RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


RUGI RM11,000 - KERANA MARAH, ALYAH LANGGAR KERETA RAMLI MS

Posted: 15 Jan 2015 10:52 PM PST



Lepas satu... timbul pula satu lagi kontroversi yang melibatkan penyanyi Alyah apabila dia dikatakan merempuh kereta suaminya hingga remuk.

Semuanya gara-gara gambar kontroversi suaminya dengan seorang wanita yang pernah dimuatnaik oleh Alyah baru-baru ini. Akibatnya, Alyah mengaku dengan sengaja melanggar kereta milik suaminya, Datuk Ramli MS ketika perbalahan berlaku.

"Memang saya buat sebab masa itu saya sudah hilang kawalan. Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi pada hari itu mungkin habis benda lain pun saya langgar. Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar biarlah kami berdua saja yang tahu," ujar Alyah dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Keratan akhbar - klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

TAHNIAH - NURUL WAHAB LAHIRKAN BAYI LELAKI MELALUI PEMBEDAHAN

Posted: 15 Jan 2015 10:31 PM PST



"Alhamdulillah.. alhamdulillah. . babyR has arrived! He was born on 15/1/15 - sharing birth date with the champion qabilambak what a coincidence! Thank you for all the prayers and I do really appreciate it," demikian kata Nurul Wahab selepas melahirkan baby keduanya bersama Eric Deep melalui pembedahan.

Untuk info, bayi yang diberi nama timangan 'Baby R' itu sepatutnya dilahirkan pada awal Februari, namun akibat pendarahan disebabkan uri berada di bawah rahim, maka Nurul terpaksa dibedah untuk mengelakkan masalah.

Pembedahan telah dilakukan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur dan bayi tersebut lahir seberat 2.45kg.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

DEMAM DENGGI - MAMPUKAH JEP SEPAHTU BERAKSI MALAM INI?

Posted: 15 Jan 2015 06:28 PM PST



"Sebenarnya, sebelum saya disahkan terkena jangkitan denggi, saya sudah pun mengalami demam selama empat hari. Mula-mula saya hanya fikir, itu cuma demam biasa dan buat tidak kisah sahaja.

"Saya cuma makan ubat macam biasa dan tidak pergi mendapatkan pemeriksaan di hospital. Tetapi, ada rakan menasihatkan agar saya membuat pemeriksaan doktor kerana suhu badan pada waktu itu mencecah hingga 40.1 darjah Celsius," demikian kata Jep Sepahtu mengenai kesihatannya sejak seminggu lalu.

Bagi yang masih tertanya-tanya, inilah sebenarnya penyakit Jep yang menyebabkannya tidak muncul beraksi di pentas MLM2014 minggu lalu. Dia terpaksa cuti selama 10 hari dan pulang berehat di kampung halamannya disebabkan demam denggi.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

INFO - DUNIA TERSEMBUNYI: 'ZAPIN API MENGUJI KEKEBALAN PENARI'

Posted: 15 Jan 2015 03:56 PM PST



Dalam misi menyelongkar warisan dan tradisi unik dunia, episod Dunia Tersembunyi Sabtu ini (17 januari) di TV3 akan memaparkan khazanah bumi Sumatera, Indonesia yang pada asalnya merupakan sebuah simbolik, kini bersifat sebuah persembahan iaitu Tari Zapin Api.

Kru penggambaran Dunia Tersembunyi telah mengembara ke Pulau Rupat, Daerah Bengkalis, Riau, Sumatera, Indonesia demi menyaksikan keistimewaan tarian tersebut.

Diperkenalkan menerusi pedagang Arab pada abad ke-18, zapin mula berkembang sebagai seni rakyat sekitar tahun 60an. Seni yang pernah terkubur sekitar tahun 40an, kini muncul hasil inisiatif anak jati Pulau Rupat, Mohd Nor Yan Chik.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AMELINA - BILA 'IKAN PULANG KE LUBUK'

Posted: 15 Jan 2015 02:58 PM PST



Siapa sangka melalui gambar-gambar kandid yang kami rakam dan siarkan beberapa bulan lalu di Bangsar Shopping Centre (BSC), ia telah membuatkan nama Amelina kembali meletop dipersada seni.

Malah diusianya yang menjejak 40 tahun dan mempunyai enam orang cahaya mata, kehadiran kembali Amelina akhirnya diterima ramai apabila dia kembali merakamkan album dan dijemput ke sebuah majlis eksklusif pertunjukkan fesyen 'Tekat' di mana dia diberikan penghormatan mendendangkan lagu duet Seri Langkat bersama Sabhi Sadhi.

Difahamkan, bukan calang-calang jemputan yang menyaksikan persembahan tersebut. Antaranya ialah Sultanah Terengganu, DYMM Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Putri Jawaher dari Negeri Sembilan termasuk para kenamaan serta selebriti terkenal tempatan yang menyaksikan 'comeback' Amelina.

Klik gambar untuk size besar - Foto majalah Nona


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories