RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


8 GAMBAR - CHE TA SELAMAT LAHIRKAN 'BABY GIRL'

Posted: 01 Nov 2014 02:56 AM PDT



Tahniah diucapkan buat Zain Saidin kerana isterinya Rozita Che Wan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan kira-kira pukul 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri hari ini.

Menurut pengurus Rozita, Afiq Wahab, bayi seberat 3 kilogram itu dilahirkan secara normal dan mereka berdua dalam keadaan baik.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ADA PIHAK KECAM & MAHU BOIKOT KONSERT KRISDAYANTI?

Posted: 31 Oct 2014 02:07 PM PDT



Menjelang Konsert Krisdayanti Live in KL 2014, di dewan Plenary, Pusat Konvesyen KLCC pada 22 November 2014, pelbagai cakap-cakap timbul mengenai penyanyi Indonesia itu.

Malah dalam gosip di sebuah akhbar baru-baru ini turut menyebut, ada pihak yang berpendapat, peminat Malaysia tidak perlu lagi menyanjung Krisdayanti gara-gara dia pernah mempunyai kontroversi dan sejarah hitam sikit masa dulu.

Atas sebab itu, Krisdayanti dikatakan tidak layak mengadakan konsert di Malaysia dengan layanan istimewa.

Bagaimanapun, Krisdayanti yang diajukan soalan tersebut berkata, dia ada mendengar gosip itu tetapi ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengadakan konsert di negara ini.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SAKIT DARAH TINGGI - MAMAT KHALID TAK HADIR FFM 26

Posted: 31 Oct 2014 01:41 PM PDT



"Dia mengadu sakit dada dan meminta supaya dimasukkan ke hospital. Doktor yang memeriksanya mendapati tekanan darahnya tinggi.

"Bagaimanapun, keadaannya semakin baik tetapi masih dalam ICU. Pihak hospital sedang memantau keadaannya dalam tempoh dua hari ini sebelum membuat sebarang pemeriksaan lanjut," demikian kata isteri kepada pengarah filem, Mamat Khalid iaitu Hasnah Hassan.

Mamat Khalid dimasukkan dalam Unit Rawatan Insentif (ICU) kerana awalnya disyaki mengalami masalah jantung di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor semalam.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories