RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA - KOLABORASI HEBAT FAZURA & SAM

Posted: 11 Dec 2014 07:18 PM PST



Global Station, Astro Shaw dan Red Films buat julung kalinya bergabung dalam menerbitkan sebuah filem romantik komedi 'Manisnya Cinta Di Cappadocia' (MCDC) yang memulakan tayangan seluruh Malaysia semalam.

Semalam juga, Satu sesi tayangan khas dan sesi bertemu peminat serta pemenang telah diadakan di GSC One Utama, Petaling, Selangor.

Nur Fazura dilihat tidak menang tangan melayan karenah peminatnya yang mahu bergambar serta mendapatkan tandatangannya. Malah rata-rata yang menonton filem tersebut memuji kolaborasi hebat antara Fazura dan Sam.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

DIDAKWA MABUK - PENGURUS MINTA ALIFF AZIZ MOHON MAAF

Posted: 11 Dec 2014 06:51 PM PST



Awalnya mendakwa dirinya disampuk, tetapi terkini seorang Pengurus Jabatan Kontrak dikenali sebagai Ismail Mahtar, 53, mendakwa dirinya adalah mangsa kepada kes amuk membabitkan penyanyi Aliff Aziz.

Dia yang masih terkejut dengan kejadian tersebut mendakwa secara tidak semena-mena diserang Aliff dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.15 pagi, pada Isnin lalu.

"Saya dari Labuan dan datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Saya menginap di tingkat 19 hotel tersebut dan pada pagi itu saya ke lobi kerana mahu merokok.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

TAKZIAH - IBU AWIE KEMBALI KE RAHMATULLAH

Posted: 11 Dec 2014 06:18 PM PST



Berita sedih buat peminat Awie apabila ibu kesayangan penyanyi dan pelakon itu kembali ke rahmatullah kira-kira jam 8 pagi tadi kerana sakit tua.

Difahamkan, Allahyarhamah Azizah Abdul Hamid, 75, meninggal dunia di kediaman Awie di Ukay Perdana.

Arwah ibunya itu dikatakan telah menetap bersama dengan Awie sejak anaknya itu mengalami krisis rumahtangga.

Jenazah akan dimandikan dan diuruskan di kediaman Awie dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras selepas solat Jumaat petang ini.

Takziah diucapkan!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KEMENANGAN TERKINI BALQIS DI ANUGERAH ASIAN TUTUP MULUT PENGKRITIK

Posted: 11 Dec 2014 05:49 PM PST



Jika sebelum ini adik Puteri Balqis Azizi, 7, menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2014, terbaru dia telah memperoleh kemenangan lagi sekali apabila dia dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Asia di Anugerah Asian TV Award 2014 yang berlangsung di Singapura malam semalam.

Kemenangan tersebut jelas membuktikan bahawa Balqis bukan sekadar menang nasib di Anugerah Skrin 2014 lalu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories