RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


LIGA LAWAK - 'MUKA CARI MAKAN’ MULA TUNJUK TARING

Posted: 22 Sep 2014 05:20 PM PDT



Petaling Jaya, 23 September – Liga Lawak Superstar musim 2 (LLS2) yang bersiaran semalam menyaksikan kejayaan kumpulan Muka Cari Makan yang dianggotai Naz Rahman, Pian (Kepoh) dan Uncle Jo mendahului carta liga kumpulan B dengan jumlah 67 markah. Uncle Jo, 52 yang merupakan peserta tertua dalam musim ini membuktikan usia bukan penghalang untuk kumpulan mereka mendominasi saingan pertama kumpulan B.

Mendapat tempoh persediaan yang lebih lama berbanding kumpulan A, ternyata persembahan kumpulan B dilihat lebih konsisten dan cemerlang memainkan situasi yang diberikan pengacaranya, Afdlin Shauki dan Adibah Noor.

Selain Muka Cari Makan, kumpulan Ohsem yang disertai Ammar (Titan), One (Sofazr) dan Danial Hasif hanya mampu mengutip sebanyak 56 markah diikuti rapat oleh kumpulan Melodrama yang satu-satunya kumpulan dengan dua peserta wanita iaitu Zulin Aziz dan Ain selain Izu (Kepoh) dengan 55 markah.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

PARU-PARU BOCOR - FARHAN TERPAKSA UNDUR DIRI DARI PENTAS DA'I

Posted: 22 Sep 2014 05:06 PM PDT



Minggu lalu pentas Da'i musim ke-2 dikejutkan dengan berita pengunduran salah seorang peserta yang sepatutnya beraksi pada malam itu. Da'i Farhan atau nama sebenar beliau, Nik Ahmad Farhan bin Nik Muhamad yang berasal daripada Tanah Merah, Kelantan terpaksa mengundurkan diri daripada meneruskan perjalanannya untuk bergelar pendakwah Milenia atas faktor kesihatan.

Farhan telah dikejarkan ke hospital berdekatan oleh pihak produksi Jumaat lalu setelah mengadu sakit di bahagian dada. Farhan kini masih lagi dirawat di Hospital Sungai Buloh kerana penyakit 'Pneumothorax' iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan paru-paru menjadi kecut kerana terdapat kebocoran di antara rangka dada dan paru-paru.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ISU HUTANG : MAHU BAYAR RM5,000 ABBY TOLAK - FARHAN

Posted: 22 Sep 2014 04:47 PM PDT



Berikutan isu hutang sejumlah puluhan ribu yang ditimbulkan oleh Abby Abadi baru-baru ini, bekas suaminya Muhammad Noor Farhan akhirnya tampil menjelaskan yang dia sebelum ini telah cuba membayar sebahagian hutangnya kepada Abby, namun ianya ditolak.

Entah kenapa, Abby tidak mahu menerima Wang sejumlah RM5,000 yang mahu dibayarnya. Tetapi sebaliknya, bekas isterinya itu menuntut dia melangsaikan kesemua hutang tersebut sekali gus.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories