RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


LEPAS WARIS TOMPEL, KAKAK MELISSA SAILA PULA KRITIK BIOPIK SALOMA

Posted: 13 Oct 2014 12:42 AM PDT



Jika sebelum ini waris Allahyarham AR Tompel dan waris Allahyarham Puan Sri Saloma, melahirkan ketidakpuasan hati mengenai biopik Saloma, terbaru kakak kepada Melissa Saila yang juga anak Seniwati Mariani Ismail, Rozita Rohaizad turut mengkritik adiknya.

Menurut Rozita yang juga penyanyi era 90-an ini, kisah negatif mengenai AR Tompel itu tidak wajar dipertontonkan kerana mendedahkan aib Allahyarham.

"Sebenarnya, saya tengok filem itu sekali sahaja. Jadi, tak ingat sangat babak dia. Namun, sebagai orang Islam, kita kena pegang pada ajaran agama, tak boleh papar aib orang lain.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

HAMIL 4 BULAN - PIJA MENTOR MASIH AKTIF MENYANYI

Posted: 12 Oct 2014 06:13 PM PDT



Mungkin ramai yang bertanya-tanya ke manakah perginya Pija Mentor selepas dia berkahwin dengan ahli perniagaan bernama Datu Anwar Datu Amir Kahar pada 21 Mac lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

Ini kerana, pada 28 September lalu, satu majlis keraian telah diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur bagi meraikan teman dan saudara-mara mereka.

Sebenarnya, dalam diam, ada berita gembira daripada Pija atau nama sebenarnya Norafizah Mohd Yasin, 25. Dia memberitahu... dirinya sudah hamil lebih empat bulan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BILA SALWA RAZAK KENA TIPU - CINCIN RM900 DISANGKA RM14,000

Posted: 12 Oct 2014 05:34 PM PDT



Macam-macam hal yang berlaku dalam industri hiburan negara kita. Baru sahaja meletop isu saman menyaman, timbul pula isu kawan makan kawan apabila penyanyi Salwa Razak baru sahaja menyedari bahawa cincin berlian yang dibeli dengan harga RM14,000 sebenarnya hanya bernilai kurang daripada RM1,000.

Awalnya, dia tidak menyangka boleh diperdaya rakan baik sendiri dalam urusniaga yang dijalankan beberapa tahun lalu. Katanya, perkara itu baru disedarinya baru-baru ini apabila dia menghantar cincin berkenaan untuk dibaiki akibat mengalami sedikit kerosakan.

"Saya amat terkejut apabila diberitahu oleh pekerja kedai emas bahawa cincin berkenaan sebenarnya hanya bernilai kira-kira RM900 dan segera mengunjungi beberapa kedai lain untuk memastikan kesahihan maklumat berkenaan," ujarnya dipetik sebagai berkata.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SELEPAS IZARA AISHAH AKUI BERCINTA - ADIB KHALID KINI CEO TUNE STUDIOS

Posted: 12 Oct 2014 01:58 PM PDT



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu!

Demikianlah halnya dengan anak Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa (Datuk K) yang juga anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid yang mendapat dua berita istimewa.

Pertama ialah pengakuan Izara Aishah yang mengakui pada media bahawa hubungannya dengan Adib lebih daripada kawan biasa, atau lebih tepatnya mereka kini bercinta, kedua pula (pada Jumaat) Adib telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Tune Studios/Tune Records.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories