RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


FOUZIAH GOUS NIKAH 21 SEPTEMBER 2013

Posted: 13 Sep 2013 05:26 AM PDT


Teka teki terjawab jua apabila Fouziah Gous hari ini mengumumkan dia dan tunangnya Zhafran Dato` Yusof, 30, akan bernikah pada Sabtu, 21 September 2013. Ia diumumkan dalam satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pernikahan serta persandingannya petang tadi.

"Majlis akad nikah akan diadakan di Dewan Tengku Ampuan Jemaah, Masjid Bukit Jelutong pada sebelah malam selepas Isyak. Majlis akad nikah itu juga akan diserikan dengan tema Pakistan dan warna putih.


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

6 GAMBAR - BLACK MENTOR NIKAH SEKALI LAFAZ

Posted: 12 Sep 2013 10:59 PM PDT


Akhirnya penyanyi Black Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black Mentor selamat menikahi Naquia Yasirah Mohd. Khairi, 28, dengan hanya sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka telah diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan, Kuala Lumpur sebelum sembahyang Jumaat hari ini.

Untuk info, akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Mohd Khairi Abu Hassan, 55. Selain itu, ia turut disaksikan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara, Selangor iaitu Mohammad Syukri Yaacob.


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

MUHAMMAD - NAMA ANAK FARID KAMIL & DIANA DANIELLE

Posted: 12 Sep 2013 08:10 PM PDT


"Nama anak saya Muhammad, mudah dan senang tapi kami panggil dia Sayang sahaja. Sebenarnya nama itu dipilih oleh nenek dia dan kami juga bersetuju dengan nama itu," demikian ujar Diana Danielle mengenai persoalan nama anaknya. Meskipun pendek, namun ia adalah nama Nabi.

Ditanya lebih lanjut mengenai hubungannya dengan ibunya sendiri yang didakwa bermasalah, Diana enggan memberikan sebarang komen mengenainya.


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BUKAN ROKOK, TAPI GULA-GULA - RAJA AZMI

Posted: 12 Sep 2013 04:04 PM PDT


Ha ha apa punya gurau la Raja Azmi dengan cucunya hingga heboh satu alam maya mendakwa sicucu diberi rokok. Namun menurut Raza Azmi, ia bukan rokok tetapi hanya gula-gula... "takkanlah saya bodoh nak bagi cucu saya berumur 8 bulan ni hisap rokok?" ujarnya.

Memanglah gula-gula, tapi gambar kadangkala boleh menimbulkan fitnah. Tak gitu?

Klik untuk imej besar...


2 PHOTO - LAIN DULU, LAIN SEKARANG

Posted: 12 Sep 2013 03:33 PM PDT


Memang malang apabila siartis ni dahulu mengaku mendapat hidayah Allah tapi kini sudah mula membuka tudungnya. Namun begitu, tiada yang pelik dalam dunia ini kerana Allah boleh mencabut hidayah dari seorang muslim yang tinggi hati lalu memberikannya kepada seorang kafir.

Ini kerana, dalam dunia serba moden yang banyak godaan, apa-apapun boleh berlaku.  Yang baik mungkin boleh berubah sekelip mata. Bak kata pepatah, bagai belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk.

DAHULU:


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories