RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Faizul, Juara AF 2013 Akur Tidak Popular

Posted: 26 Sep 2014 04:20 AM PDT


Faizul harap album Faizul Sany diterima peminat.
PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), Faizul sedar  namanya kurang dikenali  berbanding rakan-rakan seangkatanya selepas berakhirnya program realiti tersebut kira-kira setahun lalu.

Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani, 29, berkata, perkara tersebut disebabkan dia terlalu sibuk memberi komitmen terhadap prosos pembikinan album pertamanya berjudul Faizul Sany sehingga kurang menghadiri majlis yang mendapat liputan media.

"Selepas AF 2013 berakhir saya sedar nama saya agak perlahan jika dibandingkan rakan-rakan lain, ini kerana saya jarang pergi ke majlis-majlis yang mendapat liputan media.

"Tempoh setahun itu saya gunakan sepenuhnya untuk menghabiskan masa pembikinan album ini," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album pertamanya iaitu Faizul Sany, di Talent Lounge, di sini, Khamis.

Album yang memuatkan sembilan buah lagu itu turut menggabungkan beberapa komposer seperti Audi Mok, Faizal Tahir, Amir Jahari, dan Omar K. Album tersebut menampilkan lagu ciptaannya sendiri iaitu berjudul Perempuan dan dua buah lagu iaituSurat Untuk Sahabat dan Lullaby yang lirik ditulis sendiri.

Tambahnya, biarpun tidak dikenali namun dia mengakui berbangga apabila muncul dengan menghasilkan sebuah album penuh.

"Orang kata saya sepi dan kurang muncul di media cetak dan elektronik selepas AF 2013, oleh itu saya buktikan hari ini saya menyepi kerana sibuk menghasilkan album ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Faizul berkata, lagu paling memberi kesan dalam hibupnya adalah laguLullaby yang berkisar tentang luahan perasaanya selepas putus dalam hubungan percintaan yang dibina hampir tujuh tahun.

"Lagu itu sangat menyentuh perasaan saya kerana saya menulisnya mengikut pengalaman dan luahan hati saya ketika putus cinta.

"Hubungan tersebut berakhir disebabkan dia kurang yakin dengan pilihan saya untuk menjadikan muzik sebagai kerjaya," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang kehidupannya selepas bergelar artis, Faizul berkata, kemenanganya dalam AF 2013 lalu banyak membantu keluarganya yang kini berada di Sabah.

Katanya, wang kemenangan sedikit sebanyak dapat memperbaiki kehidupan dan kos rawatan ibu bapanya.

"Alhamdulillah wang kemenangan itu saya ambil RM6,000 sahaja, baki RM94,000 saya beri kepada keluarga. Mereka buat baiki rumah kami di Sabah dan selebihnya simpan untuk kos rawatan ibu dan ayah.

"Ibu dan ayah saya sudah tua dan sering sakit-sakit, jadi dengan ada sedikit duit dapat membantu sedikit sebanyak," ujarnya.

Faizal Tahir Kurus Kerana Anak Terlalu Aktif

Posted: 26 Sep 2014 04:19 AM PDT


Faizal Tahir akui kurus kerana sibuk urus anak.
PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mendedahkan punca dia semakin kurus adalah disebabkan sibuk dengan tanggung jawab sebagai bapa kepada lima orang cahaya mata.
Faizal berkata, kesemua anaknya sangat aktif sehingga membuatkan dia tidak boleh duduk diam membiarkan mereka bersendirian.
"Saya kurus bukan sebab sakit tetapi kerana sibuk dengan anak-anak, maklumlah anak saya sudah masuk enam orang dan semuanya hyper active.
"Boleh dikatakan setiap hari saya berlari-lari mengejar mereka, lebih lagi kalau kami keluar ke pusat beli-belah berhampiran sehingga pekerja di situ tahu muka saya akan kejar anak-anak," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran album Faizul AF 2013, di Talent Lounge, di sini, Khamis.

Lima cahaya mata Faizal iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, 9, Siti Raudhah Nur Iman, 7, dan Ahmad Rifa'ie Zidane, 6, Siti Rawdha Nur Jannah, 3,  dan Siti Nawar Malaeka, 1,  hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran.

Tambah Faizal, dia tidak pernah mengambil tahu tentang berat badan sebenarnya kini, bagaimanapun mengakui tentang kesusutan.

Faizal berkata, tekanan kerja bertambah selepas dia menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Faithful Music sejak awal tahun lalu.

"Hidup saya hanya tumpu pada kerja dan anak-anak sahaja, selepas wujudnya Faithful Music tekanan kerja lebih bertambah. Namun saya gembira kerana kami sudah ada tiga orang artis iaitu Hanie Soraya, Aziz Harun dan Elizabeth Tan.

"Disebabkan terlalu sibuk juga saya sering lupa untuk makan, seperti semalam seingat saya, saya hanya makan sekeping sandwich sahaja," ujarnya.
Sementara itu, ditanya, tentang kerjaya nyanyiannya, Faizal berkata, dia hanya akan menyanyi jika mendapat sebuah karya berbeza daripada yang pernah dibuat sebelum ini.
Bagaimanapun, Faizal mengakui rindu untuk membuat persembahan di hadapan peminat-peminatnya.

"Buat masa ini memang belum ada rancangan untuk menyanyi, Insya-Allah saya akan menyanyi jika ada lagu yang bagus dan lain daripada yang pernah saya bawakan sebelum ini.

"Kalau diikutkan memang ada rasa rindu sangat untuk buat persembahan seperti dahulu, ramai juga peminat saya yang bertanya bila saya buat persembahan seperti dahulu, tapi buat masa ini belum lagi ada perancangan untuk itu," ujarnya.

Scha Bawa Bayi Bercuti Untuk Lihat Dunia Luar

Posted: 26 Sep 2014 04:18 AM PDT


Scha pandang daripada sudut positif lebih banyak kebaikan bawa bayi ke luar negara.
PETALING JAYA: Pelakon Scha Al-Yahya, 29, menganggap keputusannya membawa anak sulungnya, Lara Alana yang baharu berusia dua bulan bercuti di Perth, Australia adalah sebagai langkah pendedahan awal kepada bayi itu untuk melihat dunia luar.

Isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini berkata, mereka yakin terhadap keselamatan bayi itu walaupun dia masih kecil kerana segala persiapan telah dibuat sebelum mereka berangkat ke percutian berkenaan.

"Bagi saya tidak salah membawa bayi berjalan-jalan kerana ia dapat memberi pendedahaan awal kepada Lara untuk berada di negara luar dan secara tidak langsung sistem badan dia akan lebih imun.

"Kami yakin untuk bawa dia dan sudah buat persiapan secukupnya jika berlaku sesuatu perkara serta nombor telefon yang sepatutnya dihubungi semasa berada di sana," ujarnya kepada mStar Online.

Scha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang percutiannya ke Perth, Australia minggu lalu dikritik peminat yang menganggap ia seolah-olah melanggar pantang.
Scha dan Awal bercuti lima hari di Perth, Australia minggu lalu.

Bagaimanapun, Scha bersetuju dengan pendapat segelintir peminat yang bimbang tentang keselamatan bayi yang masih terlalu kecil untuk sebuah perjalanan yang jauh.

"Ada betulnya kata mereka tidak elok bawa bayi masih kecil ke tempat jauh, namun sebelum pergi kami sudah dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan doktor tidak ada halangan.

"Apa yang saya lihat Lara tidak meragam kerana cuaca sejuk dan boleh keluar setiap hari. Kalau di sini Lara hanya duduk sahaja di rumah," ujarnya.

Sementara itu, Scha berkata, sepanjang tempoh enam jam penerbangan dari Kuala Lumpur itu, Lara tidak mahu tidur, malah Awal terpaksa mendukung dan berjalan bagi mengelakkan dia menangis.

Dalam perkembangan lain, Scha terpaksa mengurangkan aktiviti seni bagi memberi perhatian kepada bayinya untuk membesar.

Dia juga akan merujuk terlebih dahulu jadual tugas Awal sebelum menerima mana-mana tawaran agar tiada pertindihan.

"Saya memang kurang ambil tawaran buat masa sekarang kerana tidak ada siapa yang nak jaga Lara jadi kami terpaksa bergilir-gilir.

"Jika ada tawaran pun saya tengok jadual Awal, kalau dia tidak kerja barulah saya boleh ambil tawaran itu," ujarnya.

Bayaran Tertunggak Awal Ashaari Hanya Salah Faham - Produksi 'The Band'

Posted: 26 Sep 2014 04:17 AM PDT


Awal
Awal Ashaari
PETALING JAYA: Pihak produksi yang menerbitkan program realiti The Band (siaran Astro) menjelaskan, isu pihaknya tidak membuat pembayaran penuh kepada pengacara Awal Ashaari adalah satu salah faham.

Jurucakap produksi tersebut berkata, selepas laporan mengenai kekesalan Awal yang masih belum menerima tunggakan bayaran sebanyak 80 peratus disiarkan mStar Online, pihaknya terus menghubungi pengacara itu bagi menyelesaikan masalah tersebut sebagai bukti pihaknya tidak pernah lari dalam melaksanakan janji.

"Sebenarnya terdapat sedikit salah faham antara pihak kami dan Awal. Dia tidak tahu bahawa dia masih dalam proses untuk menerima bayarannya itu.

"Takkanlah dalam produksi itu hanya Awal sahaja yang tidak dapat bayarannya, sedangkan artis lain telah mendapat wang masing-masing. Selepas Awal mendedahkan yang dia belum menerima bayarannya, kami terus menghubungi pengacara itu bagi menjelaskan situasi sebenar," katanya yang menghubungi mStar Online pada Khamis.

Pada 17 September lalu menerusi laporan mStar Online, Awal berasa kesal apabila syarikat produksi rancangan The Band masih lagi belum menjelaskan baki bayaran tugasnya.

Sementara itu, kata jurucakap produksi itu, pihaknya akan mengadakan sidang media khas pada tengah hari Jumaat (hari ini) bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku antara pihaknya dan Awal.

"Pihak kami ingin menyelesaikan perkara ini secara baik dan profesional, lebih-lebih lagi kita saling bekerjasama dalam industri seni hiburan tempatan.

"Kerana itu, pihak kami mahu membuat penjelasan secara terperinci pada sidang media yang akan dianjurkan esok (Jumaat). Selain itu kami juga akan membuat beberapa pengumuman lain," ujarnya.

The Band yang mula bersiaran pada akhir Mac lalu merupakan program pencarian bakat berkumpulan lelaki dan wanita yang memberi penekanan kepada aspek seperti kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan, penampilan imej dan juga aura sebagai seorang penghibur.

Antara selebriti yang terlibat sebagai tenaga pengajar ialah Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman.

Manakala Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim dan Syafinaz Selamat sebagai juri program itu.

Sofi Jikan kecil hati?

Posted: 26 Sep 2014 04:16 AM PDT


  • Sofi JikanSofi Jikan

BUKAN baru semalam dia bergelar anak seni; sudah pelbagai sepak terajang di lalui dan sudah pelbagai kerja dilakukan atas rasa cinta terhadap bidang seni. Namun setelah 20 tahun berkecimpung di dalam bidang seni, Mohamad Shoffi Jikan, atau lebih dikenali dengan nama Sofi Jikan akhir mengangkat tangan tanda mengalah.

Niatnya untuk meninggalkan industri seni bukan juga baru di buat; setelah puas bersabar bintang berusia 44 tahun ini mengakui tidak mampu lagi untuk bertahan.

"Saya sudah terlibat dalam bidang seni sejak tahun 1995 dan pernah melakukan pelbagai kerja belakang tadbir sebelum bergelar pelakon. Tetapi sejak dari mula saya berkecimpung dalam industri seni sehingga kini, tidak banyak benda yang berubah.

"Jujurnya memang saya berkecil hati dengan keadaan industri perfileman hari ini hingga membuatkan saya nekad untuk meninggalkan dunia lakonan," katanya.

Bagaimanapun, rajuk itu mungkin tidak lama kerana akui Sofi, dia hanya akan berlakon di bawah produksinya sahaja selepas ini.

"Saya baharu sahaja menerima geran dari Perbadanan Filem Nasional (Finas) berjumlah RM400,000 untuk menyiapkan filem Gangster Rock Kasi Sengat dengan usaha sama Serina Redzuan dan Yusuf Kelana.
"Bagi saya geran itu adalah satu amanat buat saya untuk menghasilkan filem yang berkualiti. Namun jika ada tawaran dari produksi tempatan lain, saya tidak akan menerimanya," katanya.
Ujar Sofi buat masa ini, masih banyak lagi filem lakonannya belum ditayangkan termasuklah filem, Lelaki Harapan Dunia.

Filem yang turut menampilkan Wan Hanafi Su itu, turut menyertai beberapa festival filem di luar negara termasuk di Kanada, Jepun dan Switzerland, sebelum ditayangkan di negara ini pada akhir tahun nanti.

Tambah Sofi, dia juga menerima bayaran lumayan dari sebuah produksi Hollywood untuk membintangi siri Marco Polo yang menjalani penggambaran di Iskandar, Johor Bharu baru-baru ini.

"Selama ini, pelbagai perit jerih telah saya lalui dengan produksi tempatan. Malah ada yang menggugurkan nama saya pada saat akhir setelah hampir setahun mereka 'block' jadual saya.

"Jadi bila mendapat peluang seperti ini, tidak mungkin saya lepaskan," jelasnya yang sedang menyiapkan skrip filem City Of Gold.

Benarkah iPhone 6 Plus mudah bengkok?

Posted: 26 Sep 2014 04:15 AM PDT


  • Demonstrasi membengkokkan iPhone 6 Plus. - Sumber foto YouTubeDemonstrasi membengkokkan iPhone 6 Plus. - Sumber foto YouTube

KURANG dua minggu selepas Apple melancarkan produk terbarunya, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, timbul perkara yang tidak enak didengar mengenai peranti mudah alih itu yang didakwa mudah bengkok apabila disimpan dalam saku seluar dalam tempoh tertentu.

Pembaharuan dari segi rekaan nipis untuk telefon pintar itu bukan sahaja mengujakan peminat Apple namun pada masa sama menimbulkan kesan negatif dan mendapat kecaman hebat di media sosial.

Beberapa hari ini salah satu video yang dimuatnaik di YouTube menunjukkan demonstrasi iPhone 6 Plus dibengkokkan ditonton lebih 30 juta pelayar. 

Sehingga kini, pihak Apple masih mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap kelemahan produk terbarunya itu.

iPhone 6 juga kini menjadi mangsa troll dalam sebuah iklan telefon pintar dari Korea yang membuat perbandingan dari segi kekuatan kerangka telefon itu.

Iriz akan pacu jualan Proton

Posted: 26 Sep 2014 04:14 AM PDT


  • Proton IrizProton Iriz

SELEPAS beberapa bulan dipamerkan, kereta kompak Proton, Iriz menerima 17,000 tempahan pra-pelancaran setakat ini.

Proton Holdings Bhd menjangkakan Iriz, model ke-23 Proton, akan memacu jualan keseluruhannya dan membantu mencapai sasaran jualan sebanyak 160,000 unit setahun bagi semua model.
  
Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamed berkata Iriz akan memberi sumbangan yang ketara kepada jualan Proton dan lebih banyak tempahan dijangkakan selepas pelancaran.

Beliau berkata Iriz, yang berada di dalam segmen B, akan membantu Proton menguasai bahagian pasaran automotif yang lebih besar dengan harganya yang kompetitif dan ciri-ciri teknologi yang inovatif.
  
"Proton berada pada landasan yang tepat dengan pengeluaran Iriz dalam memenuhi standard global dan peraturan global," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kereta tersebut di kilang Proton di sini hari ini.
  
Harga atas jalan bermula dari RM42,438 bagi varian 1.3 liter kepada RM58,268 bagi varian 1.6 liter dengan tujuh warna pilihan.
  
Dr Mahathir berkata selain harga yang kompetitif, spesifikasi kereta itu memenuhi standard global.
  
Beliau berkata kereta itu telah diuji dalam keadaan iklim yang melampau termasuk cuaca bersalji dan panas padang pasir.
  
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Abdul Harith Abdullah berkata Proton melabur RM560 juta untuk membangunkan Iriz sejak ia dicadangkan buat kali pertama di Pameran Motor di Geneva pada 2009.
  
Dianggap sebagai kereta terbaik yang dikeluarkan oleh Proton, Iriz dilengkapi enjin VVT empat silinder yang memenuhi standard Euro-4 untuk menjadikannya cekap bahan api dan kos efektif.
  
Kereta itu juga mempunyai standard keselamatan yang tertinggi dan diberi penarafan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Asean (Ncap).
  
Abdul Harith berkata ciri-ciri tersebut biasanya terdapat pada kereta-kereta mewah atau jenama antarabangsa yang berharga RM100,000 dan ke atas.
  
Pada majlis itu, Dr Mahathir turut melancarkan Pusat Penghantaran Pelanggan Proton yang akan mengendalikan penghantaran kereta di seluruh negara.
  
Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri.

Kasih warga emas pada kucing jalanan

Posted: 26 Sep 2014 04:09 AM PDT


  • Sayangnya mereka kepada kucing ibarat manusiaSayangnya mereka kepada kucing ibarat manusia

TANJUNG TOKONG - Biarpun sudah menginjak ke usia emas, namun kasih sayang sepasang suami isteri, dekat Kampung Tanjung Tokong, di sini terhadap kucing jalanan tidak pernah terputus.

Digelar Tok Kucing, Omar Hassan, 75, dan Zainab Osman, 74, hidup ditemani lebih dari 20 ekor kucing dan sememangnya menyayangi haiwan kesukaan Rasulullah SAW itu sejak kecil lagi.
Zainab yang mesra disapa Maksu berkata, dia gemar membawa kucing jalanan pulang ke rumah dan kerana hobinya itu jugalah menyebabkan suaminya turut sama menyukai haiwan tersebut.

"Paksu tak pandai bawa kereta mahupun tunggang motor, tapi dia sanggup bawa haiwan kesayangannya itu ke klinik hanya dengan basikal bila kucingnya sakit," katanya.

Menurutnya, dia pernah memarahi seorang kanak-kanak yang memukul seekor kucing.

"Maksu paling pantang tengok kucing dipukul jadi disebabkan sakit hati kucing dibuat sebegitu rupa, akhirnya Maksu bawa kucing itu balik ke rumah.

"Kalau dulu memang kerap Maksu kutip kucing jalanan, tapi sekarang dah kurang sebab sudah tua," katanya.

Katanya, hampir kesemua kucing yang dipelihara pasangan warga emas ini mempunyai kecacatan tertentu.

"Salah seekor daripadanya dinamakan Nyunyu kerana berjalan seperti penyu gara-gara tiada tulang kaki di bahagian depan.

"Memang kasihan kalau tengok dia, tapi alhamdulillah umur Nyunyu panjang walaupun berjalan begitu. Ramai yang datang ke rumah Maksu akan ambil gambar Nyunyu sebab dia akan berdiri macam kanggaru," katanya kepada Sinar Harian.

Walaupun tidak mempunyai pendapatan tetap, namun warga emas ini sanggup membeli ikan untuk kucing-kucing peliharaan mereka sehingga mencecah dua kilogram sehari.

"Kalau ke pasar, tauke Cina akan panggil Maksu dengan gelaran Tok Kucing. Tapi sekarang dah tak mampu nak beli ikan lagi dan terpaksa digantikan dengan makanan kucing disebabkan harga ikan yang makin mahal," katanya.

Tambah Maksu, dia dan suami akan memberi kucingnya makan ikan yang direbus terlebih dahulu dan dibuang tulang sebelum digaul bersama nasi.

"Kami sentiasa jaga makan untuk kucing-kucing ini. Kami juga sentiasa memanggil kucing dengan panggilan yang elok," katanya.

Tidak kenal erti penat lelah, walaupun sudah menginjak ke usia tua, Maksu tetap menjual kuih dan setiap hasil kuihnya itu akan digunakan untuk menampung bekalan makanan buat kucing-kucingnya.

Bagi yang ingin membantu pasangan warga emas ini bolehlah menghubungi Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Tokong, Mohd Asrul Ismail di talian 0164046529.

Kes curi pili bomba menjadi-jadi

Posted: 26 Sep 2014 04:04 AM PDT


  • Hasmadi (tengah) bersama anggota dan masyarakat kampung mengecat serta membaiki pili bomba yang rosak.Hasmadi (tengah) bersama anggota dan masyarakat kampung mengecat serta membaiki pili bomba yang rosak.

KAMPUNG RAJA - Kejadian mencuri komponen pili bomba semakin menjadi-jadi sehingga boleh memberi kesan buruk kepada orang ramai sekiranya berlaku kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Hasmadi Jusoh berkata, kes kecurian komponen pili bomba semakin berleluasa di daerah ini terutama di kawasan Kampung Raja.

Menurutnya, dalam tempoh Januari hingga semalam, bilangan komponen dan pili bomba yang didapati hilang atau rosak sebanyak 63 unit.

"Perkara ini berlarutan setiap tahun dan ia menjejaskan kepentingan orang ramai terutama ketika berlaku kebakaran.

"Sekiranya berlaku kebakaran sudah tentu pili bomba yang tidak mempunyai komponen cukup menyebabkan pasukan bomba tidak dapat mengambil air," katanya.

Hasmadi berkata, pihaknya sudah berusaha mengganti dan membaiki semula pili bomba yang komponennya dicuri pihak tidak bertanggungjawab, namun dalam
tempoh singkat, ia hilang semula.

Katanya, pada awal tahun ini sahaja, pihaknya membelanjakan kira-kira RM10,000 untuk menggantikan komponen yang hilang, selain menyelenggarakan kira-kira 25 unit pili bomba di bawah Balai Bomba Besut.

"Kawasan yang kerap mengalami kehilangan komponen pili bomba adalah di sekitar Gong Medang, Kampung Raja dan Tembila.

"Keseluruhan pili bomba yang terdapat di bawah seliaan Balai Bomba dan Penyelamat Besut sehingga Ogos tahun ini adalah sebanyak 1,426 unit," katanya.

Kata Hasmadi, pihaknya percaya logam yang terdapat pada pili bomba dicuri pihak tertentu untuk dijual sebagai barang lusuh.

Menurutnya, laporan polis dibuat pada setiap kehilangan dan pernah polis menemui komponen dicuri di sebuah kedai lusuh.

"Saya minta kerjasama orang ramai laporkan kepada pihak polis atau bomba sekiranya melihat perbuatan mencuri ini atau melihat di mana-mana kedai besi lusuh," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Mustafa Ismail berkata, nasib sama berlaku di kawasannya dan meminta kerjasama orang ramai menghalang kejadian itu daripada berterusan.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menghalang kedudukan pili bomba.

"Ada pihak mengubahsuai rumah hingga menjejaskan pili bomba seperti pili terlindung, menghalang, mengepong sehingga tidak dapat dilihat atau tak boleh digunakan.

"Mereka ini boleh dikenakan tindakan tegas termasuk kompaun," katanya.

Dua suspek kes ugut ditahan

Posted: 26 Sep 2014 04:02 AM PDT


  • WhatsApp yang mendakwa kejadian ugut berlaku di R&R Tapah.WhatsApp yang mendakwa kejadian ugut berlaku di R&R Tapah.

TAPAH - Polis berjaya menahan dua lelaki didakwa terlibat kes ugutan di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Tapah yang menjadi viral dalam aplikasi WhatsApp dan laman sosial.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, pada 23 September lalu, pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita yang membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, Kedah.

Menurutnya, berdasarkan maklumat itu, pihaknya berjaya menahan dua penarik kereta di Bidor kira-kira jam 2.15 petang kelmarin.

"Dua lelaki itu didakwa mengugut mangsa di Pekan Tapah dan bukan di R&R Tapah seperti yang dihebahkan dalam laman sosial.

"Dengan penahanan dua lelaki itu kami percaya kes itu selesai," katanya.

Som Sak berkata, kedua suspek dikatakan mahu menarik kereta milik mangsa yang didakwa tidak melunaskan hutang dengan pihak bank.

Namun begitu, katanya, dua lelaki itu tidak membawa surat daripada pihak bank yang mengatakan mereka dibenarkan menarik kereta mangsa.

Menurutnya, kedua lelaki itu juga turut mengugut mangsa yang ketika itu dalam perjalanan dari Kota Damansara ke Kedah bersama tunangnya.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan reman hingga 28 September ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

ND Lala: Tunjuk bukti hutang RM15,000

Posted: 26 Sep 2014 04:00 AM PDT


  • Shila ditemani bapanya, ND Lala pada sidang media berhubung kenyataannya yang menyinggung media Melayu tempatan di Instagramnya, semalam.Shila ditemani bapanya, ND Lala pada sidang media berhubung kenyataannya yang menyinggung media Melayu tempatan di Instagramnya, semalam.

TIDAK tertumpu kepada anaknya Shila Amzah, 24, penyanyi ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52, turut terheret sama dalam satu kontroversi yang melibatkan rakan artisnya.

Menerusi sebuah media tempatan ND Lala dilaporkan masih belum membayar hutang berjumlah RM15,000 yang dipinjamnya daripada pelakon, Den Wahab sekitar tahun 2000.

Malah menerusi sebuah portal berita, Den Wahab mendakwa dia tidak akan menghalalkan hutang tersebut, sementelah ND Lala sengaja melarikan diri darinya sejak sekian lama.

Rentetan dakwaan itu, ND Lala sempat memberikan penjelasan ketika sidang media bersama Shila yang diadakan di Mega Music World (MMW) kelmarin.

"Sebenarnya saya sudah memberikan penjelasan mengenai perkara ini Mac lalu. Tetapi ia tidak sampai kepada mana-mana pihak. Di sini saya tegaskan, kepada sesiapa sahaja yang membuat fitnah ini sila buat laporan polis," katanya.
Jelasnya, dia sedia berhadapan dengan pihak berkenaan mengenai dakwaan itu. "Dakwa saya dan kita berhadapan. Tunjuk bukti kepada saya," katanya lagi.

Majlis kahwin rosak angkara mak andam

Posted: 26 Sep 2014 03:58 AM PDT


  • Zack dan Nina menunjukkan beberapa gambar baju pengantin yang diambilnya sebagai bukti.Zack dan Nina menunjukkan beberapa gambar baju pengantin yang diambilnya sebagai bukti.

SEREMBAN – Impian sepasang pengantin baharu untuk meraikan hari bahagia mereka minggu lalu, bertukar pengalaman ngeri apabila mereka ditipu mak andam.
Lebih teruk, pasangan yang hanya mahu dikenali sebagai Zack, 42, dan Nina, 32, terpaksa membeli persalinan lain sebagai ganti disebabkan mak andam dinantikan hanya tiba 15 minit sebelum majlis persandingan bermula.
Menceritakan kejadian itu, Zack berkata, dia dan isteri membuat keputusan memilih mak andam berkenaan yang ditemui di pameran pengantin di pusat membeli-belah Terminal 2, Februari lalu selepas tertarik dengan pakej perkahwinan ditawarkan.

"Pakej ditawarkan meliputi pelamin, jurugambar, solekan dan lapan persalinan baju dengan hanya RM1,500. Selepas berbincang dengan isteri, kami telah pergi ke kedai mak andam itu di Seremban Jaya beberapa hari kemudian untuk membuat tempahan," katanya.

Menurutnya, dia membayar deposit sebanyak RM450 pada 10 Februari lalu selepas membuat pilihan pelamin dan pakaian pengantin serta membuat bayaran tambahan RM700 pada 26 Mac lalu.

Namun, kata Zack, dia dan isteri mula berasa tidak sedap hati kerana sukar berurusan dengan wanita terbabit bagi membincangkan persediaan majlis perkahwinan mereka.

"Bila kita telefon mahu tengok baju dan buat fitting, dia beri alasan sibuk dan selalunya gagal untuk dihubungi. Tapi disebabkan kami telah membuat bayaran dan majlis perkahwinan pun tidak lama lagi, saya bersangka baik mungkin dia betul-betul sibuk," katanya.

Bagaimanapun, katanya, perasaannya bertambah tertekan kerana sebaik saja hari dinantikan, pelamin dan pakaian diberikan tidak seperti dipesan.

"Saya pilih pelamin lain, tapi yang dia pasang pada majlis di rumah isteri saya macam pelamin budak tadika buat. Baju pula dia beri bukan yang kami pilih," katanya.

Lebih mengecewakan, katanya, apabila pada majlis bertandang di rumahnya pula, dia dan isteri terpaksa memakai pakaian sendiri kerana wanita terbabit gagal dihubungi.

Zack berkata, suami kepada mak andam itu hanya tiba kira-kira 15 minit sebelum majlis bermula dan memberi alasan isterinya tidak dapat datang kerana terjatuh di dalam tandas.

"Bayangkan, tertekannya kami ketika itu. Tapi mahu buat macam mana, majlis perlu diteruskan kerana tetamu sudah dijemput.

"Mereka berjanji mahu memulangkan semula wang yang dibayar sebanyak RM1,150. Tapi tak tahulah macamana," katanya yang kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories