RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Sudah ada pilihan hati

Posted: 08 Feb 2012 05:41 PM PST

pix_gal0
Nur Fazura mahu bersara dari lakonan selepas bergelar isteri?

NUR FAZURA Sharifudin mengaku sudah bersedia mendirikan rumah tangga pada bila-bila masa saja dan meminta peminta mendoakan kebahagiannya.

Enggan menyatakan siapakah jejaka yang menambat hatinya tetapi pelakon cantik berusia 28 tahun ini memberi bayangan lelaki itu adalah pilihan terbaik untuk dirinya sambil menegaskan 'biar waktu yang menentukan segala-galanya'.
Bagaimanapun, pelakon kelahiran Pekan, Pahang ini berkata, dia tidak mahu terlalu ghairah untuk bercerita mengenai perkahwinannya.
Kisah mengenai Nur Fazura bercinta dan akan berkahwin dengan orang kenamaan atau bangsawan sudah lama menjadi bualan ramai. Banyak gosip atau andaian tersebar di kalangan media mahupun yang tidak disiarkan oleh mana-mana penerbitan.

Mulut pelakon ini sering terkunci untuk bercakap soal peribadinya. Malahan Nur Fazura sendiri dilihat agak sukar untuk didekati oleh media membuatkan dirinya seperti agak eksklusif.

Apabila membicarakan soal perkahwinannya, dia tidak akan mengetepikan media untuk membantu mengumumkan hari bahagianya.

"Saya tidak lupakan media yang banyak berjasa membantu membina nama dalam bidang ini. Mereka sering menyiarkan dan memaparkan cerita kejayaan saya, mengapa tiba saat untuk berkahwin, saya mahu melupakan mereka.
"Biarlah saat-saat penuh bermakna itu dikongsi bersama rakan media. Saya anggap media adalah rakan baik," kata Fazura ditanya apakah bakal mengadakan sidang media bagi mengumumkan hari bersejarahnya itu.

Mungkinkah detik itu semakin dekat kerana Nur Fazura sejak kebelakangan ini sering membayangkan dia akan bersara selepas bergelar isteri. Malah dia kini semakin cerewet memilih watak dan antara syarat yang dikenakan adalah tidak membabitkan babak sentuhan keterlaluan.

"Apabila menetapkan syarat sebegitu, bukanlah bermakna saya mengada-ngada. Cuma dalam usia sekarang, saya mahu kurangkan babak bersentuhan yang keterlaluan.
Kalaupun babak itu perlu dalam sesebuah cerita, mungkin ia boleh dihasilkan dengan cara paling kreatif. Terpulang kepada kreativiti pengarah itu," katanya sambil memberitahu antara sebab dia tidak dapat berlakon dalam filem Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly adalah kerana berpegang teguh pada pendiriannya itu.

Kelibat Nur Fazura juga kini semakin jarang kelihatan dalam mana-mana majlis hiburan. Sebaliknya, dia yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati dan Qaisy Dan Laila ini hanya akan muncul bertemu wartawan apabila ada produk terbaru untuk dipromosikan.

"Memang ada wartawan mahu membuat sesi fotografi tetapi mereka mahu saya bercerita mengenai perkara kontroversi. Disebabkan itu saya menolak pelawaan mereka. Cukuplah sebelum ini banyak cerita kontroversi mengenai saya dipaparkan," katanya bagi menjelaskan kononnya dia mahu menjadi artis eksklusif.

Kakitangan KFC tendang pelanggan

Posted: 08 Feb 2012 05:40 PM PST


RAKAMAN pergaduhan antara kakitangan KFC dengan seorang pelanggan yang berlaku di sebuah restoran makanan segera di Shah Alam baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan, seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC dalam satu kes pergaduhan baru-baru ini.

Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai.

Rakaman pergaduhan selama 28 minit itu kemudian dimuat turun ke laman perkongsian video, YouTube yang juga disiarkan di beberapa laman blog.

Difahamkan pergaduhan itu berlaku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam ekoran KFC cawangan tersebut didakwa telah kehabisan ayam.

Pelanggan tersebut yang marah telah meminta pihak KFC untuk memohon maaf namun tidak diendahkan sebaliknya kakitangan restoran itu telah menjerit ke arah pelanggan: "Kalau mau makan, buat sendiri lah."

Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya.

Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu.

Tak mahu jual wajah

Posted: 08 Feb 2012 05:32 PM PST

pix_middle

WAJAH peranakan, tubuh lampai bak peragawati, aura Norhafiezzah A. Kadir (Fyza), 27, dan Nurshaieedah A Kadir (Ieedah), 25, memang sukar disangkal.

Barang siapa saja yang memandang pasti mahu merenung lebih dalam, mendekati lalu membongkar kisah menarik dua beradik yang sekali panjang persis pasangan kembar.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Begitulah tercetusnya, fotografi ini apabila penulis yang menghadiri Majlis Kesyukuran dan Gong Xi Fa Cai MIG bertempat di Grand Ballroom Lagoon 2, Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway pada 19 Januari lalu, tertarik untuk mengaturkan temu bual eksklusif dengan mereka.

Berasal dari Pulau Mutiara, Pulau Pinang, kedua-dua gadis jelita kacukan Melayu dan Malbari itu adalah bakat naungan MIG Talent syarikat milik produser terkenal, David Teo sekali gus bakal menjadi bintang baru yang bakal menggegarkan persada lakonan.Bicara si kakak, tidak pernah terlintas langsung di fikirannya untuk menjadi pelakon namun pertemuan dengan penulis skrip MIG Productions Sdn Bhd, Shariman Wahap, membuka peluang itu.


"Saya menemani seorang rakan bertemu dengan abang Shariman. Kawan saya itu Man Rahman. Mulanya hendak jadi penyanyi entah bagaimana ditawarkan pula menjadi pelakon. Sekarang ini drama lakonan Man iaitu Klik sedang disiarkan di saluran Astro Ceria.

"Abang Shariman meyakinkan saya untuk mencuba dan terfikir juga kenapa tidak? Tetapi saya memaklumkan kepadanya yang saya tidak pandai berlakon dan dia kata tidak mengapa, belajar daripada pengalaman. Ternyata ia memang pengalaman baru buat saya," katanya.

Katanya lagi, pada Februari 2011, dia menandatangani perjanjian di bawah pengurusan MIG Talent selama lima tahun dan pemergiannya itu tidak sendirian tetapi bersama adiknya, Ieedah, juga diserap sebagai bintang pengurusan yang sama. Ieedah turut mengenali Shariman pada hari pertama pertemuan mereka.

Fyza graduan jurusan Diploma Rekaan Fesyen dan Tekstil di MIA College, mengorak langkah sulung dengan membintangi filem Senario Ops Pocot, diikuti drama bersiri Hanalulu, Seram Sejuk (filem) dan Nongkrong yang akan menjengah pawagam Mei nanti.

"Saya bermula dengan watak kecil dan pernah muncul untuk satu babak saja tetapi itulah yang menjadi pengalaman berguna. Kemudian barulah saya ditawarkan watak utama menerusi filem Seram Sejuk arahan Azhari Mohd Zain dan Nongkrong (Ismail Bob Hasim )

"Menerusi Seram Sejuk, saya membawakan watak Mawar yang rohnya meracau selepas 100 tahun mati akibat ditikam suami. Dia hidup kembali untuk mendapatkan kalung pusaka. Filem ini membabitkan enam pelakon dan saya adalah salah seorang pelakon utama.

"Manakala Nongkrong pula, saya sekali lagi membawakan watak hantu. Puteri Dua yang jelita bertukar menjadi wanita hodoh disebabkan perjanjian terlarang. Sepanjang membintangi kedua-dua filem itu, syukur saya tidak pernah menerima gangguan walaupun saya disolek menjadi hantu.

"Melainkan, saya pernah terjatuh semasa menaiki kuda sewaktu penggambaran babak perkahwinan Seram Sejuk sehingga menyebabkan kecederaan kecil," katanya.

Turut beraksi dalam filem terbaru arahan Farid Kamil, PE-3 dan X ditangani pengarah baru, Ahmad Rusli Mohamed Khadri, Fyza juga terbabit dalam projek 1 lawan 1 arahan Pierre Andre dan Ajiboy.

Syukur mendapat sokongan padu daripada kedua-dua orang tua yang menitip pesan buat dirinya dan Ieedah menjaga nama baik keluarga, Fyza berkata, keseriusannya dalam bidang lakonan sebagai melunaskan impian arwah bapanya, Abdul Kadir Haji Mohd yang ingin lihat mereka berjaya dalam bidang seni.

"Saya tidak mahu jual wajah tapi ingin dikenali kerana bakat. Arwah ayah semasa hayatnya adalah orang yang paling gembira mengetahui saya dan adik menjadi pelakon. Masa menjalani penggambaran Adiboy di Melaka, sehari sebelum ayah nazak kami berbual dan dia sangat teruja mendengar cerita saya.

"Cuma arwah pesan jaga diri baik-baik dan elakkan sebarang kontroversi yang boleh mencalarkan maruah diri dan keluarga," katanya.

Mengalih perbualan buat Ieedah yang lebih berani dan berkeyakinan berbanding kakak yang agak pemalu tatkala beraksi di hadapan kamera, dia tidak sedikitpun cemburu dengan peluang diperoleh Fyza itu.

"Setakat ini saya baru berlakon dalam Bini Biniku Gangsters dan Seram Sejuk sebagai wartawan. Berbanding kakak, mungkin saya belum banyak memperoleh peluang kerana saya sendiri pun bekerja tetap, jadi sukar untuk saya membahagi diri antara pekerjaan sekarang dengan lakonan.

"Mujurlah saya dapat majikan yang memahami. Mungkin juga saya kurang mendapat tawaran kerana MIG Talent mempunyai ramai artis di bawah mereka, justeru ada masa-masanya watak diberikan kepada mereka yang sesuai.

"Pun begitu saya tidak kisah. Mana tahu suatu hari nanti saya memperoleh watak yang benar-benar dapat menyerlahkan bakat lakonan saya. Malah, tidak pernah terdetik sekelumit perasaan cemburu pun terhadap kakak bahkan saya mendukungnya dari belakang," katanya.

Mengagumi bakat Maya Karin dan Syamsul Yusof, Ieedah bertugas sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat swasta juga memasang angan agar suatu hari dapat menimba ilmu di bawah produksi arahan anak teruna Datuk Yusof Haslam itu.

"Dia bukan saja pengarah muda dan hebat malah memiliki pakej yang menarik. Saya pasti ramai remaja menjadikannya idola," katanya.

Mengenai kekeliruan orang ramai yang sering menganggap dirinya dan Fyza pasangan kembar, Ieedah berkata, tanggapan sedemikian sudah lali didengar sejak mereka kecil lagi. Ini mungkin disebabkan raut wajah serta ketinggian yang mirip.

"Saya memang sangat rapat dengan kakak, kami bukan saja adik-beradik tetapi juga kawan karib. Kawan dia adalah kawan saya tetapi kawan saya bukan kawan dia... hahahaha (ketawa). Sebabnya kakak saya seorang yang pemalu dan lambat sedikit untuk mesra.

"Kami berkongsi banyak persamaan, suka membeli-belah dan meminati gaya fesyen yang sama. Selain itu kami kuat gelak, cuma bezanya saya lebih ramah dan berani mungkin kerana saya bekerja di bahagian perkhidmatan dan jualan yang membuatkan saya sering bertemu orang ramai," kata anak bongsu daripada lima beradik itu.



Trivia Fyza

  • Bahagian wajah atau tubuh paling disukai: Mata
  • Tabiat unik: Suka bawa kucing ke klinik
  • Perkataan yang sering diucapkan: Suka sangat cakap uuuuuuu....
  • Filem kegemaran: Romeo & Juliet
  • Ciri lelaki pilihan: Pandai ambil hati, penyayang, 'family person', suka budak-budak dan haiwan.
  • Perkara yang membuatkan mudah menangis: Perkara yang membuatkan mak menangis, binatang didera atau dimarahi.
  • Artis Pujaan: Angelina Jolie
  • Wang, cinta, kejujuran, kesetiaan, pendirian agama atau si dia yang menghiburkan menjadi kemahuan anda pada sang kekasih (satu jawapan saja): Kesetiaan
  • Jenis bacaan yang anda gemari: Glam, Bazzaar, Vogue dan Marie Claire.
  • Nyatakan siapa anda secara ringkas: Hormat orang tua dan merendah diri.



    Trivia Ieedah

  • Bahagian wajah atau tubuh paling disukai: Senyuman
  • Tabiat yang dianggap unik: Gelak
  • Perkataan yang sering diucapkan: Tiada perkataan yang 'specific'
  • Filem kegemaran: Filem Korean, Full House
  • Ciri lelaki pilihan: 'Simple & steady'
  • Perkara yang membuatkan anda mudah menangis: Filem dan cerita sedih
  • Artis Pujaan: Maya Karin & Syamsul Yusof
  • Wang, cinta, kejujuran, kesetiaan, pendirian agama atau si dia yang menghiburkan menjadi kemahuan anda pada sang kekasih (satu jawapan saja) : Kejujuran
  • Jenis bacaan yang anda gemari: Romantik
  • Nyatakan siapa anda secara ringkas: 'Happy go lucky'.
  • Kemaruk raba sesama lelaki

    Posted: 08 Feb 2012 05:31 PM PST

    TUMPUAN...pengunjung beratur untuk memasuki kelab malam terbabit.
    TUMPUAN...pengunjung beratur untuk memasuki kelab malam terbabit.

    KUALA LUMPUR: Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta.

    Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 200 pemuda bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan.

    Sebelum ini golongan homoseksual sering dikaitkan dengan hubungan cinta sesama jantina hingga melakukan hubungan seks luar tabii, namun tidak banyak diketahui mengenai aktiviti hiburan mereka.

    Berdasarkan maklumat, Harian Metro melakukan tinjauan pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah kelab malam di ibu negara dan mendapati ratusan lelaki berusia 20 tahun menari serta berpelukan ghairah sesama jantina bermula jam 1 hingga 3 pagi.Disebabkan terlalu seronok, mereka mengajak orang yang tidak dikenali menari bersama, malah dalam suasana sesak itu ada di antara mereka 'kemaruk' meraba lelaki lain.

    Hafiz Anjur Majlis Kesyukuran Sempena Kejayaan 'Awan Nano'

    Posted: 08 Feb 2012 05:28 PM PST

    Hafiz (AF7)

    KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Suip berkata penganjuran majlis kesyukuran bersempena kejayaan di Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepadanya.

    Juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu berkata, idea penganjuran itu memang sudah dirancang sejurus kemenangan di AJL26 pada 29 Januari lalu.

    "Saya memang sudah merancang untuk anjurkan majlis kesyukuran ini. Kebetulan pula pihak Astro selaku pengurusan juga bersetuju untuk turut serta.

    "Majlis ini sebagai tanda penghargaan saya kepada semua pihak yang banyak membantu dan menyokong saya selama ini termasuklah komposer, teman-teman industri, peminat dan keluarga," katanya.

    Penyanyi lagu Awan Nano itu ditemui selepas majlis berkenaan di Hotel Hilton, di sini, malam Rabu.

    Selain ahli keluarga dan teman-teman rapat, majlis tersebut turut dihadiri komposer dan penulis lirik Awan Nano Datuk M. Nasir dan Budi Hekayat, komposer Aidit Alfian, penyanyi Herman Tino dan Aril Pilus, guru vokal Shafizawati Shariff dan petugas media.

    Nasir Bilal Khan Boikot Segelintir Pengarah

    Posted: 08 Feb 2012 05:27 PM PST

    Nasir Bilal Khan

    KUALA LUMPUR: Pelakon Nasir Bilal Khan berkata mentaliti segelintir pengarah filem beragama Islam yang obses pada ideologi barat dalam berkarya membuatkan dia berasa tawar hati dan memboikot tawaran lakonan daripada mereka.

    Nasir berkata sebagai karyawan beragama Islam, dia berasa terkilan dengan pandangan beberapa pengarah filem yang terlalu taksub untuk menghasilkan karya yang bertujuan untuk melekakan penonton semata-mata.

    "Tidak perlu saya namakan siapa pengarah-pengarah tersebut. Segelintir mereka yang mempunyai mentaliti kebaratan ini hanya taksub untuk menghasilkan karya hiburan dan melalaikan penonton beragama Islam sahaja.

    "Saya akui pernah bekerja di bawah arahan mereka sebelum ini tetapi kerana pandangan yang bertentangan itu, saya lebih selesa untuk tidak terlibat dengan golongan begini lagi.

    "Beberapa tawaran lakonan daripada mereka saya tolak dengan baik. Saya tidak kisah atau berasa rugi pun apabila memboikot mereka," katanya kepada mStar Online.

    Nasir berkata walaupun masih aktif berlakon dia lebih cenderung kepada projek drama atau filem yang memperjuangkan syiar Islam dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan sahaja.

    "Sejak 10 tahun kebelakangan ini, saya cenderung bergerak atas landasan yang bersesuaian sebagai penggiat seni yang beragama Islam.

    "Ibadah itu luas dan dalam berkarya juga kita boleh beribadah. Sebab itu saya hanya terlibat dengan projek filem atau drama yang meninggalkan kebaikan kepada masyarakat," katanya.

    Menyentuh perkembangan seni, Nasir akan kembali dengan musim terbaru drama popular Tanah Kubur pada setiap Jumaat bermula 24 Februari depan.

    Drama sebanyak 13 episod arahan Rashid Sibir itu akan disiarkan pada pukul 7.30 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106).

    Johan (Raja Lawak) Enggan Disamakan Dengan Din Beramboi

    Posted: 08 Feb 2012 05:26 PM PST

    Johan

    PETALING JAYA: Pengacara dan pelawak, Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 28, menolak tanggapan segelintir pihak bahawa dia bakal menggantikan tempat populariti pelawak tersohor, Allahyarham Din Beramboi.

    Johan berkata, dia enggan lawak yang dilakukannya dikatakan sama dengan Din yang pernah menjadi penyampai radio Era FM.

    Sebaliknya dia ingin mewujudkan fenomena baru di kalangan para peminatnya.

    "Saya tak mahu gantikan sesiapa termasuklah Allahyarham Din Beramboi kerana saya ingin memberikan satu pembaharuan dalam bidang komedi industri tempatan kita dan kalau boleh mahu mewujudkan satu fenomena baru buat masyarakat.

    "Bagaimanapun, tak dinafikan, saya mengambil ilmu daripada pelawak-pelawak senior ini dengan belajar cara mereka memperoleh kejayaan yang besar," tegasnya.

    Jozan

    Tambah Johan, walaupun dia sering dikatakan antara pelawak muda yang hebat, Johan yang juga penyampai tetap di radio Era FM bagi slot Riuh Pagi Di Era bersama Ray dan Haniff berkata, sehingga kini di sukar menilai dirinya dalam setiap persembahan yang dilakukan.

    Namun dia percaya nilaian atau kritikan daripada pemerhatian penonton adalah yang terbaik.

    Dalam pada itu, dia sedar, membuat orang ketawa bukannya mudah lebih-lebih lagi jika pengikut setianya sudah tahu idea lawaknya sebelum ini, justeru itu ilham baru sangat diperlukan agar penonton tidak bosan dengannya.

    "Saya seorang yang sukakan pembaharuan dan percaya penonton juga begitu. Jadi saya perlu mempelbagaikan lawak mengikut isu-isu semasa selain kehidupan masyarakat Malaysia yang terkini.

    "Oleh itu, saya akan belajar apa sahaja untuk mengasah bakat termasuklah baru-baru ini saya dan Zizan telah ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengetahui penggunaan bahasa yang sesuai apabila berdepan dengan penonton kanak-kanak selain mengasah bahasa Malaysia saya," ujarnya.

    Johan bergandingan dengan Zizan (Jozan) kini sedang sibuk dengan persembahan 'stand-up comedy' Lawak Ke Der yang telah pun memulakan pementasannya pada 3 Februari lalu.

    Pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim pertama ini juga akan tampil dengan dua buah filem yang masih menunggu slot tayangan iaitu Berani Punya Budak dan Papadom 2.

    Kegagalan bukan satu titik hitam

    Posted: 08 Feb 2012 05:23 PM PST

    RESDUNG... peserta merasai sendiri pengalaman menggunakan mesin resdung.
    RESDUNG... peserta merasai sendiri pengalaman menggunakan mesin resdung.

    "DULU saya selalu mengeluh, sebab tak ada duit. Tambah pula terpaksa menyara dua anak yang masih kecil tanpa bantuan suami. Saya tahu bagaimana susah�nya menjadi ibu tunggal kerana semuanya harus dilakukan sendiri.

    "Menangis sebab tiada makanan dan tidak mampu membeli pakaian. Sekarang saya mahu membantu ibu tunggal supaya mereka berjaya dalam kehidupan.

    • Foto

      ASYIK... salah seorang peserta asyik memakai bedak asas pada wajah.

    • Foto

      BEGINI... Sam menunjukkan teknik yang betul memakai celak.

    • Foto

      MASKARA... penggunaan maskara mampu menambah kecantikan wajah.

    "Saya mahu berkongsi pe�ngalaman dengan mereka supaya tidak menjadikan kegagalan sebagai titik hitam. Apa yang penting, berusaha menambah keyakinan diri dan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh," demikian kata perunding Rias Kosmetik, Radiah Tok Kecil, pada bengkel penjagaan wajah dan solekan bersama 20 ibu tunggal Anggerik Murni yang dianjurkannya di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

    Menurut Radiah, ibu tunggal tidak harus berputus asa dan menyesali nasib mereka. Bayangkan jika usia masih muda namun tidak mahu mempertingkatkan ekonomi diri, pasti diri sendiri akan rugi. Sesiapa juga boleh berjaya asalkan bersungguh-sungguh melakukannya.Bermula dengan menjadi tukang urut bermodalkan RM5 untuk minyak urut, kemahiran yang dimilikinya ini ditambah kepada memasak, menggubah bunga, jahitan dan kini dia memilih bidang kecantikan sebagai mata pencarian.


    "Saya memilih kecantikan kerana sejak remaja saya memang suka bersolek dan berdandan cantik. Sedikit demi sedikit saya belajar mengendalikan perniagaan daripada orang Cina. Saya lihat mereka sangat komited dan saling membantu antara satu sama lain," katanya yang berpe�ngalaman menjadi perunding Rias Kosmetik selama 22 tahun.

    Sepanjang menceburi bidang ini, dia sudah melatih ramai wanita menjadi ahli perniagaan. Apa yang penting ialah memiliki produk yang bagus, berpenampilan menawan terutama wajah yang ceria serta bijak berkomunikasi dengan pelanggan.

    Oleh sebab itu, Radiah berusaha mengadakan bengkel secara percuma bagi memberi pendedahan kepada ibu tunggal bagaimana membina keyakinan diri menerusi kecantikan. Program yang diadakannya buat kali kelima ini turut mendapat kerjasama daripada Sam Beauty Shop dan produk kesihatan, X-liq.

    Untuk mendapatkan wajah menawan, menurutnya, ia harus bermula dari dalam. Ini kerana wajah berminyak dan berjerawat akan menyebabkan solekan kurang sempurna.

    Bengkel yang diadakan selama tiga jam ini mendedahkan wanita mengenai cara mengatasi masalah kulit yang berpunca daripada resdung. Semua peserta diberikan sebuah mesin resdung mudah alih bersama produk resdung bagi membolehkan mereka merasai sendiri pengalaman menggunakannya.

    Menurut Radiah, wajah yang berseri dan menawan juga akan terhasil apabila kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat. Kebanyakan masalah kulit berpunca daripada resdung yang perlu dipulihkan. Jika dulu kebanyakan salun menggunakan kain putih dan asap tetapi kini teknologi moden menggunakan wap membantu untuk mengeluarkan semua kotoran, menjadikan kulit lebih cerah dan berseri tanpa sebarang cela.

    "Kaedah menggunakan mesin ini lebih bersih, selamat dan terbukti berkesan. Mereka boleh menggunakannya setiap hari malah boleh dijadikan perniagaan
    di rumah bagi mereka yang berminat membelinya," katanya.

    Radiah yang menjadi pengguna Rias Kosmetik sejak remaja memberitahu, kulit harus menjalani rutin penjagaan harian iaitu membersih, menyegar dan melembap bagi mendapat�kan kesan menawan apabila mengenakan solekan.

    "Rutin penjagaan ini harus dilakukan secara berkala. Namun kebanyakan wanita mengambil mudah asas penjagaan wajah. Inilah yang saya mahu tekankan kepada semua wanita supaya menjaga penampilan diri. Apabila wajah menawan sudah pasti memberi keyakinan diri untuk menjual produk," katanya.

    Bagi pemilik Sam Beuty Shop yang hanya mahu dikenali sebagai Sam, mengakui peluang menjadi tenaga pengajar kelas solekan memberi pengalaman berharga kepadanya. Ini kerana dia dapat berkongsi panduan dengan semua ibu tunggal mengenai cara solekan yang betul.

    Sesi yang diadakan sebelah pagi dan petang ini mendedahkan mengenai penggunaan bedak asas sesuai meng�ikut jenis kulit serta teknik mengaplikasi pada wajah.

    "Kebanyakan peserta masih muda dan mereka memang suka bersolek namun tidak mempunyai asas solekan yang betul. Bengkel ini mampu membuka minda mereka untuk lebih memahami jenis kulit masing-masing. Mereka begitu bersungguh-sungguh belajar sehinggakan ada yang mampu menyolek rakan sendiri ketika menghadiri majlis makan malam anjuran syarikat tempat bekerja," jelasnya.

    Walaupun bengkel ini nampak mudah, kesan kepada peserta sangat besar. Ini kerana kebanyakan ibu tunggal tidak mempunyai keyakinan diri. Mereka mudah berputus asa kerana berasa kekurangan selepas dicerai suami. Ada pula yang tertekan sehingga tidak mampu menguruskan diri sendiri dan anak-anak. Ini tentunya memberi kesan emosi kepada mereka.

    "Dengan adanya bengkel kecantikan dan solekan ini, ia diharap mampu mengembalikan semangat serta keyakinan diri mereka untuk melihat dunia daripada kaca mata yang lebih luas. Mungkin selepas menyertainya, fikiran mereka sedikit terbuka untuk menceburi bidang perniagaan, meluaskan pergaulan serta memperbaiki komunikasi," kata Sam.

    Siti Sanijah Musa, 31, yang gemar ketawa sepanjang bengkel berlangsung, ternyata menyembunyikan kesedihannya menerusi perwatakan cerianya apabila perkahwinan yang terjalin hanya mampu bertahan setahun lebih saja.

    "Memang susah apabila bercerai dengan suami. Namun hidup terpaksa diteruskan dan saya terpaksa mencari rezeki untuk menyara keluarga. Apabila diberitahu mengenai bengkel kecantikan ini, saya teruja menyertainya.

    "Tambah pula apabila Radiah menjelaskan mengenai bidang perniagaan yang boleh disertai secara kecil-kecilan," katanya yang berasal dari Teluk Intan, Perak.

    Sanijah yang bekerja di Shah Alam mengakui dia berminat menyertai bidang kecantikan apabila melihat kesungguhan Radiah menguruskan produk Rias Kosmetik. Walaupun bergelar ibu tunggal, Radiah membuktikan dia mampu membina perniagaan sendiri malah membantu ibu tunggal yang lain tanpa mengenakan bayaran.

    Siti Norwati Yasin, 33, bergelar ibu tunggal pada usia muda benar-benar memberi tekanan kepada dirinya apatah lagi dia terpaksa menyara anak yang kini berusia tiga tahun.

    "Siapa yang tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan suami pada usia 29 tahun. Memang sukar untuk saya menghadapinya. Malu, hilang keyakinan diri dan tidak mampu berhadapan dengan masyarakat. Tambah pula saya terpaksa menyara anak yang kini berusia tiga tahun," kata�nya yang terpaksa bekerja lebih masa bagi mencari pendapatan tambahan.

    Bagi mengurangkan rasa tertekan, dia memperluaskan pergaulan dengan ibu tunggal lain. Bengkel kecantikan ini sangat bagus kerana selain menambah kemahiran dia dapat bertukar-tukar fikiran dan saling memberi semangat antara satu sama lain.

    "Dulu saya langsung tidak tahu teknik menjaga wajah dan bersolek dengan betul. Selepas mengikuti bengkel ini saya semakin mahir dan boleh menyolek wajah sendiri. Memang saya berminat untuk membuka perniagaan secara kecil-kecilan suatu hari nanti," katanya.

    Peserta bengkel Normala Shamsuddin, 46, yang membeli mesin dan produk
    rawatan resdung berasa bersyukur kerana dengan menyertai bengkel ini, dia semakin terbuka untuk menambah pendapatan menerusi kemahiran yang lain.

    Walaupun tidak pernah terfikir mengikut kelas solekan dan kecantikan kerana berpuas hati dengan pendapatan sebagai tukang urut namun selepas mendapat nasihat daripada Radiah, dia semakin teruja.

    "Jika diikutkan pendapatan saya tidak menentu dan hanya mengharapkan hasil mengurut saja. Tetapi kini fikiran saya lebih terbuka untuk memperluaskan kemahiran dan menambah pendapatan dalam bidang kecantikan. Saya berbangga melihat kesungguhan Radiah membuka perniagaan dan membantu ibu tunggal yang lain," katanya yang turut menyediakan rawatan resdung di rumah.

    ND Lala Tidak Sekat Shila Untuk Bercinta

    Posted: 08 Feb 2012 05:22 PM PST

    ND Lala

    KUALA LUMPUR: Penyanyi ND Lala tidak pernah menyekat anaknya yang juga penyanyi Shila Amzah berkawan dengan mana-mana lelaki selagi ia mengikut landasan yang betul.

    ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 50, berkata sebagai bapa, dia memberikan kebebasan dan ruang kepada Shila untuk menjalani proses normal yang dilalui oleh golongan muda-mudi.

    "Fasa berkawan dan bercinta adalah perjalanan kehidupan biasa yang pasti dilalui oleh golongan muda-mudi.

    "Selagi Shila mengikut landasan yang betul dan mengikut batas agama dan budaya, saya tiada halangan untuk dia berkawan dengan mana-mana lelaki," katanya kepada mStar Online.

    Ketika ditanya berhubung kemesraan Shila dan pelakon Sharnaaz Ahmad yang dikatakan sering mencanangkan hubungan mereka di laman sosial Twitter, penyanyi lagu Diari YB itu berkata dia tidak boleh menghalang persepsi dan pandangan orang ramai mengenai senario itu.

    ND Lala dan anaknya, Shila.

    "Persepsi dan penilaian setiap orang tentang sesuatu perkara adalah hak mereka yang melihat.

    "Orang boleh berkata apa sahaja tetapi sebagai bapa saya lebih mengetahui gerak-geri anak saya. Sama ada saya atau ibunya sentiasa ada di sisi Shila pada setiap masa.

    "Setakat ini, tiada apa yang keterlaluan atau perkara pelik yang berlaku walau dengan sesiapa pun dia berkawan," katanya.

    Sempat ditanya mengenai reaksinya mengenai hubungan Shila dan pelakon muda itu, ND Lala berkata:

    "Sebagai manusia biasa, saya tidak boleh meramalkan apa yang akan berlaku pada hari esok dan tidak tahu ke peringkat mana hubungan mereka akan pergi.

    "Saya tidak keberatan jika dia berkawan dengan sesiapa pun kerana ia adalah proses yang normal.

    "Namun, keutamaannya kini adalah pada kerjaya dan keluarga terlebih dahulu kerana dia masih muda."

    Pembunuh orang utan didakwa

    Posted: 08 Feb 2012 05:21 PM PST

    TERTUDUH (dari kanan) Phuah, Widiantoro, Imam Muhtarom dan Mujianto di Mahkamah Daerah Tenggarong, Kalimantan Timur, semalam.
    TERTUDUH (dari kanan) Phuah, Widiantoro, Imam Muhtarom dan Mujianto di Mahkamah Daerah Tenggarong, Kalimantan Timur, semalam.

    SAMARINDA (Kalimantan Timur): Empat lelaki dibicarakan di mahkamah semalam atas tuduhan membunuh orang utan dan pelbagai primat terancam di sebuah ladang kelapa sawit di Borneo.

    Pendakwa berkata, pengurus ladang warga Malaysia itu, Phuah Chuan Hun, dan pekerjanya, Widiantoro, mengupah dua lelaki lain membunuh primat berkenaan.


    Mereka dan pembunuh primat itu - dikenali sebagai Imam Muhtarom dan Mujianto - berdepan hukuman penjara lima tahun jika disabitkan kesalahan.

    • Foto

      BANGKAI orang utan dan primat lain digantung untuk dijadikan bukti pembunuhan.

    • Foto

      PEKERJA ladang melihat orang utan ditangkap di kawasan ladang kelapa sawit.

    AFP melaporkan, pendakwa, Suroto, memberitahu Mahkamah Daerah Tenggarong, Imam dan Mujianto diupah RM338 bagi setiap orang utan berjaya dibunuh, selain kira-kira RM68 untuk primat lain.


    Katanya, Imam dan Mujianto menggunakan senapang angin kaliber 4.5 milimeter untuk menembak orang utan di atas pokok sebelum enam anjing pemburu mengejar haiwan itu.


    "Tertuduh kemudian memukul orang utan berkenaan dengan batu atau kayu sebelum membungkus bangkai haiwan itu untuk diambil gambar sebagai bukti," katanya.Semua empat tertuduh ditahan November lalu apabila gambar mereka membunuh haiwan liar - termasuk monyet berhidung panjang yang hanya ada di Borneo - beredar di kalangan penduduk kampung.


    Mereka didakwa membunuh seekor anak dan dua ekor orang utan dewasa.

    Bagaimanapun, polis percaya sekurang-kurangnya 20 ekor primat dibunuh berdasarkan resit dikeluarkan syarikat perladangan itu menunjukkan nilai hampir RM8,459.


    Ketika ini, pakar percaya hanya ada antara 50,000 hingga 60,000 orang utan hidup dalam hutan dan 80 peratus daripadanya ada di Indonesia, manakala selebihnya di Malaysia.


    Aktiviti pemburuan haram dan kemusnahan hutan akibat pembukaan ladang menyumbang kepada kepupusan haiwan itu.

    Ary Malik Kembali Berlakon Selepas Lima Tahun Menyepi

    Posted: 08 Feb 2012 05:21 PM PST

    Ary Malik

    PETALING JAYA: Pelakon Ary Malik, 41, kembali bergiat aktif dalam bidang lakonan selepas hampir lima tahun menyepi di persada seni tanah air.

    Ary berkata, dia amat merindui suasana penggambaran lebih-lebih lagi sejak dia memberi fokus pada bidang perniagaan penerbitan program televisyen di bawah syarikat suaminya, Shahrul Bromo, di Singapura.

    "Saya telah membuat keputusan untuk kembali ke tanah air selepas merasakan jiwa seperti kosong, mungkin kerana tinggal di negara orang, tak serupa seperti di negara sendiri.

    "Sepanjang lima tahun berada di Singapura, saya dan suami menjalankan perniagaan menerbitkan pelbagai program televisyen di sana.

    "Jujur saya katakan, waktu itu saya amat merindui untuk berlakon di samping rakan-rakan seperjuangan yang lain," katanya.

    Selain kembali aktif di dunia seni lakonan, Ary juga sedang merancang untuk membuka sebuah perniagaan restoran memandangkan pelakon ini meminati bidang masakan.

    Menjadi finalis 'MasterChef Malaysia' sehingga minggu ketujuh juga telah memberikan semangat untuknya meneruskan impian melakukan sesuatu di bidang masakan yang selama ini ia hanya dikongsi dengan keluarga dan teman-teman rapatnya sahaja.

    "Selain impian mahu membuka sebuah restoran, saya juga ingin mempelajari selok-belok menerbitkan buku masakan, semua itu masih lagi dalam proses.

    "Menyertai 'MasterChef' memberikan saya ilmu yang tak mungkin boleh didapati di luar sana.

    "Dan menjadi finalis program itu sahaja menjadi pemangkin semangat saya untuk teruskan impian melakukan sesuatu di bidang masakan. Maklumlah, dulu saya hanya masak untuk keluarga dan teman-teman rapat dan sekarang ini, saya akan berkongsi masakan saya itu kepada semua," ujarnya

    Dalam pada itu, sebagai seorang personaliti televisyen juga, menghasilkan rancangan memasak sendiri juga merupakan sebahagian daripada impian Ary.

    Konsert The Cranberries Stadium Negara 4 April Depan

    Posted: 08 Feb 2012 05:20 PM PST

    The Cranberries

    PETALING JAYA: Selepas enam tahun menyepi daripada pentas muzik global, kumpulan rock dari Ireland The Cranberries bakal mengadakan konsert sulung yang dikenali The Cranberries Live In Malaysia 2012 pada 4 April depan di Stadium Negara.

    Kunjungan kumpulan yang dianggotai Dolores O'Riordan (vokalis), Noel Hogan (pemain gitar), Mike Hogan (pemain bass) dan Fergal Lawler (pemain dram) ini adalah bersempena sisi jelajah album keenam iaitu Roses yang bakal dipasarkan pada hujung bulan ini.

    Tiket-tiket berharga RM110 dan RM170 untuk tempat duduk bebas, RM220 (Rock Zone), RM230 (tempat bernombor), RM280 (VIP) dan RM300 (The Pit) boleh dibeli menerusi www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian 03-92228811.

    Bersempena Hari Kekasih pada 14 Februari, satu promosi khas untuk pembeli tiket awal akan berlangsung mulai 13 Februari hingga 19 Februari ini.

    Potongan sebanyak 15 peratus akan diberikan kepada pelanggan yang membeli tiket secara eksklusif melalui tempahan Internet atau telefon.

    Mereka pernah menghasilkan lim album studio iaitu Everybody Else Is Doing It, So Why Can't We? (1993), No Need to Argue (1994), To the Faithful Departed (1996), Bury the Hatchet (1999) dan Wake Up and Smell the Coffee (2001) sebelum berehat panjang selama enam tahun.

    Selepas beberapa tahun sibuk dengan urusan peribadi dan membesarkan keluarga, kumpulan yang terkenal dengan lagu Zombie ini bersedia untuk kembali menghiburkan peminat.

    Fasa terbaru karier The Cranberries kembali memuncak melihat sambutan menggalakkan yang diterima terhadap konsert "reunion" yang diadakan pada 2010.

    Dengan jualan album melebihi 30 juta unit di seluruh dunia, menduduki carta Top 20 Billboard, The Cranberries menjadi satu fenomena dalam dunia muzik antarabangsa pada sekitar era 1990-an.

    The Cranberries Live In Malaysia 2012 dibawakan oleh The WonderLand Artistry dan Sevent Media.

    Foto Separuh Bogel Lindsay Lohan Kembali Tersebar

    Posted: 08 Feb 2012 05:16 PM PST

    Lindsay Lohan

    SEJAK menandatangani kontrak menjadi model majalah Playboy, imej seksi Lindsay Lohan semakin diperkatakan dan terbaru, foto-foto seksi yang diambil oleh jurugambar Terry Richardson untuk majalah Playboy kembali tersebar luas di Internet.

    Terbaru, foto yang berinspirasi Marilyn Monroe itu menunjukkan Lindsay memakai pakaian 'mini' dengan menunjukkan sebahagian asetnya.

    Dalam foto tersebut, Lindsay sengaja menunjukkan payudara di sebelah kanannya dengan gaya memegang puntung rokok sambil beraksi nakal dengan seorang model lelaki di sampingnya.

    "Lindsay Lohan sebagai aku... Aku sebagai Lindsay Lohan," demikian yang ditulis oleh Richardson di bawah foto tersebut.

    Richardson masih lagi belum menjelaskan bagaimana foto yang telah diambil di Chateau Marmont, West Hollywood, Callifornia itu terlepas ke tangan individu yang tidak bertanggungjawab itu.

    Sebelum ini, Lindsay kerap bekerjasama dengan Richardson dalam pengambilan gambar potret. Bukan sahaja Lindsay, malah Lady gaga turut mendapatkan perkhidmatan kreativitinya itu.

    Begitu juga dengan James Franco, foto bogelnya pernah diambil oleh juru foto berkenaan.

    Lelaki disangka mati muncul semula

    Posted: 08 Feb 2012 05:15 PM PST


    ADI SAIFUL (kanan) menunjukkan pasport membuktikan bahawa dia ke Singapura kepada Azizah di Kampung Bukit Sawa, Marang semalam.


    MARANG - Misteri kehilangan seorang lelaki selepas menonton perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dan Terengganu pada 11 Jun tahun lalu akhirnya terjawab.

    Pada Ahad lalu, lelaki terbabit, Adi Saiful Che Kor, 27, pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Sawa di sini selepas lapan bulan menghilangkan diri kerana bekerja di Singapura.

    Kemunculan semula lelaki itu melegakan seluruh ahli keluarganya selepas mereka dimaklumkan oleh beberapa bomoh bahawa Adi Saiful kononnya sudah meninggal dunia.

    Mengimbau semula apa yang berlaku, Adi Saiful berkata, ketika itu dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuantan.

    "Selepas tengok bola di Bukit Jalil (Stadium Nasional), saya balik semula ke Kuantan. Saya kemudian dapat kerja di Singapura melalui seorang ejen.

    "Sebelum bertolak ke Johor Bahru menaiki bas kira-kira seminggu kemudian, telefon bimbit saya hilang dan saya bercadang menghubungi keluarga setelah bekerja di sana," katanya di sini semalam.

    Sepanjang berada di Singapura, dia bekerja di sebuah kedai dobi dengan gaji bulanan sebanyak S$1,200 (RM2,800), namun dia tidak dibenarkan meninggalkan negara itu dalam tempoh enam bulan pertama.

    Dividen, bonus LTAT 15 peratus

    Posted: 08 Feb 2012 05:07 PM PST

    KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan bayaran dividen dan bonus 15 peratus bagi tahun kewangan 2011 kepada pencarumnya, berbanding 14 peratus tahun lalu.

    Jumlah itu merangkumi dividen biasa tujuh peratus, bonus satu peratus dan bonus khas tujuh peratus dalam bentuk unit amanah saham secara percuma kepada pencarum yang aktif.
    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pembayaran bagi dividen dan bonus itu berjumlah RM680.4 juta, naik 10.4 peratus berbanding RM616.3 juta pada tahun lalu.
    Beliau berkata, LTAT berjaya mencatatkan jumlah pendapatan RM862.7 juta, tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 14.8 peratus berbanding RM751.5 juta pada 2010, sekali gus rekod tertinggi sejak LTAT ditubuhkan 39 tahun lalu.

    "Saya amat berpuas hati dengan pencapaian LTAT pada 2011 dan ini membuktikan LTAT berjaya menguruskan dana dan mengekalkan prestasinya yang cemerlang dalam senario ketidaktentuan ekonomi global berikutan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat.

    "LTAT akan terus menyemak semula strategi, tahap risiko dan membuat pemantauan yang rapi terhadap portfolio pelaburannya, selain terus mengenal pasti peluang pelaburan baru di pasaran," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

    Ahmad Zahid berkata, LTAT berjaya memenuhi sebahagian besar tuntutan pencarum dari segi pemberian faedah dan kemudahan, termasuk bayaran balik wang caruman sebanyak RM705.7 juta kepada 6,115 pencarum yang tamat perkhidmatan dan RM23.3 juta kepada 4,034 pencarum yang layak membeli rumah kediaman pertama atau sebidang tanah di bawah Skim Pengeluaran Perumahan LTAT.
    "Selain itu, LTAT dan kumpulan syarikatnya membelanjakan sebanyak RM42.7 juta bagi membiayai pelbagai program biasiswa dan bantuan lain untuk anak anggota yang layak serta membuat bayaran sejumlah RM6.5 juta kepada 267 pencarum di bawah Skim Khairat Kematian dan Hilang Upaya.

    "Daripada jumlah ini, RM4.6 juta dibayar kepada 192 waris pencarum yang meninggal dunia di bawah Skim Faedah Khairat Kematian dan RM1.9 juta lagi dibayar kepada 75 anggota di bawah Skim Faedah Hilang Upaya," katanya.

    FAM dedah nama pemain, jurulatih terlibat rasuah

    Posted: 08 Feb 2012 05:06 PM PST

    FAM bertindak menggantung Yusarman daripada sebarang aktiviti bola sepak seumur hidup.


    KUALA LUMPUR - Segala teka-teki mengenai hukuman yang bakal dikenakan ke atas seorang ketua jurulatih dan 11 pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan 2011 yang didakwa terlibat dalam gejala rasuah akhirnya terjawab semalam.

    Semua individu terbabit dilarang daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak tempatan antara setahun dan lima tahun kerana terlibat dalam skandal rasuah.

    Penggantungan tersebut berkuat kuasa sejak 30 November tahun lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, siasatan yang dilakukan Jawatankuasa Tatatertib badan induk sukan bola sepak negara itu ke atas pegawai dan para pemain terbabit mendapati terdapat unsur-unsur rasuah dan gejala mengatur perlawanan melibatkan pasukan berkenaan.

    Kenyataan itu turut menyebut pemain dan pegawai Piala Presiden pasukan SDM Pulau Pinang, Johor MP Muar dan Terengganu T-Team 2010 turut digantung sementara sehingga mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang akan datang.

    Twilight lonjak populariti Kristen Stewart

    Posted: 08 Feb 2012 05:05 PM PST

    Kristen Stewart

    Karier pelakon cantik, Kristen Stewart dilihat berjalan lancar, apabila namanya mula berada di kemuncak menerusi lakonan sebagai Isabella Swan atau Bella Swan dalam filem puntianak romantik, Twilight pada penghujung tahun 2008.

    Tuah wajah polosnya di samping bakat lakonan semula jadi dimiliki ternyata membuahkan hasil, tatkala ditawarkan sebagai watak utama dalam filem adaptasi novel terkenal, Twilight hasil tulisan Stephenie Meyer.

    Kejayaan filem tersebut melonjakkan nama pelakon berusia 22 tahun ini, dengan watak utamanya diteruskan sehingga siri keempat filem itu, Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1 yang ditayangkan tahun lalu.

    Bergandingan bersama kekasih hati, Robert Pattinson, yang memegang watak utama sebagai Edward Cullen di dalam filem tersebut, berjaya meletakkan mereka sebagai pasangan ideal dalam filem.

    Di sebalik populariti ditempa melalui filem Twilight, namun tidak ramai yang tahu pelakon muda ini sebenarnya sudah mula berkecimpung dalam dunia lakonan seawal tahun 1999 dalam filem, The Thirteenth Year.

    Usia masih mentah iaitu sekitar umur sembilan tahun pada ketika itu membuatkannya menerima watak tempelan untuk filem pertama lakonannya.

    Biarpun begitu, pemilik nama sebenar Kristen Jaymes Stewart ini tidak berputus asa dalam mencari tapak bagi mengembangkan lagi kariernya dalam industri perfileman.

    Berbekalkan bakat lakonan semula jadi, Kristen tidak mengambil masa terlalu lama untuk ditawarkan watak penting dalam filem.

    Buktinya, pelakon remaja ini ditawarkan berlakon di samping selebriti terkenal, Jodie Foster dalam filem Panic Room, dengan memegang watak sebagai penghidap kencing manis.

    Menerusi filem tersebut, Kristen yang ketika itu berusia 12 tahun menerima respons positif atas lakonannya sehingga dicalonkan dalam kategori, Best performance in a feature film- Leading Young Actress, bagi Anugerah Artis Muda.

    Tidak terhenti setakat itu, Kristen dicalonkan untuk kategori sama menerusi tiga lagi filem iaitu Cold Creek Maner (2003), Undertow (2004) dan Into The Wild (2007).

    Pencetus kepada kejayaannya adalah filem lakonan hangatnya, Twilight dengan meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah MTV Movie pada tahun 2008.


    Minat menulis

    Tidak menjangka akan bergelar pelakon, gadis berasal dari Los Angeles ini sebenarnya meminati bidang penulisan.

    Kristen pernah melahirkan hasrat untuk menyambung pelajaran di Sydney University, Australia dengan mengambil jurusan kesusasteraan.

    "Sekiranya diberi peluang, saya ingin menyambung pelajaran. Saya berminat untuk mempelajari bidang kesusasteraan kerana saya ingin menjadi penulis.

    "Saya bukanlah tidak menyukai kerja yang saya lakukan sekarang ini, cuma saya ingin melengkapkan diri dengan ilmu," katanya.

    Mewarisi bakat daripada kedua ibu bapanya yang bekerja sebagai belakang tabir, Kristen tidak pernah menyangka kariernya akan berkembang kini.

    "Saya tidak pernah mengimpikan untuk menjadi seorang dikenali. Saya juga tidak terfikir untuk berlakon, namun saya sering berlatih menandatangani autograf kerana saya sukakan pen. Boleh dikatakan sejak kecil lagi saya suka menulis nama saya di setiap barang," katanya.

    Mengulas mengenai popularitinya yang semakin meningkat, Kristen tidak pernah sekalipun mendabik dada dengan kejayaan tersebut.

    Beliau juga tersenarai antara pelakon wanita yang mendapat bayaran tertinggi di Hollywood pada tahun 2010 menurut sumber Vanity Fair.

    Kristen dilaporkan menerima kira-kira AS$28.5 juta (RM85.46 juta) untuk kesemua filem dilakonkan sepanjang tahun 2010.

    Selain itu, filem terbarunya The Twilight Saga: Breaking Dawn- Part 1 yang ditayangkan pada November tahun lalu juga menerima kutipan box office, AS$283.5 juta (RM850.08 juta) pada minggu pertama tayangan.


    Pasangan romantik

    Terbawa ke luar set penggambaran, Kristen bersama pasangannya, Robert atau Robs mengaku menjalin hubungan cinta pada penghujung 2011.

    Pada awalnya, mereka cuba menyembunyikan hubungan, namun mereka akhirnya berterus-terang apabila sering dilihat bersama.

    Pun begitu, pasangan ini dilihat cukup sepadan antara satu sama lain dan juga pernah menerima gelaran Couple of The Year pada Brazilian Kids' Choice Award menerusi filem The Twilight Saga: Eclipse tahun 2010.

    Kristen juga khabarnya begitu menyayangi Robs dengan menghadiahkan jejaka itu dua buah gitar vintage berharga AS$12,000 (RM46,000) semasa Krismas tahun lalu.

    Aktres tersebut dilaporkan sanggup mencari dua instrumen itu; 1959 Fender Jazzmaster dan 1947 K&F Lap Steel di Norman's Rare Guitars di Los Angeles bagi memberikan hadiah Krismas terbaik kepada kekasih hatinya.

    Ternyata, pemberian hadiah tersebut menggembirakan hati Robs yang begitu meminati bidang muzik dan berhasrat mengeluarkan album dalam tahun ini.

    Mampukah tandingi kehebatan Ogy, Jamal?

    Posted: 08 Feb 2012 05:03 PM PST

    Azura

    Pada 28 tahun lalu, filem Azura menjadi satu fenomena, apabila filem cinta itu berjaya menarik perhatian ramai sehingga diingati sehingga ke hari ini.

    Azura bukan hanya terkenal kerana jalan cerita dan lakonan dua bintang terkenal, Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud (Ogy), malah himpunan lagu menarik di dalamnya turut menghangatkan filem berkenaan.

    Filem terbitan dan arahan Deddy M Borhan itu juga muncul sebagai filem Melayu pertama berjaya mencatat kutipan pecah panggung, apabila mula ditayangkan sekitar Disember 1984.

    Dek populariti dan kekuatan pada filem terbabit, pengarah Aziz M Osman, mengambil keputusan menghasilkan semula filem Azura menerusi garapannya tersendiri tanpa lari dari cerita asal.

    Mengetengahkan bintang sedang meningkat naik, Neelofa dan Shahrizal Jaszle sebagai Azura dan Zack versi baru, sentuhan Aziz menerusi Azura 2012 sangat berbeza berbanding filem arahan Deddy M Borhan itu.

    Tanggal 2 Februari lalu, Azura 2012, ditayangkan di pawagam seluruh negara dan mendapat reaksi pelbagai di kalangan pencinta filem. Mampukah gandingan Neelofa dan Shahrizal mengulangi sejarah kehebatan Jamal dan Ogy?


    Garapan berbeza - Aziz M. Osman

    Mengarahkan filem yang pernah mencetuskan fenomena ternyata bukan tugas yang mudah. Dibandingkan dengan filem asal ialah perkara utama yang harus ditempuh Aziz. Mengulas lanjut perkara itu, Aziz bersikap positif sambil menegaskan, dua filem itu masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

    Tentunya perbandingan itu tidak mampu dielakkan Aziz kerana penonton pastinya cuba mengaitkan keduanya kerana ia adalah garapan semula Aziz mengikut acuannya. Kata Aziz, filem Azura mempunyai nilai sentimental tersendiri buat dirinya kerana benar-benar dapat merasai magis sentuhan Deddy M Borhan ketika menonton filem itu.

    "Sebagai pengarah, saya memang meminati hasil kerja Deddy M Borhan. Sebaik saja mendapat persetujuannya untuk mengadaptasi semula filem itu, saya tidak terus buat kerana saya perlu mencari tekstur baru Azura.

    "Filem Azura popular kira-kira 30 tahun dulu dan tidak semua orang tonton filem ini. Anak saya pun tahu mengenai kewujudan filem ini selepas saya membeli DVD.

    "Bagi penonton yang tahu cara garapan saya, mereka akan nampak isi yang cuba saya sampaikan dalam setiap filem saya. Apa yang boleh saya katakan, saya buat filem ini adalah untuk anak saya, generasi masa kini," katanya.

    Sebagai penerbit filem ini melalui syarikatnya Ace Motion Pictures, Aziz tanpa berselindung akui dia tidak mengharapkan apa-apa daripada filem ini. Cukup sekadar memberitahu, Azura 2012 ialah sebuah filem yang cukup sempurna daripada segi kisah cinta, pelakon berbakat dan mempunyai jiwa yang kurang dilihat dalam kebanyakan filem tempatan dekad ini.

    "Suka atau tidak pada filem ini, itu subjektif. Saya juga mendapat kritikan daripada banyak pihak tapi itu yang akan membina keyakinan kita untuk melakukan yang terbaik terutama filem yang berkualiti," katanya.


    Jangan bandingkan saya dan Ogy- Neelofa

    Pelakon utama Azura, Neelofa atau mesra disapa Lofa berharap penonton menilai kemampuannya mengalas watak Azura tanpa dibandingkan dengan lakonan Ogy dalam filem Azura sebelum ini.

    Neelofa berkata, walaupun sudah menjangkakan perbandingan pasti akan berlaku, namun dia berharapkan penonton akan bersikap lebih adil, memandangkan filem berkenaan menjadi medan percubaan pertamanya dalam bidang lakonan.

    "Saya mengambil masa sebulan memikirkan mengenai tawaran berkenaan. Ketika menerima tawaran tersebut, saya masih lagi dalam pertandingan Dewi Remaja.

    "Sejujurnya saya sedia dikritik, tapi jangan sesekali membandingkan saya dan Ogy kerana tentunya beliau lebih hebat dari saya," katanya.


    Shahrizal beri terbaik

    Bagi pendukung watak Zack, Shahrizal juga mengharapkan perkara serupa seperti Neelofa agar tiada pihak yang membandingkan dia dengan Jamal Abdillah.

    Malah Shahrizal mengakui sudah melakukan yang terbaik dan mengikut acuannya sendiri tanpa dibayangi Jamal.

    "Bagi generasi baru seperti saya, filem Azura adalah sebuah filem baru dan tidak adil andainya mereka membandingkan filem ini. Lagi pula, filem ini dihasilkan semula, bukan ditiru secara bulat-bulat.

    "Bagaimanapun saya sudah lakukan yang terbaik, mengikut acuan saya. Malah selepas tamat penggambaran, baru saya menonton filem ini untuk melihat jalan ceritanya," terangnya.


    Belum tonton- Jamal Abdillah

    Sementara itu, bagi teraju utama Azura 1984, Jamal Abdillah mengakui belum menonton filem yang pernah menaikkan namanya itu kerana tidak dijemput walaupun pernah ditawarkan berlakon dalam filem berkenaan sebagai cameo.

    "Terus-terang, saya tidak pun dijemput untuk menonton filem ini. Jadi kenapa perlu saya datang menonton pada malam gala kalau tidak di undang.

    "Sebenarnya, sebelum ini pihak penerbitan filem Azura 2012 ada menawarkan saya watak dalam filem berkenaan. Mereka mahu saya melakonkan watak sama tetapi versi Zack yang sudah tidak menetap di sini. Saya tolak dan tidak mahu melibatkan diri kerana saya memang sudah tidak mahu berlakon lagi," katanya.

    Di tebak adakah dia merasa tergugat dengan kehadiran Shahrizal sebagai Zack, Jamal berpendapat watak Zack yang dilakonkan Shah Jaszle sudah pasti amat berlainan dari Zack yang pernah dilakonkannya.

    "Zack yang dulu seorang yang pandai menyanyi. Tambahan, lakonan saya pada masa itu lebih ke arah melodrama. Saya juga adalah seorang penyanyi yang menjadi pelakon.

    "Berlainan sekali dengan Shah Jaszle yang memegang watak Zack hanya sebagai pelakon. Penonton sudah tentu akan nampak perbezaannya. Apa yang penting, dulu saya berlakon dengan ada melodi sekali," ujarnya.

    Nasha Aziz tarik balik rayuan

    Posted: 08 Feb 2012 04:51 PM PST

    nasha aziz, abdul aziz

    PUTRAJAYA - Pelakon Nasha Aziz hari ini menarik balik rayuan yang dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan di sini berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkannya membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapa kandungnya Abdul Aziz Mohd Ali.

    Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Zainun Ali kemudian mengetepikan rayuan itu.

    Dua hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Hakim Datuk Ramly Ali dan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.

    Terdahulu, peguam Siti Maspuah Maulan yang mewakili pelakon dan model itu memaklumkan kepada panel hakim berkenaan bahawa anak guamnya menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Okt 2009 yang meluluskan permohonan Abdul Aziz agar mahkamah membuat penghakiman dalam saman malu terhadap Nasha berikutan ketidakhadiran peguam yang mewakili pelakon itu sebelum ini pada pendengaran saman itu.

    Bagaimanapun, tiada alasan diberi berhubung penarikan balik rayuan itu.

    Mahkamah Tinggi juga memerintahkan Nasha, 40, membayar faedah lapan peratus setahun kepada bapanya, mulai tarikh saman itu difailkan iaitu pada 31 Mac 2005, hinggalah tarikh saman itu diselesaikan.

    Abdul Aziz, 63, seorang guru silat, menyaman Nasha, yang nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, berhubung sebuah tulisan dalam akhbar Mingguan Malaysia yang mendakwa bahawa dia bukan bapa kandung pelakon itu.

    Dalam penyata tuntutannya, Abdul Aziz berkata dia adalah bapa kandung Nasha dan perkataan berunsur fitnah yang terkandung dalam tulisan bertajuk "Jangan tanya hal peribadi" itu, yang tersiar pada 24 Nov 2004, menyebabkannya menderita serta menanggung malu dan merosakkan nama baiknya.

    Abdul Aziz menuntut ganti rugi, faedah, kos dan ganti rugi lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, dengan mendakwa tulisan itu membawa maksud atau mengandaikan yang dia telah meninggal dunia.

    Dalam kenyataan bela dirinya, Nasha berkata perkataan "bapa" yang terdapat dalam tulisan itu merujuk kepada bapa saudaranya bernama Abdul Aziz Hathim, yang memeliharanya.

    Pelakon itu tidak menafikan Abdul Aziz adalah bapa kandungnya, tetapi berkata dia menganggap bapa saudaranya itu sebagai bapanya.

    Bercakap kepada pemberita, peguam M.Visvanathan yang mewakili Abdul Aziz, berkata berikutan penarikan balik rayuan itu, keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan agar anak guamnya dibayar ganti rugi, adalah terpakai.

    Bintang Chantek Nurul Ekasari harap tuah di Malaysia

    Posted: 08 Feb 2012 04:50 PM PST

    Chantek Nurul Eksari

    Pastinya ramai peminat filem tempatan masih tidak mengenali pelakon seberang ini memandangkan filem Chantek penampilan pertamanya di sini.

    Pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Nurul ini memulakan perjalanan kariernya pada Disember 2010 dengan kemunculannya dalam iklan komersial dan beberapa sinetron.

    Nurul berkata, selain Chantek yang merupakan filem ketiga lakonannya, dia juga pernah membintangi filem Bait Cinta dan Soulquest di Indonesia.

    "Saya tidak pernah terfikir dipilih menjadi heroin dalam filem Chantek kerana semasa uji bakat, terlalu ramai saingan yang hebat turut mencuba nasib.

    "Syukur, dengan bakat yang ada, saya dipilih Pierre Andre, untuk beraksi dalam filemnya," katanya yang teruja dapat bekerjasama dengan pengarah muda itu.

    Katanya, sebelum ini dia melihat Pierre melalui lakonan menerusi filem Cinta dan Sepi dan tidak sangka kini dipilih berlakon bersama pelakon hebat itu.

    Menurutnya, filem ini merupakan satu platform buat dirinya mengembangkan bakat dan namanya dalam bidang lakonan di Malaysia.

    "Saya tidak mengalami sebarang masalah dan senang bekerjasama dengan pengarah dan penerbit di sini memandangkan mereka memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada saya untuk melakukan yang terbaik.

    "Harapan saya, semoga semua peminat filem di Malaysia dapat menerima lakonan pertama saya menerusi Chantek, sekali gus memberi sokongan terhadap karier saya yang baru saja bertapak di sini," ujarnya.

    Selain Nurul, filem ini turut dibintangi Pierre, Maimon Mutalib dan Abon.

    Walaupun pernah membintangi beberapa telefilem dan sinetron, Nurul akui masih banyak perkara perlu dipelajarinya dalam memantapkan lakonannya setaraf pelakon berpengalaman lain.

    "Dalam setiap filem dan sinetron, pasti ada cabarannya tersendiri dan melalui filem Chantek, selain cabaran memegang watak sebagai pembantu rumah, saya juga terpaksa menukar intonasi suara menjadi seorang lelaki.

    "Bagaimanapun cabarannya saya tidak berputus asa mendalami watak utama yang diberikan dan mengharapkan lakonan ini berjaya memenangi hati peminat di sini," katanya.

    Nurul berkata, dia tidak mengalami masalah menjiwai watak Chantek yang juga merupakan watak tulang belakang filem genre romantik komedi ini.

    "Sebelum memulakan penggambaran di Malaysia, saya dibantu teman yang juga seorang pelakon di Indonesia untuk memahami dan mendalami skrip diberikan.

    "Ternyata tunjuk ajar daripada teman saya itu, sedikit sebanyak membantu saya menjayakan filem ini dengan baik," katanya.

    Chantek, mengisahkan AD, seorang bintang filem yang hidup menderita setelah buta. Kejadian itu bersangkut-paut dengan tunangnya yang curang.

    AD kemudiannya membawa dirinya jauh dari kota dan dijaga oleh Chantek, seorang pembantu rumah dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki kerana masih fobia dengan perempuan.

    Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, Chantek, terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran Chantek memulihkannya. Tetapi apabila Chantek terjumpa skrip yang mengisahkan mengenai dirinya, dia terasa diperbodohkan AD dan terus menghilangkan diri.

    Selama sebulan AD tidak tentu arah dan mencari-cari Chantek Dapatkan mereka kembali bersatu?

    Memiliki rupa paras lembut tidak menghalang pelakon jelita ini mengidamkan watak aksi lasak dalam lakonannya akan datang.

    "Sejak bergelar pelakon, kebanyakan watak yang diberikan kepada saya menerusi filem dan sinetron adalah watak protagonis.

    "Saya gemar mencuba perkara baru dan sekiranya diberikan peluang, saya mahu lakonkan watak aksi lasak dan antagonis kerana ianya mampu memberi lebih cabaran dalam lakonan selain pengalaman berharga buat saya dalam menempah nama di industri lakonan ini," katanya.

    Eksport produk halal RM30b

    Posted: 08 Feb 2012 04:49 PM PST


    MIHAS 2012 dijangka mencatat jualan RM500 juta menyamai statistik pada tahun sebelumnya.


    KUALA LUMPUR - Nilai eksport bagi produk halal dijangka mencecah RM33 bilion pada tahun 2012, kira-kira enam peratus daripada nilai eksport keseluruhan negara, kata Naib Presiden Operasi Halal Industry Developement Corporation Sdn. Bhd. (HDC), Mohd. Raimee Tamin.

    Menurut beliau, nilai eksport bagi produk halal pada tahun lalu dianggarkan berjumlah RM30 bilion.

    "Kami menyasarkan pertumbuhan eksport barangan halal sebanyak 10 peratus bagi tahun ini, ia berdasarkan kepada maklumat daripada sistem data bagi industri halal yang dimulakan pada tahun 2011 selain usaha HDC memupuk syarikat tempatan untuk mengeluarkan produk halal bagi tujuan eksport," katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran Minggu Halal Malaysia 2012 di sini semalam.

    Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Dr. Wong Lai Sum dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin.

    Minggu Halal Malaysia 2012 akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 2 hingga 7 April depan dengan pelbagai acara untuk mempromosikan industri halal seperti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas), Forum Penyelidikan Halal Sedunia (WHR) dan Forum Halal Sedunia 2010 (WHF).

    Reen, Airil impi gelaran pelakon hebat

    Posted: 08 Feb 2012 04:48 PM PST

     Reen, Airil

    Pentas Pilih Kasih 3 (PK3) sudah pun membuka tirainya Ahad lalu yang menyaksikan 16 peserta mengetengahkan bakat lakonan mereka buat pertama kalinya.

    Biarpun masih ada yang kelihatan 'kayu', itu adalah adat buat pelakon baru yang masih hijau tentang dunia lakonan.

    Kesemua artis PK3 bagaimanapun boleh diibaratkan bertuah kerana penerbitnya yang juga pelakon terkenal, Rosyam Nor telah mengumumkan bahawa tiada penyingkiran sehingga minggu kedua.

    Ini bermakna, masih ada ruang untuk mereka memperbaiki teknik lakonan dengan tenaga pengajar yang berpengalaman iaitu Eirma Fatima dan Hamzah Tahir.

    Memandangkan saingan sangat sengit, tentunya setiap peserta mahu memberikan yang terbaik dan bersemangat untuk menjulang gelaran juara bagi musim terakhir program realiti popular ini.

    Mari kita ikuti kisah dua orang artis PK3 iaitu Reen Rahim dan Airil Reffa tentang harapan mereka di PK3.


    Reen mahu jadi heroin

    Melihatkan wajahnya yang cantik manis sudah cukup membuatkan banyak mata terpesona. Dari segi fizikal, Reen sememangnya mempunyai pakej lengkap untuk bergelar heroin.

    Sememangnya pemilik nama asal Noreen Ashikin Rahim ini mempunyai keinginan ke arah itu sejak dirinya terpilih sebagai salah seorang peserta PK3.

    "Dapat melepasi uji bakat sudah menjadi pencapaian terbaik buat saya, maka saya perlu bekerja keras dan menggunakan peluang di PK3 sebaik-baiknya.

    "Matlamat saya adalah mahu mengasah bakat lakonan dalam diri saya sejauh mungkin dan seterusnya bergelar pelakon berkaliber," katanya yang tidak mahu hanya bersandar pada rupa.

    Bagi mencapai tujuannya itu, gadis berasal dari Klang, Selangor ini sanggup menunggu sehingga dirinya betul-betul bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum menjalani uji bakat.

    "Sebenarnya dari kecil lagi saya memang minat untuk berlakon, tetapi tiada keyakinan. Demi minat terhadap lakonan, saya cuba atasi perasaan itu,

    "Hingga kini masih ada rasa gugup. Tetapi melalui kelas yang dikendalikan tenaga pengajar, sedikit demi sedikit saya belajar membina keyakinan diri," katanya.


    Wajah Melayu asli kelebihan Airil

    Tatkala ditanya pengalaman dalam bidang lakonan, jejaka kelahiran Pulau Pinang ini tanpa berselindung mengakui ilmunya lakonannya kosong.

    Cuma berbekalkan dorongan teman-teman dan perasaan ingin mencuba, Airil atau nama sebenarnya, Mohd Ariffadillah Ramli nekad mencuba nasib di PK3.

    "Ada dalam kalangan rakan menyatakan saya memiliki wajah Melayu asli seperti dimiliki Allahyarham Nordin Ahmad dan Remy Ishak.

    "Dengan kelebihan ini, saya rasa tidak salah mencuba dan ternyata pertaruhan saya tidak sia-sia apabila terpilih sebagai peserta PK3," katanya.

    Semakin menyukai bidang ini, menurut Airil, dia percaya bakat berlakon boleh dicungkil dan dipelajari daripada tenaga pengajar.

    "Saya yakin telah membuat keputusan yang tepat apabila menyertai PK3 dan akan menggunakan platform ini untuk memajukan diri.

    "Alang-alang sudah terpilih, saya mengimpikan untuk memenangi gelaran pelakon terbaik dalam PK3," katanya yang menjadikan Erma Fatima dan Umie Aida sebagai idola.

    Chantek buka peluang Nurul

    Posted: 08 Feb 2012 04:47 PM PST



    SEORANG pengarah yang bijak, dia perlu mengambil pengarah fotografi (DOP) dan pelakon yang bagus. Justeru, apabila digabungkan kedua-dua elemen itu bersama skrip yang bagus, ia akan memudahkan kerja anda sebagai seorang pengarah.

    Itulah kata-kata pengarah terkenal Bollywood, Karan Johar yang dipegang oleh pengarah muda, Pierre Andre dalam menghasilkan filem.

    Menurut empunya nama Mohd. Pierre Andre Nazarul Andre ini, menjadi pengarah dan membikin filem bukanlah perkara sukar.

    Apa yang penting adalah bagaimana ingin memberi pemahaman kepada kru dan kumpulan produksi supaya faham dengan apa yang diinginkan agar apa yang perlu diingini dapat dilaksanakan dengan mudah.

    Filem genre romantik komedi, Chantek merupakan filem terbaru arahan Pierre selepas kali terakhir dia muncul dengan buah tangan arahannya yang berjudul al-Hijab dari genre seram. Apa yang istimewa, Chantek menampilkan aktres dari Indonesia, Nurul Ekasari sebagai heroin di samping Pierre sebagai heronya.

    "Dalam filem Chantek, saya memang mahukan wanita Indonesia untuk bawa watak ini. Bukannya saya tidak boleh mengambil pelakon Malaysia untuk bawakan watak orang Indonesia tapi, untuk kita menjiwai sebagai orang Indonesia harus mengambil masa yang lama.

    "Akhirnya saya terpaksa ambil satu keputusan yang Nurul merupakan watak yang paling sesuai dan terbaik untuk watak Chantek. Dia juga berjaya menyempurnakan peranannya dan saya gembira Nurul ada di sini," ujarnya yang memilih berdasarkan kesesuaian watak Chantek itu sendiri.

    Akui Pierre, jika di Malaysia dia pening kepala untuk mencari pelakon yang bagus untuk watak Chantek, namun di Indonesia pula, dirinya pening memilih kerana semua yang hadir ke uji bakat sangat berbakat.

    Menurut Pierre lagi, apa yang dilihatnya ketika membuat sesi uji bakat di Jakarta selama tiga hari tersebut ialah disebabkan populasi rakyat yang ramai, pelakon yang hadir ke uji bakat harus menjadi yang terbaik disebabkan persaingan yang ada.

    "Mengikut pengalaman saya, di Malaysia, bila saya buka sesi uji bakat yang hadir kebanyakannya tidak bersedia. Hadir dengan tangan kosong dan ada antaranya hanya ingin mencuba nasib semata-mata.




    "Tapi, di Indonesia, mereka hadir dengan sangat bersedia. Raut wajah mereka yang telah disolek, lakonan serta semua persediaan dibuat untuk membuktikan merekalah orang yang layak untuk memegang watak tersebut.

    "Jika di Malaysia, ingin lihat pelakon terkenal hadir memang jarang. Di sana, mereka tidak segan untuk menghadiri uji bakat walau sudah ada nama," cerita Pierre yang agak terkejut dengan bilangan kehadiran individu yang datang uji bakat untuk watak Chantek di Indonesia mencecah 700 orang.

    Lambakan pelakon baharu

    Berbekalkan pengalaman diri dalam bidang lakonan dan pengarahan, Pierre tidak menyembunyikan pendapat peribadinya dengan menegaskan bahawa sesi uji bakat adalah sangat perlu untuk menentukan kesesuaian pelakon dan watak yang dilakonkan.

    Secara tidak langsung, Pierre mengakui yang sebahagian artis tempatan juga ada yang hadir ke sesi ujibakat dengan tidak membuat sebarang persediaan.

    "Jika mahu memberi pendapat, kita di sini tiada sistem kerana kita hanya main langgar sahaja. Ini kerana, jika kerana mereka sudah terkenal mereka jarang mempedulikan tentang uji bakat. Uji bakat sebenarnya bukan bermaksud mahu tengok anda bagus atau tidak.

    "Tapi itu sebenarnya adalah satu proses yang ingin melihat sama ada mereka sesuai atau tidak bagi watak yang ingin ditawarkan itu. Walaupun pelakon itu sangat bagus, namun tidak sesuai dengan watak, maka mereka tidak akan dipilih jua," tambah anak kepada aktres veteran, Khatijah Tan ini.

    Bagi Pierre, dirinya memang masih baru di dalam industri hiburan tempatan. Jadi dia harus punya sistem dan juga merasakan dirinya kini sangat cerewet untuk memilih.


    PIERRE dan Nurul Ekasari bersama barisan karyawan filem Chantek.


    Selain itu juga, Pierre ingin melambakkan bilangan pelakon di Malaysia supaya punya banyak pilihan kelak dengan memberi peluang kepada pelakon-pelakon baharu di dalam industri.

    Dalam itu menurut Nurul Ekasari pula, sebagai seorang warga Indonesia, sememangnya watak Chantek tidak terlalu berat bagi diri. Namun, apa yang mencabar dirinya sebagai pelakon baharu adalah untuk meniru suara lelaki untuk beberapa babak Chantek.

    "Saya juga masih baru dalam industri hiburan di Indonesia. Memang mungkin watak ini tidak terlalu mencabar tapi untuk mengumpul pengalaman baharu, kita tidak boleh terlalu memililh," jelas Nurul yang baru punya dua tahun pengalaman berlakon.

    Sebenarnya, Nurul mula melangkah menjadi pelakon setahun selepas tamat pengajiannya di universiti. Pemegang Sarjana Komunikasi Utama dalam Penyiaran ini melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan dengan membintangi sinetron KTP2 selain dua buah filem iaitu Bait Surau dan Soulquest serta empat buah telemovie.

    Namun, Nurul menganggap Chantek adalah peluang keemasan buat dirinya untuk memperkenalkan bakat dirinya di Malaysia.

    "Saya gembira kerana daripada ramai yang datang uji bakat bagi watak Chantek, saya yang terpilih. Walaupun saya orang baru dalam dunia lakonan, saya bersyukur kerana bakat saya dapat dilihat oleh produksi luar Indonesia. Ini satu peluang untuk saya memasarkan diri saya di Malaysia dan saya berharap dapat diterima ramai," tuturnya.

    DNA tumpu barang aksesori ibu, anak

    Posted: 08 Feb 2012 04:45 PM PST

    Dynas Mokhtar

    Bermula dengan perniagaan atas talian Dynas Nursing Attire (DNA) kini melebarkan sayapnya dengan membuka sebuah premis jualan aksesori dan pakaian ibu hamil sejak setahun lalu.

    Pengasasnya, Dynas Mokhtar berkata, produk dihasilkan bertumpu pada pakaian hamil dan penyusuan susu ibu yang boleh digunakan dua dalam satu iaitu ketika hamil sehingga selepas melahirkan.

    Menurutnya, pakaian hamil yang dijual itu direka sendiri olehnya dan sesuai digunakan di tempat awam, malah memudahkan golongan ibu mengepam susu di pejabat atau tempat awam.

    "Tidak hanya bertumpu pada pakaian hamil, saya yang sememangnya berminat dengan lukisan dan perniagaan juga menerima tempahan mereka pakaian sedondon antara ibu dan anak.

    "Pakaian bagi tempahan khas termasuk jubah, baju kurung juga diterima. Malah, pelanggan diberi kebebasan menghasilkan rekaan sendiri dan membuat tempahan dengan kami," katanya.

    Dynas berkata, selain itu, pelbagai aksesori mengandung, bersalin, berpantang dan penjagaan ibu serta bayi dijual dan lebih menarik perusahaannya kini mendapat kerjasama beberapa pengusaha barangan berjenama lain.

    Menurutnya, bagi melengkapkan perniagaan yang berasaskan ibu dan anak itu dia juga turut menjual produk termasuk bantal, pil organik untuk menambah susu, beg penyejuk, pam susu ibu dan lain-lain.

    "Pelanggan boleh mendapatkan produk kami di pusat membeli-belah The Curve dan stokis di Bangi, Seri Kembangan, Pulau Pinang dan Wangsa Maju," katanya.

    Guna alasan tunggu bas

    Posted: 08 Feb 2012 04:43 PM PST

    Amat-diberkas-Jabatan-Kebajikan-Masyarakat-(JKM)-ketika-tidur-di-Perhentian-Bas-Maharani,-semalam

    MUAR – "Saya mahu tunggu bas untuk pulang ke rumah ibu di Merlimau, Melaka," demikian alasan seorang kutu rayau yang cuba mengelakkan diri daripada diberkas oleh ang­­gota Jabatan Kebajikan Ma­syarakat (JKM) dalam Operasi Pengemis dan Kutu Rayau di sekitar bandar tersebut, pagi semalam.

    Abu (bukan nama sebenar) antara lima kutu rayau yang diberkas dalam operasi tersebut yang berakhir pada jam 4 pagi semalam.

    Pegawai JKM, Mohd Naz­ri Husin berkata, pada mulanya Abu ditemui berkeliaran di Perhentian Bas Pagoh pada jam 11.30 malam.

    Menurutnya, ketika sepasukan anggota JKM menghampirinya, dia cuba melarikan diri dengan memberi ala­­san menunggu bas untuk pulang ke Merlimau.

    "Apabila anggota kami melakukan rondaan di Perhentian Bas Maharani, mereka menemui semula Abu yang ketika itu sedang tidur di perhentian berkenaan.

    "Akhirnya dia diberkas pada jam 3.30 pagi, iaitu jarak kira-kira satu kilometer dari tempat pertama dia dijumpai," katanya kepada Sinar Harian.

    Mohd Nazri berkata, Abu mendakwa dia baru tiba dari Singapura pada jam 8 malam dan kerana sudah tiada bas dia mengambil keputusan untuk tidur di situ.

    "Dia yang terkejut dengan kedatangan kami, enggan untuk dihantar ke Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheng, Melaka.

    "Abu tetap berkeras untuk berada di perhentian bas itu dan akhirnya bersetuju untuk dihantar ke RSK setelah hampir setengah jam dipujuk oleh anggota JKM," katanya.

    Katanya lagi, selain Abu, seorang kutu rayau lelaki berusia 60 tahun turut dihantar ke RSK Cheng, Melaka.

    Manakala, dua lagi kutu rayau dihantar pulang ke rumah mereka di Bukit Gambir, Ledang dan Merlimau.

    Selain itu, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang diberkas di sebuah taman rekreasi di Taman Aman, Parit Jawa dekat sini diberikan amaran dan dihantar pulang ke rumah keluarganya di Parit Perupuk, Jalan Temenggung Ahmad.

    Katanya lagi, operasi bulanan yang melibatkan 10 anggota JKM itu bertujuan mengurangkan bilangan pengemis dan kutu rayau di sekitar bandar ini.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Categories