RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Hafiz (AF7) Tepis Dakwaan Telah Temui Pengganti Adira

Posted: 07 Feb 2012 08:49 PM PST

Hafiz

PETALING JAYA: Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, menepis tuduhan gambar dia bersama seorang gadis yang tersebar di Internet adalah teman wanitanya.

Hafiz berkata, buat masa ini dia enggan memikirkan soal cinta atau mencari pengganti baru selepas putus cinta dengan penyanyi Adira baru-baru ini.

"Gadis dalam gambar tersebut adalah kawan saya dan kami saling mengenali hati budi masing-masing, tetapi belum sampi ke tahap bercinta lagi.

"Saya harap orang tidak membuat sebarang spekulasi lagi berkaitan tentang hal cinta. Lagipun saya agak fobialah nak bercinta," selorohnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Tambah Hafiz lagi, sebagai tanda hormat terhadap gadis berkenaan, dia enggan mendedahkan nama individu yang dilihat begitu mesra dengannya itu.

Hafiz bersama seorang gadis yang dikatakan baru sahaja menjalinkan hubungan cinta dengannya.

"Jujur saya katakan, saya tak berani nak bercakap tentang soal cinta apatah lagi mahu dedahkan namanya.

"Nanti orang ingat saya sengaja mahu cari publisiti memandangkan ABPBH2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) dah nak dekat. Macam-macam pula pandangan negatif yang bakal saya terima nanti.

"Berkenaan dengan gambar itu, saya tahu ada yang tidak senang dengan saya dan cuba menyebarkannya kepada umum. Bukan apa, saya tidak pernah meletakkan gambar-gambar sebegitu dalam akaun laman sosial milik saya," ujarnya.

Sementara itu, selain turut memperoleh vokal terbaik dalam AJL-26, Hafiz kini sibuk merakamkan lagu terbarunya berjudul Deklamasiku, ciptaan Kuncidemak dan Isduliza.

Hafiz memberitahu, lagu yang berkonsepkan balada tersebut amat bermakna kerana lirik yang ditulis itu menceritakan tentang perjalanan kehidupannya dalam mencapai kejayaan sehingga ke hari ini.

"Deklamasiku berkisar tentang kehidupan saya tentang keluarga, cinta dan karier. Saya harap para peminat dapat menerima lagu ini yang akan disiarkan tidak lama lagi.

"Selain tiu, saya juga sedang mempelajari cara menulis lirik dengan baik daripada Isduliza," tuturnya yang turut merancang untuk menyambung pelajarannya secara sambilan dalam masa terdekat ini.

Jawablah!: Kenapa baru sekarang?

Posted: 07 Feb 2012 08:47 PM PST

Tasha Shilla
Tasha Shilla
Tasha kecewa cerita negatif tersebar selepas tersenarai Top 5 ABPBH2011

ANTARA ramai bunga baru sedang mekar di taman seni, dia boleh dianggap paling menyerlah dan dikenali. Namun bukan disebabkan bakat lakonan namanya menjadi sebutan.
Sebaliknya kisah kehidupan peribadinya yang didakwa liar. Dakwaan ini membuatkan bakat baru bernama Natashasheila Abdul Razak atau lebih dikenali Tasha Shilla menjadi kepanasan.
Selepas dituduh liar dan menari ghairah di sebuah kelab malam sewaktu menyambut ulang tahun kelahirannya, pelakon drama berusia 25 tahun ini sekali lagi dikatakan sering dilihat berpeleseran bersama teman-teman termasuk seseorang berstatus VIP.

Bagi Tasha semua tuduhan itu memang keterlaluan. Lebih membuatkan terkilan mengapa semua kisah sensasi ini timbul selepas namanya tersenarai sebagai Top 5 kategori Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011). Ia seolah-olah seperti ada misi untuk menjatuhkan namanya.

Hip: Boleh jelaskan dakwaan kononnya Tasha bersama dengan VIP serta hidangan arak di atas meja?

Tasha:
Saya akui pada malam itu memang ada bertemu dengan kawan-kawan dan memang ada botol arak di atas meja. Tetapi itu bukan milik saya. Perjumpaan pada malam itu diatur oleh teman saya yang mahu memperkenalkan dengan sebuah produksi dari Hollywood. Mereka mahu menawarkan saya berlakon. Disebabkan mereka bukan beragama Islam, sudah tentulah arak terhidang, itu milik mereka. Mereka yang pesan minuman itu. Takkanlah saya nak halang. Lagipun lokasi restoran tempat kami lepak itu terbuka. Jadi mana mungkin saya buat perkara tak senonoh di khalayak ramai. Berkenaan kononnya saya menjalinkan hubungan dengan seseorang berstatus VIP, itu semua tidak benar. Saya masih lagi single.
Hip: Tasha juga dituduh menari ghairah di sebuah kelab. Tak takut dilabel sebagai artis yang suka bersosial?

Tasha:
Sebagai selebriti, saya sedar setiap langkah dan pergerakan kini menjadi perhatian ramai. Itu perkara lumrah dalam kehidupan artis. Cuma saya perasan, sejak nama saya tersenarai sebagai finalis ABPBH 2011, macam-macam cerita buruk disebarkan walaupun perkara itu tak betul. Macam ada pihak cuba nak sabotaj saya. Kenapa baru sekarang cerita bukan-bukan pasal saya ditimbulkan.

Hip: Tak bimbang dengan kontroversi seperti ini, peluang Tasha untuk menang dalam ABPBH 2011 tipis sebab orang akan meluat?

Tasha:
Bagi mereka yang tak kenal saya secara dekat mungkin akan menyangkakan gosip itu betul. Setakat ini peminat dan penyokong saya masih setia. Kalau ada gosip pasal saya yang mereka terbaca, mereka akan menghubungi saya bertanyakan perkara sebenar. Tak adalah mereka percaya bulat-bulat apa yang mereka baca. Sama ada jejas atau tidak undian ABPBH2011, saya serahkan pada peminat menentukannya. Saya dimaklumkan, mereka memang aktif mengundi.

Hip: Reaksi keluarga apabila anaknya ini tak habis-habis dikaitkan dengan cerita yang boleh menjejaskan maruah mereka.

Tasha:
Saya bersyukur kerana keluarga memahami situasi ini. Ibu banyak menasihatkan saya supaya kuat untuk menempuh dugaan ini. Dia faham saya bekerja keras untuk mencari rezeki, membantu keluarga dan dia sebagai ibu, hanya mendoakan yang baik-baik untuk saya. Begitu juga dengan ayah. Walaupun saya lebih rapat dengan ibu, dia tetap membela saya apabila ada di antara kawan-kawannya bertanyakan mengenai kesahihan gosip anaknya. Tapi tak dinafikan, ada ketika saya menangis juga apabila menghadapi segala tuduhan macam ini.

Hip: Adakah selepas ini jadi lebih berhati-hati kerana banyak mata yang memerhatikan gerak-geri anda Tasha?

Tasha:
Ya saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Cuma saya tak akan jadi berpura-pura. Tak perlulah nak hadkan pergaulan saya hanya kerana bimbang akan menjadi buah mulut orang. Saya ada ramai kawan dan jika tak ada terbabit dengan penggambaran, saya menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Mereka kawan-kawan saya sebelum bergelar artis. Mereka banyak menyokong kerjaya seni saya. Takkanlah sebab takut kena gosip, saya menjauhkan diri dari mereka.

Isteri ikut pengkid

Posted: 07 Feb 2012 08:45 PM PST

HILANG...Siti Khadijah (kiri) menujukkan dua laporan polis dibuat abang iparnya berhubung kehilangan kakaknya sambil diperhatikan Abd Karim (kanan).
HILANG...Siti Khadijah (kiri) menujukkan dua laporan polis dibuat abang iparnya berhubung kehilangan kakaknya sambil diperhatikan Abd Karim (kanan).

PORT DICKSON: Seorang wanita pengantin baru 14 hari berkahwin dikatakan lesap dari rumah keluarganya di bandar ini dipercayai dilarikan kekasihnya, seorang pengkid sejak lebih empat bulan lalu.

Badariah Abd Karim, 29, yang baru dua minggu bergelar isteri dikatakan gagal dikesan hingga kini selepas dikatakan keluar bertemu rakan di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur pada 6 Oktober tahun lalu.

Suami wanita terbabit, Mohd Izhammuddin Alias, 29, berkata, isteri yang baru dikahwininya selepas berkenalan setahun lalu mula berubah sikap selepas menerima panggilan telefon daripada pengkid berkenaan yang juga anggota pasukan keselamatan bertugas di ibu negara.

"Selepas tiga hari bersanding di rumah keluarga saya pada September lalu, isteri menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mahu menemuinya di Stesen KL Sentral. Saya tidak membenarkannya dan memberitahunya jika mahu berjumpa, biar saya hantarkan."Isteri bersetuju sebelum saya menghantarnya ke KL Sentral untuk menemui rakannya itu. Pada hari kejadian, isteri meminta saya menunggu sebentar dalam kereta manakala dia keluar menemui seseorang di seberang jalan di situ," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Taman Setia, Pasir Panjang, di sini, semalam.

Liyana Jasmay Sudah Sedia Jadi Isteri

Posted: 07 Feb 2012 08:44 PM PST

Liyana Jasmay.

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi muda, Liyana Jasmay sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan memberi tempoh masa menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan atau dalam masa dua tahun lagi.

Liyana berkata, walaupun baru berusia 23 tahun, dia yakin dirinya semakin matang untuk melangkah ke gerbang perkahwinan lebih-lebih lagi jika memperoleh suami yang dapat mendorong kerjaya seninya.

"Benar, saya sudah bersedia untuk berkahwin dan tak mahu lagi melalui sesi percintaan seperti dahulu. Saya seriklah nak bercinta lama-lama. Bukannya apa, akhir sekali tiada apa-apa pun di penghujungnya.

"Andai kata ada yang berkenan jumpalah mak dan ayah saya dahulu, kemudian berkenalan dahulu dalam masa beberapa bulan. Jika selesa, maka bolehlah teruskan apa yang patut.

"Namun, diakui, saya memerlukan seseorang yang menyayangi diri ini. Tak senang duduk dibuatnya jika tiada cinta," selorohnya.

Tambah Liyana, dia akui, sejak berkecimpung dalam dunia perniagaan dengan mempunyai syarikat produksi miliknya, Mermaid Studios, dia dapat merasakan dirinya semakin matang daripada segi pemikiran.

Dia juga semakin memikirkan tentang masa hadapan, kehidupan dan karier.

"Mungkin ramai yang menganggap saya ini masih lagi kebudak-budakan. Tetapi pendedahan yang saya terima sejak menyertai industri seni tempatan sejah berusia sembilan tahun membuatkan saya cepat matang.

"Tambah pula, ketika di lokasi penggambaran, saya sering bergaul dengan golongan dewasa," katanya.

Dalam pada itu, Liyana kini semakin aktif dalam bidang penerbitan drama selepas mendapati telefilem terbitan pertamanya berjudul Tudung Tweet mendapat perhatian ramai terutamanya golongan remaja.

"Saya mendapati golongan remaja sekarang kurang menonton drama-drama atau filem-filem tempatan. Kadang-kala rasa geram pula bila mereka (remaja) berkata cerita-cerita tempatan yang dihasilkan tak "urban".

"Justeru itu, saya mengambil langkah menerbitkan telefilem atau drama berbentuk "urban" yang dapat menarik semula golongan remaja supaya meminati karya-karya ciptaan tempatan.

"Setakat ini saya sedang memberi fokus untuk penerbitan telefilem berjudul Paris Masuk Kampung dan Fixie- Fixie," ujarnya.

Liza Abdullah Terkilan Disindir Bolot Tawaran Berlakon

Posted: 07 Feb 2012 08:43 PM PST

SEDONDON... Liza Abdullah bersama anak sulungnya Zulhaffiz Zarriq.

KUALA LUMPUR: Pelakon Liza Abdullah mengakui agak terkilan dengan sindiran sesetengah pihak yang seolah-olah melihat dia seperti membolot tawaran berlakon kerana kerap muncul di televisyen sejak kebelakangan ini.

Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah,48, berkata, walaupun tidak mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang serius namun jauh di sudut hatinya agak terasa apabila dipersendakan sedemikian.

"Saya harap janganlah ada orang yang buruk sangka kepada saya apabila melihat saya kerap muncul di televisyen. Semua itu secara tidak sengaja. Penggambaran setiap drama dilakukan berbeza tetapi tidak sangka pula kadang-kadang ia disiarkan secara serentak di kebanyakan stesen televisyen," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Antara drama lakonan Liza yang sedang ditayangkan pada ketika ini ialah BFF dan Vanila Coklat di TV3 serta Bukan Aku dan Ku Sangka 2 Rupanya 3 untuk RTM.

Dalam masa yang sama dia turut sibuk menjalani sebuah penggambaran drama seram serta tiga buah filem terbitan MIG Production.

Liza memberitahu, antara faktor dia mendapat banyak undangan berlakon sejak kebelakangan ini kerana mengamalkan disiplin diri yang tinggi serta tidak menimbulkan masalah kepada pihak produksi.

Jelas Liza, selama 30 tahun penglibatannya dalam dunia seni, faktor itu telah mendorong untuk dia mendapat peluang berlakon walaupun ketika pelakon-pelakon baru semakin ramai mewarnai dunia seni tanah air.

"Saya tidak pernah timbulkan masalah dengan mana-mana pihak. Mungkin dengan cara itu orang mudah untuk berurusan dengan saya."Syukurlah kerana ia akhirnya memberikan kesenangan kepada saya apabila tawaran berlakon tak putus-putus saya terima. Syukur kepada Allah," katanya.

Ditanya siapakah lelaki tinggi lampai yang sering dilihat bersamanya Liza memberitahu, individu berkenaan adalah anak sulungnya Zulhaffiz Zarriq Zolkefli,23, yang merupakan pelajar dalam bidang perniagaan antarabangsa di sebuah kolej di sini.

Selain Zulhaffiz Zarriq, Liza turut memiliki tiga lagi anak iaitu Nur Naffiz Syahiddah,19, Zulsyahmi Naqib,10, dan Zulsyahmi Afif,8.

"Saya harap tak timbul pula gosip mengatakan saya intim dengan lelaki muda pula lepas ni ya," selorohnya.

Najua, Cucu P.Ramlee Hasilkan 'Single'

Posted: 07 Feb 2012 08:42 PM PST

Najua P.Ramlee

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Najua P.Ramlee akan meneruskan legasi datuknya, Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan kemunculan single terbaru yang masih lagi dalam pembikinan.

Najua atau nama sebenarnya, Najua Nasir berkata, dia ingin membawakan muzik berkonsepkan broadway, sama seperti lagu-lagu yang sering dibawakan dalam pementasan teater.

"Sebelum ini saya biasa dengan kerjaya berbentuk pementasan seni teater, muzikal terutamanya. Jadi saya fikir, lebih elok jika lagu single pertama saya berbentuk broadway.

"Saya harap kelainan itu dapat diterima peminat-peminat muzik tempatan. Andai kata ia menjadi tarikan, saya akan meneruskan usaha penghasilan single kedua dan seterusnya muncul dengan sebuah album," katanya.

Najua adalah anak kepada Nasir iaitu anak tunggal P.Ramlee hasil perkahwinannya dengan Junaidah Daeng Harris.

Tambah graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini, dia berharap kemunculannya dengan lagu terbaru ini tidak mendapat kritikan kononnya dia ingin menumpang populariti P.Ramlee.

Sementara itu, dia bersyukur kerana mendapat pembiayaan penuh daripada Indonesian Arts And Culture Scholarship untuk menyambung pengajian kursus jangka pendek di negara itu dalam masa terdekat.

"Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk mengambil kursus jangka pendek dalam bidang seni ini dan akan mengaplikasikannya dalam kerjaya seni saya nanti.

"Selain itu, saya juga ingin membuktikan mampu berjaya dengan usaha sendiri tanpa membabitkan nama keluarga," ujarnya ringkas.

Brad Pitt & Angelina Jolie Akhirnya Mahu Berkahwin

Posted: 07 Feb 2012 08:41 PM PST

Brad Pitt dan Angelina Jolie sudah berkasih selama tujuh tahun.

SELAMA tujuh tahun bersama, pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt kerap dikatakan a mahu segera berkahwin. Malangnya sehingga kini, masih belum pasti sejauh manakah kebenaran perkara itu.

Menurut laporan Dailymail pasangan selebriti itu sedang membuat persiapan untuk berkahwin pada musim bunga ini yang dijadualkan di kampung halaman Brad, iaitu di Springfield, Missouri, Amerika Syarikat.

Pada majlis perkahwinan mereka nanti, Brad dan Jolie mahu elemen budaya tempat kelahiran anak-anak mereka diterapkan dalam acara tersebut seperti Kemboja (tempat lahir Maddox), Vietnam (Pax), Ethiopia (Zahara), Namibia (Shiloh) dan Perancis (Vivienne dan Knox).

Brad dan Jolie sering meluangkan masa bersama anak-anak walaupun sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.

Bagaimanapun, majlis tersebut tidak akan melibatkan upacara keagamaan memandangkan kedua-dua pasangan selebriti itu tidak beragama.

"Majlis perkahwinan mereka akan diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga dan teman rapat sahaja.

"Mereka tidak mahu perkahwinan mereka menjadi medan perniagaan media, sebaliknya mahu ia dilangsungkan secara privasi sahaja," kata sumber.

Sebelum ini, Brad pernah membuat kenyataan kepada umum bahawa keenam-enam anak mereka seperti memaksa untuk segera menjadi suami isteri yang sah.

Miley Cyrus Kecam Media Kerana Demi Moore

Posted: 07 Feb 2012 08:40 PM PST

Miley Cyrus

WALAUPUN sering menjadi bahan berita di media cetak mahupun elektronik mengenai perilaku nakalnya, ramai yang tidak sedar penyanyi dan aktres Miley Cyrus mempunyai semangat setia kawan yang tinggi.

Baru-baru ini Miley turut campur tangan mengenai perihal aktres Demi Moore yang semakin dikecam media mengenai penyakit misterinya selepas bercerai dengan aktor muda, Ashton Kutcher.

Menurut laporan Radar Online, Miley telah melayangkan kritikan menerusi akaun Facebook miliknya terhadap kebanyakan pihak media yang sering memburukkan para selebriti dan menampakkan golongan artis ini seperti orang bodoh.

Kenyataan tersebut diungkap oleh gadis berusia 19 tahun itu selepas melihat Demi Moore sering menjadi bahan berita sensasi di laman-laman akhbar dan portal media sejak dimasukkan ke hospital pada dua minggu lalu.

"Sepatutnya mereka (media) perlu memberikan ruang buat Demi memandangkan, tahun lalu dia telah melalui detik-detik yang amat menyukarkan. Bagaimana mereka boleh menulis cerita mengenai seseorang yang tidak dikenali dan hanya pada dasar sumber dan gambar semata-mata?

"Para media membuatkan semua orang di Hollywood nampak lemah, bodoh dan aneh. Mentang-mentang dia (Demi) adalah antara artis Hollywood, jadi adakah dia mesti terlibat dengan dadah? Tak semua orang yang mengambil dadah!" tegas Miley dalam entri Facebook miliknya.

‘Geliga’ Profesor B

Posted: 07 Feb 2012 08:37 PM PST

KESAL...Azman dan isteri membuat aduan kepada Dr Izham.
KESAL...Azman dan isteri membuat aduan kepada Dr Izham.

KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan temberang dan dakwaan konon dirinya saintis dalam bidang perubatan menggunakan teknologi nuklear, seorang lelaki licik memperdaya beberapa pengusaha produk kosmetik untuk mendapatkan keuntungan.

Selain mendakwa dia saintis berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lelaki itu juga memberitahu di dalam tubuhnya tertanam cip khas menyebabkan dia sentiasa menjadi buruan banyak pihak yang ingin menggunakan kepakarannya.

Berbekalkan semua dakwaan palsu itu, lelaki terbabit yang berusia 60 tahun meyakinkan mangsa untuk membeli secara pukal produk kosmetik yang kononnya dihasilkan daripada formula istimewa ciptaannya.

Akibatnya, seorang daripada mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, dia kerugian RM300,000 selepas bersetuju membeli produk daripada lelaki terbabit yang mereka gelar Profesor B.Menurutnya, lebih mengejutkan, selepas aduan polis dibuat, Profesor B disahkan memiliki rekod jenayah dan namanya berada dalam senarai individu dikehendaki kerana terbabit kes tipu.

Si pemalu kini ke depan

Posted: 07 Feb 2012 08:25 PM PST

pix_middle

SEPERTI kebanyakan wajah baru dan rakan seangkatan, Karl Shafek Ibrahim turut mencuba pelbagai cabang seni dalam usaha mencari keserasian terbaik dengan jiwanya. Dan memasuki tahun ketiga pembabitannya di dalam dunia seni sepenuh masa, anak muda ini semakin mengerti terhadap minat dan hala tujunya.

Memang dari awal lagi minatnya menjadi pengacara terserlah tetapi sifat keingintahuan terhadap bidang lain menolaknya ke depan untuk mencuba. Selepas mengacara dan berlakon, hatinya sepakat sekata lebih mencintai seperti apa yang dilakukan oleh idolanya, Aznil Nawawi.

  • Foto

  • Foto

Sebagai pengacara katanya, dia lebih bebas untuk menjadi diri sendiri berbanding lakonan yang perlu menghayati karakter berbeza.

Kelibat bekas pramugara berusia 32 tahun ini kini lebih banyak kelihatan di lokasi-lokasi uji bakat On Air termasuk ketika ditemui di Kuching, Sarawak hujung minggu lalu. Bekerjasama dengan Aznil yang bertindak sebagai Ketua Juri program terbitan Azlan Zanudin itu bagaikan hikmah berganda."Saya memang nak buat program ini. Pertama, kerana ia program realiti pertama saya dan kedua, bekerja dengan Pak Nil (Aznil). Rugi kalau saya tidak ambil peluang untuk mengutip ilmu daripadanya yang sudah lebih 25 tahun di dalam bidang pengacaraan.


"On Air satu pengalaman baru. Saya tidak sangka Pak Nil jenis orang yang pemurah ilmu. Sebagai orang baru, mulanya saya segan-segan untuk mendekatinya, takut untuk bertanya. Saya tahu sikap itu tidak bagus tetapi malu pun ada.

"Namun saya silap, satu yang ditanya, lima yang dijawab Pak Nil. Bukan senang untuk menuntut ilmu daripada orang sepertinya. Percuma pula, bekerja sambil timba ilmu. Saya perasan Pak Nil selalu tekankan kepada intonasi kerana di dalam satu ayat, pelbagai intonasi boleh diluahkan dan itulah yang akan membayangkan apa yang seseorang hos sedang bicarakan," kata Shafek yang menyifatkan dirinya bertuah.

Tidak hanya itu, Pak Nil turut menasihatinya supaya tidak terikat dengan skrip yang hanya 'layak' dijadikan panduan. Selebihnya bergantung kepada kebijaksanaan seseorang pengacara itu.

Biarpun suka bekerja di depan kamera, ironinya Karl memberitahu yang dia seorang pemalu dan pendiam ketika zaman persekolahan. Pengalaman sebagai petugas di awan biru turut membantunya mengatasi sifat itu.

"Keluarga saya pun terkejut dengan 'keberanian' saya. Mereka gembira dengan perubahan ini," kata anak bongsu tiga beradik yang berasal dari Pekan, Pahang ini.

"Malah ketika belajar di kolej dulu, saya mula didedahkan dengan kamera dan TV apabila rakan-rakan menyuruh saya beraksi di dalam tugasan mereka," katanya.

Kata model iklan ini, laluannya masih panjang untuk menjadi sehebat Aznil. Itu impiannya, walaupun ada teman yang skeptikal bertanyakan berapa lama dia mampu bertahan di pentas seni ini. Dianggapnya sebagai tujahan semangat untuknya melangkah lebih giat.

Pun begitu katanya, tawaran lakonan atau apa sahaja yang mampu dilakukan, Karl tidak menolak. Bukan sekadar rezeki wang ringgit malah pengalaman dan pendedahan kepada kepelbagaian cabang kerja seni tidak harus dilepaskan.

"Tahun lalu saya terbabit di dalam penggambaran filem Zaiton Ceritaku arahan Esma Daniel. Kebetulan saya tidak buat apa-apa, tawaran datang tepat pada masanya dan ini peluang untuk saya ke layar lebar. Filem Zaiton pula, takkan saya nak biarkan ke tangan orang lain?

"Saya sebagai Syamsul, adik yang rapat dengan Zaiton. Karakter itu memang berat bagi orang baru seperti saya. Syamsul tertekan selepas kejatuhan Zaiton (akibat kemalangan jalan raya) dan usahanya bukan sahaja untuk mengembalikan semula bintang Zaiton ke persada seni, malah semangat dan mental wanita itu," katanya.

Sebagai Syamsul, Karl menjelaskan dia perlu banyak bermain emosi. Esma lebih memfokuskan kepada teknik lakonan sesuai dengan tema drama filem itu.

"Esma sangat terperinci. Saya selalu gementar kerana harapan agak tinggi untuk filem ini. Ini filem pertama arahan Esma dan filem pertama lakonan saya, semuanya cukup memberatkan emosi saya. Tetapi pengalaman ini amat berharga.

"Cuma saya tidak boleh beri karakter sebenar adik Zaiton. Inilah susahnya membawa watak orang yang masih hidup. Tetapi saya memang tidak sabar untuk menyaksikan filem ini," katanya yang difahamkan Zaiton Ceritaku bakal ditayangkan pertengahan 2012.

Karl yang sebelum ini pernah mengacara program Hip TV, Chopp! dan 3 Hari 2 Malam, mengakui tidak menyesal meninggalkan kariernya sebagai pramugara untuk sepenuh masa menjadi anak seni.

"Saya cuma rindukan kerja-kerja produksi di balik tabir. Pengalaman itu turut membantu saya mengenali dunia pengacaraan dengan lebih jelas, terutama peranan masing-masing dalam sebuah pasukan.

"Apa-apapun saya mahu sehebat Pak Nil. Dia memang hebat, walaupun baru pertama kali tengok programnya, kita pasti akan terpegun kerana dia mampu mempengaruhi audien untuk terus melekat di depan kaca TV.

"Sebab itu, saya harus melipatgandakan usaha, mendedahkan diri kepada sebanyak mungkin produksi dan program. Tidak kisahlah apa sahaja tawaran kerana kadang-kadang kita sendiri tidak tahu sejauh mana kemampuan kita kalau kita sendiri tidak mencuba dan membuka peluangnya," katanya.



Trivia Karl

Insan ingin ditemui: Ryan Seacrest & Jason Mraz

Buku sedang dibaca: One Summer (David Baldacchi)

Gajet yang digunakan: iPhone, iPad2 dan Nikon D5100

Kereta impian: BMW X6.

Pangsapuri bergegar

Posted: 07 Feb 2012 08:23 PM PST

ROSAK...bumbung bertaburan selepas ribut di kawasan Pangsapuri Teratai, Seksyen U16, Shah Alam, semalam.
ROSAK...bumbung bertaburan selepas ribut di kawasan Pangsapuri Teratai, Seksyen U16, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM: Lebih 100 keluarga yang tinggal di Pangsapuri Melur, Cendana, Melati dan Teratai di Seksyen U16, Bukit Subang, di sini, terpaksa dipindahkan ke penempatan sementara selepas kejadian ribut ketika hujan lebat semalam.

Mereka yang dipindahkan itu membabitkan keluarga yang kebanyakan penghuni di tingkat atas empat pangsapuri itu.


Mereka dipindahkan ke surau di pangsapuri terbabit, selain mangsa yang tinggal sementara di rumah saudara masing-masing.

  • Foto

    LAPOR...penduduk membuat laporan kerosakan.

  • Foto

    TUMBANG...sebuah kenderaan penduduk yang dihempap pokok tumbang.

Dalam kejadian jam 3.20 petang itu, lebih 20 kenderaan milik penduduk mengalami kerosakan selepas ditimpa pokok tumbang.


Seorang mangsa yang sarat mengandung, Roshidah Daud, 35, berkata dia tidur bersama anak bongsunya berusia dua tahun apabila dikejutkan anak sulungnya memberitahu hujan lebat dan angin kencang.


"Saya bangun dan terdengar bunyi bising sebelum mendapatkan semua anak-anak yang masih kecil untuk berkumpul dalam satu bilik."Ketika itu saya lihat bumbung rumah saya terangkat sebelum ia jatuh semula dan rumah bergegar.


"Saya memeluk erat semua anak sambil memohon kepada Tuhan supaya kami selamat," katanya ketika di temui semalam dan masih ketakutan.

Sementara itu Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin yang meninjau tempat kejadian berkata, kejadian berlaku singkat dan kali pertama di kawasan itu.


"Ketika ini, mangsa terbabit bermalam di surau berdekatan serta rumah saudara-mara mereka. Jumlah kerugian mungkin mencecah ratusan ribu ringgit dan kami cuba mencari sumber untuk menyalurkan bantuan kepada mereka," katanya ketika ditemui. Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul ketika dihubungi berkata, pihak bomba dan penyelamat menerima maklumat daripada orang awam berkenaan kejadian ribut itu jam 3.52 petang "Sebanyak dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dan Kota Anggerik dikejarkan ke tempat kejadian dengan kekuatan anggota seramai 11 orang.


"Ketika bomba tiba di lokasi, hujan dan ribut sudah reda dan anggota memotong pokok serta membersihkan kawasan terbabit," katanya.

Destinasi Maria

Posted: 07 Feb 2012 08:22 PM PST

pix_middle

MARIA Sharapova mahu menjadikan Sukan Olimpik London sebagai satu daripada sasaran utamanya tahun ini selepas tidak beraksi di Beijing empat tahun lalu akibat kecederaan.

Pemain di ranking ketiga tertinggi di Russia memena-ngi tiga gelaran Grand Slam tetapi tidak pernah bertanding di Olimpik.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

"Mewakili negara di sana adalah satu penghormatan besar bagi saya," kata Maria. "Saya tidak sabar beraksi di gelanggang rumput.

Wimbledon adalah sasaran utama saya setiap tahun."Apatah lagi Olimpik akan menyusul dua minggu selepas itu dan saya tidak pernah menyertainya, ia sesuatu yang ingin saya sertai sejak kecil lagi. Sebagai seorang atlet di Russia, itulah impian dan matlamat terbesar."


Maria tidak dapat beraksi di Sukan Olimpik Beijing 2008 berikutan kecederaan bahu.

Biarpun tewas 3-6,0-6 kepada Victoria Azarenka dalam perlawanan akhir kejohanan Grand Slam bulan lalu, Maria mengharapkan kempennya di Terbuka Australia akan menjadi batu lonjakan kepadanya untuk meraih satu lagi kejohanan utama tahun ini.

"Saya tidak beraksi dalam kejohanan kompetitif sejak beberapa bulan lalu dan menyertainya dengan kecederaan buku lali, keputusan di Australia itu boleh dikatakan memuaskan," kata Maria.

Maria cedera buku lali kirinya, September lalu dalam Kejohanan Pan Pacific
di Tokyo. Kecederaan itu menyebabkan dia terpaksa menarik diri daripada Terbuka China dan kemudiannya Kejohanan WTA di Istanbul selepas dua kekalahan.

"Melangkah ke final sudah menghampiri impian saya," kata Maria. "Jelasnya, anda mahu menjadi antara yang menjulang trofi tetapi ia tidak seperti itu.

"Tuah dan keyakinan mungkin dapat membantu. Ia tidak datang sekali.

Ia mengambil banyak masa untuk memperbaiki mutu permainan.

"Bagi tahun ini, saya masih mempunyai banyak peluang dan berharap dapat mencapainya.

Anak kurang intelek tidak lemah

Posted: 07 Feb 2012 08:17 PM PST

BERJAYA...walaupun tergolong sebagai atlet kurang upaya intelektual, mereka mampu membuktikan kejayaan dalam bidang sukan.
BERJAYA...walaupun tergolong sebagai atlet kurang upaya intelektual, mereka mampu membuktikan kejayaan dalam bidang sukan.
ZAIM...menang pingat perak dan gangsa di Athens.
ZAIM...menang pingat perak dan gangsa di Athens.

JIKA dilihat daripada segi fizikal, tiada apa yang kurang kerana mereka sama seperti remaja lain. Malah lebih berjaya apabila mampu mewakili negara dalam kejohanan Sukan Olimpik Istimewa Dunia bersempena musim panas di Athens, Greece, pada tahun lalu apabila berjaya membawa pulang enam pingat emas, enam perak dan 11 gangsa dalam acara kayak, boling, lompat jauh dan bocce.

Kejayaan ini tentunya membuktikan golongan yang mempunyai kekurangan intelek mampu mencipta kejayaan tersendiri sekiranya mempunyai semangat serta melakukannya bersungguh-sungguh.

Menurut definisi Persatuan Pembangunan Kurang Upaya Intelek Amerika (AAIDD), seorang individu dianggap mengalami kurang upaya intelektual berdasarkan kepada tiga kriteria iaitu mempunyai tahap fungsi intelektual (IQ) di bawah 70-75, terdapat kekangan yang wujud di dalam dua atau lebih kemahiran adaptif serta dikesan sebelum usia 18 tahun.

Kemahiran adaptif merujuk kepada 10 kemahiran seperti komunikasi, penjagaan diri, kehidupan di rumah, kemahiran sosial, riadah, kesihatan dan keselamatan, matlamat diri, fungsi akademik, kemasyarakatan dan pekerjaan, manakala kanak-kanak yang mengalami kekurangan dalam kemahiran ini tergolong di dalam kanak-kanak kurang upaya intelek.Salah seorang atlit yang mewakili negara dalam sukan boling di Sukan Olimpik Istimewa di Athens pada tahun lalu, Zaim Abu Hirzan Zaidan, 16, yang mengalami masalah autisme ringan sejak dilahirkan berjaya membuktikan dia mampu mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat perak dan gangsa dalam sukan itu.


Ketika ditemui, Zaim nampak pendiam dan hanya memberikan jawapan ringkas ketika ditemu ramah. Nyata dia kurang berkeyakinan namun mula ramah bercerita setelah lama berbual. Mula bermain boling ketika berusia 14 tahun iaitu mengikut keluarga ke pusat boling, akhirnya bakatnya diketengahkan guru pendidikan khas yang juga jurulatih boling, Mohd Shukry Hussain.

Pelajar tingkatan empat SMK Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur ini menjalani latihan

di pusat boling Sri Petaling sekali seminggu selama lima hingga enam jam sehari.

"Saya memang peminat boling, tambah pula nenek yang berusia 64 tahun juga peminat sama dan sering memberikan nasihat dan panduan bagaimana menjadi pemain yang baik. Mula-mula membuat balingan memang ke longkang tetapi lama-kelamaan apabila sudah mendapat teknik terbaik barulah ia konsisten.

"Jurulatih banyak mengajar saya supaya menumpukan sepenuh perhatian ketika membuat balingan. Ini kerana apabila kita fokus barulah dapat mengumpul mata yang banyak," katanya.

Selain bermain boling, anak sulung dua beradik ini juga gemar meluangkan masa dengan melukis. Walaupun agak lemah dalam pelajaran, dia menunjukkan prestasi yang baik di kelas. Katanya, selepas habis sekolah, dia membuat kerja sekolah kemudian menjalani latihan sukan manakala pada waktu malam baru mengulang kaji pelajaran dibantu ibu.

Jurulatih atlet Sukan Olimpik Istimewa sejak 2007, Mohd Shukry Hussain mengakui latihan kepada atlet istimewa harus dilakukan lebih kerap. Ini berbeza dengan atlit paralimpik yang dengan jelas mengalami kekurangan anggota. Mereka yang tergolong dalam kategori lemah intelektual ini sukar dibaca pemikiran mereka.

"Ini kerana mereka agak lambat dalam menerima arahan dan perlu dilakukan berulang-kali. Ada pula yang terlalu hiperaktif namun anak-anak ini mempunyai semangat yang tinggi serta mempunyai daya juang untuk memenangi perlawanan," katanya yang berpengalaman selama 22 tahun dalam bidang pendidikan khas Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut Presiden Olimpik Istimewa Malaysia (SOM), Datuk Muhammad Feisol Hassan, Zaim adalah contoh kanak-kanak istimewa yang mengalami masalah pembelajaran namun mampu membuktikan kekurangan bukan alasan untuk berjaya.

Seharusnya lebih ramai ibu bapa tampil memberikan sokongan dengan menghantar anak-anak istimewa ke sekolah dan mencungkil bakat dalam bidang sukan. Ini kerana sukan adalah aktiviti terbaik yang patut diceburi golongan ini kerana mempunyai banyak kebaikan. Selain menambah kecergasan fizikal dan kemahiran motor, sukan membina imej positif sama ada pada diri dan persekitaran serta meningkatkan keyakinan diri dan sokongan keluarga.

"Keluarga yang mempunyai anak bergiat dalam sukan menjadi lebih kuat kerana mereka belajar untuk lebih memahami bakat dalam diri anak-anak manakala rakan-rakan sekeliling akan lebih menghormati dan menjalin hubungan yang baik dalam keluarga," katanya.

Menerusi sukan, persaingan antara mereka menjadi medan terbaik bagi menguji kemahiran atlet, mengukur kemajuan mereka dan mendorong untuk perkembangan fizikal dan mental menjadi lebih baik. Latihan sukan serta persaingan membantu golongan kurang upaya intelektual ini menjadi lebih sihat malah berani menghadapi cabaran melangkaui sempadan bangsa, politik, umur dan agama.

"Sebagai contoh, ketika Sukan Olimpik Istimewa di Athens pada tahun lalu, pelari dari Nigeria yang membuat larian 400 meter menunggu sehingga semua rakan yang lain sampai ke garisan penamat lalu berlari bersama-sama. Ini menunjukkan betapa istimewa dan jujurnya hati golongan istimewa ini kerana mereka tiada sifat ingin menang sebaliknya menunjukkan rasa hormat, persahabatan dan tidak mementingkan diri sendiri," kata Feisol.

Apa yang penting, ibu bapa tidak harus menyimpan anak-anak yang mengalami kekurangan intelektual ini di rumah kerana malu berhadapan masyarakat.

Sebaliknya mereka harus sedar, memiliki anak-anak ini adalah anugerah Allah dan berusaha memberikan yang terbaik kepada mereka.

Bagi Naib Presiden SOM, Datuk Peter Velappan, walaupun anak-anak ini istimewa, mereka mempunyai hak untuk mendapat persekitaran yang baik, berkawan dan menyumbang kepada negara. Ibu bapa tidak harus bersedih sebaliknya menunjukkan laluan berbeza dengan memberikan pendidikan dan kemahiran berguna kepada mereka.

Ini boleh dilakukan ketika anak-anak masih kecil dengan mengajar mereka berjalan, berlari dan melompat. Pada usia tujuh hingga sembilan tahun biarkan mereka bermain dengan kanak-kanak normal supaya mereka tidak rasa terasing.

"Dalam hal ini, ibu bapa harus memberikan sokongan moral kepada anak-anak supaya mereka membesar menjadi insan berguna bukan saja kepada keluarga tetapi negara. Sekurang-kurangnya mereka mampu berdikari, bekerja dan menggembirakan hati ibu bapa," katanya.

Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk anak-anak kurang upaya intelektual seperti sekolah pendidikan khas serta kemudahan sukan. Apa yang penting peranan ibu bapa serta masyarakat agar memberikan sokongan untuk melihat lebih banyak kejayaan pada masa depan.

Bagi kanak-kanak kurang upaya intelektual, Sukan Olimpik Istimewa adalah tempat golo�ngan ini diterima dalam masyarakat. Malah, ada antara mereka yang menunggu seumur hidup untuk menceburi bidang sukan seterusnya mewakili negara.

Di dalam usaha memberi lebih banyak peluang kepada golongan kurang intelektual, Procter & Gamble Malaysia (P&G) dan Tesco Malaysia memulakan kempen mengutip dana bagi organisasi Olimpik Istimewa Malaysia (SOM).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia dan Singapura, Ellie Xie, dia percaya apa yang amat diperlukan kanak-kanak ini adalah sokongan keluarga dan masyarakat.

"Sepanjang usaha kami untuk membantu kanak-kanak istimewa ini, P&G percaya apa yang amat diperlukan mereka ialah sokongan dan galakan untuk hidup. Oleh itu kami amat berterima kasih kepada Tesco kerana sudi menjadi rakan di dalam menyebarkan mesej penerimaan, penyertaan dan hormat terhadap golongan kurang upaya intelektual kepada pelanggan di seluruh negara," katanya.

Dengan membantu atlit Olimpik Istimewa, ia dapat menyediakan latihan dan peluang untuk mereka menyertai pertandingan sekali gus membuka jalan kepada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka membesar menjadi individu yang lebih berkeyakinan untuk mencapai impian mereka.

"Sebagai seorang ibu, saya faham apa yang dilalui oleh ibu lain dalam mencorakkan masa depan anak-anak mereka.

Kempen ini juga untuk menghargai usaha ibu-ibu yang menjadi wira sebenar mereka," tambah Ellie.

Kempen yang mensasarkan kutipan sebanyak RM100,000 dalam masa sebulan akan membolehkan pelanggan menyumbang kepada SOM dengan membeli produk P&G di cawangan Tesco terpilih di seluruh negara.

Enam sen akan didermakan kepada SOM dengan setiap pembelian produk P&G bernilai RM10.

Orang ramai juga boleh menyumbang melalui kempen ini dengan membeli produk P&G yang mengambil bahagian di cawangan Tesco terpilih di Malaysia bermula 9 Februari sehingga 28 Mac 2012 dan membantu membawa atlet kurang upaya intelektual satu langkah ke hadapan untuk mencapai impian mereka.

Kejutan paling bermakna

Posted: 07 Feb 2012 08:15 PM PST

pix_gal0
Sokongan peminat dorong finalis ABPBH tingkat hasil kerja

DIPILIH peminat untuk menduduki satu daripada lima kedudukan teratas barisan nama paling popular dalam industri seni dan hiburan tanah air tentu saja penghargaan cukup besar buat seseorang artis. Apatah lagi bukan calang-calang calon yang disenaraikan pada pusingan awal apabila Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 dilancarkan penghujung tahun dulu.
Sempena ulang tahun ke-25 anugerah berprestij itu, penganjur menyaring nama yang dicalonkan sejak awal-awal lagi, bagi memastikan senarai penyanyi, pelakon, personaliti TV dan radio terdiri daripada mereka yang benar-benar dikenali, serta mempunyai impak dalam dunia hiburan.
Lalu, tidak hairanlah apabila Yana Samsudin, Hazama dan Beto Kusyairi berasakan diri mereka bagai terlalu kerdil dalam senarai akhir kali ini, jika dibandingkan beberapa nama yang sudah sekian lama menjadi pilihan dan sebutan peminat dalam anugerah berkenaan. Jika Yana berjaya memboloskan diri dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Hazama dan Beto pula melekat dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular.

Sehingga kini, Yana mengaku dirinya masih di awangan apabila melihat namanya turut tersenarai sebagai calon Top 5. Ketika yang sama pelakon filem Aku Masih Dara ini enggan meletak harapan terlalu tinggi, mengenangkan calon akhir lain bukan sebarangan nama.

"Saya sememangnya sangat kerdil jika dibandingkan dengan calon lain. Empat lagi finalis kategori ini boleh dianggap orang yang sudah lama dalam industri, dan mereka juga sudah banyak kali tersenarai dalam ABPBH. Jadi, siapalah saya untuk bersaing dengan mereka?

"Namun, dengan hati cukup terbuka saya menerima pencalonan ini kerana ia adalah pilihan peminat, yang melihat hasil kerja saya. Walaupun saya kurang menonjol berbanding artis lain, tetapi saya amat menghargai titik peluh peminat yang sudi mengundi untuk saya," katanya yang bersaing bersama Eja, Diana Danielle, Lisa Surihani dan Maya Karin pada edisi jubli perak ABPBH tahun ini.
Menurut pelakon yang bakal muncul bersama filem Adnan Sempit 2 tidak lama lagi ini, populariti filem Kongsi dan Bini-Biniku Gangster tahun lalu tentu sekali faktor utama yang membolehkan namanya sama-sama melekat sebagai finalis dalam kategori lakonan filem.

Bagi Hazama pula, perasaannya bercampur-baur sebaik saja mengetahui dirinya turut disenaraikan peminat hingga ke peringkat akhir pada anugerah yang bakal mencapai kemuncaknya 8 April nanti.

Gembira, berdebar dan betul-betul tidak sangka, semuanya dirasa pemuda ini tatkala mengetahui dirinya turut dicalonkan sebagai finalis. Juga melihat dirinya begitu kecil jika dibandingkan calon lain, juara Akademi Fantasia musim ke-9 ini bagaimanapun berasakan siri jelajah ABPBH yang pernah disertai banyak membantunya mengumpul peminat.

"Sebelum ini, saya pernah mengikuti siri jelajah ABPBH, menumpang kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH). Kemunculan saya di beberapa lokasi sedikit sebanyak memperkenalkan nama saya kepada orang ramai. Dari situ saya mungkin mengumpul sedikit demi sedikit peminat.

"Siapa sangka, kini nama saya juga turut disenaraikan sama dalam anugerah berkenaan?" katanya.

Selain Beto, mencabar dirinya dalam kategori artis baru ialah Awi Rafael, Aeril Zafrel dan Johan Ariff As'ari. Selain kategori berkenaan, Hazama dan MUH juga dicalonkan dalam kategori akhir Artis Duo/Berkumpulan Popular.

Kata Hazama lagi, timbul juga rasa segan apabila namanya diletakkan sebaris dengan nama besar dalam anugerah berkenaan.

"Saya enggan menaruh harapan tinggi, sebaliknya teruja untuk sama-sama berasa bahang anugerah. Paling penting, saya akan memberikan sokongan kepada ABPBH dan akan sama-sama memeriahkannya. Ia juga majlis cukup bermakna kerana menjadi lokasi perhimpunan semua golongan artis dan personaliti. Inilah acara yang membolehkan kita berkenalan dan mengeratkan silaturahim bersama rakan seperjuangan dari pelbagai cabang seni," katanya.

Sementara itu, bintang Juvana yang kian bersinar, Beto, menganggap pencalonannya sebagai pembakar semangat untuk dia meningkatkan lagi mutu lakonan.

"Saya memang tidak menyangka akan turut mempunyai peminat. Tujuan utama saya berada dalam industri adalah untuk mencari makan, serta mengetengahkan bakat yang ada.

"Saya tidak ada cerita lain yang menyokong kerjaya saya selain berlakon dan terus berlakon. Apabila saya dicalonkan dalam senarai Top 5 ABPBH, sudah tentu saya tidak percaya. Begitupun, sokongan peminat amat saya hargai. Ia membuatkan saya ingin bekerja lebih gigih lagi bagi membalas sokongan mereka," katanya yang pernah muncul dalam filem Syaitan, Kami The Movie, Nur Kasih The Movie dan Sini Ada Hantu.

Beri ruang, peluang

Posted: 07 Feb 2012 08:13 PM PST

Khairul Fahmi
Khairul Fahmi
Annuar anggap kontroversi akan buat Khairul Fahmi lebih matang

"BERI ruang dan peluang buat Apek (Khairul Fahmi Che Mat) mengharungi usia mudanya bersama kerjaya sebagai pemain bola profesional!"
Itu permintaan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan kontroversi membabitkan penjaga gol Kelantan dan kebangsaan itu satu cabaran yang perlu dilalui dan mampu membuatkan 'hero Malaya' itu lebih matang.
Apek dilanda pelbagai kontroversi termasuk terbaru mengaitkan konon dia menjadi punca hubungan pertunangan anak seorang pengusaha batik terkenal dengan gadis pemilik butik pengantin di Kelantan terputus tetapi Annuar beranggapan, Khairul Fahmi yang popular dalam masa singkat pada usia masih muda memang menjadi perhatian banyak pihak.

"Saya berpendapat Apek sedang melalui cabaran seiring usia dan kerjaya sebagai penjaga gol terkenal tetapi saya yakin pelbagai kontroversi ini akan membuatkan dia (Apek) lebih matang.

"Saya percaya, apa yang berlaku dan apa yang dia lakukan, tidak mempunyai sebarang maksud yang tidak baik," katanya selepas memantau sesi latihan pemain The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Menurutnya, tidak banyak yang dapat dilakukan pihak pengurusan untuk membantu penjaga gol itu jika kontroversi itu membabitkan peribadi, namun KAFA sentiasa memberi nasihat dan sokongan demi kebaikan kerjayanya.
Akhbar semalam melaporkan, pemilik butik pengantin, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, menafikan pertunangannya bersama anak seorang usahawan di Kelantan, terputus disebabkan Khairul Fahmi.

Fesyen warna kombo color block

Posted: 07 Feb 2012 08:12 PM PST


Warna kontra merah jambu dan ungu untuk gaya kasual atau makan malam untuk dres bloomy ini.


TIDAK ramai yang berani memakai pakaian yang color block. Pakaian color block adalah pakaian yang dipakai serentak seperti baju, skirt, kardigan, kasut, tudung dan sebagainya yang terdiri daripada pelbagai warna terang.

Contohnya baju merah dipakai bersama skirt biru, kardigan ungu, kasut jingga dan tudung kuning. Beranikah anda?

Apabila bercakap mengenai color block, jangan bimbang mencampurkan warna-warna yang tidak sepadan bersama.

Biru, hijau dan oren mungkin nampak seperti warna kombo yang tidak munasabah tetapi ia akan memberikan anda gaya color block yang sepadan.

Sebenarnya menggayakan pakaian color block tidaklah susah malah sebenarnya cara ini akan lebih memudahkan kerana anda tidak perlu memadankan pakaian yang sama warna serentak. Anda juga dapat menjimatkan masa tatkala memilih pakaian sebelum keluar rumah.

Jika bimbang anda nampak seperti badut apabila keluar rumah, jangan gusar. Color block tidak semestinya semua pakaian anda terdiri daripada oren atau kuning tetapi anda boleh mencampurkan di antara warna gelap dan warna terang.

Baju color block Farhani Hasbullah daripada Keude Haluih dibuat daripada fabrik jenis jersi yang lembut namun nampak berat dan mengikut bentuk badan.

Sesuai bagi mereka yang mempunyai bentuk badan tinggi atau rendah, kurus hingga yang berbadan gempal.

Juga sesuai untuk remaja Muslimah yang menggemari fesyen trendi namun tetap bertudung kerana kebanyakan rekaannya longgar.

Boleh juga dipakai bersama kardigan yang color block.

Aksesori bersesuaian

Pakai aksesori yang ringkas sahaja atau aksesori stail gypsi atau 'tribe style' bagi pakaian kasual.

Untuk ke pejabat atau majlis makan malam, memadai dengan tambahan aksesori yang berkonsepkan mutiara atau berlian supaya penampilan nampak lebih glamor.

Penggayaan kasut

Sesuai digayakan bersama stiletto, wedges atau jenis gladiator.

Penjagaan

Boleh dicuci biasa tetapi jangan diperah. Digalakkan cucian kering (dry clean) supaya warnanya tetap segar dan terpelihara. Jangan dicampur peluntur.

Harga

Di antara RM79 hingga RM119.

Shaire London produk tempatan

Posted: 07 Feb 2012 08:10 PM PST


Shaire London produk yang dikeluarkan oleh Shireen Salleh.


TEMPOH berbelas tahun hidup merantau di negara orang mengikut suami bertugas, akhirnya Shireen Salleh kembali ke tanah air dengan satu azam, iaitu untuk melakukan sesuatu yang berguna dan memberikan kepuasan kepada dirinya.

Pernah tinggal di Miri, Sarawak, Singapura dan kemudiannya di London selama 10 tahun menemani suami, Nik Rizal Kamil yang bekerja di syarikat minyak dan gas bagaimanapun tidak disia-siakan oleh wanita berkulit kuning langsat ini.

Semasa tinggal di Sarawak, Shireen mengikuti pengajian sarjana secara jarak jauh dan setelah suami ditugaskan di Singapura, beliau menyambung semula pengajiannya sehingga tamat.

Sifatnya yang tidak jemu menimba ilmu tidak sia-sia kerana berjaya menggenggam beberapa ijazah, Ijazah Perakaunan dan Kewangan dari University of East London, Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan daripada University of Adelaide, Australia, kursus jangka pendek dalam bidang rekaan fesyen dan tekstil, penjagaan rambut, solekan dan jahitan.

Di London, beliau yang kurang betah duduk sahaja di rumah, bekerja secara sambilan di sebuah kedai pengantin. Sambil itu, beliau membuat blog perniagaan sendiri secara kecil-kecilan.

''Daripada duduk sahaja di rumah melayan perasaan bosan, saya fikir lebih baik saya berniaga beg tangan, baju, aksesori dan sebagainya. Di London selalu diadakan jualan murah. Saya akan membeli barangan tersebut dan menjualnya secara online. Walaupun kecil-kecilan namun berbaloi juga,'' kata Shireen, 35 tahun yang ditemui di pejabatnya di Prima Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman yang tidak seberapa itu, Shireen kini bersyukur dan berbangga kerana mempunyai perniagaan sendiri.

Menurut ibu kepada tiga orang anak ini, Nik Zanea, 10 tahun Nik Idriz, lima tahun dan Nik Raiz, tiga tahun, segalanya bermula di kota London dengan tercetusnya idea bagi mengeluarkan produk penjagaan rambut yang dinamakan Shaire London di bawah syarikatnya sendiri, Aikayya Global Sdn. Bhd.

Katanya, formulasi Shaire London yang dilancarkan pada tahun lalu secara usaha sama dengan Taharah Global (M) Sdn. Bhd. merupakan campuran ekstrak rumpai laut perang (brown seaweed) dari perairan Semporna, Sabah serta gabungan herba-herba terpilih bagi menambah khasiat dan kelebihannya.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Aikayya Global Sdn. Bhd., Shireen yang memulakan perniagaan tersebut dengan modal sendiri berkata, walaupun memegang jawatan yang tertinggi namun oleh kerana syarikatnya baru sahaja hendak bermula maka beliau harus bekerja keras.

''Kebanyakan tugas, daripada bawah hingga ke atas saya lakukan sendiri seperti mempromosikan produk melalui iklan, ekspo, peraduan dan sebagainya.

''Memanglah banyak cabaran kerana saya masih baru dan saya tidak boleh mempunyai sikap malas atau mudah penat. Saya mesti rebut setiap peluang yang ada kerana kalau terlepas, rugi.

''Selain itu, saya juga harus banyak belajar bersabar dengan cakap-cakap orang yang mungkin tidak yakin dengan produk saya dan akan cuba menerangkan dengan cara baik,'' tambahnya yang mendapat sepenuh sokongan daripada suami dan ibu bapa.

Beliau berkata, apa yang dilakukan kini bukanlah kerana ingin mengejar nama atau kerana wang semata-mata tetapi kerana kepuasan diri sendiri namun dalam masa yang sama tidak mengabaikan keluarga.

Justeru itu, pada masa lapang, beliau akan meluangkan masa pergi bercuti bersama keluarga dan melawat tempat-tempat yang memberikan faedah kepada anak-anak seperti melawat muzium.

Mengenai fesyen, Shireen yang banyak terdedah dengan dunia fesyen berkata, beliau menyukai fesyen trendy, semasa dan klasik.

Haseenah kacukan pelbagai budaya

Posted: 07 Feb 2012 08:09 PM PST


Haseenah bangga dengan kepelbagaian budaya yang diamalkannya.


BERDARAH kacukan Punjabi, Cina dan Siam, dan menguasai lima bahasa, Haseenah Jasmine Jasbir Kaur Kapoor Singh, dianggap wanita unik oleh masyarakat sekelilingnya.

Haseenah Jasmine, 47, boleh bertutur dalam Bahasa Melayu, Cina, Inggeris, Siam dan Punjabi.

Beliau memeluk Islam sejak 15 tahun lalu ketika mengambil keputusan berkahwin dengan lelaki Melayu, Ahmad Shukri Abdullah.

Haseenah Jasmine yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang lebih berperwatakan dan berpakaian Punjabi. Islam adalah amalan hidupnya tetapi disebabkan dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang mengamalkan gaya hidup pelbagai budaya, beliau selesa menyesuaikan diri dengan sesiapapun.

"Bapa saya Kapoor Singh yang mengamalkan agama Sikh, berasal dari Sultanpur Lodhi, Punjab, India manakala ibu saya Mek Hon@Oui So Pin beragama Buddha, berketurunan darah campuran Siam dan Cina dari Kelantan," katanya yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik.

Haseenah Jasmine berkata, ibu bapanya secara semula jadinya mengamalkan kacukan dua budaya dan agama, tetapi pergaulan seharian mereka dengan jiran tetangga Melayu dan India, mendedahkan mereka kepada budaya dan bahasa tambahan.

"Waktu itu bahasa pertuturan pun bercampur-baur antara Siam, Cina (Hokkien), Melayu dan Punjabi. Bapa saya kekal dengan gaya lelaki Punjabi yang tulen dan ibu pula campuran Cina serta Siam," katanya.

Mengenai penguasaan bahasa Inggerisnya Haseenah Jasmine berkata: "Saya mahir bercakap dalam Bahasa Inggeris atas usaha sendiri. Emak dan ayah memang tidak pandai berbahasa Inggeris.

''Di sekolah saya benar-benar tekun bila di dalam kelas Bahasa Inggeris dan banyak membaca buku Inggeris dengan mengeluarkan suara. Selain itu saya rajin menulis surat kepada rakan pena di luar negara seperti Amerika Syarikat dan Jerman," katanya.

Pemilik salun rambut di Pekan Gurun sejak 14 tahun lalu, berkata kemahiran berkomunikasi dalam banyak bahasa memberi peluang mudah untuknya memajukan diri dan mengembangkan perniagaan.

Katanya dia seperti mewakili kaum majoriti dan minoriti di Malaysia iaitu Melayu, Cina, Siam dan India.

Hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Sherah Dinah Ganim Ahmad Shukri yang berusia 14 tahun.

"Nama anak saya ini dipilih dengan menggabungkan faktor Siam, Cina, Melayu dan Punjabi.

"Saya merasakan kami sekeluarga antara yang mewakili identiti rakyat Malaysia sebenar," kata Haseenah Jasmine.

Haseenah Jasmine berkata, setiap tahun dia bersama anak dan suami akan meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

"Orang Punjabi juga merayakan Hari Deepavali tetapi tidak juga ketinggalan meraikan perayaan orang Punjabi sendiri, yang dipanggil Vasakhi, iaitu hari menuai gandum yang diraikan sekitar bulan April setiap tahun," katanya yang memiliki diploma dandanan rambut dari Morris MasterClass International di Kuala Lumpur pada 1991.

Selain pakaian Punjabi, beliau dan anak perempuannya turut memakai baju kurung, kebaya atau Cheongsam apabila ada majlis atau kenduri.

Mengenai makanan pula, Heseenah Jasmine pakar dalam menyediakan lauk-pauk yang meliputi masakan pelbagai kaum seperti sup ayam ginseng, sambal petai dan asam pedas.

Capati dan dhal serta sayuran pula ialah makanan ruji baginya tetapi dihidangkan bersama nasi dan lauk-pauk lain.

Untuk Hari Raya Aidilfitri, beliau cekap membuat ketupat dan rendang. Haseenah Jasmine berkata, suami dan keluarga mentua adalah tempat rujukan utamanya sekiranya ada kemusykilan dalam soal Islam di samping membaca pelbagai buku dan kitab serta menonton rancangan agama di televisyen.

Haseenah Jasmine berkata, beliau akan memastikan anak perempuannya turut mengikut jejak langkahnya mengamalkan pelbagai budaya tetapi berpaksikan Islam.

Katanya, anak hasil daripada perkahwinan campur lebih bersifat terbuka dalam konteks budaya dan pergaulan.

Disebabkan itu anaknya juga boleh bertutur dalam beberapa bahasa termasuk Bahasa Melayu, Mandarin dan Hokkien serta Bahasa Inggeris.

Sherah juga kini dalam proses mempelajari bahasa Korea dan bertekad untuk menguasai bahasa Siam dan Punjabi selepas itu.

Beg benang nilon

Posted: 07 Feb 2012 08:08 PM PST


PELBAGAI jenis beg Dowa yang eksklusif untuk mereka yang mahukan kelainan gaya.


SENI buatan tangan yang menggunakan kreativiti seperti mengait sebenarnya sudah popular sejak zaman dahulu lagi terutama di kawasan kampung.

Cuma hasilnya tidaklah dikomersialkan atau seunik produk sekarang.

Memandangkan hasil seni tersebut berkualiti, cantik dan mampu mencecah pasaran antarabangsa, Butik Beg Dowa yang terletak di No. 30, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, kini memasarkan pelbagai jenis beg yang dihasilkan daripada benang nilon.

Menurut jurucakap butik tersebut, Suryani Muhamad, Dowa merupakan satu jenama yang berasal dari Jogjakarta dan kesemua produk di bawah jenama tersebut dihasilkan sepenuhnya dengan tangan melalui teknik nylon crochet atau kait jarum satu.

Turut menggabungkan dengan pelbagai bahan lain seperti kulit, ia secara tidak langsung menjadikan produk Dowa satu produk yang unik.

"Dowa merupakan satu jenama yang mengeluarkan pelbagai jenis produk berasaskan beg seperti beg tangan, beg mengembara, tas tangan, beg telefon bimbit, beg alat solek, beg kasual dan sebagainya.

"Apa yang menjadikan produk ini unik dan menarik ialah ia dihasilkan sepenuhnya dengan tangan (hand made), dikait dan sudah pasti menggunakan benang nilon iaitu benang kait.

"Teknik serta bahan yang digunakan inilah menjadikannya sebuah produk yang unik dan lain daripada yang lain di samping kuantiti yang dihasilkan juga adalah terhad untuk satu-satu koleksi dalam menjaga eksklusifnya," ujarnya ketika ditemui di butiknya, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, kesemua rekaan yang dihasilkan adalah trendy, up to date dan eksklusif bagi memenuhi selera serta keinginan pengguna di Malaysia.

Katanya, selain menawarkan pelbagai jenis produk dengan pelbagai pilihan warna yang menarik, Dowa juga merupakan jenama yang boleh digayakan oleh semua tanpa mengira umur.

Ini kerana selain menawarkan beg tangan, tas tangan, beg solek dan sebagainya, Dowa turut menampilkan beg galas belakang serta beg selempang (sling bag) khusus untuk remaja.

Dalam masa yang sama ia turut memberi keyakinan, keceriaan dan inspirasi untuk setiap golongan wanita.

Jelas Suryani lagi, butik tersebut yang dibuka awal Disember tahun lalu dimiliki sepenuhnya oleh Zar Venture Enterprise.

Ia adalah hasil usaha sama tiga rakan kongsi yang ingin meluaskan lagi jenama tersebut selain merupakan pengedar eksklusif di Malaysia.

Jika dilihat dengan lebih terperinci, beg Dowa menyerlahkan lagi rekaan dan memberi sentuhan terkini dan sofistikated melalui penggunaan material seperti kulit dan rantai yang dijadikan sebagai tali beg.

Yang pasti, koleksi Dowa yang ditampilkan akan menyerlahkan lagi keanggunan jenama dan kualiti material yang digunakan.

Lagi satu keistimewaan yang terdapat pada koleksi ini ialah, ia boleh dibasuh dengan menggunakan sabun cecair untuk membersihkan kekotoran yang melekat padanya.

Selain itu, ia turut menawarkan pelbagai jenis aksesori untuk digayakan bersama-sama beg yang dibeli.

Menurut Suryani lagi, pihaknya turut membina laman web untuk mempamerkan kesemua produk yang terdapat di butiknya selain pengguna boleh membelinya secara dalam talian bermula 1 Mac ini.

"Bagi meluaskan lagi pasaran jenama Dowa ini, selain terdapat laman web yang dibina untuk mempamerkan kesemua jenis produk, pengguna juga boleh membelinya secara dalam talian.

"Ini secara tidak langsung memudahkan mereka dan tidak lagi bersusah payah untuk ke Shah Alam membelinya.

"Kami turut mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi agen beg jenama ini," katanya lagi.

Bagi peminat ataupun pengikut jenama ini, anda boleh layari www.dowabag.com.my ataupun melalui facebook.com/dowabag.my untuk melihat sendiri kesemua koleksi yang dijual.

Manakala bagi mereka yang ingin menjadi agen, bolehlah hubungi talian 03-55233667 untuk maklumat lanjut.

cinta pensyarah korea terhadap tulisan jawi

Posted: 07 Feb 2012 08:06 PM PST


Cinta Dr. Kang Kyoung Seok pada jawi berputik sejak tahun 1974.


KETIKA budaya K-pop popular dan diminati kalangan generasi muda negara ini, seorang ahli akademik Korea Selatan pula mengakui beliau menyukai tulisan jawi.

Prof. Dr. Kang Kyoung Seok dari Busan University of Foreign Studies, mempunyai pandangan tersendiri mengenai tulisan jawi dan budaya Melayu.

Dr. Kang, 57, yang fasih berbahasa Melayu, begitu meminati semua perkara mengenai tulisan jawi yang disifatkannya begitu indah.

"Budaya Melayu ini, daripada lagunya, bahasanya, semua amat halus dan lembut membuatkan saya jatuh cinta terutama lenggok tulisan jawi," katanya.

Cinta Dr. Kang kepada tulisan jawi berputik pada tahun 1974 ketika belajar di sebuah universiti di Korea Selatan.

"Pensyarah saya masa itu beritahu bahawa Malaysia memiliki tulisan unik diberi nama tulisan jawi. Bila saya tanya apa itu tulisan jawi, pensyarah saya tidak tahu.

"Di Korea masa itu tiada buku tulisan jawi, rujukan mengenai jawi pula amat kurang. Namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus mengkaji tulisan ini," katanya.

Pada 1982, pertemuan Dr. Kang dengan seorang pendakwah Islam bernama Abdul Ghani yang berasal dari Pattani, Thailand di Busan, merupakan titik penting percintaannya dengan tulisan jawi.

Melalui Abdul Ghani, Dr. Kang mengenali huruf jawi dan sistem penulisan itu.

Buku tulisan jawi bertajuk Sejarah Melayu Pattani, menjadi kegemarannya pada masa itu.

Dr. Kang membulatkan tekadnya untuk pergi ke Malaysia bagi mendalami tulisan jawi. Pada tahun 1984 impiannya menjadi kenyataan apabila mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Malaya.

Namun persepsi rakyat Korea Selatan terhadap Malaysia pada masa itu menjadi cabaran besar bagi Dr. Kang dalam merealisasikan impiannya.

"Masa itu Korea Selatan tidak mengenali Malaysia seperti sekarang. Kita sekarang kawan baik. Dulu orang Korea tengok Malaysia sebuah negara yang mundur, miskin dan banyak masalah.

"Ibu bapa saya masa itu menangis tidak mahu benarkan saya pergi Malaysia. Tetapi saya sudah cintakan tulisan jawi. Saya mahu pergi belajar tulisan itu di Malaysia," katanya.

Setelah melakukan kajian terhadap tulisan jawi sejak sekian lama, Dr. Kang mengakui amat tertarik dengan kitab al-Quran yang disifatkanya sebagai anugerah paling bernilai buat umat Islam di seluruh dunia.

"Paling menarik perhatian saya bagaimana tulisan jawi dalam kitab al-Quran mampu menghasilkan cara bacaan yang amat indah sekali. Saya selalu dengar orang baca di tilawah al-Quran, amat indah dan buat jiwa saya tenteram," katanya.

Dr. Kang berkata generasi muda Malaysia sekarang tidak menyedari betapa bertuahnya mereka memiliki sebuah warisan unik yang menjadi identiti dan penyambung legasi bangsa.

"Tulisan jawi sekarang sudah tenat. Tidak ramai generasi muda tahu membaca dan menulis jawi. Bilangan pakar jawi juga semakin berkurangan kerana ramai pakar yang saya kenali telah bersara tanpa ada pengganti," katanya.

Dr. Kang menyertai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai pensyarah pada 2010.

"UPSI sebuah universiti yang mendidik guru. Jadi bila saya ajar guru ini tulisan jawi, mereka akan ajar tulisan jawi ini kepada anak murid mereka, yang juga generasi muda negara ini. Maka semakin ramai tahu tulisan jawi," katanya.

Beliau berkata pelbagai langkah perlu diambil oleh pihak berkuasa pendidikan supaya kembali kepada sistem ejaan jawi Za'ba yang lebih ringkas dan mudah difahami.

Media memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakan secara lebih meluas.

Dr. Kang berharap akhbar yang menggunakan bahasa jawi seperti Utusan Melayu diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat Malaysia.

Selain itu, pihak terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan dalam menterjemah lebih banyak buku ke tulisan jawi.

Kecelaruan sistem makanan dunia

Posted: 07 Feb 2012 08:04 PM PST


Krisis kebuluran di Kenya, Ethiopia, Somalia dan Djibouti tahun lalu menjejaskan kehidupan 13 juta orang dan meragut puluhan ribu nyawa.


KADANG-KADANG terasa bingung kenapa pada abad ke-21 yang dianggap dunia tanpa sempadan dan era globalisasi masih terdapat kelompok manusia yang masih jauh ketinggalan daripada segi ketamadunan dan masih diancam kebuluran.

Kalau dilihat kepada perjuangan dunia tanpa sempadan yang diperjuangkan barat dan proses liberalisasi yang mereka agung-agungkan, sepatutnya apa juga yang ada dimuka bumi ini diagihkan dengan adil.

Kemarau dan kebuluran bukan setu kejadian yang ekstrem. Ia juga sebenarnya bukan sesuatu yang di luar kebiasaan. Perkara itu berlaku disebabkan sistem makanan yang dibina atas dasar tidak sama rata, tidak seimbang dan rapuh.

Tetapi yang sering disalahkan ialah perubahan iklim yang menjadi punca kepada masalah pengeluaran makanan terutama di negara dunia ketiga.

Bayangkan untuk kali ketiga dalam tujuh tahun wilayah Sahel di barat Afrika berhadapan dengan kemarau, tuaian makanan semakin berkurang dan harga makanan yang melambung.

Di Niger, kini terdapat kira-kira enam juta orang terancam akibat kemarau dan kekurangan makanan bersama-sama dengan 2.9 juta orang rakan mereka di Mali dan 700,000 di Mauritania.

Tindakan segera diperlukan untuk memastikan malapetaka tidak menimpa mereka ekoran krisis makanan dan kekurangan zat untuk hidup.

Salah satu caranya ialah dengan mentafsir semula apa yang dimaksudkan dengan krisis makanan.

Sebenarnya sistem makanan global yang berada dalam krisis.

Kebuluran yang melanda negara-negara di tanduk Afrika tahun lalu dan apa yang berlaku di wilayah Sahel tahun ini membuktikan bahawa sistem makanan global tidak betul.

Ada yang berpandangan ini adalah isu yang ekstrem. Tetapi realitinya ia tidak ekstrem. Ia bukan sesuatu yang tidak boleh dijangka.

Cuma masyarakat dunia terutama negara-negara maju bersikap tidak peduli kerana mereka yang memonopoli sistem makanan dunia.

Kegagalan masyarakat dunia menjangka dan memberi sedikit tumpuan kepada situasi itu yang menjadi punca kepada puluhan ribu kematian akibat kebuluran.

Dunia gagal mengenalpasti atau enggan mengakui bahawa sistem makanan yang ada sekarang tidak betul.

Maknanya masyarakat antarabangsa melalui apa juga polisi kemanusiaan gagal menyediakan pelan awal untuk bersiap sedia untuk berhadapan dengan masalah kemarau dan kebuluran.

Saban tahun mereka akan tunggu penduduk di wilayah terbabit kelaparan terlebih dahulu sebelum tindakan diambil.

Krisis kebuluran paling teruk abad ini berlaku di Kenya, Ethiopia, Somalia dan Djibouti tahun lalu.

Ia menjejaskan kehidupan 13 juta orang dan meragut puluhan ribu nyawa. Bantuan antarabangsa hanya datang selepas pertengahan 2011. Maknanya, bantuan tiba selepas berlaku krisis pelarian, kekurangan zat makanan malah kematian.

Menurut laporan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Oxfam dan Selamatkan Kanak-Kanak, sistem amaran awal sudah memberi gambaran mengenai krisis itu pada awal Ogos 2010.

Bagaimanapun tindakan hanya dibuat selepas para pembuat keputusan melihat buktinya - setelah berlaku kebuluran dan kematian.

Kelemahan di pihak kerajaan negara terbabit turut menyumbang kepada masalah tersebut. Kerajaan negara terbabit dengan bantuan pelbagai agensi antarabangsa sepatutnya sudah lama menyediakan pelan antikemarau yang komprehensif. Dari situ, masalah tentu dapat dikesan lebih awal.

Sedangkan tanda-tanda akan berlakunya malapetaka kemanusiaan itu cukup ketara di wilayah Sahel.

Pada masa yang sama agensi antarabangsa juga perlu memastikan tindakan mereka sesuai dengan situasi dan matlamat yang hendak dicapai.

Ini kerana bantuan makanan ada kitarannya tersendiri. Penderma lebih pemurah ketika harga makanan rendah iaitu ketika hasil tuaian memuaskan.

Oleh itu stok makanan serantau perlu diwujudkan. Ia supaya boleh dikeluarkan ketika krisis untuk memastikan harga kekal seimbang.

Oleh itu apabila negara yang berhadapan dengan krisis makanan itu tidak lagi mampu menawarkan bahan makanan pada harga yang munasabah, maka agensi bantuan boleh mendapatkannya dari stok simpanan tadi pada harga pasaran.

Tetapi masalahnya bukan sangat disebabkan kerajaan atau kaedah mengagihkan makanan. Tetapi dunia menggunakan pendekatan yang salah dalam memberikan penduduknya makan.

Di kebanyakan negara miskin, pelaburan dalam bidang pertanian hanya ditumpukan kepada komoditi untuk dieksport.

Terlalu sedikit bantuan dan sokongan untuk pekebun kecil yang menghasilkan makanan bagi menyara kehidupan penduduk tempatan.

Sedangkan jika petani-petani kecil itu dibantu ia sudah tentu dapat membantu mengurangkan masalah kemiskinan, kekurangan makanan dan seterusnya kebuluran serta kematian.

Kawasan yang saban tahun dilanda kemarau seperti wilayah Sahel memerlukan sistem perladangan yang pelbagai. Mereka juga perlukan empangan untuk menyimpan air hujan bagi digunakan untuk mengatasi ancaman kemarau.

Ini antara komitmen untuk memastikan tragedi kemarau, kebuluran dan kematian tidak berulang saban tahun.

Yang penting dunia perlu ikhlas untuk membantu negara-negara yang saban tahun dilanda krisis kebuluran ini.

Jangan hanya menghulurkan bantuan selepas berlaku penderitaan dan kematian.

Mesti ada perancangan jangka pendek dan jangka panjang supaya tragedi itu tidak berulang.

Ini termasuk mengakui bahawa sistem sistem makanan dunia ketika ini tidak betul dan melakukan perancangan supaya apabila berlaku krisis makanan ia ditangani dari peringkat awal.

Hanya apabila masyarakat dunia jujur barulah penduduk dunia di kawasan yang sangat mudah terjejas dengan krisis kebuluran dapat dibantu dengan bantuan jangka pendek dan sokongan jangka panjang yang mereka perlukan.

Goncang bayi boleh bawa maut

Posted: 07 Feb 2012 08:02 PM PST


Dr. Gunasegaran Thangaveloo menunjukkan kecederaan otak yang berlaku akibat goncangan kuat terhadap kanak-kanak.


SIHAT
KECENDERUNGAN ibu bapa menggoncang bayi sama ada untuk meredakan tangisan ataupun hanya untuk bermain sebenarnya boleh membawa maut.

Ini kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan komplikasi serius khususnya pada otak.

Tabiat ibu bapa atau pengasuh yang gemar menggoncang bayi mereka dikenali sebagai Sindrom Goncang Bayi (Shaken Baby Sindrom (SBS).

Pada masa yang sama, tahukah anda sindrom ini juga dianggap sebagai salah satu bentuk penderaan kanak-kanak?

Ia merujuk kepada kecederaan otak yang dialami ekoran goncangan kuat yang diterima mangsa.

Menurut Pakar Bedah Otak, Hospital Pantai Klang, Dr. Gunasegaran Thangaveloo, statistik menunjukkan satu per empat atau 25 peratus kanak-kanak yang digoncang dengan kuat dan mengalami kecederaan kepada yang major akan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Tambah beliau, baki daripada angka tersebut akan mengalami kecederaan otak ataupun kecederaan berterusan untuk jangka masa yang panjang seperti kurang pintar, perubahan tingkah laku, masalah pembelajaran, kecacatan akal dan banyak lagi.

"Lazimnya, situasi ini terjadi apabila bayi digoncang dengan kuat, menyebabkan berlakunya pergerakan kepala yang kuat ke depan atau ke belakang tanpa kawalan dan memusingkan pergerakan kepala.

"Keadaan ini akan menyebabkan tisu otak, salur darah dan saraf pada otak terkoyak.

"Pergerakan yang kuat ini juga akan mengakibatkan otak terhentak pada tempurung kepala di dalam sekali gus menyebabkan tisu otak berdarah dan membengkak," ulasnya ketika ditemui di Klang, baru-baru ini.

Menjelas lebih lanjut mengenai sindrom tersebut, Dr. Gunasegaran berkata, berdasarkan kajian, SBS ini biasanya terjadi pada kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah dan ia juga paling kerap dialami oleh bayi yang berusia setahun ke bawah.

Begitupun, sindrom ini juga boleh berlaku kepada kanak-kanak yang berusia lima tahun.

Dikatakan bayi berusia setahun ke bawah lebih mudah mengalami kecederaan di otak apabila mereka digoncang kuat kerana kepala mereka lebih besar dan berat daripada tubuh.

Ini disebabkan kepala bayi hanya disokong oleh otot-otot tengkuk yang tidak kuat untuk menyokong kepalanya selain saluran darah yang masih lembut di dalam otak.

Pada masa yang sama, ujar Dr. Gunasegaran lagi, kebanyakan kes yang berkaitan dengan sindrom tersebut selalunya berlaku kepada bayi lelaki dan pelakunya pula adalah lelaki muda yang berusia awal 20-an.

Turut menyatakan tidak mengetahui mengapa senario tersebut berlaku, beliau turut mendedahkan lazimnya bayi atau mangsa digoncang dengan perasaan marah.

Disebabkan itu juga, kadang kala bayi bukan sahaja mengalami SBS mereka juga berkemungkinan besar akan mengalami patah tulang rusuk.

Caranya, goncangan yang kuat dilakukan dengan mencengkam kuat pada bahagian tulang rusuk mangsa.

Bagaimanapun, kecederaan ringan akan menyebabkan tanda-tanda SBS kurang ketara apatah lagi kebanyakan kes kanak-kanak yang mengalami kecederaan pada otak ini secara fizikalnya tidak memperlihatkan kesan yang berbahaya pada bahagian luar tubuh mereka.

Cuma, kanak-kanak tersebut mungkin muntah, terlalu sensitif, merungut, cerewet, lembap dan tidak lalu makan.

Namun, kecederaan yang serius akan menyebabkan sawan, denyutan jantung yang perlahan, menghadapi masalah pendengaran atau pendarahan dalaman di dalam mata bayi tersebut.

"Untuk pengetahuan semua, mangsa yang mengalami sindrom ini tidak boleh dipastikan 100 peratus kesahihannya kerana ia tidak mempunyai tanda yang khusus.

"Sekiranya ada kes-kes seperti ini, kami hanya mengesyaki dahulu sebelum pemeriksaan selanjutnya dilakukan," katanya lanjut.

Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga dinasihatkan supaya jangan sesekali menggoncang anak-anak kerana ia boleh membahayakan kesihatan anak-anak.

Ini kerana goncangan yang kuat meskipun hanya berlaku sekali boleh menyebabkan kerosakan otak teruk.

Mungkin bayi anda hanya menunjukkan tanda-tanda ringan pada awalnya, tetapi perlu diingat apa juga kecederaan kepala yang dialami oleh kanak-kanak boleh mendatangkan kesan bahaya kepada mereka.

Sebab itu, penting bagi ibu bapa atau penjaga mendapatkan bantuan sekiranya ada sesuatu yang tidak kena pada bayi mereka.

Justeru, bagi membantu mengatasi masalah itu, ibu bapa atau pengasuh perlu mempelajari cara untuk mengurangkan tekanan dan kemarahan.

Namun, bergurau atau bermain dengan anak seperti mengenjut anak menggunakan lutut mahupun menimang dengan lembut termasuk menidurkan anak di dalam buai, tidak akan menyebabkan berlakunya Sindrom Goncang Bayi ini.

Ibrahim berkaki palsu minta bantuan

Posted: 07 Feb 2012 08:00 PM PST


Hasnah Arpin membantu suaminya, Ibrahim Osman, memakai kaki palsu di kediamannya di Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.


MUNGKIN sudah suratan bagi Ibrahim Osman, 61, yang terpaksa menjalani sisa-sisa kehidupannya dengan hanya bergantung kepada sebelah kaki setelah sebelah lagi dipotong akibat kencing manis.

Dia mengakui apa yang terjadi semuanya telah ditakdirkan Tuhan, namun sedikit sebanyak turut menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak pernah menjaga dan mengambil berat mengenai kesihatannya apabila diminta berbuat demikian oleh pihak doktor.

''Saya pasrah. Saya memang menghidap kencing manis dan apabila saya berjumpa doktor, mereka menasihati saya agar menjaga pemakanan dan ubat-ubatan.

''Malangnya waktu itu saya tidak pernah mengendahkan apa yang dinyatakan oleh doktor mengakibatkan penyakit kencing manis yang saya hidapi semakin parah, kaki membusuk dan kemudian terpaksa dipotong untuk mengelakkan risiko jangkitan seterusnya," katanya ditemui di kediamannya di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Rumah pangsa dua bilik itu di tingkat tiga itu dihuni bersama sembilan lagi ahli keluarganya termasuk isteri, Hasnah Aripin, 55, dan anak-anak.

Dia yang merupakan pesara kerja kilang itu telah kehilangan sebelah kakinya sejak tahun 2010 lagi.

Selepas kehilangan kaki, dunia Ibrahim yang selama ini suka menonton bola sepak dan memancing bersama rakan-rakan, kini hanya berkisar di rumah.

''Kalau hendak bergerak saya menggunakan kerusi roda ini dan sekiranya saya perlu ke bawah saya akan menggunakan kaki palsu yang dibeli dengan separuh harga," katanya.

Mengenangkan detik bermulanya dia kehilangan kakinya, Ibrahim memberitahu pada hari itu badannya terasa tidak sihat memandangkan terdapat dua bisul berada di tapak kakinya.

Waktu subuh itu ketika melangkah keluar dari bilik air secara tidak sengaja dia terjauh dan pengsan.

Ibrahim segera dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya dan seterusnya dinasihatkan doktor agar memotong kakinya yang mengalami bisul.

Selain kencing manis, Ibrahim juga menghidap penyakit darah tinggi dan tahap kolesterol yang tinggi.

''Nasib baik saya sempat membeli rumah ini untuk dihuni bersama anak-anak saya hasil duit saraan saya. Di dalam bilik ini bilangan penghuninya adalah seramai 10 orang termasuk saya dan isteri, " katanya.

Dalam pada itu dia yang telah bercucu memberitahu, biarpun semua anak-anaknya telah bekerja namun pendapatan mereka hanya setakat 'melepaskan' diri mereka sahaja.

''Semuanya hanya kerja sambilan dan mempunyai pendapatan yang kecil, kalau ada pun hanya cukup untuk diri mereka sahaja," katanya.

Justeru untuk menambah pendapatan yang dikata, kais pagi makan pagi itu, isterinya, Hasnah terpaksa menjual kuih di sebuah gerai di tepi jalan rumah pangsa berkenaan.

Ibrahim turut membantu isterinya berniaga dan membuat kuih.

Dengan jualan kuih berkenaan, dapatlah mereka sekeluarga menambah apa yang diperlukan.

''Dulu saya bekerja dapatlah menyara sekeluarga, sekarang sudah macam ni duit simpanan pun semakin susut digunakan bagi membeli keperluan perubatan dan menampung perbelanjaan harian," katanya.

Justeru katanya, sekiranya dia dapat menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapatlah meringankan beban diri dan keluarganya.

Katanya, sebelum mengakhir perbualan, Ibrahim memberi nasihat agar semua peringkat umur menjaga kesihatan masing-masing atau mendengar nasihat doktor agar kesihatan mereka sentiasa terjaga.

Ibrahim boleh dihubungi di talian 012-672 1607 sekiranya ingin membantu atau berkongsi pengalaman dengannya.

Dosa memutuskan silaturrahim

Posted: 07 Feb 2012 07:59 PM PST

HIDUP berkeluarga ialah merupakan nikmat Allah SWT kepada manusia. Dengan berkeluarga kita merasai kasih-sayang, kemesraan dan jalinan persaudaraan.

Melalui perasaan inilah maka wujudnya semangat bantu-membantu, tolong-menolong dan budaya menasihati antara satu sama lain.

Watak-watak yang melengkapkan sebuah keluarga seperti ibu, ayah, kakak, abang dan adik mengindahkan bahtera kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Ditambah pula dengan nenek dan datuk serta saudara-mara yang lain seperti sepupu dan sebagainya.

Selain dari keturunan, hubungan kekeluargaan juga boleh dibina melalui persahabatan. Rasulullah SAW dan para sahabat r.a telah menunjukkan contoh terbaik dalam sejarah umat manusia di mana mereka dapat disatukan atas dasar akidah walaupun datang daripada pelbagai kaum dan latarbelakang.

Allah SWT memerintahkan kita untuk menjaga nikmat kekeluargaan ini sebaik mungkin sebagaimana Allah SWT memerintahkan kita menjaga nikmat serta pemberian-Nya yang lain.

Sehingga Allah SWT mendampingkan gesaan untuk bertaqwa kepada Allah di samping memelihara hubungan silaturrahim.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan bertakwalah kepada Allah SWT yang mana dengan menggunakan namanya kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. (an-Nisa': 1)

Bahkan, Allah SWT mendorong supaya kita mendahulukan ahli keluarga terdekat dalam memberikan bantuan dan pertolongan.

Ia ditegaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: …dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi…(al-Baqarah: 177).

Namun begitu, ini bukanlah bermakna kita perlu mendahulukan keluarga dengan mengenepikan orang lain.

Sikap pentingkan keluarga sehingga menzalimi serta mengenepikan hak orang lain adalah kronisme yang dipagari dengan semangat keakuan. Semua itu adalah budaya assabiah warisan daripada golongan jahiliah.

Sebenarnya, seseorang yang berada dalam keadaan kesempitan dan kesusahan perlu mendapat bantuan dan perlindungan daripada kaum kerabat terdekat terlebih dahulu.

Merekalah yang bertanggungjawab memastikan anggota keluarga yang lain terlepas daripada kesusahan hidup.

Demikianlah peri pentingnya hubungan berkeluarga dieratkan dan diikat dengan simpulan yang kukuh.

Justeru, Nabi SAW melarang umatnya mensia-siakan nikmat talian kekeluargaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT ini.

Sebarang usaha untuk memutuskan hubungan tersebut adalah dikutuk serta dijanjikan dengan azab yang dahsyat di akhirat kelak sama ada ia dilakukan oleh individu yang berada dalam keluarga berkenaan atau individu di luar.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa lalu kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dikutuk Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka, juga dibutakan penglihatan mereka. (Muhammad: 22-23)

Dalam sebuah hadis NAbi SAW bersabda yang bermaksud: Tidak akan memasuki syurga orang yang memutuskan silaturrahim (persaudaraan atau sahabat).(riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang yang memutuskan silaturrahim biasanya mempunyai sikap cemburu dan iri hati yang melampau. Dia tidak senang hati melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh orang lain. Lalu dicipta cerita-cerita fitnah yang keji bagi menimbulkan api permusuhan di kalangan mereka yang bersaudara.

Ditambah dengan sikap tanpa usul-periksa yang ada dalam kebanyakan daripada kita terhadap berita yang disampaikan. Kesemua ini adalah faktor yang menyebabkan hancurnya sebuah nilai persaudaraan.

Kehidupan barzakh yang hakiki

Posted: 07 Feb 2012 07:57 PM PST

Kita mulakan ruang kali ini dengan mengucapkan tahniah kepada para pembaca semuanya di atas kedatangan bulan Rabiulawal kali ini. Bulan yang telah menjadi mulia dan dimuliakan dengan dilahirkan makhluk Allah SWT yang paling mulia di bulan itu.

Kita pula telah diangkat menjadi umat yang paling mulia kerana kita dinisbahkan kepada Saidina Muhammad SAW.

Maka wajiblah sebagai tanda mensyukuri nikmat-nikmat yang besar ini kita mengisi bulan ini bahkan bulan-bulan lain malah seluruh kehidupan kita dengan mengingati, mengasihi dan berkhidmat kepada saidina Nabi SAW.

Kita akan menyambung siri perbahasan kitab Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan dengan melihat beberapa persoalan rencam yang menimbulkan kekeliruan sesudah kita selesai menyentuh dua bab besar iaitu berkaitan akidah dan kenabian.

Memurnikan kefahaman

Pada minggu ini kita akan mula membahas tentang hakikat alam Barzakh atau alam kubur. Salah tanggap tentang hal ini menyebabkan sebahagian daripada kita memandang serong terhadap sebahagian yang lain.

Misalnya dalam musim-musim Maulid ini apabila mereka mendegar pujian dan ucapan yang ditujukan kepada baginda SAW mereka akan menganggapnya sebagai sesuatu yang sia-sia dan berbaur kesesatan.

Sedangkan, seperti yang kita akan bahaskan nanti, Nabi SAW walaupun telah wafat dan berpindah ke alam barzakh, dikurniakan keistimewaan boleh mengetahui apa yang berlaku di alam kita. Oleh itu, wajarlah kita memurnikan kefahaman kita tentang alam barzakh.

Kehidupan di alam barzakh adalah kehidupan yang benar lagi hakiki. Kenyataan ini telah ditunjuki oleh ayat-ayat al-Quran yang jelas dan hadis-hadis nabi SAW yang masyhur lagi sahih.

Kehidupan yang hakiki ini tidak bercanggah dengan sifat kematian mereka, seperti yang disebut di dalam kitab Allah yang mulia: Dan Kita tidak menjadikan seseorang manusia sebelum kamu dapat hidup kekal (di dunia ini). (al-Anbiyaa': 34) dan, Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati. (al-Zumar: 30)

Apa yang kita maksudkan kehidupan ini bukanlah suatu khayalan atau gambaran semata-mata seperti yang digambarkan oleh sebahagian golongan ateis (tidak mempercayai kewujudan Tuhan); yang mana akal mereka tidak akan mengaku beriman selagi tidak dibuktikan dengan pandangan lahiriah yang dapat dicapai dengan pancaindera.

Mereka tidak menerima perkara ghaib, yang tidak mampu digambarkan oleh akal manusia yang lemah.

Sesungguhnya meneliti sejenak mengenai apa yang kita katakan dengan kehidupan alam barzakh adalah kehidupan yang hakiki sebenarnya sangat mudah.

Ia tidak meninggalkan sebarang kemusykilan walau sebesar zarah sekalipun hatta kepada orang yang hanya mempunyai kefahaman dan penghayatan yang cetek dalam memahami sesuatu maksud perkataan.

Perkataan hakikiah tidak lain semata-mata untuk menafikan sebarang bentuk kebatilan dan menolak segala keraguan serta mencantas apa jua khayalan yang terlintas di dalam pemikiran akal manusia yang sentiasa diselubungi keraguan mengenai keadaan alam barzakh dan alam akhirat serta alam-alam lain seperti hari kiamat, alam kebangkitan, alam dikumpulkan semula manusia dan alam perhitungan.

Makna perkataan hakikiah ini difahami oleh kebiasaan orang-orang Arab yang mengetahui bahawa kalimah hakiki membawa maksud hakikat; iaitu bertentangan dengan keraguan, khayalan atau segala bentuk igauan.

Maka hakikiah bermaksud sesuatu yang tidak meragukan dan inilah maksud sebenarnya.

Inilah fahaman dan gambaran kita mengenai permasalahan ini. Sesungguhnya banyak hadis dan athar yang saling menyokong antara satu sama lain dalam menthabitkan bahawa orang yang telah mati itu sebenarnya mendengar dan merasai, malahan mereka mengetahui apa yang berlaku di dunia; tidak kira dia itu seorang mukmin atau kafir.

Antara hadis yang menjadi sandaran adalah hadis qalib, hadis ini adalah thabit di dalam Sohihain, (al-Bukhari dan Muslim) dari pelbagai jalan (riwayat); daripada Abi Talhah, Umar dan anaknya, Abdullah r.a: "Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan 24 orang pahlawan Quraisy (yang mati di dalam peperangan Badar) ditanam. Maka mereka mencampak mayat tersebut ke dalam salah sebuah wadi di Badar.

Kemudian Rasulullah SAW menyeru mereka dengan nama mereka, "Wahai Abu Jahal ibn Hisham! Wahai Umaiyah ibn Khalaf! Wahai 'Utbah ibn Rabi'ah! Wahai Syaibah ibn Rabi'ah! Adakah kalian telah mendapati apa yang tuhan kalian janjikan itu benar? (Ketahuilah) Sesungguhnya aku telah mendapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhanku itu benar belaka". Berkata Umar r.a: "Wahai Rasulullah! Apakah yang kamu katakan terhadap jasad-jasad yang tiada roh itu?"

Maka bersabda Nabi SAW: "Demi diriku yang berada dalam Kekuasaan-Nya! Kalian semua tidak lebih mendengar tentang apa yang aku katakan daripada mereka, cuma mereka tidak mampu menjawabnya".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories