RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


GAMBAR TERKINI DATUK PIAN CECUPAK JADI BAHAN BUALAN

Posted: 09 Dec 2014 12:39 PM PST



Jika sebelum ini gelaran Datuknya menjadi bahan bualan, terkini gambar terbarunya pula menjadi bualan akibat dia didakwa kembali ke perangai lama. Siapa lagi kalau bukan Datuk Pian Cecupak yang pernah mengakui hampir gila akibat dihentam ramai pihak.

Untuk info, gambar tersebut telah dimuat naik di laman Facebook Media Hiburan, hingga mencetuskan perbualan ramai. Rata-rata pelawat melahirkan rasa terkejut dengan cara pemakaian Pian itu.

Malah ada antara mereka yang menyindir bahawa mati-mati ingat Pian Cecupak yang berada di sebelah kiri... rupa-rupanya yang belah kanan. Heh!

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SAH CERAI TALAK SATU - LIYANA MANAN KINI BEBAS

Posted: 09 Dec 2014 12:09 PM PST



Bebas!

Itulah perkataan yang tepat buat Liyana Manan, bekas isteri kepada Romie Razin Adilha Abd Jais,34, yang juga bekas kekasih pelakon Hanez Suraya, apabila dia sah bercerai talak satu semalam.

Talak satu tersebut telah dilafazkan oleh Romie dihadapan Hakim Syarie Azmi Aziz selepas mahkamah membenarkan permohonan Nur Liyana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Azmi kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Nur Liyana menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama Shah Alam dan sijil nikah dibatalkan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SEBUTAN KES 18 DISEMBER - SUAMI IEDA MOIN FAIL PENCERAIAN

Posted: 09 Dec 2014 11:41 AM PST



Jika sebelum ini, penyanyi dan pelakon Ieda Moin pernah menafikan yang rumah tangganya mengalami pergolakan, namun perkembangan terkini melaporkan bahawa suaminya sendiri iaitu Mohd Naquib Idris, telah memfailkan perceraian ke atas Ieda.

Mereka dilihat telah berada di Mahkamah Syariah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 2 Disember lalu. Hasilnya, 18 Disember ini dilaporkan sebagai tarikh sebutan kes pasangan ini.

"Ya... memang benar," jawab Ieda ketika dihubungi media mengenai kes Mahkamah Syariah itu.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories