RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Tawar organ RM1 juta!

Posted: 15 Jun 2011 08:12 PM PDT

MAHU JUAL ORGAN...Fatimah mengadu nasib kepada wartawan.
MAHU JUAL ORGAN...Fatimah mengadu nasib kepada wartawan.

JOHOR BAHRU: "Ini ikhtiar akhir, saya mahu jual buah pinggang atau mata pada harga RM1 juta untuk melunaskan hutang along," demikian luah ibu kepada dua anak berusia 35 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah di sini, semalam.

Suami Fatimah dikenali sebagai Ahmad, 39, terpaksa menanggung kadar bunga mencecah RM54,000 sejak September lalu melalui pinjaman RM30,000 untuk memulakan perniagaan, sudah tidak tahan lagi diganggu lelaki tidak dikenali yang sering datang ke kediamannya di Larkin di sini, bagi menuntut hutang terbabit.

Fatimah yang tidak bekerja berkata, dia sedar perbuatan menjual organ tubuh salah di sisi undang-undang, tetapi beranggapan ia jalan terakhir mampu dilakukannya bagi melunaskan hutang secepat mungkin.

"Saya melakukannya kerana tidak sanggup melarikan diri daripada buruan along selain kasihan dengan ibu yang sering menjadi mangsa maki-hamun lelaki tidak dikenali.


"Harga diletakkan pula memang tinggi kerana saya beranggapan selepas menjual organ, saya mungkin berdepan masalah kesihatan dan wang itu akan digunakan untuk membiayai kos sepanjang hayat," katanya.

Pakatan bapa serang zuriat

Posted: 15 Jun 2011 08:09 PM PDT

AMPANG: Seorang lelaki berusia lewat 20-an bukan saja dibelasah dua adik lelakinya dengan topi keledar, malah turut ditikam seorang daripada mereka di pinggang menggunakan pemutar skru dalam kejadian di rumahnya di Tasik Permai, di sini, kelmarin.

Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila bapa kandungnya berusia lewat 50-an yang turut menyerangnya bertindak lebih kejam dengan menyimbah cecair dipercayai asid ke muka dan badan mangsa kerana tidak puas hati dengannya selepas mereka berdepan masalah keluarga dan kewangan.


Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Ampang (HA) sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan kritikal.

Menurut sumber, dua adik lelaki dan bapa mangsa melarikan diri selepas kejadian itu menyebabkan isteri mangsa meminta bantuan jiran.


Mangsa baru pulang dari tempat kerja sebelum didatangi bapa dan dua adik lelaki di rumahnya sebelum mereka memarahi mangsa dipercayai akibat tidak puas hati berhubung masalah keluarga dan kewangan.


"Mangsa yang kepenatan naik angin dengan tindakan bapa dan adiknya menyebabkan berlaku pertengkaran antara empat beranak itu.

"Isteri mangsa, seorang suri rumah cuba meredakan pertengkaran itu, namun tidak berhasil apabila wanita itu dimarahi bapa mentuanya," katanya.


Menurutnya, pertengkaran hampir setengah jam itu menjadi semakin kecoh apabila mangsa dibelasah seorang daripada adiknya menggunakan topi keledar.

"Mangsa cuba mempertahankan diri menyebabkan berlaku pergaduhan. Sejurus kemudian, seorang lagi adik mangsa menyerang mangsa dengan menikam pinggang dan paha kanan abangnya menggunakan pemutar skru.


"Akibat serangan itu, mangsa rebah dan tidak berdaya melawan. Adik mangsa yang memegang topi keledar itu memukul kepalanya menyebabkan mangsa pengsan," katanya.


Melihat keadaan mangsa yang pengsan, bapanya bertindak lebih kejam apabila menyimbah sejenis cecair dipercayai asid ke badan dan muka mangsa.


Difahamkan, isteri mangsa mulanya tergamam dengan tindakan itu sebelum menghampiri suaminya dan menjerit meminta bantuan.


Sumber itu berkata, bimbang perbuatan mereka dilihat jiran, ketiga-tiga suspek melarikan diri sebelum seorang jiran tiba dan menghubungi polis.


Beberapa minit kemudian, sebuah kereta peronda polis tiba di tempat kejadian dan membawa mangsa ke HA untuk rawatan kecemasan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


Menurutnya, polis giat mengesan suspek bagi membantu siasatan kes ini.

Suami urus Ning sepenuhnya

Posted: 15 Jun 2011 08:06 PM PDT

PESONA BINTANG...sudah 18 tahun Ning menjadi artis rakaman.
PESONA BINTANG...sudah 18 tahun Ning menjadi artis rakaman.

MASUK tahun ini, genaplah 18 tahun pe�nyanyi bersuara pop soprano, Ning Baizura Hamzah berkecimpung dalam industri hiburan. Pengalamannya sudah cukup luas dan boleh dilabel sebagai 'senior' kerana sehingga saat ini namanya masih kukuh dalam kalangan peminat dan baru saja selesai menjadi tenaga pengajar Akademi Fantasia 9 (AF9).

Pelbagai lapangan seni sudah dicuba Ning, selain bidang nyanyian menjadi fokus utamanya. Ning turut menceburi bidang lakonan demi mengasah bakatnya. Ternyata percubaan Ning berjaya kerana lakonan yang dipamerkan dalam beberapa filem yang dibintangi seperti Malaikat Di Jendela, Lady Boss, Magika dan Cun cukup memberangsang�kan.

  • Foto

    PENGURUS BARU...Ning bersama suaminya, Chris.

  • Foto

    BERSERI...Ning tampil ringkas, namun cukup bergaya.

  • Foto

    MESRA...melayan peminat sambil mempromosikan album terbaru.

  • Foto

    INI DIA...Dewa, buah tangan terbaru daripada Ning.

  • Foto

    MENGHIBURKAN...Ning tidak ketinggalan menyanyikan lagu daripada album terbarunya.

Bagaimanapun, pada usia 35 tahun ini, Ning masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya kerana banyak lagi yang perlu dilaksanakan.

Ditemui di sebuah pasar raya di Batu Caves, baru-baru ini, Ning yang menjadi duta kepada produk penjagaan kulit tersohor, Olay Regenerist, sangat berdebar menantikan bagaimana penerimaan peminat terhadap album terbaru berjudul Dewa.


Album ke-15 yang memuatkan lapan lagu itu cukup istimewa buat Ning kerana akhirnya, pembikinan album dibuat 100 peratus mengikut kehendak Ning.


Jika dibandingkan dengan album terdahulu dan album '3 Suara' yang menggabungkan Ning dengan Jaclyn Victor dan Shila Amzah, album Dewa menampilkan cita rasa lebih 'personal' berkonsepkan pop moden.

Dengan mempertaruhkan Bila sebagai single pertama, album yang memuatkan lapan buah lagu baru itu dihasilkan dengan adunan arus muzik masa kini dan hampir keseluruhannya berentak 'up-beat'.

"Album Dewa ini sebenarnya sudah dirancang sejak dua tahun lalu tapi pada masa itu ada banyak sangat halangan untuk menyiapkan album ini ditambah pula dengan persiapan perkahwinan saya.

"Di samping itu, saya juga inginkan lagu yang berkualiti. Sebenarnya banyak lagu sudah dirakamkan, namun oleh kerana tidak berpuas hati, rakaman dibuat semula dan hanya lapan lagu dipilih.

"Saya sungguh bertuah kerana dapat bekerjasama dengan sahabat saya, Audi Mok serta beberapa pencipta lain seperti Nur Fatimah, Ad Samad dan Pam Yuen dalam memastikan album ini mencapai tahap seperti yang saya idamkan.

"Mungkin album ini terlalu moden tapi saya berfikiran muzik inilah yang cukup menggambarkan diri saya pada masa ini selepas menempuhi suka duka sepanjang 18 tahun berjuang. Saya ingin membuktikan muzik perlu seiring dengan arus kemodenan serta mengikut trend masa kini.

"Dalam aspek vokal, saya banyak bermain dengan teknik kerana lagu yang dihasilkan cukup mencabar dan peminat akan mendengar sisi lain vokal saya dalam album ini. Maklumlah, sebelum ini saya lebih dikenali dengan suara soprano dan kali ini lebih pelbagai. Apapun identiti soprano tetap terselit dalam nyanyian saya," katanya.

Pada hari itu, Ning tidak keting�galan untuk memperde�ngarkan dua lagu barunya iaitu Bila dan Mama Papa kepada pengunjung yang hadir malah turut menghadiahkan albumnya kepada 50 peminat bertuah.

Ning yang turut ditemani suami, Chris Dalton dan ibunya, Satilah Abdullah berkata, dia cukup selesa dengan perjalanan karier seninya sekarang memandangkan suaminya sudah bersetuju menjadi pengurus sepenuh masa.

Sebelum ini pun, industri sudah dikejutkan dengan keputusannya untuk menukar haluan pengurusan dan menubuhkan syarikatnya sendiri. Apabila ditanya, mengapa suami yang dipilih, Ning menjelaskan sebelum ini pun suami banyak membantu menguruskan beberapa perkara.

"Saya rasa lebih senang bekerjasama dengan suami kerana dialah yang paling rapat dengan saya sekarang. Lagipun, dia yang berkeras untuk menguruskan saya dan sanggup berhenti kerja demi membantu Ning.

"Cukuplah pengalaman yang lalu, sekarang ini saya rasa sa�ngat bebas dan pengurusan pun lancar selepas dibantu suami bermula April lalu. Pengalaman lalu banyak mengajar saya berdiri sendiri dalam bidang ini dan yang paling penting perlu sentiasa positif dalam segala hal," ujarnya.

Memandangkan Akademi Fantasia 9 sudah berakhir, Ning yang diberi peranan sebagai jurulatih persembahan vokal berkata, dia bakal berhadapan dengan satu lagi projek besar. Tidak mahu berahsia, Ning menyatakan perasaan tidak sabar untuk mengadakan konsert solo di KL Life, Oktober depan.

Sudah lama rasanya dia tidak membuat konsert solo. Ning yang kali terakhir mengadakan konsert solo pada 1996, mengakui sangat teruja dengan peluang itu dan berjanji tidak akan hampakan peminatnya. Namun, Ning masih mengharapkan sumbangan daripada penaja untuk membantu dana konsert itu.

Sementara itu, Ning turut me�nyatakan hasrat untuk menubuh�kan sebuah sekolah muzik tidak lama lagi. Perancangan itu sudah lama dibuat, namun belum menemui waktu yang sesuai untuk melaksanakannya.

Menariknya, Ning akan mula belajar muzik dan vokal secara lebih mendalam dengan guru vokal yang tidak asing lagi, Cikgu Syafi AF.

"Setakat ini saya sudah ada sijil biola, namun untuk tujuan pembukaan sekolah muzik itu, saya perlukan lesen yang berkaitan.

"Namun, bukan atas dasar itu saja, saya teringin mempelajari serta mendalami ilmu vokal yang sebenar memandangkan selama ini saya hanya menyanyi semata-mata saja.

"Pembukaan sekolah muzik itu antara impian dan bukti kepada kecintaan saya yang amat mendalam terhadap bidang ini," ujarnya.

Dalam proses mengukuhkan lagi namanya, Ning tidak terkecuali untuk menggunakan kecanggihan teknologi iaitu Internet bagi mendekatkan lagi dirinya kepada peminat. Buktinya, Ning sudah pun membuat akaun dalam laman YouTube iaitu NingsWorld yang mengandungi rakaman video mengenai aktiviti seninya.

Ning juga mengalu-alukan peminatnya untuk mengikuti perkembangan atau bertanyakan soalan kepadanya OK la buat pg aku baca story, ye sayang...oppps melalui laman sosial facebook serta twitter.

Tiada kesan diceroboh

Posted: 15 Jun 2011 08:01 PM PDT

pix_middle

KUALA LUMPUR: Portal malaysia.gov.my tidak menunjukkan sebarang kesan pencerobohan seperti yang didakwa oleh kumpulan penggodam antarabangsa menggelarkan diri sebagai `Anonymous' kononnya akan bertindak menggodam laman berkenaan pada jam 3.30 pagi tadi.

Sehingga jam 4.30 pagi tadi, laman berkenaan dilihat tidak mempunyai sebarang perubahan hingga menimbulkan tanda tanya sama ada Anonymous gagal atau berjaya tetapi dapat diatasi pengendali portal malaysia.gov.my.

Sebaliknya, kira-kira 30 laman web tempatan didakwa digodam oleh pihak tertentu disyaki penggodam tempatan yang terikut-ikut dengan ancaman Anonymous.

Antara web yang dikatakan digodam dengan menggantikan laman dengan nota amaran dan gangguan atau DDoS atau penafian perkhidmatan terhadap laman termasuk penang.uitm.edu.my dan tourmalaysia.com.my, manakala beberapa laman web seperti krustudios.com dan sabahtourism.com yang didakwa digodam Anonymous dan mengalami kebocoran menyebabkan ditutup oleh pengendali web masing-masing.


Pemantauan myMetro terhadap kebanyakan portal menggunakan domain .gov.my tidak dapat diakses, tetapi tidak diketahui sama ada berpunca daripada serangan DDoS atau pengendalinya bertindak menutup sementara laman berkenaan.


Ancaman godaman laman web malaysia.gov.my adalah cetusan tindak balas pengguna internet berikutan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses kepada lebih 10 halaman perkongsian fail yang popular dengan alasan perkongsian fail berhak cipta dan melanggar akta hak cipta. tempatan.

10 halaman yang terlibat adalah Warez-BB.org, ThePirateBay, Movie2k, MegaVideo, PutLocker, DepositFiles, DuckLoad, FileServe, FilesTube dan MegaUpload.

"Tindakan menyekat laman web seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks tidak boleh dimaafkan...ia sama seperti menafikan hak asasi manusia," dakwa rakaman suara yang tersebar di laman Youtube sejak beberapa hari lalu.

Kumpulan sama dikatakan turut bertanggungjawab menggodam laman web Play Station Network, Mastercard dan Visa malah pernah menceroboh masuk laman web kerajaan seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia.

Minggu lalu Anonymous melancarkan serangan DDoS terhadap laman kerajaan Turki sehingga membawa kepada penahanan 32 suspek yang dipercayai anggota kumpulan itu.

Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pihaknya sedang bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk merangka langkah keselamatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan serangan berkenaan.

"Sebelum ini laman sesawang kerajaan pernah digodam namun proses pemulihan berjaya dilaksanakan dengan kadar segera berikutan terdapat prosedur tertentu yang sudah dikenal pasti," kata kenyataan itu.

Sanggul serlah penampilan

Posted: 15 Jun 2011 07:56 PM PDT

KLASIK...gaya klasik untuk pengantin moden atau boleh digayakan dengan kebaya.
KLASIK...gaya klasik untuk pengantin moden atau boleh digayakan dengan kebaya.

WANITA zaman dulu bersanggul bagi mengekalkan kejelitaan serta penampilan anggun mereka. Sanggul tinggi digayakan dengan kebaya pendek bukan lagi menjadi nilai eksklusif sebaliknya perkara biasa yang digayakan sehari-hari.

Menurut sejarah, sanggul digayakan buat kali pertama pada zaman Yunani Purba oleh golongan bangsawan dihiasi perhiasan mewah manakala pada zaman China purba sang�gul hanya digayakan wanita yang sudah berkahwin saja.

  • Foto

    KERONGSANG...bukan saja cantik digayakan pada baju dan tudung pelbagai jenis kerongsang ini boleh menjadi perhiasan sanggul.

  • Foto

    SANGGUL PALSU...setelah dandanan disimpulkan di atas, letakkan sanggul palsu di tengah kepala.

  • Foto

    SIMPUL...lebihan rambut pada bahagian kiri dan kanan disimpulkan di atas. Sematkan pin supaya rambut tidak jatuh.

  • Foto

    KEMAS...pastikan rambut menjadi kemas sebegini.

  • Foto

    PERHIASAN...apabila sudah siap letakkan kerongsang pada bahagian berhampiran telinga untuk kekal anggun dan menyerlah.

  • Foto

    ASAS...bahan penting untuk mendandan ialah sanggul palsu, getah pengikat rambut, sepit, sikat dan semburan rambut.

  • Foto

    PELEMBAP...bagi memudahkan dandanan, letakkan krim pelembut rambut Avon kemudian usap rata ke semua bahagian rambut. Selain memudahkan, ia memberikan tenaga pada rambut untuk kekal bersinar dan bercahaya.

  • Foto

    LURUS...menggunakan pelurus rambut, rambut boleh diluruskan sesuai dengan tahap kepanasannya. Boleh juga membuat rambut lurus menjadi berombak pada hujungnya.

  • Foto

    MODEN...dengan sentuhan sederhana dan ringkas, dandanan sebegini boleh digayakan ke mana saja.

  • Foto

    IKAT...ikat rambut pada bahagian tengah.

  • Foto

    KELOPAK...bentukkan keseluruhan rambut menjadi seperti kelopak bunga kemudian sematkan pin.

  • Foto

    KEMAS...bentukkan pada semua bahagian rambut (bawah saja) menjadi bulat. Kemudian letakkan kerongsang di tengah. Gaya kontemporari sesuai untuk majlis makan malam bersama padanan gaun labuh atau singkat.

  • Foto

    DANDAN...untuk gaya klasik, dandan keseluruhan rambut dan hanya tinggalkan sedikit pada bahagian tepi kiri dan kanan.

Berbeza pada era Victoria apabila sanggul hanya digayakan wanita tua dan umumnya menjadi perkara biasa.

Seiring peredaran masa serta perkembangan teknologi dalam seni perhiasan rambut, kini dandanan sanggul dianggap mewah dan menjadi eksklusif apabila hanya digayakan


mempelai pada majlis perkahwinan, majlis makan malam atau acara permaidani merah.


Namun, ini tidak bermakna sanggul terus ditinggalkan sebaliknya menjadi pelengkap kepada penampilan tradisional apabila digayakan bersama busana Melayu seperti kebaya atau baju kurung.

Menurut jurusolek profesional, Zulfazli Suhadi dalam bukunya berjudul Sanggul, semua wanita boleh membuat sanggul sendiri di rumah.

Ini kerana sanggul bukan hanya sinonim untuk wanita berambut panjang sebaliknya wanita berambut pendek juga boleh menggayakannya.

Ditambah pula dengan pelbagai bantuan perhiasan seperti sanggul palsu, sepit, semburan rambut, getah dihiasi pin permata, kerongsang, bunga atau cucuk sanggul menjadikan teknik dandanan bertambah mudah, kemas dan anggun.

Asas sanggul biasanya dibuat dengan mengikat kemas rambut seperti ekor kuda dan disimpulkan pada pangkal leher mengikut ukuran panjang rambut. Terdapat pelbagai jenis hiasan sanggul antaranya moden, kontemporari dan klasik.

Menurut Zulfazli, gaya moden adalah dengan melepaskan rambut dan menambah nilai sama ada dengan membuat alunan atau kerinting. Biasanya teknik ini sesuai ke mana saja sama ada majlis rasmi atau kasual malah sesiapa juga boleh melakukannya sendiri di rumah.

"Gaya kontemporari dapat dilihat menerusi teknik dandanan dengan membuat alunan pada rambut seperti kelopak bunga kemudian ditambah perhiasan sepit atau kerongsang.

"Ia sesuai dengan padanan gaun labuh atau singkat. Gaya klasik biasanya untuk mempelai kerana dandanannya lebih mewah.

"Menambah sanggul palsu akan lebih menampakkan keanggunan mempelai walau apa juga busana yang digayakan mereka. Sanggul klasik juga sesuai untuk mempelai bertudung," katanya yang menunjukkan dua teknik dandanan sanggul iaitu kontemporari dan moden kepada pembaca.

Keranamu Sam

Posted: 15 Jun 2011 07:53 PM PDT

  • Foto

  • Foto

    BERGANDINGAN bersama Pierre Andre (kiri) dan Farid Kamil.

Diana sanggup potong rambut, bertukar perangai jadi lebih kasar

KETIKA penonton dihiburkan dengan barisan filem pelbagai genre daripada aksi hingga kepada seram seperti Kongsi, Nur Kasih The Movie, Karak dan sekarang KL Gangster yang sedang hangat di pawagam, muncul pula filem bercorak komedi berjudul 3,2,1 Cinta untuk menarik perhatian.
Filem arahan Azhari Zain itu mula ditayangkan hari ini (16 Jun) dengan barisan pelakonnya terdiri daripada Farid Kamil, Pierre Andre, Diana Amir, Mustapha Kamal, Faith Zakie dan Adey Syafrien.
Filem 3,2,1 Cinta mengisahkan Sam lakonan Diana, seorang gadis berperwatakan kasar seperti lelaki baru berpindah kolej untuk menyambung pelajaran. Dia bertemu semula kawan baiknya ketika sekolah, Faiz. Sam mula ditakut-takutkan dengan mengatakan perwatakan kasarnya itu boleh membuatkan lelaki tidak mahu mendekatinya dan hidup bersendirian sehingga mati.

Bagi memberikan kelainan, Diana Amir, 25, berani memotong rambutnya, khusus untuk filem 3,2,1 Cinta.

Demi memenuhi tuntutan wataknya sebagai Sam atau Siti Aishah Mohd, seorang gadis tomboy, Diana tidak ragu-ragu untuk tampil dengan imej seperti lelaki - berambut pendek dan berpakaian ranggi.

"Pada mulanya agak takut untuk memotong rambut. Takut takut kurangnya tawaran berlakon selepas itu. Namun di atas sebab watak Sam ini begitu berbeza daripada tawaran sebelum ini, saya sanggup berbuat demikian.
"Demi watak Sam juga, saya bukan saja perlu mengorbankan rambut panjang, malah belajar mengubah sikap seperti lelaki dengan mendalaminya melalui dunia realiti. Saya belajar cara makan, minum, berjalan, duduk dan bercakap seperti seorang tomboy. Bukan saja itu, dalam 3,2,1 Cinta juga saya perlu menunggang motosikal dan menyanyi," katanya.

Menurutnya, menerusi sokongan daripada Zack, watak gadis perwatakan kasar itu menjadi lebih senang dihayati. Malahan dengan imej rambut pendek ini membuatkan dirinya lebih mudah menjiwai watak.

Karektor Sam digambarkan sebagai panas baran dan bermasalah yang secara tidak langsung menyebabkan dia sering dibuang kolej.

"Tapi dengan kemunculan watak yang dibawa oleh Farid Kamil, iaitu Nazril, jejaka idaman ramai, wakat kasar Sam beransur berubah menjadi wanita bagi meraih cinta Nazril. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan Nazril," ujarnya yang ditemui di Studio Hip baru-baru ini.

Namun bukan seorang lelaki muncul dalam hidup gadis tomboy ini. Fariz, watak yang dibawa oleh Pierre Andre juga kawan baik kepada Sam itu turut menyimpan perasaan cintanya terhadap Sam dalam diam-diam.

Menurut Diana, imej tomboy Sam dalam filem ini bukannya mahu memberi imej negatif kepada golongan ini, mahupun sesiapa saja yang menontonnya.

Di sebalik perwatakan kasar Sam terselit jiwa kewanitaan yang tidak mungkin tenggelam begitu saja. Sam menjadi sebegitu bukan di atas kemahuannya, namun dia menjadi mangsa keadaan kerana kekurangan kasih sayang dari seorang ayah.
Sam juga seperti gadis biasa yang lain, ingin dicintai dan dibelai dengan kasih sayang. Tidak dinafikan dengan kehadiran cinta, ia mampu mengubah peribadi mahupun penampilan seseorang itu.

"Filem ini mempunyai jalan cerita yang ringan dan senang difahami serta pelbagai elemen diselitkan, ada kelakar dan juga sedih. secara tidak langsung membuatkan ia bertambah menarik," katanya yang akan menyusul dengan filem Senario Ops Pocot, Pertiga dan Keramat.

Sinopsis: 3,2,1 Cinta

321 Cinta mengisahkan Sam, anak gadis yang berperwatakan kasar seperti lelaki yang baru berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan gadis cantik menyebabkannya tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai kejadian lucu dan romantis berlaku sepanjang Sam berusaha untuk memikat Nazril.

Sam merubah penampilan dan sikap kasarnya. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila sanggup membantunya menguruskan rumah anak yatim yang dibina. Sam mengajar anak-anak yatim dengan caranya yang tersendiri.
Bagaimanapun, tanpa disedari, Faiz menyimpan perasaan terhadapnya selama ini. Faiz menerima Sam seadanya. Sam tersepit antara cinta Nazril dan Faiz. Siapakah pilihan Sam?

Fouziah kena rasuk

Posted: 15 Jun 2011 06:30 PM PDT

Sebahagian pelakon yang membintangi Rasuk.
Sebahagian pelakon yang membintangi Rasuk.
Filem seram ditayang 23 Jun, uji keserasiannya dengan Iqram

PADA pandangan ramai, menghasilkan filem berunsur seram mudah. Hanya selitkan saja kemunculan hantu dan kesan khas bunyi yang menyeramkan sudah memadai untuk membuatkan penonton ketakutan.
Kebanyakan pengarah dan produser filem menghasilkan filem seram kerana menyedari peluang besar untuk meraih kutipan tinggi. Namun menghasilkan filem seram tanpa isi juga tidak memberikan sebarang makna, lebih-lebih lagi sehingga menimbulkan kekeliruan pada jalan ceritanya.
Khurafat yang membuka tirai filem seram untuk tahun ini, mencatat kutipan paling tinggi sebanyak RM 8.08 juta. Walaupun baru memasuki suku tahun kedua, sembilan buah filem seram kini sudah pun ditayangkan.

Pada 23 Jun ini, sebuah lagi filem seram terbitan White Melati Entertainment, Rasuk akan mengintai 65 panggung tempatan, lapan di Singapura, dua di Jepun, dua lagi Hyderabad, India dan dua di Iran.

Ini adalah percubaan pertama S Baldev Singh dalam filem bergenre seram. Sebelum ini beliau pernah mengarahkan filem Kecoh Betul lakonan Nabil dan menerbitkan filem kontroversi Akhirat.

Rasuk yang menyaksikan gandingan Fouziah Gous dan Iqram Dinzley, mengisahkan kejadian misteri yang berlaku di sebuah banglo lama. Fouziah yang memegang watak Melati mewarisi banglo berkenaan daripada ibu bapanya.
Melati tidak tahu banglo berkenaan menyimpan misteri. Selepas mendiami banglo itu bersama suaminya Arman, berlaku beberapa insiden antaranya kematian ibu Arman secara mengejut.

Sejak menemui sebuah batu tanda di halaman rumahnya, Melati sering mendapat 'gangguan' misteri. Dia berjaya menghalau hantu jepun yang merasuknya selepas suaminya membacakan ayat Kursi bagi menghalau roh jahat itu.

Kewibawaan Iqram membawakan watak utama dalam filem, nampaknya kurang meyakinkan. Ternyata Iqram masih memerlukan masa untuk memperbaiki lagi mutu lakonannya yang dilihat terlalu dibuat-buat dan terlampau mengikut skrip.

Manakala keupayaan Fouziah memang ada peningkatan. Cuma dia juga masih terlalu bergantung kepada skrip sehingga menghilangkan kesantaian dalam perbualan antara suami isteri.

Namun kemampuan Fouziah menghayati adegan dirasuk wajar diberikan pujian. Bagi menghayati adegan itu dengan baik, Fouziah mengakui dia melakukan kajian dan banyak bertanya kepada mereka yang berpengalaman.

"Saya banyak mengkaji bagaimana gaya dirasuk, perkara yang paling saya berikan perhatian lebih adalah pada bahagian mata. Apabila dirasuk, mata kita tidak boleh berkelip. Badan dan tangan juga perlu dikejangkan.

"Memang tertekan membawakan watak Melati apatah lagi ketika orang sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya Aidiladha, kami sibuk menghabiskan penggambaran pada malam raya. Walaupun penat, mengah sehingga menangis membawakan watak Melati, tetapi secara jujur, saya seronok kerana pengalaman ini.

"Saya kini mahu lebih bersikap memilih. Dulu saya terima semua jenis tawaran kerana ingin belajar tapi selepas lebih lima tahun jadi pelakon, saya perlu bersikap memilih. Saya tidak mahu menerima semua tawaran semata-mata untuk mengejar wang," katanya yang mengakui tidak mudah apabila terpaksa berlakon dengan rakan baiknya Iqram.

Bagi Iqram, pertama kali muncul di layar lebar adalah satu perkara yang cukup mendebarkan buatnya. Sudah pasti dia ternanti-nantikan apakah maklum balas penonton terhadap hasil lakonannya. Namun dia menganggap, peluang diberikan Baldev sebagai pembuka jalan untuk dia melebarkan namanya ke dunia perfileman.

Dia tidak memerlukan pengenalan kerana yakin peminat sudah mengenali siapa dirinya, tetapi kini mahu mencari lebih peluang sebagai pelakon filem. Walaupun digandingkan bersama sahabat baiknya sendiri, Iqram mengakui mereka masih perlu mencari keserasian kerana ada ketikanya mereka juga tidak terlepas dari pertikaian ketika berada di set.

"Saya berterima kasih kepada Baldev kerana dia banyak membantu menjernihkan kembali hubungan saya dan Fouziah. Orang ingat bila berlakon dengan rakan sendiri lebih mudah mencipta keserasian, sebenarnya tidak mudah juga.

"Saya mengakui memang berdebar menantikan maklum balas daripada penonton tetapi saya berharap supaya media dan penulis blog yang sudah menonton hasil lakonan saya janganlah terlalu mengkritik. Saya bukanlah tidak boleh dikritik langsung tetapi janganlah memberikan kritikan yang melampau. Saya harap dapat diberikan lagi peluang untuk beraksi di dalam filem lagi selepas ini," katanya.

Daripada filem jadi drama bersiri

MUNGKIN kali pertama menghasilkan filem seram menyebabkan Rasuk kelihatan ada kekurangan di sana sini. Namun sebagai penerbit baru, tidak mustahil lama kelamaan Baldev dapat memperbaiki lagi mutu filemnya.

Biarpun ada kekeliruan kecil kepada jalan cerita filem ini, tetapi penggunaan imej janaan komputer (CGI) dalam filem ini kelihatan kemas. Selain itu, Baldev juga cuba bermain teka teki dengan tidak mendedahkan secara terang apa yang berlaku. Sebaliknya penonton diberi sedikit demi sedikit gambaran supaya penonton tidak dapat mengagak penyudah filem itu.

Baldev berkata dia akan cuba memperbaiki lagi kelemahan pada jalan cerita Rasuk apabila menghasilkan drama bersirinya kelak. Selain Iqram dan Fouziah, Rasuk turut dibintangi oleh Sidek Hussin, Linda Hashim, Frank Peterson, Fauziah Nawi, Hasni Maulad dan ramai lagi.

Dayang memang memilih

Posted: 15 Jun 2011 06:24 PM PDT

MAJLIS pelancaran album Dayang Nurfaizah di Hard Rock Cafe, Hotel Concorde, baru-baru ini. - Foto Surianie Mohd Hanif
MAJLIS pelancaran album Dayang Nurfaizah di Hard Rock Cafe, Hotel Concorde, baru-baru ini. - Foto Surianie Mohd Hanif
Masih tercari-cari calon sesuai pasangan hidup

SETIAP dendangan Dayang Nurfaizah mengungkap rindu dan kasih sayang hingga apabila didengar dengan sepenuh jiwa, ia bagai melambangkan hatinya yang asyik dibuai asmara dengan jejaka idaman.
Namun akui gadis yang genap mencecah usia 30 tahun itu, apabila acap kali meluahkan pengakuan sepanjang hayat ini dia belum pernah melalui pengalaman bercinta, ramai tidak percaya hingga ada individu mengecop dirinya lesbian!
Empunya nama penuh Dayang Nurfaizah Awang Dowty mengawal perasaan sebaik mungkin apabila diajukan dengan pelbagai tohmahan tidak menyenangkan walau jauh di sudut hati kadangkala terselit rasa cemburu melihat teman sebaya sudah berkeluarga.

"Tak mungkin menjalin hubungan terlarang. Sebagai insan, kita serahkan segala-galanya kepada Yang Esa kerana Dia lebih mengetahui. Usia yang sudah mencecah 30-an membuatkan orang sekeliling risau apatah lagi di saat ini saya belum pernah berteman.

"Saya sendiri melihat semua ini dari sudut positif apatah lagi impian untuk merealisasikan sebuah konsert solo mega belum tercapai, mungkin selepas itu saya akan memikirkan soal jodoh pula," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album barunya, Sayang & Cinta.

Tawa kecilnya kedengaran sebaik saja soal jodoh dibangkitkan media malah dedah Dayang memang isu berkenaan mendominasi kehidupan sebaik saja usianya memasuki 30 tahun masuk daripada peminat.
Langsung tiada rasa kurang selesa sebaliknya soalan terbabit menunjukkan keprihatinan insan sekeliling terhadap dirinya apatah lagi selepas pengurus yang sudah bersamanya hampir sedekad, Shaliza Kader Sultan berhijrah ke Amerika Syarikat mengikut suami awal tahun ini.

Pelantun lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu juga menafikan pengurus serta keluarga terlampau bersikap melindungi hingga lelaki takut mendekatinya apatah lagi menyuarakan rasa hati.

Sambil menyuarakan sebagai insan seni yang memulakan kerjaya sebaik tamat sekolah, kerjaya berada di tangga pertama hidupnya malah membuatkan kadangkala dia terlupa soal berpacaran.

"Saya sering ditemani keluarga ke mana-mana namun tidak bermakna mereka menyekat kebebasan. Boleh dikatakan saya juga agak pemilih tetapi bukan bersandarkan harta atau rupa fizikal, cuma sebagai gadis kita berhak menentukan siapa yang ingin kita dampingi hingga akhir hayat," ujarnya.

Apa pun, anak jati Bumi Kenyalang itu semakin yakin melangkah dengan berbekalkan Sayang & Cahaya malah bersempena pelancaran album, Maybank Berhad mempercayai kebolehannya untuk menerajui persembahan amal pada 2 Julai di Hard Rock Cafe, di sini bagi mengutip dana untuk Majlis AIDS Malaysia.

"Ya, saya semakin matang. Sekali gus Sayang & Cahaya juga mematangkan diri apabila album yang disempurnakan dalam tempoh lebih setahun adalah sepenuhnya hasil air mata dan keringat sendiri.

"Sepanjang merealisasikan album yang memuatkan 12 dendangan, saya belajar dan menempuhi pelbagai pengalaman baru. Saya akui proses pembelajaran ini mengajar saya supaya lebih berdikari," katanya membuka bicara mengenai buah tangan ke-lapan.

Persembahan itu juga diharap membuka laluan untuknya mengadakan konsert mega yang sudah diimpikan sejak beberapa tahun lalu namun kesukaran mendapat kerjasama penaja membantutkan usaha terbabit.

Diajukan pertanyaan mengapa sanggup melaburkan kos hampir RM100,000 sedangkan trend muat turun lagu semakin menggila, anak Bumi Kenyalang berhati waja itu punya alasan tersendiri.

Tegasnya album fizikal umpama portfolio bagi penyanyi sepertinya hingga membuatkan tidak sedikit pun rasa menyesal terselit di dada tambahan pula usahanya turut meraih sokongan peminat tegar.

"Awal dulu saya mahu membuat mini album. Saya bukan jenis kumpul dan buat pilihan tetapi lebih suka berjumpa komposer dan menulis lirik berkongsi idea. Jadi apabila satu persatu lagu yang bagus datang, alang-alang saya terus buat album penuh.

"Saya juga tetap ikut trend semasa. Apabila menghasilkan album ini, saya masih mengekalkan R&B namun masukkan kira-kira 30 peratus groove dan soul. Sekali pun mengikut kehendak pasaran, saya tidak mengenepikan kemahuan sendiri," kongsinya lagi.

Apa pun disebabkan tidak pernah mencintai atau dicintai, hingga kini Dayang juga belum bersedia menulis bait lirik lagu sendiri apatah lagi beranggapan dirinya sukar menzahirkan rasa hati," katanya.

Antara lagu dimuatkan adalah Sayang ciptaan Omar K lirik oleh Nuur Iman; Rahsia Cinta (Zain Almohdzar/Nuur Iman), Sabarlah (Syed Zain Almohdzar/Omar K), Kau Bintang Ku (My Sunshine) (Stella Reid/Zuriani Zonneveld/Nuur Iman) dan lagu Freedom, Mulanya Di Sini yang diberi nafas baru.

Berlakon sampai termuntah

Posted: 15 Jun 2011 06:20 PM PDT

pix_gal0
Soffi tegaskan pada awalnya lebih berminat menjadi pengarah, bukan pelakon

WALAUPUN kemunculannya menerusi sesuatu filem hanya beberapa saat saja, namun kesan yang ditinggalkan tidak pernah mengecewakan, malahan percaya penonton pasti perasan kewujudan karektor yang dilakonkan itu.
Membawakan watak bomoh dari negara seberang dengan loghat Jawa melalui filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR), menahan 'sengsara' di depan tandas untuk membuang air besar dalam filem Man Laksa, menjadi dalang utama memporak perandakan penduduk kampung sebagai watak Sofi di dalam Zombie Kampung Pisang dan watak jahat sebagai Junna menerusi filem Estet, antara karektor pemilik nama sebenar Mohamad Shoffi Jikan atau Soffi-G.
Jiwa seni yang lahir dalam diri lelaki berusia 41 tahun ini begitu kuat. Semuanya bermula ketika mengikuti pendidikan di Akademi Filem Malaysia (sekarang Akademi Seni, Warisan dan Budaya (ASWARA) pada awal 90-an.

Ketika itu dia langsung tidak ada asas dalam lakonan. Minatnya dalam seni hanya mahu jadi pengarah saja. Lakonannya bermula ketika dia banyak membuat filem pendek dan sering menjadi bidang terjun apabila ada artis yang tidak datang.

Namun, sejak itu Soffi-G menyedari dirinya mempunyai satu kekuatan dalam lakonan yang mana mampu membuat persembahan tanpa dialog dan hanya melalui pergerakan saja.

Ia diakui sendiri semua kenalan terdekatnya yang mengakui bahawa kelebihan Soffi tidak sama dengan pelakon lain. Dia boleh menyampai maksud dan mesej kepada penonton dengan berkesan.
Namun Soff tidak pernah terlintas untuk bergelar pelakon selagi impiannya bergelar pengarah tidak tercapai. Apa yang dilakukan hanyalah mengumpul segala ilmu di dalam bidang seni untuk kegunaan karier di masa depan.

"Dari situ saya hanya melihat senario lakonan namun tidak sesekali membuat keputusan untuk menjadi pelakon dan meneruskan kerja di belakang tabir pada 1992. Semua bidang tugas sebagai kru penerbitan drama dan filem saya terokai dari bawah sampailah paling atas.

"Pendidikan saya di AFM tidak habis. Akhirnya pada 1995 saya berjaya mengarahkan filem Burung Besi, tapi selepas itu banyak menjadi pembantu pengarah kepada Bade Azmi dan Erma Fatima. Sehinggalah sampai satu tahap saya rasa cukup bosan dengan kerja itu, lantas keluar dalam bidang itu kerana merasakan terlalu penat.

"Saya hilang banyak masa untuk berkarya yang menjadi impian saya, perasaan saya terus terpendam," katanya yang ketika itu semakin buntu memikirkan masa depannya tanpa hala tuju dan setiap bidang yang dilakukan masih tidak mencapai kepuasan.

Kerana masih ada lagi sisa-sisa minatnya terhadap seni, Soffi ambil keputusan mengikuti sahabatnya terbabit dalam projek akhir di ASWARA.

"Sahabat dari ASWARA seperti Adlin Aman Ramli, Namron, Juhara Ayob buat projek tahun akhir kumpulan pertama ASWARA, masa itu saya membantu mereka mengendalikan kerja teknikal. Kebetulan dari situ jugalah saya mula sertai teater dan teater pertama bersama Namron berjudul Bukan Bunuh Diri pada 1997.

"Bila menyertai teater ini, saya dapat rasakan latihannya cukup kuat dan pengisiannya nampak, lalu saya teruskan bersama mereka untuk beberapa projek teater lagi. Masa itu saya sudah tidak nampak masa depan dalam dunia perfileman ini.

"Lalu bidang teater ini ditumpukan secara lebih profesional dengan menyertai Actor Studio dan mementaskan Hamlet karya asal Shakespeare. Bersama arahan Datuk Faridah Marican, saya berkongsi pentas bersama Adlin, Que Haidar, Khir Rahman, Zulhuzaimi dan Juhara Ayob," katanya.

Selepas itu, dia berlakon teater Dejavu dan pencapaian terbaik buatnya di pentas lakonan apabila membawa watak Jebat dalam teater Wangi Jadi Saksi, itulah watak paling mencabar dalam hidupnya setakat ini.

Sebelum itu, Soffi berkata, teater pertamanya berjudul Bukan Bunuh Diri karya Dinsman dan menutup bidang teater juga dengan karya Dinsman menerusi Menanti Takdir Dari Tuhan pada 1998.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini juga mengakui, teater menjadi pencetus karier lakonan filemnya apabila melepasi uji bakat filem Paloh.

"Boleh juga dikatakan, teater ini adalah pencetus utama saya memulakan bidang lakonan filem dan drama. Saya menghadiri uji bakat Paloh tetapi pengarahnya, Adman Salleh menawarkan saya jadi pembantu pengarah. Kata Adman, kalau nak jadi pelakon dia suruh saya balik saja tetapi saya berdebat pendapat dengan meyakinkan dia (Adman) yang saya boleh berlakon dengan baik dan akhirnya dia mengalah.

"Sepanjang karier lakonan saya, baru dua kali saja saya menghadiri uji bakat dan filem kedua bersama Mamat Khalid dalam telefilem Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys pada 1999, lepas itu filem Paloh dan Pontianak Harum Sundal Malam," katanya yang mengakui lakonannya menjadi semakin mendatar selepas terbabit dengan filem itu.

Dua teater satu masa

Perubahan diri dan karektor lakonannya kembali dikesan mengalami peralihan selepas ditawarkan membintangi dua teater dalam satu masa yang tidak pernah dilakukan mana-mana pelakon sebelum ini.

Semuanya bermula selepas ditawarkan berlakon di dalam dua produksi teater sekali gus. Teater pertama Pemakan Hati arahan Khir Rahman di Stor DBP dan Dejavu arahan Rohaya Atan di Istana Budaya. Kedua-duanya pementasan itu bermula jam 8.30, tetapi katanya, di Stor DBP berakhir awal membuatkan dia boleh melarikan untuk berteater di IB pula pada separuh masa kedua.

"Bila berlatih siang dan malam untuk dua projek ini, diri saya sudah jadi lain. Itulah dua pementasan yang saya dapat kebebasan menokok tambah suka hati. Saya berdialog dan monolog dengan bebas. Masa itu saya rasa otak saya sudah pecah dan bukan lagi saya yang dulu.

"Saya sudah jumpa satu formula. Masa itulah saya hantar SMS kepada semua pengarah untuk ambil saya berlakon. Saya kata kepada mereka, lakonan saya sekarang sudah dahsyat. Akhirnya jodoh saya bersama Mamat Khalid dalam filem Man Laksa.

"Walaupun hanya diberikan satu babak saja tetapi saya memberikan 200 peratus lakonan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Maksudnya, saya sudah menjumpai formula di mana keberanian, keyakinan, keinginan, kemahuan yang luar biasa sehingga 200 peratus daripada diri saya yang sebenar.

"Saya sudah lalui satu terapi yang dahsyat, itulah yang orang kata ketika kita berlatih seharusnya berlatih sampai hancur dan teorinya semasa itulah kita seolah menyalin diri kita yang lain," katanya.

Setiap tawaran lakonan yang diterima dianggap sebagai tawaran terakhir buatnya dan tidak akan ada lagi tawaran berlakon selepas ini.

Seperti di dalam filem, setiap saat mempunyai 24 frame bagi filem dan setiap ruang di dalam itu adalah hidup dan matinya apabila pengarah mengatakan; camera!.. roll and action!

Maknanya itulah peluang pertama dan terakhirnya akan lakukan. Kalau baik, maka baiklah hasilnya dan jika tidak maka gagallah peluang selepas ini. Perkara itulah yang setiap kali difikirkan sebelum berlakon.

Dia juga percaya orang sepertinya jarang mendapat peluang, dan kegagalan membuat yang terbaik akan memusnahkan masa depannya.
Sehubungan itu, apabila dapat peluang berlakon, ia dianggap sebagai satu anugerah.

"Saya sanggup melakukan lagak ngeri sendiri sehingga termuntah di set, lebih lagi sekarang ini method saya sekarang berlakon sampai pitam," katanya yang mengakui termuntah sehingga tujuh kali ketika menjalani penggambaran filem Jalan Kembali: Bohsia 2 arahan Syamsul Yusof, begitu juga beberapa filem arahan Mamat Khalid.

Info: Soffi-G
Nama Sebenar: Mohamad Shoffi Jikan
Panggilan: Soffi-G
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Tarikh Lahir: 13 November 1970
Usia: 41
Isteri: Izzatty Isma Ibrahim, 30
Anak: Sufilyana Syahmi (7 tahun), Ilham Izzuddin (5 tahun) dan Irfan Solihin (3 bulan)
Filem: Man Laksa, Rock, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Zombie Kampung Pisang, Paloh, Antoo Fighter, Cinta, Kala Malam Bulan Mengambang, Bunohan, Bara Jiwa, KL Gangster, Rock 2.
Arahan: Mencari Jannah, Ku Yakin Berlaku, Ustaz Coklat, Terbelahak dan Sonata Labu-Labi

Cer Cerita versi drama

Posted: 15 Jun 2011 06:15 PM PDT

MAMAT bersama Aminuddin (dua dari kiri) dan pelakon pada sidang media drama bersiri komedi seram, Cer Citer.
MAMAT bersama Aminuddin (dua dari kiri) dan pelakon pada sidang media drama bersiri komedi seram, Cer Citer.
Dipadankan daripada petikan dialog filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

PENGARAH terkenal dengan genre filem berunsur komedi, Mamat Khalid, akan tampil dengan karya terbaru iaitu drama bersiri 13 episod bertajuk 'Cer Citer' yang bakal ditayangkan di saluran Astro Warna, 11 Ogos depan.
Drama itu yang masih mengekalkan genre komedi seram dan berdurasi setengah jam bagi setiap episod itu sudah memulakan penggambarannya pada 17 Mei lalu.
Malah, pengarah filem kutipan pecah panggung, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) itu masih memilih Perak sebagai lokasi penggambaran termasuk di Pulau Pangkor serta beberapa daerah lain.

Mamat berkata, selepas kira-kira 15 tahun tidak terbabit dalam kerja pengarahan drama, beliau memikul tanggungjawab untuk menghasilkan karya 'Cer Citer' selepas diberi peluang oleh Astro untuk mengarahkan drama berkenaan selain bertindak sebagai penulis skrip.

"Setiap episod yang dipaparkan akan menampilkan kisah seram yang berbeza serta judul berlainan seperti Cer Citer, Ambulanku, Pak Man Degil, Che Embun, Penumpang Malam, Keluhanku dan Check-In.

"Siri drama ini tetap menampilkan beberapa pelakon sama yang saya tampilkan dalam filem diarahkan sebelum ini termasuk Man Kadir (Pak Jabit), Syed Mohamad Asri (Usop Wilcha), Delimawati, Pekin, Dewa dan Sofi Jikan serta pelakon popular lain seperti Rashidi Ishak dan Jue Aziz," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan salah satu siri drama berkenaan kepada media, di sini, semalam.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Aminuddin Hashim dan Penerbit Eksekutif Nagaavxs, Norhafizah Mohamed serta Usop Wilcha.

Beliau berkata, siri drama berkenaan adalah projek terbarunya sebaik selesai menjalani penggambaran filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit iaitu sekuel filem HKLBR pada Februari lalu.

"Saya masih mengekalkan genre komedi seram dalam siri drama itu selepas mendapat sambutan peminat filem terhadap konsep sebelum ini. Lagipun, setiap kisah seram yang dipaparkan mempunyai nilai moral tersendiri dan banyak mempersendakan hantu bagi setiap episod yang dihasilkan," katanya.

Ketika menceritakan mengenai projek filem terbarunya, Mamat berkata, empat lagi penggambaran filem akan dibuat tahun ini termasuk sekuel Rock iaitu Rock 2 - Rimba Bara Kembali, Abie dan Bhabjan Lawan Han... , Usop Wilca & Werewolf Dari Bangladesh dan Lebuh Raya Ke Neraka.

"Saya masih mengekalkan penggambaran filem Rock 2 di Trong, Taiping yang dijalankan bermula pada 18 Jun, malah tiga filem lain juga akan menjalani penggambarannya di beberapa kawasan di Perak.

Sementara itu, Aminuddin berkata, pihaknya bersedia bekerjasama dengan setiap pengarah filem yang mahu menjalankan penggambaran di negeri ini kerana melihat industri kreatif seperti perfileman mempunyai potensi besar untuk menjana pendapatan kepada masyarakat selain membantu melahirkan ikon disegani seperti Mamat Khalid.

"Kami amat berterima kasih kepada Mamat Khalid kerana sering memilih negeri ini sebagai lokasi penggambaran filemnya. Ini sekali gus membantu mempromosikan Perak sebagai tumpuan pelancongan utama negara selain pusat membangunkan industri kreatif," katanya.

Metro Security Services nafi tidak bayar gaji

Posted: 15 Jun 2011 06:08 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Syarikat pengawal keselamatan, Metro Security Services Sdn Bhd menafikan dakwaan sekumpulan 127 pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, tidak membayar gaji.

Pengurus Cawangan Metro Security Services, Wan Hasmah Wan Seman, berkata perkara yang dibangkitkan kakitangan berkenaan tidak sepatutnya timbul kerana syarikat sudah memaklumkan mereka berhubung perkara itu.
Katanya, berikutan kontrak syarikat dengan HSNZ tamat pada 1 Jun, satu taklimat mengenai pembayaran gaji terakhir kepada pengawal keselamatan sudah dibuat dan pekeliling mengenainya turut ditampal di hospital itu.
"Mengikut perkara sudah dipersetujui, syarikat akan membayar gaji pada 7 Jun dengan syarat mereka hadir bertugas seperti biasa dalam tempoh 17 hari tanpa cuti.

"Namun demikian, hanya 50 pengawal keselamatan saja yang datang bertugas mengikut syarat berkenaan dan mereka sudah dibayar gaji RM680 pada 10 Jun lalu," katanya ditemui di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan Berita Harian Isnin lalu mengenai sekumpulan 127 pengawal keselamatan syarikat itu berhimpun secara aman di pekarangan HSNZ Ahad lalu kerana mendakwa syarikat kawalan keselamatan berpangkalan di Kuala Lumpur tidak membayar gaji sejak sebulan lalu selepas beberapa kali menerima gaji lewat sebelum ini.

Wan Hasmah berkata, gaji 77 lagi kakitangan akan dibayar selepas HSNZ melunaskan pembayaran kepada syarikat tidak lama lagi.
Mengenai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Wan Hasmah berkata, syarikat gagal mencarum sejak Januari lalu tetapi akan melunaskan tunggakan caruman dalam tempoh tiga bulan.

1MDB bangun Bandar Malaysia

Posted: 15 Jun 2011 06:01 PM PDT

LAPANGAN Terbang  Sungai Besi akan menjadi kawasan perumahan, komersial dan rekreasi, selain kawasan hijau yang lapang serta ruang terbuka untuk kegunaan orang ramai beriadah.
LAPANGAN Terbang Sungai Besi akan menjadi kawasan perumahan, komersial dan rekreasi, selain kawasan hijau yang lapang serta ruang terbuka untuk kegunaan orang ramai beriadah.
Projek akan mengubah wajah kawasan Lapangan Terbang Sungai Besi

1MALAYSIA Development Bhd (1MDB) akan mengubah wajah kawasan Lapangan Terbang Sungai Besi lama kepada sebuah perbandaran baru bersepadu yang akan dikenali sebagai Bandar Malaysia.
Ia adalah kali ketiga kawasan bersejarah itu ditukar kegunaannya selepas menjadi lapangan terbang antarabangsa pertama Malaysia pada 1956 yang telah mencetuskan perkembangan industri penerbangan, pengangkutan, pelancongan dan hospitaliti di negara ini.
Dalam satu kenyataan semalam, 1MDB sebuah syarikat milik penuh kerajaan yang ditubuhkan bagi melaksanakan projek yang boleh menjana peluang berimpak tinggi kepada ekonomi negara berkata, Bandar Malaysia itu apabila siap kelak akan mengukuhkan lagi daya saing global Kuala Lumpur untuk menarik lebih ramai pelabur dan perniagaan antarabangsa.

Bagi merealisasikan matlamat itu, katanya, Bandar Malaysia akan menempatkan kawasan perumahan, komersial dan rekreasi, selain kawasan hijau yang lapang serta ruang terbuka untuk kegunaan orang ramai beriadah.

"Selain bentuk pembangunan asas, bandar yang dibangunkan khusus bagi membudayakan konsep 'livability' sebagai ciri utama Greater Kuala Lumpur itu akan turut menempatkan institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa," kata kenyataan itu.

Bagi membuka laluan ke arah pembangunan Bandar Malaysia itu, 1MDB semalam memeterai perjanjian dengan beberapa pihak berkaitan.
Perjanjian pertama ialah dengan Suruhanjaya Tanah Persekutuan, iaitu bagi pemindahan tanah Lapangan Terbang Sungai Besi seluas 196.6 hektar kepada 1MDB, manakala yang kedua dengan Menteri Besar Diperbadankan Negeri Sembilan bagi pembelian tanah seluas 300 hektar di Sendayan yang akan berfungsi sebagai tapak ganti bagi pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Perjanjian ketiga pula ialah bagi membangunkan lapan tapak ganti untuk Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Pada majlis di Putrajaya itu, 1MDB diwakili Ketua Eksekutifnya, Shahrol Halmi.

Menteri Besar Diperbadankan Negeri Sembilan diwakili Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hasan; dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan, manakala Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad; dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, Datuk Azemi Kasim, yang juga Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, mewakili kementerian dan jabatan masing-masing.

Ia disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Saida Tolak Pelawaan Suami Tunaikan Umrah

Posted: 15 Jun 2011 06:00 PM PDT

Saida

KUALA LUMPUR: Penyanyi Saida menolak pelawaan suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri untuk melakukan umrah bersama selain masih bertekad dengan keputusannya untuk bercerai.

"Saya minta maaf, bukan mahu melengahkan. Saya tidak dapat menerima pelawaan suami untuk mengerjakan umrah bersama," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.

Dia juga memberitahu bahawa masih berniat untuk meneruskan permohonan perceraian secara baik yang difailkannya dengan menamakan Mohd Ghazali sebagai defendan.

Permohonan itu difailkan pada 6 Oktober 2010.

Peguam syarie Ahmad Nazib Johari juga memaklumkan mahkamah bahawa hakam yang dilantik untuk mencari jalan penyelesaian dalam masalah rumah tangga penyanyi tersebut menemui jalan buntu.

Prosiding pada Rabu, berjalan tanpa kehadiran Mohd Ghazali seorang ahli perniagaan yang pernah bergelar jurutera kaji bumi yang dikatakan masih bersedih dengan kematian ibunya pada 4 Jun lalu.

Perkara itu dibawa ke pengetahuan mahkamah oleh peguam syarienya, Amli Embong.

"Saya masih menunggu surat kematian daripada anak guam. Saya ada menasihatkan Mohd Ghazali untuk hadir, namun dia masih dalam keadaan tidak stabil berikutan fikiran terganggu," katanya.

Amli seterusnya memberitahu yang dia mendapat arahan daripada Mohd Ghazali, 40, agar diberi peluang untuk mengerjakan umrah bersama Saida, 35.

"Sebelum ini anak guam saya cuba dapatkan persetujuan plaintif, bagaimanapun gagal selepas dimaklumkan Saida terbabit dengan aktiviti teater yang berakhir pada 6 Jun lalu.

"Mengerjakan umrah ini adalah cubaan anak guam untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Defendan masih mahu teruskan hasrat itu. Oleh itu mohon tetapkan tarikh sebutan lain," katanya.

Selepas mendengar permohonan tersebut, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi memerintahkan kedua-dua pihak bertemu dengan hakam yang dilantik oleh mahkamah dalam tempoh dua minggu bermula Rabu.

Beliau juga menetapkan laporan hakam tersebut dikemukakan di mahkamah pada 20 Julai depan.

Mohd Suhaily juga menggalakkan anak-anak pasangan tersebut untuk hadir ke mahkamah bagi menyaksikan apa yang sedang berlaku kepada ibu bapa mereka.

Pada prosiding itu, Saida yang merupakan kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza hadir dengan ditemani oleh kakak iparnya, Rozie Abdul Razak.

Saida atau nama sebenarnya Siti Nursaida Tarudin, 35, dan Mohd Ghazali, 41, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Prosiding Perceraian Shaharuddin Tamby Tertutup

Posted: 15 Jun 2011 05:59 PM PDT

KUALA LUMPUR: Prosiding perceraian pelakon, Shaharuddin Tamby (gambar) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Rabu, berjalan secara tertutup.

Pada asalnya kes tersebut berjalan di mahkamah terbuka pada 25 April lalu dengan keterangan Shaharuddin yang tidak bersetuju dengan permohonan perceraian yang difailkan oleh isterinya, Nor'aini Muhammad.

Pada Rabu, Nor'aini yang kelihatan tidak selesa dengan kehadiran pihak media pada awalnya meminta mereka untuk keluar daripada galeri awam mahkamah.

Dia yang memakai baju kurung dan bertudung ungu juga menunjukkan laporan polis yang dibuatnya pada pukul 10.15 pagi, 4 Mei lalu di Balai Polis Taman Melawati berkenaan prosiding terdahulu.

Dakwanya dalam laporan tersebut, terdapat fakta yang dikeluarkan oleh media daripada keterangan Shaharuddin tidak tepat dan memalukan dirinya.

Nor'aini juga menunjukkan beberapa laporan polis yang dibawanya.

Selepas permintaannya agar wartawan meninggalkan mahkamah tidak dilayan, Nor'aini membuat permohonan kepada Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin agar kesnya boleh didengar secara tertutup. Shaiful Azli membenarkan permohonan itu dan mengarahkan semua orang awam yang berada di mahkamah untuk keluar pada pukul 11.30 pagi.

Prosiding itu berjalan selama sejam dan Shaharuddin yang memakai baju kemeja kelabu berjalur putih dan berseluar jean dilihat berjalan meninggalkan mahkamah secara bersendirian.

Pelakon yang membuat penampilan khas dalam filem Apa Kata Hati itu juga memohon kepada wartawan untuk tidak mengganggu emosi isterinya dan enggan mengulas lanjut mengenai kes itu.

Dalam kes ini, Nor'aini, 51, memfailkan permohonan untuk bercerai tetapi tidak dipersetujui oleh Shaharuddin, 54, yang mendakwa masih sayangkan isteri yang menjadi peneman hidupnya sejak 33 tahun lalu.

Nor'aini selaku plaintif mendakwa permohonan itu difailkan ekoran tiada persefahaman dan mendakwa dirinya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada haharuddin atau nama sebenarnya Shaharuddin Tambi.

mStar Online difahamkan pada prosiding tertutup itu, kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk tidak berpisah apabila Nor'aini menarik balik permohonan cerainya.

Pasangan tersebut berkahwin pada 25 November 1978 di Kuala Lumpur dan dikurniakan tiga anak, termasuk dua yang telah mendirikan rumah tangga.

Farah Fauzana Teruja Berlakon 'Mak Dara Nyonya'

Posted: 15 Jun 2011 05:58 PM PDT

Farah Fauzana

KUALA LUMPUR: Penyampai radio dan pengacara Farah Fauzana mengaku teruja apabila ditawarkan untuk berlakon teater Mak Dara Nyonya yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), pada 6 hingga 12 Julai depan.

Kata Farah, dia sudah lama menunggu tawaran untuk berlakon di pentas teater dan tawaran tersebut datang tepat pada masanya.

"Masa mereka tawarkan saya untuk berlakon teater ini, saya terus terima tanpa fikir panjang dan ketika itu saya berada di luar negara

"Saya memang ingin mencuba berlakon teater sejak dari dulu lagi, ketika di universiti saya ada ambil subjek teater.

"Bukan tiada tawaran tetapi masa tidak mengizinkan dan ketika itu juga banyak komitmen lain seperti menjadi pengacara Melodi," ujarnya ketika ditemui pada sidang media Majlis Teater Mak Dara Nyonya di sini, Rabu.

Selain Farah, beberapa pelakon popular yang menjayakan teater ini ialah Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Norzizi Zulkifli dan Sherry Syed Abdullah manakala Juhara Ayob mengalas tanggungjawab melakonkan watak Mak Dara.

Tambahnya, biarpun pernah mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan, dia menganggap teater mempunyai kelainan dan cabaran tersendiri.

"Teater berbeza dengan berlakon, untuk teater kita perlu beri fokus 100 peratus. Kali ini saya nampak cabaran utama ialah untuk bercakap dalam bahasa Indonesia dan memainkan watak gedik.

"Saya sendiri masih tidak yakin sebenarnya, ketika hari pertama latihan saya lihat wajah Juhara Ayob saja saya sudah rasa tertekan kerana kesemua pelakon mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang teater kecuali saya," ujarnya yang memegang watak isteri kepada Tuan.

Bagaimanapun, jelas Farah dia tidak akan mensia-siakan peluang dan kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk membawakan watak tersebut dengan baik.

Dalam pada itu, penerbit teater, Siti Rohayah Attan memberitahu pemilihan Farah sebagai salah seorang pelakon teater ini adalah pilihan yang tepat.

"Biarpun dia tidak ada pengalaman tapi saya nampak dia boleh berlakon, saya hanya cuba nasib untuk mengajak dia berlakon bersama kami dan tidak sangka dia menerima tawaran itu.

"Saya yakin dia dapat membawakan watak tersebut dengan baik, setakat ini saya nampak komitmen dia sebagai pendatang baru dan banyak bertanya kepada pelakon-pelakon lain," katanya.

Teater di bawah kerjasama Matic dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu mengisahkan tentang perjalanan dan kesengsaraan hidup pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah serta kisah seorang nyonya dari Indonesia.

Menurut Siti Rohayah, bajet teater yang ditaja oleh Jamu Mak Dara Sdn Bhd itu merupakan yang termurah berbanding penerbitan teater-teater lain apabila ia hanya mengeluarkan kos sebanyak RM250,000 sahaja.

Tiket untuk menyaksikan Teater Mak Dara Nyonya ini boleh didapati dengan harga RM32, RM52 dan RM82. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-41478600, 012-2977220 dan 013-6293825.

'GIG TV9 Bersama DIGI' Raikan Pemuzik Muda

Posted: 15 Jun 2011 05:57 PM PDT

Kumpulan Hujan akan berentap dengan kumpulan Bunkface pada konsert 10 Julai depan.

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen TV9 meneruskan kempennya untuk memikat penonton muda dengan menganjurkan karnival muzik rock dan indie terbesar iaitu GIG TV9 bersama DiGi pada 9 dan 10 Julai depan di i-City, Shah Alam.

Konsert yang berlangsung selama dua hari itu menampilkan kumpulan rock bebas seperti AwanBand, The Azenders, Pesawat, Azlan & The Typewriter, Hujan, Bunkface, Aizat, 6ixth Sense dan legenda rock Wings.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, karnival muzik itu bertujuan untuk meraikan perkembangan muzik bebas dan para pemuzik muda pada hari ini.

"Karnival ini bukan saja tentang konsert semata-mata, malah turut dimuatkan bengkel muzik dan perbincangan tentang perkembangan dan pasaran muzik di antara penggiat dan bakat-bakat baru ini.

"Ia adalah platform untuk kami untuk meraikan dan menggalakkan perkembangan pemuzik-pemuzik muda dan baru di tanah air," katanya pada majlis pelancaran acara tersebut di Hard Rock Cafe, di sini, Rabu.

Sementara itu, Pengurus Besar TV9, Sherina Mohamed Nordin berkata, penganjuran GIG TV9 bersama DiGi adalah sebahagian daripada program-program yang dilaksanakan untuk tahun ini bersempena perubahan imej stesen tersebut yang kini diluaskan kepada penonton muda.

"Sejak kita mengumumkan identiti baru TV9 iaitu mendekati penonton muda bersempena ulang tahun kelima pada tahun ini, banyak acara telah dijalankan seperti Ekspresi Remaja, Jam With Us TV9 dan terbaru GIG TV9 bersama DiGi pada 9 dan 10 Julai depan.

"Bersesuaian dengan perkembangan muzik indie semasa, kami melihat acara dan program yang berkaitan dengan muzik adalah platform terbaik untuk mendekati golongan muda," katanya.

Pada 9 Julai, konsert yang dinamakan Saturday Afternoon Jam itu akan menampilkan kumpulan AwanBand, The Azenders, Pesawat. Azlan & The Typewriter, Drama Band dan Projek Pistol bermula pukul 5 petang hingga 7 malam.

Sementara, pada hari kedua, GIG TV9 bersama DiGi akan membariskan kumpulan Hujan, Bunkface, Aizat, 6ixth Sense dan Wings.

Menariknya, konsert tersebut akan berlangsung secara serentak pada setiap sesi di dua buah pentas yang dibina bersebelahan.

Bagi memeriahkan lagi acara ini, DiGi akan menganjurkan peraduan Konsert GIG - VIP Treatment untuk pengguna perkhidmatan prabayar DiGi yang berumur 18 tahun ke atas.

Pelanggan DiGi perlu melanggan pakej CallerTunes DJ GIG dengan hanya RM1 seminggu dan mengaktifkan Super Reload Social RM15 di antara 13 hingga 30 Jun ini.

Dua peserta yang membuat isian semula tertinggi dalam tempoh tersebut akan dipilih sebagai pemenang.

Para pemenang bersama empat rakan mereka akan mendapat hadiah berupa lima pas VIP konsert, penginapan dua malam di sebuah hotel lima bintang di Shah Alam, perkhidmatan pemandu peribadi dari hotel ke lokasi konsert, lima helai kemeja-T edisi terhad dan lima helai poster GIG.

Konsert pada 10 Julai juga akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen TV9, radio Hot FM dan www.tonton.com.my.

Untuk memulakan kehangatan GIG TV9 bersama DiGi, dua persembahan GIG TV9 akan diadakan pada 18 Jun bersama Aizat di Klang Parade dan diikuti kumpulan Hujan pada 25 Jun di Plaza Alam Sentral bermula pukul 3 hingga 5 petang.

Radhi (OAG) Buat Persembahan Selepas Masuk Pengasih

Posted: 15 Jun 2011 05:56 PM PDT

Radhi

KUALA LUMPUR: Penyanyi Muhammad Radhi Razali, 33, (Radhi (OAG)) kembali untuk membuat persembahan pentas sejak menjalani pemulihan dadah lima bulan lalu.

Kali terakhir dia mengadakan persembahan pada Disember tahun lalu sempena Konsert Rock The World.

Pada 25 Jun ini, Radhi akan membuat persembahan di Downtown@Bukit Dukung, R&R Lebuhraya Cheras-Kajang dengan kumpulan barunya, Outlet. Ia akan diadakan pada pukul 8.30 malam.

Outlet merupakan kumpulan muzik yang terdiri daripada ahli Pengasih termasuklah dua rakannya iaitu Hafizi Harun (dram) dan Muhammad Kamil Muhammad Muazam (gitaris).

"Ini merupakan persembahan saya yang pertama sejak menjalani pemulihan di sini. Saya akan membawakan konsep berlainan dengan mengubah rentak lagu dan cara nyanyian.

"Saya akan menyanyikan lagu lama daripada kumpulan OAG dan lagu baru yang dicipta di sini dua minggu lalu," katanya dalam satu sidang media di Rumah Pengasih, di sini, Rabu.

Katanya, walaupun telah menubuhkan Outlet tetapi kumpulan OAG masih lagi wujud.

Sementara itu menurut Radhi, selain berhenti daripada mengambil dadah dia turut mampu berhenti merokok sejak tiga minggu lalu. Daripada situ, tercetusnya idea untuk dia menghasilkan lagu Aku Perokok Bodoh.

Lagu kedua yang dihasilkan adalah lagu Tears Spark Street yang mengisahkan tentang dunia luarnya dalam penagihan.

"Selepas ini saya akan menyanyikan lagu bermesej positif dan saya berharap peminat dan keluarga dapat memberikan sokongan terhadap kami," ujarnya.

Faizal Tahir Simpan Baju Superman Tiga Almari

Posted: 15 Jun 2011 05:55 PM PDT

Desiree Tan (kiri) dan Faizal Tahir

KUALA LUMPUR: Penyanyi Faizal Tahir yang sinonim dengan watak Superman menyimpan baju T lambang superhero tersebut sebanyak tiga buah almari.

Koleksi baju-bajunya itu terdiri daripada baju-T yang dibelinya sendiri atau yang diterima sepanjang dia dilantik menjadi duta DC Comics Super Heroes, Malaysia.

"Ada yang saya sangkut dan lipat. Tapi sejak akhir-akhir ini nampaknya kena lipat sebab jumlahnya semakin banyak dan almari pun sudah penuh.

"Selain baju, saya juga ada koleksi kasut dan barang-barang lain seperti patung dan aksesori. Semuanya menjadi koleksi peribadi kesayangan saya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Butik DC Comics Super Heroes yang terbesar di Asia, di pusat beli-belah Pavilion di sini, baru-baru ini.

Menurut Faizal yang popular dengan lagu Mahakarya Cinta, dia meminati watak Superman kerana adi wira itu banyak mempengaruhi zaman kanak-kanak dan zaman remajanya.

Menerusi album terbarunya Adrenalin, dia juga mencipta sebuah lagu berkaitan watak seorang wira berjudul Superhero.

"Hampir setiap orang membesar dengan superhero tertentu dan saya membesar dengan watak Superman.

"Saya juga minat watak-watak superhero lain tapi Superman nampak lebih dominan dan pengaruhnya ada di situ," katanya yang turut meminati watak The Joker dalam filem Batman.

Tahun ini merupakan tahun keempat Faizal bergelar duta jenama yang memasarkan produk-produk superhero terkenal dunia itu.

Selain Faizal, penyanyi Desiree Tan turut dilantik bagi memperkenalkan jenama ini di Malaysia.

Sepanjang tempoh tersebut, Faizal melihat satu evolusi telah tercetus apabila lebih banyak produk diperkenalkan mengikut peredaran masa.

"Dulu produk-produk superhero lebih kepada pakaian sahaja tetapi sekarang produknya sudah dipelbagaikan.

"Apabila saya meninjau butiknya, saya teruja kerana jenama ini bukan hanya keluarkan pakaian, tetapi juga ada 'thumb-drive', 'casing' telefon bimbit dan iPad serta banyak lagi," katanya.

Walaupun watak-watak popular superhero dunia mempunyai penjenamaan kukuh dan menjadi kegilaan para peminatnya di seluruh dunia, namun aspek kualiti tetap diutamakan pengeluar produk.

"Saya tak pernah ada masalah dengan pakaian atau produk yang dikeluarkan. Tentang harga, saya rasa berpatutan dan ia bergantung kepada material atau jenis kain yang digunakan," katanya.

Pengaruh watak Superman dalam hidup penyanyi ini cukup besar apabila Faizal pernah membuka baju dalam satu acara anjuran 8TV semata-mata mahu menunjukkan huruf "S" yang telah dicat pada badannya sehingga tercetus kontroversi tidak lama dulu.

Mahu Berdamai, Yusof Haslam Jumpa Pekida Jumaat Ini

Posted: 15 Jun 2011 05:54 PM PDT

Datuk Yusof Haslam.

PETALING JAYA: Pihak Skop Production akhirnya mengambil jalan tengah apabila mahu berdamai dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) selepas filem KL Gangster terbitan syarikat itu dikatakan mempersendakan pertubuhan berkenaan.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Pekida Jumaat ini di Restoran Haslam, Jalan Pahang, dekat sini untuk mencari jalan perdamaian agar masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.

"Pertemuan ini dibuat atas tujuan untuk berdamai antara pihak kami dan Pekida. Kalau boleh kami mahu menjernihkan konflik yang telah berlaku itu.

"Saya percaya, apabila kita dapat berinteraksi, mereka akan faham situasi kami sebenarnya iaitu penghasilan filem KL Gangster tidak menyentuh atau menghina mana-mana pihak dengan sengaja," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Yusof, dengan cara bermusyawarah, dia berharap tiada ketegangan atau salah faham yang akan berlaku di antara Skop dan Pekida pada masa akan datang nanti.

Salah satu babak dalam KL Gangster.

Pada 11 Jun lalu, Pekida Wilayah Persekutuan memberi tempoh selama seminggu kepada penerbit dan pengarah filem KL Gangster serta Kongsi (Metrowealth) agar meminta maaf secara umum kerana filem berkenaan dipercayai mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut .

Dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan itu yang selama ini dianggap rahsia selain memperlihatkan Pekida seolah-olah seperti kumpulan Gangster orang Melayu.

Bagaimanapun, kata Yusof, anaknya yang juga merupakan pengarah KL Gangster bukan seorang ahli Pekida seperti yang didakwa oleh pertubuhan itu.

"Saya tak tahu macam mana timbulnya cerita yang Syamsul menyertai Pekida. Tetapi saya tahu dia mempunyai ramai kawan-kawan daripada pertubuhan itu.

"Lebih mengejutkan, apabila Syamsul dikatakan telah meminta maaf secara peribadi kepada pihak tersebut kerana hal itu belum pernah berlaku lagi," tegasnya.

Sementara itu, selain pertemuan bersama Pekida, pihak Skop turut mengadakan majlis kesyukuran bersempena kejayaan filem KL Gangster yang berjaya meraih kutipan memberangsangkan selepas seminggu ditayangkan bermula 9 Jun lalu.

"Alhamdulillah, saya yakin dalam seminggu ini, kami mampu mencapai kutipan sebanyak RM8 juta dan ia merupakan sebuah fenomena baru dalam industri perfileman tempatan dari segi kutipan serta kualiti filem tersebut.

"Kebetulan pula kami akan membuat pertemuan dengan Pekida, eloklah jika satu majlis kesyukuran turut diadakan atas kejayaan hasil buah tangan anak saya ini," tuturnya.

Ali Hasilkan Single Selepas Serik Jadi Artis Berkumpulan

Posted: 15 Jun 2011 05:47 PM PDT

Ali Mahu Terus menyanyi Sehingga Akhir Hayat.

PETALING JAYA: Selepas keluar daripada kumpulan M'Pire tiga tahun lepas, bekas vokalis itu, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail,42, membuat kemunculan semula dengan sebuah single terbaru, iaitu Sepi Rindu.

Ali yang juga bekas kumpulan Terra Rossa dan Exist itu berkata, lagu yang dicipta oleh Yuzair dan ditulis oleh Alzair itu sebagai langkah pertamanya untuk bergelar seorang penyanyi solo.

"Sudah lebih daripada 20 tahun saya terlibat dalam industri muzik tempatan dan pengalaman membuatkan saya agak serik dengan karenah orang apabila menjadi penyanyi berkumpulan.

"Justeru itu, Sepi Rindu adalah percubaan pertama saya dalam pasaran muzik tempatan dan jika ia mendapat sambutan, saya akan teruskan dengan penghasilan lagu-lagu baru pula," katanya.

Bagaimanapun, dengan kemunculan penyanyi-penyanyi baru yang semakin ramai, Ali tidak mengharapkan populariti seperti yang pernah diraihnya ketika bersama dengan Terra Rossa dan Exist sebelum ini.

Ali

Cuma Ali mahu peminat-peminatnya tahu bahawa dia masih lagi wujud dalam dunia muzik dan akan terus menyanyi sehingga akhir hayat.

"Memanglah, tak mungkin bagi saya boleh rasa populariti seperti zaman kegemilangan saya bersama teman-teman kumpulan dahulu. Lagipun saya dah tua.

"Bagaimanapun, kehadiran penyanyi-penyanyi muda sekarang ini membuatkan saya juga mahu belajar daripada mereka yang pasti mempunyai idea-idea segar," tuturnya yang kekal dengan imej muzik rock balada.

Dalam pada itu, Ali yang kini bernaung di bawah pengurusan Life Records itu turut bercadang untuk berduet menerusi sebuah lagu baru dengan mana-mana penyanyi yang sesuai.

Posted: 15 Jun 2011 05:46 PM PDT

Hubungan rapat antara dua pelakon popular ini sememangnya bukan satu rahsia lagi, baik di kalangan artis ataupun orang sekeliling mereka semua sudah sedia maklum dengan kemesraan pasangan ini.

Kelibat mereka berdua memang sukar untuk dipisahkan, bahkan sejak dari dahulu, di mana sahaja adanya wanita bernama, Fouziah Gous, di situ juga ada Iqram Dinzly, ini kerana mereka berdua kerap menghadiri majlis-majlis besar bersama-sama.

Namun itu semua cerita dahulu, mereka berdua seakan sudah membawa haluan masing-masing. Biarpun kenyataannya mereka masih lagi mengekalkan hubungan sahabat ini, namun, menurut Iqram dia terpaksa berbuat demikian untuk memastikan hubungan itu tidak putus ditengah jalan.

Iqram dan Fouziah

"Kami selalu tidak bertegur siapa, kadang kala sampai sebulan lamanya. Saja kami buat sedemikian sebab tak terlalu banyak sangat berkomunikasi, ia akan mendatangkan pergaduhan.

"Sudah lama kami berkawan, jadi bohonglah kalau tiada langsung perasaan padanya, tapi saya tak boleh teruskan sebab tak mahu hubungan persahabatan ini terputus hanya kerana ada perasaan-perasaan sebegini.

"Bukan sengaja mahu menjauhinya, saya hanya tidak mahu bayang Fouziah Gous ada dalam diri saya. Tak dinafikan, bayangan itu juga ada kalanya menyebabkan orang takut untuk mendekati saya.

"Orang akan bertanya sama ada saya bercinta ataupun tidak dengannya biarpun sudah saya katakan kami hanya bersahabat, jadi mungkin itu juga jadi penyebab saya belum lagi bertemu jodoh sekarang ini,"jelas Iqram yang melakonkan watak suami kepada Fouziah Gaus dalam filem, Rasuk.

Ibu Carikan Isteri

Menjengah ke usia 30 tahun pada 29 September ini, jelas Iqram dia mempunyai masa dua bulan lagi untuk mencari bakal isterinya sendiri. Dan sekiranya tiada dalam tempoh itu, dia dengan rela hati menyerahkan kuasa pada ibunya untuk memilih mana-mana gadis yang di rasakan sesuai untuk dirinya.

"Dua bulan lagi usia saya akan genap 30 tahun, ini bermakna saya ada masa dua bulan untuk mencari calon isteri yang sesuai.

"Sekiranya tidak ada juga, saya putus asa dan serahkan sepenuhnya pada ibu saya. Saya terima apa sahaja yang dia rasakan sesuai dengan diri saya ini.

"Saya akui sukar untuk mencari kekasih, buktinya sehingga sekarang saya masih belum menjumpainya,"luahnya.

Rasuk

Bakal muncul dengan filem terbaru, Rasuk, ini merupakan kali pertama Iqram Dinzly menjadi pelakon utama dan bergandingan dengan Fouziah Gous sebagai suami isteri.

"Saya sudah banyak kali berlakon bersama Fouziah, namun ini kali pertama kami digandingkan sebagai suami isteri.

"Perkara yang paling sukar dilakukan adalah sewaktu babak saya merangkul Fouziah yang kejang kerana dirasuk syaitan. Waktu itu Fouziah mengejungkan badannya dan saya terpaksa memegang kuat sambil membaca ayat Kursi,"jelasnya lagi.

Perkim ziarah pesakit cilik

Posted: 15 Jun 2011 05:45 PM PDT


Kakitangan Perkim bersama Mohd. Zakri Saimon dan keluarga semasa menziarahi mereka di Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (al-Hajj: 77)

Amalan kebajikan yang dilakukan oleh seseorang sebenarnya adalah untuk kebaikan dirinya dan untuk manfaat dalam kehidupannya.

Sempena bulan Rejab yang penuh barakah ini, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan mempergiatkan lagi ziarah kebajikan dengan menziarahi anak saudara Muslim.

Dengan keprihatinan penderitaan dan bebanan yang ditanggung oleh anak kepada saudara Muslim yang terlantar dan tidak bermaya akibat sawan, Perkim menziarahi Nur Zetty Sazlily Mohd. Zakri, 4.

Ziarah itu dilakukan oleh Unit Dakwah dan Kebajikan Hal Ehwal Sosial Perkim diketuai oleh Amran Abdullah dan beberapa kakitangan di Flat Sri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur pada 9 Jun lalu.

Nur Zetty ialah kanak-kanak yang aktif dan riang tatkala bermain bersama rakan-rakannya. Kini anak comel itu hanya terbaring dan kaku serta tidak bermaya seolah-olah tidak mempunyai kudrat.

Menurut bapanya, Mohd. Zakri Saimon, 35, anaknya menghidap sawan selepas tiga bulan dilahirkan dan mendapat rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, Nur Zetty sering diserang penyakit tersebut secara tiba-tiba dan akan pulih seperti sedia kala selepas beberapa ketika.

"Namun demam panas dan sawan empat bulan lalu menyebabkan dia tidak berdaya lagi untuk bangun dan menjadi orang kelainan upaya (OKU)," jelas Zakri yang memeluk Islam di Perkim Kebangsaan pada tahun 2007.

Kanak-kanak malang itu kurang keupayaan setelah tidak sedarkan diri selama sehari di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL.

"Saya sedih kerana hingga kini pihak hospital belum dapat mengesahkan jenis penyakit yang membelenggu anak saya setelah membuat rawatan pemeriksaan pada saraf, mata dan mulut," kata Zakri.

Beliau yang bekerja di sebuah restoran terkemuka di Bukit Bintang terpaksa bekerja lebih masa untuk mencari wang tambahan bagi membiayai kos rawatan Nur Zetty melalui kaedah perubatan biasa dan tradisional.

Bagaimanapun, setakat ini usaha tersebut belum menampakkan hasil yang memuaskan.

Ekoran peristiwa itu, isterinya, Zahrah Jamian, 27, terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Nur Zetty dan anak bongsunya Nur Zati Adhani, enam bulan.

"Kami berharap agar dia sembuh dan pihak yang prihatin dapat membantu kami," jelas Zakri yang masih menginap dengan ibunya di rumah pangsa yang dihuni bersama 10 ahli keluarga lain termasuk anak-anak buahnya.

Ketika menziarahi Nur Zetty, Amran, Pegawai Dakwah Perkim, Muhammad Farhan Tee Abdullah dan Zubaedah Husen Jawas Awad menyampaikan sumbangan RM100.

Nur Zetty mendapat bantuan sewa rumah, sumbangan lampin pakai buang dan susu tajaan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Selain itu, penduduk setempat dan beberapa organisasi menziarahinya dan menghulurkan sumbangan sebagai tanda keprihatinan terhadap anaknya.

Mereka yang ingin membantu keluarga Nur Zetty boleh menghubungi Zakri di talian 013-201 7392.

Fahami pola politik orang muda

Posted: 15 Jun 2011 05:43 PM PDT


Golongan muda mesti bijak memilih calon pemimpin negara bagi memastikan wawasan pembangunan negara tidak terjejas.- Gambar hiasan


UNJURAN Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 mendapati jumlah belia berumur 15 hingga 39 tahun ialah seramai 11,614,735 orang.

Ia merupakan 43 peratus daripada jumlah rakyat di Malaysia.

Sehingga Disember 2010, seramai 11,811,452 belia yang berusia 21 tahun ke atas telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Manakala pengundi yang berusia 21 hingga 39 tahun mencecah 40 peratus daripada jumlah pengundi keseluruhan.

Ini menjadi golongan orang muda sebagai kelompok penting yang perlu diberi perhatian kerana ia berkait rapat dengan masa depan negara.

Imam al-Ghazali pernah menyatakan: "Jika kamu ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah keadaan generasi mudanya yang ada sekarang".

Secara tidak langsung kelompok belia bukan sahaja boleh menjadi rakan pembangunan negara tetapi juga sebaliknya.

Orang muda tentunya membawa pola dan tingkahlaku politik yang berbeza. Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu saluran orang muda dikatakan penyebab tsunami politik di lima negeri.

Walaupun trend tersebut dikatakan berubah dalam siri-siri pilihan raya kecil kebelakangan ini namun dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, tingkahlaku politik orang muda berbeza mengikut geopolitik kawasan.

Terdapat dua aspek utama yang membentuk pola politik pengundi muda. Pertama tahap pendidikan dan yang kedua pengaruh media sosial.

Boleh dikatakan majoriti pengundi muda mendapat pendidikan minimum hingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ini bermakna mereka berada dalam ruang lingkup pengaruh pendidikan formal sehingga 11 tahun sebelum mereka mengundi.

Ia semakin melebar sekiranya mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Sehubungan itu pendidikan telah mengasah ketajaman daya fikir mereka. Kebanjiran maklumat menerusi Internet dan televisyen menyebabkan mereka mudah membuat perbandingan apabila timbul sesuatu isu yang menyentuh kepentingan dan peranan golongan muda.

Keterbukaan dan pendedahan kepada maklumat sudah tentu menuntut pendekatan yang berbeza dalam mengurus isu yang berkaitan dengan anak muda.

Pengaruh media sosial seperti blog, Facebook dan twitter juga telah mempengaruhi persepsi golongan muda.

Media sosial biar pun tidak bersemuka namun atas sifatnya yang segera, kos murah, tanpa tapisan dan kepayahan pendakwaan undang-undang menyebabkan maklumat masuk ke gajet elektronik bertali arus dan akhirnya berupaya membina pengaruh.

Siapa yang lebih kerap menghantar maklumat akan lebih berpeluang untuk mempengaruhi golongan ini.

Sesuatu perkara jika diasak berkali-kali akan diyakini benar.

Realitinya apakah keperluan kehidupan anak muda? Jika diamati isu golongan ini berkait rapat dengan '4P' - Pendidikan, Pekerjaan, Pendapatan dan Perumahan.

Bermula dengan pendidikan mereka akan mencari inisiatif melanjutkan pelajaran dengan kos yang minimum. Selepas memiliki pendidikan yang sempurna terfikir pula mengenai peluang pekerjaan untuk mereka.

Dengan memiliki pekerjaan mereka akan mempunyai pendapatan untuk menyara kehidupan dan peluang memiliki rumah sebagai tempat berlindung dan memiliki status sosial.

Model Ekonomi Baru (MEB) yang bertujuan meningkatkan pendapatan tahunan perkapita daripada RM21,000 kepada RM45,000 tentunya perlu mengambil kira peluang anak-anak muda untuk turut sama meningkatkan pendapatan.

Atas alasan itu, apa jua dasar, polisi dan pelan pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan mestilah dirasai oleh anak muda dari Perlis sampailah ke Sabah.

Ini kerana pandangan anak muda tentang politik adalah lebih terbuka. Ia diadun antara politik keperluan dan idealisme.

Pada mereka isu '4P' yang berkaitan dengan kelangsungan hidup perlu diambil berat oleh pihak kerajaan.

Mereka juga mahu urus tadbir negara dilakukan dengan sempurna seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Sebab itu, dasar semata-mata tidak menjamin sokongan mereka kepada kerajaan.

Untuk meneruskan kelangsungan hidup, ia tidak cukup dengan sekadar inisiatif.

Apa yang lebih penting adalah persediaan sikap dan minda anak muda dalam berhadapan dengan persekitaran yang semakin mencabar.

Kerajaan demi kelangsungan kuasa tentunya akan mengurus isu berkaitan anak muda melalui pelbagai dasar, polisi dan inisiatif.

Bagaimanapun, yang paling penting anak-anak muda juga mesti berusaha membantu diri mereka sendiri.

kaedah berinteraksi dengan al-Quran

Posted: 15 Jun 2011 05:41 PM PDT

BERINTERAKSI dengan al-Quran bermaksud bertindak dengan bentuk tindakan melalui perhubungan yang sewajarnya terhadap kalam Allah. Ini sesuai dengan statusnya sebagai sumber hidayah dalam setiap perkara yang menyentuh keseluruhan hidup manusia.

Bentuk interaksi atau hubungan tersebut mestilah bersifat ta'abbudi iaitu bermatlamatkan ibadah dalam erti kata membina diri sebagai hamba Allah yang mahu diredai oleh Allah selaku Tuhan yang menurunkan al-Quran.

Iman sebagai asas interaksi

Iman merupakan pemangkin dan pemacu kepada seseorang Muslim dalam membentuk interaksinya dengan al-Quran.

Tanpa iman tidak mungkin seseorang Muslim itu mengetahui, menyedari dan akhirnya meletakkan al-Quran di tempat yang selayaknya dalam kehidupannya.

Seseorang Muslim wajib beriman bahawa al-Quran menjadi sumber hidayah yang menjamin kebahagiaan hidupnya di dunia dan akhirat.

Dia perlu mengetahui bahawa al-Quran telah mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya. Firman Allah yang bermaksud: Alif, Laam, Raa'. ini ialah Kitab (al-Quran) Kami turunkan ia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji. (Ibrahim: 1)

Al-Mawardi dalam tafsirnya menerangkan bahawa terdapat empat jenis kegelapan dan empat jenis cahaya iaitu:

*Kegelapan berbentuk keraguan kepada cahaya keyakinan.

*Kegelapan bidaah kepada cahaya sunnah.

*Kegelapan kesesatan kepada cahaya petunjuk.

*Kegelapan kufur kepada cahaya iman.

Iman yang mantap terhadap al-Quran akan mencorakkan gaya berfikir dan cara bertindak seseorang Muslim yang merupakan sebahagian daripada konteks interaksinya dengan al-Quran.

Interaksi tanpa iman tidak membawa kepada hidayah. Contohnya para orientalis beria-ia mengkaji al-Quran tetapi apabila iman tidak menjadi asas disulami pula dengan pelbagai bentuk prejudis terhadap Islam dan umat Islam, segala kajian tersebut hanya sekadar hasil akademik semata-mata.

Al-Quran antara qiraah dan tilawah

Membaca merupakan interaksi terawal seseorang dengan al-Quran. Wahyu pertama sangat jelas dalam menunjukkan kepentingan membaca al-Quran.

Perkataan iqra' yang diulang dua kali cukup membuktikan betapa pentingnya pembacaan al-Quran itu sebagai agenda tetap dalam diari seorang Muslim.

Al-Tantawi menyatakan bahawa pengulangan perkataan tersebut menunjukkan bahawa sesuatu bacaan itu mesti diulang-ulang bagi memantapkannya.

Dalam al-Quran pembacaan itu dirujuk dengan dua kalimah iaitu qiraah dan tilawah. Para ulama seperti al-Raghib al-Asfahani dalam al-Mufradat menyatakan bahawa walau pun kedua-duanya hampir sama tetapi qiraah sifatnya lebih umum dan ia membawa maksud al-jam' iaitu mengumpulkan segala sesuatu.

Penghafalan al-Quran suatu keistimewaan

Al-Quran adalah satu-satunya kitab suci yang mendapat jaminan Allah SWT daripada sebarang bentuk penyelewengan. Allah menjadikan umat Islam ini berpeluang untuk menghafal setiap perkataan dalam al-Quran.

Firman Allah yang bermaksud: Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (al-Qamar: 17)

Al-Farra' mentafsirkan kemudahan yang dimaksudkan adalah dalam menghafalnya dan tiada kitab yang lebih mudah dihafal selain daripada al-Quran. Ia merupakan salah satu keistimewaan al-Quran.

Tadabbur suatu proses penghayatan

Seorang Muslim sewajarnya tidak hanya berpuas hati dengan kebolehan membaca al-Quran dengan baik, sebaliknya mestilah berusaha dalam meningkatkan interaksinya dengan al-Quran melalui proses bertadabbur makna-makna al-Quran.

Tadabbur bermaksud melihat dengan teliti sesuatu hingga ke penghujungnya dan menatijahkan kesimpulan.

Sheikh Dr. Farid al-Ansari menyatakan, tadabbur hendaklah bermula dengan kefahaman melalui penelitian pelbagai pentafsiran al-Quran. Tadabbur bukan tafsir tetapi memahami tafsir. Pentafsiran merupakan ilmu khusus dalam menyingkap dan menerangkan kehendak-kehendak Allah dalam al-Quran.

Memahami tafsir bererti mengambil sebanyak mungkin pengajaran dan Fiqh al-Ayat daripada pentafsiran tersebut. Pendekatan pentafsiran ulama yang pelbagai menjadikan seseorang yang bertadabbur itu semakin banyak maklumatnya.

Walau bagaimanapun ia tidak semestinya dengan mengkaji sedalam-dalamnya setiap karya tafsir yang ada. Tadabbur lebih berupa mengambil pengajaran melalui kefahaman secara umum tentang makna-makna ayat yang dibaca.

Apa yang penting ia tidak terpesong daripada tafsiran para ulama muktabar. Ia juga sesuatu yang menyuntik perasaan kerana merasa ayat-ayat al-Quran itu ditujukan terus kepadanya.

Penyair Mohd Iqbal pernah dipesan oleh ayahnya: "Bacalah al-Quran seolah-olah ia diturunkan kepadamu."

Muslim yang menghayati al-Quran akan merasa gementar hati dan perasaan seterusnya membawa kepada ketaatan yang tidak berbelah bahagi terhadap perintah Allah dalam al-Quran. Ini merupakan natijah daripada tadabbur yang sebenar.

Tadabbur melalui pentafsiran saintifik

Dewasa ini pentafsiran al-Quran secara saintifik sangat giat dilakukan. Ia menyentuh ayat-ayat al-Quran yang bersifat al-Kauniyyah iaitu ayat-ayat tentang penciptaan alam, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang dihubungkaitkan dengan fakta-fakta sains yang disepakati.

Tokoh-tokoh antarabangsa seperti Dr. Zaghlul al-Najjar, Dr. Harun Yahya, Dr. Abdul Majid al-Zindani dan lain-lain menjadi rujukan dalam hal ini.

Para pengkaji tempatan seperti Dr. Danial Zainal Abidin, Prof. Dr. Yusuf Osman dan Dr. Arif Kasmo juga tidak kurang hebatnya. Kajian-kajian mereka membantu kita dalam bertadabbur dan menambahkan keimanan kita kepada Allah, Rasulullah SAW dan al-Quran.

Ringkasnya tadabbur itu melibatkan tafahhum (memahami secara umum atau khusus), tafakkur (berfikir tentang kaitan makna ayat dalam konteks tertentu) dan tadhakkur (mengambil pengajaran daripada natijah kedua-dua proses sebelumnya).

Pelaksanaan bukti keimanan

Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca dan difahami tetapi hendaklah dilaksanakan segala isi kandungannya. Segala hukum yang terkandung dalam al-Quran wajib dilaksanakan.

Ia merupakan satu kewajipan bukan pilihan. Allah berfirman (maksudnya):

...Maka jalankanlah hukum di antara mereka itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing)...(al-Maidah: 48)

Penerimaan sepenuh hati bukti ketaatan

Pelaksanaan terhadap hukum Allah dalam al-Quran mesti didahului dengan penerimaan sepenuh hati terhadap semua hukum-Nya tanpa memilih sebahagian dan menolak sebahagian.

Al-Quran menyatakan hal ini dalam firman Allah (bermaksud): Maka demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (al-Nisa': 65)

Berdakwah menyampaikan al-Quran

Berinteraksi dengan al-Quran dalam konteks menyampaikan isi kandungan dan pengajarannya merupakan tugas dakwah yang amat mulia. Ia sama ada melibatkan proses al-ta'lim atau al-tabligh atau kedua-duanya sekali merupakan tanggungjawab setiap umat Rasulullah SAW.

Firman Allah (bermaksud): Oleh itu, berilah peringatan dengan al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azab-Ku. (Qaf: 45)

Kesimpulannya, interaksi dengan al-Quran mesti diimplementasikan dalam bentuk praktikal bukan retorik selain hendaklah bersifat aktif, konsisten, istiqamah, tidak bersifat sementara, tidak bermusim dan melampaui batas geografi dan masa.

Kehidupan seorang Muslim tidak bermakna tanpa penghayatan dalam berinteraksi dengan al-Quran. Natijahnya interaksi manusia keseluruhan dengan alam ini akan harmoni dan sejahtera kerana interaksi sempurna mereka dengan wahyu Allah Pencipta Alam.

Set penjagaan diri Upin & Ipin

Posted: 15 Jun 2011 05:39 PM PDT


PEk kembara penjagaan diri Upin & Ipin sesuai untuk anak-anak anda.PEk kembara penjagaan diri Upin & Ipin sesuai untuk anak-anak anda.


ANDA ingin pulang ke kampung atau pergi bercuti bersama keluarga dan buntu untuk membawa keperluan mandian anak-anak?

Kini anda tidak perlu risau lagi kerana Wonderland Primary Sdn. Bhd. telah melancarkan set penjagaan diri Upin & Ipin edisi pek kembara.

Dengan koleksi yang kompak dan senang dibawa ke mana-mana, ia akan menyelesaikan masalah untuk membawa semua keperluan mandian anak-anak sewaktu keluar bercuti bersama keluarga.

Terdapat empat keperluan untuk mandian dalam satu pek iaitu sabun mandian, losen, syampu dan mandian dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Didatangkan 50 mililiter setiap satu botol, harga yang ditawarkan adalah RM10.90 untuk setiap set.

Dengan wangian kandi dan gula-gula, masa mandi anak-anak anda serta seisi keluarga pastinya lebih menyeronokkan.

Pasti percutian keluarga anda akan menjadi lebih meriah dan selesa kerana pek kembara ini lengkap dan sesuai dibawa ke mana-mana.

Di samping menampilkan corak dan animasi si kembar Upin & Ipin yang menarik untuk kanak-kanak, pembungkusan kotak pek kembara ini juga boleh ditranformasikan menjadi poskad.

Ia boleh dihantar kepada teman-teman, keluarga serta ahli keluarga semasa bercuti atau dijadikan koleksi istimewa Upin & Ipin anda.

Percutian keluarga a akan lebih bermakna dengan menghantar poskad kepada teman-teman atau keluarga tercinta.

Selain untuk kegunaan sendiri, pek kembara ini juga sesuai dijadikan hadiah untuk si kecil yang tersayang.

Kini, produk ini boleh didapati di semua pasar raya besar berhampiran dan kedai-kedai yang mengambil bahagian. Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories