RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Betul ker Zizan semakin lupa diri?

Posted: 24 Aug 2011 10:27 PM PDT

Berada dipuncak populariti, nama pelakon, penyanyi, dan pelawak popular, Zizan Razak semakin menjadi pujaan hati peminat-peminatnya.
Apa sahaja yang dilakukan mudah sahaja menjadi perhatian, jadi tidak hairanlah jika dikala ini,
"Perkara inilah yang menganggu fikiran saya sekarang, selepas berita itu keluar ahad lalu. Saya sendiri tidak tahu daripada mana datangnya cerita saya ada menegur pelawak senior.
"Bagus sangat ke saya ni sehingga boleh menegur orang yang lebih lama dalam bidang ini. Seingat saya, saya tidak pernah berkelakuan begini, kalau meminta idea daripada senior memang ada, tetapi untuk besar kepala dan menegur mereka, itu memang tidak pernah terjadi.
"Saya minta maaf kalau sebenarnya ada yang terasa saya menegur mereka, mungkin ketika itu saya berniat untuk berkongsi pendapat, tetapi cara saya mengguris hati mereka, saya memang tidak tahu siapa yang dimaksudkan, tetapi saya tetap memohon maaf pada sesiapa sahaja yang terasa,"jelas Zizan.
Johan istimewa
Mengakui auranya bertambah kuat apabila digabungkan bersama Johan, Zizan menafikan cakap-cakap yang mengatakan hubungan antara mereka renggang ketika ini.
"Kami memang tiada masalah bersama, hanya disebabkan masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing maka kami jarang berjumpa. Saya akui ramai yang beranggapan saya agak lemah bila bergerak sendirian berbanding Johan, tetapi sebenarnya kedua-dua kami sememangnya mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri.
"Memang payah untuk berdiri sendiri, namun kami perlu menampakkan cara sendiri tanpa terlalu bergantung antara satu sama lain,"jelas Zizan.
Hantu Bonceng
Bakal muncul dengan filem seram komedi, Hantu Bonceng, Zizan bergandingan bersama pelakon sensasi yang pernah digosipkan bersamanya , Juliana Evan.
"Berlakon dengan Juliana memang senang, sebab kami mudah serasi. Kami banyak berkongsi idea biarpun ini kali pertama kami bekerjasama bersama.
"Sebenarnya, hubungan kami berdua memang rapat, kalau ada masalah kami lebih suka bercerita bersama, tetapi kami bukanlah bercinta. Tidak wujud cinta lokasi antara saya dan dia seperti mana yang digosipkan sebelum ini. Saya tidak pernah bercinta dengannya dan tiada unsur-unsur percintaan dalam hubungan kami ini,"luahnya.

Berada dipuncak populariti, nama pelakon, penyanyi, dan pelawak popular, Zizan Razak semakin menjadi pujaan hati peminat-peminatnya.

Apa sahaja yang dilakukan mudah sahaja menjadi perhatian, jadi tidak hairanlah jika dikala ini, pelakon filem KL Gangster ini berjaya menarik lebih satu juta peminat di laman sosial Facebooknya.

Namun belum lagi memenangi apa-apa anugerah yang berjaya menobatkan dirinya sebagai 'Terbaik', Zizan dikatakan sudah mula bersikap bermegah-megah dan ada juga khabar yang mengatakan Zizan sudah mula besar kepala sehingga sanggup menegur beberapa pelawak senior sewaktu membuat persembahan.

Zizan sering digosipkan bersama Juliana Evans

Kecewa dengan tudahan itu, Zizan menafikan dia sudah berubah sikap apabila berada dipuncak populariti ini.

"Perkara inilah yang menganggu fikiran saya sekarang, selepas berita saya bermegah-megah itu keluar ahad lalu, saya mula rasa tidak sedap hati. Bahkan saya sendiri tidak tahu daripada mana datangnya cerita saya ada menegur pelawak senior pula.

"Bagus sangat ke saya ni sehingga boleh menegur orang yang lebih lama dalam bidang ini. Seingat saya, saya tidak pernah berkelakuan begini, kalau meminta idea daripada senior memang ada, tetapi untuk besar kepala dan menegur mereka, itu memang tidak pernah terjadi.

"Saya minta maaf kalau sebenarnya ada yang terasa saya menegur mereka, mungkin ketika itu saya berniat untuk berkongsi pendapat, tetapi cara saya mengguris hati mereka, saya memang tidak tahu siapa yang dimaksudkan, tetapi saya tetap memohon maaf pada sesiapa sahaja yang terasa,"jelas Zizan.

Johan istimewa

Mengakui auranya bertambah kuat apabila digabungkan bersama Johan, Zizan menafikan cakap-cakap yang mengatakan hubungan antara mereka renggang ketika ini.

"Kami memang tiada masalah bersama, hanya disebabkan masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing maka kami jarang berjumpa. Saya akui ramai yang beranggapan saya agak lemah bila bergerak sendirian berbanding Johan, tetapi sebenarnya kedua-dua kami sememangnya mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri.

"Memang payah untuk berdiri sendiri, namun kami perlu menampakkan cara sendiri tanpa terlalu bergantung antara satu sama lain,"jelas Zizan.

Hantu Bonceng

Bakal muncul dengan filem seram komedi, Hantu Bonceng, Zizan bergandingan bersama pelakon sensasi yang pernah digosipkan bersamanya , Juliana Evan.

"Berlakon dengan Juliana memang senang, sebab kami mudah serasi. Kami banyak berkongsi idea biarpun ini kali pertama kami bekerjasama bersama.

"Sebenarnya, hubungan kami berdua memang rapat, kalau ada masalah kami lebih suka bercerita bersama, tetapi kami bukanlah bercinta. Tidak wujud cinta lokasi antara saya dan dia seperti mana yang digosipkan sebelum ini. Saya tidak pernah bercinta dengannya dan tiada unsur-unsur percintaan dalam hubungan kami ini,"luahnya.

Cita rasa desa

Posted: 24 Aug 2011 10:26 PM PDT


Sajian segar pilihan untuk berbuka puasa di Kelab Darul Ehsan.


MENAMPILKAN tema 'Tradisi & Cita rasa Desa', tahun ini Restoran Duyung yang terletak di Kelab Darul Ehsan (KDE) Ampang Jaya, Selangor, dilihat memberi kelainan dalam menyajikan hidangan untuk berbuka puasa kepada warga kota.

Seperti restoran-restoran lain, KDE menyajikan hidangan secara bufet untuk para pengunjung dan tidak kurang 101 pelbagai pilihan menu Ramadan dapat dinikmati bersama keluarga, sanak saudara mahupun rakan taulan.

Antara menu istimewa yang ditampilkan tahun ini ialah hidangan lauk pauk seperti cencaru masak kerutub, daging beriyani, gulai tempoyak, kambing masak halia dan daging masak kicap perak.

Menurut Penolong Pengurus Besarnya, Siva Kangasu, selain sajian cita rasa kampung, pihaknya turut menyediakan hidangan masakan ala Cina seperti loh hon chai, udang kon poh, udang mentega dan dried chilli cuttle fish.

"Tahun ini kami cuba memberikan kelainan bukan sahaja dari segi pilihan sajian berbuka puasa malah kami turut menampilkan konsep gerai di mana ia untuk memberi pelbagai pilihan kepada para pengunjung.

"Dengan adanya konsep gerai ini, secara tidak langsung makanan yang disajikan lebih banyak.

"Untuk gerai, kami menampilkan masakan bergoreng, bakar, sup dan aneka nasi," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Harga yang ditawarkan juga berpatutan di mana orang dewasa hanya dikenakan RM55 (bersih), kanak-kanak RM33 dan warga emas RM32.50.

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan boleh hubungi talian 03-42572333 sambungan 409.

Dalam pada itu, sepanjang bulan Ramadan ini pengunjung juga boleh membeli barangan keperluan hari raya yang disediakan di Bazar Ramadan yang terletak di laluan pintu masuk restoran tersebut.

Pelbagai barangan dapat diperoleh seperti tudung, jubah, baju kurung, kerongsang, beg tangan, telekung, aksesori wanita dan tidak ketinggalan kuih muih hari raya.

Menurut salah seorang peniaga di situ, Duraton Hannani Amir, 29, tahun ini merupakan kali pertama di berniaga di bazar Ramadan KDE.

Dia yang sememangnya merupakan peniaga sepenuh masa menjual pelbagai jenis pakaian kanak-kanak, pakaian dewasa dan juga aksesori wanita.

Bagi Duraton, walaupun pertama kali berniaga di KDE, sambutan yang diterima menggalakkan.

"Alhamdulillah, setakat ini sambutan menggalakkan dan kebanyakan baju kanak-kanak yang dijual dihasilkan sendiri," ujarnya.

Bagi Dona Hashim, 48, pula, dia yang telah empat tahun berniaga di situ sememangnya tidak pernah melepaskan peluang untuk berniaga di situ.

Katanya, setiap tahun sambutan yang diterima daripada pengunjung-pengunjung KDE amat menggalakkan.

Berniaga barangan wanita seperti baju, tudung, aksesori dan juga kuih raya, Dona sentiasa memastikan produk yang dijualnya. berkualiti.

Perabot baru untuk raya

Posted: 24 Aug 2011 10:26 PM PDT


Meja makan gaya klasik untuk Aidilfitri ini.


Sudah menjadi kebiasaan, persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar membeli pakaian baru malah hiasan dalaman rumah juga tidak boleh dilupakan bagi menambahkan lagi keceriaan pada musim perayaan.

Bagi yang masih memikirkan di mana hendak mencari barangan ini boleh mengunjungi Viva Mall satu-satunya pusat sehenti yang menyediakan barangan keperluan rumah dengan lengkap.

Penolong Pengarah Urusan Viva Mall Sdn. Bhd., Carrie Kon memberitahu, lokasi pusat membeli-belah itu yang telah dibuka pada 15 April lalu memang berada di lokasi strategik dan mudah untuk dikunjungi pelanggan.

"Viva Mall terletak di No.85, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, '' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau memberitahu, pelanggan pastinya tidak akan kecewa kerana Viva Home membolehkan mereka mendapatkan perabot dari pelbagai reka bentuk mengikut cita rasa masing-masing.

Katanya, bukan perabot sahaja yang terdapat di sini malah barangan keperluan dalaman rumah yang lain termasuk tilam, katil, fabrik, peralatan bilik air, barangan elektrik sehingga di luar rumah termasuk kolam mandi dan landskap.

Bagi yang sudah jemu dengan perabot lama dan bercadang menggantikannya dengan baru menjelangnya hari raya maka bolehlah berkunjung ke sini.

Tidak ada salahnya jika pada hari raya tahun ini ingin menukar ruang tamu dengan pilihan rekaan perabot klasik gaya mewah dari Iran di Viligia Sdn. Bhd.

Keindahan perabot Viligia memang tampak hebat dengan ukiran pada bahagian kerusinya dalam warna emas yang dihasilkan oleh tukang ukir dari negara berkenaan.

Tetapi bagi yang ingin memilih gaya Inggeris pula boleh memilih kelengkapan barangan ini dari kerusi makan, kerusi ruang tetamu sehinggalah kepada perhiasan termasuk pelbagai jenis kertas dinding di Aico Deco atau Pink Rose.

Gaya Inggeris yang semakin menjadi trend hiasan dalaman di negara ini juga sesuai untuk merubah ruang tamu atau di mana-mana bahagian rumah lebih menarik pada hari raya.

Ruang dalaman rumah yang bertemakan warna putih pula sememangnya amat sesuai untuk menyambut Syawal yang mulia.

Sudah pasti bukan sahaja gaya kotej ini akan mengujakan ahli keluarga malah juga kepada tetamu yang hadir.

Bagaimanapun tambah menarik jika sudah ada kerusi atau meja makan baru turut dipakejkan sekali dengan pinggan mangkuk yang baru.

Di sini memang mempunyai banyak juga pilihan pinggan mangkuk yang boleh dipilih dalam pelbagai corak dan warna.

Tujuannya bagi menambahkan lagi seri hidangan di meja selain tetamu yang hadir juga senyum leka menikmati keindahannya sambil menikmati juadah enak yang disediakan.

Begitu juga jika ingin memilih balang atau bekas kuih untuk dihidangkan kepada tetamu yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk dari kaca dan sebagainya.

Selain itu bekas ini didatangkan dalam pelbagai warna cerah yang diserikan dengan bunga-bungaan kecil atau polos begitu sesuai untuk diisi dengan biskut raya.

Bunga pula antara hiasan yang tidak boleh ditinggalkan khususnya bagi menyerikan segenap sudut rumah.

Di sini pelbagai bunga-bungaan boleh didapati dalam pelbagai warna yang boleh disusun dalam pelbagai jenis pasu yang unik.

Pastinya dengan gubahan bunga yang menarik yang diletakkan di dalam pasu kaca lut sinar pastinya akan menambahkan keindahan ruang dalaman rumah.

Untuk menambah cantik boleh tambahkan lagi misalnya bantal berbentuk persegi atau bulat dalam pelbagai warna dan corak untuk diletakkan di atas kusyen.

Selain itu beritahu Carrie, Viva Mall bukan sekadar memberikan pilihan perabot malah juga turut memberi kemudahan lain seperti panggung wayang, pejabat pos, penjualan barangan telekomunikasi dan juga pasar raya Giant.

Carrie memberitahu sempena dengan bulan ramadan dan menjelangnya Syawal di Councourse Viva Mall diserikan dengan tema Malam Arab dari 13 Ogos hingga 4 September depan.

Bagi memeriahkan suasana di councourse itu antaranya diadakan persembahan tarian Arab, Melayu, nyanyian, pertandingan pakaian Merdeka, cara mengayam ketupat dan persembahan gamelan.

Muslim Aid pupuk semangat sukarela

Posted: 24 Aug 2011 10:25 PM PDT


Tin-tin berisi daging kambing yang siap diproses sumbangan Muslim Aid Asia bagi diagihkan kepada negara-negara Islam yang mengalami masalah kebuluran di Chendering, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


Ada orang begitu mudah tersentuh perasaan apabila melihat kesengsaraan yang dialami oleh mereka yang ditimpa bencana atau hidup dalam keadaan daif.

Hakikatnya jikalau sekadar simpati sahaja sebenarnya masih belum cukup seperti ibarat pepatah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Lebih baik jika bukan sahaja ada rasa simpati malah turut bersama-sama membantu golongan ini supaya mampu tersenyum semula.

Jika tidak mampu untuk menghulurkan bantuan dengan wang ringgit sebenarnya masih ada peluang lain untuk berbakti kepada golongan jika hati benar-benar ikhlas.

Satu lagi bentuk bantuan yang boleh dihulurkan bagi membantu golongan ini dengan bertugas sebagai sukarelawan.

Sekurang-kurangnya dengan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang ada itu dapat digunakan sebagai salah satu cara untuk membantu golongan yang memerlukan ini.

Sekalipun bidang sukarelawan di negara ini juga masih kurang popular tetapi kesedarannya sudah semakin meluas di kalangan masyarakat Malaysia.

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia antara badan bukan kerajaan (NGO) yang membuka peluang untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi sukarelawan.

Pengurus Program Pembangunannya, Muhammad Kamarulazizi berkata, sejak ditubuhkan pada tahun 2004 sehingga kini jumlah tenaga sukarelawan telah mencapai 5,000 orang di seluruh negara.

"Sukarelawan Muslim Aid bukan sahaja terdiri dari mahasiswa IPT malah juga profesional seperti doktor, peguam, jurutera dan juga yang mempunyai pelbagai kemahiran seperti tukang masak, ahli perniagaan serta kakitangan awam dan swasta,'' katanya ketika ditemui Mega baru-baru ini.

Selain itu, katanya, ia juga melibatkan orang luar yang tinggal sama ada bekerja atau belajar di negara ini yang berminat untuk menjalankan kerja-kerja sukarela.

"Tiada juga batasan agama kerana sehingga kini ada sukarelawan yang bukan beragama Islam,'' katanya.

Menurut Muhammad, Muslim Aid memang memerlukan sukarelawan dari pelbagai latar belakang supaya setiap projek yang dijalankan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan.

"Biasanya sasaran untuk menjadi tenaga sukarelawan ini berusia antara 20 hingga 30 tahun,'' kata beliau.

Jelasnya, biasanya tidak semua sukarelawan akan terbabit dalam program yang sama kerana biasanya akan diagih-agihkan mengikut keperluan tenaga.

Jelas Muhamad, pada peringkat awal Muslim Aid banyak melakukan usaha mencari sukarelawan di kalangan mahasiswa yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Lagipun katanya, golongan mahasiswa mudah dicari untuk menjalankan program khususnya ketika cuti hujung minggu atau semester.

Beliau tidak nafikan golongan mahasiswa paling ramai sekali menganggotai tenaga sukarelawan Muslim Aid.

Katanya, sekalipun masing-masing telah bekerja mereka tetapi masih meluangkan masa untuk menjadi sukarelawan dengan Muslim Aid.

Dalam pada itu, katanya, orang awam juga mulai sedar untuk menjadi tenaga sukarelawan Muslim Aid.

Katanya, sesiapa yang berminat menjadi sukarelawan Muslim Aid dengan melayari laman web www.muslimaidasi.com dan boleh terus mendaftar secara online.

Muhammad memberitahu, Muslim Aid juga membuka akaun Facebook sejak dua tahun lalu keahlian sehingga menyumbang kepada jumlah peningkatan keahlian dengan lebih banyak.

Katanya, ini kerana pada yang berminat menjadi tenaga sukarelawan juga boleh mendaftar di Facebook.

Memandangkan aktiviti kebajikan yang dianjurkan oleh Muslim Aid tidak terhad di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor malah ke segenap pelosok negara.

Sehubungan itu, katanya, Muslim Aid memerlukan sukarelawan di setiap negeri.

"Misalnya dengan program Feed 2 Fast yang dianjurkan pada sepanjang bulan Ramadan ini juga untuk memberikan bantuan kepada fakir miskin, orang kelainan upaya (OKU) dan anak yatim di seluruh negara,'' kata Muhammad.

Sehubungan itu katanya, bagi menjayakan program ini maka sukarelawan dari setiap negeri pada ketika ini amat diperlukan.

Selain itu kata beliau, Muslim Aid juga memilih dua rumah kebajikan yang dipilih sebagai rumah anak angkat bagi mengadakan aktiviti tetap pertubuhan itu.

"Sejak tahun 2008 lagi Muslim Aid bekerjasama dengan Asrama Darul Falah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) ASDAF di Bukit Persekutuan iaitu rumah kebajikan yang menempatkan anak-anak yatim dan miskin dari kalangan Orang Asli seluruh Semenanjung,'' katanya.

Muhamad memberitahu, antara sumbangan Muslim Aid termasuk memberikan sokongan terhadap program pendidikan termasuk kelas bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Katanya, sukarelawan ini akan bertugas sebagai guru pada setiap hujung minggu untuk mengajar kanak-kanak ini mengikut peringkat umur.

"Muslim Aid juga menganjurkan aktiviti My Kitchen Garden di mana sukarelawan akan bersama-sama dengan penghuni untuk menanam sayur-sayuran bagi mengurangkan kos makanan harian dan juga mendedahkan mereka dengan 'sustainable agriculture' di ASDAF yang kini sudah masuk fasa kedua,'' katanya.

Selain itu katanya, Muslim Aid juga memilih Rumah Titian Kaseh di Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa yang merupakan tempat perlindungan untuk anak yatim, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas bagi aiktiviti yang sama.

Mencari kepuasan melalui kerja sukarela

Posted: 24 Aug 2011 10:23 PM PDT


Mohd. Azry Ahmad (tiga dari kiri) tidak kekok menjalankan tugas-tugas sukarela.


Mungkin kita sering bersimpati terhadap mereka yang bernasib malang tetapi sejauh mana kita ada keberanian 'turun padang' untuk membantu golongan ini.

Sekadar cakap memang mudah. Tetapi untuk benar-benar melaksanakan tugas ini sesungguhnya memerlukan komitmen dan kesungguhan yang luhur.

Sememangnya tidak mudah bergelar sukarelawan kerana bukan sahaja terpaksa berkorban masa malah bersedia untuk bekerja secara percuma serta perlu pula berdepan dengan tekanan dan cabaran.

Inilah bakti suci yang bukan sahaja tidak mengharapkan balasan tetapi amat bermakna lagi khususnya di bulan Ramadan yang mulia ini.

Gadis berusia 26 tahun, Nazihah Rusli akui mula sebati dengan kerja-kerja sukarela ini semenjak menuntut di universiti.

Selepas menamatkan pengajian ijazah TESL di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun lalu dia mula menjadi sukarelawan bersama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) sejak lima bulan yang lalu.

"Sekalipun sekarang saya sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana, tetapi di hujung minggu dapat digunakan untuk mengajar kanak-kanak di Asrama Darul Falah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) (ASDAF),'' katanya.

Anak kelahiran Alor Setar itu memberitahu: "Sukar untuk dijelaskan kepuasan melakukan kerja amal ini kerana ia lebih membahagiakan daripada saya keluar berjalan-jalan bersama dengan rakan sebaya."

Bagaimanapun kata Nazihah, keputusannya menjadi sukarelawan tepat kerana sekurang-kurangnya dia dapat menabur bakti kepada masyarakat sekalipun bukan dengan wang ringgit.

Nazihah tidak kisah berada di asrama itu pada setiap hujung minggu kerana hatinya menjadi lebih gembira apabila dapat meluangkan masa bersama-sama mereka.

Di bulan Ramadan pula biasanya dia akan bersama-sama dengan kanak-kanak itu untuk membimbing mereka ketika bertadarus.

"Selain itu kami juga akan bersama-sama menunaikan solat wajib dan juga solat sunat terawih,'' katanya ketika ditemui di asrama berkenaan yang terletak di Cangkat Persekutuan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yusuf Glanfield, 34, dari Cape Town, Amerika Selatan pula mula menjadi sukarelawan dengan Muslim Aid hasil daripada melayari Facebook ketika menjejakkan kaki ke negara ini sejak dua tahun lalu.

Cerita Yusuf, dia memang pernah menjadi sukarelawan ketika bertugas di beberapa negara sebelum menetap di Malaysia.

Pengalaman yang paling tidak dilupakan apabila menjadi sukarelawan di bumi Palestin di mana ia betul-betul memberikan Yusuf pengalaman yang cukup terkesan di hati sehingga ke hari ini.

"Disebabkan sudah biasa melakukan tugas sukarela maka ketika berada di sini saya mula mencarinya menerusi Internet kerana sekurang-kurangnya dapat menabur bakti ketika tinggal di sini,'' katanya yang bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di British Council.

Dengan kepakaran yang ada, Yusuf menjadi tenaga pengajar di ASDAF.

"Sekalipun di sini tugas saya cuma mengajar bahasa Inggeris tetapi biasanya saya tidak sekadar mengajar sahaja,'' katanya.

Yusuf mempelbagaikan teknik pengajaran termasuk menjalankan aktiviti permainan dan sebagainya supaya ia tidak membosankan kanak-kanak di situ.

Melihatkan kemesraan Yusuf dengan kanak-kanak di asrama itu sudah menunjukkan bahawa dia bukan sahaja sudah diterima dengan baik malah menjadi tempat untuk bergurau senda.

"Mereka juga sudah tidak kekok lagi untuk bergaul dengan saya sekali gus ini memudahkan tugas saya untuk mengajar,'' katanya.

Jelas Yusuf, dia bukan setakat mengajar bahasa Inggeris malah turut membantu kanak-kanak ini untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah mereka.

Dari situ, kata Yusuf, dia dapat bergaul dengan lebih rapat dengan kanak-kanak itu yang disifatkannya bernasib baik kerana apa pihak seperti Perkim yang membantu mereka untuk hidup lebih berjaya sebagai muslim dan juga generasi akan datang.

Sekalipun hujung minggunya dipenuhi dengan tugas mengajar kanak-kanak di situ tetapi Yusuf memberitahu dia puas kerana berpeluang untuk menabur bakti untuk saudara sesama Islam.

Mohd. Azry Ahmad, 28, pula berkata, walaupun sibuk mengendalikan perniagaan Bom Kitchen tetapi pemuda yang mempunyai kepakaran dalam bidang masakan ini tetap sanggup meluangkan masa hujung minggu di ASDAF.

"Minat untuk menjadi sukarelawan ini sudah lama cuma saya tidak tahu di mana hendak bermula sehinggalah pada suatu hari saya bertemu semula dengan rakan lama, Muhammad yang kini bertugas di Muslim Aid,'' katanya.

Tugasnya pada setiap Sabtu dan Ahad adalah menjadi tenaga pengajar kelas bahasa Inggeris untuk kanak-kanak di asrama berkenaan.

Biasanya kata Mohd. Azry, kelas berkenaan akan mengambil masa dari dua hingga tiga jam.

"Bagi saya tiada istilah penat atau jemu sebaliknya rasa puas yang sukar untuk diterjemahkan apabila berkesempatan untuk membantu mereka supaya menjadi lebih baik dari semalam,'' ujarnya.

Sekalipun dia akui memang mempunyai cabaran mengajar kanak-kanak ini tetapi sehingga kini dia berjaya melaluinya dengan tenang.

Jelas Mohd. Azry ada masanya beliau juga akan turut membantu di dapur jika sekiranya ada pihak yang menganjurkan jamuan di asrama berkenaan. Bagi pemuda ini peluang menabur bakti ke atas anak-anak ini sememangnya telah berjaya memberikan semangat untuknya lebih yakin dalam mendepani apa juga cabaran kepada dirinya.

Sekurang-kurangnya dia puas kerana masih tidak melupakan golongan yang tidak bernasib baik khususnya pada bulan Ramadan yang mulia ini sekalipun sibuk dengan kerjaya tetapnya.

Aidilfitri: Antara ibadat dan adat

Posted: 24 Aug 2011 10:12 PM PDT


Aidilfitri wajar dipenuhi dengan ibadat yang dituntut Allah seperti zikir dan takbir. - Gambar hiasan


DALAM tempoh beberapa hari lagi umat Islam seluruh dunia akan meraikan hari kemenangan iaitu Aidilfitri. Sudah pasti juga ketika ini ramai yang tidak sabar mahu pulang ke kampung bagi merayakan hari kemenangan ini.

Selepas sebulan berpuasa umat Islam merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan. Ibadat puasa sepanjang Ramadan diibaratkan suatu 'madrasah' atau sekolah yang mendidik jiwa umat Islam sepanjang sebulan berpuasa.

Bukan saja menahan lapar dahaga, malah juga mengekang hawa nafsu daripada merajai jiwa. Disiplin yang dipupuk oleh madrasah Ramadan ini amat kental kerana umat Islam bukan hanya berpuasa di hadapan orang, malah juga apabila bersendirian.

Inilah kejayaan Islam mendidik peribadi mulia dan amanah. Manifestasi kemuliaan Ramadan dapat dilihat daripada sudut amalan umat Islam seperti bersolat terawih, bersedekah, bertadarus al-Quran dan banyak lagi.

Hampir sebulan mengikuti institusi Ramadan, kini tiba pula masa untuk meraikan Aidilfitri. Amat rugilah orang yang langsung tidak mengambil pengajaran daripada falsafah Ramadan itu sendiri.

Jelas kegirangan dan kegembiraan tersemat dalam hati Muslimin dan Muslimat sekalian kerana kemenangan di hari yang mulia ini. Pelbagai persiapan diadakan bagi menyambut hari kemenangan itu. Pada kebiasaannya kanak-kanak yang paling gembira ketika hari raya.

Bagi yang merayakan Aidilfitri tanpa orang tersayang, perayaan ini masih tetap diteruskan memandangkan ia adalah tuntutan hukum syarak. Namun, sudah tentulah hiba di jiwa tidak dapat dielakkan ketika menyambutnya.

Mengunjungi pusara ibunda khususnya menjadi kemestian di hari lebaran ini. Walaupun yang pergi tidak akan kembali sebagai tanda ingatan sekalung doa dan bacaan ayat-ayat suci dititipkan kepada mereka. Saya sendiri akan berhari raya buat pertama kalinya tanpa bonda di sisi.

Dalam segi bahasanya, Aidilfitri bermakna kembali kepada fitrah. Kita sebenarnya kembali kepada fitrah iaitu suci dan bebas daripada dosa. Tatkala Aidilfitri, umat Islam suci daripada dosa kerana madrasah Ramadan membersih segala dosa kita.

Namun, tidak kurang juga kita yang kecundang dan gagal menjadi graduan madrasah Ramadan ini apabila mereka kembali kepada fitrah sebelum Ramadan iaitu sikap negatif terlalu obses dengan hawa nafsu dan meminggirkan ibadah kepada Yang Maha Esa.

Mereka kembali kepada kehidupan penuh dosa dan menindas golongan lemah, makan makanan yang tidak tentu halal haramnya dan daripada sumber yang diragukan.

Malah fitnah memfitnah, mengadu domba dan menuduh orang lain tanpa bukti dan siasatan juga telah menjadi norma dalam kehidupan mereka. Golongan ini adalah golongan yang sangat rugi kerana tidak mengambil iktibar daripada ajaran Allah.

Pada hari kemenangan ini, jangan dilupa golongan yang tidak bernasib baik. Semangat persaudaraan Islam mesti diutamakan di samping mengeratkan silaturahim sesama ummah. Golongan kurang bernasib baik ini juga berhak merayakan Aidilfitri seadanya.

Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Patuhi peraturan lalu lintas dan utamakan keselamatan. Moga-moga selepas berhari raya kita dapat kembali ke tempat kerja masing-masing dengan selamat.

Agama Allah memerlukan kita meneruskan perjuangan menegakkan kalimah-Nya di muka bumi ini sesuai dengan peranan sebagai khalifah.

Aidilfitri bukanlah semata-mata suatu adat, tetapi lebih kepada ibadat berasaskan sumber hukum yang jelas. Oleh kerana ia adalah suatu ibadat, hari besar ini wajar dipenuhi dengan ibadat yang dituntut Allah.

Ia tidak hanya ziarah menziarahi, tetapi mengeratkan silaturahim. Ia tidak hanya berborak-borak, tetapi menegakkan syiar dan dakwah Islamiah. Ia bukan juga hanya menyanyi kegembiraan, tetapi menambah zikir dan takbir kepada Yang Maha Esa.

Pemborosan dan pembaziran semata-mata bagi menyambut Aidilfitri sebenarnya adalah tergelincir daripada apa dianjurkan Islam. Islam menggalakkan umatnya merayakan hari kemenangan ini, tetapi dalam sukatan dan kadar tidak menjurus kepada pembaziran.

Alangkah baiknya jika wang lebihan itu digunakan bagi manfaat perjuangan Islam dan membantu golongan memerlukan.

Peluang derma wakaf

Posted: 24 Aug 2011 10:12 PM PDT


Budiman Mohd. Zohdi (kanan) ketika menyerahkan khemah wakaf untuk tanah perkuburan di Masjid An-Nur, Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, baru-baru ini.


SEPANJANG bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang kawasan perkuburan juga agak 'meriah' dengan kunjungan waris untuk mendoakan penghuni yang telah pergi.

Bagaimanapun cuaca yang tidak menentu pasti menyukarkan waris menziarahi kubur ahli keluarga mereka.

Justeru Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam menggerakkan kempen mendermakan wakaf mudah alih untuk kegunaan waris yang menziarah kubur.

Pengerusinya, Budiman Mohd. Zohdi berkata, ia merupakan inisiatif majlis daerah dan sumbanga orang perseorangan.

Katanya, kos dua khemah untuk satu kawasan perkuburan ialah RM500.

"Di Sabak Bernam terdapat lebih 20 tanah perkuburan. Jadi, sesiapa yang ingin memberikan sumbangan boleh berbuat demikian," katanya semasa ditemui selepas memberikan dua wakaf mudah alih kepada wakil Masjid An-Nur, Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, baru-baru ini.

Sumbangan boleh dibuat kepada majlis belia untuk diagih-agihkan kepada jawatankuasa masjid berkaitan atau terus ke akuan Bank Islam Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam 1205 6010 0017 71

"Kami berharap lebih banyak lagi badan korporat atau orang perseorangan tampil untuk mendermakan wakaf mudah alih kepada kawasan perkuburan.

"Mereka yang berminat menderma juga boleh menghubungi wakil masjid berhampiran," katanya.

Tingkatkan amal di akhir Ramadan

Posted: 24 Aug 2011 10:03 PM PDT


seharusnya umat Islam mengambil peluang terutamanya pada malam terakhir Ramadan ini sebelum ia melabuhkan tirainya. - Gambar hiasan


RAMADAN semakin hari semakin bergerak meninggalkan kita. Seorang Mukmin sejati akan merasa sedih bercampur risau sama ada dipertemukan lagi dengan Ramadan berikutnya setahun lagi. Agak malang bagi kita jika merasa terlalu gembira dengan pemergian Ramadan seolah-oleh terlepas daripada suatu beban dan azab pedih.

Sepanjang Ramadan hingga hari ini kita telah penuhi dengan pelbagai amalan. Justeru, hari-hari berbaki sepatutnya tidak dipersia-siakan atau diisi dengan perkara-perkara yang boleh mengikis pahala ibadat yang telah dilakukan pada awal-awal Ramadan.

Hakikat ini tentu lebih sinonim dengan kelebihan Lailatul Qadar yang dijanjikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Firman Allah SWT : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam al-Qadar. Dan apakah engkau mengetahui (kelebihan) malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Para malaikat dan (Jibril) turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr : 1-5)

Walaupun malam al-Qadr tidak disebutkan tarikh berlaku dan masanya, namun beberapa hadis Nabi SAW memberi petunjuk kepada umat Islam bagi memburu pahala amalan melebihi 1,000 bulan ini.

Sabda Rasulullah SAW : Carilah (iaitu Lailatul Qadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia merasa putus asa (mencari) pada baki tujuh malam terakhir. (riwayat Muslim).

Waktu ini kemudian dikhususkan lagi dalam sabda Baginda SAW : Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan. (riwayat al-Bukhari)."

Kedua-dua hadis tersebut jelas mengajak kita semua untuk memperhebatkan amalan terutama 10 hari akhir bulan al-Mubarak ini. Malah, kehebatan ganjaran malam tersebut terbukti dengan ibadah Nabi SAW sendiri yang melebihi waktu yang lain seperti perkhabaran Aisyah: Rasulullah SAW bersungguh-sungguh beribadah pada 10 hari terakhir (Ramadan) yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain. (riwayat Muslim).

Jelasnya, kita yang berada pada saat- saat akhir ini perlulah menghambakan diri kita dengan amalan-amalan seperti iktikaf, tadarus, zikir, selawat, berdoa dan sebagainya. Namun agak malang di kalangan umat Islam khususnya di negara kita yang melakukan perkara yang terbalik daripada yang dianjurkan.

Dalam pesanan Nabi SAW, semakin hari dalam bulan Ramadan bergerak, kita seharusnya mempertingkatkan amalan. Tetapi, kita lakukan sebaliknya. Semakin menempuh 10 malam akhir, surau dan masjid kita semakin kurang kapasitinya. Jemaahnya semakin menghampiri saf depan dan dekat dengan imam.

Lebih menyedihkan amalan baik yang banyak ini hanya terhenti setakat bulan Ramadan. Tamatnya Ramadan, bererti tamatlah amal soleh dan berhentilah amalan tadarus, qiamullail, berjemaah di masjid dan sebagainya.

Sikap sebegini seolah-olah melambangkan amal yang tidak ikhlas dan bermuka-muka dalam ibadah. Lebih berat lagi sikap ini juga menunjukkan ganjaran pahala Allah SWT hanya wujud dalam bulan Ramadan.

Jika ini berlaku, benarlah peringatan Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi dalam khutbahnya bahawa sesiapa yang menyembah Ramadan, ia akan pergi meninggalkan kita, tetapi sesiapa yang menyembah Allah SWT, Dia tetap hidup buat selama-lamanya.

Sepatutnya, segala amalan dan gerak kerja ibadah selama sebulan Ramadan ini hendaklah diteruskan pada bulan-bulan yang lain hinggalah kita bertemu dengan Ramadan seterusnya tahun depan. Yakinlah dengan pesanan Rasulullah SAW: Solat lima waktu, Jumaat hingga Jumaat berikutnya dan Ramadan hingga Ramadan berikutnya adalah penghapus dosa di antara (waktu itu) selama mana dijauhi dosa-dosa besar. (riwayat Muslim).

Sepatutnya perkara ini tidak berlaku jika kita benar-benar beriman dengan Allah SWT dan mengikut teladan rasul-Nya. Oleh itu, sekali lagi diperingatkan supaya kita mengambil peluang terbuka ini sebelum Ramadan melabuhkan tirai dan Syawal menggamit kita.

Selain itu, kita perlu mengambil iktibar bahawa kedatangan Syawal menandakan kemenangan kita sepanjang diuji dalam bulan Ramadan. Fajar Aidilfitri melambangkan kejayaan kita dalam mematuhi perintah Allah SWT, mengejar ganjaran besar di samping berjuang melawan hawa nafsu dan pujuk rayu syaitan.

Kejayaan ini perlu diraikan dengan aktiviti yang bertepatan dengan syariat Islam. Amat malang bagi kita jika setelah berkorban masa dan tenaga mendekati Allah SWT dalam bulan Ramadan, namun bila tibanya Syawal segala pahala kita pula hilang dan dikorbankan melalui aktiviti kita yang tidak bersesuaian dengan Islam.

Signifikannya Hari Wanita

Posted: 24 Aug 2011 10:02 PM PDT


Keperluan wanita hari ini semakin diutamakan. - Gambar hiasan


Sebagai salah seorang tokoh wanita negara yang menyaksikan perjuangan wanita dahulu, mungkin Tan Sri boleh ceritakan apa signifikannya kita wujudkan sambutan Hari Wanita

ZALEHA: Sebenarnya sambutan Hari Wanita pertama berlangsung pada 25 Ogos 1962 iaitu diinisiatifkan oleh Allahyarhamah Tun Fatimah Hashim dan dengan persetujuan Perdana Menteri yang pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Pada saya, satu-satu sambutan hari yang berkaitan dengan kumpulan-kumpulan tertentu seperti Hari Wanita, Hari Kanak-Kanak, Hari Buruh dan sebagainya masing-masing ada relevan dan signifikan tersendiri.

Selain untuk meraikan ia juga bagi mengingatkan setiap orang terhadap kumpulan-kumpulan terbabit.

Apabila kita ada satu-satu sambutan maka orang akan ingat. Sedangkan sekarang ini pun kita adakan sambutan masih ada golongan muda yang tidak tahu adanya Hari Wanita, apatah lagi jika tidak ada sambutan.

Hari Wanita biasanya kita sambut dengan ada tema atau fokus pada satu-satu bidang atau aspek tertentu yang kita rasakan kita masih lemah. Dengan adanya tema ini, sepatutnya selepas itu ada usaha-usaha untuk mencipta pencapaian yang lebih baik.

Pada hemat saya, Hari Wanita wajib diteruskan meskipun ada golongan muda merasakan ia tidak perlu. Waktu inilah kita berpeluang merenung perjuangan dan pencapaian kita.

Kalau kita lihat pencapaian wanita hari ini belum pada tahap 100 peratus kerana begitu banyak aspek dalam kehidupan kita dari segi keluarga, kedudukan wanita, keganasan rumah tangga masih belum ditahap yang kita mahukan.

Kalau boleh kita ingin hapuskan semua yang tidak elok dan yang positif kita tingkatkan. Usaha ini mesti berterusan dan salah satu caranya melalui sambutan Hari Wanita di mana adakan seminar, persidangan, lawatan ke luar negara dan sebagainya. Apa akan jadi pada kita kalau kita duduk diam saja?

MAZNAH: Memang diakui generasi muda hari ini kurang menghayati perjuangan orang dulu. Namun dengan adanya sambutan Hari Wanita ini kita dapat mengimbau kembali melihat sejarah siapakah ikon-ikon yang terdahulu.

Apabila ada sambutan sebegini atau wawancara seperti ini kita boleh mengimbau balik sejarah masa lampau dan juga sekarang.

Untuk memupuk penghayatan orang muda terhadap perjuangan wanita mungkin kerajaan boleh melakukan program seperti road tour membawa ikon-ikon negara mendekati masyarakat.

Dengan cara ini kita dapat mendengar atau berbual sendiri dengan tokoh-tokoh ini, sekali gus memberi satu aura yang berbeza dan inspirasi untuk bergerak ke hadapan.

Mungkin tak semua orang tahu siapa itu Tan Seri Zety Akhtar Aziz (Gabenor Bank Negara), ada juga yang nak jumpa Tun Siti Hasmah (Mohd. Ali).

Pada satu ketika saya sendiri teringin berjumpa Tun Siti Hasmah. Alhamdulillah kerana dapat anugerah Duta Belia Negara dapat juga berjumpa dengan ikon negara ini dan kata-kata beliau menjadi perangsang untuk saya hingga ke hari ini.

AZLIN: Memang Hari Wanita amat relevan, hari ini kalau tidak kerana Hari Wanita saya pun tidak dijemput di sini. Kita perlukan hari-hari seperti ini supaya kesedaran itu ada sebagai hari yang perlu untuk mengingat apa yang kita telah capai dan apa lagi yang kita perlu buat.

Pada 2007 kami di Peniagawati telah memperkenalkan anugerah untuk usahawan wanita mengikut dekad sejak merdeka.

Daripada anugerah seperti itu kita dapat belajar tentang ramai wanita kita sudah berjaya. Sebab itulah kita perlukan hari seperti ini sebagai peringatan kepada generasi muda.

Setiap tahun kita menyambut Hari Wanita dengan menghitung pencapaian demi pencapaian. Namun apakah ukuran sebenar kepada kejayaan ini?

Zaleha: Sebenarnya rasa saya pencapaian kita begitu banyak. Kalau dibandingkan dengan zaman saya, ketika mula sekolah dulu wanita Melayu cuma ada berapa kerat sahaja tetapi pada hari ini di universiti, wanita dah melebihi kaum lelaki.

Pada pendapat saya itu menunjukkan pencapaian dari segi pendidikan. Kalau memegang jawatan-jawatan penting dan tertinggi itu boleh dijadikan ukuran, bandingkan dengan zaman sebelum merdeka dengan hari ini rasa saya satu pencapaian yang besar.

Bagi saya satu ukuran yang penting ialah peningkatan taraf hidup. Meningkat taraf hidup dari segi keadaan ekonomi, tidak semesti orang bandar sahaja kaya, kadang-kadang orang di desa juga kaya dengan tanah berpuluh-puluh ekar.

Berbanding negara luar, saya rasa kita perlu berbangga sebab saya lihat bahawa negara kita telah mencapai lebih daripada negara-negara yang saya pernah lawati itu.

Jadi kalau ada pihak mengecil-ngecilkan usaha kita dan kerajaan serta NGO (badan bukan kerajaan), rasa saya tidak patut sebab kita sudah capai banyak. Namun keadaan ini boleh berubah, dari merdeka mungkin jadi tidak merdeka, negara yang maju boleh jadi muflis. jadi kita perlu berusaha dalam segala aspek supaya kita terus meningkat dan terus meningkat, paling tidak pun kita boleh kekalkan keadaan ini.

Masihkah ada jurang yang luas antara wanita bandar dan luar bandar khususnya dari segi ekonomi.

AZLIN: Memang ada persepsi bahawa masyarakat di bandar lebih kaya dan senang berbanding luar bandar. Tetapi kalau kita lihat orang di bandar kadang kala lebih miskin atau dipanggil urban poor atas faktor kos sara hidup sampai kadang kala untuk hantar anak ke sekolah pun tidak mampu.

Program kerajaan sebenarnya sangat adil, ada program untuk di bandar dan ada juga program di luar bandar.

Bermacam-macam program yang telah diadakan bukan setakat di Kuala Lumpur, sebaliknya semua ada untuk meningkatkan kemajuan wanita.

MAZNAH: Pengalaman konvoi bermotosikal memang banyak membawa saya ke merata tempat melihat kehidupan, kemajuan ataupun kekurangan di luar bandar dan juga di bandar

Di bandar memang kita tahu semuanya maju dan mewah, tapi tidak bermakna luar bandar tidak maju, kalau ada yang kurang pun mungkin dari segi pemikiran, kemudahan, infrastruktur dan sebagainya.

Program ekonomi yang memfokus kepada wanita memang banyak contohnya kerja-kerja kraf tangan, tapi sebagai orang muda ini kita lihat balik-balik kerja yang sama.

Mungkin ada langkah atau program lain yang boleh kita tarik minat mereka untuk mereka melakukan perkara yang baru atau memberi pendedahan yang baru. Kita perlu lihat apakah peluang-peluang lain yang boleh mereka bawa dari bandar dan mulakan di kampung.

Keganasan domestik dan keganasan ke atas wanita masih membelenggu seolah-olah satu tamparan kepada segala bentuk kejayaan yang wanita telah capai.

AZLIN: Bab keganasan rumah tangga, saya sebagai peguam berpendapat ia sebagai satu isu yang tidak mudah untuk ditangani.

Kita tidak tahu siapa yang hendak disalahkan. Kadang-kadang kita nasihatkan isteri tapi dia pergi balik ke suami, selepas itu dia cakap peguam pula yang suruh cerai, kita pula yang jadi orang salah.

Kadang-kadang wanita sendiri yang benarkan semua ini berlaku.

Saya rasa apa yang patut yang kita patut buat ialah dengan tingkatkan keyakinan diri wanita tersebut supaya kalau dia dah yakin dia tidak akan kena tipu, dianiaya mahupun dipukul.

Wanita perlu tingkatkan pengetahuan, jangan terlalu takut sebaliknya kena berani. Sebenarnya dengan pengetahuan keyakinan diri kita bertambah. Keyakinan diri perlu ada.

MAZNAH: Kesedaran untuk menghargai dan menghormati wanita harus bermula daripada ibu bapa dan turunkan kepada adik beradik yang paling muda.

Dalam pada itu wanita juga haruslah lebih berkeyakinan. Bagaimana kita hendak membina keyakinan itu. Ia haruslah membina sikap yang positif, minda yang sihat dan banyak kali kita dengar anjakan paradigma

Bila lagi hendak mulakan semua ini kalau tidak dari rumah dan diri kita sendiri. Jangan harapkan orang keliling.

Bagaimana caranya? Rajin-rajinlah dengar syarahan, motivasi, membaca, membuat latihan sendiri serta letakkan harapan kepada diri sendiri untuk membina keyakinan dan kemajuan diri.

Dan balik kepada keganasan tadi, maaf sekali lagi saya katakan hari ini saya tengok senang sangat orang berkahwin dan senang sangat orang bercerai.

Mungkin kita sentuh sedikit isu sensitif, mungkin tentang penggunaan dadah di kalangan belia-belia yang banyak mengambil syabu dan sebagainya.

Kahwin sekejap terus bergaduh kerana dadah tersebut merangsang tindakan-tindakan ganas.

Balik pada wanita, kita haruslah berhati-hati, bina keyakinan, menjaga diri, keselamatan bermula daripada rumah, pakaian kita, itu semua faktor yang perlu ambil berat supaya benda ini tidak datang pada diri kita.

Jangan kita mengganas dengan tak tentu hala, kita boleh buat sukan lasak tapi jangan jadi ganas.

Zaleha: Saya tidak pasti statistik yang tepat, cuma pada hemat saya ada sedikit kekurangan. Tetapi apa yang penting bukan kita nak yang pengganas itu sahaja dihukum, sebaliknya kesedaran di kalangan masyarakat.

Sebab itu setiap kali saya berucap saya kata kepada lelaki, wanita adalah ibu, wanita itu adalah isteri dia, wanita itu adalah adik dia dan wanita juga adalah kakak dia , wanita itu anak dia. Adakah mereka tidak sayang wanita itu, itukan semua itu ahli keluarga kita, kalau semua itu kita sayang dan saling menyayangi.

Untuk membina keyakinan diri , mesti ada ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kalau kita tidak ada duit sekali pun tetapi ada kemahiran kita boleh bercakap.

Yang kedua kuasa ekonomi, bila dah ada duit kita boleh buat apa sahaja. Di dalam rumah mesti ada petua-petua sikit dari ibu bapa, seterusnya kita sendiri kena cari dan usaha dan menambahkan keyakinan dan selain itu kita boleh tambah melalui ceramah motivasi , keadaan itu menambahkan lagi keyakinan diri kita.

SMK Sungai Udang hasilkan Jalur Gemilang terpanjang

Posted: 24 Aug 2011 09:59 PM PDT


WARGA Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Udang ceria mempamerkan Jalur Gemilang terpanjang yang dihasilkan mereka di Melaka, semalam.


MELAKA 24 Ogos - Kira-kira 811 warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Udang di sini mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 15.5 meter bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Jalur Gemilang yang mempunyai ukuran lebar 10 meter itu dihasilkan oleh 30 guru sekolah tersebut sejak dua bulan lalu dan selepas disiapkan, bendera terlibat ditandatangani oleh semua warga SMK Sungai Udang sebelum digantung di pekarangan sekolah.

Pengetua SMK Sungai Udang, Omar Yusof berkata, idea menghasilkan Jalur Gemilang terpanjang itu diperoleh melalui perbincangan Jawatankuasa Bulan Keceriaan Kemerdekaan yang diadakan di sekolah itu sebelum ini.

''Pihak sekolah memang merancang membuat kelainan dalam menyambut kemerdekaan negara tahun ini kerana mahu para pelajar berasa bangga menjadi rakyat negara ini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Jalur Gemilang SMK Sungai Udang di sini baru-baru ini.

Katanya, pihak sekolah membelanjakan kira-kira RM200 untuk menghasilkan bendera tersebut dengan bantuan para guru dan seluruh pelajar sekolah berkenaan.

Beliau berkata, program menghasilkan Jalur Gemilang terpanjang itu merupakan sebahagian acara tahunan dan aktiviti sekolah tersebut sempena menyambut bulan kemerdekaan negara setiap tahun.

''Kos ini dianggap tidak membebankan guru dan pelajar kerana apa yang penting adalah semangat patriotisme dan cintakan negara berjaya diterapkan ke atas semua warga SMK Sungai Udang,'' ujarnya.

Sinaran bintang Elfira Loy

Posted: 24 Aug 2011 09:58 PM PDT


WALAUPUN teruja menyambut Aidilfitri, namun Elfira tetap fokus kepada pelajarannya.


BIARPUN baru berusia 17 tahun, bakat yang dimiliki aktres muda ini membuktikan dia tidak seharusnya dipandang enteng.

Memulakan karier seninya seawal usia 12 tahun, Elfira Loy tidak lagi menoleh ke belakang. Sebaliknya, dia terus berjalan tanpa henti dalam melebarkan sayap seninya.

Bukan hanya bakatnya menjadi perhatian, tetapi Elfira juga seorang yang bertuah kerana memiliki paras rupa yang boleh dikategorikan sebagai klasik.

Sekali pandang, wajahnya tidak ubah seperti aktres hebat, Datin Umie Aida sewaktu di zaman remajanya.

Apa yang membuatkan saya tertarik dengan Elfira adalah kening tebalnya itu yang jarang dimiliki oleh wanita Melayu hari ini.

"Pernah tak awak membenarkan mana-mana jurusolek mengusik atau mencantas kening awak itu?" tanya saya kepada Elfira usai sesi fotografi yang berlangsung di Studio Utusan Melayu, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dengan pantas anak jati Kuala Lumpur ini menggelengkan kepalanya seraya berkata dalam nada yang sedikit tegas: "Tidak sesekali saya akan membenarkan kening saya diusik oleh sesiapa pun.

"Saya sendiri sudah memberitahu kepada mana-mana jurusolek yang menata rias wajah saya. Ternyata permintaan saya itu dihormati oleh mereka."

Daripada jawapan yang diberikan itu sahaja sudah dapat disimpulkan bahawa Elfira bukan sembarangan gadis.

Sebagai seorang bakat baru yang diibarat putik yang hendak bercambah menjadi bunga yang mekar di taman puspawarna, Elfira tidak mahu dunia glamor membawanya hanyut dan seterusnya lari daripada landasan yang telah ditetapkan.

Dia juga memiliki pendirian tegas sekali gus membuktikan bahawa usia mudanya itu tidak bermakna dia boleh digula-gulakan mahupun diperkotak-katikkan oleh sesiapa pun.

"Terjunnya saya dalam bidang seni bukanlah untuk mengejar glamor dan populariti semata-mata. Jujurnya, saya sendiri tidak mahu menjadi seorang pelakon tetapi disebabkan ibu, saya mencuba nasib.

"Tidak sangka pula saya diterima dengan baik di dalam industri sehinggakan tawaran berlakon juga terus mencurah-curah untuk saya.

"Saya sendiri tidak mahu menjadi seorang pelakon untuk selama-lamanya kerana saya tahu dunia glamor tidak akan menjanjikan kemasyhuran mahupun kemewahan yang berpanjangan.

"Oleh yang demikian, saya mahu menyiapkan diri saya dengan ilmu pengetahuan selengkap yang mungkin dalam mengejar cita-cita saya menjadi seorang juruterbang," katanya yang ditemani ibunya, Filzah Yusoff pada sesi fotografi itu.

Sesekali Filzah mencelah perbualan kami sambil memberitahu memang dia mahukan anak-anaknya mencuba nasib dalam bidang lakonan.

Bukan kerana mahu mengejar kemewahan dan kemasyhuran tetapi Filzah mahu anak-anaknya belajar berdikari dan merasai sendiri kepayahan mencari duit sendiri.

"Saya juga mahu mereka membuka minda dan mata mereka kepada dunia luar. Biar berkawan dengan ramai orang dan merasai pengalaman hidup sendiri.

"Jika tidak, mereka akan menjadi kera sumbang dan hanya duduk di rumah mereka dalam dunia mereka sendiri," jelas Filzah tanpa selindung sambil memberitahu dua lagi anaknya juga mengikut jejak langkah Elfira sebagai seorang pelakon.

Bermula dengan teater

MENYINGKAP kembali pembabitannya dalam bidang seni, Elfira memberitahu dia dan adik-beradiknya mendapat pendedahan awal daripada program terbitan Astro seperti Macam-Macam Aznil dan Tom Tom Bak.

Daripada situ, dia kemudiannya mencuba nasib dengan menghadiri uji bakat teater muzikal kanak-kanak, Ali Baba yang turut dibintangi Aznil Nawawi.

Tuah menyebelahi Elfira apabila dia terpilih membintangi teater tersebut yang pernah dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada tahun 2006.

Apa yang membanggakan apabila teater tersebut berjaya membawa Elfira mengembara ke negara luar seperti Iran dan India.

"Teater sebenarnya adalah universiti di mana saya memperolehi banyak pengalaman dan pendedahan yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.

"Nama-nama seperti Zaifri Husin, Aris Kadir dan Hafiz Askiak merupakan mereka yang bertanggungjawab memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam dunia lakonan kepada saya.

"Daripada situ, perlahan-lahan saya membentuk diri saya dengan mempelajari segala ilmu yang ada sebelum saya menceburkan diri sebagai seorang pelakon drama pula," katanya yang mula dikenali menerusi Tentang Bulan The Series yang merupakan drama pertama lakonannya.

Filem Jepun

MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa bakat lakonan Elfira telah diintai oleh negara luar yang sekali gus memberinya peluang membintangi sebuah filem antarabangsa.

Diberi judul Second Virgin, filem berbahasa Jepun itu telah memberikan pengalaman baru kepada Elfira.

Perlu menjalani uji bakat bersama pelakon popular Malaysia yang lain untuk watak tersebut, berada di Tokyo, Jepun selama tiga minggu sudah cukup membuka matanya kepada dunia luar.

"Dialog saya semuanya di dalam bahasa Inggeris dan filem itu mengisahkan tentang perhubungan cinta di antara seorang lelaki dan wanita.

"Watak saya lebih kurang sebagai orang tengah kepada hubungan mereka itu. Saya difahamkan ia akan ditayangkan di Jepun pada 23 September ini," ceritanya dalam nada penuh teruja.

'Budak nakal' balik kampung beraya

Posted: 24 Aug 2011 09:58 PM PDT


BIARPUN tinggal di bandar, (berdiri dari kiri) Syazwan Zulkifly dan Adam Shah. Duduk dari kanan: Ahmad Helmy dan Muhammed Idzham tetap meraikan Syawal di kampung halaman mereka.


DALAM meraikan Syawal, sudah pasti ramai di kalangan kita akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman.

Lantas, setiap kali menjelangnya Syawal pasti semua lebuh raya di seluruh negara dibanjiri jutaan kenderaan.

Sambutan lebaran akan lebih bermakna dan meriah jika kita dapat meluangkan masa pulang ke kampung bersama dengan keluarga tersayang.

Biarpun jauh di perantauan, raya di kampung menjadi pilihan kebanyakan daripada kita.

Justeru itu, senario itu turut dirasai oleh empat pelakon drama bersiri Juvana iaitu Syazwan Zulkifly yang dikenali dengan watak Apek, Muhammed Idzham Ismail (Panjang), Ahmad Helmy Hakim (Abe) dan Adam Shah (Ayam).

Bagi mereka, beraya di kampung memberikan lebih makna kerana dapat bersama berkumpul dan bertemu dengan dengan sanak-saudara.

Jadikan kelima yang terakhir

Posted: 24 Aug 2011 09:55 PM PDT


FILEM Final Destination 5 tidak berupaya menandingi filem terawal daripada francais filem ini.


SAYA tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk Final Destination 5. Selepas sebelas tahun francais filem ini diperkenalkan dan menyaksikan keempat-empat filem sebelumnya, saya dapat mengagak apa yang bertukar hanyalah pelakon dan set.

Dengan sedikit olahan di sini sana, helah dan plotnya masih serupa. Saya menyifatkan Final Destination (2001) sebagai filem seram paling ngeri yang pernah saya tonton.

Ideanya asli, jalan ceritanya sukar dijangka dan babak-babak kematiannya sangat menyiksakan. Pengalaman pertama kali menontonnya membuatkan saya teringat-ingat, tetapi tidak buat filem-filem seterusnya.

Selepas menonton filem kelima, harapan saya bertambah rendah dari apa yang dijangkakan. Jalan cerita tidak berubah. Seorang jejaka mendapat mimpi, kali ini di dalam bas, di mana jambatan yang mereka lalui akan runtuh dan mengorbankan beratus nyawa.

Mimpi itu kemudiannya menjadi realiti dan mereka yang terselamat diburu maut satu demi satu. Jejaka tadi harus mengingati semula kronologi kematian di dalam mimpinya supaya mereka boleh 'melarikan diri' dari ajal.

Aspek lakonan sangat mendukacitakan. Selepas lima minit filem berputar (tidak termasuk durasi montaj kredit yang panjang - lebih dua minit!), saya sudah mula menggelengkan kepala.

Para pelakon nampak amatur dan tiada keserasian. Mereka hanya menyebut dialog seperti membaca tele-prompter dan berusaha keras semasa adegan kematian.

Francais ini yang asalnya dibarisi bintang popular, akhirnya diganti-ganti dengan wajah baru yang kurang dikenali.

Penerbit tahu, mereka tidak perlu bergantung kepada populariti pelakon, sebaliknya jenama Final Destination itu sendiri. Barangkali juga, ia memang disengajakan agar penonton tidak terlalu 'terikat' dengan pelakon kerana watak mereka akan mati bila-bila masa saja.

Yang kekal hanyalah Tony Todd sebagai Mr. Bludworth, koroner yang sering muncul secara misteri untuk mengingatkan bakal mangsa tentang ajal. Todd kembali dalam filem kelima selepas 'menghilang' pada filem ketiga dan keempat.

Bencana kematian yang berlaku, tidak dinafikan sangat dahsyat dan melampau-lampau. Elemen suspen masih dirasai kerana cara kematian atau setiap tragedi itu ditulis dalam corak yang sukar dijangka. Bagaimanapun, 'keseronokan' dimomokkan dengan perasaan takut dan debar hanya bersifat sementara.

Plotnya sedikit longgar dan momentumnya mendatar. Mungkin kerana pengarah dan penulis skrip lebih ghairah menunjukkan kematian semata-mata.

Namun demikian, plot Final Destination 5 mempunyai 'taktik' baru untuk mengelak ajal dengan mengorbankan orang lain demi menyelamatkan nyawa sendiri.

Penamatnya tidak mengejutkan, malah boleh dikatakan membosankan. Sebaik saja filem ini tamat, impak kekal terhadap filem ini tidak dirasai.

Efek 3D yang digunakan lebih baik dari Final Destination 4 (2009) kerana peredaran masa dan peningkatan teknologi. Tetapi kesan khas yang canggih saja tidak menjamin kualiti cerita dan keseluruhan filem.

Tanpa 3D pun, filem ini masih memberi kesan yang sama. Alasan ini hanyalah filem hiburan semata-mata membuatkan pembikinnya tidak serius dan malas.

Saya yakin francais ini bakal diteruskan, jika tidak sekarang, mungkin sepuluh tahun lagi. Siri seram seperti ini sentiasa mengaut keuntungan dan mempunyai pengikut sendiri walaupun semakin lama ia menjadi semakin teruk.

Jika ditanya pada saya, biarlah ia berakhir setakat ini saja sebelum saya membencinya. Saya masih mahu mengenang francais Final Destination sebagai antara idea paling unik dan kreatif dari sinema Hollywood.

Polis buru perogol bersiri

Posted: 24 Aug 2011 09:54 PM PDT


MAZLAN Lazim menunjukkan gambar suspek yang disyaki perogol bersiri sewaktu membuat kenyataan akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Kelantan, semalam.


KOTA BHARU 24 Ogos – Seorang lelaki yang dikategorikan amat berbahaya kini diburu polis kerana dipercayai telah merogol seramai 19 gadis selain terlibat dalam beberapa kes cubaan merogol di negeri ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan pihaknya mendapati, lelaki terbabit sering menjadikan pelajar dan pekerja yang tinggal di asrama sebagai mangsanya.

Menurut beliau, perogol bersiri berusia antara 20 hingga 30 tahun itu aktif melakukan jenayah itu sejak tahun lalu di negeri ini.

"Dalam kes terbaru di Tanah Merah, suspek dikatakan memecah masuk asrama mangsa, mengikat tangan dan mengugutnya dengan pisau sebelum merogol mangsa.

"Polis berjaya mengesan identiti suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berhampiran asrama tersebut dan kita sedang berusaha memburunya," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mazlan berkata, kebanyakan kes rogol berlaku di rumah yang tidak berkunci dan pada tingkat atas bangunan asrama tersebut.

Berdasarkan modus operandi yang sama, katanya, polis percaya semua kes ini dilakukan oleh orang yang sama.

Kes ini tambah beliau, disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Nor Hafizah Nor Hamid di talian 017-6900714.

Pak Nil Rai 400 anak-anak yatim

Posted: 24 Aug 2011 09:53 PM PDT



Kesibukan tugas, tidak menghalang selebriti popular, Aznil Nawawi, menghiburkan lebih 400 kanak-kanak kurang bernasib baik.

Majlis anjuran Permanis Sdn Bhd hari ini, turut disertai rakan-rakan setugasnya dari Radio Era, iaitu Ray, Dina, Shac dan Haniff.

Sebanyak tujuh buah rumah kebajikan menyertai program ini, antaranya Rumah Titian Kaseh, Openhands Fellowship, Asrama Baitul Ummah, Kompleks Kebajikan Rukhaiyah, Rumah Amal Limpahan Kasih dan Rumah Anak Kesayanganku.

Aznil yang dikenali sebagai Pak Nil di kalangan kanak-kanak, meluahkan rasa sangat teruja dapat menjayakan program murni seperti itu. Apatah lagi, ia juga sebahagian dari program Merisik Khabarnya bersama Era FM.

"Saya amat berbesar hati kerana Revive Isotonik dan Pepsi masih sudi bekerjasama dengan ERA fm untuk menjayakan kempen ini. Jika tahun lepas, kami berjaya membantu tujuh individu dan keluarga, pada tahun ini kami dapat membantu lebih ramai orang.

"Sebanyak 21 kes medapat perhatian kami. Merisik Khabar Edisi Ramadan kali ini, mempunyai impak lebih besar terhadap masyarakat berbanding tahun lepas,"katanya.

Penolong pengurus Rumah Anak Kesayanganku, Puan Zahrati Borhan, turut meluahkan ucapan terima kasih kepada pihak Era dan Permanis yang menjemput mereka dalam majlis tersebut.

"Kanak-kanak ini sangat gembira dan teruja apabila menerima jemputan untuk berbuka puasa, terutamanya apabila diberitahu mereka bakal berjumpa dengan Aznil Nawawi!," katanya.

Selain anak-anak yatim, Merisik Khabar turut menghulurkan bantuan kepada keluarga kurang kemampuan. Antara penerima bantuan tersebut ialah, Mohd Anuar Hisham Yahaya, 44 tahun, seorang bekas mekanik yang cacat dan suri rumah, Siti Hazlia Hamzah. Masing-masing menerima bantuan kewangan berjumlah RM3,000 yang diharap dapat meringankan beban.

Baju Melayu jenama Zizan Nin

Posted: 24 Aug 2011 09:52 PM PDT



Jika anda masih tercari-cari persiapan hari raya, terutamanya kaum lelaki yang ingin membeli baju Melayu, mungkin anda boleh menjadikan jenama Zizan Nin sebagai pilihan.

Ini kerana, sejak Ramadan bermula, pelakon kacak itu, mula berjinak-jinak dalam perniagaan baju Melayu yang menggunakan label dengan namanya sendiri.

Menurut Zizan, idea menjenamakan pakaian kebangsaan itu, tercetus apabila melihatkan permintaan tinggi terhadap baju Melayu yang sering dipakai ke pelbagai majlis.

"Baju Melayu ini, dijual di butik rakan perniagaan saya, K- Maria di Kota Damansara dengan harga berpatutan iaitu dari RM180 hingga RM250.

"Saya memilih sendiri fabrik berkualiti tinggi dan bersesuaian dengan cita rasa semasa, sementara rekaannya lebih banyak ditentukan oleh rakan saya," katanya.

Menurut Zizan, jika tiada aral melintang, dia berhasrat mahu menjual baju kemeja jenama sendiri pula selepas Aidilfitri kelak.

Menyentuh mengenai sambutan Aidilfitri, Zizan berkata, dia akan beraya bersama keluarga isterinya, Fazilah Hani Harun, di Ampang pada hari raya pertama.

"Hari raya kedua, baru saya pulang ke kampung di Kuala Selangor pada hari raya kedua untuk menziarahi kubur arwah emak.

"Sudah dua tahun dia kembali ke rahmatullah dan saya amat merindukannya. Selain itu, saya juga akan membawa ayah beraya di Kuala Lumpur," katanya.



'Seram' berlakon Tanda Putera

Dalam pada itu, Zizan sempat berkongsi pengalamannya ketika berlakon filem Tanda Putera arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba.

Menurut Zizan, dia berasa 'seram' apabila berpeluang menjayakan watak berprofil tinggi iaitu sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail.

"Bukan mudah membawakan watak tokoh hebat, apatah lagi banyak babak yang Shuhaimi tegur tentang lakonan.

"Selain melakukan sendiri rujukan watak di Perpustakaan Negara, saya berpeluang berjumpa anak beliau iaitu Taufiq untuk mendapatkan maklumat tambahan," katanya.

Perodua sedia kemudahan berteduh pada komuniti

Posted: 24 Aug 2011 09:52 PM PDT



Perodua telah membina sebuah perhentian bas bernilai RM80,000 untuk kebaikan penduduk sekitar kawasan ibu pejabatnya yang terletak di Rawang sekali gus memberi tempat berteduh bagi komuniti setempat.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, lokasi dipilih ini adalah kawasan strategik dan memberi impak besar kepada komuniti sekitar Perodua.

Beliau berkata, selama ini pengguna menjadikan tiang tanda Perodua sebagai tempat berteduh dan menunggu bas.

"Persimpangan lampu isyarat ini tidak sesuai sebagai tempat menunggu bas kerana selain mengganggu laluan trafik, ia juga tiada perlindungan dari panas mahupun hujan," katanya.

Hentian bas baru ini akan memanfaatkan penduduk, pekerja dan murid-murid sekolah yang menggunakan bas serta pe-ngangkutan awam lain untuk berulang alik antara Pekan Rawang, Sungai Buaya, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung serta Kuala Lumpur setiap hari.

Mengikut kajian yang dikendalikan Perodua, secara purata seramai 20 orang setiap jam menunggu di kawasan ini dalam jangka masa lima hari bekerja dari jam 7 pagi hingga 6 petang.

Aminar berkata, Perodua akan menilai keberkesanan projek ini dengan membuat kajian serta melihat kepada kawasan lain berdekatan yang memerlukan.

Digi fahami cita rasa remaja

Posted: 24 Aug 2011 09:51 PM PDT



Faham dengan cita rasa remaja yang kini gemar berinteraksi dan bersosial di Internet, Digi Telecommunication Sdn Bhd (Digi) melancarkan promosi tambah nilai sosial super reload Impian Buddyz untuk golongan belia bersama tawaran hadiah bernilai RM250,000 bermula 8 September hingga 31 September 2011.

Ketua Pemasaran Operasi dan Kerjasama, Moharmustaqeem Mohammed berkata, promosi istimewa ini adalah satu pendekatan Digi untuk memberi perkhidma-tan lebih berkualiti kepada golo-ngan remaja dan berpeluang merebut 100 tawaran istimewa boleh dihadiri bersama tiga rakan lain.

"Kami cuba bergerak seiri-ngan dengan gaya hidup remaja justeru, inisiatif ini akan memudahkan usaha kami untuk muncul sebagi penyedia telekomunikasi pilihan kepada orang ramai dengan kadar yang mampu milik," katanya melancarkan pakej itu di Shah Alam, semalam.

Menurutnya, kit permulaan Digi Super reload itu bukan sahaja memberi RM15 panggilan suara percuma tetapi boleh menikmati 250 penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) sesama nombor Digi percuma, 100 pesanan ringkas multimedia (MMS) sesama Digi percuma dan 100 SMS ke akaun Facebook dan Twitter percuma.

"Kami optimis jumlah penggunaan akan meningkat memandangkan penggunaan sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Raya yang menjelang tiba tidak lama lagi," katanya.

Katanya, pakej ini juga bakal menarik perhatian pelanggan sedia ada dan baru. Jumlah pengguna remaja di kalangan jumlah keseluruhan pengguna Digi hampir 50 peratus.

"Kehadiran pakej ini diyakini mampu meningkatkan pelanggan kategori tambah nilai kerana dengan berbuat demikian mereka berpeluang menebus hadiah dan potongan istimewa dengan rangkaian seperti A-look, Crocs, Elianto, Fotokem, Genting Skyway, Silky Girl, Strarbucks dan TGV Cinema," katanya.

Dana kebajikan RM1.4 bilion

Posted: 24 Aug 2011 09:49 PM PDT


NAJIB (tengah) dan Shahrizat bersama warga emas, OKU, ibu tunggal pada majlis pelancaran KAR1SMA di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan bagi membantu kira-kira 500,000 penerima bantuan kebajikan masyarakat melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA).

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan yang akan diberikan pada setiap bulan itu bagi membantu kumpulan sasar yang antaranya terdiri daripada warga emas, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal termasuk balu askar dan polis.

Katanya, langkah itu bagi memastikan golongan tersebut tidak terus berada dalam keadaan terpinggir dan terbiar dalam masyarakat.

"Dalam kemelut ekonomi dunia, kita lihat ada ekonomi negara tertentu yang bukan sahaja tidak menentu tetapi menguncup, ada juga negara yang pencen orang bersara terpaksa dipotong dan bantuan kebajikan terpaksa dikurangkan.

"Tetapi alhamdulillah di Malaysia bukan sahaja kita dapat meneruskan program ini malah dapat menambah lagi jumlah peruntukan untuk rakyat dan mereka yang amat memerlukan," katanya ketika melancarkan program tersebut di pejabatnya di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Peruntukan itu merangkumi bantuan untuk golongan kanak-kanak sebanyak RM290 juta, orang kurang upaya (RM332 juta), warga emas (RM455 juta) dan membiayai program-program kemasyarakatan di peringkat komuniti (RM303 juta).

Di bawah program itu juga, satu kategori baharu bantuan kewangan diperkenalkan bagi balu anggota tentera dan polis yang layak melibatkan peruntukan sebanyak RM4.1 juta.

Bersabung nyawa balik raya

Posted: 24 Aug 2011 09:48 PM PDT

ANGGOTA APMM menahan penumpang di atas bot yang mereka naiki di perairan Sekinchan dekat Pelabuhan Klang kelmarin.


PELABUHAN KLANG – "Saya bayar tambang bot semahal RM850 dan meredah lautan semata-mata mahu pulang beraya bersama anak-anak yang amat saya rindui." Itu luahan seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 38, selepas ditahan Maritim Malaysia (APMM) daerah Klang di perairan Sekinchan dekat sini kelmarin.

Dia merupakan seorang daripada 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan ketika cuba menyeludup keluar dari negara ini menaiki sebuah bot. Menurut Siti, sudah hampir setahun dia yang bekerja sebagai pembantu rumah di Subang dekat sini, tidak pulang beraya bersama anak-anak di Medan, Indonesia. Katanya, meskipun menyedari tindakan tersebut menyalahi undang-undang dan berbahaya, dia tiada pilihan lain selain mempertaruhkan nyawa di lautan untuk pulang beraya di kampung.

"Saya sebenarnya mahu pulang terus ke Indonesia dan tidak mahu lagi kembali ke sini tetapi belum sempat tiba, bot pula rosak," katanya ketika ditemui di sini kelmarin. Terdahulu, ketika ditahan, bot yang dinaiki mereka termasuk seorang tekong dan lima wanita berusia di antara 20 hingga 46 tahun terapung di situ sejak tiga hari lalu kerana kerosakan enjin.

Bot yang dipenuhi dengan pelbagai barangan untuk dibawa pulang sebagai hadiah sempena Aidilfitri itu juga didapati mengalami kebocoran dan menunggu masa untuk karam tetapi sempat diselamatkan oleh APMM.

Dituduh cuba sembelih anak

Posted: 24 Aug 2011 09:47 PM PDT

Shahli didakwa cuba membunuh anak sendiri di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Seorang bapa yang bertindak kejam dengan cuba menyembelih anak sendiri diheret ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan cubaan membunuh.

Tertuduh, Shahli Harun, 42, dari Kampung Guar Jumaat, Gurun, Kedah bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika jurubahasa membacakan pertuduhan kepadanya di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga seorang kontraktor dituduh cuba membunuh anaknya, Puteri Intan Syazwani, 4, dengan menggunakan sebilah parang hingga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan di leher.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu antara pukul 1 dan 2 petang pada 22 Ogos lalu berhampiran pondok tol yang masih dalam pembinaan di Lebuh Raya Bukit Besi-Ajil dekat Dungun.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh sehingga menyebabkan mangsa cedera.

Jika sabit kesalahan itu tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud.

Ketika pertuduhan dibacakan, Shahli yang kini menetap di Kampung Bijangga, Dungun dekat sini cuba berdolak-dalik dengan mengatakan dia tidak faham pertuduhan tersebut kerana tidak waras.

Pencuri kereta di pusat servis

Posted: 24 Aug 2011 09:47 PM PDT


OSMAN (dua dari kanan) melihat kereta BMW yang dirampas daripada seorang lelaki pada sidang akhbar di Seremban semalam.


SEREMBAN – Taktik licik seorang lelaki yang mencuri empat buah kereta bernilai RM200,000 di pusat servis dan bengkel kenderaan sejak beberapa bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan di Sikamat di sini Selasa lalu.

Lelaki lingkungan 40-an itu ditangkap pukul 6 pagi selepas polis melancarkan operasi mencari sebuah kereta jenis BMW yang dicuri di sebuah pusat servis di sini 13 jam sebelum itu.

Modus operandi suspek ialah dia akan membuat pemerhatian di premis yang dipilih dan sebaik pelanggan meninggalkan kereta untuk diservis, dia akan menyamar sebagai pemilik sebelum meminta kunci untuk melarikan kereta.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian Isnin lalu, suspek datang ke pusat servis itu lalu masuk ke dalam premis dengan menyamar sebagai pelanggan.

"Polis yang menjalankan siasatan kemudian menemui BMW itu ditinggalkan di kawasan deretan kedai di Sikamat. Suspek berjaya ditahan ketika dia cuba menghidupkan kereta berkenaan," katanya di sini semalam.

Tambahnya, susulan tangkapan itu, polis menemui tiga buah kereta yang dicuri suspek iaitu Myvi, Kia Spectra dan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton di sekitar kawasan Sikamat.

Menurut Osman, semakan mendapati suspek dari Perak itu mempunyai rekod jenayah lampau.

"Suspek dipercayai terlibat mencuri lima buah kereta lain iaitu Honda Accord, Honda Civic, Honda City, Nissan Sylphy dan Toyota Camry yang telah dijual," katanya.

"Pemilik pusat servis dan bengkel kena lebih berhati-hati ketika menjaga harta orang ramai. Jangan tinggalkan kunci di dalam kereta pelanggan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379(a) Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan.

Penoreh getah didakwa bunuh bapa

Posted: 24 Aug 2011 09:45 PM PDT


MOHD. ADLI dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar semalam kerana didakwa membunuh bapanya.


ALOR SETAR - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh bapanya yang berusia 60 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Pasir Puteh, Tualak, Kuala Nerang dekat sini pada 11 Ogos lalu.

Mohd. Adli Saman, 33, hanya mengangguk kepala tanda faham atas pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuhair Rosli.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Adli didakwa membunuh Saman Sirun di rumah mangsa yang tidak bernombor di Kampung Pasir Puteh, Tualak, Kuala Nerang antara pukul 7 petang hingga pukul 7.30 petang pada 11 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd. Adli.

Kes akan disebut semula pada 26 September ini di Mahkamah Majistret Kuala Nerang.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suzanne Tiyon Bimen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 13 Ogos lalu, Kosmo! melaporkan tindakan seorang penoreh getah yang menetak bapanya sehingga warga emas itu maut dengan sebelah kaki kanannya putus dari atas buku lali dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang di Kampung Pasir Puteh, Tualak, Kuala Nerang.

Turut menjadi mangsa, ibunya, Hasnah Abdul Majid, 58, yang ditetak di kepala dan menerima rawatan di Hospital Kuala Nerang.

Suspek dikatakan bertindak demikian selepas naik angin hanya kerana marahkan seekor kucing.

Sejurus selepas kejadian, suspek melarikan diri di kawasan hutan berdekatan rumahnya dan dia diberkas tiga hari kemudian ketika sedang menonton televisyen di rumahnya.

Suspek dikatakan tidak mempunyai rekod penyakit mental namun dia pernah beberapa kali mendapatkan rawatan secara tradisional kerana didakwa mengalami masalah tekanan jiwa.

TM catat perolehan RM2.23 bilion

Posted: 24 Aug 2011 09:44 PM PDT


ZAMZAMZAIRANI (kiri), Halim dan Bazlan (belakang) melihat keputusan kewangan TM di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd. (TM) mencatatkan peningkatan sebanyak 3.8 peratus dalam perolehannya kepada RM2.23 bilion bagi suku kedua 2011 berakhir 30 Jun lalu berbanding RM2.15 bilion tempoh yang sama sebelumnya.

Perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) bagi tempoh tersebut pula naik 8.8 peratus kepada RM768 juta dengan margin EBITDA dinormalisasi pada 33.9 peratus berbanding 31.9 peratus pada tempoh yang sama tahun sebelum.

TM turut mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) meningkat kepada RM127.2 juta pada suku kedua 2011 daripada RM124.4 juta pada tempoh yang sama tahun lalu

PATAMI dinormalisasikan meningkat 20.8 peratus kepada RM135.2 juta pada suku kedua 2011.

Ketua Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, sebahagian besar pertumbuhan tersebut disumbangkan oleh perkhidmatan data dan internet yang masing-masing pada kadar 7.1 dan 21.1 peratus.

"Hasil perkhidmatan meningkat berikutan permintaan terhadap perkhidmatan jalur lebar yang lebih tinggi, sementara perkhidmatan internet dan multimedia mencatatkan hasil yang lebih tinggi ekoran pertambahan jumlah pelanggan jalur lebar dan jalur lebar berkelajuan tinggi, UniFi.

"Pelanggan jalur lebar mencecah 1.721 juta orang, manakala UniFi kepada 109,019 orang dalam suku ini berbanding 1.541 juta orang dan 4,051 orang pada suku yang sama tahun 2010," katanya pada sidang akhbar mengumumkan prestasi kewangan suku kedua tahun 2011 TM di sini semalam.

Bahagia berganda Marion

Posted: 24 Aug 2011 09:44 PM PDT

KECERIAAN berganda. Hamil anak sulung pada bulan Ramadan dan bakal pertama kali meraikan Aidilfitri sebagai saudara baru merupakan suatu pengalaman yang tidak ternilai kini dialami Marion.


KOLAM hati wanita cantik yang duduk di hadapan saya dalam pertemuan kami di unit emper Hotel Hilton Kuala Lumpur yang serba mewah itu sedang digenangi bahagia yang melimpah ruah. Petah bicara yang bersulam dengan senyum semanis madunya tidak dapat menyembunyikan getar teruja yang tersimpul kemas di dalam jiwa.

Marion Rose Counter Abdullah kini sedang meniti titian menjadi seorang wanita yang lengkap, secara harafiah. Dia kini sedang hamil anak sulung yang bercambah benih usianya lima bulan.

Bahagia Marion memang tidak dapat ditahan-tahan. Baginya yang mengetahui dia hamil sekitar Mac lalu, berita tersebut adalah sebuah rahmat terbesar buatnya dan suami.

Ini kerana akui wanita berketurunan Cina yang kini fasih berbahasa Melayu, sejak bernikah pada bulan Disember tahun lalu, baik dia mahupun suaminya, Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasaruddin atau mesra dipanggil Nasa memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata.

Tiada istilah fasa bulan madu untuk mereka kerana cinta selama lima tahun yang dipupuk bersama sudah menjadi kembara asmara buat mereka berdua. Kini, dalam fasa berumah tangga, mereka tidak mahu menunggu lama untuk membesarkan empayar Nasa-Marion, sementelah usia juga bukan semakin muda.

Memberitahu dia mengalami alahan yang teruk pada fasa pertama kehamilan, ia tidak langsung membunuh keterujaannya hamil buat kali pertama. Walau mengaku pada awal kehamilan dia sedikit terganggu kerana langsung tidak boleh menyentuh makanan atau minuman, namun dia mahu melalui kembara sembilan bulan hamil dengan penuh aprisiasi.

"Saya membuat empat kali ujian kehamilan untuk memastikan saya tidak silap. Waktu itu saya di Singapura, baru selesai rutin mengacara di E! News Asia," ujarnya bersulam ketawa.

Sebaik yakin dirinya hamil, dia segera menelefon suami untuk berkongsi cerita gembira tersebut dan ia hanya disambut Nasa dengan nada biasa kerana mahu menyembunyikan kegembiraan itu daripada saudara yang ada bersamanya ketika itu.

"Tapi sebaik Nasa bersendirian, dia telefon saya semula dan kami meraikannya dengan cara kami. Ini kerana kami memang sudah bersedia untuk menjadi ibu dan bapa," katanya yang sudah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menjadi seorang ibu kelak.

Tambah Marion, sejujurnya, dia dan Nasa memilih untuk merahsiakan kehamilannya daripada pengetahuan ramai. Pada pemikiran mereka, kehamilannya adalah hal yang sangat peribadi, justeru mereka mahu ia menjadi satu rahsia buat mereka sahaja.

Namun akhirnya ia tidak dapat disembunyikan dan kata Marion: "Memang pada awal kami mahu ia menjadi rahsia. Tapi sebagai selebriti saya tidak boleh berbohong tentang kehamilan ini. Lagi pula ia adalah berita gembira dan saya sangat berterima kasih kepada semua yang mendoakan kehamilan saya."

Belum membuat sebarang persiapan atau memilih nama untuk anaknya, kata Marion, apa yang penting buat masa ini adalah dia menjaga kandungan dan kesihatan dengan baik agar kelak mampu melahirkan dan memperoleh seorang cahaya mata yang sempurna.


MARION tampil penuh menawan pada sesi fotografi khas yang dijalankan di emper mewah yang terletak pada aras 38 Hotel Hilton Kuala Lumpur.


Lebih membahagiakan, sepanjang hamil, suaminya yang memang kerap bekerja ke luar negara sudah mula mengurangkan aktiviti tersebut dan memberi fokus terhadap dirinya. Itu, kata Marion adalah hal yang paling membahagiakan dirinya kerana mengaku sebagai wanita hamil, dia turut mengalami simptom emosi yang kadangkala tidak stabil dan memerlukan lebih perhatian daripada suaminya.

Memberitahu dia kini cukup berselera makan terutama masakan lokal, Marion yang ditanya tentang pemikiran segelintir wanita yang tidak mahu mempunyai anak kerana bimbang bentuk badan yang cantik bertukar rupa melahirkan persepsinya dengan cukup matang.

Katanya yang mahu bersalin secara normal kerana ingin merasai nikmat melahirkan anak: "Bayi adalah hal yang paling penting berbanding tubuh badan. Ini rezeki Allah dan saya tidak pernah berfikir untuk tidak mahu mempunyai anak kerana terlalu sayangkan tubuh badan. Bagi saya, jika kita disiplin, kita akan boleh mendapat tubuh badan yang asal, tetapi anak, ia adalah satu anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Jadi saya memilih anak berbanding tubuh badan.

Malah dia yakin dia mampu menurunkan berat badan kepada asal selepas bersalin dengan bantuan ibu dan ibu mertuanya.

"Mak mertua saya seorang yang mementingkan adat resam tradisional, tetapi apabila tiba soal penjagaan selepas bersalin, dia agak moden dan tidak mempunyai pantang dalam pemakanan. Saya juga boleh aktif seperti biasa dan perlu disiplin.

"Mak saya juga seorang yang moden, namun dia ada satu kunci penjagaan selepas bersalin iaitu menyarankan saya agar memakan banyak ginseng dan melakukan urut tradisional," katanya yang cukup bahagia kerana diberi perhatian khusus bukan sahaja daripada suami, seluruh orang di sekelilingnya.

Bahagia

Diajak bercerita tentang kehidupannya selepas berumah tangga, Marion menterjemahkan ia sebagai cukup bahagia. "Pada awal perkahwinan memang sedikit kekok kerana dulu sudah terbiasa seorang diri, namun kini berdua. Namun semakin hari, ia menjadi menarik kerana banyak hal dapat dikongsi bersama."

Tambah anak kelahiran Pulau Pinang ini lagi, yang menambah keterujaannya hidup bersama Nasa adalah suaminya itu menerima dia seadanya. Bersama suami tercinta juga, dia belajar mendalami keindahan Islam yang baru menjadi agamanya kurang setahun lalu.

"Paling teruja, tahun ini juga merupakan tahun pertama saya meraikan hari kemenangan, Aidilfitri sebagai saudara baru. Perasaan itu sukar digambarkan, dan paling saya nantikan adalah ritual berkumpul dengan seluruh keluarga pada pagi hari raya.

"Bagaimanapun untuk tahun ini, mungkin adik-beradik suami saya ramai yang tidak ada pada hari raya pertama kerana beraya di rumah mertua masing-masing.

"Namun pada hari raya kedua nanti, kami semua akan pulang ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk menziarah kubur arwah bapa mertua saya dan bertemu saudara-mara di sana," katanya yang sedang memikirkan untuk bercuti ke sebuah destinasi bersama suaminya memandangkan dia akan bercuti raya selama seminggu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories