RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Mamat dan Fida semakin serius bercinta

Posted: 11 Aug 2011 09:33 PM PDT

Fida dan Mamat kini sedang hangat bercinta

Gosip antara juara Pencarian Bintang Pantene, Rafidah Ibrahim (Fida) dengan salah seorang anggota Sepah, Mohd Noor Murad (Mamat) semakin menjadi-jadi, malah ada juga yang bercerita Mamat sudah pun merancang untuk bertunang.

Mula bertemu ketika mereka sama-sama terlibat dalam promosi filem Man Sewel Datang KL, Fida menjelaskan dia sememangnya senang berkawan dengan lelaki yang gila-gila itu.

Mengakui serius dalam hubungan yang terjalin antara dia dan Mamat, Fida bagaimanapun menafikan mereka berdua akan bertunang dalam jangka masa terdekat ini.

"Bertunang itu sebenarnya harapan dia, kami sudah berbincang dan sepakat mahu mengenali antara satu sama lain terlebih dahulu dalam tempoh yang lebih lama sedikit.

"Saya suka sikap dia, dan saya tak nafikan saya terpikat dengan ciri-ciri kemelayuan yang ada dalam diri dia. Kali pertama saya melihat dia menandatangani kertas untuk peminat dalam bahasa Jawi, saya rasa kagum, jarang sekali orang melayu buat begitu di masa kini, itu yang buatkan saya suka pada dia.

"Bila dia kata ingin mengenali saya dengan lebih dekat dan rapat, saya tidak ada masalah. Saya akui hubungan kami serius, namun kami bukanlah selalu sangat berjumpa sebab masih-masih sibuk dengan kerjaya sendiri, jadi segala hal jodoh ini saya serahkan kepada Allah Taala,"jelas Fida.

Raya

Semakin menghampiri bulan Syawal, Fida masih belum berkesempatan membuat persiapan untuk sambutan hari raya ini.

"Nanti bila sudah betul-betul dekat dengan raya, barulah saya buat persiapan. Sekarang ini, saya sibuk memenuhi jemputan berbuka puasa dengan anak-anak yatim.

"Saya akan beraya di Kuala Lumpur, jadi persiapan untuk raya boleh dibuat lambat-lambat sedikit,"ujarnya.

Farawahida teruja rakam lagu raya

Posted: 11 Aug 2011 09:31 PM PDT

Lagu raya nostalgia masih menjadi pilihan pendengar. Tapi itu bukan bererti lagu raya ciptaan baru tidak menarik. Kalau kena iramanya, boleh menarik perhatian juga.

Farawahida baru merakam lagu raya sendiri berjudul Hayati Raya Sejati khas untuk peminatnya pada musim hari raya tahun ini. Dia akui sangat teruja apabila dapat peluang rakam lagu raya baru selepas tujuh tahun jadi artis rakaman.

Lebih yang menariknya, rezeki merakam lagu raya itu datang tanpa disangka bila pencipta lagu itu yang hanya mahu dikenali dengan nama Tot mahukan dia yang menyanyikan lagu itu. Liriknya ditulis oleh Tot sendiri dan Nira Aria.

"Pada awalnya saya hanya mahu mendengar sahaja lagu itu, belum ada apa-apa perjanjian di antara kami tetapi selepas mendengarnya saya tersentuh dan setuju untuk merakamkannya. Maka kata sepakat pun dicapai, beberapa hari kemudian saya masuk studio," kata Farawahida.

Farawahida yang kini bebas tanpa ikatan syarikat pengurusan, menguruskan kerjaya seninya sendiri dan dia sudah tidak sabar untuk menyanyikan lagu rayanya pada sebarang majlis berbuka puasa yang dihadirinya dan pada program rakaman Hari Raya kerana sebelum ini dia sering menyanyikan lagu raya sedia ada.

Selain itu Farawahida sekarang masih mempromosikan single Jangan Tanya Aku Lagi. Lagu itu juga menjadi lagu tema drama Mata Ayer di TV3. Selain itu Farawahida turut menyanyikan lagu tema drama Supermak lakonan nasha Aziz juga di TV3 berjudul Kuasa Wanita.

Sarah dan Shuib bakal dapat anak lelaki

Posted: 11 Aug 2011 09:28 PM PDT

Pasangan bahagia, penyanyi, Siti Sarah Raisuddin dan pelawak, Shuib daripada kumpulan Sepah disahkan bakal menimang cahaya mata
lelaki, Sarah yang kini mengandung enam bulan mengakui sangat bersyukr dengan pemberian Allah buat dia dan keluarganya.
"Saya baru sahaja buat pemeriksaan doktor hari ini, dan doktor sahkan anak dalam kandungan saya ini adalah lelaki. Sememangnya saya
langsung tidak menyangka apa yang disebutkan oleh suami sebelum-sebelum ini benar-benar berlaku.
"Shuib seperti ada satu perasaan bapa yang kuat, malah sebelum ini dia kerap memberitahu saya, anak dalam kandungan ini lelaki dan
dia memang inginkan anak lelaki.
"Awalnya sering nasihatinya supaya jangan terlalu berharap sebab takut nanti kecewa pula, tetapi Alhamdulillah, apa yang diharapkan
kini menjadi kenyataan.
"Kami sudah merancang dua nama untuk kami ini, saya pilih nama Uwais Alqarni bersempena nama seseorang lelaki di zaman rasulullah
yang hebat, taat dan sangat menghormati ibunya sehinggakan segala doanya termakbul. Manakala Shuib pula mahukan nama Ahmad Didad,
iaitu diambil daripada nama seorang pendebat islam yang sangat pintar dan hebat.
"Setelah berbincang, akhirnya kami putuskan untuk menggunakan nama Uwais Alqarni sebagai nama anak sulung kami ini.
"Alhamdulillah, sepanjang mengandung saya hanya mengalami alahan sepanjang tiga bulan pertama sahaja, dan selepas itu, semuanya
berjalan seperti biasa.
"Syukur juga saya dapat menjalani puasa dengan baik, setiap malam Shuib akan beritahu baby agar puasa esoknya, jadi dia seakan
faham dan saya boleh berpuasa dengan sempurna,"jelas Sarah yang berterima kasih pada suaminya kerana tidak cerewet dalam pemilihan
makanan terutama ketika berbuka dan sahur.
Shuib Teruja Tunggu Kelahiran Anak
Terlalu teruja dan sangat gembira, jelas Shuib dia bersyukur apabila diberitahu nakal menimang cahaya mata lelaki nanti.
"Memang saya terlalu gembira, malah hari ini saya sudah beritahu semua orang bahawa saya bakal mendapat anak lelaki. Sehinggakan
ada yang tidak bertanya sekalipun saya beritahu sekali,"jelas Shuib.

Sarah dan Shuib teruja menanti kelahiran anak sulung mereka

Pasangan bahagia, penyanyi, Siti Sarah Raisuddin dan pelawak, Shuib daripada kumpulan Sepah disahkan bakal menimang cahaya mata lelaki, Sarah yang kini mengandung enam bulan mengakui sangat bersyukr dengan pemberian Allah buat dia dan keluarganya.

"Saya baru sahaja buat pemeriksaan doktor hari ini, dan doktor sahkan anak dalam kandungan saya ini adalah lelaki. Sememangnya saya langsung tidak menyangka apa yang disebutkan oleh suami sebelum-sebelum ini benar-benar berlaku.

"Shuib seperti ada satu perasaan bapa yang kuat, malah sebelum ini dia kerap memberitahu saya, anak dalam kandungan ini lelaki dan dia memang inginkan anak lelaki.

"Awalnya sering nasihatinya supaya jangan terlalu berharap sebab takut nanti kecewa pula, tetapi Alhamdulillah, apa yang diharapkan kini menjadi kenyataan.

"Kami sudah merancang dua nama untuk kami ini, saya pilih nama Uwais Alqarni bersempena nama seseorang lelaki di zaman rasulullah yang hebat, taat dan sangat menghormati ibunya sehinggakan segala doanya termakbul. Manakala Shuib pula mahukan nama Ahmad Didad, iaitu diambil daripada nama seorang pendebat islam yang sangat pintar dan hebat.

"Setelah berbincang, akhirnya kami putuskan untuk menggunakan nama Uwais Alqarni sebagai nama anak sulung kami ini.

"Alhamdulillah, sepanjang mengandung saya hanya mengalami alahan sepanjang tiga bulan pertama sahaja, dan selepas itu, semuanya berjalan seperti biasa.

"Syukur juga saya dapat menjalani puasa dengan baik, setiap malam Shuib akan beritahu baby agar puasa esoknya, jadi dia seakan faham dan saya boleh berpuasa dengan sempurna,"jelas Sarah yang berterima kasih pada suaminya kerana tidak cerewet dalam pemilihan makanan terutama ketika berbuka dan sahur.

Shuib Teruja Tunggu Kelahiran Anak

Terlalu teruja dan sangat gembira, jelas Shuib dia bersyukur apabila diberitahu nakal menimang cahaya mata lelaki nanti.

"Memang saya terlalu gembira, malah hari ini saya sudah beritahu semua orang bahawa saya bakal mendapat anak lelaki. Sehinggakan ada yang tidak bertanya sekalipun saya beritahu sekali,"jelas Shuib.

Penghijrahan besar Raja Farah

Posted: 11 Aug 2011 08:49 PM PDT

raja farah dan suami

Bertambah cantik, bertambah manis! itulah kata-kata yang keluar dari mulut orang ramai yang hadir di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika melihat pelakon jelita,Raja Farah Raja Aziz yang muncul berimej baru sambil jalan bergandingan bersama suaminya, Megat Bashirun Qhuyum bin Zakaria.

Memang ramai yang sudah bercerita tentang penghijrahan baik Raja Farah ini, namun, masih ramai yang belum melihat sendiri imej bertudung pelakon yang pernah popular menerusi filem Salon ini.

Bercerita tentang perubahannya kini, jelas Raja Farah, dia sememangnya sudah lama mahu berubah ke arah ini, dan kini setelah mendapat sokongan suami dan keluarga, akhirnya Raja Farah nekad untuk meneruskan niat murninya itu.

"Saya bersyukur mendapat sokongan daripada suami dan kedua-dua pihak keluarga, bila saya katakan saya mahu bertudung sepenuhnya, mereka sangat gembira dan tidak menolak cadangan ini.

"Sebenarnya, rasa mahu bertudung ini sudah lama, saya ada suarakan pada suami tentang perkara ini, tetapi tidak pernah letakkan tarikh yang tepat untuk saya mula memakainya. Saya bermula dengan membeli tudung dan pakaian-pakain yang sesuai, dan ketika mula-mula saya bertudung, seluruh keluarga terkejut dan gembira.

"Setelah bertudung, banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya, ada kalanya, bila berada dimajlis orang ramai, saya jadi segan hendak bersalaman dengan orang lelaki, tetapi saya harap mereka memahami keadaan saya.

"Tidak banyak perbezaan antara dahulu dan sekarang, Raja Farah tetap Raja Farah yang sama, saya tetap berlakon dan saya juga masih menjalani aktiviti scuba seperti mana dahulu,"jelas Raja Farah

Proses Berhenti Berlakon

Selepas berumah tangga, jarang sekali wajah Raja Farah ini menghiasi drama-drama dan filem tempatan, dan ramai yang beranggapan, penghijrahan Raja Farah ke imej bertudung memperlihatkan seolah-olah dia kini dalam proses untuk mengundurkan diri dalam bidang seni ini.

"Proses mengundur diri itu, mungkin iya dan mungkin juga tidak, semuanya terserah. Namun, setakat ini, saya masih lagi menerima tawaran berlakon. Saya tidak boleh berhenti begitu sahaja, saya mahu lihat dahulu sama ada orang boleh terima lagi ataupun tidak.

"Saya baru sahaja habis penggambaran sebuah drama dnegan Astro, dan setelah bertudung ini saya sudah melakonkan empat buah drama.

"Memang ada sesetengah pihak yang beranggapan, bila sudah bertudung rezeki yang datang juga berkurangan, namun bagi saya ini semua datangnya dari tuhan.

"Selum ini ada juga produksi yang tidak tahu saya sudah bertudung dan menawarkan saya watak yang agak tidak bersesuaian, dan ada juga yang meminta saya membuka tudung sementara berlakon, namun saya meminta mereka menghormati keadaan saya,"jelas Raja Farah lagi.

Gambit tak bawa masalah... Hafsham

Posted: 11 Aug 2011 08:45 PM PDT

Pelakon kontroversi Gambit Saifullah pernah hangat dengan masalah disiplin yang terpalit dengan namanya. Gambit beberapa kali terpalit cerita negatif apabila pernah disingkirkan daripada beberapa produksi gara-gara masalah yang dikatakan berkaitan dengan disiplin.

Dia juga pernah menimbulkan ketegangan dengan media apabila tidak berpuas hati dengan kritikan yang ditulis pasalnya. Adakah kontroversi itu boleh menjejaskan kutipan flem Karipap Karipap Cinta lakonannya yang akan ditayangkan kepada umum di pawagam seluruh Malaysia pada musim Hari Raya Aidilfitri nanti?

Antara aksi Gambit dalam KKC.

Di sebalik kontroversi dan cerita negatif yang mengaitkan nama Gambit, pengarah terkenal Othman Hafsham yang menunjangi Karipap Karipap Cinta melihat Gambit sebagai seorang pelakon yang baik dan memberi sepenuh tumpuan terhadap kerjanya sebagai hero filem itu.

Hafsham akui semasa nama Gambit disenaraikan sebagai pelakon utama, dia ada menerima teguran dan pandangan yang berasakan persetujuannya menerima Gambit sebagai pelakon utama adalah satu langkah silap.

"Ada yang bertanya, mengapa saya mengambil Gambit, tapi saya tidak memandang perkara luaran dalam bekerja. Ternyata Gambit memberikan komitmen sepenuhnya dan tak pernah mendatangkan masalah kepada saya. Bukan sahaja di lokasi malah aktiviti promosi pun dia bersama-sama tim produksi.

"Saya akui pada peringkat awal penggambaran dia nampak belum serasi dengan cara kerja saya, tapi selepas dia faham, dia boleh bekerjasama dengan baik.

"Saya bukan jenis pengarah yang ada ego tinggi yang hanya mahu semua orang mendengar kata saya sahaja. Saya juga mendengar pendapat orang lain termasuk pelakon-pelakon saya. Malah Gambit juga ada memberikan lebih daripada apa yang saya mahukan.

Hafsham memberi arahan di set penggambaran.

"Ada dialog yang dia tokok tambah sedikit, dan saya rasa dialog yang dia tambah itu kena dan saya menggunakannya. Ternyata apabila ditayangkan (pratonton kepada media), dialog itu menangkap dan penonton beri reaksi yang baik," kata Hafsham.

Dia juga berharap kontroversi yang pernah melanda Gambit tidak membantutkan kutipan filem terbitan Cinematic Pictures itu. Selain Gambit, filem itu menampilkan Eman Manan, Rosnah Johari, Fish Fadzil, Shawal AF5 serta pelakon baru Melia Aimelia sebagai heroin.

Gambit akui pada hari pertama penggambaran dia tiba agak lewat di lokasi. Pada masa itu Hafsham sudah terpacak di lokasi. Cara kerja Hafsham sedikit sebanyak mengubah dirinya. Apatah lagi cara kerja produksi itu yang menyenangkannya.

"Biasanya pengarah lain tiba lewat di lokasi, saya ingat Hafsham juga datang lambat, sebab itu saya pun datang lambat. Tapi bila lihat dia orang pertama tiba dilokasi, saya juga mengubah cara saya.

"Pada mulanya saya takut tak ada keserasian kerana tidak tahu cara dia bekerja. Saya juga tahu dia mendengar pandangan orang luar yang mengatakan jangan mengambil saya berlakon. Bila dah serasi, saya selesa di lokasi dan senang bekerja dengannya," akui Gambit.

Gambit ada pakej... kacak dan berbakat besar.

Filem penentuan Hafsham

Filem ini mengangkat sebuah novel popular tulisan Nazri Md. Annuar. Hafsham tergerak memindahkan novel ini kerana nampak unsur komedi yang diserapkan oleh penulis setelah membacanya. Sementelah jiwanya sendiri rapat dengan filem bergenre komedi.

"Inilah filem penentuan saya. Kalau filem ini berjaya, saya akan terus mengarah, tapi kalau ia gagal mendapat sambutan, saya kena bersaralah. Saya ada dua buah skrip yang menunggu, tapi ia bergantung kepada pulangan filem ini dahulu untuk memulakan projek tersebut," kata Hafsham.

Hafsham mengklasifikasikan filem itu sebagai komedi berat. Ia bukan memaksa penonton ketawa sepanjang masa sebaliknya ada drama dan ada seriusnya.

Hafsham juga tidak gusar meletakkan pelakon baru sebagai sandaran utama kerana baginya orang menonton filem kerana ceritanya, bukan kerana pengarah atau pelakon.

"Bila penonton selesai menonton dia akan kata sedap filem ini, dia tak kata bagus pengarah ini atau bagus pelakon itu. Pokok utamanya, sesebuah filem mesti ada cerita yang baik, saya yakin cerita Karipap Karipap Cinta ini sebuah tulisan yang baik" kata Hafsham pasal pemilihannya membariskan ramai pelakon baru sebagai tunjang utama.

Sinopsis Karipap Karipap Cinta

Karipap-Karipap Cinta mengisahkan hubungan yang wujud dalam dua hati manusia yang jauh berbeza latarbelakang. Ali yang bekerja di syarikat penerbitan majalah merupakan seorang lelaki yang sempoi, gemar melepak bersama rakan-rakannya dan sering dimarahi bos tempat kerjanya kerana kualiti kerjanya yang merosot.

Sarah pula seorang graduan dari Universiti Al-Azhar, Mesir berasal dari keluarga yang berada dan merupakan seorang wanita yang bercita-cita tinggi. Ali mula jatuh hati pada Sarah selepas terpandang wajah ayu Sarah. Hubungan mereka kemudiannya makin erat selepas cubaan Ali menyelamatkan Sarah yang jadi mangsa ragut.

Untuk memikat Sarah, Ali terpaksa menipu mengatakan dia juga mempunyai pendidikan agama. Macam-macam hal berlaku dalam usahanya memikat Sarah. Penipuannya telah memakan diri sendiri. Dia juga sanggup melakukan apa sahaja demi membuktikan cintanya kepada Sarah sehingga membuat perkara yang menyalahi undang-undang.

Apakah Ali berjaya mencuri hati Sarah? Di mana peranan karipap? Karipap ialah kuih kegemaran Sarah yang boleh menjadi pengikat kasih Ali dan Sarah. Saksikan Karipap Karipap Cinta di pawagam berdekatan anda pada musim hari raya ini.

Fizo Omar buka gerai serunding

Posted: 11 Aug 2011 08:42 PM PDT

Fizo didepan gerai miliknya

Tidak hanya sibuk dengan penggambaran di lokasi, pelakon kacak kelahiran Kelantan ini juga sebenarnya sibuk menguruskan perniagaan serundingnya. Membuka gerai dihadapan pusat membeli-belah Kompleks Pertama, menurut Fizo, dia menjual serunding yang selama ini menjadi resepi turun temurun keluarganya.
Memberi nama Serunding Fizo Omar, jelas Fizo, selain boleh didapati di gerainya, serunding itu juga boleh didapati di beberapa petronas yang terpilih. Tidak hanay emmikirkan keuntungan, menurut Fizo dia turut menyalurkan sumbangan RM2 melalui setiap 1 kilogram serunding yang terjual kepada anak-anak yatim.
"Sebenarnya perniagaan serunding ni dah lama saya buat, cuma tahun-tahun lepas saya tidak membuka tapak gerai dan hanya menjualnya melalui tempahan sahaja. Tahun ini, saya sendiri yang usahakannya digerai di hadapan Kompleks Pertama.
"Resipi serunding ini memang milik keluarga kami sendiri dan Alhamdulillah, sejak gerai ini dibuka sudah lebih 100 kilogram berjaya dijual. Serunding ini dijual mengikut bungkusan-bungkusan berharga RM15 sahaja, dan ia bukan sahaja dijual pada musim perayaan tetapi sepanjang masa,"jelas Fizo.
Disisi kerjaya pula, Fizo kini baru sahaja menerima tawaran mengacarakan program popular, Nasi Lemak Kopi O. Bersiaran setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, Fizo mengakui agak gementar sewaktu mula bersiaran seminggu yang lalu.
"Sebelum ini saya sudah ada mengacarakan beberapa program, tapi tidaklah segementar ini. Alhamdulillah, walaupun macm-macam perasaan ada pada ketika itu, tapi saya tetap dapat menjayakannya dengan baik.
"Sekarang ini juga, saya sedang tunggu lima filem saya keluar di panggung, iaitu, hello, Halimunan, 7 Petala Cinta, Azazil, dan Minyak Dagu. Tahun ni rezeki lakonan datang dengan banyak, jadi saya tidak menolaknya. Saya tidak hanya berlakon dengan filem-filem dibawah terbitan Metrowealth sahaja, tetapi ia semua bergantung pada skrip yang ditawarkan,"jelas Fizo.

Tidak hanya sibuk dengan penggambaran di lokasi, pelakon kacak kelahiran Kelantan ini juga sebenarnya sibuk menguruskan perniagaan serunding.

Membuka gerai di hadapan pusat membeli-belah Kompleks Pertama, Kuala Lumpur, menurut Fizo, dia menjual serunding yang selama ini menjadi resepi turun temurun keluarganya.

Memberi nama Serunding Fizo Omar, jelas Fizo, selain boleh didapati di gerainya, serunding itu juga boleh didapati di beberapa kios Petronas yang terpilih. Tidak hanya memikirkan keuntungan, menurut Fizo dia turut menyalurkan sumbangan RM2 melalui setiap kilogram serunding yang terjual kepada anak-anak yatim.

"Sebenarnya perniagaan serunding ni dah lama saya buat, cuma tahun-tahun lepas saya tidak membuka tapak gerai dan hanya menjualnya melalui tempahan sahaja. Tahun ini, saya sendiri yang usahakannya di gerai di hadapan Kompleks Pertama.

"Resipi serunding ini memang milik keluarga kami sendiri dan alhamdulillah, sejak gerai ini dibuka sudah lebih 100 kilogram berjaya dijual. Serunding ini dijual mengikut bungkusan-bungkusan berharga RM15 sahaja, dan ia bukan sahaja dijual pada musim perayaan tetapi sepanjang masa," jelas Fizo.

Di sisi kerjaya pula, Fizo kini baru sahaja menerima tawaran mengacarakan program popular, Nasi Lemak Kopi O. Bersiaran setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, Fizo mengakui agak gementar sewaktu mula bersiaran seminggu lalu.

"Sebelum ini saya pernah mengacarakan beberapa program, tapi tidaklah segementar ini. Alhamdulillah, walaupun macam-macam perasaan ada pada ketika itu, tapi saya tetap dapat menjayakannya dengan baik.

"Sekarang ini juga, saya sedang tunggu lima filem saya ditayangkan di panggung, iaitu, Hello, Halimunan, 7 Petala Cinta, Azazil, dan Minyak Dagu. Tahun ni rezeki lakonan datang dengan banyak, jadi saya tidak menolaknya. Saya tidak hanya berlakon dengan filem-filem di bawah terbitan MiG sahaja, tetapi ia semua bergantung pada skrip yang ditawarkan,"jelas Fizo.

Farid Kamil akan beraya di kampung Diana Danielle

Posted: 11 Aug 2011 08:41 PM PDT

Farid Kamil kini lebih terbuka berbica soal cinta

Kalau sebelum ini, pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle kelihatan begitu sukar membuka mulut untuk menceritakan perihal peribadi mereka kepada umum terutamanya soal cinta, kini baik Farid mahupun Diana, mereka seakan-akan tidak lagi mahu menyembunyikan perasaan cinta yang ada dalam hati mereka.

Biarpun mengakui masih belum merancang untuk pergi ke peringkat yang lebih serius dalam perhubungan yang terjalin itu, Farid bagaimanapun mengaku hubungan dia dan Diana kini semakin matang.

"Saya lebih terbuka sekarang ini memandangkan hubungan antara saya dan dia semakin matang, namun, masih antara kami masih belum perancang untuk pergi ke peringkat yang lebih serius," luahnya.

Farid yang baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri, Wasiat untuk Astro Prima ini berharap dapat bercuti lama pada bulan Syawal nanti.

Dia merancang membuat rumah terbuka pada hari raya ketiga di kampung halamannya di Kedah nanti, Farid juga mengharap kehadiran kekasihnya pada hari itu.

Diana Danielle

Bercerita tentang raya, menurut Farid, dia dan Diana tidak akan beraya bersama, memandangkan kedua-duanya mempunyai kampung masing-masing, namun Farid merancang untuk singgah di kampung halaman Diana di Perak untuk beraya di sana.

"Bonus yang saya perolehi daripada filem Kongsi ini, saya rancang untuk membuat rumah terbuka di kampung saya nanti pada hari raya ketiga. Ini merupakan kali pertama saya membuat rumah terbuka menggunakan wang saya sendiri, kerana sebelum ini ia hanya dibuat oleh ayah dan ibu sahaja.

"Saya masih tidak merancang untuk bawa Diana balik ke Kedah, tapi saya rasa mungkin akan menjemputnya hadir pada hari rumah terbuka itu. Diana juga ada kampung di Perak, jadi kemungkinan dia akan pulang ke kampungnya hari ini, jika berkesempatan, saya akan singgah di sana pada perjalanan pulang dari kampung nanti.

"Tentang baju raya pula, setakat ini saya masih belum membelinya lagi. Saya dan keluarga jarang sekali memakai pakaian mengikut tema, cuma mungkin tahun ini saya akan membeli baju berwarna hijau kerana masih belum memiliki baju Melayu berwarna hijau lagi,"jelas Farid yang menjanjikan soto, lontong, nasi tomato dan ayam masak merah pada hari terbukanya nanti.

Ada sebab Faezah rahsia hubungan dengan Heykal

Posted: 11 Aug 2011 08:39 PM PDT

Semasa bercerita pasal bakal suaminya, pelakon Faezah Elai enggan menyebut nama. Walaupun nama pengarah drama Asmara, Heykal Hanifah disebut-sebut sebagai lelaki yang dipilihnya, namun Faezah tetap mengunci mulut.

Sekarang Faezah sudah mengesahkan yang dia akan bernikah dengan Heykal pada 9 September ini di rumah keluarganya di Pulau Pinang. Mereka akan bersanding pada 3 Disember depan.

Pasti ada yang melabelkan Faezah sebagai kaki kelentong kerana pernah menafikan hubungan dan menggambarkan akan berkahwin dengan orang lain sebelum ini.

Apa kata Faezah? Faezah menjelaskan secara terbuka kepada media semasa ditemui dalam majlis kesyukuran tamat penggambaran filem Tanda Putera di Finas, malam ini.

Katanya: "Saya ada sebab mengapa tidak menyebut nama Heykal sebelum ini. Permintaan ibu Heykal sendiri yang tidak mahu nama Heykal disebut sehinggalah kad undangan dicetak. Sekarang sudah dicetak dan dapat persetujuan untuk didedahkan, jadi saya sedia mendedahkannya.

"Saya tak kisah kalau ada yang masih nak menyalahkan saya. Tapi saya ingin memberitahu bahawa hubungan saya dengan Heykal bermula selepas dia dah solo."

Faezah juga tetap mempertahankan hubungannya dengan Heykal semakin rapat setelah lelaki itu bercerai dan dia tidak kena-mengena dengan masalah rumah tangga mereka.

"Semasa cerita hubungan kami mula diperkatakan, hubungan kami belum terjadi. Selepas itu barulah kamu berbicara apabila hubungan kami diperkatakan. Kerana cerita itulah yang membuatkan kami menjadi rapat," katanya lagi.

Isteri Esma Daniel selamat melahirkan anak keempat

Posted: 11 Aug 2011 08:36 PM PDT

Isteri kepada pelakon popular Esma Daniel, selamat melahirkan bayi pertama mereka seberat 2.9 kilogram di............
Bayi yang diberi nama...........lahir kira-kira jam 1.10 tengahrai tadi dalam keadaan normal dan menurut Esma, isterinya dan bayi berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat.
"....

tahniah buat esma daniel

Hati siapa yang tidak gembira tatkala isteri tercinta selamat melahirkan anak mereka selepas sembilan bulan menanti dengan penuh sabar.

Begitulah yang dirasai oleh pelakon popular, Esma Daniel ketika isterinya Nitra selamat melahirkan cahaya mata keenamnya pada jam 1.10 tengahari tadi di Hospital KPJ Selangor.

Biarpun ini merupakan anak keempat mereka, namun perasaan berdebar dan teruja sewaktu saat menyambut kelahiran bayi seberat 2.9 kilogram itu tetap ada, dan seperti kebiasaannya, Esma tetap meluangkan masa untuk menyaksikan sendiri saat-saat penting itu.

"Alhamdulillah, rezeki datang melimpah ruah di bulan mulia ini, dan saya sangat terharu dengan pemberian tuhan ini. Yang paling penting, isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat dan selamat, dan proses kelahiran berlaku dalam keadaan normal tanpa sebarang komplikasi yang teruk.

"Ini anak saya yang keenam keseluruhannya, dan yang keempat untuk saya dan Nitra. Tanggungjawab saya semakin besar, dan saya berharap saya mampu menjadi ayah yang terbaik dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik yang mungkin.

"Saya dan isteri bercadang untuk meletakkan nama yang ringkas untuk bayi ini, dan cadangannya saya mahu nama Maya Sari, tetapi setakat ini kami masih belum membuat pendaftaran.

"Nitra mula dimasukkan ke hospital sejak semalam, dan saya menemaninya sejak awal biarpun sekarang ini saya sedang sibuk di lokasi penggambaran Ramadhan Terakhir. Untuk hari ini, saya minta pelepasan sebentar untuk menguruskan isteri dan anak baru ini, dan selepas ini saya akan sambung penggambaran kembali.

"Emak dan ayah saya juga sudah datang ke rumah saya untuk membantu menjaga isteri selepas bersalin ini,"jelas Esma.

Raya Sederhana

Menyambut kehadiran ahli keluarga baru dibulan yang mulia ini, Esma juga teruja menyambut hari raya bersama-sama mereka.

"Raya tahun ini kami akan beraya dikampung saya di Perak, tentang persiapan raya pula, isteri saya sudah menyediakannya sebelum tempoh bersalin lagi. Baju raya anak-anak dan keluarga sudah tersedia sejak dari awal.

"Cuma untuk tahun ini, kami mungkin akan beraya dirumah sahaja kerana isteri masih didalam pantang,"jelas Esma.

Mentor Raya lebih gamat dan spontan

Posted: 11 Aug 2011 08:27 PM PDT

Bakal bersiaran pada 11 September 2011 iaitu bersamaan dengan raya ke-13, jam 9 malam, stesen tv popular TV3 bakal mempersembahkan sebuah program raya berjudul Mentor Raya.

Konsert edisi khas sempenan hari raya ini menyaksikan persembahan hebat daripada protoge Mentor musim ke-5, Salma, Shiha, Iqa, Ratnah, Aiman dan Ayish. Istimewanya, rancangan ini juga turut diserikan oleh Mas Idayu dan protogenya, Black selain mentor-mentor lain seperti Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Erra Fazira dan Noh Hujan.

Di kendalikan oleh pengacara popular, Ally Iskandar, menurut pengarah dan penerbit rancangan ini, Mohd Sufian Isa, Mentor Raya kali ini lebih spontan dan lebih banyak aksi untuk menghiburkan penonton-penonton di luar sana.

"Sudah menjadi tradisi setiap kali raya, pastinya warga Mentor tidak mahu melepaskan peluang mengubat dan menghiburkan hati peminat setianya tatkala menikmati juadah dan kunjungan kaum keluarga dan sahabat handai di hari lebaran.

"Seperti biasa juga, kami menampiljan lagu-lagu raya popular yang dibawakan oleh barisan sifu. protoge dan artis undangan untuk menghangatkan lagi kemeriahan raya.

"Kami juga menghidangkan beberapa aksi spontan, yang beberapa permainan diwujudkan tanpa diketahui oleh protoge dan mentor.

"Selain daripada menemukan kembali hampir semua barisan sifu dan protoge musim kelima setelah hampir tiga bulan berpisah selepas malam kemuncak pertandingan ini yang telah berlangsung pada 29 Mei yang lalu, episod khas Mentor Raya ini juga boleh digambarkan sebagai usaha untuk mendidik pelapis industri muzik tanah air agar tidak lupa dan sentiasa menghargai irama dan penghibur evergreen yang telah menjadi tunjang kepada perkembangan arus perdana.

"Dua orang mentor tidak dapat hadir pada malam rakaman ini kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, namun secara keseluruhannya, rakaman ini mencapai kualiti yang kita mahukan,"jelas Sufian.

Jangan lupa saksikan program Mentor Raya ini yang bakal disiarkan pada 11 September (Raya ke-13) jam 9 malam, di TV3.

Sekali rasa pasti sukar dilupakan

Posted: 11 Aug 2011 08:09 PM PDT


Ainon Naim menunjukkan rendang Minang yang telah siap dan dipek dalam bekas lut sinar.


RENDANG Minang yang berasal dari Sumatera sudah tidak asing lagi di negara ini. Ia bukan sahaja antara juadah wajib untuk dinikmati bersama ketupat atau lemang di pagi Syawal, malah disajikan pada majlis-majlis keramaian lain.

Sekalipun ramai yang mengusahakan rendang Minang di sekitar Kuala Lumpur tetapi hasil air tangan Ainon Naim, 74, yang telah mengusahakan rendang ini sejak lebih 30 tahun lalu nyata mempunyai keistimewaan tersendiri.

''Sedap atau tidak perlu rasa dahulu. Biasanya bagi yang telah mencuba akan mula menjadi pelanggan tetap,'' ujar Ainon ketika ditemui di rumahnya di Wisma Zabedah, Jalan Hamzah, Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sekalipun sudah berusia, Ainon mengakui selagi mempunyai kudrat dan kesihatan yang baik dia akan terus membuat rendang yang dianggap sebagai hobi bagi memenuhi masa lapang.

Balu 10 anak itu mengakui bermula dengan kecil-kecilan membuat rendang akhirnya rendang Minang 'Kak Enon' sudah dikenali.

Ainon memberitahu, rutinnya lebih sibuk pada bulan Ramadan kerana setiap hari akan memasak rendang untuk jualan di pasar Ramadan dan tempahan menjelang Aidilfitri.

Berikutan itu seawal pukul 8 pagi lagi, Ainon sudah mula menyiapkan bahan-bahan membuat rendang iaitu daging yang dipotong selain bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, cili kering, lengkuas, santan, daun limau purut dan daun kunyit.

Ainon mengakui dia agak cerewet dalam membuat pilihan bahan untuk rendangnya bagi mengekalkan rasa dan kualiti.

Atas sebab itu juga Ainon hanya menggunakan daging tempatan kerana katanya, daging import banyak lemak yang akan menjejaskan keenakan rendang.

Katanya, dia hanya membuat rendang Minang jenis kering dan boleh tahan sehingga sebulan.

Jelas Ainon, yang membezakan rendang Minang dengan rendang jenis lain ia tidak dicampur kerisik sebaliknya dilebihkan santan.

Selain itu, katanya, rendang Minang yang dibuatnya tidak pedas kerana lebih banyak menggunakan cili kering dan sedikit sahaja cili padi.

Satu rahsia Ainon ialah rendangnya dimasak menggunakan dapur arang.

Dia lebih senang menggunakan dapur arang kerana bukan saja menjimatkan bahan api tetapi lebih mudah untuk mengawal api.

Lagipun, katanya, untuk memasak rendang perlu menggunakan api perlahan.

''Rendang ini juga mesti dikacau selalu untuk mengelak daripada bahagian bawahnya berkerak dan hangit,'' katanya.

Ainon menceritakan setakat ini dia pernah memasak rendang untuk 50 kilogram (kg) daging pada majlis perkahwinan anaknya.

Setiap hari di sepanjang bulan Ramadan ini pula dia akan memasak sekurang-kurangnya 15 kg daging untuk dibuat rendang.

''Masa yang digunakan untuk masak rendang sebanyak 15 kilogram ini kira-kira lapan jam,'' katanya.

Ketika ditanya di mana mempelajari cara memasak rendang Minang itu, Ainon memberitahu semuanya dipelajari daripada ibu mertuanya yang berketurunan Minang.

Selain itu beliau juga mendapat galakan daripada suaminya seorang penjual daging di pasar Chow Kit supaya mengusahakan rendang Minang secara serius.

Sudah menjadi tradisi pada setiap tahun beliau akan menyewa tapak pasar Ramadan di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan rendang Ainon menghubunginya menerusi talian 017-3217430.

Biskut raya chef selebriti

Posted: 11 Aug 2011 08:08 PM PDT


Chef Florence Tan (depan kiri) dan Chef Ismail (depan kanan) bersama para peserta Bengkel Bengkel Ria Ria Raya Mega Utusan Malaysia-Cornflakes di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.


KUIH raya memang menjadi menu wajib dan sudah pasti ia didapati di semua ruang tamu setiap rumah yang menyambut kedatangan bulan Syawal.

Kerana itu, ramai kini yang memilih untuk membeli kuih yang banyak dijual di pasar raya ataupun menempah daripada kenalan.

Namun, mereka yang inginkan kelainan, peluang menghasilkan kuih raya sendiri merupakan satu kepuasan.

Justeru, bagi tujuan itu, Mega Utusan Malaysia dengan kerjasama Nestle Cornflakes baru-baru ini menganjurkan bengkel khas untuk memberikan tunjuk ajar kepada peserta membuat kuih raya.

Program yang dinamakan Bengkel Ria Ria Raya itu dianjurkan sebanyak tiga siri bermula di Kuala Terengganu, diikuti Melaka dan berakhir di Sungai Petani, Kedah.

Bertempat di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani baru-baru ini, lebih 100 peserta menghadiri bengkel siri terakhir tersebut.

Pada program berkenaan dua chef selebriti iaitu Datuk Ismail Ahmad atau lebih dikenali Chef Ismail dan Chef Florence Tan hadir memberikan tunjuk ajar di samping berkongsi resepi serta tips masakan.

Hadir sama pada bengkel penyediaan biskut itu ialah chef muda yang sedang menempa nama, Mohamad Azli Razali atau Chef Azli.

Bengkel masakan setengah hari bermula pukul 2 petang itu mendapat sambutan hebat termasuk di kalangan ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani di bawah pimpinan Shahanim Mohd. Yusof.

Kedua-dua chef selebriti itu tampil dengan resipi biskut raya terbaik iaitu Biskut Oren Nestle Cornflakes, Biskut Keju Ranggup Nestle Cornflakes, Jejari Tropika Nestle Cornflakes dan Biskut Pops Nestle Cornflake.

Menariknya sambil berkongsi resipi istimewa biskut raya, Chef Ismail, Chef Florence serta Chef Azli sempat berkongsi beberapa petua masakan yang cukup berguna.

Antara petua yang 'diperturunkan' kepada peserta ialah tip membakar biskut.

"Untuk menghindari biskut daripada mudah pecah atau menjadi serpih, sentiasa sapukan minyak dengan rata pada dulang pembakar.

"Jangan biarkan biskut terlalu lama di atas dulang selepas siap dibakar. Tolak sedikit setiap biskut semasa baru dikeluarkan daripada ketuhar," katanya.

Chef Ismail memberitahu, ini kerana apabila sejuk, gula di dalam biskut akan mengeras dan melekat pada dulang serta menyebabkan sukar ditanggalkan daripada dulang.

Tidak cukup dengan itu, para peserta juga dikongsikan tip istimewa oleh Chef Florence dalam menghasilkan biskut raya lebih menarik.

"Elakkan tepung berlebihan kerana tepung mengandungi gluten iaitu ejen yang memadukan semua bahan. Bila anda tambah terlalu banyak tepung, gluten yang berlebihan akan berkumpul dan menjadikan bahan lebih padat dan kurang mengembang semasa membakar.

"Maka, biskut yang dihasilkan itu akan menjadi terlalu keras," katanya.

Chef Azli pula mengingatkan kepada peserta supaya tidak terlalu kerap menguli tepung.

"Sentiasa memotong biskut sebanyak mungkin daripada kepingan doh sebelum menguli lagi. Menguli doh terlalu kerap akan membuatkan gluten di dalam mengembang dan mengeraskan doh," katanya.

Oleh itu, katanya, bagi melembutkan doh, eloklah diletakkan doh di dalam peti sejuk selama 30 hingga minit.

Sentuhan moden baju Melayu

Posted: 11 Aug 2011 08:07 PM PDT


Zulkifli Rahmat (tengah), pemilik Dzull de Classique di samping model yang menggayakan baju Melayu rekaannya.


TIADA beza hari raya dengan hari-hari biasa seandainya kaum lelaki tidak berbaju Melayu. Itulah kemeriahan yang boleh dilihat pada hari raya.

Walaupun ramai kaum lelaki yang berbaju Melayu pada hari Jumaat namun kemeriahannya tidak sama kerana pada hari raya semua pasti akan memakai baju Melayu dengan lengkap.

Walaupun baju Melayu banyak terjual yang sudah siap, bagi sesetengah orang lebih selesa menempah.

Mungkin kerana dapat memilih sendiri jenis kain yang disukai, warna digemari, saiz yang sepadan dan boleh ditambah sebarang idea pada baju bagi menambah keunikan baju tersebut.

Zulkifli Rahmat dari Dzull de Classique berkata, sebenarnya bukan wanita sahaja yang sibuk menempah pakaian apabila menjelang hari raya, lelaki juga tidak terkecuali.

Katanya, mereka yang mahukan kelainan dan tidak sama dengan orang lain sudah pasti akan menempah baju Melayu yang diingini.

"Baju Melayu yang ada pada masa kini tidak lagi hanya mengikut ciri tradisional, sama ada berleher cekak musang atau tulang belut dan berpesak.

"Baju Melayu moden memiliki rekaan yang lebih terkini. Walaupun baju Melayu pesak masih lagi dibuat namun ada yang telah membuat pengubahsuaian pada baju Melayu dengan membuat mengikut bentuk badan," katanya.

Menurut Zulkifli, bagi baju Melayu yang mengikut bentuk badan ia biasanya diminati oleh golongan remaja yang tidak menggemari baju berpesak yang nampak besar dan longgar.

Bagaimanapun katanya, baju Melayu tidak berpesak tidak begitu sesuai bagi yang berbadan besar kerana akan nampak sendat di bahagian perut.

"Baju ini lebih sesuai untuk yang bersaiz S atau M sahaja," katanya.

Selain itu menurutnya, kelainan baju Melayu moden ini dapat dilihat pada bahagian dada yang dijahit pleats atau tampalan (patching) pada kolar, poket dan hujung tangan.

Katanya, tampalan ini dibuat daripada fabrik yang berlainan warna supaya lebih terserlah kelainan.

"Warna-warna terang dan kontra menjadi pilihan untuk baju Melayu tahun ini.

"Sebagai contoh baju Melayu berwarna merah tidak nampak membosankan dengan tampalan tepi berwarna merah.

"Begitu pun, warna-warna yang masih mendominasi fesyen baju Melayu tetap warna kelabu, biru firus dan merah cili," katanya.

Tambahnya, perincian seperti jahitan jelujur kasar, jahitan tangan, sulam, pita, renda dan manik turut menjadi elemen bagi menampakkan kelainan baju melayu moden.

Ia bukan lagi sesuatu yang hanya dimonopoli untuk pakaian wanita sahaja.

Adzhar mahir ukir mimbar

Posted: 11 Aug 2011 08:06 PM PDT


Kerja-kerja pemasangan dilakukan apabila segala proses ukiran siap dibentuk.


UKIRAN merupakan karya yang dihasilkan menerusi kerja yang halus dan berseni. Ia bukan sahaja memerlukan ketelitian tetapi sebenarnya merupakan satu hasil kerja seni yang perlu dilakukan dengan sepenuh jiwa dan kecintaan.

Kesabaran dan ketelitian amat dituntut agar ukiran yang dihasilkan memuaskan hati setiap mata yang memandang.

Kerja-kerja mengukir memerlukan kombinasi beberapa kemahiran kepada tukangnya seperti melukis, memahat, mencungkil dan menoreh bagi menghasilkan bahan yang mahu diukir terutama kayu memberikan hasil yang sempurna.

Motif ukiran pula selalunya berasaskan kepada alam semulajadi terutama tumbuhan.

Di kalangan masyarakat Melayu, seni ukiran memang terkenal sejak berzaman dahulu. Seni ini merupakan simbol ketinggian tamadun dan budaya bangsa.

Kelaziman di negara ini ukiran dibuar atas kayu sama ada untuk menghiasi rumah-rumah, hulu senjata seperti keris dan parang serta mimbar masjid.

Kerja-kerja ini ada yang diwarisi turun temurun. Ada pula yang mempelajari kerana minat dan mahu memastikan seni tradisi itu terus terpelihara.

Yang pasti, ia menuntut kemahiran dan kesabaran yang tinggi. Bukan calang-calang orang dapat menghasilkan ukiran-ukiran yang bermutu dan cantik.

Bagi Adzhar Mat, 43, kemahiran yang dimilikii adalah susulan daripada minatnya yang mendalam dalam bidang seni ukiran.

Dia bukan sahaja seorang pengukir tetapi turut bertanggungjawab menghasilkan mimbar kebanyakan masjid di sekitar Lembah Klang.

Bapa kepada tiga anak itu memberitahu, kebanyakan ukiran yang dihasilkan adalah mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan.

Kemahirannya tidak dapat dipertaikaikan lagi kerana dia sudah 20 tahung terlibat secara langsung di dalam bidang itu.

"Saya memang meminati bidang ukiran ini sejak muda lagi. Untuk mendalami ilmunya saya mengambil jurusan kraftangan di Perbadanan Kraftangan Malaysia cawangan Pahang dalam bidang ukiran kayu.

"Alhamdulillah, pasaran untuk ukiran terutama ukiran kayu sentiasa ada.Tambahan pula hari ini ia tidak hanya terhad untuk kayu malah telah dipelbagaikan.

"Selain mimbar, saya turut membuat ukiran untuk kabinet dapur, almari pakaian, siling, gazebo dan banyak lagi," ujarnya ketika ditemui di bengkel ukirannya yang terletak di Medan Kraftangan Air Panas, Jalan Usahawan, Setapak, Kuala Lumpur.

Tambahnya, untuk mimbar, dia lebih suka menggunakan kayu tempatan kerana lebih berkualiti di samping harganya yang tidak terlalu mahal.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada permintaan pelanggan. Sekiranya mereka berkehendakkan jenis kayu lain, dia akan mendapatkannya.

Terang Adzhar lagi, terdapat banyak saiz untuk mimbar. Ia juga bergantung kepada permintaan pelanggan yang menempah.

Dalam masa yang sama, selain mempunyai banyak saiz, mimbar mempunyai dua jenis iaitu satu yang terletak di atas lantai dan bertangga manakala satu lagi bercantum di bahagian dinding.

Berbicara lanjut mengenai ukiran yang sering digunakan, menurut anak jati Alor Setar itu, segala ukiran yang diterjemahkan kebanyakan dirujuk dari majalah ataupun Internet.

Ini kerana selain mengikut cita rasa para pelanggan, rujukan luar amat penting dalam usaha memberi bentuk ukiran yang terkini.

Begitupun, kebanyakan ukiran yang dihasilkan juga merupakan ilham Adzhar sendiri. Sudah pasti ia lebih kepada ukiran berbentuk geometri bercirikan Islam.

Kebanyakan bentuk-bentuk geometri yang bercirikan Islam adalah hasil gabungan dari Turki, Maghribi dan negara-negara Islam lain.

Selain itu, Adzhar turut mempelbagaikan ukiran dengan bentuk-bentuk bunga Melayu seperti ketumbit, bunga raya, sulur kacang, pucuk rebung dan banyak lagi.

Yang penting, Adzhar amat menitik beratkan nilai-nilai seni klasik yang digabungkan bersama konsep moden bagi menghasilkan sesuatu yang unik dan segar dalam setiap hasil kerjanya.

Untuk menghasilkan satu mimbar, jelas Adzhar semuanya bergantung kepada saiz dan bentuk yang dikehendaki pelanggan.

Lazimnya, dia dan rakan-rakannya mengambil masa tiga hingga empat minggu untuk menyiapkan satu mimbar termasuk pasang.

Tetapi tempoh tersebut tidak termasuk waktu pemilihan kayu, corak dan persetujuan daripada pelanggan.

"Untuk menghasilkan satu mimbar, ia tidaklah mengambil masa yang begitu lama.

"Apa yang menjadikannya lama dan mengambil masa berbulan-bulan ialah penghasilan reka bentuk, pemilihan kayu dan persetujuan daripada pelanggan.

"Sekiranya pelanggan sendiri sudah mempunyai reka bentuk dan jenis kayu yang diingini, segala kerja menjadi mudah.

"Ini bukan hanya untuk mimbar, ia juga termasuk untuk kerja-kerja ukiran lain seperti syiling, almari, gazebo dan sebagainya," katanya.

Daripada seorang yang tidak mengetahui tentang ukiran, dia sangat bersyukur kerana bakatnya bukan sahaja dapat memberi rezeki kepadanya dan keluarga tetapi juga empat pekerja yang berada di bawah tanggungjawabnya.

Malah, untuk mengukuhkan lagi tapaknya dalam bidang pertukangan kayu ini, Adzhar telah membuka sebuah syarikat yang diberi nama Jitu Art Resources.

Kini permintaan bukan sahaja datang dari orang perseorangan termasuk para kenamaan, malah beberapa syarikat produksi filem dan juga pemilik-pemilik resort.

Adzhar juga mengutamakan kesabaran dan ketelitian dalam menghasilkan karyanya.

Menurutnya, untuk mengukir seseorang itu perlu ada jiwa yang bersih agar ukiran yang dihasilkan dapat memukau sesiapa sahaja selain keindahan ukiran itu dapat bertahan lama.

"Insya-Allah, ukiran yang dihasilkan pastinya bermutu dan sudah pasti kekemasan yang terhasil adalah hasil kerja yang terbaik dari kami.

"Kesemua pengukir yang bekerja di bawah seliaan saya merupakan orang yang berpengalaman agar segala tempahan yang diterima dapat disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan," katanya.

Antara hasil kerja Adzhar yang boleh dilihat ialah di mimbar Masjid Rasak Jaya, Negeri Sembilan; mimbar surau Dewan Bahasa dan Pustaka; mimbar Masjid Batu Muda, Gombak; mimbar Masjid Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Air Panas; mimbar Masjid Setapak; Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Bangi; Koperasi Peladang Setiawangsa dan membuat prop untuk set Puteri Gunung Ledang (tandu dan keris).

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Jitu Art Resources atau untuk pertanyaan lanjut, bolehlah hubungi talian 012-6436883 (Mieza).

Jejak Inovasi jejaki tukang besi

Posted: 11 Aug 2011 08:05 PM PDT


Ali Kassim (kanan) ditemuramah mengenai proses membuat parang ketika dikunjungi oleh rombongan Jejak Inovasi di bengkelnya di Kampung Batu Gajah Pasir, Sungai Rambai, Melaka, baru-baru ini.


TANGGAL 16 Julai 2011, pasti menjadi kenangan kepada Ali Kassim, seorang tukang membuat parang kerana dikunjungi sekumpulan Jejak Inovasi yang berminat untuk mengetahui hasil kerja tangannya.

"Rasa segan (malu) pun ada, bangga pun ada juga, sebab yang datang ke mari datuk pun ada, profesor pun ada, mereka hendak melihat macam mana saya buat parang ala kampung," katanya ketika ditanya perasaan beliau terhadap lawatan kumpulan Jejak Inovasi itu.

Ali, 59, menghasilkan pelbagai jenis parang sejak berusia 15 tahun di bengkel yang terletak di belakang rumahnya di Kampung Batu Gajah Pasir dekat Sungai Rambai, Melaka.

Tanpa menggunakan mesin canggih sebaliknya dengan kudrat dan kemahiran yang dipelajari daripada bapanya dan beberapa tukang besi, Ali turut menghasilkan peralatan besi lain yang diperlukan masyarakat seperti pisau pemotong tandan kelapa sawit, sabit dan alat mengopek buah kelapa.

Beliau kelihatan agak kekok apabila lensa kamera beberapa stesen televisyen memfokuskan kepadanya iaitu ketika beliau menunjukkan bagaimana menghasilkan parang daripada besi terpakai seperti spring lori.

"Saya boleh menyiapkan lapan bilah parang yang panjangnya 20 cm (sentimeter) sekiranya bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang sehari," katanya dengan menambah jumlah pengeluarannya tidak menentu, bergantung kepada tempahan pelanggan.

Ali turut menghasilkan sarung parang daripada kayu terpilih yang diperoleh di sekitar kampungnya seperti kayu pokok sena, pokok ciku dan batang kelapa.

"Saya bersedia untuk berkongsi kemahiran membuat parang ini dengan sesiapa sahaja yang ingin belajar terutama anak muda," katanya.

Beliau menambah, inilah kali pertama beliau menerima lawatan kumpulan yang datang menilai hasil kerja tangannya.

"Saya diberitahu selepas lawatan ini mereka akan memberi bantuan dan saya hanya berharap dapat membesarkan bengkel ini dengan dilengkapi mesin moden yang lebih mudah untuk membuat parang," katanya.

Kumpulan penjejak inovasi itu terdiri daripada para penyelidik, saintis, pakar paten dan pegawai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

Mereka melawat komuniti akar umbi bagi memberikan nasihat mengenai objektif, pendekatan dan hasil yang diingini daripada inovasi mereka. Jejak Inovasi ini dianjurkan bersama MOSTI, Kerajaan Negeri Melaka dan YIM.

Sebanyak 14 produk inovasi akar umbi yang terletak di lapan lokasi di daerah Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah telah dilawati oleh para penjejak program itu yang berlangsung selama tiga hari bermula 15 Julai lepas.

Produk inovasi lain termasuk kolam ikan hibrid, sistem storm bullet bagi meningkatkan keupayaan kereta, Desa Cart iaitu enjin kereta terpakai yang digunakan semula untuk menghasilkan kenderaan empat roda bagi kegunaan dalaman dan rekreasi, dan pengeram telur serta penggera kawalan air.

Mereka turut meninjau pembuatan produk seramik, pembuatan keris dan bunga api yang dibuat menggunakan buluh, yang kesemuanya diusahakan penduduk kampung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Raslan Ahmad, daripada 14 produk inovasi itu, sebanyak 12 produk didapati berpotensi besar untuk dimajukan dan akan menerima bantuan yang sewajarnya untuk dibangunkan.

"Saya berharap kami akan dapat mencungkil lebih ramai lagi bakat inovasi akar umbi dengan potensi untuk hasil mereka dikomersilkan apabila menjalankan jejak Inovasi di lokasi lain di seluruh negara kelak," katanya.

YIM adalah satu entiti di bawah naungan MOSTI dan bertanggungjawab bagi mempromosi dan menyemai kreativiti dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan sasaran utamanya kanak-kanak dan belia, wanita, masyarakat luar bandar, orang kurang upaya dan organisasi bukan kerajaan.

Raslan berkata, YIM akan membantu untuk meningkatkan lagi inovasi yang dihasilkan oleh komuniti akar umbi, terutama dalam membangunkan modal perintis dan bantuan untuk mengkomersialkan inovasi.

Beliau berkata, semua maklumat mengenai pereka cipta dan produk inovasi yang dihasilkan oleh komuniti akar umbi akan dikongsi dengan seluruh masyarakat dengan memasukkan data ke dalam portal yayasan di http://www.yim.my/.

"Kita sudah menyediakan satu portal sama ada pereka cipta itu sendiri memasukkan maklumat dia ke dalam portal itu atau kakitangan kita yang memasukkan data. Kini sudah ada maklumat 125 pereka cipta dalam pelbagai bidang, mereka termasuk pelajar, usahawan, kumpulan dan individu," katanya.

Kumpulan Jejak Inovasi ini mampu membawa perubahan positif kepada perusahaan yang dikendalikan oleh mereka yang mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi seperti Ali, tukang besi yang berkebolehan dan inovasi beliau akhirnya menerima pengiktirafan.

Empat kembar anugerah berharga

Posted: 11 Aug 2011 08:03 PM PDT


Dr. Jasmina Qamaruz Zaman dan suami, Dr. Hazli Zakaria cukup bersyukur dan gembira dengan kelahiran bayi kembar empat mereka.


KELAHIRAN seorang anak sahaja pun sudah cukup mengujakan hati bagi setiap pasangan suami isteri. Apatah lagi jika menerima kehadiran empat orang anak sekali gus.

Inilah juga bukti Kebesaran Allah SWT yang mampu menjadikan apa jua yang dikehendaki-Nya.

Insan bertuah menerima anugerah terindah itu ialah pasangan Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39, dan Dr. Hazli Zakaria, 39.

Penantian mereka selama tujuh tahun untuk mendapatkan anak kedua begitu bermakna apabila dikurniakan kembar empat iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Anak sulung pasangan itu, Eimann Arrazi, 7, juga turut teruja dengan kehadiran adik-adiknya dan sekali gus bergelar abang.

Eirfann Arrazi, Sara Yasmin, Eihsann Arrazi dan Shaza Jazmin, adalah kembar empat atau dalam istilah saintifik quadruplets yang dilahirkan pada tanggal 22 Jun lalu.

Tepat pukul 2.08 petang bertempat di dewan bedah Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejarah kelahiran quadruplets itu tercatat.

Kehadiran mereka ke dunia dipantau oleh sekumpulan pakar kerana ia dikategorikan sebagai proses kelahiran berisiko tinggi.

Eirfann yang pertama dari empat kembar ini menjenguk ke alam baru dengan berat dua kilogram. Diikuti dengan Sara Yasmin (2.09 petang ) dengan berat 1.3 kilogram, Eihsann (2.10 petang) dengan berat 2.1 kilogram dan Shaza ( 2.11 petang) dengan berat 1.6 kilogram.

Pembedahan yang dilalui Dr. Jasmina itu bukan prosedur biasa kerana melibatkan ramai pakar khususnya pediatrik.

Proses pembedahan tersebut mengambil masa selama satu setengah jam dengan penglibatan beberapa pakar lain seperti pakar obstrektrik dan ginekologi serta pakar bius.

Menurut Dr. Jasmina, Sara dan Shaza dilahirkan dalam satu uri jadi mereka adalah kembar seiras, manakala Eirfann dan Eihsann berlainan uri dan tidak seiras.

"Sehingga hari ini, selepas 44 hari saya seolah-olah masih tidak percaya telah melahirkan empat anak sekali gus.

"Ia umpama satu keajaiban dan saya amat bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan kepada saya," ujarnya yang memberikan susu badan dan susu formula.

Dr. Jasmina yang merupakan pakar pergigian restoratif di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkata, sepanjang proses mengandungkan kembar empat tersebut beliau tidak mengalami apa-apa masalah kecuali alahan di peringkat awal.

"Memang saya mengalami penurunan berat badan pada awal kandungan. Namun dengan mengikut nasihat doktor, diet ditentukan dan pengambilan pil vitamin membuatkan proses mengandung berjalan lancar," jelasnya.

Berkongsi detik apabila diberitahu kandungannya adalah kembar empat itu, sudah pasti sebagai ibu yang akan menempuhinya berasa agak risau.

"Walaupun gembira namun ia masih dikategorikan kandungan yang berisiko tinggi. Saya kerap menjalani pemeriksaan untuk memastikan kandungan sihat dan tiada apa-apa masalah," jelasnya yang tidak mengidam sebarang makanan yang pelik sepanjang proses mengandung.

Dr. Jasmina dengan serius mengikuti semua nasihat doktor terutama selepas kesnya dipindahkan ke HKL dari klinik Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) selepas kandungan memasuki bulan keempat.

"Saya perlu bed rest (rehat di hospital) seawal kandungan berusia 25 minggu. Ketika itu saya hanya duduk di wad 4B HKL selama dua bulan hinggalah tarikh bersalin.

Selepas kelahiran, Dr. Jasmina ditahan di wad selama dua minggu sebelum dibenarkan pulang bersama tiga kembarnya.

"Sara ketika itu masih ditahan di wad kerana beratnya masih belum mencapai 1.6 kilogram. Saya menghantar susu badan yang telah dipam bagi memastikan tubuhnya kuat dan membesar," jelasnya.

Hidangan mewah di Harrods Cafe

Posted: 11 Aug 2011 08:01 PM PDT


Hidangan pencuci mulut yang lazat.


Mungkin sudah menjadi kebiasaan apabila muncul bulan Ramadan kita berbuka dengan hidangan Melayu seperti nasi yang sememangnya makanan ruji rakyat di negara kita.

Namun tidak salah jika sekali sekala kita ubah selera dengan cara yang lebih moden iaitu berbuka puasa dengan hidangan ala barat seperti sup lobak merah, kambing panggang dan juga ayam barbeku bersama nasi beriani .

Kelainan tersebutlah yang yang ditawarkan di Harrods Cafe yang terletak di Tingkat 1, pusat beli-belah Suria KLCC.

Suasana kafe yang eksklusif membuat pengunjung tenang menikmati sajian semi bufet ketika waktu berbuka.

Dengan hidangan yang berbeza-beza setiap hari , ia membuatkan tetamu tidak jemu untuk menghayati hidangan yang ditawarkan pada harga RM98.

Bagi yang berminat dengan hidangan barat seperti kambing panggang yang dihidang bersama sayuran, ikan salmon bersama pasta, kepingan isi ayam bersama salad dan sup labu, ini tempat yang paling sesuai dituju untuk berbuka puasa.

Menurut chef yang bertanggungjawab, Chef Tony Cham, untuk tahun ini beliau mempelbagaikan lagi hidangan selepas mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan.

"Untuk kali ini kita adakan kelainan di mana pelanggan akan dihidangkan dengan semi bufet untuk hidangan pembuka selera dan juga pencuci mulut, manakala makanan utama pula di hidangkan berbeza mengikut hari,'' ujarnya.

Katanya lagi, setiap hari menu utama akan berubah di mana pengunjung boleh memilih hidangan apa yang ingin dinikmati.

Lebih teruja, Chef Tony memberitahu, biarpun berkonsepkan moden namun ciri-ciri kemelayuan masih terdapat di kafe tersebut antaranya sajian kuih-muih mMelayu.

Selain itu, turut dihidangkan buah kurma yang bersalut tepung dan teh tarik, resipi eksklusif dari Harrods.

"Teh tarik kami sangat eksklusif dimana menggunakan daun teh istimewa yang dibawa jauh dari Harrods di London. Pastinya ia menjanjikan kelainan pada minuman ini," ujarnya lagi.

Katanya lagi, memandangkan tempat yang terhad, pengunjung digalakkan membuat tempahan awal.

Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi talian 03-21666000 untuk membuat tempahan.

Pesta ibadat di Masjidil Haram

Posted: 11 Aug 2011 08:00 PM PDT


UMAT Islam menunggu waktu berbuka puasa di perkarangan Masjidil Haram, Mekah.


ANTARA nikmat yang paling besar bagi umat Islam adalah peluang atau kesempatan berada pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Ia juga digelar Syahrul Quran kerana di dalamnya diturunkan al-Quran pada 17 Ramadan.

Tiada lafaz yang lebih bermakna selain alhamdulillah sebagai tanda bersyukur yang amat sangat ke hadrat ilahi yang memanjangkan usia kita sehingga dapat sekali lagi bertemu bulan Ramadan.

Antara perkara sunat yang semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia pada Ramadan adalah mengerjakan umrah. Manakan tidak, ganjaran pahala yang begitu besar menjadi tarikan kepada mereka yang berkemampuan.

Ia sebagai mana sabda Nabi Muhammad SAW yang maksudnya: Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji. (riwayat Bukhari)

Justeru, tidak hairan saban tahun bilangan umat Islam di Malaysia yang menunaikan umrah pada bulan puasa semakin bertambah, biar pun kos perbelanjaan umrah dalam Ramadan lebih tinggi berbanding bulan-bulan lain.

Di Masjidil Haram, kedatangan Ramadan disambut begitu meriah. Bagaikan pesta ibadat di mana setiap ruang dan inci masjid sentiasa dipenuhi mereka yang beribadat dan bermunajat kepada Allah SWT.

Masyarakat Arab begitu menunggu-nunggu ketibaan Ramadan. Ini dibuktikan apabila Masjidil Haram padat dan sendat pada setiap kali solat fardu.

Ini satu fenomena positif bagi umat Islam Malaysia yang berada di Mekah pada Ramadan. Sebabnya, kita juga terpengaruh dengan budaya masyarakat Arab yang datang awal ke masjid dan kemudian beriktikaf sementara menunggu masuknya waktu solat.

Umumnya, untuk mendapat tempat yang selesa dalam ruang masjid, seseorang perlu bergerak ke sana sekurang-kurangnya sejam sebelum waktu solat fardu.

Untuk solat Jumaat pula, kita perlu berada di Masjidil Haram sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu solat pada pukul 12.30 tengah hari. Namun, tiada yang merungut.

Bagi yang datang lewat, mereka reda 'dibakar' matahari sementara menunggu waktu solat. Sebabnya terpaksa berada di tingkat paling atas yang berbumbungkan langit atau berada di dataran putih.

Jika ingin melihat orang 'bertengkar' mendapatkan ruang dalam saf, inilah masanya. Semuanya kerana mereka menyedari ganjaran besar yang menanti bagi mereka yang solat di Masjidil Haram iaitu 100,000 berbanding di masjid lain.

Sebab itu, mereka yang terlewat akan cuba menyelit di ruang-ruang yang sempit. Asalkan 'celus' kepala untuk sujud sudah memadai. Di sini, teruji kesabaran para jemaah. Sama ada mahu memberi laluan atau ruang kepada saudara yang lewat datang atau berkeras 'mempertahankan ruang' yang ada.

Dalam keadaan sulit begitu, berkat doa, selalunya ada sahaja individu yang menawarkan tempat untuk solat. Demikianlah antara keajaiban dan kuasa Allah yang sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.

Tugas paling sukar adalah di kalangan anggota polis yang berada di sekeliling Masjidil Haram. Mereka perlu memastikan tiada laluan masuk ke masjid yang terhalang oleh para jemaah.

Namun, hal itu keadaan itu hanya boleh bertahan sebelum iqamat. Sejurus iqamat, hampir semua ruang dalam masjid dipenuhi jemaah daripada pelbagai pelosok dunia.

Selesai solat fardu, biasanya disusuli solat jenazah. Ini antara peluang menambah saham akhirat kerana sudahlah pahalanya 100,000, ia ditunaikan dalam bulan Ramadan.

Dalam hadis disebut bahawa pahala ibadat sunat diberi ganjaran ibadat fardu manakala ibadat fardu pula digandakan 70 kali. Demikian hebatnya bonus yang dijanjikan Allah kepada kita pada Ramadan.

Disebabkan ganjaran itu juga, ramai kalangan jemaah yang beriktikaf hampir setiap hari di masjid. Selepas solat fardu, mereka solat sunat diikuti dengan membaca al-Quran.

Selepas itu, mereka tidur sebentar. Bangun tidur, terus sambung membaca al-Quran dan solat sunat yang lain. Demikianlah rutin bagi 'para penghuni' Masjidil Haram sepanjang Ramadan.

Barangkali budaya tidur sekejap ini yang perlu dipraktikkan di negara kita. Hendaknya jangan pula pihak Ahli Jawatankuasa Masjid marah-marah atau 'mengusir' orang yang mahu tidur dan iktikaf.

Cuma individu yang mahu tidur itu pula perlu menjaga adab-adab dalam rumah Allah. Bak kata orang, janganlah pula sampai meleleh air liur basi di sejadah atau karpet masjid.

Sementara sebahagian besar umat Islam bertarawih, tidak kurang juga mereka yang bertawaf di Baitullah mengerjakan umrah.

Yang jelas, Kaabah tidak pernah sunyi daripada laungan talbiah labbaikallah humma labbaik....

Demikianlah hebatnya pesta ibadat di Masjidil Haram. Keadaannya persis tiada yang terlibat dalam perkara lagha seperti menonton program-program hiburan di televisyen.

GIO urus siaran langsung dari Masjidil Haram

Posted: 11 Aug 2011 07:59 PM PDT


Para petugas di bilik rakaman luar memantau siaran secara langsung berbuka puasa dan solat tarawih di Masjdil Haram, Mekah.


SETIAP kali menyaksikan solat tarawih secara langsung dari Masjidil Haram, ramai yang bersyukur kerana seolah-olah dapat bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia menunaikannya di Mekah.

Namun, tidak ramai yang tahu bahawa selain kecanggihan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), siaran langsung itu adalah hasil keprihatinan kerajaan Arab Saudi.

Semuanya dengan niat agar manusia khususnya umat Islam seluruh dunia dapat menyaksi dan menghayati keindahan Islam.

Menonton solat tarawih secara langsung secara tidak langsung dapat menyuntik semangat kita meneruskan perjuangan mengisi tabung amal sepanjang Ramadan yang mulia ini.

Bagi memastikan kelancaran siaran langsung itu, Gulf Information Office (GIO) menyediakan 12 petugas di Mekah dan 10 petugas di Madinah.

Penyelia GIO Mekah, Ali A. Al-Ekbaly berkata, sebanyak enam jurukamera diperlukan bagi siaran langsung majlis berbuka puasa dan solat tarawih di Masjidil Haram.

Katanya, GIO adalah penyiar dan pengedar tunggal yang mendapat kebenaran kerajaan Arab Saudi bagi merakam visual untuk Masjidil Haram.

Menurutnya, semua rakaman audio di Masjidil Haram perlu mendapat kelulusan kerajaan terlebih dahulu.

"Tahun lalu, kita memberi hak siaran langsung solat tarawih secara percuma kepada banyak negara Islam seperti Kuwait, Sudan, Mesir, Libya dan Jordan.

"Ia termasuk Malaysia melalui saluran Astro Oasis yang disiarkan pada pukul 3 pagi," katanya dalam pertemuan dengan Mega di Masjidil Haram, Mekah, baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, penulis turut dibawa ke bilik operasi Outsite Broadcast (siaran luar) yang dikawal oleh empat petugas dan dua jurutera.

Petugas di OB inilah yang memastikan kelancaran siaran langsung bermula daripada berbuka sehingga tamatnya solat tarawih.

Bagaimanapun, siaran langsung itu hanya boleh disaksikan di Arab Saudi. Negara lain termasuk Malaysia yang menyiarkan siaran langsung solat Isyak dan tarawih daripada Masjidil Haram.

Jangan kejar khatam sahaja

Posted: 11 Aug 2011 07:58 PM PDT

Soalan:

BUDAYA tadarus al-Quran memang menjadi amalan masyarakat Islam. Sayangnya, ramai yang bertadarus semata-mata hendak khatam, tanpa berusaha memahami makna-maknanya.

Lebih malang lagi ada yang berlumba-lumba untuk khatam tanpa ada usaha penghayatan terhadap isi kandungannya. Apa nasihat ustaz?

Jawapan:

Nampaknya budaya ini sudah menjadi suatu kebiasaan sejak kebelakangan ini, iaitu kejar mengejar untuk khatam tanpa ada usaha memahami ayat-ayat Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud: Dan apabila mereka mendengar al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad SAW), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad SAW). (al-Maidah: 83)

Lihatlah sifat dan ciri para sahabat apabila turun al-Quran kepada mereka, ada yang menangis, ada yang gementar, sungguh hebat cinta mereka terhadap al-Quran.

Apa yang dimaksudkan dengan tadabbur? Maksud tadabbur adalah: Adalah renungan yang cermat, dan percermatan ayat-ayat al-Quran untuk dapat memahami makna, hikmah, ataupun maksudnya.

Asma' binti Abu Bakar memberitahu kita bagaimana orang dahulu terhadap bacaan al-Quran yang bermaksud: Dahulu para sahabat apabila dibacakan kepada mereka al-Quran, maka air mata mereka meleleh dan kulit mereka bergetar, sebagaimana Allah telah menjelaskan sifat mereka. (Tafsir Al Qurthubi).

Daripada ayat-ayat di atas dapat disimpulkan tanda tadabbur al-Quran:

  • Menyatunya hati dan fikiran ketika membaca al-Quran, dibuktikan dengan berhenti kerana takjub dan mengagumi makna yang terkandung.
  • Menangis kerana takut kepada Allah.
  • Bertambahnya kekhusyukan.
  • Bertambahnya iman, di antaranya diketahui dengan pengulangan ayat secara spontan.
  • Merasa bahagia dan gembira.
  • Gementar kerana rasa takut yang kemudian diikuti oleh rasa harap dan ketenangan.
  • Baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Barang siapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini". (riwayat Abu Daud & Ahmad).

    Daripada Umar r.a, dia berkata: Nabi kalian telah berkata: Sesungguhnya dengan al-Quran ini Allah mengangkat suatu kaum dan merendah yang lainnya. (riwayat Muslim)

    Di antara adab yang perlu dipelihara oleh setiap orang yang membaca al-Quran adalah:

    1- Ikhlas kerana Allah SWT. Ini kerana amalan membaca al-Quran adalah ibadat, maka setiap ibadat yang dilakukan kerana Allah mesti dilakukan dengan hati yang ikhlas semata-mata mengharapkan keredaan-Nya.

    Firman Allah SWT yang bermaksud: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar. (al-Bayyinah: 5)

    Baginda bersabda yang bermaksud: "Bacalah al-Quran dan berharaplah kamu akan keredaan Allah azza wa jalla…". (riwayat Ahmad dengan sanad yang baik)

    2- Membaca dengan hati yang hadir sambil memerhatikan ayat-ayat Allah SWT, serta memahami tuntutan-tuntutan Allah. Dengan demikian akan takutlah hati-hati yang hidup itu. Lantas setiap kali membaca ayat Allah dia merasakan bahawa ayat itu benar-benar ditujukan kepadanya.

    Ini ternyata dalam ungkapan Imam al-Qurtubiy yang bermaksud: "Sesiapa yang sampai kepadanya al-Quran seolah-olah Allah SWT telah berbicara dengannya".

    Berkata al-Hasan bin Ali yang bermaksud: "Generasi sebelum kamu melihat al-Quran sebagai surat-surat rasmi dari Allah SWT, lalu mereka bertadabbur pada malam hari dan mencarinya di siang hari". (Imam al-Nawawi, al-Tibyan)

    3- Membaca al-Quran dalam keadaan suci daripada kekotoran, sama ada kekotoran hukmiy mahupun kekotoran maknawi.

    Tuntutan ini semata-mata bagi mengagungkan kalam Allah SWT.

    4- Hendaklah membaca al-Quran di tempat-tempat yang bersih, bukan ditempat yang tercemar kebersihannya.

    5- Hendaklah memulakan bacaan dengan membaca Istia'azah ('Auzubillah). Ini berdasarkan saranan al-Quran di dalam surah al-Nahl, ayat 98 yang bermaksud: Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam. Mudah-mudahan dengan demikian dapat menjauhkan gangguan syaitan ketika seseorang membaca al-Quran.

    6- Di antara tuntutan yang lain ketika membaca al-Quran adalah memperelokkan alunan bacaan dengan, kalau boleh dengan bertarannum. Galakkan ini dapat dilihat melalui sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: Barang yang dibenarkan Allah kepada Nabi-Nya (Rasulullah SAW) bertarannum dengan al-Quran serta meninggikan suara dalam bacaan al-Quran. (riwayat Bukhari dan Muslim).

    Dalam riwayat yang lain Jubair bin Muta'am r.a berkata yang bermaksud: Aku telah mendengar Rasulullah SAW membaca surah al-Thur dalam solat maghrib, Aku sama sekali tidak pernah mendengar bacaan yang seindah itu dari sesiapa pun sebelum ini. (riwayat Bukhari dan Muslim)

    Namun demikian kita dilarang mengganggu orang solat atau orang tidur dengan bacaan yang kuat.

    7- Hendaklah membaca al-Quran dengan tartil, menurut saranan al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud: …dan bacalah Al-Quran dengan tartil. (al-Muzammil: 4)

    Membaca dengan penuh ketenangan tanpa tergopoh-gapah. Kadang-kadang ada di antara kita yang hendak mengejar khatam sampai lupa untuk menjaga hukum tajwid dan fasahah.

    Apabila seseorang itu membaca al-Quran dengan terkejar-kejar pasti akan melakukan banyak kesalahan. Lebih rugi lagi apabila membaca al-Quran tidak sempat memahami maksud ayat-ayat Allah SWT.

    Kebanyakan orang yang bertadarus kadang-kadang tidak begitu serius dalam membetulkan bacaan apa yang menjadi matlamat mereka adalah khatam al-Quran.

    Apa ertinya saban tahun kita mengkhatam al-Quran tapi tidak ada yang berusaha memahaminya. Tidak faham bahasa al-Quran bukanlah alasan yang munasabah untuk tidak menghayati al-Quran.

    Janganlah sampai kita dilaknat al-Quran gara-gara membaca tanpa ada usaha ke arah memahaminya. Soalan yang paling mudah untuk kita faham bersama, berapa lama kita sudah membaca surah Yasin?

    Mungkin ada di antara kita yang membaca surah Yasin untuk 10 tahun atau lebih dari itu, dan mungkin juga kurang dari itu, tapi soalan ini saya tujukan kepada yang sudah lebih 10 tahun membaca Yasin.

    Adakah mereka faham apa yang dibaca, dek kerana dah lama membaca Yasin dah ada yang menghafalnya pun, sayangnya dia hanya membaca dan menghafal tetapi tidak memahaminya.

    Kita juga tidak mahu mendapat kerugian melalui al-Quran, kelak al-Quran akan berhujah ke atas orang yang membaca sahaja al-Quran tapi tidak beramal dengannya.

    Apa yang kita harap, biar al-Quran yang berhujah mempertahankan kita di hadapan Allah SWT.

    Ramadan mendidik akhlak mulia

    Posted: 11 Aug 2011 07:57 PM PDT


    Pada bulan Ramadan kita bukan sahaja mendidik kanak-kanak dengan lapar dan dahaga tetapi didikan awal berkaitan fardu ain. - Gambar hiasan


    PERTANYAAN ini dimajukan oleh Nabi kepada para sahabatnya dan kepada umat Islam umumnya. Ini menunjukkan tidak sedikit dari kalangan orang Islam yang menahan makan dan minum pada bulan Ramadan, namun tidak mendapat apa-apa faedah dan pahala daripadanya.

    Mulut yang berpuasa bukan sekadar tidak makan atau minum serta tidak memasukkan sesuatu yang membatalkan puasa. Puasa juga menuntut kita menahan mulut daripada perkara-perkara yang akan menghilangkan pahalanya.

    Selain merehatkan jasad dan anggota badan, Ramadan juga medan melatih akhlak mulia. Imam Bukhari merekodkan hadis dari Nabi: Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu turut berpuasa daripada segala yang haram. Jauhilah daripada suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama.

    Perintah menjaga pendengaran, penglihatan dan lidah atau ringkasnya menjaga adab dan akhlak tidak hanya khusus pada bulan Ramadan sahaja. Namun penekanan diberi pada bulan Ramadan ketika umat Islam berpuasa. Ini kerana orang-orang yang lapar berpuasa cenderung gagal mengawal emosi dan bertindak di luar kawalan. Sehingga lahir ungkapan 'bangsa yang pemarah adalah bangsa yang rakyatnya lapar.'

    Banyak pakar-pakar kesihatan di seluruh dunia menyarankan untuk mengatasi amarah dengan makanan yang mengandung glukosa atau makanan peningkat suasana hati untuk mencegah rasa lapar. Salah satu makanan yang kaya dengan glukosa ialah makanan pilihan Nabi ketika berbuka puasa iaitu buah kurma.

    Antara akhlak yang dituntut oleh Nabi ketika berpuasa termasuklah meninggalkan kata-kata dusta. Ia termasuk hal yang membatalkan pahala puasa.

    Ini dijelaskan dalam hadis yang direkodkan oleh Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya: Siapa yang puasanya tidak mencegah dari bercakap dusta dan melakukan kedustaan, maka Allah merasakan dia tidaklah perlu menahan makan dan minumnya (puasa).

    Demikian juga meninggalkan hal yang tidak berfaedah dan sia-sia, Bukanlah puasa itu dengan semata-mata menahan diri dari makan dan minum, tetapi puasa itu ialah dengan menahan diri dari hal yang sia-sia dan perkataan yang keji. (Sahih Al-Jami As-Saghir) (riwayat Bukhari dan Muslim)

    Hal yang sia-sia paling banyak dilakukan oleh orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadan. Antara kegiatan yang selalu dilakukan untuk menghabiskan masa di siang hari Ramadan ialah menonton televisyen, mendengar rancangan radio dan muzik-muzik di radio.

    Secara umumnya kedua media ini menyajikan kandungan yang tidak berfaedah dan sia-sia. Bahkan ada kandungan khusus disiapkan untuk siaran Ramadan seperti drama sinetron. Manakala bulan puasa adalah bulan yang paling banyak rancangan bertemakan makan, baik makan bersahur, makan berbuka dan makanan hari raya. Maknanya, Ramadan sudah bertukar menjadi pesta makanan.

    Sungguh-sungguh ia tidak mengiltizami semangat menahan lapar dan dahaga. Benarlah apa yang dikatakan oleh masyarakat Barat suatu ketika dahulu tentang televisyen sebagai idiot box.

    Banyak lagi hal lain yang tidak dilakukan secara berlebihan melainkan pada bulan Ramadan. Demi menunggu waktu berbuka ramai yang memilih untuk window shoping di pasar raya dan pasar Ramadan. Ada juga yang bersiar-siar menaiki kereta pusing kota atau menunggang motosikal pusing kampung. Sedang umat Islam digalakkan perbanyak doa pada bulan Ramadan terutama menjelang waktu berbuka puasa.

    Rezeki milik Allah

    Posted: 11 Aug 2011 07:54 PM PDT


    Dalam setiap rezeki yang kita peroleh itu ada hak orang lain. - Gambar hiasan


    ALHAMDULILLAH, kita baru selesai juzu' 30 daripada surah-surah muqaddam. Pada ruangan kali ini penulis ingin membicarakan juzu' ke-29 bermula daripada surah al-Mulk. Surah ini diturunkan selepas surah al-Tur.

    Hubungan surah ini dengan surah sebelumnya adalah seperti berikut: Pada surah yang sebelumnya dinyatakan perumpamaan kepada orang kafir tentang dua orang perempuan yang ditakdirkan menerima celaka walaupun mereka itu berada di bawah jagaan dan peliharaan dua orang hamba Allah yang baik.

    Di samping itu, dinyatakan juga kepada orang yang beriman tentang Aisyah r.a dan Maryam yang telah ditakdirkan menerima kebahagiaan walaupun sebahagian besar kaum mereka itu kafir.

    Selanjutnya dalam surah ini pula, ia dimulakan dengan pembentangan tentang kekuasaan ilmu Allah SWT, kekuasaan dan sistem pentadbiran-Nya yang mantap menurut ketentuan-Nya.

    Sayid Qutub berkata: Ucapan tasbih di permulaan surah ini menyarankan keberkatan Ilahi yang melimpah ruah dan mengagungkan sebutan Kerajaan seluruh alam, menyarankan kelimpahan keberkatan Ilahi di atas Kerajaan itu di samping mengagungkan keberkatan itu di alam buana pada Zat Ilahi. Ucapan tasbih merupakan sebuah lagu yang bergema di merata pelosok alam dan memenuhi setiap hati yang maujud. Isa bertolak dari firman Allah SWT dalam al-Quran dari Kitab Lauh Mahfuz yang tersembunyi menuju ke alam nyata yang diketahui umum.

    Al-Maraghi berkata: Penetapan keperkasaan dan pengampunan Allah SWT itu menunjukkan Dia Berkuasa dan menguasai ilmu pengetahuan sehingga Dia mampu memberi balasan kepada sesiapa yang mengerjakan perbuatan jahat dengan pahala serta seksaan. Dia juga Maha Mengetahui orang yang mentaati-Nya dari kalangan orang yang menderhakai-Nya. Justeru tidak akan berlaku kesilapan untuk menyebarkan kebenaran kepada orang yang berhak menerima pahala atau dosa hukuman.

    Muhammad Quraish Shihab berkata: Penggunaan sifat al-Rahman dalam ayat di atas bertujuan mengingatkan semua pihak bahawa ciptaan-Nya, baik yang terdiri dari tujuh langit mahupun selainnya benar-benar kerana rahmat dan kasih sayang Allah SWT bukan kerana sesuatu yang lain. Allah tidak menciptakan untuk meraih sedikit manfaat buat diri-Nya. Itu semata-mata adalah manifestasi dari kehendak-Nya untuk melimpahkan rahmat kepada makhluk khususnya manusia kerana Dia adalah al-Rahman.

    Menurut pendapat Qatadah: Allah SWT mencipta bintang itu untuk tiga tujuan iaitu; sebagai perhiasan di langit, alat merejam syaitan dan tanda panduan yang dapat digunakan sama ada di darat atau di laut. Barang siapa yang membicarakannya lain daripada tujuan yang telah digariskan, maka sudah pasti dia dianggap sudah melampaui batas dan zalim.

    Sayid Qutub berkata: Neraka Jahannam yang digambarkan di sini merupakan makhluk hidup yang memendamkan kemarahannya. Bunyi nafasnya mendengus dan menderu tinggi dan ia terus menjulang. Dadanya penuh sebak dengan kemarahan hingga hampir meledak kerana marah dan benci yang meluap-luap terhadap orang kafir.

    Memang jelas bahawa pertanyaan ini untuk mengecam dan menghina mereka. Para penjaga dan pengawal neraka turut serta bersama Neraka Jahannam menyatakan kemarahan mereka dan turut serta mengazabkan orang kafir. Tiada yang lebih pahit dari kecaman dan penghinaan orang yang sedang berada dalam kesusahan dan penderitaan.

    Al-Zajjaj berkata: Mereka mengaku yang mereka layak masuk neraka dengan sebab kesesatan dan tidak mendengar peringatan serta berfikir tetapi hanya sebuah keluhan untuk selamat daripada api neraka. Sebahagian ulama berpendapat perkataan suhq membawa maksud satu lembah dalam neraka.

    Al-Maraghi berkata: Orang yang takut kepada-Nya tidak akan melakukan kejahatan walaupun tiada individu lain yang melihatnya. Dalam keadaan itu dia boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki tetapi dia takut kerana seolah-olah Allah SWT melihat setiap perbuatan itu.

    Ibn Abbas berkata: Sebab turunnya ayat ini kerana orang-orang musyrikin sentiasa mengenakan Rasulullah dengan perancangannya tetapi Jibril AS memberitahu kepada Baginda. Justeru, mereka berkata perlahanlah suara kamu agar Tuhan Muhammad tidak mendengarnya sebaliknya Allah SWT menjawab bahawa Dia Mengetahui segala-galanya.

    Ibnu al-Jauzi berkata: Allah SWT jadikan bumi ini semata-mata untuk manusia sedangkan perkataan berjalanlah di segala penjurunya memberi maksud kepada tiga pendapat:

    1. Segala jalan-jalannya. Inilah diriwayatkan oleh al-Aufi daripada Ibn Abbas dan ini pendapat Mujahid.

    2. Gunung-ganang dan bukit-bukau. Ini riwayat Ibn Abi Talhah daripada Ibn Abbas dan juga pendapat Qatadah serta dipilih oleh al-Zajjaj.

    3. Segala pelusuknya. Inilah pendapat Muqatil, al-Farra', Abu Ubaidah dan dipilih oleh Ibn Qutaibah.

    Sayid Qutub berkata: Segala rezeki yang wujud di bumi ini daripada ciptaan Allah SWT dan seluruh rezeki itu adalah milik-Nya. Inilah pengertian yang lebih luas daripada pengertian yang difahami sepintas lalu oleh manusia dari kata-kata rezeki itu.

    Rezeki itu bukan hanya harta yang dimiliki seseorang yang membolehkannya memperoleh barangan keperluan dan kenikmatan malah rezeki itu ialah segala faktor atau sebab yang mendatangkan rezeki dijadikan Allah SWT di bumi ini.

    Faktor-faktor itu asalnya berpunca daripada sifat bumi yang diciptakan Allah SWT dari pelbagai unsur dan pembahagian itu mengikut nisbah yang tertentu. Kemudian barulah kebolehan yang dilengkapkan Allah pada tumbuh-tumbuhan, haiwan termasuk manusia untuk mempergunakan unsur itu.

    Semoga Allah SWT kurniakan kita rezeki yang halal dan diberkati-Nya. Amin.

    Mengiktiraf kejayaan wanita

    Posted: 11 Aug 2011 07:52 PM PDT


    Shahrizat Abdul Jalil (tengah) bersama sebahagian ahli usahawan wanita menunjukkan logo Anugerah Perdana Menteri pada Majlis Pra Pelancaran Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita dan Anugerah Perdana Menteri Penggiat Sosial Wanita 2011 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


    WANITA hari ini sememangnya sudah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan golongan lelaki.

    Ini dapat dilihat dengan kejayaan demi kejayaan yang dilakar oleh golongan tersebut. Malah hari ini apa jua yang dilakukan oleh kaum Adam, kaum Hawa juga tidak ketinggalan untuk menyertainya.

    Untuk itu, buat julung kalinya negara akan mengiktiraf secara rasmi peranan wanita dalam pembangunan ekonomi dan sosial menerusi dua anugerah Perdana Menteri khas wanita iaitu Usahawan Wanita dan Penggiat Sosial Wanita 2011.

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, anugerah tersebut merupakan ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dinyatakan pada sambutan Hari Wanita pada 25 Ogos tahun lalu.

    Tambah beliau, Perdana Menteri berhasrat untuk mengiktiraf pencapaian serta sumbangan wanita dalam sektor ekonomi termasuk aktivis daripada golongan itu yang telah banyak memperjuangkan isu-isu sosial negara.

    "Sudah 10 tahun kementerian ditubuhkan dan kita rasa sudah tiba masanya untuk memiliki anugerah sendiri di bawah naungan Perdana Menteri bagi menghargai sumbangan golongan kaum wanita di negara ini.

    "Saya berharap menerusi dua anugerah ini ia dapat memberi inspirasi kepada golongan wanita untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang yang mereka ceburi," katanya selepas majlis Pra-Pelancaran Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita dan Anugerah Perdana Menteri Penggiat Sosial Wanita 2011 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Pencalonan bagi kedua-dua anugerah tersebut telah dibuka 29 Julai lalu dan tarikh tutupnya 17 Ogos ini.

    Para pemenang akan diumumkan oleh Perdana Menteri semasa majlis penyampaiannya yang dijadualkan 25 September ini sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan.

    Mengulas lanjut mengenai anugerah tersebut, ujar Shahrizat, Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 adalah untuk mengiktiraf penglibatan dan sumbangan wanita dalam pembangunan ekonomi negara.

    Sementara itu, Anugerah Perdana Menteri Penggiat Sosial Wanita 2011 pula ialah untuk mengiktiraf aktivis wanita yang telah dan sedang aktif memperjuangkan isu-isu sosial serta mengiktiraf hasil perubahan yang dibawa wanita dalam kegiatan sosial.

    Untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat pertandingan tersebut orang ramai boleh layari laman web www.jpw.gov.my atau www.kpwkm.gov.my.

    Mon, Fyza bukan kejar glamor

    Posted: 11 Aug 2011 07:51 PM PDT


    MON dan Fyza akui perjalanan seni mereka masih lagi jauh.


    GLAMOR dan mewah. Itulah yang dapat digambarkan apabila bercerita mengenai gaya hidup yang sering ditonjolkan oleh kebanyakan bintang-bintang yang menyinari persada seni tanah air.

    Malah gaya hidup yang ditonjolkan oleh mereka ini juga sering menjadi ikutan para peminat sehingga menjadi satu trend dalam dunia fesyen.

    Bagaimanapun, kehadiran bakat-bakat baru yang berani untuk terjun menjadi anak seni sering disalah ertikan dan dipandang serong oleh sesetengah pihak.

    Lantas, kehadiran mereka yang baru untuk bertapak sebagai pelapis anak seni masa hadapan sering dilemparkan dengan berbagai tohmahan.

    Bertemu dengan dua muka baru Metrowelth International Group (MIG), Mon Ryanti dan Fyza Kadir, Hits sempat mengusik mereka dengan soalan adakah glamor dan kemewahan yang dicari di pentas seni yang diceburi?

    Bagai menduga soalan itu menjadi fokus utama kami, dengan tenang kedua-dua anak kelahiran Johor itu memberikan jawapan.

    Jelas Mon, keterujaannya untuk menjadi anak seni tiada kaitan dengan corak hidup dan gaya mewah yang ditonjolkan oleh artis.

    Baginya, jika matlamatnya dalam dunia seni sekadar untuk mengecapi populariti dan mengejar kehidupan glamor, sudah tentu namanya tidak akan bersinar lama dalam dunia seni.

    "Tidak pernah terlintas di hati saya untuk mengejar glamor apatah lagi mencari kemewahan mudah.

    "Malah untuk berjaya tiada jalan mudah dan kita kena berusaha sendiri untuk mencapai apa yang kita mahukan," ujar Mon ketika selesai sesi fotografi di Studio Utusan, baru-baru ini.

    Setuju dengan jawapan yang diberikan Mon, Fyza yang baru sahaja selesai menjalani pengambaran filem Hantu Dalam Botol Kicap turut meluahkan rasa yang sama.

    Ujar gadis berusia 26 tahun itu, dia menjengah persada seni bukanlah untuk mengejar glamor atau mencari populariti.

    Baginya, apa yang dilakukan itu adalah berlandaskan minat demi menggapai impian yang telah tertanam dalam hati.

    "Saya memang minat berlakon dan menganggap lakonan sebagai satu karier.

    "Jadi untuk berjaya dalam karier bukan mudah di mana kita kena berusaha dan berkerja keras demi mencapai kejayaan.

    "Bagi saya tidak timbulnya soal mencari glamor dan mengejar kemewahan apabila saya menceburi bidang ini," jelasnya yang menjadikan aktres Sofea Jean sebagai idola.

    Cubaan bukan aibkan orang ramai

    Posted: 11 Aug 2011 07:49 PM PDT


    AKHIL Hay dan isterinya, Waheeda (empat dari kiri) bersama sebahagian daripada kakitangan Akhil Network meraikan ulang tahun pertama syarikat itu di Kajang, Selangor, baru-baru ini.


    ASTRO Oasis di saluran Astro 106 merupakan sebuah saluran alternatif yang menyiarkan rancangan-rancangan berunsur keislaman. Cubaan salah satu rancangan yang kini sedang disiarkan menerusi saluran televisyen (TV) berbayar itu pada setiap Sabtu pukul 7.30 malam.

    Meskipun berunsur keislaman, tetapi rancangan yang diacarakan oleh Akhil Hayy itu dikatakan menyerupai rancangan Barat, Candid Camera. Ia berdasarkan konsep rancangan itu yang seperti mengenakan orang ramai melalui rakaman daripada kamera video yang disorokkan.

    Bagaimanapun, menurut Akhil, Cubaan bukan sebuah rancangan yang mahu mengenakan atau memalukan orang ramai. Sebaliknya ia tampil dengan elemen pendidikan selain bagi menguji tahap keprihatinan masyarakat terhadap sesuatu insiden yang diketengahkan dalam program itu.

    "Kami bukan mahu mengenakan orang ramai tetapi berharap mereka dapat mencari makna di setiap segmen yang kami tampilkan. Contohnya, jika berlaku kes ragut yang kami lakonkan dalam satu segmen, apakah tindakan orang ramai sewaktu mendepani situasi seperti itu," ujarnya kepada Hits.

    Pada pertemuan di majlis pelancaran Konsert Mini Kembara Sufi Akhil Hayy itu, bekas penyanyi rock kumpulan D'Riyadh itu berkata, Cubaan juga tidak berniat untuk memalukan orang ramai yang ditemubual secara rambang dalam rancangan tersebut.

    Dalam sebuah segmen Cubaan, pendakwah bebas itu misalnya telah menemubual seorang lelaki berusia awal 40-an mengenai bacaan doa qunut tetapi sayangnya individu terbabit tidak mampu menghabiskan bacaan ayat yang dipetik daripada solat Subuh itu.

    Jelas Akhil, pihaknya telah memikirkan perkara itu di mana pelbagai persiapan telah dilakukan sebelum Cubaan disiarkan di kaca TV bagi memastikan air muka individu-individu yang disiarkan menerusi program tersebut tidak diaibkan.

    "Sebelum menemubual orang ramai, kami akan meminta kebenaran terlebih dahulu untuk menyiarkan rakaman itu. Kami juga mendapatkan tandatangan dalam satu surat persetujuan bagi membenarkan rakaman itu disiarkan dalam Cubaan. Ia bagi mengelakkan pertikaian pada masa akan datang.

    "Bagaimanapun, ada segmen-segmen tertentu kami akan menutup muka responden yang ditemu bual bagi mengelakkan mereka berasa malu. Selain itu, kami juga mendapat nasihat dan kerjasama daripada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan polis sebelum rakaman dimulakan," katanya.

    Mencari hikmah

    Suami kepada penyanyi Waheeda itu berkata, Cubaan yang mempunyai 13 episod itu akan menggunakan pendekatan mendidik para penonton berdasarkan paparan lakonan yang dirakamkan oleh kamera terselindung tentang sesuatu isu yang hendak diketengahkan itu.

    "Namun, saya tidak mahu menamakan konsep rancangan Cubaan ini sebagai senda gurau. Sebaliknya, ia adalah sebuah pendidikan kerohanian. Ia sebuah rancangan berkonsepkan ilmu dan pengajaran di mana para penonton boleh mencari hikmah di sebalik sesebuah realiti kehidupan yang dipaparkan," jelasnya.

    Sementara itu, sewaktu ditanya tentang Konsert Mini Kembara Sufi yang dianjurkan oleh syarikatnya, Akhil Hayy Network, ia hasil daripada permintaan para peminat yang masih ingin melihatnya menyanyi di atas pentas persembahan,

    Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai menjelaskan, menerusi konsert itu pihaknya akan memberi kepercayaan kepada mana-mana juga penganjur persembahan yang sanggup menarik penyertaan sekurang-kurangnya 300 peminat hadir menyaksikan konsert tersebut.

    "Kami akan mengeluarkan 300 keping tiket kepada mana-mana penganjur konsert dan terpulanglah kepada mereka untuk menjualnya. Setiap tiket berharga RM30. Apabila semua tiket itu habis dijual maka pihak terbabit akan menganjurkannya.

    "Selain menyaksikan konsert, turut diadakan ialah majlis tazkirah di mana Akhil Network juga akan memberi hadiah istimewa berupa produk keluaran syarikat saya kepada yang membeli tiket konsert tersebut. Pada 26 Julai lalu, konsert pertama yang kami adakan di Beranang, Selangor telah ditonton hampir 200 peminat," katanya.

    Selain sibuk mengacarakan rancangan Cabaran, menjayakan Konsert Mini Kembara Sufi, Akhil Network juga menganjurkan pakej umrah di mana seramai 30 jemaah telah mengikuti rombongan pertama pada April lalu yang diketuai oleh penasihatnya, Datuk Mohamed Zain Zakaria.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Categories