RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Topi keledar antara hadiah hantaran Dira, suami

Posted: 11 Nov 2011 08:31 PM PST

SEPADAN...Dira dan Mohd Helmi  kini suami isteri.
SEPADAN...Dira dan Mohd Helmi kini suami isteri.

JASIN: Pelakon dan hos Melodi, Khaidirah Abu Zahar, 27, atau lebih dikenali sebagai Dira sah bergelar isteri kepada Pengarah Fotografi, Mohd Helmi Yusof, 33, dalam majlis pernikahan di rumah pengantin perempuan di Kampung Merlimau Pasir, dekat sini, semalam.

Pasangan berkenaan dinikahkan jam 4.16 petang oleh Imam 1, Masjid Merlimau Pasir, Mat Yamin Long dengan mas kahwin berjumlah RM7,777.77 Majlis bersejarah itu disaksikan ibu bapa Dira, Datin Seri Khalijah Mohd Jiddy dan Datuk Seri Abu Zahar Isnin yang juga bekas Ketua Menteri selain keluarga terdekat dan sahabat handai.


Dira yang juga ibu tunggal menerima sembilan dulang membabitkan hantaran wang tunai berjumlah RM17,171.71, iPad 2, topi keledar, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan beg tangan.

Mohd Helmi pula menerima 11 dulang membabitkan coklat, jam tangan, komputer riba Apple Macbook Air, topi keledar, kurma, buah-buahan, kasut, baju, sirih junjung dan set kelengkapan diri.


Dira kelihatan gementar ketika suaminya dinikahkan dan turut ditemani anaknya, Tengku Anggun Diandra, empat, hasil perkahwinan pertama sebelum ini dengan vokalis kumpulan Gooba Gooba!, Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid.


Menurutnya, beliau bersyukur majlis pernikahan itu berjalan lancar dan berharap dengan tarikh 11.11.11, ia akan mengekalkan hubungan mereka sehingga ke akhir hayat.

Dapat suami pada hari lahir

Posted: 11 Nov 2011 08:30 PM PST

GEMBIRA...Lan dan Ain bergambar selepas selamat diijabkabulkan, semalam.
GEMBIRA...Lan dan Ain bergambar selepas selamat diijabkabulkan, semalam.

KUALA KUBU BHARU: Lebih tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz atau Lan A To Z, 42, akhirnya kembali memegang status suami. Hanya dengan sekali lafaz, Lan dan pasangannya, Siti Nur Ain Daut atau Ain, 24, selamat diijabkabulkan dalam majlis yang berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimah, di sini, pada jam 11.11 pagi di sini, semalam.

Berwalikan abang sulung Ain, Mohd Firdaus, 30, pasangan berpakaian sedondon warna putih ini dinikahkan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor, Zulkhairi Jaik, dengan disaksikan hampir 50 tetamu terdiri daripada keluarga pengantin dan peminat. Tarikh akad nikah ini dipilih sebagai simbolik ulang tahun kelahiran Ain pada 11 November.


Lan turut menyerahkan wang hantaran bernilai RM11,111 manakala mas kahwin berjumlah RM300. Lan juga menyerahkan sembilan dulang hantaran berupa cincin berlian, al-Quran, pakaian dan alat solek serta dibalas 11 dulang hantaran daripada Ain.

Ditemui selepas itu, Lan bersyukur kerana segala-galanya berjalan lancar. Dia mengakui perasaan gementarnya hanya apabila berada di hadapan kadi.


"Saya memang tenang ketika saat terakhir akad nikah. Bagaimanapun, bila di depan ramai orang, perasaan gementar tiba-tiba muncul.


"Bagaimanapun, saya cuba tenangkan diri dan akhirnya dengan sekali lafaz. Ain menangis terharu kerana impiannya untuk bergelar isteri pada ulang tahun kelahirannya menjadi kenyataan.

"Dia mendapat hadiah yang paling istimewa dalam hidupnya iaitu seorang suami. "Saya berjanji akan menjaganya sebaik mungkin. Kami berjanji akan mempertahankan rumah tangga ini hingga ke akhirnya," katanya.

Nadia Nissa Ingin Lebih Serius Sebagai Pelakon

Posted: 11 Nov 2011 08:28 PM PST

Nadia Nissa terkejut dicalonkan sekali lagi dalam Festival Filem Malaysia (FFM24) bagi kategori Pelakon Wanita Harapan Terbaik.

KUALA LUMPUR: Pelakon berbakat besar, Nadia Nissa memberitahu ingin serius dalam mengembangkan kerjaya lakonannya selepas selepas dicalonkan kali kedua dalam Festival Filem Malaysia (FFM24) dalam kategori Pelakon Wanita Harapan Terbaik.

Nadia yang baru sahaja memenangi anugerah Pelakon Pembantu Filem Terbaik di Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) menerusi lakonan mantapnya dalam filem Cun berkata, dia lebih yakin untuk terus berlakon dengan mencuba pelbagai watak baru yang sebelum ini dilakukan sekadar mengisi masa lapang.

"Saya langsung tidak menyangka akan menerima penghargaan sebegini kerana mempunyai kerjaya tetap dan hanya melakukan aktiviti berlakon sebagai suka-suka.

"Tetapi penghargaan ini telah membuka mata saya untuk lebih serius dalam mengembangkan bakat lakonan ke tahap yang lebih baik," ujarnya yang ditemui pada majlis sidang media FFM24 di sini, Isnin.

Dalam pada itu, Nisa memberitahu, dia tidak kecewa apabila tidak dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM24 dan menganggap pelakon, Faezah Elai layak menerima pencalonan itu berbanding dirinya.

Nadia ingin kembangkan bakat lakonannya.

"ASK dan FFM adalah dua anugerah berbeza dan saya berpuas hati dengan pencalonan yang diterima malah terkejut dengan berita tersebut.

"Faezah Elai pula mempunyai kelebihan tersendiri yang melayakkan dia dicalonkan dalam kategori itu dan saya gembira untuknya," ujarnya.

Selain Faezah dan Nadia, filem arahan Osman Ali itu menerima enam lagi pencalonan di FFM24 termasuk Pengarah Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.

Malam kemuncak FFM24 akan berlangsung pada 20 November ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal menampilkan persembahan lagu-lagu tema daripada filem dipertandingkan.

FFM24 dan akan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105).

Dikubur pasir

Posted: 11 Nov 2011 08:28 PM PST

REMUK...treler dan bas yang terbabit kemalangan di tempat kejadian, semalam.
REMUK...treler dan bas yang terbabit kemalangan di tempat kejadian, semalam.
SUGUL...Zaidi (dua dari kanan)   melihat jenazah anaknya di tempat kejadian.
SUGUL...Zaidi (dua dari kanan) melihat jenazah anaknya di tempat kejadian.

SLIM RIVER: Usaha seorang bapa, Zaidi Muhammad, 43, menjejak anaknya yang 'ghaib' sejurus tragedi bas sekolah dirempuh treler membawa lima tan pasir di sini, semalam, berakhir hiba apabila pelajar itu ditemui sudah meninggal dunia di bawah timbunan pasir setinggi dua meter kira-kira enam jam selepas nahas.

Maysarra Zaidi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah, antara empat yang terkorban dalam kemalangan pada jam 4.45 pagi di Kilometer 382, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Behrang, di sini.


Tiga lagi mangsa ialah rakan sekolah Maysarra, Khairul Anwar Azhan, 15, guru mereka, Siti Hajar Mohamed, 33, dan Ketua Wanita Umno Cawangan Alor Teja, Alor Setar, Basarah Saad, 45, yang cuba membantu kumpulan pelajar berkenaan selepas bas mereka terbalik.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintenden Md Tahir Kasim, berkata Maysarra, Khairul Anwar dan Siti Hajar antara 60 pelajar dan tujuh guru yang menyertai rombongan ke ibu negara dengan menaiki dua bas, namun satu lagi bas tidak terbabit kemalangan itu.


"Basarah menaiki bas lain bersama rombongan Wanita Umno Kedah dalam perjalanan menghadiri satu program di Tanjung Karang, Selangor. "Bas itu berhenti di tempat kejadian atas permintaan Basarah yang mahu menghulurkan bantuan, namun dia yang juga ibu tunggal tiga anak menemui ajal apabila dirempuh treler terbabit," katanya.


Sementara itu, kehilangan Maysarra bermula apabila ayah dan abangnya, Faiz Zaidi, 16, yang bergegas dari rumah mereka di Taman Angsana, Kulim, gagal mengesan pelajar itu di Hospital Slim River (HSR) Zaidi yang juga juruteknik di sebuah institut kemahiran di Kulim dan Faiz hampa serta kebingungan apabila mendapati nama Maysarra tiada dalam senarai mangsa cedera atau terkorban.

Berikutan itu, dua beranak berkenaan ke lokasi kejadian untuk mencari jawapan kehilangan anaknya. Hanya kira-kira setengah jam kemudian, baru mereka dimaklumkan mayat Maysarra ditemui di bawah timbunan pasir pada jam 10.45 pagi semalam.


Difahamkan, sebelum itu anggota penyelamat tidak menyedari ada mangsa tertimbus di bawah timbunan pasir di situ serta menyangka semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera sudah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Ketika ditemui wartawan di HSR selepas itu, Zaidi yang ditemani isterinya, Mazylina Abdullah, 35, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kematian anaknya, sebaliknya hanya menitiskan air mata.


Namun, Faiz memberitahu adiknya harapan keluarga kerana memperoleh 8A dalam ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini. "Dia sangat rajin belajar, malah antara pelajar harapan di sekolahnya untuk mencapai keputusan cemerlang dalam PMR tahun ini," katanya.


Faiz berkata, tiada perubahan ketara dilihat pada adiknya sebelum ini, malah arwah kelihatan tidak sabar untuk mengikuti rombongan berkenaan. "Ini rombongan kedua arwah," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik HSR di sini, semalam.


Jenazah Maysarra dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Teja, Alor Setar, Kedah.

Shafeiq Shazwan Dapat Keistimewaan di Sekolah

Posted: 11 Nov 2011 08:27 PM PST

Mohd Shafeiq Shazwan

KUALA LUMPUR: Pelakon cilik, Mohd Shafeiq Shazwan, 14 mengakui mendapat keistimewaan ketika berada di sekolah selepas bergelar selebriti.

Dia yang kini berada di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama itu memberitahu sering mendapat sokongan daripada pengetua dan guru sekolahnya.

"Alhamdulillah, pengetua dan guru-guru sekolah banyak memberi sokongan kepada saya dan jika saya tidak dapat hadir, mereka akan beri info pelajaran yang tertinggal.

"Selain itu, saya juga diberi keutamaan untuk menyertai aktiviti sekolah seperti nyanyian atau sukan," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama Elly & Epit, di sini, Khamis.

Kata Shafieq lagi, dia mempunyai perancangan tersendiri dalam menentukan kerjaya dalam bidang seni ini.

"Buat masa ini saya seronok dengan kerjaya ini, tapi tidak dapat dinafikan memang agak penat kerana terpaksa membahagikan masa dengan sekolah dan pelajaran.

"Tahun depan mungkin saya akan kurangkan sedikit aktiviti seni kerana ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran bagi menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya.

Bercerita tentang pengalaman menjadi selebriti, Shafeiq berkata dia mempunyai sebuah almari khas hadiah pemberian peminat-peminatnya.

"Saya dapat embuh buah telefon bimbit termasuk iPhone 4 dan Blackberry pemberian dari peminat, selain itu banyak lagi koleksi yang saya simpan dalam sebuah almari.

"Manakala duit hasil titik peluh pertama saya dalam bidang seni saya dapat membeli sebuah konsol permainan video, Xbox," katanya.

Shafeiq yang memeggang watak sebagai Epit dalam drama tersebut merupakan seorang yang baik hati, suka berkawan tetapi sangat pemalu.

Epit yang membesar di kampung memulakan kehidupan baru di bandar dan terpaksa tinggal bersama keluarga Engku Sofia yang juga kakak tirinya.

Drama Elly & Epit bakal disiarkan pada 20 November ini, pukul 11 pagi.

Drama Elly & Epit Pembelajaran Dalam Hiburan

Posted: 11 Nov 2011 08:26 PM PST

Barisan pelakon drama Elly & Epit

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen Astro Ceria bakal menyiarkan sebuah drama bersiri terbaru berjudul Elly & Epit bermula 20 November ini, pukul 11 pagi.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh, program ini akan memberi pengajaran dalam bentuk yang lebih santai dan ringan kepada penonton.

"Konsep penceritaan drama ini adalah berkisarkan tentang keluarga, persahabatan dan pandangan berbeza lelaki dan perempuan dalam pelbagai topik seperti masalah komunikasi, pelajaran dan sebagainya.

"Pemilihan drama ini sememangnya tepat kerana selain menghiburkan, mesej-mesej mengenai realiti kehidupan juga turut diselitkan sebagai pengajaran dan panduan untuk menonton cilik," katanya.

Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Manesh Nesaratnam tidak hanya menekankan kepada elemen hiburan semata-mata tetapi juga pembelajaran dan persahabatan.

Drama ini turut dibintangi Johan Raja Lawak, Mohd Shazwan, Farhanna Qismina, Abdul Hadi, Siti Amirah Dayana, Wan Faiqah dan Nor Heidzriq Haikal.

Elly & Epit ini mengisahkan tentang Epit, 13 tahun lakonan Mohd Shafeiq Shazwan seorang yang baik hati tetapi sangat pemalu dengan perempuan.

Epit dibesarkan di kampung telah berpindah ke bandar untuk menyambung pelajaran dan tinggal bersama keluarga Engku Sofia yang merupakan kakak tirinya.

Suasana dan kehidupan keluarga Engku Sofia berubah sejak Epit pindah ke sana. Teruma sekali Elly (Farhana Qismina) iaitu anak bungsu Engku Sofia belajar di kelas yang sama.

Mariah Carey Turun 30 Kilogram Selepas Bersalin

Posted: 11 Nov 2011 08:26 PM PST

PENYANYI terkenal, Mariah Carey berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 30 kilogram selepas enam bulan melahirkan anak kembarnya, Monroe dan Moroccan.

Mariah, 41 tahun berkata, dia menjalani diet dan senaman yang ketat melalui progam Jenny Diet bagi mengembalikan bentuk tubuhnya selepas bersalin.

"Semasa mengandungkan Monroe dan Moroccan saya mengalami peningkatan berat badan yang sangat mendadak dan sukar untuk menguruskan diri kerana cepat berasa letih.

"Saya berusaha untuk kurus bukan sahaja kerana mahu kelihatan cantik tetapi mahu menjadi seorang yang sihat dan dapat melakukan aktiviti dengan cergas," ujarnya.

Mariah yang muncul buat kali pertama selepas bersalin dalam program The Rosie Show pada Rabu bagaimanapun memberitahu dia terpaksa menunggu selama enam minggu sebelum dapat membuat senaman kerana melakukan pembedahan ketika melahirkan anak-anaknya.

Mariah ketika sarat mengandung.

"Selepas bersalin saya lebih banyak mengamalkan diet yang ketat sebelum benar-benar dapat melakukan senaman bagi mengurangkan berat badan," ujarnya.

Sementara itu, Mariah yang kini menjadi jurucakap untuk program Jenny Diet berkata, dia ingin memberi inspirasi kepada wanita supaya menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan terutamanya kaum ibu.

Billy Crystal Ganti Eddie Murphy Sebagai Hos Anugerah Akademi

Posted: 11 Nov 2011 08:24 PM PST

BERIKUTAN penarikan diri pelakon komedi, Eddie Murphy sebagai pengacara Anugerah Akademi tahun hadapan, pihak penerbit anugerah itu mengumumkan pelakon Billy Crystal akan menggantikan kekosongan itu.

Billy yang pernah mengacarakan anugerah itu sebanyak lapan kali sebelum ini kembali ke pentas anugerah berprestrij itu untuk kali kesembilan tahun hadapan.

Pelakon berusia 63 tahun itu mengesahkan berita berkenaan melalui laman Twitter miliknya selepas 24 jam Eddie mengumumkan pengundurannya dari acara itu.

"Saya akan mengacarakan Oscars dan berasa tidak sabar untuk mengacarakan acara itu, " katanya menerusi laman Twitter.

Sementara itu, Pengerusi Anugerah Akademi, Tom Sherak berkata pihaknya teruja untuk melihat Billy kembali beraksi di pentas Oscars.

Kali terakhir Billy mengacarakan Anugerah Akademi adalah pada tahun 2004.

Tidak lagi fobia bahasa Inggeris

Posted: 11 Nov 2011 08:22 PM PST

GEUN-YOUNG...bijak bergaya sejak umur 12 tahun.
GEUN-YOUNG...bijak bergaya sejak umur 12 tahun.

LENSA kamera dan pentas peragaan sudah sebati dalam kehidupan aktres jelita Korea Selatan, Mun Geun-young sejak usianya 12 tahun. Malah, pada umur semuda itu juga, dia berjaya menyerlahkan bakatnya apabila meraih Model Edubox Kone Award.

Selain merangkul anugerah berprestij itu pada 1999, pada tahun sama juga membuka ruang buat Geun-young mengetengahkan bakat lakonannya untuk kali pertama di layar perak dengan membintangi filem dokumentari On The Way yang diarahkan Choi Jae Eun.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

    MENARIK...antara babak lakonan Geun-Young yang diaparkan drama Cinderella's Stepsister.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Selepas percubaan sulungnya, tawaran lakonan untuk Geun-young terus berlanjutan apabila dia kemudian dilamar stesen Korean Broadcasting System (KBS) untuk berlakon dalam drama Burnt Rice Teacher and Seven Potatoes sebagai Han Mi-soo.

Memberikan hasil lakonan mantap dan tidak mengecewakan pihak produksi, Geun-young yang semakin mendapat kepercayaan KBS mendapat peluang berlakon drama percintaan hebat dan meruntun jiwa, Autumn in My Heart untuk watak heroin berusia 13 tahun.


Lakonannya amat berkesan ketika membawakan karakter Choi Eun-suh kerana Geun-young bijak bermain emosi terutama ketika babak menangis. Pandangan matanya yang polos dengan deraian air mata deras serta tak henti mengalir, berjaya membuatkan penonton merasai kesedihannya.


Menerusi drama popular itu juga, Geun-young memperoleh pengiktirafan pertamanya dalam lakonan dengan memenangi kategori Pelakon Wanita Harapan Terbaik di KBS Drama Awards. Lebih sedekad bergelar selebriti, hingga kini Geun-young sudah merangkul pelbagai anugerah.

Sekalipun di puncak kejayaan, Geun-young tetap mengutamakan pendidikannya dalam bidang fesyen. Bagaimanapun, baru-baru ini Geun-young membuat keputusan terbang ke New York, Amerika Syarikat dan sekali gus meninggalkan satu semester pengajiannya untuk bercuti.

Di negara 'Uncle Sam' itu, Geun-young yang dalam lawatan untuk bersua dengan kenalannya tidak membuang masa begitu saja. Aktres kecil molek berwajah keanak-anakan ini mengambil peluang mendaftar di sebuah kolej bahasa untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggerisnya.

Geun-young dikatakan sudah mendaftar sebagai pelajar di akademi bahasa swasta terkenal Amerika, 'Kaplan East Village' untuk mengikuti kursus bahasa untuk jangka pendek. Selain itu, Geun-young turut mengkaji gaya hidup remaja di Barat.

Bersesuaian dengan imej dirinya yang menjadi ikon popular di Korea, Geun-young berpendapat dia perlu membuat kajian terhadap gaya hidup golongan belia yang lebih menjurus pada hiburan. Bagi membolehkan kajiannya berhasil, Geun-young belajar dengan rajin.

Berdasarkan satu kenyataan dikeluarkan pihak pengurusannya, lawatan Geun-young ke New York itu bukan saja untuk bertemu kenalan, tetapi ingin mengetahui dan memahami gaya hidup sebenar rakan-rakannya. Geun-young dijangka berada di New York selama dua bulan.

Selepas perjalanan indah ke New York berakhir, Geun-young merancang memperkenalkan projek terbarunya dan akan meneruskan pengajian di Universiti Sungkyunkwan untuk tahun keempat dalam semester pertama.

Pada 21 Oktober lalu, Geun-young menerusi laman Cyworld, berkongsi maklumat di terkini dirinya di New York. Geun-young memaklumkan kepada peminatnya, dia luangkan juga masa menulis untuk melepaskan rindu di hatinya kerana berada jauh di perantauan.

"Ketika mula-mula menjejakkan kaki di sini, saya benar-benar sangat kesunyian. Ia sesuatu yang menakutkan dan sukar bagi saya menempuhinya. NaGeun-young, saya sedar perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling.

"Sekarang saya tidak takut atau gentar untuk berhadapan apa saja halangan yang datang. Saya yakin dapat mengisi masa yang ada ini dengan melakukan banyak perkara berfaedah. Malah, paling utama perasaan fobia terhadap bahasa Inggeris sudah tiada lagi.

"Cuma, kesepian yang masih tak mampu diatasi. Saya sering teringat pada koleksi barang yang berharga dalam hidup ini. Justeru, ia juga membuatkan saya tidak pasti dengan apa yang dipelajari sepanjang berada di sini. Apakah saya akan berjaya?

"Bagaimanapun, sebenarnya saya tak pernah terfikir akhirnya akan membuat keputusan untuk belajar di sini (New York). NaGeun-young, yang pasti saya suka tinggal di sini dan berharap semuanya berjalan lancar seperti apa yang saya inginkan," katanya.

Menurut Geun-young, dia berdoa kesihatannya tidak terganggu kerana sudah bertekad sebaik pulang semula ke Korea, dia mahu membuktikan diri sebagai pelakon yang hebat dan dibanggakan. Ujarnya, dia juga akan pastikan dirinya bukan individu memalukan.


Lakonan Geun-young dalam kisah Cinderella moden

KISAH dongeng puteri jelita, Cinderella bukan saja popular di Hollywood, tetapi cukup terkenal di seluruh dunia. Justeru, tidak ketinggalan mengadaptasi kisah menarik ini, ia turut diterbitkan dalam versi Korea menerusi Cinderella's Stepsister.

Drama 30 episod terbitan stesen KBS2 pada tahun lalu, disiarkan di TV2 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5 petang bermula 17 November ini. Semestinya penggemar drama Korea di negara ini tidak melepaskan peluang menantikan siarannya.

Dibintangi Geun-young sebagai watak utama, Eun-jo yang kehilangan bapa dan ibunya pula menemui cinta baru dengan lelaki yang mempunyai anak perempuan, Hyo-seon. Mereka tinggal bersama apabila ibunya berkahwin.

Hyo-seon menonjolkan karakter baik di hadapan mata ibu bapanya manakala Eun-jo pula sering dilihat 'jahat' dan diabaikan. NaGeun-young, Eun-jo berkawan baik dengan Hong Ki-hoon di kolejnya dan ini tidak disenangi Hyo-seon.

Memendam perasaan terhadap Ki-hoon, mendorong Hyo-seon membuat pelbagai onar untuk mendapatkan cinta lelaki itu hingga Hyo-seon menabur fitnah terhadap Eun-jo mengatakan kepada Ki-hoon cintanya hanya dipermainkan.

Lapan tahun berlalu, Eun-jo yang akhirnya melarikan diri meninggalkan keluarganya bertemu Han Jeong-woo. Mereka berkawan rapat kerana Eun-jo berasakan Jeong-woo adalah adik lelakinya yang hilang. Hyo-seon pula bercinta dengan Ki- hoon.

Suatu hari, Ki-hoon bertemu semula dengan Eun-jo. Saat itu, dia berasakan cintanya pada gadis itu tidak pernah pudar walaupun lapan tahun sudah berlalu. Wujudlah kisah cinta tiga segi antara Eun-jo, Ki-hoon dan Hyo-seon.

Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah akan wujud campur tangan ibu bapa? Barisan pelakon lain yang membintangi drama percintaan remaja ini ialah Seo Woo, Chun Jung Mying, Tae Cyeon, Lee Mi Sook, Kim Gab Soo dan Kang Sung Jin.

MPS gempur penjaja jajan di pekarangan sekolah

Posted: 11 Nov 2011 08:21 PM PST

SITA...anggota penguat kuasa MPS menyita motosikal penjaja terbabit.
SITA...anggota penguat kuasa MPS menyita motosikal penjaja terbabit.

SELAYANG: Biarpun beberapa kali digempur Majlis Perbandaran Selayang (MPS), penjaja makanan ringan di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih, di sini, tetap aktif menjalankan perniagaan mereka kerana menerima permintaan tinggi daripada murid.

Dengan menggunakan taktik baru, penjaja mempamerkan jualan dalam but kereta, van, motosikal, menggantung jualan pada basikal dan menjaja sambil membimbit karung plastik besar.


Ketua Bahagian Pengurusan Penjaja Jabatan Pelesenan MPS, Mohd Zikry Zulkifle, berkata pihaknya menerima aduan ibu bapa yang tidak menyenangi kegiatan penjaja terbabit kerana menjual makanan ringan di luar perkarangan sekolah serta mengganggu lalu lintas di kawasan itu.

"Kami tidak mengeluarkan sebarang permit menjual makanan ringan di kawasan sekolah dan ia dilarang. Peniaga yang masih ingkar akan dikenakan denda kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dan barang niaga disita," katanya.


Dalam operasi itu, enam bakul dipenuhi pelbagai makanan ringan dirampas dan empat motosikal menjual aiskrim disita.


Tiga daripada empat peniaga aiskrim bermotosikal diserahkan kepada pihak imigresen kerana berniaga tanpa lesen dan tidak mempunyai permit sah.

Kad kredit MU

Posted: 11 Nov 2011 08:20 PM PST

LANCAR...Megat Zaharuddin  (empat dari kiri) dan Pallister (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran kad kredit, semalam.
LANCAR...Megat Zaharuddin (empat dari kiri) dan Pallister (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran kad kredit, semalam.

MALAYAN Banking Bhd (Maybank) optimis menarik kira-kira 300,000 pemegang kad kredit baru dalam tempoh tiga tahun didorong pengenalan kad Maybankard Visa Manchester United yang menawarkan pulangan nilai berganda kepada pelanggan terutama peminat kelab bola sepak ternama itu.

Pengerusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata, jalinan kerjasama itu sebahagian daripada strategi Maybank untuk berganding bahu dengan jenama besar untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.


"Ketika ini, kami mempunyai 1.5 juta pemegang kad kredit dan dengan kerjasama bersama kelab bola sepak terkemuka Manchester United (MU), kami yakin mampu menarik 30,000 pemegang kad baru dalam masa terdekat.

"Seterusnya, kami mengunjurkan untuk memperoleh 300,000 pelanggan baru dalam masa tiga tahun sekali gus meningkatkan penguasaan pasaran berbanding 18 peratus ketika ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan kad Maybankard Visa Manchester United oleh bekas pemain pertahanan MU, Gary Pallister di Petaling Jaya, semalam.


Beliau berkata, sempena pelancaran itu, Maybank menawarkan peluang kepada pemegang kad baru memenangi dua tiket untuk menyaksikan perlawanan MU menentang Liverpool di Old Trafford pada Februari 2012.

Sopan berbusana anggun dipandang

Posted: 11 Nov 2011 08:18 PM PST

MODEN...rekaan baju pengantin berwarna hijau lumut gabungan klasik dan moden menarik untuk mereka yang berani mencuba.
MODEN...rekaan baju pengantin berwarna hijau lumut gabungan klasik dan moden menarik untuk mereka yang berani mencuba.

KEBANYAKAN pasangan raja sehari hari ini memilih busana pengantin dengan rekaan moden yang ringkas, namun masih mengekalkan ciri-ciri klasik tradisional yang menyerlahkan lagi seri pengantin pada hari bahagia mereka.

Fesyen kebaya pendek dan labuh serta berkorset mirip seperti busana pengantin Indonesia antara rekaan kini yang kian diminati masyarakat kerana keistimewaannya tersendiri.

  • Foto

    MEWAH...warna biru firus bersulam manik dan labuci pada baju kebaya labuh pasti menyerlahkan penampilan si pemakai.

  • Foto

    EKSKLUSIF...rona coklat keemasan ini memberikan gambaran sangat eksklusif buat si pemakai tatkala bergandingan dengan yang tersayang.

  • Foto

    MENAWAN...pilihan rona romantis ungu menambah keayuan raja sehari.

  • Foto

Ini kerana, rekaannya yang tidak terlalu berlebihan dan menerapkan nilai kesopanan, amat menepati cita rasa golongan wanita timur yang bergelar raja sehari untuk digayakan pada hari persandingan mereka.

Pemilik butik D'Renjis Cinta Bridal, Rosmawati Abd Razak, berkata pasangan pengantin pada hari ini memilih tampil dengan fesyen moden kontemporari seperti baju labuh ringkas, tetapi masih menyerlahkan gaya elegan.


"Rekaan glamor, mewah dan anggun yang diterapkan pada busana itu antara ciri utama ia menjadi pilihan pasangan raja sehari.


"Memang tidak dapat dinafikan, masih ramai yang berpegang teguh dengan memakai rekaan pakaian tradisional asli pada hari bersejarah, tetapi mesti diakui juga trend kini semakin berubah," katanya.

Tampil berbeza dengan butik pengantin lain, butik D'Renjis Cinta Bridal mengetengahkan rekaan busana pengantin menggunakan fabrik sifon, organza, sutera, renda, satin, songket dan batik kerana ia lebih menarik serta memberi keselesaan kepada si pemakai.

Pengalaman selama tiga tahun menetap di Jakarta, Indonesia, tidak disia-siakan Rosmawati apabila kesempatan itu diambil dan digunakan sebaik mungkin untuk mendalami lagi seni rekaan fesyen busana pengantin yang berteraskan Jawa di negara itu.

Justeru, melalui ilmu diperoleh itu, Rosmawati sentiasa berusaha memberi kelainan pada rekaannya dengan menggabungkan kedua-dua elemen tradisional Melayu, Jawa dan moden serta menambah perincian daripada manik dan labuci bagi menyerlahkan lagi busana pengantin berkenaan.

"Saya sering memberi inspirasi moden dan kontemporari supaya ia memenuhi kehendak orang ramai.

"Contohnya, keindahan fabrik renda daripada warna biru firus yang bersulam manik dan labuci pada baju kebaya labuh pastinya akan menyerlahkan penampilan raja sehari tatkala melangkah ke jenjang pelamin.

"Pemilihan ton dan tudung bagi pengantin yang tampil bertudung pula mesti selari untuk memenuhi gaya diimpikan pengantin yang mahu menampilkan busana Muslimah, tetapi glamor.

"Bagaimanapun, jika pelanggan mahukan rekaan busana yang benar-benar klasik, hasrat mereka akan saya cuba penuhi," katanya.

Katanya, busana pengantin yang dilatari kesopanan memang tidak jemu dipandang malah dengan pilihan tema majlis, disesuaikan pula dengan fabrik terpilih,
ia sudah tentu menambah keanggunan.

Selain menawarkan busana pengantin yang cantik dan menarik, butik ini turut menawarkan apa saja yang diperlukan bakal pengantin.

Pelamin, solekan, gubahan hantaran, cenderahati, katering, sehingga kepada kelengkapan perkahwinan lain, semuanya ada disediakan mengikut pakej bajet pengantin yang istimewa dengan tawaran harga paling berpatutan.

Sementara itu, jurusolek, Alfidah Irvan, berkata solekan untuk raja sehari perlu sesuai dengan busana dan paling penting, ia tidak terlalu tebal sehingga menyakitkan mata memandang terutama solekan ketika majlis pernikahan yang perlu lebih tampak semula jadi.

"Solekan dan busana perlu bersesuaian kerana ia tumpuan utama dalam setiap majlis perkahwinan.

"Jadi, pastikan pengantin memilih busana yang sesuai dengan solekan dan sebaiknya, cuba gaya solekan dan baju sebelum majlis," katanya.



Tip memilih busana pengantin:


  • Lokasi majlis perkahwinan

    - Pemilihan busana pengantin juga harus bersesuaian dengan lokasi majlis itu akan diadakan iaitu sama ada di luar atau di dalam rumah atau dewan.

    Sekiranya di luar rumah yang kebiasaannya bertemakan perkahwinan dalam taman, bakal pengantin perlu memilih busana yang tidak terlalu sarat dengan perincian dan terlalu labuh.


  • Bentuk tubuh badan

    - Bagi bakal pengantin yang mempunyai tubuh badan kurus dan tinggi lampai, mereka boleh mengenakan busana dalam apa jua jenis warna dan disarankan memilih busana yang labuh, tetapi ia tidak bersesuaian dengan mereka yang bertubuh agak gempal dan rendah.

    Untuk bakal pengantin bertubuh begini, mereka perlu memilih busana dengan warna lembut (pastel) dan tidak labuh kerana ia akan membuatkan mereka tampak lebih rendah.
  • Kerja keras Shakira diiktiraf

    Posted: 11 Nov 2011 08:17 PM PST

    SHAKIRA memenangi anugerah Vokal Artis Wanita Pop (Album) Terbaik , semalam.
    SHAKIRA memenangi anugerah Vokal Artis Wanita Pop (Album) Terbaik , semalam.
    DARI kiri, Jorge Villamizar, Lena Burke dan Alex Ubago dari kumpulan Alex, Jorge y Lena bersama anugerah yang mereka menang sebagai kumpulan pop terbaik.
    DARI kiri, Jorge Villamizar, Lena Burke dan Alex Ubago dari kumpulan Alex, Jorge y Lena bersama anugerah yang mereka menang sebagai kumpulan pop terbaik.

    LAS VEGAS: Pinggulnya memang tidak pernah berbohong, begitu juga dengan jualan albumnya yang tinggi.

    Bintang pop antarabangsa Shakira telah diberi penghormatan sebagai Artis Terbaik Penyanyi Latin 2011 di Las Vegas, semalam.

    Penyanyi yang berusia 34 tahun yang berasal dari Colombia diberi penghormatan itu di majlis makan malam yang dihadiri oleh bintang ternama penyanyi Latin termasuk penyanyi dari Venezuela yang terkenal, Franco De Vita, penyanyi rock Mexico, Alejandra Guzman dan lagenda salsa, Gilberto Santa Rosa.

    Album Shakira dalam bahasa Sepanyol dan Inggeris telah terjual sebanyak 60 juta dan merupakan artis termuda yang menerima anugerah itu.


    Penyanyi Latin yang pernah menerima anugerah itu termasuk Carlos Santana, Gloria Estefan dan Ricky Martin.


    Sebelum itu Shakira berjalan di karpet merah dengan memakai gaun potongan greek, manakala rambut panjang berwarna perangnya ditocang.

    "Ini adalah hari yang paling penting dalam hidup saya," katanya.
    "Saya rasa gembira, rasa dihormati dan juga rasa rendah diri dengan anugerah ini."

    Majlis anugerah itu adalah kemuncak penghormatan yang di berikan untuk Shakira. Beberapa hari lalu dia mendapat bintangnya sendiri di 'Hollywood Walk of Fame' di Los Angeles.

    Penyanyi lagu 'Hip Don't Lie' ini juga dicalonkan untuk tiga anugerah, termasuk album terbaik di Anugerah Grammy Latin ke 12 di Las Vegas.

    Park Min-Yeong takut leka

    Posted: 11 Nov 2011 08:15 PM PST

    pix_gal0
    BERDIAM diri ada kala menjadi perisai terbaik mengelak diri daripada hambatan spekulasi berlarutan yang cuma membangkitkan pelbagai persoalan membingungkan. Mengunci mulut juga tanpa dipaksa akan menutup ruang paparan cerita peribadi yang berpotensi mengalih perhatian khalayak ketika karier sedang meniti puncak.

    Prinsip itu menjadi pegangan aktres kelahiran Seoul, Korea Selatan, Park Min-Yeong tatkala hubungan cintanya dengan aktor Lee Min-ho menjadi intaian meluas media massa. Memadai sekali dia memberi kenyataan mengesahkan hubungan cintanya dengan aktor itu, selebihnya Park Min-Yeong atau Park selesa menyimpan subjek itu sebagai milik peribadinya.
    Biar berulang persoalan sama diajukan, gadis berusia 25 tahun itu tidak sesekali memberi ruang kepada media untuk beralih fokus dengan memusatkan perbualan hanya pada karier. Sisi peribadi Park mula disorot media apabila dia dan Lee digandingkan dalam drama terbitan SBS, City Hunter yang mengakhiri siarannya pada 28 Julai lalu.
    Biarpun cuba menafikan, desas-desus percintaan mereka bertambah kencang apabila Park dan Lee sering dilihat keluar berdua di beberapa lokasi tumpuan umum sekitar Seoul. Sebulan cuba berahsia, Park dan Lee akhirnya mengakui mereka sedang bercinta dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan menerusi agensi masing-masing.

    "Hubungan ini baru terjalin, masih di peringkat saling mengenali justeru terlalu awal untuk bercerita lanjut mengenainya. Mohon berikan kami ruang untuk membina cinta ini tanpa desakan dan paksaan sesiapa," kata gadis berbintang Pisces ini.

    Tanpa pernah mereka sedari, Park dan Lee sebenarnya pernah dipertemukan dalam satu penggambaran iklan komersial ketika cuba membina tapak dalam dunia lakonan sekitar 2005. Dua tahun selepas itu, mereka kembali bertemu ketika penggambaran drama, I'm Sam. Dalam drama itu, Park memegang watak utama, manakala Lee memainkan peranan pembantu sebagai rakan sekolahnya.

    "Mungkin kerana belum saling mengenali, kami tidak banyak berbual kecuali menyapa ringkas apabila terserempak di lokasi. Disebabkan tidak pernah rapat, saya hampir tidak kenali Lee ketika hari pertama di lokasi City Hunter. Kami cuma rapat selepas beberapa hari penggambaran. Dia lelaki baik, Lee juga seorang aktor yang sentiasa bekerja keras memajukan dirinya. Banyak perkara baru saya pelajari daripada Lee," kata Park yang mula diperkenalkan menerusi sitkom, Unstoppable High Kick pada 2006.
    Menyifatkan dirinya bukan seorang yang cerewet mengenai lelaki, Park mengakui, dia cuma berharap dipertemukan dengan jejaka yang menghargai, memahami dan menerima kehadirannya seadanya.

    "Memadai jika dia bersikap terbuka dan ada sifat kepimpinan tinggi daripada dipertemukan dengan lelaki yang hanya tahu memerintah serta mendesak," katanya mengakui mengenai keserasian mereka di layar kaca, Lee memiliki personaliti jauh berbeza apabila kerja.

    Dia akui, Lee mementingkan kualiti kerja dan sangat serius ketika berlakon. Setiap kali kami di lokasi, Lee begitu mengambil berat segala aspek berkaitan lakonan.

    "Saya seolah-olah melihat seorang yang berbeza apabila Lee berada di lokasi. Sebelum digandingkan bersama, saya tidak yakin kami mampu mencipta keserasian apatah lagi dia lebih muda daripada saya," katanya.

    Usai membintangi City Hunter, Park beralih ke lokasi Man of Honor seterusnya drama, Glory Jane tanpa sempat berehat panjang. Ketika berada di Hawaii bagi menjayakan satu sesi fotografi, Park tidak kesal apabila langsung tidak mempunyai kesempatan untuk bersiar-siar.

    "Selesai bekerja, saya terus pulang ke hotel untuk tidur. Jika ada kelapangan, saya memilih untuk menatap skrip drama, Man of Honor berbanding menghabiskan masa di luar. Secara fizikal, ia sangat menguji tetapi saya teruja meniti setiap pengalaman itu. Setiap karakter menuntut penghayatan berbeza dan itu saja sudah cukup membuatkan saya seronok ke lokasi.

    "Saya bekerja keras kerana begitu mencintai dunia lakonan. Setiap kali diberi kepercayaan untuk memegang sesuatu watak, saya akan cuba membawa karakter itu dengan diri. Kesungguhan itu membuat penonton merasai apa yang saya berikan. Dalam hal ini, saya bertuah kerana cara saya disenangi penonton," katanya yang pernah berdepan detik menyukarkan apabila lakonannya dikritik hebat.

    Sebab itu, Park kini enggan membiarkan dirinya tenggelam setiap kali menerima pujian. Berterima kasih kepada mereka yang menyanjung usahanya, Park sentiasa mengingatkan diri bukan mustahil jika dia kembali berdepan saat kejatuhan jika mengambil ringan soal kerja.

    "Saya bersyukur kerana dihargai tetapi di luar sana, ramai lagi pelakon berbakat sedang menanti masa untuk mendaki puncak. Semua itu mendesak saya supaya bekerja lebih keras dan tidak cepat leka apabila dipuji. Setiap kali apabila merungut kerana terlalu letih atau kurang tidur, saya ajar diri supaya mengimbas semula laluan yang pernah saya tempuhi. Ketika itu saya ingin bekerja namun tiada tawaran. Tetapi apabila memperoleh peluang kerja, mengapa saya perlu menjadikan ia sukar," jelasnya.

    Ramai pilih tarikh 11.11.11

    Posted: 11 Nov 2011 07:02 PM PST

    SEJUMLAH 77 pasangan pengantin meraikan kegembiraan mereka  di majlis perkahwinan pengantin 1Malaysia diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru, sempena tarikh 11.11.11 semalam.
    SEJUMLAH 77 pasangan pengantin meraikan kegembiraan mereka di majlis perkahwinan pengantin 1Malaysia diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru, sempena tarikh 11.11.11 semalam.
    10 pasangan kecewa tak dapat nikah, pejabat agama tutup

    SONGKHLA (Thailand): Hasrat kira-kira 10 pasangan yang mahu mengabadikan tarikh 11.11.11 dengan bernikah di sempadan semalam, musnah apabila pejabat Majlis Agama Islam Songkhla di sini, ditutup seminggu sempena cuti Aidiladha.

    Difahamkan, pejabat majlis agama itu, yang diwartakan sebagai pihak berkuasa tunggal yang diberi kebenaran menguruskan pernikahan di selatan Thailand, ditutup sejak Ahad lalu, menyebabkan beberapa pasangan pengantin tidak dapat bernikah pada tarikh 11.11.11 yang muncul hanya sekali.
    Maklumat diperoleh Berita Harian mendapati, ada antara pasangan terbabit berusaha mencari jurunikah bertauliah di beberapa daerah lain di wilayah ini namun gagal berikutan arahan yang hanya membenarkan pernikahan dikendalikan di pejabatnya.
    Sumber ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan kira-kira 10 pasangan tampil ke pejabat agama itu, dengan hasrat melangsungkan pernikahan, semalam.

    "Kita percaya kebanyakan pasangan itu datang sendiri atau dibantu orang lain untuk bernikah tanpa menyiasat terlebih dulu operasi pejabat ketika cuti Aidiladha," katanya, semalam.

    Difahamkan, sepanjang tahun lalu, 3,260 pernikahan direkodkan Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla membabitkan pasangan Malaysia di sekitar wilayah ini. Malah, tahun ini saja, tidak kurang 200 pasangan dari negara ini dilapor melangsungkan pernikahan di pejabat ini setiap bulan.

    Sementara itu, jurunikah bertauliah di Klongget, Shafie Kayem Manaf ketika ditemui mengakui menerima panggilan daripada beberapa pasangan yang meminta bantuan melangsungkan pernikahan, semalam.
    "Saya hairan kenapa mereka terlalu memilih tarikh istimewa sedangkan aspek pemilihan pasangan jauh lebih penting. Kita tidak mahu kerana tarikh, mereka hanya berkahwin selama enam bulan, selepas itu datang kembali untuk menuntut fasakh atau cerai," katanya.

    Di PUTRAJAYA, ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini, semalam mendaftarkan 111 perkahwinan dengan majoriti pengantin Cina serta lima pasangan India.

    Jurucakap JPN berkata, pihaknya hanya menerima 111 pasangan untuk didaftarkan perkahwinan sebagai simbolik tarikh istimewa 11.11.11.

    Tinjauan Berita Harian di kaunter pendaftaran JPN mendapati, ramai pasangan pengantin tiba seawal jam 8 pagi untuk mendaftarkan perkahwinan sambil diiringi keluarga serta sanak-saudara.

    Seorang pengantin yang ditemui, Steve Raj, 29, berkata, tarikh 11.11.11 sangat istimewa dan hanya datang sekali.

    "Saya sukar mengingati tarikh bersejarah seperti hari jadi. Jadi, saya tidak mahu melepaskan peluang berkahwin hari ini (semalam) kerana tarikhnya senang diingati," katanya yang mengahwini kekasihnya, Emily Koo, 32.

    Di KUANTAN, tarikh 11.11.11 menjadi detik terindah kepada 11 pasangan termasuk anak sulung pelakon terkenal, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar yang diijabkabulkan pada majlis pernikahan beramai-ramai yang dianjurkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Masjid Negeri, di sini.

    Dengan sekali lafaz, anak Ahmad Tarmimi, Ahmad Tarmizi, 33, bekerja sebagai penyunting rancangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sah menjadi suami kepada pasangannya, Siti Norasyikin Abd Rahman, 26, dari Tanjung Lumpur, di sini.

    Di KUCHING, pasangan pengantin, Justin Kho, 34, dan Stephanie Chan, 34, sanggup menunggu lapan tahun untuk melangsungkan perkahwinan pada 11.11.11.

    RM100 sebelum cuti

    Posted: 11 Nov 2011 07:00 PM PST

    PENGAWAS Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail  (berdiri  di belakang dari kiri)  Lim Chen Yao, Carlos Ruben Dourado, Walid Amry dan Shariffuddin, (depan) Puteri Mariam Diana Ahmad Mosadik  (kiri) dan Tufah Rasyidah Zakaria   menunjukkan wang RM100  mereka terima semalam.
    PENGAWAS Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (berdiri di belakang dari kiri) Lim Chen Yao, Carlos Ruben Dourado, Walid Amry dan Shariffuddin, (depan) Puteri Mariam Diana Ahmad Mosadik (kiri) dan Tufah Rasyidah Zakaria menunjukkan wang RM100 mereka terima semalam.
    Sekolah keluar pekeliling minta ibu bapa hadir

    KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan sekolah akan mengeluarkan surat pekeliling kepada setiap ibu bapa atau penjaga meminta mereka hadir pada tarikh ditetapkan bagi pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang diberikan kerajaan.

    Pengagihan wang yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, akan diterima secara tunai oleh setiap pelajar dengan ibu bapa atau penjaga perlu hadir bagi menerimanya.
    Yang Dipertua Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon, berkata pengagihan secara tunai terus kepada ibu bapa atau penjaga juga yang terbaik bagi memastikan wang itu diterima dengan selamat dan telus.
    "Prosedurnya juga mudah iaitu mereka menurunkan tandatangan dan nombor kad pengenalan bagi pengesahan penerimaan.

    "Pengagihan itu juga dijangkakan dapat dibuat sebelum sesi pembelajaran tamat 18 November ini supaya ibu bapa dapat membeli keperluan pelajar bagi sesi persekolahan 2012," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

    Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengenai pemberian bantuan kepada kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah yang sudah mula disalurkan ke akaun sekolah masing-masing bermula kelmarin.

    Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, pula berkata proses pengagihan patut diberi masa sehingga tiga hari bagi memastikan ibu bapa dapat mencari kelapangan untuk menghadirkan diri ke sekolah.
    Sementara itu, ibu bapa dan pelajar yang ditemui semalam, mengalu-alukan pemberian itu yang disifatkan tepat masanya ketika ibu bapa memulakan perancangan perbelanjaan bagi sesi persekolahan akan datang.

    Hotel wakaf pertama dirasmi

    Posted: 11 Nov 2011 06:59 PM PST

    KETIBAAN Seri Paduka diiringi Khalil dan Mohd Ali disambut kawalan kehormat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam sempena lawatan rasmi baginda selama dua hari di Melaka.
    KETIBAAN Seri Paduka diiringi Khalil dan Mohd Ali disambut kawalan kehormat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam sempena lawatan rasmi baginda selama dua hari di Melaka.
    Penginapan berkonsep Islam jadi model kepada semua majlis agama

    MELAKA TENGAH: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam berkenan merasmikan hotel wakaf pertama di negara ini yang dibangunkan dengan harga RM25.6 juta di Pantai Puteri, Tanjung Kling, dekat sini.

    Bertaraf tiga bintang dan setinggi tujuh tingkat, Hotel Pantai Puteri yang dimiliki bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai kemudahan 87 bilik.
    Berucap pada majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pembinaan hotel berkonsep Islam itu dirancang menjadi model pembangunan wakaf kepada semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).
    "Melaka menerusi MAIM dipilih merintis projek ini daripada empat rangkaian hotel wakaf yang dirancang dibangunkan oleh JAWHAR yang turut meliputi Taiping, Port Dickson dan Kuala Terengganu," katanya.

    Hadir sama Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad.

    Hotel Pantai Puteri yang dibina di tapak seluas 0.58 hektar pada 15 Januari 2009, antara lain menyediakan dewan serba guna, bilik seminar, pejabat, surau, bilik eksekutif serta bilik mesyuarat.

    Terdahulu Seri Paduka turut berkenan merasmikan Masjid Say-yidina Abu Bakar di kampus Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal dekat sini yang dibangunkan dengan kos RM15.341 juta dan siap dalam tempoh 24 bulan. Masjid berkenaan mempunyai keluasan lantai 5,404.59 meter dan mampu menampung sehingga 4,000 jemaah.

    Yang di-Pertuan Agong kemudian menyertai kira-kira 4,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid baru berkenaan.

    Tragedi 11.11.11

    Posted: 11 Nov 2011 06:58 PM PST

    • Foto

      ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tertimbus di dalam pasir.

    • Foto

      Cebisan kaki mangsa kemalangan dikutip penyelamat.

    • Foto

      MANGSA nahas menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Slim River.

    Empat termasuk dua murid maut, tujuh parah; Bas rombongan terbalik
    sebelum dirempuh treler pasir


    SLIM RIVER: Ketika ramai memilih 11.11.11 sebagai hari istimewa semalam, 36 pelajar dan empat guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah, sebaliknya melalui tragedi mengerikan apabila bas rombongan yang dinaiki terbalik, sebelum dirempuh sebuah treler ketika kebanyakan mangsa merangkak untuk menyelamatkan diri, menyebabkan empat orang terkorban.
    Dalam kemalangan jam 4.30 pagi di Kilometer 382, Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat sini, dua rakan mereka Khairul Anwar Azhan dan Maysarra Zaidi, masing-masing 15 tahun, mati di tempat kejadian dengan mayat Maysarra dikesan hampir tujuh jam kemudian dalam longkang di bawah timbunan pasir dari treler yang jatuh bertaburan. Pelajar yang memperoleh 8A ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu pada mulanya dilaporkan hilang selepas usaha mengesannya di lokasi kejadian dan hospital sebelum itu gagal.

    Guru mereka, Siti Hajar Mohamad, 33, dari Kota Sarang Semut, Kedah pula meninggal dunia di Hospital Slim River (HSR) dengan sebelah kakinya putus dan ditemui berdekatan mayat Maysarra.

    Seorang lagi yang meninggal dunia ialah Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Alor Teja, Basarah Saad, 45 yang dirempuh ketika membantu menyelamatkan pelajar keluar daripada bas berkenaan.

    Dia menaiki bas lain bersama rombongan Wanita UMNO Kedah yang dalam perjalanan menghadiri program parti di Tanjung Karang, Selangor, dan berhenti di tempat kejadian atas permintaannya sendiri untuk membantu mangsa.
    Kemalangan juga menyebabkan guru mereka, Rosilawati Mat Rifin, 40, dan Azriahani Ahmad, 31 tahun cedera parah. Empat pelajar, Abdul Rahman Danial Abdul Ghani, Mohd Azim Dahalan, Moha Faisal Anuar dan Mohammad Shariffuddin, semuanya berusia 15 tahun dan anak Azriahani, Idzmi Haikal Khairul Shah, 5 yang mengikut ibunya juga parah.

    Selain itu, 22 lagi pelajar dan seorang guru cedera ringan. Semua yang cedera ringan dan cedera parah dirawat di HSR dan Hospital Teluk Intan (HTI). Mereka adalah antara 60 pelajar dan tujuh guru SMK Air Merah yang menyertai rombongan menaiki dua bas, tetapi satu lagi tidak terbabit dalam kemalangan.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Md Tahir Kassim, berkata mangsa yang menyertai rombongan tiga hari dua malam ke Kuala Lumpur dan Genting Highlands itu, menaiki bas persiaran itu di Kulim pada jam 11.30 malam kelmarin, menuju ke ibu negara.

    "Siasatan awal mendapati bas dipandu lelaki berusia 25 tahun itu terbabas ke kiri jalan lalu terbalik dalam posisi mengiring. Dalam keadaan kelam kabut pelajar dan guru menyelamatkan diri, treler membawa muatan pasir yang datang dari belakang melanggar bas berkenaan.

    "Kita sudah menahan pemandu bas dan pemandu treler untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

    Mangsa asid tak dendam isteri

    Posted: 11 Nov 2011 06:55 PM PST

     MAHYUDDIN   menunjukkan gambar yang   diambil   adiknya ketika  dia terlantar di hospital  selama dua bulan.
    MAHYUDDIN menunjukkan gambar yang diambil adiknya ketika dia terlantar di hospital selama dua bulan.
    Peniaga martabak enggan buat laporan polis demi jaga perasaan anak

    KOTA BHARU: Tidak pernah terdetik di hatinya untuk menyimpan dendam, apatah lagi membalas perbuatan isteri yang bertindak nekad menyimbah asid cuka getah sehingga mengakibatkan mata kanannya buta, manakala muka dan badan mengalami kecacatan.

    Peniaga martabak, Mahyuddin Abdullah, 47, menganggap insiden menimpa dirinya hampir tiga bulan lalu adalah suratan takdir yang terpaksa ditempuh dengan sabar.
    Meskipun berharap episod getir itu lenyap daripada ingatan, ia bukan sesuatu yang mudah kerana setiap kali melihat kesan kecederaan serta kecacatan, secara tidak langsung fikiran kembali mengenang insiden berkenaan.
    Bapa seorang anak perempuan berusia 15 tahun itu berkata, sejak insiden Ogos lalu itu, dia terpaksa berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan susulan.

    "Saya juga hanya boleh melihat dengan mata kiri. Walaupun sedikit kabur, saya amat bersyukur dengan sokongan keluarga banyak membantu mengharungi saat sukar. Semua yang berlaku adalah suratan takdir, sebagai suami saya tidak berhak membalas perbuatannya.

    "Biarlah Tuhan mengadilinya," katanya ketika ditemui di Kampung Sireh Bawah Lembah, dekat sini, semalam.

    Mahyuddin disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah oleh isterinya selepas mereka bertengkar, kira-kira jam 9.30 pagi 29 Ogos lalu. Mangsa sedang menguli tepung di dapur untuk dijadikan martabak yang jual di bazar Ramadan.
    Katanya, dia mengharungi tiga pembedahan di HRPZ II membabitkan pemindahan kulit dan telinga serta sekali di HUSM bagi pembedahan mata kanan.

    "Sejak musibah itu, kehidupan saya banyak berubah kerana pergerakan kini terbatas sehingga terpaksa mendapatkan bantuan keluarga untuk menguruskan diri," katanya sambil bertegas tidak akan membuat laporan polis kerana tidak mahu memperbesarkan perkara itu selain mengambil kira perasaan anak yang masih bersekolah.

    "Saya sentiasa ingat cecair itu dicurah ke kepala. Mulanya rasa sejuk, tidak lama kemudian mata mulai pedih dan saya terus ke bilik air. Dalam beberapa minit, seluruh tubuh jadi terlampau panas dan azabnya sukar digambarkan dengan perkataan," katanya yang dalam proses bercerai dengan isteri.

    508 murid SK Rapat Jaya sertai pertandingan mewarna

    Posted: 11 Nov 2011 06:54 PM PST


    SEBAHAGIAN daripada guru-guru bersama murid- murid yang memenangi pertandingan mewarna anjuran Utusan Malaysia di SK Rapat Jaya, Ipoh, semalam.


    IPOH 11 Nov. - Pertandingan mewarna anjuran akhbar Utusan Malaysia sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia di Sekolah Kebangsaan (SK) Rapat Jaya, dekat sini hari ini berlangsung meriah dengan penyertaan 508 murid sekolah tersebut.

    Pertandingan mewarna yang bermula pukul 9 pagi itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu A (prasekolah), B (tahun satu hingga tiga) dan C (tahun empat, lima dan enam).

    Kategori A dimenangi oleh Nurul Sadirah Mohd. Rushdan, 6, manakala kategori B pula diungguli oleh Kasih Lia Bisyara Ahmad Kamal, 8, sementara Mohd. Amirul Fazlie Mohd. Zawawi, 11, pula kategori C.

    Kesemua pemenang menerima hadiah berupa hamper dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Guru Besar SK Rapat Jaya, Faridah Mansor manakala tujuh lagi peserta terbaik bagi setiap kategori turut membawa pulang hadiah sagu hati.

    Selain itu, peserta juga menerima naskhah akhbar Utusan Malaysia, secara percuma setiap orang.

    Turut hadir, Eksekutif Jualan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. Cawangan Perak, Mohd. Saifuddin Sarmin.

    Menurut Faridah, program anjuran akhbar Utusan Malaysia yang pertama kali diadakan di sekolah itu bukan sahaja memenuhi masa lapang murid-murid malah mampu mendekatkan lagi mereka dengan akhbar tersebut.

    Selain itu, katanya, pertandingan mewarna yang bertemakan 1Malaysia itu juga mampu menyemai sikap mencintai negara di kalangan murid-murid peringkat rendah.

    "Sambutan yang diterima daripada murid dan guru untuk program ini sangat menggalakkan dan pada masa akan datang kita akan melakukan lebih banyak program bermanfaat seumpama ini," katanya.

    SK Teruntum korban dua ekor lembu

    Posted: 11 Nov 2011 06:52 PM PST


    TAJUDIN Awang Merah (dua kanan) memberi penerangan kepada pelajar sekolah mengenai ibadah korban selepas menyembelih seekor lembu sempena ibadah itu di Sekolah Kebangsaan Teruntum, Kuantan, baru-baru ini.


    KUANTAN 11 Nov. - Sekolah Kebangsaan Teruntum di sini mengorbankan dua ekor lembu bagi meneruskan penghayatan erti korban serta melaksanakan ibadah amaliah yang dilakukan pada Hari Raya Aidiladha setiap tahun.

    Guru sekolah tersebut, Tajudin Awang Merah berkata, ibadah itu juga dibuat bagi meneruskan amalan tradisi para nabi sehingga Nabi Muhammad SAW.

    "Alhamdulillah, untuk Hari Raya Aidiladha tahun ini, seramai 14 guru bersepakat untuk melaksanakan ibadah korban dan akikah di sekolah ini.

    "Daging dua ekor lembu yang dikorbankan dimasak untuk dihidangkan pada majlis yang kita adakan di sekolah ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas selesai menyembelih dua ekor lembu korban tersebut di sini baru-baru ini.

    Tajudin berkata, selain memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail, ibadah tersebut juga dilaksanakan bagi melahirkan tanda syukur kepada Allah terhadap nikmat-Nya.

    "Ibadah korban ini adalah kali kedua diadakan selepas kali pertama pada 2009 dan insya-Allah kita akan teruskan ibadah itu pada masa depan," katanya.

    Siem Reap laluan ke rantau Angkor

    Posted: 11 Nov 2011 06:51 PM PST




    Bagaimanapun, destinasi seperti Siem Reap yang merupakan laluan utama ke rantau Angkor itu semakin digemari pelancong dan pengembara kerana keunikannya amat berlainan dengan negara pelancongan yang lain.

    Nama Siem Reap diambil daripada makna 'kekalahan Siam' (Thailand) yang merujuk kepada konflik peperangan berabad lamanya di antara orang Siam dan Khmer.

    Bagi penulis, seni bina Siem Reap yang dipenuhi dengan kebudayaan kolonial zaman dahulu menjadikan bandar tersebut menarik untuk dikunjungi.

    Selain terdapat pelbagai destinasi pilihan untuk pengunjung menerokainya, kota tersebut juga dipenuhi dengan pelbagai persembahan tarian tradisional, kedai-kedai kraftangan, ladang-ladang sutera, kawasan sawah padi, perkampungan nelayan dan Taman Tasik Tonle Sap yang terkenal dengan keindahan panoramanya yang memukau setiap pengunjung.

    Kebanyakan lokasi yang menarik untuk dikunjungi di Siem Reap berpusat di sekitar kawasan Pasar Lama (Phsar Leu), sementara pelbagai hotel eksklusif pula dibina di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap-Angkor dan pusat bandar memudahkan pelancong berkunjung ke 'hot spot' yang ditawarkan.

    Jika berpeluang melancong ke sana, kota tersebut pastinya meninggalkan kenangan yang tersendiri seperti menikmati juadah hidangan enak masakan Angkor di restoran-restoran yang terletak di sepanjang jalan utama Sivatha.

    Malah di Siem Reap, pengunjung boleh mencari hotel-hotel bajet dengan mudah disepanjang kawasan Phsar Leu.

    Sejarah perkembangan bandar tersebut mula dibangunkan sebagai sebuah perkampungan nelayan di sepanjang Sungai Siem Reap yang turut dijadikan sebagai pusat keagamaan buat penganut agama Hindu-Buddha.

    Antara monumen yang masih berdiri tegak di sana ialah seperti pagoda Angkor Wat yang kini turut disenaraikan sebagai antara kawasan pelancongan yang menarik untuk dikunjungi di dunia.

    Di sekitar Jalan Sivatha dan kawasan Phsar Leu, ia menawarkan pemandangan kota dua wajah yang meliputi kawasan moden yang dipenuhi dengan pusat membeli-belah dan kawasan komersial sehingga ke kawasan luar bandar yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan kolonial lama dan kawasan perkampungan.

    Santai Tourism gegar ibu kota

    Posted: 11 Nov 2011 06:50 PM PST


    TIGA pasukan yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga bergambar selepas majlis penyampaian hadiah di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa.


    Maklum balas dan sambutan yang diterima ekoran kejayaan tersebut telah mendorong pihaknya mengadakan acara yang sama di sekitar ibu kota pada 15 Oktober lalu.

    Kali ini sebanyak 40 pasukan mendaftarkan diri di halaman Pasar Seni mulai pukul 12.30 tengah hari. Sesi pendaftaran berjalan lancar dengan setiap pasukan yang mengandungi tiga peserta, masing-masing menerima beg galas, selain wang tunai RM30 untuk perbelanjaan sepanjang berlumba dari pukul 2.00 petang sehingga 6.30 petang. Perlumbaan bermula di Pasar Seni dan berakhir di Taman Tasik Titiwangsa.

    Program berbentuk cabaran perlumbaan ini diadakan dengan kerjasama Red Adventure, Persatuan Penulis Pengembaraan Malaysia, AMR dan majalah Santai.

    Sebaik sahaja siren pelepasan dibunyikan oleh Pengarah Urusan Red Adventure, Narimah Samat, kesemua peserta yang berjumlah 120 orang termasuk wakil media tempatan memulakan tugasan pertama di sekitar Pasar Seni.

    Selain mencari jawapan bagi soalan berkaitan nama-nama kedai yang terdapat di dalam Pasar Seni, para peserta juga dikehendaki menyediakan teh tarik.

    Teh tarik yang telah disediakan itu pula mesti diminum sehingga habis dan selepas itu, barulah mereka akan menerima tugasan berikutnya.

    Mengulas acara yang berlangsung itu, Yuhaini berkata, sejajar dengan objektif untuk memperkenalkan produk pelancongan di sekitar Kuala Lumpur, maka salah satu tugasan yang perlu dilakukan adalah menaiki bas awam yang berkonsepkan bas pelancongan, KL Hop-On Hop-Off City Tour (HoHo).

    Walaupun tidak semua pasukan menaiki bas tersebut memandangkan majoriti pasukan memilih pengangkutan teksi, namun keseluruhannya ia mencapai sasaran yang ditetapkan.

    Ini kerana perkhidmatan bas HoHo yang sebelum ini kurang diketahui 'kewujudannya' mulai mendapat perhatian. Malah 'kekecohan' yang berlaku kerana salah faham berhubung maklumat sama ada setiap pasukan mesti menaiki bas tersebut atau tidak, secara tidak langsung telah memperkenalkan perkhidmatan bas HoHo kepada para peserta termasuk wakil media.

    "Bas HoHo akan berhenti di tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Konsepnya sama seperti bas pelancongan yang terdapat di Melaka," katanya yang berharap program ini dapat memperkenalkan perkhidmatan bas HoHo kepada pelancong domestik, mahupun antarabangsa.

    Beliau juga menambah, setiap peserta yang menyertai program tersebut dianggap sebagai pelancong dan hakikatnya, program itu bukan sekadar perlumbaan tetapi acara bersantai sambil menikmati produk-produk pelancongan yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur.

    Selain itu, katanya, tugasan di Bukit Nanas pula mendekatkan diri peserta dengan alam sekitar apabila mereka dikehendaki mengecat pagar di kawasan bukit yang menghijau itu.

    Antara tugasan lain yang dilakukan peserta adalah berkayak di Tasik Titiwangsa. Ia juga sejajar dengan matlamat penganjuran iaitu mahu menggalakkan orang ramai bersantai di tasik-tasik awam yang banyak terdapat di Kuala Lumpur.

    Mengenai perancangan masa depan, katanya, terdapat dua program yang akan diadakan sebelum akhir tahun ini dan salah satunya adalah Foto Xplorace yang dijangka diadakan pada 19 November ini.

    "Saya juga bercadang untuk mengadakan program seperti ini sebagai acara tahunan dalam usaha pihak kami mempergiatkan lagi promosi tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur dan Putrajaya," tambahnya.

    Dalam pada itu, juara bagi Santai Tourism Xplorace 2011 adalah DAT'S B yang membawa hadiah wang tunai RM1,500; tempat kedua pasukan Hot FM (RM1,000) dan tempat ketiga DAT'S A (RM700).

    Dalam satu perkembangan lain, Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur/Putrajaya dengan kerjasama Red Adventure juga akan mengadakan satu program yang mewajibkan setiap peserta merakamkan gambar-gambar menarik sepanjang laluan perlumbaan pada 19 November ini.

    Narimah berkata, perlumbaan itu akan bermula di Kuala Lumpur dan berakhir di Putrajaya.

    "Kali ini, peserta perlu memandu sendiri kereta menuju ke destinasi yang telah ditetapkan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi," katanya.

    Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, hantar ke alamat e-mel red.adventure@yahoo.com atau SMS ke talian 013-2229020.

    Nama Mr. Os belum tenggelam

    Posted: 11 Nov 2011 06:50 PM PST


    GAMBAR terbaru Os yang dirakamkan minggu lalu sewaktu bersaing dalam Maharaja Lawak Mega.


    SEWAKTU era pertengahan tahun 1980-an, Mr. Os merupakan salah seorang pelawak terkenal dalam persada hiburan tanah air.

    Bermula dengan watak Mr. Os dalam drama bersiri Santan Berlada yang disiarkan di TV1 pada tahun 1984, namanya terus mekar sehinggalah ke hari ini.

    Biarpun selepas 27 tahun terbabit sebagai pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi dengan nama sebenar Mohd. Yusof Abdul Hamid ini belum mahu mengalah.

    Dia masih terus aktif mencurahkan bakat seninya biarpun semakin ramai bakat baru dilahirkan dalam bidang itu.

    Os sebenarnya tidak pernah putus menerima undangan berlakon drama televisyen (TV), filem mahupun sebagai pengacara majlis.

    Justeru, anak seni berusia 50 tahun ini secara tidak langsung menafikan namanya telah tenggelam dalam bidang seni di negara ini.

    Meskipun melakukan banyak kerja termasuklah sebagai pemandu teksi sepenuh masa sejak kira-kira enam tahun lalu, tetapi kata Os, bakatnya masih diperlukan dalam banyak karya seni terutaman drama dan filem yang dibintanginya sejak kebelakangan ini.

    "Ramai orang tahu saya sebagai pemandu teksi sepenuh masa tetapi itu tidak bermakna saya sudah bersara daripada bidang seni.

    "Saya masih boleh berlakon dan berlawak. Saya juga masih mempunyai ramai peminat. Kalau tidak mana mungkin saya dijemput membuat persembahan.

    "Contohnya, filem terbaru saya bertajuk Senario Ops Pocot ditayangkan di pawagam beberapa bulan lalu. Sekarang ini, saya sedang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega di Astro Warna (saluran 132, Astro) setiap Jumaat pukul 10 malam. Itu semua bukti saya masih aktif dalam bidang ini," ujarnya kepada S3.

    Jelas pelawak berasal dari Kuala Kangsar, Perak ini, sejak menyertai Maharaja Lawak Mega bersama Abon dalam kumpulan Osbon, dia semakin sibuk dalam membahagikan rutin sehariannya demi pertandingan yang berteraskan lawak jenaka.

    Tambah Pelakon Komedi Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-13 menerusi filem Ghazal Untuk Rabiah pada 1997 ini, dia bukan setakat berlakon dan berlawak tetapi ramai yang tidak mengetahui dia melakukan pelbagai pekerjaan bagi menambahkan lagi pendapatannya.

    "Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya memang kurang publisiti tetapi saya sebenarnya terbabit dalam banyak bidang yang ramai orang tidak tahu.

    "Contohnya, sejak empat bulan lalu saya diambil menjadi penyampai radio Perak FM atau Radio Malaysia Perak FM. Saya ke udara setiap Isnin dari pukul 3 petang hingga 5 petang bersama DJ Saiful menerusi slot Cer Pikio.

    "Selain itu, saya juga sibuk menguruskan resort saya sendiri iaitu Chalet Di Kampung Mr. Os di Kuala Kangsar yang mempunyai lapan buah calet sejak dua tahun lalu," jelasnya.

    Dalam hal itu, Os menganggap pembabitannya dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega secara tidak langsung mampu menambahkan lagi popularitinya sebagai pelawak apabila para peminatnya terus memberikan sokongan kepadanya dalam rancangan tersebut.

    Secara tidak langsung, kata Os, ia bukan setakat mengekalkan popularitinya sebagai artis tetapi pada masa dia juga mendapat semakin banyak tawaran berlakon dan mengadakan persembahan pentas.

    "Saya tidak marah kalau orang kata Mr. Os tidak popular macam dulu. Saya terima kenyataan itu kerana kita mempunyai ramai pelawak pelapis. Bagaimanapun, selagi saya sihat dan bakat saya diperlukan maka selagi itulah saya tetap akan ada dalam bidang lakonan," tuturnya.

    Budaya Melayu pikat Wendy peluk Islam

    Posted: 11 Nov 2011 06:49 PM PST


    SAAT manis Wendy sewaktu dinikahkan dengan pasangannya Yacob Chik dua tahun lalu.


    Dia pernah bercinta dengan seorang jejaka Cina selama 11 tahun sebelum memeluk agama Islam tujuh tahun kemudiannya.

    Namun, jika belum jodoh ikatan selama itu pun belum mampu menyatukan mereka di bawah gerbang perkahwinan. Selebriti berusia 48 tahun itu akur dengan ketentuan Allah dalam merencanakan perjalanan hidupnya selama ini.

    Wendy bukan sahaja tidak menduga akan memeluk Islam suatu masa nanti, malah dia turut dijodohkan dengan seorang jejaka Melayu. Tanggal 23 Januari 2009, dia sah dinikahkan dengan pasangannya, Yacob Chik.

    Menurut anak kelahiran Tanjung Bungah, Pulau Pinang itu jodohnya sampai selepas tujuh tahun dia putus cinta dengan kekasih lamanya itu. Semua itu ujar Wendy, di luar jangkauan pemikiran dan perancangannya yang sering tersasar.

    Bagaimanapun, jelas Wendy dia tidak menafikan minatnya terhadap gaya hidup orang Melayu yang sederhana dan penuh dengan sopan santun banyak menjentik sudut hatinya.

    Lantaran itu, dia yang pernah berlakon dalam filem berjudul Bara pada tahun 1999 bersama Awie dan Nasha Aziz berkata, minat itu sedikit demi sedikit menyebabkannya cuba mendekati agama Islam dan budaya Melayu secara lebih mendalam lagi.

    "Sewaktu zaman kanak-kanak dulu, saya bukan sahaja tidak fasih berbahasa Melayu, malah pengetahuan tentang agama Islam juga sangat cetek sehinggalah pada awal tahun 1990-an apabila saya terbabit dalam bidang lakonan drama TV.

    "Ketika itu, saya banyak berkawan dengan ramai pelakon Melayu. Antaranya N.D. Lala dan Connie Ahmad. Mereka inilah yang sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada saya tentang agama Islam.

    "Penulis lirik, Kak Chah (Habsah Hassan) juga banyak mengajar serta memberi dorongan kepada saya supaya memeluk agama Islam," ungkapnya yang merupakan penerbit dalam syarikat produksi miliknya, Produksi Seni 2020 Sdn. Bhd.

    Minat yang mendalam terhadap budaya masyarakat Melayu semakin menebal dalam jiwanya sebelum dia memeluk agama Islam dan sekali gus mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang kini berusia 60 tahun.

    Tambah Wendy, sikapnya yang begitu menyanjungi budaya Melayu itu dapat dilihat terutama sewaktu ketibaan Hari Raya Aidilfitri di mana dia tidak mahu ketinggalan menyambutnya dengan rakan-rakan Melayunya.

    "Saya tertarik dengan banyak budaya Melayu. Contohnya, budaya anak-anak kecil yang mencium tangan ibu bapa atau orang yang lebih tua daripada mereka.

    "Hati saya mudah tersentuh apabila melihat keadaan ini di mana tidak semua budaya ada adap seperti itu. Malah, sebelum memeluk Islam lagi, saya sudah cuba belajar berpuasa walaupun pada mulanya selama setengah hari sahaja.

    "Saya juga sudah merayakan Hari Raya Aidilfitri sebelum memeluk Islam. Pada ketika itu, saya biasanya akan beraya dengan memakai baju kurung.

    "Setiap kali raya, saya mesti menempah sekurang-kurangnya empat pasang baju kurung. Sekarang ini, saya ada empat almari baju kurung yang saya tempah atau beli sejak dulu sampai sekarang.

    "Semua itu sedikit sebanyak mempengaruhi saya untuk memeluk agama Islam," ujarnya yang masih belum dikurniakan cahaya mata daripada perkahwinannya itu.

    Anak kelima daripada 10 beradik ini bagaimanapun berkata, dia memeluk Islam bukan semata-mata atas niat untuk berkahwin, sebaliknya ia lahir daripada lubuk hatinya yang mengakui kesyumulan agama itu sendiri.

    "Saya memeluk agama Islam atas kerelaan hati dan atas dasar kefahaman saya tentang agama Islam.

    "Sebelum ini, sewaktu saya belum bersedia memeluk Islam, ada juga kawan Melayu yang suruh saya terus masuk Islam.

    "Saya kata, saya tidak suka lakukannya secara terburu-buru.

    "Saya perlukan masa dan apabila sudah sedia maka barulah saya memeluk Islam kira-kira dua tahun lalu," akuinya.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    1 ulasan:

    pak muliadi berkata...

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    Catat Ulasan

    Categories