaz 30 juzuk al-Quran, tetapi saya akan berusaha melakukannya sebelum saya dibebaskan," katanya.

Terkejut terima duit palsu

Posted: 23 Sep 2014 09:17 PM PDT


  • Wang kertas palsu yang diterima mempunyai nombor siri yang sama selain kertasnya agak kasar. Wang kertas palsu yang diterima mempunyai nombor siri yang sama selain kertasnya agak kasar.

BATU PAHAT – Seorang pemilik pusat hiburan di daerah ini terkejut apabila diberitahu juruwangnya menerima wang palsu RM100 lebih daripada tiga keping.

Pemilik pusat hiburan yang mahu dikenali sebagai Johnny, 36, berkata, wang kertas itu hampir serupa dengan asli, tetapi mempunyai nombor siri yang sama.

Menurutnya, dia diberitahu ketika proses pengiraan wang selepas tamat menjalankan perniagaan.

"Kesemua wang kertas berkenaan diterima sepanjang minggu lalu dan saya terkejut apabila melihat wang kertas palsu terbabit selepas ditunjukkan pekerja.

"Saya dan pekerja tidak menyangka wang kertas berkenaan palsu pada mulanya, tetapi melihatkan kertasnya agak kasar, saya memeriksanya di bahagian depan dan belakang duit berkenaan.

"Setelah diteliti kesemua wang berkenaan mempunyai nombor siri yang sama," katanya semalam.

Johnny berkata, dia akan menyiasat perkara berkenaan dengan melakukan pemeriksaan dan pemerhatian melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pusat hiburannya.

Katanya, dia juga belum dapat memastikan wang kertas palsu terbabit diterima daripada individu sama atau mereka yang bergerak dalam kumpulan sama.

"Saya nasihatkan peniaga perlu berwaspada apabila menerima wang kertas daripada pelanggan terutama yang melibatkan jumlah besar.

"Saya belum lagi membuat laporan polis berkaitan kes berkenaan, kerana ingin melihat rakaman CCTV terlebih dahulu dan mengambil langkah berhati-hati," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad menasihatkan pemilik pusat hiburan berkenaan agar membuat laporan polis segera supaya pihaknya dapat melakukan siasatan.

Katanya, melalui laporan diterima polis daerah ini, bermula Januari sehingga kini sebanyak 25 kes membabitkan wang kertas palsu di mana sebanyak 28 keping wang RM100 dan RM50.

"Saya nasihatkan semua peniaga di daerah ini supaya berhati-hati dengan kejadian seperti ini selain menyarankan mereka menggunakan alat imbas wang," katanya.

Misteri wang tabung hilang terungkai

Posted: 23 Sep 2014 09:14 PM PDT


  • Antara tabung yang rosak disebabkan kecurian.Antara tabung yang rosak disebabkan kecurian.

TAIPING – Misteri kehilangan wang tabung masjid sejak beberapa bulan lalu terungkai apabila perangkap dipasang jawatankuasa di Masjid Al-Hidayah, Assam Kumbang berjaya mencekup dua lelaki.

Pengerusi masjid, Mustafa Bakar berkata, sebelum ini, pengurusan masjid sangsi dengan kehilangan duit tabung hasil derma jemaah, namun tiada bukti pelakunya.

"Atas dasar prihatin, kami pasang kamera litar tertutup (CCTV) dan menjalankan rondaan di masjid, terutama pada lewat malam.

"Alhamdulillah, dengan kerjasama semua kita dapat mengesan individu tidak bertanggungjawab ini," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, Khamis lalu, enam jawatankuasa masjid dan ahli rukun tetangga yang melakukan rondaan berjaya menangkap dua suspek yang mengumpil besi tingkap dipercayai mahu menceroboh dan mencuri.

Mustafa berkata, kegiatan lelaki terbabit yang beberapa kali memecah masuk masjid telah lama diperhatikan.

"Mereka dikesan menggunakan teknik pancing untuk mencuri wang berdasarkan penutup tabung yang rosak.

"Kami bersyukur kerana akhirnya individu yang bertanggungjawab berjaya ditangkap dan diserahkan kepada polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian kedua-dua suspek menceroboh diri ke dalam premis, namun atas kecekapan penduduk, mereka berjaya diberkas sebelum sempat mengambil wang tabung.

"Sikap tanggungjawab penduduk dan rukun tetangga di kawasan itu berjaya menahan kedua-dua suspek.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan iaitu pecah masuk rumah tanpa kecurian dan kesalahan terbabit boleh membawa hukuman penjara sampai dua tahun dan boleh juga dikenakan denda," katanya.

Timba tembaga masjid lesap lagi

Posted: 23 Sep 2014 09:09 PM PDT


  • Inilah contoh timba tembaga Masjid Haji Ishak yang hilang.Inilah contoh timba tembaga Masjid Haji Ishak yang hilang.

KAMPUNG DENGIR - Sebuah timba tembaga berusia lebih 82 tahun milik Masjid Haji Ishak di sini, hilang buat kali kedua dipercayai dicuri.

Pengerusi jawatankuasa masjid, Mohamad Husin berkata, kehilangan timba tembaga antik seberat kira-kira 30 kilogram yang disimpan di dalam stor masjid itu disedari oleh imam 2 masjid tersebut, Mamat Taib dan bilal, Saari Said kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Menurut Mohamad, timba tersebut pernah dicuri pada 28 Ogos 2012 ketika disimpan di bilik imam masjid sama dan ditemui tidak lama kemudian di sebuah kedai barang lusuh (besi buruk) dipercayai dijual pencuri terbabit.
"Selepas ditemui semula, timba itu disimpan di dalam bilik stor yang terletak bersebelahan mimbar masjid dan dikunci kemas termasuk terdapat pintu jeriji," katanya.

Beliau berkata, kejadian kelmarin disedari Mamat dan Saari yang ke masjid tersebut untuk solat Asar serta dipercayai timba itu dicuri antara jam 2 hingga 4 petang iaitu selepas waktu Zohor hingga menjelang Asar.
Katanya, pencuri bertindak memotong pintu jeriji sebelum masuk ke dalam stor itu.
"Timba itu sudah tak digunakan, tapi jadi bahan sejarah kerana ia pernah digunakan untuk ambil air perigi masjid lama puluhan tahun lalu.
"Ia memang berat dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi buat masjid ini apatah lagi pada zaman dahulu dikatakan hanya tiga masjid di daerah ini yang mempunyai timba seperti itu, antaranya Masjid Kuala Besut," katanya.
Mohamad berkata, pencuri dipercayai masuk ke ruang masjid kerana pintu utama tidak berkunci dan bertindak memecahkan jeriji besi dan pintu stor selepas jemaah selesai solat Zohor.
Ketika kecurian pertama dahulu tembaga itu ditemui semula selepas pihak berkuasa berjaya memberkas suspek yang merupakan penduduk sekitar.
Satu laporan dibuat di Balai Polis Kuala Besut dan Mohamad berharap sesiapa yang melihat timba tembaga bersaiz besar tersebut agar melaporkan segera kepada polis.

National Geographic pilih Kelantan

Posted: 23 Sep 2014 09:06 PM PDT


  • Mohamed Nazri (kiri) melihat perahu penambang yang dipamerkan di Istana Jahar, semalam.Mohamed Nazri (kiri) melihat perahu penambang yang dipamerkan di Istana Jahar, semalam.

KOTA BHARU - Kelantan bakal menarik lebih ramai pelancong luar selepas negeri ini terpilih untuk difilemkan dalam dokumentari National Geographic, sekali gus menjadi platform memperkenalkan pelbagai tempat bersejarah dan budaya masyarakat ke peringkat dunia.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sebelum ini dalam perjumpaannya bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, beliau berjanji mahu memperkenalkan negeri Cik Siti Wan Kembang itu ke peringkat dunia.
"Maka janji itu telah ditunaikan kali ini setelah kru National Geographic turun ke Kelantan dan mengadakan sesi penggambaran di beberapa tempat menarik di Kelantan termasuk di Istana Jahar, sebuah mercu tanda di Kelantan.
"Harapan kami semoga dengan paparan dokumentari ini akan memperkenalkan Kelantan ke peringkat lebih jauh dan turut menjadi pilihan pelancong luar, dan semakin ramai berminat untuk datang serta melihat sendiri keunikan di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menyertai penggambaran dokumentari tersebut di Istana Jahar,  di Jalan Sultan, di sini, semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Datuk Md Anizam Abdul  Rahman.

Mohamed Nazri berkata, beliau juga turut dipilih sebagai wakil hos untuk memperkenalkan Kelantan melalui pakaian petani dengan memakai kain dililit di atas kepala, selain mengenakan kain sarung dan seluar panjang serta berbaju T bagi melambangkan kehidupan masyarakat di negeri ini.

"Saya juga dipilih sebagai hos jemputan  memperkenalkan pelbagai barangan tradisional dan klasik Kelantan dalam dokumentari tersebut.
"Insya-ALLAH, dokumentari ini akan ditayangkan sedikit masa lagi. Ia tentunya beri peluang kepada negara luar yang sebelum ini tidak mengenali Malaysia dan Kelantan untuk memahami serta menyelami budaya Melayu Kelantan yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas, malah mempunyai keistimewaan tersendiri yang tidak terdapat di tempat lain," katanya.

Sementara itu, Md Anizam amat berterima kasih atas usaha Mohamed Nazri memperkenalkan Kelantan ke peringkat dunia.

"Kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri amatlah diharapkan dalam usaha membangunkan Kelantan," katanya.

Bawa awek masuk rumah

Posted: 23 Sep 2014 09:03 PM PDT


  • Pasangan kekasih ini ditahan di dalam bilik rumahnya di Kampung Nyior selepas disyaki memiliki pil kuda.Pasangan kekasih ini ditahan di dalam bilik rumahnya di Kampung Nyior selepas disyaki memiliki pil kuda.

DUNGUN - Demi memenuhi tuntutan nafsu, seorang lelaki sanggup bertindak di luar batasan dengan membawa teman wanita masuk ke dalam rumah keluarganya dipercayai untuk memadu asmara.

Difahamkan, perbuatan menyelinap masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur itu dilakukan pada lewat malam ketika ahli keluarga lain sedang tidur.

Lebih menyedihkan, perbuatan tidak bermoral itu dilakukan di dalam bilik tidur tanpa disedari ahli keluarganya.
Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar selepas polis menyerbu rumah berkenaan kira-kira jam 9 pagi kelmarin bagi menahan pasangan terbabit.
Sebaik sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dungun tiba, ahli keluarga lelaki terbabit seakan tidak percaya pasangan kekasih itu berada di dalam bilik tidur rumah berkenaan.
Namun selepas membuka pintu bilik, mereka mendapati seorang wanita yang hanya berseluar pendek ada bersama lelaki terbabit yang turut mempunyai rekod dadah.
Hasil pemeriksaan lanjut menemui lapan pil kemerahan disyaki methamphetamine (pil kuda) dalam poket seluar lelaki berusia 37 tahun itu, malah kekasihnya yang berasal dari Felda Ketengah Jaya turut miliki sebutir pil sama.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub yang mengesahkan tangkapan berkata, pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta sama selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif pil kuda.

Lelaki berjalan atas tali sejauh 224 meter tanpa alat keselamatan

Posted: 23 Sep 2014 08:57 PM PDT


MITTERMAIER tidak menggunakan sebarang peralatan keselamatan ketika berjalan di atas tali pada ketinggian 199 meter.


SWITZERLAND - Seorang lelaki Jerman, Julian Mittermaier, 21, mencipta rekod berjalan di atas tali sejauh 224 meter merentangi Empangan Mauvoisin di sini, lapor akhbar The Sun semalam.
Lokasi tersebut pernah dijadikan penggambaran untuk filem James Bond, GoldenEye pada tahun 1995.
Mittermaier yang menetap di Regensburg, Jerman berada pada ketinggian 199 meter dari atas tanah dan tidak memakai sebarang peralatan keselamatan sewaktu melakukan aksi berani itu.
Dia berjaya melaksanakan misi tersebut pada Ogos lalu, namun gambarnya baru sahaja disiarkan semalam.
"Saat saya menjejakkan kaki di atas tanah, barulah saya rasa teruja kerana berjaya melakukan aksi tersebut," kata Mittermaier.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories