RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Julia Ziegler Tuntut Didie Alias Mohon Maaf

Posted: 28 Sep 2011 10:58 PM PDT

Julia Ziegler

PETALING JAYA: Aktres Julia Ziegler menuntut pengacara Didie Alias untuk melalukan permohonan maaf kerana membuat tuduhan tidak benar kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang jurugambar yang terlibat dalam penggambaran drama Noktah Erna, dua tahun lalu.

Julia berkata, dia mahu Didie berhenti menyebarkan cerita tersebut kerana perbuatan itu benar-benar menjejaskan nama baiknya sebagai seorang pelakon.

"Cerita ini dua tahun lalu dah heboh tetapi ia hanya dibualkan di kalangan orang produksi sahaja. Tapi yang membuatkan saya marah apabila ia masih lagi diperkatakan orang termasuklah disebut-sebut lagi oleh seorang pengacara baru.

"Saya memang sengaja memberi peringatan kepadanya (Didie) agar tidak terus membesarkan cerita ini walaupun dia lebih senior dalam dunia hiburan tapi saya mahu dia menghormati saya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Dalam sebuah rancangan hiburan minggu lalu, Julia Ziegler membuat dakwaan dengan mengatakan Didie Alias telah memfitnahnya tidur dengan seorang jurukamera ketika penggambaran drama Noktah Erna.

Sementara itu, dalam laporan mStar Online Selasa, Didie Alias menafikan tuduhan Julia Ziegler itu.

Tambah Julia, khabar angin tersebut sememangnya memberi kesan kepada dia dan keluarga serta menjejaskan maruahnya.

"Saya tidak buat perkara tersebut tapi macam-macam cerita saya dengar tentang saya. Sebagai perempuan sudah tentu saya tidak mahu dilabel sebagai perempuan murahan.

"Saya juga ingin kahwin satu hari nanti, saya tak mahu nanti keluarga suami saya berfikir yang tidak baik tentang saya," katanya.

Julia memberitahu, Didie yang bertugas sebagai Pengurus Produksi untuk projek drama berkenaan juga gagal menjelaskan bayaran sewa kereta miliknya yang digunakan untuk penggambaran drama berkenaan.

Katanya sebagai Pengurus Produksi Didie telah dipertanggungjawab dalam urusan tersebut tetapi dia tidak menjelaskan bayaran sebagai mana yang dijanjikan walaupun puas diminta.

"Saya dah banyak kali hubungi dia dan suaminya untuk selesaikan perkara ini, namun tidak ada sebarang respons daripada mereka," katanya kesal.

Tidak akan mohon maaf – Didie Alias

Sementara itu, Didie Alias yang dihubungi berkata tidak sesekali akan memohon maaf kepada aktres tersebut.

Ini kerana menurut Didie dia tidak langsung ada kaitan dengan isu fitnah berkenaan dan enggan terkait dengan sebarang kontroversi murahan yang dicipta oleh pelakon Jangan Tegur itu.

"Kenapa saya perlu minta maaf kepada dia atas perkara tersebut dan siapa dia untuk saya minta maaf?,

"Apa yang dia cakap semua tidak betul langsung. Kalau betul pun hanya dia sahaja yang tahu sebab setahu saya, cerita itu tidak pernah dikecohkan orang pun sebelum ini," katanya.

Tambah Didie, dia kesal dengan tuduhan tersebut yang seperti cuba mencalarkan imejnya sebagai pengacara popular.

"Kenapa baru sekarang dia ingin timbulkan kontroversi ini di saat saya berada di tempat yang selesa dalam industri ini?

"Kenapa tidak beberapa tahun dulu ketika saya susah dan tiada kepentingan langsung dalam industri, dia bagai cuba meraih publisiti murahan," tuturnya.

Dalam pada itu, Didie turut menafikan dakwaan mempunyai hutang tertunggak dengan pelakon tersebut.

"Bila masa saya berhutang dengan dia? Hutang yang dia tuntut itu adalah hutang dia bersama pihak produksi drama tersebut dan bukan dengan saya," katanya.

Nabil Tak Kisah Populariti Merudum Lepas Kahwin

Posted: 28 Sep 2011 10:58 PM PDT

Nabil

PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, memberitahu tidak kisah jika popularitinya merudum selepas mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Nazirah Ayub.

Nabil yang baru memenangi tempat kedua dalam pertandingan Maharaja Lawak baru-baru ini berkata, dia percaya Tuhan akan menentukan rezekinya dalam dunia hiburan sama ada berkaitan hal kahwin ataupun sebaliknya.

"Perkahwinan adalah sesuatu yang dituntut oleh agama jadi kenapa saya perlu risau tentang populariti kerana saya percaya dengan perkahwinan, ia adalah satu keberkatan untuk saya dan bakal isteri.

"Jika ingin memikirkan mengenai rezeki, kalau tidak berkahwin pun kalau Allah nak tutup rezeki kita dia akan tutup. Sekiranya itu terjadi maka saya kena ambil ia sebagai ujian daripada-Nya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Nabil memberitahu keputusan untuk berkahwin dengan Nazirah adalah tepat kerana wanita itu adalah pelengkap dirinya.

Menurutnya, bakal isterinya itu membuatkan dia berasa istimewa dan berjaya mengisi kekosongan hati selepas kecewa dalam percintaan terdahulu.

"Susah untuk menggambarkan istimewanya dia tetapi saya berasa selesa bersama dia dan dia sangat memahami kehidupan saya sebagai artis. Saya berasa sangat bertuah kerana memiliki Nazirah," ujarnya.

Nabil dan Nazirah bakal diijabkabulkan selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya pada Jumaat ini sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada 2 Oktober di I-City Shah alam berkonsepkan "fairy tale" dan persandingan dalam taman.

Jemput Irma Hasmie

Sementara itu, Nabil memberitahu turut menjemput bekas kekasihnya, pelakon Irma Hasmie tetapi belum menghantar kad jemputan kepada pelakon yang sudah bertudung itu.

"Sudah tentu saya menjemput dia sebagai seorang kawan tetapi seperti yang dinyatakan baru-baru ini dia tidak akan menghadiri perkahwinan saya kerana menghormati saya dan bakal isteri. Saya menghormati keputusannya itu," katanya.

Bercerita lanjut mengenai persiapan perkahwinannya, Nabil berkata, dia dan pasangan memilih I-City sebagai lokasi persandingan kerana ia bersesuaian dengan konsep dipilih selain belum pernah ada pasangan mengadakan perkahwinan di situ.

Hampir 80 peratus persiapan telah dibuat, Nabil dan pasangan bakal mengayakan busana moden iaitu "tuxedo" dan gaun moden untuk majlis itu nanti.

Bakal mengerjakan umrah hujung tahun ini bersama bakal isterinya, Nabil memberitahu dia memilih lokasi itu kerana telah lama teringin untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Mengenali Nazirah sejak enam tahun lalu, dia mengharapkan perkahwinannya itu nanti akan berkekalan sehingga ke akhir hayat selain mengubahnya ke jalan kebaikan.

Angun & Gah Majlis Resepsi Persandingan Norman, Memey

Posted: 28 Sep 2011 10:57 PM PDT

KUALA LUMPUR: Malam kemuncak majlis resepsi kedua bagi meraikan pasangan pengantin baru Memey Suhaiza dan Norman Hakim berlangsung dengan meriah di Hotel Crowne Plaza Mutiara, di sini, malam Rabu.

Pada majlis yang berkonsepkan persandingan ala "New York Look" itu, Memey kelihatan anggun dengan pakaian berwarna putih rekaan empat pereka terpilih daripada jenama barangan kemas Rafflesia yang bernilai RM500,000.

Begitu juga dengan Norman, pelakon itu tampak segak bergaya dengan mengenakan sut bewarna hitam dengan nilai RM10,000 rekaan Lord's Taylor.

Suasana dewan dihiasi dengan tema hitam dan putih sementara lantai dewan ditabur dengan kelopak bunga ros.

Bermula pada pukul 8.30 malam, pasangan mempelai tiba dengan iringan persembahan nyanyian kumpulan koir, RTeez.De.Chorale Choir.

Sepanjang berlangsungnya majlis yang dikendalikan oleh hos yang juga merupakan perunding perkahwinan, Billbora, pasangan pengantin dan tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi-penyanyi hebat seperti Fauziah Latiff, Azhar Osman, Amanda Imani dan Farhan.

Selain itu seramai 12 orang selebriti iaitu, Afiq Muiz, Fizz Fairuz, Didi Riyadi, Samuel Rizal, Miera Liyana, Julia Ziegler, Fathia dan Eina turut menjadi pengapit pasangan merpati dua sejoli itu.

Bagi acara potong kek pula, Memey mengenakan gaun pengantin rekaan Vera Wang rona tanah ala Bohemian manakala pasangannya memakai sut 'tail coat' bertemakan klasik yang ditaja oleh Lord's Tailor.

Memey turut disaluti dengan aksesori barangan kemas daripada Rafflesia bernilai RM1 juta.

Pada majlis perkahwinan yang dianggap sebagai "Wedding of The Year", ia turut dihadiri kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada pihak media dan selebriti.

Antara selebriti yang kelihatan seperti Kila Fairy, Nubhan, Marsha, Syafinaz Selamat, BKay, Fazley Zainal, Dynas Mokhtar, Sazzy Falak, Datuk Yusof Haslam, Datuk Chef Wan dan Ifa Raziah.

Pada 24 September lalu, Memey dan Norman telah diijabkabulkan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor dan sehari selepas itu majlis resepsi sebelah pengantin perempuan diadakan.

Adib (Anak Datuk K) Mula Jaga Tingkah Laku

Posted: 28 Sep 2011 10:55 PM PDT

Adib

KUALA LUMPUR: Anak tiri Datuk Siti Nurhaliza Taruddin iaitu Adib Khalid,21, mengakui dia sudah mula menjaga tingkah laku sejak melibatkan diri dalam industri hiburan tempatan.

Adib yang baru sahaja menubuhkan syarikat rakaman, What's Up Entertainment berkata, dia tidak boleh lagi berperangai kebudak-budakan memandangkan dia kini menjadi perhatian umum, lebih-lebih lagi selepas menerbitkan album Inggeris Siti Nurhaliza iaitu All Your Love.

"Sebelum ini, walaupun saya tidak ada kaitan dengan industri hiburan tempatan, pelbagai gosip dan gambar-gambar saya disebarkan di Internet.

"Jadi, apabila berada dalam industri, sudah pasti saya akan menjaga tingkah laku agar tidak dipandang serong oleh masyarakat," katanya.

Namun begitu, katanya, hal itu tidak bermakna dia perlu berpura-pura dan menjadi hipokrit dengan diri sendiri.

Adib bersama Siti Nurhaliza, Datuk K dan komposer Brian pada majlis pelancaran album All You Love.

Tambah Adib, dia tahu dirinya masih baru dalam perniagaan industri seni dan justeru, dia ingin lebih mendalami berkaitan bidang tersebut supaya misinya sebagai seorang peniaga muda berjaya tidak tersasar.

"Sekarang ini, saya masih lagi belajar di Universiti Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran.

"Pada masa yang sama, saya cuba berkenalan dengan penggiat-penggiat seni di luar negara. Insya-Allah What's Up akan bertapak dengan kuat di samping sokongan dan bantuan ayah saya, Datuk Sero Khalid Mohamad Jiwa dan Siti," ujarnya.

Sementara itu, ditanya adakah dia turut mencuba menyertai di bidang perniagaan drama atau filem, kata Adib, dia masih belum memikirkan tentang hal tersebut lagi.

Suara Lady Gaga Buat Simon Cowell Jadi Bosan

Posted: 28 Sep 2011 10:55 PM PDT

Simon Cowell

BIARPUN ramai yang memuja penyanyi berpenampilan pelik Lady Gaga, namun bagi Simon Cowell suara penyanyi tersebut membosankan.

Selain Lady Gaga, Simon turut melabelkan Beyonce dan Katy Perry juga mempunyai suara yang menjemukan jika tidak dibantu dengan penampilan mereka.

"Kalau kamu hanya mendengar suara dan lagu-lagu mereka sahaja di radio tentu kamu akan bosan, terutamanya suara Lady Gaga.

"Dia beruntung kerana dibantu dengan imejnya yang unik dan mampu menarik perhatian pendengar lagu-lagu mereka," katanya seperti dipetik Contact Music.

Selain itu, Simon turut mengkritik Ryan Seacrest sebagai kurang cerdas berbanding pengacara program X-Factor, Steve Jones.

Nirina Zubir Luang Masa Untuk Anak

Posted: 28 Sep 2011 10:52 PM PDT

Nirina Zubir

JAKARTA: Selain sibuk dengan kerjaya lakonan, Nirina Zubir mengakui masa terluang dia banyak ditumpukan kepada anak pertamanya, Zivara.

Jelasnya, dia sentiasa membawa anaknya ke lokasi penggambaran jika tidak melibatkan adegan yang banyak.

"Saya sentiasa mencari waktu bersama dia biarpun dalam keadaan terlalu sibuk, kadang kala saya membawanya ke lokasi penggambaran.

"Bagi saya dia perlu tahu kerja ibunya supaya dia lebih faham apabila besar nanti," katanya seperti dipetik KapanLagi.com.

Selain itu, sejak mempunyai cahaya mata, Nirina mengakui agak aktif mengikut rakan-rakannya mengadakan majlis untuk anak mereka.

"Saya memang rajin menghadiri majlis-majlis sambutan hari lahir, lagi pula kami sering bertemu dan bercerita tentang anak masing-masing," katanya yang turut menghadiri majlis ulang tahun kelahiran anak Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair.

774 wanita kita gersang cinta cair

Posted: 28 Sep 2011 10:51 PM PDT

KUALA LUMPUR: Koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak, antara bahan ditemui polis dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan mereka untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mencatatkan sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata siasatan polis mendapati sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan terutama mereka yang kesepian dan ketandusan kasih sayang.

"Taktik atau cara yang mereka lakukan ialah menghantar e-mel atau mesej melalui laman sembang sosial di Internet seperti facebook, Tagged dan Wayn kepada ratusan mangsa dalam sehari," katanya.


Menurutnya, hasil siasatan pada komputer riba yang digunakan seorang ahli sindiket terbabit, pihaknya menemui skrip berkenaan bersama fail lain yang siap disusun atur dalam pelbagai versi bagi menjayakan rancangan mereka.

Bakat mereka curi tumpuan

Posted: 28 Sep 2011 10:50 PM PDT

BERBAKAT...Awi dan Rafael berkongsi minat dan kesungguhan dalam bidang seni.
BERBAKAT...Awi dan Rafael berkongsi minat dan kesungguhan dalam bidang seni.

WALAUPUN berlainan latar belakang, genre muzik dan perjua�ngan seni, anak muda yang baru mencuba nasib dalan dunia seni, Awi Rafael, 25, dan Nashrin, 22, punya satu persamaan iaitu pengorbanan besar dengan berhijrah meninggal�kan keluarga demi me�ngejar impian menjadi penyanyi.

Awi atau nama sebenar, Mohd Nabawi Ewan Gunawan Rafael, baru saja menetap di Cheras selepas bertahun-�tahun berulang-alik dari bandar kelahirannya di Singapura, baru kini selesa dan mampu bernafas kemas kerana sudah mendapat kediaman sendiri.

  • Foto

    Mohd Nabawi Ewan Gunawan Rafael

  • Foto

    Wann Nashrinie Zafr

  • Foto

    PERANTAU...demi mengejar impian dua anak muda ini sanggup berjauhan dengan keluarga.

Berbeza pula senario Nashrin, anak muda kelahiran Ipoh ini masih gigih berulang-alik ke Kuala Lumpur bagi melunaskan segala undangan seni kerana masih terikat de�ngan kerjaya tetapnya sebagai eksekutif dalam lapangan perbankan di Pulau Pinang.

Awi yang kini popular dengan lagu Pulanglah, adalah warga Singapura yang mencari rezeki di Malaysia. Selepas puas menongkah pelbagai ranjau, bakatnya menjadi perhatian Warner Music Malaysia lantas dijadikan tempat berlindung di bumi orang ini.


"Sebagai anak perantau, memang tidak mudah laluan saya jalani. Bagaimanapun, saya begitu bersyukur kerana sekarang saya sudah mencapai apa yang pernah saya impikan walaupun masih baru.


"Setidak-tidaknya saya sudah nampak jelas ke mana arah tuju yang perlu saya pergi dan apa yang seterusnya perlu saya rencana bagi mengukuhkan lagi laluan yang sudah dipilih.

"Soal berhijrah dan terpaksa meninggalkan keluarga di Singapura adalah satu aspek yang sudah saya fikirkan dulu. Mahu atau tidak, saya perlu berkorban jika inginkan sesuatu yang pernah diidamkan.

"Mujur keluarga memahami dan sentiasa menyokong apa saja yang saya ingin lakukan. Bagi saya, sokongan dan restu keluarga adalah kekuatan dan resipi peribadi untuk terus berdiri," katanya.

Meskipun masih baru dalam gelanggang seni suara, jadual seni Awi dan Nashrin begitu padat. Peluang bertemu Awi dan Nashrin ketika menjayakan Karnival Gegaria Harian Metro di Ipoh, Perak minggu lalu, digunakan sebaiknya untuk menggandingkan mereka dalam satu fotografi.

Hanya meletakkan kedua-duanya di taman bunga bersebelahan dengan hotel penginapan untuk merakam�kan wajah terbaik petang itu, masing-masing tidak kekok memberikan kerjasama. Kedua-duanya punya wajah menarik dan pesona tersendiri.

Awi baru muncul dengan album solo memuatkan lima lagu, Pulanglah, Aku Bukan Bintang, Bukankah Aku, Bila Aku Jatuh Cinta dan Panas semuanya ciptaan sendiri dan lagu Pulanglah nyata membawa tuah kepadanya.

Nashrin, pemenang tempat kedua program realiti MyStarz LG musim kedua, mula mencari arah terbaik dengan mempertaruhkan lagu Fobia Cinta dan bernaung satu bumbung dengan Awi di Warner Music.

Awi mengharapkan agar ada ruang buatnya berkarya di sini selain memperbaiki apa yang longgar bagi terus memancing selera peminat tempatan.

"Alhamdulillah album solo saya sudah berada di pasaran dan setakat ini lagu Pulanglah begitu hangat diputarkan di radio tempatan. Siapa sangka, percubaan berani itu membuahkan hasil dan menerima reaksi positif di sini. Saya sendiri gembira dan bersyukur dengan percaturan yang diberikan buat saya.

"Sekarang saya sibuk mempromosikan single kedua yang akan menyusur tidak lama lagi selain menyiapkan beberapa lagu untuk penyanyi-penyanyi lain di sini. Saya baru selesai merakamkan lagu Hanya Lelaki Ini untuk Hazama.

"Itu juga satu cenderahati istimewa buat saya apabila ada pula penyanyi tempatan yang percaya untuk menggunakan khidmat saya sebagai komposer. Insya Allah jika ada rezeki, saya ingin terus bertapak di sini dan memartabatkan industri muzik serantau menerusi bakat yang ada. Apa yang penting adalah jujur dan ikhlas," katanya.

Mendengar cerita Awi dan segala macam pengalaman sepanjang mencari tapak dalam dunia seni, Nashrin yang memiliki senyuman manis, hanya setia mendengar.

Sejak berjaya mencipta nama di My Starz LG lebih tiga tahun lalu, Nashrin mula mencari arah terbaik buatnya. Berpaksikan minat dan kesung�guhan, anak sulung dari tiga beradik ini gagahkan diri untuk membuat kedua-dua kerja dalam satu masa hingga perlu berulang-alik Kuala Lumpur Pulau Pinang.

"Jadual harian saya memang memenatkan dan ada kalanya macam nak pengsan kerana setiap hari saya perlu bekerja ikut waktu pejabat di bank di Pulau Pinang dan kemudian hujung minggu jika ada undangan saya perlu pula ke Kuala Lumpur.

"Namun itulah lumrah dan pengorbanan yang perlu saya lakukan demi melunaskan permintaan orang tua yang ingin melihat saya punya kerjaya tetap.

"Bagaimanapun semua itu adalah satu semangat buat saya walaupun terpaksa merentas lebuh raya Utara Selatan hampir setiap minggu. Bukan tidak mahu berhenti atau meletak sepenuh fokus pada satu kerjaya sebaliknya saya punya sokongan yang kuat dari majikan serta teman-teman lain membuatkan saya sayang untuk meninggalkannya.

"Insya Allah jika ada rezeki atau peluang yang lebih baik, pasti saya akan pertimbangkan untuk memilih satu lapangan saya agar perhatian yang diberi lebih baik dan tersusun. Saya bercadang untuk menetap di Kuala Lumpur pada hujung tahun ini," katanya.

Bakal melancarkan album penuh pada 5 Oktober depan, Nashrin gigih merencana perjalanan seninya agar tidak tersasar atau muda lenyap begitu saja.

"Memang banyak cabaran dan dugaannya kerana lapangan seni bukanlah semudah yang dilihat. Namun saya bersyukur kerana masih dijanjikan album penuh seperti ini meskipun lewat berbanding yang lain. Sekurang-kurang�nya perjuangan saya ketika di MyStarz LG dulu berbaloi dan tidak hilang seperti mana kebanyakan bintang realiti lain.

"Alhamdulillah album penuh itu nanti akan turut memuatkan lagu ciptaan Acap berjudul Percaya Pada Luka dan konsepnya masih sama iaitu pop. Malah syarikat rakaman juga sudah pun memberikan pelan pemasaran buat saya yang mana jika mengikut perancangan yang betul, album kedua pula akan menyusul kemudian.

"Saya fikirkan itu semua adalah terbaik buat pendatang baru seperti saya.

Soal popular atau publisiti bukanlah satu masalah besar sebaliknya apa yang menjadi keutamaan adalah kualiti lagu dan sambutan daripada pen�dengar. Saya hanya berharap agar peminat dapat menerima dan menyukainya nanti," katanya.

Terbaru, kedua-dua anak muda berbakat besar ini akan disatukan sekali lagi dalam persembahan eksklusif pada majlis penganugerahan Anugerah Skrin TV3 nanti. Awi akan muncul dengan lagu Pulanglah dan Nashrin pula mengambil alih pentas menerusi lagu Fobia Cinta.


PROFIL

Nama penuh: Mohd Nabawi Ewan Gunawan Rafael
Tarikh lahir: 23 Julai 1986
Umur: 25 tahun
Tempat lahir: Singapura
Keluarga: Anak bongsu daripada tiga beradik
Kerjaya: Penyanyi dan komposer
Idola: M Nasir, Yuna, Aizat dan ramai lagi
Pendidikan: Ijazah dalam Perundangan dan Psikologi di Universiti Australia
Album: Awi Rafael


PROFIL

Nama penuh: Wann Nashrinie Zafri
Tarikh lahir: 14 Oktober 1989
Umur: 22 tahun
Tempat lahir: Ipoh, Perak
Keluarga: Anak sulung daripada tiga beradik
Kerjaya: Penyanyi dan Eksekutif Bank
Idola: Innuendo, VE dan ramai lagi
Album: Nashrin
Pencapaian: Naib Juara MyStarz LG musim kedua

‘Peduli apa orang kata’

Posted: 28 Sep 2011 10:49 PM PDT

SERIUS...Safee dikerumuni wartawan di KLIA, semalam.
SERIUS...Safee dikerumuni wartawan di KLIA, semalam.

"SAYA bukan pergi makan angin ke sana," tegas penyerang sensasi Mohd Safee Sali, kurang senang dengan persepsi segelintir pihak yang menganggap kunjungannya ke Cardiff City bagi menjalani ujian percubaan selama dua minggu sebagai kerja sia-sia.

Malah dia yang tiba ke tanah air semalam juga menolak andaian dipergunakan pengurusan kelab Liga Kejuaraan itu untuk mendapat populariti di negara ini.


"Ini peluang yang amat bagus untuk saya, biarlah orang nak kata apa, janji saya dapat menjalani latihan di negara itu sudah dianggap satu penghargaan dan saya cukup berbangga. Saya bukan pergi makan angin ke sana.

"Saya rasa mereka tidak mengambil apa-apa kesempatan, sebab daripada reaksi pengurus Cardiff City (Malky Mackay), dia berminat dan terkejut dengan kemampuan pemain dari Malaysia. Bagi saya tawaran ini cukup berharga dan dapat menyertai latihan mereka adalah satu impian," kata Safee sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.


Safee, 27, selesai menjalani ujian pemilihan selama dua minggu bermula 12 September lalu bersama Cardiff City dalam usahanya untuk melakar impian selaku pemain Malaysia pertama beraksi dalam kancah bola sepak Inggeris.


Namun ada yang menganggap ia sebagai kerja sia-sia memandangkan syarat ketat untuk pemain Asia untuk beraksi di United Kingdom khususnya membabitkan soal permit kerja.

Sehingga kini belum ada keputusan sama ada Safee berjaya ataupun tidak pada ujian pemilihan itu melainkan kenyataan Mackay yang mencadangkan supaya penyerang Pelita Jaya FC dari Indonesia itu mengikuti ujian sekali lagi selepas ini.


Ini kerana tempoh dua minggu ujian sebelum ini dianggap tidak cukup untuk Mackay membuat penilaian.

"Memang mungkin masa tidak cukup sebab saya tidak ada perlawanan persahabatan cuma hanya latihan. Mungkin mereka tidak puas melihat aksi saya ketika latihan dan saya harap dapat pergi ke sana lagi untuk membuktikan aksi sebenar," kata Safee.


Dalam tempoh terdekat dia dijangka mengadakan pertemuan dengan pemilik kelab divisyen dua itu, Datuk Chan Tien Ghee bagi perbincangan lanjut.


"Selepas menjalani latihan dua minggu di sana memang ada tanda positif daripada pengurusan Cardiff City dan saya amat berminat untuk bermain di sana. Apa yang saya lihat, saya memang boleh bersaing di sana kerana boleh mengikuti latihan dan tidak berdepan masalah dengan cuaca. "Saya harap akan ada perkembangan positif dan berharap bukan saya seorang saja yang akan pergi menjalani ujian pemilihan sebaliknya pemain-pemain Malaysia yang lain jika diberi peluang oleh mana-mana kelab," jelas Safee yang terus melapor diri bersama skuad kebangsaan semalam bagi persediaan menghadapi Australia dalam aksi persahabatan antarabangsa di Canberra, 7 Oktober ini.

Positif cecah RM2b

Posted: 28 Sep 2011 10:48 PM PDT

SAMBUTAN...Ismail memotong pulut kuning sambil diperhatikan Dr Syed Jalaludin (kiri) dan Kamaruzzaman (kanan), semalam.
SAMBUTAN...Ismail memotong pulut kuning sambil diperhatikan Dr Syed Jalaludin (kiri) dan Kamaruzzaman (kanan), semalam.

BANK Kerjasama Rakyat (M) Berhad (Bank Rakyat) yakin mampu mencapai keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2 bilion bagi tahun kewangan berakhir Disember 2011, sekali gus melebihi sasaran awal.

Pengerusinya, Tan Sri Datuk Dr Syed Jalaludin Syed Salim berkata, keyakinan itu didasari prestasi menggalakkan Bank Rakyat bagi kebanyakan produk dan perkhidmatan ditawarkan.


"Tahun lalu kita mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM1.72 bilion dan keuntungan tertinggi pernah dicapai sejak penubuhan, jadi bagi tahun ini kami yakin mencapai perolehan sehingga RM2 bilion.

"Kami juga menaruh kepercayaan besar peningkatan pendapatan ini dapat dikekalkan bagi tahun-tahun berikutnya," katanya ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun Bank Rakyat ke-57 dan Sambutan Aidilfitri di Kuala Lumpur, semalam.


Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Mengulas lanjut kenyataan Dr Syed Jalaludin, Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzzaman Che Mat berkata, pihaknya meletakkan sasaran awal perolehan pendapatan bank bagi tahun ini adalah sekitar RM1.85 bilion. "Bagaimanapun enam bulan pertama tahun ini kami memperoleh RM980 juta (pendapatan sebelum cukai dan zakat) dan suku ketiga tahun kewangan 2011 pula hampir berakhir," katanya.

"Sama ada keuntungan penuh mampu melebihi sasaran yang diletakkan, hanya akan diketahui apabila prestasi kewangan suku ketiga diketahui, sekali gus diumumkan Oktober nanti. Buat masa ini kita tak dapat rumus secara spesifik lagi," katanya.


Kamaruzzaman berkata, segmen yang menjadi penyumbang utama keuntungan adalah pembiayaan runcit yang mencakupi 80 peratus daripada jumlah pendapatan, manakala selebihnya daripada komersial.

Beliau turut memberitahu, jangkaan pertumbuhan pembiayaan keseluruhan bank sebanyak 11 peratus menjelang akhir tahun, dengan setakat Jun lalu sudah mencatat RM47 bilion.

Aroma unik pencetus mood

Posted: 28 Sep 2011 10:47 PM PDT

DUTA...pelakon Siti Saleha (hadapan) dilantik sebagai duta Enchanteur Paris.
DUTA...pelakon Siti Saleha (hadapan) dilantik sebagai duta Enchanteur Paris.

SIAPA yang tidak mengenali menara Eiffel Tower, Champs-…lys�es, the Louvre, Arc the Triomphe yang menjadi mercu tanda Paris, kota terkemuka dalam bidang fesyen serta sajian makanan terkenal di seluruh dunia.

Keindahan taman pada musim bunga bermula dari Tuileries hingga laman hijau Champ de Mars yang luas terbentang dikenali sebagai tempat jalinan asmara serta luahan cinta pasangan kekasih.

  • Foto

    TIGA VARIASI...rangkaian wangian dengan tiga variasi menawan Belle Amour, Mon Amie dan Adore.

  • Foto

Paris juga adalah kota kelahiran beberapa jenama minyak wangi yang menjadi legenda terkenal dunia. Keindahan suasana nyaman dan hangat ini memberi inspirasi untuk melahirkan produk kecantikan serta haruman terkenal yang diilhamkan daripada daya tarikan serta keanggunan kota romantis ini.

Enchanteur Paris meneruskan tradisi dalam seni pembuatan minyak wangi dengan mencetuskan aroma tersendiri bagi merangsang imaginasi atau menyemarakkan keindahan cinta seorang. Disokong warisan selama 21 tahun dan kedudukan sebagai jenama haruman nombor satu dalam pasaran wangian, Enchanteur kini memperkenalkan rangkaian wangian dengan tiga variasi menawan Belle Amour, Mon Amie dan Adore.


Menurut Pengurus Besar Unza (Malaysia) Sdn Bhd, Christina Yong, memandangkan wangian memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian wanita justeru Unza memperkenalkan tiga variasi haruman yang bukan saja mencetuskan mood berbeza tetapi mampu disesuaikan bagi pelbagai acara sama ada membeli-belah, menonton wayang atau bersantai bersama rakan.


"Ketiga-tiga haruman ini sesuai untuk wanita moden yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa serta berkeyakinan dalam apa juga situasi," katanya.

Haruman Belle Amour yang bermaksud Cinta Nan Indah direka bagi menambah rasa cinta dan debaran saat bertentang mata dengan si dia. Wangian ini dicipta dengan sentuhan haruman tembikai susu, disulami kesegaran anggur hitam bersama gandingan kelopak mawar merah samar Paris yang menusuk kalbu. Wangian istimewa ini menggambarkan bibit cinta yang sedang mekar berkembang.

Variasi kedua Mon Amie atau Sahabatku diilhamkan daripada persahabatan dua wanita yang berkongsi keriangan dan saat manis bersama. Wangian ini dicipta daripada gabungan oren lemon sitrus segar dan lemon bergamot bersama sentuhan epal merah dan wangian peony merah lembut, mawar dan magnolia putih.

Bagi menyerlah�kan lagi daya haruman, campuran wangian ambar daripada kayu mencetuskan keriangan, rasa menawan, menarik, dan mesra. Wangian ringan ini menceriakan hari anda dan paling sesuai untuk bersantai bersama kawan-kawan.

Wangian unik Adore menggabungkan haruman bunga-bungaan seperti melur, mimosa dan violet serta haruman semerbak buah laici, plum, delima dan pear emas yang meninggalkan kesan wangian berpanjangan.

Wangian Enchanteur Paris dimuatkan dalam botol kaca dengan warna merah jambu untuk Belle Amour, kuning matahari untuk Mon Amie dan ungu lembut untuk Adore. Ia berharga RM26.90 untuk botol 50 mililiter (ml) dan boleh didapati di semua pasar raya besar, kedai dan farmasi seluruh negara.

Selain wangian, wanita juga mementingkan penjagaan kulit untuk menampilkan sisi keperibadian menawan. Walaupun kulit adalah bahagian terbesar tubuh, kebanyakan wanita sering mengabaikan penjagaannya. Ini kerana ada anggapan kulit dilindungi pakaian menyebabkan ia tidak diberi perhatian sebagaimana wajah.

Ada pula wanita merasakan pemakaian losen atau krim dalam keadaan cuaca Malaysia yang panas dan lembap membuatkan kulit tidak selesa. Ada memberi jawapan kulit berpeluh, melekit dan berminyak sehingga mereka mengabaikan penggunaan losen badan.

Menyedari kehendak wanita yang mengimpikan kulit yang cantik, lembut dan sihat, Enchanteur Paris memperkenalkan losen pencerahan badan yang bukan saja berkesan mencerah kulit malah melindunginya daripada sinaran ultraungu serta radikal bebas yang menjadi punca kepada kulit pramatang.

Menerusi formula berasaskan air, losen ini memberi keselesaan kepada kulit tanpa rasa berminyak sekali gus menjadikan kulit cerah dan halus seperti sutera.

Rangkaian losen pencerahan hadir dalam tiga variasi berbeza. Losen Pencerahan Badan Extra Enchanteur Paris membantu melembap serta mengekalkan kehalusan kulit sambil melindungi daripada sinaran ultra ungu.

Ia diperkaya vitamin dan pati sakura yang mampu mencerahkan kulit sebanyak dua kali ganda serta mengembalikan ton kulit di sekitar kawasan bermasalah seperti lutut, siku dan leher.

Losen Pencerahan Badan Enchanteur Paris Light & Fresh mengandungi pati aloe vera dan portulaca berasaskan air membantu melembap dan memberikan kesan lembut dan menenangkan. Sesuai untuk wanita aktif yang menggemari aktiviti luar kerana losen ini memberi kesegaran dan keselesaan berpanjangan.

Losen Pencerahan Badan Enchanteur Paris Protect & Repair pula diperkaya dengan pati swiss edelweiss yang memberi manfaat antioksida serta melindungi kulit daripada radikal bebas yang menyebabkan kulit pramatang serta merosak akibat pancaran UV. Gunakan pada setiap malam atau sebelum tidur untuk memastikan kulit dan badan mendapat nutrisi, kelembapan dan rehat secukupnya. Kombinasi hebat melur liar, semalu merah jambu dan ungu dengan adunan laici, plum manis, buah delima dan pear emas mampu merawat badan dan minda bagi memberikan tidur yang lena.

Losen Pencerahan Badan Enchanteur Paris hadir dalam tiga variasi di dalam botol elegan sesuai untuk remaja berusia 18 hingga 23 tahun. Kesemua rangkaian losen pencerahan badan ini dijual pada harga RM8.90 untuk 150 ml dan RM14.90 untuk 300 ml.

Kini Enchanteur tampil dengan duta muda menawan, pelakon dan model Siti Saleha yang mula dikenali ramai selepas fenomena drama Nora Elena.

Suratan takdir

Posted: 28 Sep 2011 10:42 PM PDT

KEMBAR...bayi kembar siam belum diberi nama di HNSZ.
KEMBAR...bayi kembar siam belum diberi nama di HNSZ.

KUALA TERENGGANU: "Masa mula-mula doktor beritahu bayi yang akan dilahirkan nanti kembar siam, kami berserah dan reda dengan ketentuan Tuhan sehinggalah bayi itu benar-benar bergabung di dada," kata Zulkifli Ngah, 41, bapa kepada bayi kembar yang dilahirkan isterinya, Noraini Mohamad, 31, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kira-kira jam 11 pagi, 22 September lalu.

Menurutnya, ketika isterinya menjalani imbasan di Hospital Kemaman kira-kira enam bulan lalu, doktor memberitahu zuriatnya itu kembar siam sebelum mereka mengikuti proses sama di HSNZ dan Hospital Kuala Lumpur selepas itu.


Kata penjual ikan di Kemaman itu, walaupun doktor di HSNZ masih belum membuat sebarang diagnosis penuh keadaan kembar siam itu, dia sedar bayinya itu perlu menjalani pembedahan pada masa depan.

"Seperti ibu bapa lain, saya ingin melihat kembar ini menjalani kehidupan yang sihat, begitupun saya tidak fikir mampu membayar bil perubatan dan pembedahan mereka," katanya.


Menurutnya, dugaan sebegini tidak pernah berlaku kepadanya sebelum ini apabila anak ketiga dan keempat lahir bergabung tidak seperti anak pertama dan keduanya yang kini berusia enam dan tujuh tahun.


"Saya terima dugaan ini sebagai takdir tetapi saya tetap memerlukan bantuan kewangan untuk keperluan mereka pada masa depan kerana pendapatan saya sebagai penjual ikan hanya cukup untuk kehidupan sederhana kami sekeluarga," katanya sambil berharap dapat bertukar kerja baru di bandar raya ini bagi memudahkannya berulang-alik menjaga bayi yang masih mendapat rawatan di HSNZ.

"Saya benar-benar berharap ada pihak sudi membantu menghulurkan bantuan untuk masa depan bayi kembar selepas ini dan saya menyerahkan kepada kebijaksanaan doktor menentukan bila masa sesuai bayi itu akan dibedah," katanya yang mengalukan sumbangan individu dan syarikat untuk menghubunginya di talian 012-9551435.

Lebih melankolik

Posted: 28 Sep 2011 10:41 PM PDT

  • Foto

  • Foto

Anuar enggan berkompromi setiap kali hasilkan album baru

ALUNAN melodi Lelaki Ini dan Ketulusan Hati yang dinyanyikannya pernah menjadi peneman di kala hati sedang dilanda kesedihan serta dicengkam rasa rindu yang tidak berpenghujung. Manakala Sedetik Lebih pula meneruskan lagi legasi penyanyi ini untuk terus bertahan dalam carta populariti apabila lagu yang dipetik daripada album runut bunyi filem epik Hikayat Merong Mahawangsa terus mendapat perhatian penggemar muzik.
Dengan diiringi muzik orkestra ditambah lirik yang cukup menyentuh jiwa, serta gaya penyampaian si penyanyi yang penuh penghayatan, membuatkan lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu boleh dianggap sebagai lagu cinta paling hebat untuk tahun ini. Boleh dikatakan apa saja sentuhannya, pasti menjadi emas dan mempunyai magis tersendiri.
Begitulah kuatnya pengaruh figura bernama Anuar Zain. Apa yang dihasilkannya tidak pernah dibuat seperti sekadar melepaskan batuk di tangga. Semuanya dilakukan dengan penuh teliti. Jika ada bahagian yang tidak memuaskan hati, dia tidak teragak-agak untuk memperbaiki apa saja kekurangan seperti yang dilakukannya untuk album solo keempatnya, Anuar Zain 2011, yang mengambil masa agak lama sebelum berada di pasaran.

Tegas pemilik nama penuh Shahrul Anuar Zain ini, tidak ada apa yang lebih menggembirakannya selain melihat senyuman peminat yang nyata berpuas hati dengan kehadiran produk terbaru itu. Berbanding album sebelum ini, Anuar Zain 2011 hanya memuatkan sebuah irama rancak, berjudul Simpati Cintamu, daripada lapan lagu dimuatkan di dalamnya.

Itupun bukanlah dalam erti kata rancak sebenarnya. Manakala lagu lain lebih kepada irama melankolik, yang diakui cukup sinonim dengan penyanyi berusia 41 tahun ini.

Mengulas perkara itu, Anuar berkata, perkara itu bukanlah sesuatu yang disengajakan. Sebaliknya mereka ketandusan lagu rancak untuk dimuatkan dalam album terbabit.
"Sepanjang tiga tahun pembikinan album ini, kebanyakan lagu yang dihantar kepada saya berentak perlahan. Kalau ada pun lagu rancak yang dihantar, bilangannya tidak banyak dan sebahagian besar tidak bersesuaian untuk dimuatkan sama.

"Jadi kami meneruskan saja pembikinan album dengan lagu-lagu yang ada. Saya sendiri tidak kisah jika album saya memuatkan semua lagu perlahan atau sebaliknya, semua lagu rancak, kerana apa yang lebih penting album itu menepati piawaian yang saya mahukan, manakala peminat pula suka dengan apa yang dihasilkan," katanya ketika dihubungi Hip, Selasa lalu.

Seperti yang pernah dijelaskannya sebelum ini, album yang diterbitkan oleh Anuar Zain Network Sdn Bhd dan diedarkan Universal Music Malaysia ini mempunyai nuansa yang berbeza, terutama dari segi muzik dan juga corak penyampaian dalam setiap lagu.

"Untuk album ini, gaya nyanyian saya lebih lurus, tidak terlalu bermain dengan lenggok. Ini juga permintaan peminat yang mahu saya mencuba menyanyi dengan gaya sebegitu. Paling ketara, saya tidak banyak menggunakan nada tinggi seperti kelazimannya. Itu semua adalah untuk memberi kelainan menerusi buah tangan terbaru," katanya.

Baru saja berada di pasaran awal minggu lalu, Anuar berkata, dia belum dapat melihat maklum balas peminat terhadap album itu secara keseluruhan memandangkan ketika ini dia terlalu sibuk dengan latihan sempena konsert Hari Raya yang bakal dijayakannya di Esplanade, Singapura, Oktober depan.

"Saya masih belum berkesempatan untuk turun mempromosikan album ini disebabkan kesibukan saya menjalani latihan. Namun seperti biasa, cita rasa setiap peminat saya berbeza-beza. Ada yang suka lagu ini, dan ada juga suka dengan lagu itu. Apapun, saya mengharapkan album ini mampu memberi hiburan kepada semua peminat," kata Anuar yang mengaku mengeluarkan kos yang tinggi untuk penghasilan album ini.

Teruja bersaing dengan penyanyi lama, baru

SETIAP kali Anuar muncul dengan produk terbaru, pasti namanya akan tersangkut dalam mana-mana pertandingan. Keadaan itu sekali lagi berlaku apabila dia menyanyikan lagu Sedetik Lebih. Menerusi lagu terbabit, Anuar tersenarai sama dalam kategori vokal terbaik lelaki pada Anugerah Industri Muzik ke-18 yang bakal diadakan November ini.

Dalam kategori itu, Anuar bersaing dengan penyanyi seperti Tam Spider, Reza Salleh, Aizat dan Azlan & The Typewriter.

Mengulas perkara itu, Anuar berkata, dia teruja apabila mengetahui namanya tersenarai bersama-sama penyanyi hebat dari pelbagai generasi.

"Seronok apabila dapat tahu mereka yang tersenarai dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Lelaki terdiri daripada penyanyi angkatan lama dan baru. Bukan kemenangan yang diharapkan, tapi semangat perjuangan itu yang penting," ulasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, terdengar khabar angin yang menyatakan penyanyi kacak ini enggan mengadakan persembahan pada malam kemuncak acara tahunan itu nanti. Ketika diajukan pertanyaan berkenaan kepadanya, Anuar menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya.

"Siapalah yang pandai-pandai buat cerita dan menambah perisa ni? Saya tidak pernah menyatakan yang saya tidak mahu membuat persembahan pada malam kemuncak AIM18. Cuma apa yang boleh saya katakan, pada malam itu nanti, saya memang tidak dapat hadir kerana terbabit dengan persembahan yang sudah dipersetujui lebih awal.

"Mungkin ada yang akan mempertikaikan tindakan saya itu, seolah-olah saya tidak menghargai majlis yang diadakan khusus untuk mengiktiraf bakat karyawan tempatan. Namun saya juga mempunyai prinsip iaitu jika saya sudah berjanji dan mengambil wang deposit persembahan berkenaan, mana mungkin saya mahu membatalkan begitu saja?

"Ya, saya amat menghargai majlis seperti itu dan pada masa sama, saya tidak mahu dilihat sebagai artis yang tidak berpegang pada janji," katanya mengharap pengertian.


INFO: Trivia

  • DALAM album solo keempat, Anuar mengekalkan konsep pop yang juga fortenya.

  • DARIPADA lapan trek dihasilkan, enam daripadanya ialah gubahan komposer Indonesia, iaitu Numata, Nico Ajie Bandy, Ari Bias dan Adrian Martadinata, manakala dua trek lagi hasil ciptaan komposer tempatan, masing-masing oleh Aylwin Santiago dan Hazami.

  • KU Berjanji Karna Cinta ialah single pertama daripada album ini dan diperkenalkan kepada pendengar lewat Ogos 2010. Lagu itu mendapat sambutan menerusi stesen radio tempatan dan Singapura.

  • ANTARA lagu lain yang dimuatkan termasuklah Nadi Terhenti, Pernahkah, Terindah, Cinta Harus Memiliki, Ajari Aku dan Sempurnakan Aku.
  • Tiket muzikal Nora laris

    Posted: 28 Sep 2011 10:40 PM PDT

    Fauzia (kanan) memilih pembaca bertuah yang menyertai peraduan The Secret Life of Nora anjuran Berita Harian-New Straits Times.
    Fauzia (kanan) memilih pembaca bertuah yang menyertai peraduan The Secret Life of Nora anjuran Berita Harian-New Straits Times.
    HARI ini, muzikal terbaru daripada Enfiniti Media Vision akan membuka tirai persembahannya di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Andainya debaran peminat yang teruja untuk menyaksikan kehebatan muzikal terbabit semakin kencang, tentunya getaran di jiwa tenaga produksi pementasan ini lebih kuat lagi dirasakan.

    Begitupun, pastinya kerisauan itu sedikit terubat apabila tempahan tiket menyaksikan muzikal terbabit cukup menggalakkan. Sejak jualan dibuka, orang ramai tidak putus-putus membuat tempahan agar tidak terlepas menonton persembahan penuh warna, irama dan aksi itu nanti.
    Pihak produksi juga dikatakan mengadakan persiapan rapi bagi menerima kehadiran peminat yang pastinya membanjiri dewan persembahan, selama 18 hari The Secret Life of Nora dipentaskan.
    Yakin dengan sambutan daripada penonton, teater muzikal itu dijangka bakal melakarkan sejarahnya tersendiri selepas kejayaan pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan P Ramlee.

    Bagi Ketua Pemasaran dan Komunikasi produksi terbabit, Fauzia Sultan, sambutan orang ramai terhadap muzikal berkenaan amat memberangsangkan berdasarkan jualan tiket. Namun begitu, bagi mereka yang ingin sama menyaksikannya, peluang berbuat demikian masih ada, dengan mendapatkan tiket yang dijual secara atas talian mahupun di kaunter tiket Istana Budaya.

    "Alhamdulillah sambutan yang kami terima sehingga kini amat memberangsangkan dan penjualan tiket sangat cepat, terutama pembelian secara atas talian.

    "Sekarang kami sedang membuat persiapan terakhir dari segi pelakon, pentas dan kostum. Raptai penuh pementasan akan dilakukan Rabu ini (semalam)," katanya.
    Fauzia ditemui pada majlis cabutan bertuah bagi memilih 36 pembaca akhbar Berita Harian dan The New Straits Times yang menyertai peraduan teater muzikal terbabit. Majlis ringkas berkenaan berlangsung di Balai Berita, Isnin lalu.

    Malah, tiket juga masih dibuka kepada syarikat korporat dengan potongan harga menarik di samping potongan harga kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

    "Kita sediakan pakej menarik buat pelajar sama ada pelajar sekolah atau IPT bagi memberi pendedahan dan pendidikan kepada mereka mengenai dunia teater.
    "Kita turut menawarkan pakej istimewa iaitu bagi setiap pembelian 10 tiket, dua tiket percuma akan diberikan," jelasnya.

    Pembaca bertuah dua akhbar terbabit yang juga media rasmi muzikal berkenaan bukan saja menerima sepasang tiket untuk menyaksikan pementasan itu, bahkan mereka bakal membawa pulang hadiah menarik lain.

    Namun, nama pemenang dan hadiah yang bakal dimenangi mereka akan diumumkan pada 3 Oktober depan pada sebuah majlis lain.

    Mungkin konsert terakhir

    Posted: 28 Sep 2011 10:39 PM PDT

    Ramli dan Ito bersedia untuk menggegarkan Stadium Merdeka.
    Ramli dan Ito bersedia untuk menggegarkan Stadium Merdeka.
    Sweet Charity, Blues Gang bakal hangatkan Stadium Merdeka, Sabtu ini

    SABTU ini ialah hari yang dinantikan. Baik Sweet Charity mahu pun Blues Gang, masing-masing tidak mampu menyembunyikan rasa teruja untuk kembali beraksi di gelanggang yang pernah menyatukan mereka 27 tahun lalu, Stadium Merdeka.
    Sudah pasti kenangan terindah berhadapan lebih 20,000 penonton mahu diulangi bersandarkan barisan dendangan malar segar yang terus menjadi siulan hingga kini, bukan hanya dikalangan peminat tegar malah generasi muda.
    Kunci keutuhan berlandaskan usaha, disiplin, semangat serta lagu yang mantap membolehkan nama mereka terus terpahat kukuh di hati peminat setia yang tidak putus memberi sokongan.

    Ramli Sarip selaku penyanyi Sweet Charity berkata, sokongan ramai antara pemangkin hingga projek yang sudah lima tahun dirancang 'menjadi', selain kesungguhan Netzah Productions Sdn Bhd dan Rasamusic Sdn Bhd merealisasikan konsert itu.

    "Umpama sebuah keluarga, setiap individu pasti punya sikap dan kecenderungan tersendiri namun apabila membabitkan kepentingan Sweet Charity, kami tetap sehati. Hubungan kami lebih daripada seorang rakan, begitu juga dengan teman sealiran seperti Blues Gang.

    "Konsert ini juga bukan untuk kepuasan sendiri, sebaliknya didedikasikan kepada penyokong yang menjadi nadi utama hingga tercetusnya sebuah lagi sejarah dalam industri muzik tanah air," katanya mengenai konsert yang hanya mengenakan tiket pada kadar RM73.
    Walau sepatutnya berlangsung 9 Julai lalu, tetapi ia terpaksa ditangguhkan gara-gara perhimpunan BERSIH, dan vokalis yang sudah menjangkau usia 59 tahun itu melihat situasi terbabit dari sudut positif.

    Awal dulu timbul rasa terkilan namun apabila difikirkan semula, di sebalik sesuatu kesulitan pasti ada hikmahnya sekali gus ujian untuk mereka melipatgandakan usaha dalam memberikan yang terbaik.

    "Muzik adalah aliran yang ada pusingannya. Apabila mendapat peluang keemasan berkongsi pentas sekali lagi dengan band sezaman, ia rezeki yang cukup kami syukuri kerana pada saat penyanyi lain sukar mendapat ruang seperti ini, Sweet Charity dan Blues Gang masih punya tempat tersendiri.

    "Justeru dugaan yang mendatang kami lalui dengan hati terbuka kerana paling penting, jangan mudah berputus asa malah ia menguatkan semangat kami ditambah sokongan peminat di luar sana," katanya.

    Biarpun belum berlatih bersama kumpulannya disebabkan faktor jarak Kuala Lumpur-Singapura, tunjang kumpulan yang ditubuhkan pada 1967 iaitu Rosli Mohalim (gitar), Ahmad Jaffar Jawahir (keyboard) serta Rahman Sarbani (dram) turut melakukan rejim sama di Kota Singa.

    Akui Ramli, sudah pasti konsert ini begitu bermakna apatah lagi setiap lagu daripada 10 album studio yang dihasilkan bersama menyimpan memori tersendiri hingga sukar memilih 20 lagu yang bakal dipersembahkan pada malam itu.

    "Ada 60 lagu kami senaraikan pada awal-awal dulu. Selepas ditapis berkali-kali, cuma 20 yang dapat disampaikan walaupun kami sedar pendengar punya selera tersendiri. Sudah tentu ada perubahan dari segi susunan muzik kerana ini konsert secara langsung tetapi senarai lagu, kita perlu lihat rentak penonton.

    "Macam kereta, kita tidak boleh terus memecut. Soal lagu mana dulu yang hendak disampaikan, muzik umpama makanan kami dan setiap melodi sudah melekat di sanubari, jadi ia bukan masalah besar untuk melompatkan giliran. Apa pun kebiasaannya sorakan penonton yang menentukan situasi, sekali gus menyemarakkan semangat kami untuk lebih agresif dan itulah jangkaan kita untuk konsert kali ini," ulasnya lagi yang mengakui melakukan persiapan mental dan fizikal tidak sesukar memilih lagu untuk konsert berkenaan.

    Enggan membiarkan masyarakat melihat usia sebagai penentu momentum di pentas, katanya mereka adalah penyanyi dan pemuzik sepenuh masa malah persembahan langsung, walau hanya majlis kecil, menjadi sebahagian daripada rutin latihan.

    Ungkapnya penuh maksud mendalam, seiring peningkatan usia, mungkin ini adalah persembahan bersama mereka yang terakhir kerana setiap manusia melalui transisi hidup yang ada kalanya jauh lari daripada rutin asal.

    "Ya... Usia kami semakin bertambah. Walau ia sedikit pun tidak menjunamkan semangat, siapa tahu hari mendatang kerana pasti antara kami mahu menumpukan perhatian terhadap urusan hakiki," tambahnya ringkas.

    Jaga stamina dengan berkebun

    TEMAN seperjuangan, Ito Mohamad, 60, melihat Konsert 2 Raksasa sebagai simbolik kepercayaan penganjur dan penaja terhadap 'orang lama', sekali gus pencetus semangat kepada kumpulan baru untuk membuktikan keupayaan mereka.

    Katanya selama ini peminat muzik lebih banyak disogokkan dengan konsert penyanyi dan band baru sedangkan penggemar muzik berusia atas 40-an masih mendambakan dendangan 80-an yang disajikan dalam medium seperti konsert.

    "Blues dan rock tidak akan mati. Macam lagu kami, ia berunsur nusantara yang begitu unik diperdengarkan manakala liriknya juga menjurus kepada kemanusiaan begitu juga lagu Sweet Charity yang menyentuh masyarakat.

    "Apabila diberi amanah, kepercayaan pihak yang merealisasikan konsert ini tidak mungkin kami persiakan. Malah ia umpama penanda aras untuk melihat sejauh mana kemampuan orang lama. Jika kami mampu bertahan hingga kini, band baru juga dapat melakukannya asalkan ada kesungguhan," ulas datuk kepada lima cucu itu.

    Selain Ito, Blues Gang yang ditubuhkan akhir 70-an dengan dianggotai Shaik Abdul Karim Shaik Ahmad (dram), Jim Madasamy (bes), Abdul Ghani Talip (keyboard) dan Julian Mokhtar (gitar) bakal mempersembahkan 13 lagu.

    Diminta berkongsi soal persediaan, dedahnya, paling utama adalah memastikan kesihatan terpelihara untuk memastikan stamina di pentas malah aktiviti masa senggang, jika tiada undangan menyanyi, seperti berkebun dianggap sebagai senaman mengeluarkan peluh.

    "Saya masih aktif menyanyi manakala rakan lain juga sama rancak mengatur perjalanan mereka sebagai pemuzik. Kerjaya sepenuh masa dalam industri ini mampu mempertajamkan skil namun seiring peningkatan usia, stamina tetap perlu dijaga.

    "Syukur setakat ini kami masih diberi kekuatan untuk mencari rezeki dalam arena seni. Mungkin orang pelik kenapa orang lama seperti saya masih aktif menyanyi. Apa pun rezeki saya di sini dan saya masih melakukan aktiviti yang saya sukai, berkebun yang menyihatkan," kata anak jati Tampin, Negeri Sembilan itu.

    Berbicara soal persediaan, Brown Black Studio di Hartamas menjadi medan mereka mempertajamkan skil vokal dan permainan muzik sebelum tiba malam kemuncak yang turut diabadikan dalam DVD.

    Menyentuh perancangan bersama Sweet Charity, kumpulannya bertuah apabila teman segandingan rancak mengatur strategi termasuk menghasilkan baju T edisi terhad dalam empat rekaan yang dijual pada harga RM43 hanya untuk konsert itu sebagai koleksi kenangan.

    Sementara itu, pembeli tiket VIP berharga RM500 berpeluang memenangi tiga hadiah menarik berupa gitar eksklusif yang ditandatangani anggota kedua-dua kumpulan, sebuah buku dan sehelai baju T edisi terhad.

    Pembeli tiket berharga RM73 pula layak memenangi cabutan bertuah yang menawarkan tiga buah motosikal Naza Blizt 150cc.

    INFO
  • Konsert berlangsung di Stadium Merdeka pada 1 Oktober ini, jam 8 malam.
  • Pada sebelah petang diadakan Monster of Metal membariskan kumpulan Sofea, Sil Khannaz, Brain Dead, Humiliation, Nuclear Strikes dan Al-Farabi Band.
  • Tiket berharga RM73 manakala untuk 100 pembeli tiket VIP berharga RM500 diundang ke sesi khas bersama kedua-dua kumpulan.
  • Pembelian boleh dibuat secara online www.airasiaredtix.com/hotline 03-8775 4666 atau jualan di pintu masuk Stadium Merdeka dan kedai muzik Victoria.
  • Shikin ada masalah ke?

    Posted: 28 Sep 2011 09:36 PM PDT

    Semoga masalah tak berpanjangan.

    Beberapa kali juga Che Li nampak penyanyi dangdut Shikin hadir ke majlis rumah terbuka dengan hanya ditemani anaknya sahaja. Mengapa tak bersama suami?

    Tak lama dulu ada juga khabar tak baik pasal mereka yang dikatakan mengalami masalah. Tapi selepas itu Che Li ada jumpa mereka dalam satu majlis bersama-sama. Sahlah cerita tak elok pasal rumah tangga mereka tidak benar.

    Doakan yang terbaik.

    Tapi baru-baru ini ada juga orang industri tanyakan Che Li pasal mereka. Che Li kata tak tahu sajalah sebab daripada pertemuan lalu itu Che Li buat andaian mereka masih rukun dan tiada masalah.

    Bila bertemu Shikin tu, Che Li ada buat-buat tanya. Shikin hanya tergelak mengatakan suaminya bekerja pada hari itu. Sebab itu tak dapat nak bersama-sama menghadiri majlis rumah terbuka anjuran rakan-rakan media. Semasa hadir ke rumah terbuka seorang rakan artis pun Shikin kelihatan bersama anak dan rakannya.

    Bila dibuat-buat tanya lagi Shikin ada buka mulut sedikit. Daripada apa yang dicakapkannya... bunyinya macam ada sedikit masalah. Tapi belumlah parah sebab mereka masih lagi tinggal bersama.

    "Masih tinggal bersama... tapi ada masanya buat hal masing-masing," kata Shikin yang mengundang lebih banyak pertanyaan.

    Che Li tak mahu membayangkan perkara yang tak baik. Che Li kenal sangat dengan kedua-duanya. Mungkin sekarang ini tengah selesaikan perkara kecil, jadi mereka buat hal masing-masing. Bila dah sejuk nanti, selesailah tu. Biasalah dalam rumah tangga mesti ada masa pasang surutnya. Mereka sudah matang selepas lapan tahun mendirikan rumahtangga.

    Pasti masalah itu akan dapat diselesaikan secara baik. Bukan masalah orang ketiga pun... sebab Che Li tak ada dengar pasal suaminya Zull ada buah hati lain. Jadi pandai-pandailah menanganinya dengan baik. Bulan-bulan Syawal yang mulia ini, kan tak elok kalau dengar pasal masalah rumahtangga.

    Che Li: Apa kata kalau pasangan yang sedang bermasalah itu pergi honeymoon lagi sekali ke tempat yang indah, pasti masalah dapat diselesaikan dengan baik.

    Perkahwinan gilang-gemilang Norman & Memey

    Posted: 28 Sep 2011 09:32 PM PDT

    Memey dan Norman di majlis resepsinya di Kuala Lumpur malam tadi

    Persandingan pasangan perlakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza berlangsung penuh glamor malam ini.

    Majlis tajaan Rafflesia yang dinamakan Rafflesia Pearl Wedding diadakan di Nirwana Ballroom, Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.

    Selamat Pengantin Baru Norman dan memey


    Pasangan yang pernah hangat dengan kisah sensasi sebelum bernikah itu nampak mewah dengan perhiasan dan persalinan tajaan bernilai jutaan ringgit.

    Mempelai masuk ke dewan dengan Memey mengenakan gaun bertatah mutiara Rafflesia bermutu tinggi yang direka khas. Dia juga dihiasi Rafflesia White South Sea Pearls dengan batu Zamrud.

    Memey juga dilengkapi dengan sepatu jenama Jimmy Choo yang juga bertatah mutiara Rafflesia. Sementara Norman mengenakan kot hitam putih rekaan Lords Tailor. Kafling dan butangnya menggunakan mutiara Rafflesia.

    Pada acara memotong kek Memey mengenakan gaun Vera Wang yang dibeli dari agen di Hong Kong. Dresnya ditatah dengan mutiara Rafflesia.

    Majlis bertema New York dalam hitam dan putih itu dimeriahkan oleh barisan artis tanah air yang turut bergaya sakan.

    Miera Leyana, Julia Ziegler, Nurfathia dan Eina menjadi pengapit pengantin wanita manakala Afiq Muiz, Fizz Fairuz dan dua pelakon Indonesia Didi Riyadi dan Samuel Rizal mengiringi Norman.

    Mereka mengenakan suit Lords Tailor. Tetamu dihiburkan oleh Fauziah Latiff, Azhar Osman, Farhan, Deja Moss dan koir pimpinan Khairy Leman.

    Antara artis yang memeriahkan ialah Farahdhiya, Diana Rafar, Syafinaz Selamat, Didie Alias, Iqram Dinzly, Kilafairy dan ramai lagi.

    Remaja dan jurang generasi

    Posted: 28 Sep 2011 09:31 PM PDT


    sejarah membolehkan remaja menghayati dan memahami jerih payah perjuangan orang terdahulu dalam mempejuangkan kemerdekaan negara sehingga mencapai kemajuan seperti hari ini. - Gambar hiasan


    ANTARA perkara yang berbangkit di kalangan remaja kini ialah isu jurang generasi. Jurang generasi bermaksud tidak wujud mata rantai atau kesinambungan antara generasi terdahulu dengan generasi kini.

    Generasi terdahulu berada dalam lingkungan zaman dan persekitaran yang berbeza. Sementara generasi kini berada dalam zaman dan lingkungan yang serba kompleks. Oleh itu berlaku jurang sama ada dalam pengalaman, pengetahuan, pemikiran dan juga persepsi.

    Generasi terdahulu dibangunkan dalam suasana yang susah dan payah. Sebelum kemerdekaan mereka berjuang membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan.

    Selepas merdeka, mereka terpaksa mengurus kemenangan dan kemerdekaan dengan hasil peninggalan penjajah. Perkara asas yang ingin diubah ialah pembangunan prasarana, corak pemikiran dan sikap hidup yang ada pada orang-orang terdahulu.

    Hasil pembangunan pendidikan yang dinamik membolehkan anak-anak mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi.

    Peluang-peluang ke arah kemajuan dan perubahan terbuka luas. Selepas 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan banyak perubahan yang telah berlaku dalam semua bidang kehidupan.

    Ia adalah hasil perjuangan pemikiran dan perancangan generasi sebelum dan selepas merdeka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.

    Sejak sebelum merdeka lagi, sejarah telah merakamkan perjuangan dan pengorbanan orang Melayu dan masyarakat Malaysia berdepan dengan pengaruh komunis dan juga penjajahan Jepun.

    Zaman-zaman ini amat mencabar kerana komunis ingin menjadikan Tanah Melayu sebagai sebahagian daripada Tanah Besar China. Sementara Jepun cuba merubah cara berfikir orang-orang Melayu supaya membina keyakinan Asia untuk orang Asia.

    Sayangnya pada hari ini, sebahagian generasi muda tidak mampu menilai dengan tepat kesan sejarah yang berlangsung sebaliknya cuba membawa perspektif baru dalam sejarah silam.

    Sejarah sifatnya sambung menyambung dan cenderung mengulangi jejak. Mempelajari sejarah silam membolehkan remaja memahami suatu zaman di mana mereka belum lagi lahir. Yang berlaku pada masa lalu boleh berlaku semula pada hari ini, tetapi dalam bentuk yang lain.

    Penjajahan Barat pada masa lalu sudah menjadi sejarah tetapi penjajahan pemikiran akibat globalisasi sedang dihadapi oleh generasi muda. Oleh itu amat penting remaja memahami sejarah silam supaya ia dijadikan sumber teladan memahami masa kini dan memberi unjuran terhadap masa depan.

    Jurang generasi ini boleh dirapatkan sekiranya para remaja mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk belajar dan reflektif terhadap sejarah silam, jika tidak remaja akan menghadapi kekosongan makna dan kekontangan fikir memahami yang silam dan mampu dihubungkan dengan zaman kini.

    Perkara kedua yang menyebabkan berlakunya jurang generasi ialah jurang berfikir. Antara yang menyebabkan jurang berfikir ini berlaku adalah akibat pendidikan yang berjalan tidak mampu memberi kesan penghayatan kepada generasi muda.

    Contohnya, mata pelajaran sejarah yang diajar kepada remaja lebih tertumpu kepada mengingat fakta dan menghafal data untuk keperluan peperiksaan.

    Jika ia diberi orientasi penghayatan, maka jurang dapat dirapatkan. Generasi muda selepas merdeka berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

    Mereka amat terdedah dengan pengaruh semasa yang terdapat di luar negara, sama ada mereka terpesona dengan kehidupan Barat yang lepas bebas ataupun terpaut dengan pelbagai aliran gerakan Islam menyebabkan dua pengaruh ini bertembung.

    Pertembungan ini menyebabkan faham liberal dan materialistik dan suasana berpoya-poya (hedonisme) berkembang.

    Budaya Barat dikagumi dan model Barat dikatakan model maju. Sementara kelompok yang terdedah dengan aliran gerakan Islam dan jemaah menerima tempias pengaruh kelompok tabligh, Ikhwan dan juga Iran. Ia menyebabkan tarbiah yang mereka terima berdepan dengan realiti beragama yang berbeza di Malaysia.

    Apa lagi sesetengah di kalangan mereka terlibat dengan politik kepartian yang sering membawa isu-isu yang melampau tanpa memahami realiti politik Malaysia. Jurang generasi akan menjadi semakin tajam akibat persepsi generasi muda yang tidak lagi berakar kepada faktor tempatan.

    Faktor-faktor Barat cuba diambil dalam memahami realiti masyarakat Malaysia yang berbilang dan banyak juga pendekatan yang keras dan melampau diambil sedangkan dakwah dan gerakan Islam di Malaysia memerlukan pendekatan yang sederhana dan bijaksana.

    Jurang ini boleh diatasi sekiranya komunikasi daripada dua generasi boleh berlaku. Umpamanya generasi terdahulu harus bersedia berkongsi pengalaman dan pemikiran terhadap cabaran dan perjuangan orang yang terdahulu.

    Dalam masa yang sama generasi muda harus menjadi pendengar yang baik dan mampu mengolah situasi zaman ibarat suatu mata rantai kehidupan.

    Sejarah jangan dilupa

    Para remaja tidak boleh mencemuh kekurangan yang ada pada generasi terdahulu kerana jika itu berlaku, generasi akan datang bakal mencemuh kita pula.

    Anggaplah perkongsian pengalaman, sejarah dan kisah sebagai legasi yang amat bernilai untuk dipelajari sekiranya remaja hari ini melupakan sejarah orang yang terdahulu, tidak mustahil generasi akan datang meremehkan sejarah kini yang sedang kita bina.

    Oleh sebab itu dalam tradisi Islam mengkaji kitab lama adalah dituntut. Mengenang ilmuwan dan pejuang-pejuang silam sangat diutamakan.

    Dalam masa yang sama, generasi muda hari ini dituntut merujuk yang silam secara reflektif, bukan nostalgik. Ia bermaksud bagaimana prinsip perjuangan lalu dijadikan asas dan landasan kemudian diolah dengan corak dengan keperluan hari ini.

    Apa pun zaman yang kita lalui perubahan yang bakal terjadi tidak semestinya menolak prinsip-prinsip silam yang baik dan budaya masa lalu yang terbina.

    Jika asas ini dijadikan formula terbaik bagi generasi lama dan generasi terkini, para remaja bakal mendukung asas perubahan dengan mengambil aspek positif dari silam dan masa kini untuk mengolah kemajuan dan perubahan pada masa hadapan.

    Pentingnya sihat semasa haji

    Posted: 28 Sep 2011 09:31 PM PDT

    Semua maklum bahawa perjalanan ke Mekah untuk mengerjakan haji adalah salah satu perkara yang ditunggu oleh semua orang Islam. Ia merupakan kemuncak pengorbanan seseorang hamba terhadap Allah, Maka sudah tentu mempunyai ganjaran dan hikmah yang besar. Tetapi ganjaran itu pasti tidak mampu dicapai jika niat suci itu terhalang oleh beberapa faktor terutama kesihatan.

    Bakal-bakal haji perlu memahami keadaan di Tanah Suci kerana berbeza dengan persekitaran di negara kita. Hawanya berdebu dan kering berbanding dengan keadaan cuaca di Malaysia yang lembap.

    Perbezaan paling ketara adalah perubahan cuaca yang sangat ekstrem antara malam dan siang. Suhu waktu siang adalah lebih 30darjag celsius dan pada waktu malam serendah 18 darjah celsius.

    Suhu sejuk dan keadaan berdebu mendedahkan jemaah kepada jangkitan saluran pernafasan. Sebab itu mereka dinasihat menyemak keadaan suhu di media massa sebelum berangkat ke Tanah Suci.

    Pada musim haji kali ini, ia dijangka bertembung dengan musim panas. Maka bakal jemaah diingatkan jangan berjemur di tengah panas dan perlu minum banyak air serta tidak berpakaian tebal di waktu siang.

    Lagi pula ibadah haji itu sendiri memerlukan kekuatan fizikal untuk melakukan saie, tawaf dan melontar. Jemaah terpaksa berjalan beberapa kilometer untuk menunaikan ibadah-ibadah tersebut selain perlu bermalam di Arafah, Mina dan Mudzalifah dengan kelengkapan tempat tidur dan tandas yang paling asas. Pasa masa sama mereka perlu berjalan untuk ibadah melontar empat hari berturut-turut.

    Jemaah juga terpaksa berulang-alik ke masjid yang jaraknya dengan tempat penginapan adalah antara 50 meter ke 700 meter. Ringkasnya jemaah haji memerlukan kekuatan fizikal sama ada untuk menunaikan ibadah atau urusan peribadi ketika di Tanah Suci.

    Disebabkan bilangan jemaah yang ramai, maka masa untuk melaksanakan sesuatu ibadah itu lebih panjang. Jemaah yang ramai itu juga banyak masalah kesihatan disebabkan virus atau bakteria yang dibawa oleh jemaah negara lain.

    Kepentingan kesihatan

    Lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat akuan doktor merupakan salah satu dari peraturan haji kerajaan Arab Saudi sebelum visa haji diluluskan.

    Pemeriksaan kesihatan yang sempurna bagi melakukan pengesanan awal dan memastikan jemaah yang mengidap penyakit tertentu mendapat rawatan yang sepatutnya sebelum berangkat ke Tanah Suci.

    Pada masa ini, semua bakal jemaah telah lulus pemeriksaan kesihatan. Semua perihal kesihatan telah dicatit di dalam Buku Rekod Rawatan (BRR) yang dibekalkan oleh Lembaga Tabung Haji (LTH).

    Pastikan buku rekod rawatan lengkap diisi oleh doktor dan segala tambahan atau perubahan dos ubat-ubatan dicatatkan.

    Ini penting kerana hanya buku itu yang menjadi penghubung antara doktor di Malaysia dan doktor yang bertugas di tanah suci.

    Jika buku itu tidak mempunyai maklumat lengkap maka doktor yang bertugas di Tanah Suci akan menghadapi kesulitan dalam memberi rawatan terbaik.

    Buku rekod rawatan hendaklah sentiasa berada dalam beg galas jemaah dan sentiasa di bawa bersama-sama di Tanah Suci.

    Jemaah dinasihat membawa bekalan ubat yang mencukupi sepanjang musim haji. Walaupun rombongan perubatan TH turut membawa bekalan ubatan, mungkin ada ubat yang tiada dalam senarai. Bagi bakal jemaah haji yang memerlukan ubat khas dari doktor pakar swasta atau Institut Jantung Negara, ia hendaklah dibawa secukupnya.

    Vaksinasi

    Vaksinasi boleh membantu menyediakan ketahanan badan terhadap penyakit. Untuk bakal jemaah, vaksinasi yang diwajibkan adalah vaksinasi meningococcal.

    Ia untuk ketahanan badan terhadap jangkitan selaput otak. Vaksinasi pilihan yang digalakkan adalah untuk influenza dan pneumococcal untuk ketahanan badan terhadap jangkitan paru-paru.

    Vaksinasi wajib

    Pada musim haji 1987 (1407 Hijrah), musim haji 2000 dan 2001, wabak penyakit meningitis berlaku di Tanah Suci. Berikutan itu, kerajaan Arab Saudi mewajibkan vaksinasi meninggococcal (suntikan vaksin Quadrivalent meningokokus ACWY-135) kepada semua jemaah sebelum berangkat ke Tanah Suci.

    Tanpa suntikan itu, pihak Arab Saudi tidak membenarkan jemaah haji masuk ke Tanah Suci. Vaksinasi ini akan beri perlindungan ketahanan imuniti selama dua hingga tiga tahun.

    Vaksinasi pilihan

    Vaksinasi juga boleh membantu menyediakan ketahanan terhadap kuman yang menyebabkan radang paru-paru. Vaksinasi pilihan yang disyorkan adalah suntikan influenza (selesema bermusim) dan suntikan pneumococcal.

    Kedua-dua suntikan itu adalah pilihan yang boleh didapati di klinik-klinik swasta. Ia bagi memberi perlindungan imuniti untuk tempoh setahun.

    Mereka yang digalakkan mendapat vaksinasi pilihan adalah:

    l Jemaah yang berumur 65 tahun ke atas.

    l Pesakit yang mengidap penyakit kronik seperti sakit buah pinggang, diabetes dan sakit paru-paru.

    l Pesakit yang mempunyai ketahanan badan yang rendah.

    Vaksinasi yang diambil juga mesti dicatit dalam buku rekod rawatan kerana tanpa vaksinasi wajib iaitu vaksinasi meningococcal, jemaah tidak dibenarkan masuk ke tanah suci.

    Penyakit sering dihidapi

    Oleh kerana perubahan suasana, suhu dan aktiviti di Tanah Suci seperti hawa yang panas dan berdebu, kesesakan tempat tinggal dan tempat ibadat dan keletihan badan, maka jemaah sering menghidap penyakit ringan seperti:

    l Batuk dan demam selsema. Pada kebiasaannya hampir 90 peratus dari jemaah haji menghidap batuk. Mereka perlulah mendapat rehat yang cukup. Banyakkan minum air, tiha ke empat liter sehari terutama selepas menggunakan tenaga berlebihan dan penting bagi mereka mendapatkan rawatan awal dari klinik sebelum keadaan bertambah teruk.

    l Pecah-pecah kulit, tumit dan bibir (khususnya di Madinah). Cara mengatasinya adalah dengan menyapu krim pelembap sejurus berada di Tanah Suci untuk mengelakkan kulit dan bibir pecah. Keadaan cuaca yang kering menyebabkan kulit, bibir dan tumit pecah. Kurangkan penggunaan sabun mandi untuk mengelakkan kekeringan kulit dan jangan berjalan tanpa alas kaki. Lain-lain penyakit ringan adalah sakit kerongkong, hidung berdarah, sembelit dan cirit-birit.

    Memahami asnaf fisabilillah

    Posted: 28 Sep 2011 09:30 PM PDT


    Penuntut bidang perubatan turut layak mendapat zakat asnaf fisabilillah kerana kepentingannya kepada umat. - Gambar hiasan


    Surah at-Taubah ayat 60 adalah ayat yang paling jelas menyebut asnaf fisabilillah sebagai satu daripada asnaf zakat. Banyak lagi ayat lain yang menyentuh mengenai fisabilillah ini.

    Contohnya di dalam surah as-Saff, ayat 10-11 telah menunjukkan bahawa fisabilillah adalah satu perkara yang penting dalam konsep menginfaqkan harta.

    Pada zaman nabi dan zaman sahabat, definisi fisabililliah ini lebih terarah dalam kategori membela agama Allah dengan cara berperang.

    Sebab itu ada ayat al-Quran yang mana Allah menyebut orang yang sibuk berjuang dalam perjuangan fisabilillah ini sehingga mereka jatuh fakir tapi mereka segan memohon bantuan dan kita mengenali mereka dengan melihat keadaan mereka, maka itulah golongan yang paling layak untuk mendapat bantuan zakat (rujuk al-Baqarah: 273)

    Zaman berubah, kini fisabilillah lebih meluas definisinya dan ia bersangkut paut dengan usaha untuk membela agama Allah dengan apa cara sekalipun.

    Justeru, apa sahaja pekerjaan atau usaha untuk membela agama Allah, misalnya mengembangkan agama Allah, mempertahankan agama Allah, mempromosikan syariat dan syiar Islam dan membela nasib umat Islam itu juga dikategorikan sebagai fisabilillah.

    Maka, mengikut perbincangan ulama, jika seseorang itu mewakafkan dirinya kepada bidang ilmu maka dia layak dibantu dengan dana asnaf fisabilillah sebab dia tidak sempat untuk mencari rezeki. Atas sebab itulah, mereka dibantu.

    Namun, mungkin ada orang terfikir, kenapakah institusi zakat seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) menaja ramai pelajar dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan sebagainya lagi dengan dana zakat. Kenapa tidak difokuskan hanya kepada para penuntut aliran agama sahaja?

    Jawapan mudah, dana zakat atas nama fisabilillah ini perlu dimanfaatkan demi maslahah ammah jangka panjang. LZS perlu menaja pelajar dalam pelbagai bidang, kerana bidang-bidang ini adalah perlu kepada umat Islam.

    Contohnya bidang perubatan dapat melahirkan ramai doktor perubatan muslim. Bidang ini adalah suatu keperluan bahkan boleh menjadi fardu kifayah. Atas dasar itulah zakat dimanfaatkan di sini, dengan matlamat akhir mereka yang ditaja ini kelak dapat berperanan meninggikan agama Islam dan memberi faedah kepada umat Islam.

    Persoalan lain yang timbul, kenapakah berlakunya pengembangan dalam memahami skop asnaf fisabilillah ini? Yakni, kenapa berbeza zaman dahulu dan hari ini?

    Oleh itu, apa yang perlu difahami, corak kehidupan pada hari ini adalah berbeza dengan zaman dahulu, khususnya sewaktu khilafah Islamiah masih berfungsi.

    Ini kerana, pada zaman pemerintah Islam dahulu, fokus dalam mengembangkan Islam ke seluruh pelosok dunia adalah terletak di bahu pemerintah.

    Maka, pemerintah Islam akan menggunakan dana Baitul Mal (yang zakat termasuk di dalamnya), bukan sekadar menyantuni keperluan individu, bahkan untuk melestarikan Islam menerusi pengembangan ilmu dan juga perluasan wilayah. Sebab itulah, pada waktu itu fokus fisabilillah lebih kepada peperangan.

    Hari ini, peperangan bagi meluaskan wilayah Islam tidak lagi menjadi keutamaan. Hanya ada beberapa buah negara umat Islam sahaja yang dilanda peperangan dan itu pun lebih bersifat defensif, seperti Palestin misalnya.

    Maka bagi negara yang aman seperti Malaysia, definisi dan skop asnaf ini perlu dikembangkan supaya manfaatnya dapat dilebarkan demi kelangsungan ummah.

    Seperkara lagi yang perlu difahami, asnaf fisabilillah ini berbeza kerana tujuannya adalah untuk meninggikan syiar Islam dan syariat-Nya. Lagi pun, natijah akhirnya mampu membawa seluruh manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    Jika dibandingkan dengan asnaf-asnaf yang lain; fakir dan miskin misalnya, mereka dibantu atas dasar keperluan hidup dan supaya mereka dapat melepaskan diri daripada belenggu kepayahan.

    Sebagai contoh, berbalik kepada seorang pelajar perubatan yang menyambung ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang neurologi (kaji saraf) dan dibiaya dengan wang zakat, maka ia adalah melihat kepada keperluan untuk wujudnya seorang pakar dalam kaji saraf kepada umat Islam.

    Dana fisabilillah digunakan untuk menaja pelajar berkenaan supaya dia boleh berbakti kepada agama. Manfaat fisabillillah ini lebih kepada umum, ia tidak kepada individu.

    Begitu juga apabila asnaf fisabilillah ini digunakan antara lain untuk tujuan pembangunan agama, misalnya untuk pembinaan masjid dan surau, sekolah agama, membaiki keperluan sekolah, membina perpustakaan dan apa-apa sahaja yang wajar. Ia juga adalah untuk maslahah ammah, yakni kepentingan ramai.

    Hari ini, zakat atas nama fisabilillah turut menyediakan geran yang besar kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membolehkan mereka melaksanakan kerja dan usaha dakwah secara lebih berkesan.

    Misalnya Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan banyak lagi NGO Islam mendapat bantuan zakat sehingga membolehkan mereka lebih luwes merencanakan agenda perubahan ummah.

    Hakikatnya, dana fisabilillah amat bermanfaat demi ummah. Pemahaman terhadap isu ini dapat meredakan salah faham sesetengah pihak, bahawa dana fisabilillah ini hanya terbatas dalam skop tertentu sahaja, kerana kelak ia lebih merugikan ummah. Wallahu a'lam.

    TH tingkat khidmat haji

    Posted: 28 Sep 2011 09:29 PM PDT


    Syed Salleh Syed Abdul Rahman mengucap selamat jalan kepada para petugas Tabung Haji di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.


    MENGURUS bilangan manusia yang mencecah 28,000 orang bukan mudah. Lebih-lebih lagi bakal-bakal haji yang datang dari seluruh pelosok negara mempunyai pelbagai latar belakang. Seperti kata pepatah Melayu banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

    Tetapi melalui pengurusan yang cekap dan perancangan yang rapi, Tabung Haji (TH) yang ditubuhkan pada 1969 bagi menguruskan jemaah haji dari negara ini telah membuktikan keupayaan mereka memastikan kelancaran rakyat Malaysia mengerjakan rukun Islam kelima itu di Tanah Suci.

    Bukan itu sahaja, operasi TH di Mekah dan Madinah juga mendapat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi. Hingga model pengurusan haji Malaysia dijadikan contoh oleh beberapa negara Islam lain.

    Melalui pengurusan haji yang sempurna dan sistematik, jemaah haji boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada pelaksanaan ibadat tanpa perlu memikirkan hal seperti tempat tinggal, makan, pengangkutan dan sebagainya.

    Keselesaan itu diharap membolehkan jemaah memperoleh haji mabrur. Ia sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Haji Mabrur itu tiada ganjarannya kecuali syurga. (riwayat Bukhari dan Muslim).

    Sehubungan itu, TH sentiasa berusaha mempertingkat kemampuan dan kemudahan baik di tanah air mahu pun di Mekah dan Madinah.

    Matlamatnya, memastikan segala urusan berkaitan haji, bermula daripada ketibaan sehinggalah kepulangan ke tanah air berjalan lancar.

    Pengurus Besar Kanan (Haji) TH, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya sentiasa menawarkan khidmat yang terbaik dan berusaha meningkatkan prasarana untuk memudahkan jemaah.

    Sebab itu ia bermula daripada perkara asas melalui penganjuran kursus dan kelas persediaan untuk menambah kefahaman dan keyakinan bakal haji.

    Pada masa sama, katanya, TH menghantar 800 petugas ke beberapa lokasi untuk membantu melancarkan perjalanan jemaah.

    Menurut beliau, para petugas yang ditempatkan di Jeddah, Madinah dan Mekah itu terdiri daripada kumpulan pembimbing ibadah haji, perubatan, teknologi maklumat (IT) dan pengangkutan.

    "Daripada jumlah itu, 70 peratus adalah petugas berpengalaman dan 30 peratus lagi petugas baru.

    "Kita berharap perjalanan jemaah haji akan lebih teratur dan sistematik dengan adanya khidmat petugas ini.

    "Selain itu terdapat petugas yang ditempatkan bersama-sama setiap kumpulan jemaah haji untuk dijadikan rujukan atau dihubungi apabila berlaku kecemasan," katanya.

    Beliau ditemui pada pelepasan kedua petugas TH ke Mekah di Kompleks TH Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.

    Pada hari itu, seramai 80 orang yang terdiri daripada petugas Kementerian Kesihatan, guru agama, kaunselor dan Jabatan Pendaftaran Negara berlepas ke Mekah.

    Kumpulan media pula berlepas pada 24 September lalu. Kumpulan petugas pertama berlepas pada 21 September dengan membabitkan 45 petugas unit IT.

    Syed Saleh memberitahu, pada tahun ini, TH dengan kerjasama kerajaan Arab Saudi membuat penambahbaikan sistem perhubungan petugas dan jemaah haji menerusi perkhidmatan laman web.

    "Menerusi sistem ini, segala urusan dan komunikasi semasa kecemasan antara jemaah dan petugas lebih mudah dan cepat tidak kira di mana mereka berada," jelasnya.

    Daripada 800 petugas, 250 adalah petugas perubatan di mana 30 adalah doktor pakar dan 19 lagi doktor.

    Bukan itu sahaja, kemudahan penginapan jemaah haji turut ditingkatkan. Mereka ditempatkan di hotel yang lebih luas selain mempunyai kelengkapan perhubungan, kaunter pengeluaran wang dan kafeteria yang baik.

    Dalam pada itu Syed Saleh berkata, TH sentiasa menjaga kebajikan dan meningkatkan mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi menjamin keselesaan para jemaah haji.

    Katanya, antara usaha itu adalah melancarkan tiga lagi kompleks TH untuk memudah dan menyempurnakan urusan jemaah haji iaitu di Sepang, Terengganu dan Alor Setar.

    "Kompleks itu akan beroperasi setiap masa bukan sahaja untuk kegunaan haji. Ia juga boleh dijadikan hotel selain mempunyai dewan orang ramai," katanya.

    Bagi membantu jemaah haji yang uzur dan mempunyai masalah kesihatan, Syed Saleh berkata, TH menempatkan mereka di kawasan khusus.

    "Diharap dengan segala kemudahan dan kelengkapan yang disediakan ini dapat menanamkan rasa cinta untuk menunaikan ibadah haji dengan sepenuh keyakinan.

    "Seterusnya memperoleh haji mabrur tidak kira umur dan masalah yang dihadapi bakal haji," katanya.

    Jangan malu guna Bilik Berkat

    Posted: 28 Sep 2011 09:28 PM PDT


    Nor Hisham Abdullah dan isteri, Noor Hayati Baharom menyemak Buku Panduan Haji semasa mengemas pakaian sebelum berlepas ke Tanah Suci, Selasa ini.


    Di Tanah Suci, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Kisah perselisihan faham antara suami isteri juga acapkali kita dengar walaupun pasangan tersebut hidup rukun damai di Malaysia.

    Antara sebabnya, masalah komunikasi antara suami isteri terutama bagi yang mengikut muassasah. Hal ini bukan sahaja melibatkan soal suami 'tertinggal' isteri semasa mahu ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi tetapi juga melibatkan hubungan intim suami isteri.

    Eksekutif Bimbingan, Tabung Haji Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS), Abdul Rahman Hamzah berkata, kes bermasam muka akibat ketiadaan hubungan intim suami isteri ini memang berlaku walaupun ramai yang malu bercakap mengenainya.

    Katanya, berdasarkan pengalaman mengurus jemaah haji, ada suami yang jadi pemarah atau terganggu emosinya disebabkan masalah ini.

    "Sebab itu, jemaah haji jangan malu berjumpa petugas Tabung Haji (TH) untuk menggunakan Bilik Berkat yang disediakan di hotel-hotel di Mekah.

    "Tujuan disediakan bilik tersebut bagi membolehkan suami bersama dengan isteri sebelum bergerak ke Arafah.

    "Ini penting supaya mereka bergerak ke Arafah dengan suasana ceria dan emosi yang stabil agar dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna," katanya kepada Mega, baru-baru ini.

    Abdul Rahman, 31, berpengalaman membimbing jemaah haji sejak tahun 2001 dan pernah bertugas dengan Darus Salam Holding di Brunei selama enam tahun iaitu sehingga tahun 2006.

    Selepas menyertai THTS pada tahun 2007, lulusan Universiti Umm al-Qura', Mekah itu dilantik sebagai Penolong Timbalan Pengurus Maktab Haji di Mekah sehingga tahun 2008.

    Seterusnya dilantik sebagai Timbalan Pengurus Maktab Haji di Mekah mulai tahun 2009 hingga sekarang.

    Abdul Rahman juga menasihati jemaah haji agar tidak mensia-siakan waktu mustajab berdoa iaitu 30 minit sebelum terbenam matahari pada 10 Zulhijjah semasa berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

    Sebabnya, kata beliau, pada waktu itu gangguan syaitan amat hebat sehingga ramai jemaah 'disibukkan' dengan hal-hal lain.

    "Ketika ini, jemaah berada dalam ihram tetapi masa ini jugalah ada jemaah yang sibuk nak mengambil makanan, ais krim dan sebagainya," jelas beliau.

    Pada masa yang sama, Abdul Rahman mengingatkan jemaah yang menaiki penerbangan akhir ke Mekah supaya tidak berusaha mencukupkan umrah sunat tujuh kali dalam masa lima hari.

    "Dikhuatiri perbuatan ini boleh menjejaskan kesihatan jemaah kerana mereka masih belum ke Arafah untuk wuquf dan melontar di Mina.

    "Kalau hendak buat, boleh tetapi selepas selesaikan haji dulu," jelas beliau.

    Oleh kerana kewajipan menunaikan haji itu barangkali sekali seumur hidup, elok juga jemaah mempersiapkan diri dengan doa-doa untuk dibawa ke Tanah Suci.

    Abdul Rahman menyarankan agar doa itu ditulis sejak di tanah air dan anak-anak boleh membantu ibu bapa masing-masing dalam hal itu.

    "Demikian juga, pastikan kita membawa sejadah, tasbih dan kasut sebagai persediaan di Mina semasa berada di Arafah untuk mengelak pecah pada tumit dan tapak kaki," katanya.

    Seperti yang kita maklum, Tanah Suci adalah tempat mustajabnya doa dan juga tempat di mana pembalasan Allah itu boleh berlaku serta-merta, maka perlulah jemaah haji menjaga tingkah laku dan tutur kata agar tidak menyakiti orang lain.

    "Berhati-hati dalam bercakap dan tengok apa yang berlaku tetapi jangan suka bagi ulasan," tambah beliau.

    Shardatul perkenal kain kendong bayi

    Posted: 28 Sep 2011 09:27 PM PDT


    Shardatul Adila Abdul Hamid menunjukkan cara memakai kendong kain.


    Menggendong bayi menggunakan kain batik yang diselempangkan pada bahu merupakan amalan biasa di kalangan ibu atau nenek kita suatu masa dahulu.

    Sambil si ibu 'ligat' membereskan kerja-kerja rumah si kecil pula lena dalam kendongan. Ia secara tidak langsung sebenarnya turut mewujudkan ikatan akrab antara ibu dan anak.

    Seiring peredaran masa, amalan tradisional mengendong bayi dengan kain batik sedikit demi sedikit semakin dilupakan sehinggalah akhir-akhir ini apabila muncul semula pelbagai alat menggendong bayi yang diberi sentuhan moden.

    Shardatul Adila Abdul Hamid, adalah antara ibu moden yang gemar menggunakan kain untuk mengendong anak-anak sambil membuat kerja.

    Bagi ibu kepada tiga cahaya mata itu, kain kendong bukan sahaja memudahkan pergerakan malah ia senang untuk dikendalikan dan mudah untuk disimpan.

    Lebih menaik kain kendong yang digunakan dibuat sendiri oleh Shardatul.

    "Saya terfikir untuk menjahit sendiri kain kendong anak-anak saya ialah apabila alat mengendong bayi yang dibeli di pasaran sebelum ini tidak sesuai dengan saya mahupun anak-anak saya.

    "Ia bukan sahaja menjadikan bahu saya lenguh dan sakit tetapi anak-anak saya pun tidak mahu duduk di dalamnya.

    "Daripada situ saya mula melayari Internet dan terjumpa dengan bahan bacaan mengenai alat kendong bayi daripada kain.

    "Berpandukan pada bahan bacaan tersebut akhirnya saya reka dan jahit sendiri," katanya sambil menunjukkan kain kendong ciptaannya.

    Tambahnya lagi, kain mengendong bayi yang dihasilkannya telah diberi nafas baru dan mengikut kesesuaian ibu-ibu pada hari ini.

    Tali pengendong yang dihasilkan boleh dilaras mengikut kesesuaian individu yang menggunakannya manakala gegelang yang digunakan dibuat daripada bahan berkualiti dan tidak mudah patah.

    Lebih istimewa fabrik yang digunakan pula 100 peratus kain kapas bagi mengelakkan alahan pada bayi selain ia tahan lasak dan sejuk apabila digunakan.

    "Kebanyakan bahan yang saya gunakan merupakan barangan tempatan kecuali gegelang dan kancing yang saya import dari luar negara," kata wanita kelahiran Sungai Rokam, Ipoh, Perak itu.

    Bermula untuk kegunaan sendiri, kini Shardatul berkongsi produk inovasinya bersama orang ramai melalui kedai Internet yang ditubuhkannya, Big Eyes Shop.

    "Di Big Eyes Shop saya beri pilihan kepada pengguna untuk memilih jenis kain mengendong bayi yang bersesuaian untuk mereka seperti ring sling, mei tai atau pouch sling untuk membawa bayi yang baru lahir.

    "Kesemua kain mengendong bayi ini boleh digunakan di bahagian belakang atau hadapan mengikut keselesaan masing-masing.

    "Setiap jenis kain mengendong bayi ini mempunyai cara pemakaian masing-masing tetapi jangan susah hati kerana saya turut menyertakan cara-cara pemakaiannya," katanya.

    Big Eyes Shop merupakan salah satu kedai online yang turut menawarkan pelbagai barangan bayi yang lain antaranya pelapik menyusukan bayi, beg kanak-kanak, pin rambut kanak-kanak dan sebagainya.

    Jelas Shardatul, sejak beroperasi Oktober 2008, produk yang dihasilkannya sendiri itu semakin mendapat tempahan dan sehingga hari ini ia semakin berkembang maju.

    "Alhamdulillah, produk Big Eye Shop semakin dikenali dan barangan yang ditawarkan di sini sudah pastinya berkualiti.

    "Ia merupakan produk buatan tangan yang saya hasilkan sendiri dan sudah tentunya saya inginkan yang terbaik buat pelanggan," tambahnya lagi.

    Hari ini, Big Eyes Shop bukan sahaja menawarkan pelbagai barangan keperluan bayi kepada orang ramai tetapi ia turut menjadi pengedar kepada beberapa buah butik bayi di sekitar Petaling Jaya, Alor Setar dan Pahang.

    Orang ramai yang berminat untuk melihat barangan yang dipasarkan di Big Eyes Shop ini, boleh layari bigeyesshop.blogspot.com.

    Drypers bangunkan pusat kreatif

    Posted: 28 Sep 2011 09:26 PM PDT


    Kumpulan kanak-kanak ini menunjukkan pelbagai lukisan yang dihasilkan oleh pelajar berbakat NASOM.


    Pelbagai usaha diambil bagi memastikan kanak-kanak bermasalah termasuk austime memperoleh pendidikan yang dapat memenuhi keperluan mereka.

    Biarpun dilahirkan dalam keadaan yang kurang sempurna, golongan ini juga berhak untuk mengecapi kehidupan sempurna seperti kanak-kanak normal lain.

    Menyedari tanggungjawab sosial itu, Drypers, jenama lampin pakai buang utama mengambil inisiatif untuk membantu membangunkan Pusat Kreatif Kanak-kanak Autisme bagi tujuan pembangunan minda golongan tersebut.

    Usaha tersebut hasil kerjasama jangka panjang dengan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) yang bertujuan mewujudkan persekitaran yang lebih baik bagi kanak-kanak tersebut.

    Pengurus Pemasaran Kanan SCA Hygine Marketing, Evelyn Chan berkata, melalui kerjasama tersebut Drypers akan bertindak mengumpul dana bagi melengkapkan pusat kreatif berkenaan yang dikendalikan oleh NASOM.

    Katanya, melalui dana itu nanti pusat tersebut bakal dilengkapi dengan pelbagai aktiviti merangkumi seni dan kraf tangan, muzik, terapi, drama dan sebagainya.

    "Dengan cara ini diharap selepas ini kanak-kanak tersebut dalam mengenal pasti minat dan membangunkan kemahiran masing-masing.

    "Selain itu pusat ini juga akan menjadi satu lagi platform pendidikan dan komunikasi bagi membolehkan ibu bapa berhubung dan memahami anak-anak mereka," katanya pada majlis mengumumkan kerjasama Drypers dan NASOM di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Hadir sama Pengerusi NASOM, Teh Beng Choon.

    Sebagai sebahagian daripada kolaborasi tersebut, pelbagai acara telah dirancang termasuk pungutan derma sempena Bengkel Jelajah Seni dan Kraf Tangan Keluarga pada November ini.

    Selain itu turut diadakan ceramah pendidikan bertajuk Penglibatan Keluarga Dalam Kehidupan Kanak-Kanak Autisme, acara Walkathon sempena Hari Autisme Sedunia dan konsert kanak-kanak NASOM.

    Kesemua acara tersebut dijadual berlangsung pada tahun depan.

    Rahmat di sebalik bencana

    Posted: 28 Sep 2011 09:24 PM PDT


    AYA menyiapkan salah seorang anaknya, Noa yang kurang upaya di kediaman mereka di Fukushima, Jepun.


    Sebelum kedatangan 11 Mac 2011, iaitu sebelum berlakunya bencana tsunami dan gempa bumi di Fukushima, Jepun, Aya hidup dalam keadaan penuh derita.

    Dia diceraikan oleh suaminya yang merupakan seorang kaki pukul dan meninggalkannya bersama dua anak yang masih kecil.

    Dalam kehidupan berumah tangga, Aya sering dipukul oleh suaminya walaupun berpunca daripada hal-hal yang remeh.

    Kini selepas enam bulan berlalu, ibu tunggal berusia 26 tahun itu meneruskan hidup bersama dua cahaya mata yang masih kecil tanpa belaian seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya.

    Dia sekarang menetap di sebuah rumah yang terletak sembilan kilometer dari kawasan berbahaya iaitu tempat berlakunya letupan loji nuklear kesan daripada tsunami dan gempa bumi yang melanda wilayah itu.

    Biarpun hidup di kawasan yang udaranya dicemari radiasi nuklear, hati Aya lebih tenang dan gembira kerana tidak lagi dipukul dan ditendang oleh suami.

    "Biarpun tinggal bersendirian dan dalam kesusahan kerana tidak mempunyai pekerjaan, tetapi hati saya tenang dan bahagia kerana bebas daripada gangguan suami yang sering menzalimi saya dan anak-anak,'' ujarnya yang enggan memberitahu nama sebenar bagi mengelak dikesan suaminya.

    Tetapi tsunami dan gempa bumi yang berlaki bagaikan memberi rahmat kepada Aya apabila dia memperoleh semula kehidupannya yang bebas dan tanpa di selubungi rasa takut.

    Dalam malapetaka yang melanda Fukushima pada 11 Mac itu, lebih 20,000 orang hilang atau meninggal dunia.

    Kejadian itu umpama sudah jatuh ditimpa tangga kerana sejak awal lagi kebanyakan penduduk di kawasan tersebut hidup dalam kemiskinan dan malapetaka yang berlaku telah memburukkan lagi keadaan hidup mereka.

    Dalam kejadian itu Aya dan dua anaknya yang masih kecil terselamat meskipun kediaman mereka musnah dihanyut tsunami.

    Mereka tiga beranak kemudian dipindahkan ke pusat penempatan sementara di sebuah gimnasium.

    Beberapa hari kemudian mereka terpaksa dipindahkan ke kawasan baru di luar Fukushima kerana anak sulungnya, Noa yang berusia empat tahun mengalami sakit tulang belakang dan memerlukan rawatan perubatan.

    Di kawasan baru kehidupan agak perit kerana kekurangan kemudahan termasuk sekolah untuk anak keduanya Kurea, yang berusia enam tahun.

    Dalam keadaan hidup tidak menentu, buat seketika Aya mengambil keputusan untuk kembali kepada suaminya yang ditemui semula di tempat penempatan mangsa bencana.

    Aya mengharapkan lelaki tersebut telah berubah dan menjadi lebih bertanggungjawab. Sangkaan tersebut meleset kerana suaminya kembali dengan tabiat lama yang suka mendera.

    Malah dalam tempoh itu Aya menjadi sasaran sepak terajang suaminya.

    Keperitan hidup berumah tangga membuatkan Aya nekad untuk meninggalkan semula suaminya dan kembali ke Fukushima biarpun wilayah tersebut masih diancam radiasi.

    "Biarpun bahaya mengancam diri kerana berdekatan dengan kawasan radiasi namun saya gembira dengan kehidupan tanpa suami,'' ujarnya yang kembali menetap di Fukushima

    Di wilayah itu, Aya tinggal di sebuah pangsapuri sederhana yang turut menempatkan beberapa lagi mangsa bencana yang terselamat.

    Ketika ini Aya tidak bekerja secara tetap kerana terlalu sukar mencari pekerjaan dalam keadaan yang masih kucar kacir.

    Bagaimanapun dia tetap berusaha dengan melakukan apa saja pekerjaan sambilan yang mampu memberi pendapatan untuk demi mencari sesuap nasi untuk dirinya dan anak-anak.

    "Selepas bencana banyak perniagaan musnah menyebabkan sukar untuk mencari pekerjaan.

    "Saya terpaksa melakukan apa saja yang boleh mendatangkan wang bagi memberi makan anak-anak dan membayar rawatan perubatan anak sulong saya,'' ujarnya yang pernah bekerja sebagai agen insurans.

    Seperti mangsa bencana yang lain, Aya turut menyalahkan kerajaan kerana tidak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap mangsa bencana alam di Fukushima.

    Baginya, kerajaan harus bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku dan mengambil nasib rakyat yang dalam kesusahan.

    Biarpun apa terjadi, dia mengharapkan ada pihak yang lebih bertanggungjawab melihat keperitan yang di alami selain dapat membantu dirinya bersama mangsa-mangsa lain supaya mendapat kehidupan yang lebih terurus.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Categories