RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Gman Tersingkir Minggu Kelima Raja Lawak 6

Posted: 10 Feb 2012 11:33 PM PST

Minggu kelima Raja Lawak musim keenam menyaksikan kumpulan Gman tersingkir selepas mendapat undian terendah, 6.5 peratus.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Gman menjadi mangsa penyingkiran ketiga gelanggang Raja Lawak musim keenam (RL6) selepas mendapat peratus undian terendah pada persaingan minggu kelima yang berlangsung di Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil, di sini, malam Jumaat.

Kumpulan yang dianggotai Lokman Hakim Mat Shum, 23, dan Mohammad Aizat Ahmad Nazri, 22, ini mendapat 6.5 peratus undian.

Dua lagi peserta yang berada pada kedudukan tiga terbawah adalah kumpulan Skema dengan 7.8 peratus dan Riki (8.1).

Mengulas mengenai penyingkiran tersebut, Gman berkata persembahan komedi mereka yang tidak konsisten pada minggu-minggu terdahulu mempengaruhi faktor undian yang rendah daripada penonton.

"Mungkin faktor 'lambat panas' dalam persembahan mingguan menyebabkan undian pada malam ini (malam Jumaat) kurang memihak kepada kami.

"Kami akui mutu persembahan kami tidak konsisten. Walaupun persembahan pada malam ini mendapat pujian juri, ia sudah terlalu lewat untuk meraih undian dan setakat ini sahaja rezeki kami," kata Lokman yang ditemui selepas program itu di sini.

Lapan lagi peserta yang akan meneruskan persaingan pada minggu hadapan adalah Albob, 2Yol, Zero, Skema, Cuit, Shiro, Riki dan Selak.

Minggu kelima RL6 mengangkat tema 'Muzikal'.

Terdahulu, kumpulan King, Ketupat dan peserta solo Kodan tersingkir daripada pentas RL6 pada minggu ketiga dan keempat.

Masih lagi mengekalkan format permarkahan menerusi 100 peratus undian penonton, para peserta mendapat bimbingan pengarah filem Ahmad Idham selaku Cif Besar dan tiga Cif Kecik iaitu Yus, Angah dan Tauke.

Para peserta musim ini diadili tiga pengkritik tetap iaitu produser filem dan drama David Teo, pelawak Sathia dan produser dan pelakon Sheila Rusly.

RL6 diterajui oleh pasangan pengacara Johan dan Zizan dan disiarkan pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).

Paparan aktiviti mingguan para peserta pula disiarkan dalam Kapsul Raja Lawak pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 9.55 malam di saluran yang sama.

Iqram Dinzley Tidak Lagi Memakai Seluar Pendek

Posted: 10 Feb 2012 11:32 PM PST

Iqram Dinzley kini menjadi duta Ayamazz RotiImpit.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Iqram Dinzley mengakui pernah berhasrat untuk berhenti daripada bidang lakonan kerana ingin mendalami agama Islam.

Iqram berkata, keputusan itu telah difikirkannya sebanyak dua kali iaitu pada kali pertama dia pulang dari menunaikan Umrah pada tahun 2006 dan ketika bercuti di Turki pada tahun lalu.

"Dah dua kali saya berhajat untuk meninggalkan bidang lakonan ini untuk mendalami lagi agama Islam yang selama ini saya rasakan diri ini agak cetek dalam pengetahuan agama.

"Bagaimanapun saya rasa, perubahan boleh dilakukan secara berperingkat dan pada masa sama saya tetap mendalami ilmu-ilmu agama yang banyak lagi rasanya saya tidak tahu," katanya.

Tambah Iqram, antara perubahan yang dilakukannya ialah dia tidak lagi memakai seluar pendek seperti yang sering digayakannya sebelum ini apabila keluar beriadah.

"Selain itu juga, jujur saya katakan, saya sedang berusaha untuk menguatkan rukun Islam yang kedua iaitu sembahyang lima waktu sehari.

"Benar, perkara ini harus dilakukan sejak dahulu lagi, tetapi saya sedang bergerak ke arah kebaikan, Insya-Allah," ujarnya.

Sementara itu Iqram kini menjadi duta produk baru Ayamazz RotiImpit di bawah syarikat Ayamazz Sdn Bhd.

Menerusi produk berkenaan, Iqram turut menyarankan kepada golongan remaja untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sebagai duit poket bagi menanggung yuran pengajian.

"Saya rasa produk ini amat bagus kerana rotinya dikukus dan sekurang-kurangnya makanan seperti makanan segera dapat dielakkan dan ia juga merupakan makanan berbentuk kesihatan.

"Dalam pada itu, ia juga bagus buat para pelajar yang ingin menceburi bidang perniagaan kerana Ayamazz RotiImpit turut menawarkan francais secara kiosk dan van mengikut modal masing-masing dan ia amat sesuai di jual di kampus-kampus kolej atau sekolah," ujarnya.

Sarimah, Lil’ Kev Mampu Tingkatkan Pendengar Red FM

Posted: 10 Feb 2012 11:32 PM PST

Barisan penyampai Red FM pada pelancaran wajah baru stesen radio itu di Laundry Bar, di sini, petang Jumaat.

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Operasi Red FM, Azrul Mohd Nor percaya gandingan Sarimah Ibrahim dan Lil' Kev sebagai penyampai slot pagi Red Breakfast dapat meningkatkan jumlah pendengar stesen itu.

Mereka akan ke udara pada pukul 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 13 Februari ini.

Azrul berkata populariti Sarimah yang mempunyai peminat yang ramai dan kemunculan semula Lil' Kev ke dunia penyiaran radio selepas lapan tahun berehat adalah gabungan yang baik untuk menarik minat pendengar.

"Jelas sekali, pemilihan Sarimah dan Lil' Kev bertujuan untuk menarik lebih banyak pendengar Red FM kerana ia bersesuaian dengan sasaran kami.

"Kami mensasarkan kelompok pendengar yang matang dan intelektual di mana kriteria itu dimiliki dua penyampai itu. Mereka tidak hanya menghiburkan malah bijak dalam aspek komunikasi," katanya.

Ketua Pegawai Operasi Red FM, Azrul Mohd Nor

Azrul ditemui pada majlis pelancaran penjenamaan semula dan barisan penyampai baru radio itu di Laundry Bar, di sini, petang Jumaat.

Mengulas mengenai pemilihan tersebut, Sarimah berkata dia menerima tawaran Red FM kerana ia adalah waktu terbaik untuk dia mengembangkan kerjaya ke bidang penyampaian radio secara serius.

"Mereka (Red FM) memberikan tawaran yang baik dan stabil. Peluang bekerja dengan Lil' Kev adalah satu penghormatan buat saya kerana dia berpengalaman dan terkenal dalam bidang radio.

"Ini adalah waktu terbaik untuk saya menonjolkan diri kepada peminat semula secara serius dan fokus sebagai penyampai radio," katanya.

Selain itu, Red FM turut mengumumkan pengenalan slot baru iaitu Red Zone kelolaan Jeremy (10 pagi hingga 1 petang, Isnin hingga Jumaat) dan Red Hub kelolaan Linora (1 hingga 4 petang, Isnin hingga Jumaat).

Sarimah Ibrahim bakal bergandingan dengan Lil' Kev dalam slot Red Breakfast bermula 13 Februari ini pukul 6 hingga 10 pagi pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Segmen Red Fix kelolaan Terry dan Azura pula akan ke udara pada pukul 4 petang hingga 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat, Edge on Red FM kelolaan Fiqrie (7 hingga 10 malam, setiap Isnin hingga Jumaat) dan Red Room kelolaan Mynn (10 malam hingga 1 pagi, setiap Isnin hingga Jumaat).

Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan The Star, Datuk Vincent Lee, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan The Star, Ho Kay Tat dan Ketua Pengarang Kumpulan merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Ariel Peterpan Dibenar Bekerja Di Luar Penjara

Posted: 10 Feb 2012 11:31 PM PST

Ariel Peterpan

JAKARTA: Penyanyi popular Ariel Peterpan, yang sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan berkaitan kes video pornografi, telah dibenarkan bekerja di luar penjara menjelang pembebasannya pada Julai nanti.

Beliau kini bekerja di sebuah syarikat senibina di Bandung, dalam program asimilasi iaitu program bimbingan sebelum bebas daripada tahanan.

Vokalis kumpulan Peterpan, yang nama sebenarnya Nazril Ilham itu, dilaporkan memulakan program itu sejak 16 Januari lepas.

Aktiviti beliau dikawal oleh petugas Penjara Kebon Waru Bandung, tempat beliau ditahan dan sepanjang melalui program itu, Ariel dilarang mengadakan pertunjukan, bermain muzik atau diwawancara oleh media.

Ariel hanya dibenarkan pulang semula ke Penjara Kebun Waru Bandung selepas selesai kerja, sepanjang program itu.

Ariel dihukum penjara tiga tahun enam bulan dan denda Rp250 juta atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Daerah Bandung setelah didapati bersalah dalam kes video pornografi dan telah menjalani hukuman di Penjara Kebon Waru Bandung sejak bulan Jun 2010.

Cenderahati ketabahan, kesabaran

Posted: 10 Feb 2012 11:29 PM PST

DISIPLIN...Sari bijak mengatur masa antara keluarga dan kerjaya.
DISIPLIN...Sari bijak mengatur masa antara keluarga dan kerjaya.

BAGAI tidak percaya tatkala melihat kelibat si jelitawan ini turun daripada kereta petang minggu lalu untuk sesi fotografi, tubuhnya ramping dan wajah tampak cukup berseri manis sedangkan baru dua bulan melahirkan anak keduanya.

Bayangkan, Sari Yanti Mohamad Nazari masih jelita dengan susuk tubuh persis anak dara hingga ada antara mereka yang memerhati seakan tidak percaya si pemilik mata galak ini sudah berkahwin dan ibu kepada dua cahaya mata.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

    BERBAKAT...lakonan Munif dikagumi Sari.

Bagaimanapun, ketika mengusiknya kononnya gayanya masih tidak berubah seperti detik awal mengenalinya beberapa tahun lalu, lekas bintang yang mula mencipta nama menerusi drama siri popular, Kisah Kaisara ini menepis.

"Sari naik badan! Sekarang berat Sari mencecah 48 kilogram. Masih ada tujuh kilogram yang perlu diturunkan!" keluhnya.Mungkin status sebagai selebriti dan matanya melihat berat badannya sekarang tampak janggal membuat anak seni berusia 28 tahun ini tidak henti mengomel akan berat badannya, sedangkan mata kasar melihatnya sebagai seorang wanita yang langsing dan jelita.


Perasaan bahagia yang mengulit Sari bersama suaminya Mohd Eddy Casmady Che Hussin yang dikahwini lebih dua tahun lalu bagai semakin lengkap dengan kehadiran anak sulungnya Barr Al Aliy yang kini sudah berusia setahun lima bulan.

Tidak terhenti setakat itu, Sari kemudiannya dikurniakan cahaya mata kedua, Basit Al Haq yang baru berusia dua bulan.

Siapa sangka di usia semuda ini Sari sudah sempurna memiliki sebuah keluarga bahagia dengan kerjaya lakonan yang kemas rentaknya.

Jelas anak kelahiran Kuala Lumpur ini, rezeki dan segala percaturan hidupnya adalah ketentuan Tuhan.

"Alhamdulillah semuanya lancar dan teratur. Saya sendiri ada kalanya tersenyum melihat semula perjalanan hidup yang memang pantas dan mudah. Mana tidaknya, memiliki sebuah keluarga dan anak yang ramai memang menjadi impian saya sejak dulu. Syukur sekali apabila apa yang pernah saya mimpikan ini menjadi kenyataan dengan begitu cepat sekali.

"Mungkin ini adalah cenderahati di atas ketabahan dan kesabaran saya selama ini. Saya mengharap dan tidak pernah henti mencuba baik dari aspek kehidupan peribadi mahupun kerjaya lakonan," katanya tersenyum.

Memiliki dua anak, menguruskan keluarga dengan kerjaya lakonan yang kian meningkat, kekangan masa pasti menjadi kemelut yang menghimpit. Mana mungkin seorang dramatis popular sepertinya yang terperuk di lokasi penggambaran punya masa yang banyak untuk melengkapkan tugasannya sebagai seorang ibu.

Jika anak pertama, Sari hanya kembali berlakon sebaik Barr Al Aliy berusia lapan bulan. Namun kali ini, habis saja tempoh berpantang, Sari sudah bergegas melunaskan wataknya dalam drama BFF... Teman Tapi Mesra.

Bagaimanapun, jelas anak kedua daripada tiga beradik ini yang juga graduan Pengajian Perniagaan dari Universiti Tenaga Nasional, soal masa tidak menjadi masalah buatnya menjalankan kerja sebagai seorang ibu kerana status isteri dan ibu berkerjaya bukanlah satu alasan untuk seseorang itu lari atau terlepas daripada tanggungjawab.

"Memang tidak dinafikan saya penat kerana terpaksa berkejar-kejar ke lokasi dan menyiapkan kerja untuk anak-anak. Namun semua itu adalah lumrah dan sesuatu yang tidak sekali saya lihat sebagai beban sebaliknya semua itu adalah rutin yang sudah biasa saya lakukan sebelum ini, cuma bezanya kali ini saya sudah pun mempunyai dua anak.

"Mujur suami cukup memahami dan sentiasa menyokong apa yang saya lakukan. Soal kembali berlakon terlalu awal memang sudah komitmen yang harus saya lakukan. Saya tidak mahu menyusahkan pihak produksi dan pelakon lain pula hanya kerana memberi laluan kepada saya untuk berehat. Setakat ini saya masih kuat dan mampu menjalankan kerja.

"Anak memang saya sendiri yang jaga bersama suami. Namun jika saya terikat dengan mana-mana jadual lakonan, ibu akan datang dari Kuala Pilah untuk membantu. Tapi saya tidaklah terlalu aktif dengan menerima apa saja tawaran yang datang kerana sejak menjadi ibu, saya lebih memilih skrip dan lokasi penggambaran.

"Suami juga menjadi tempat rujukan buat saya sebelum menerima apa saja tawaran. Keizinan daripadanya adalah perkara utama," katanya.

Terlanjur bercerita mengenai kerjayanya, terlintas pula persoalan mengenai watak idamannya. Mengenali Sari yang tidak lekang tersenyum dan sesekali berjenaka, watak remaja, gadis beruniform sekolah dan gadis periang bagai sudah sinonim dengannya.

Mungkin pesona lakonannya dalam Kisah Kaisara terus melekat di minda penonton, Sari terus dilabelkan pelakon remaja dan hanya selesa melakonkan watak seumpama itu sedangkan drama siri Suria Di Cordoba mencerminkan sisi bezanya.

Namun ketika diminta berkongsi pandangannya, Sari menyifatkan Kisah Kaisara begitu popular dan menerima sambutan baik membuatkan ramai beranggapan sebegitu.

"Nama dan bakat saya mula dikenali menerusi drama itu dan karakter yang saya bawakan ketika itu juga kuat membuatkan peminat dan penonton terus melekat dengan watak itu. Lantas walaupun banyak juga watak lain yang saya lakonkan, tetap ia ditenggelami oleh karakter Kisah Kaisara. Saya tidak terkilan sebaliknya saya berbangga kerana sekurang-kurangnya lakonan saya tetap meninggalkan impak tersendiri.

"BFF...Teman Tapi Mesra kali ini umpamanya, saya masih lagi menyarungkan pakaian sekolah untuk episod yang pertama namun seterusnya drama ini banyak menguji kemampuan saya dalam mengalirkan emosi bagi terus menghidupkan watak Shahidah. Ia tidak semudah yang dilihat dan begitu juga lakonan saya dalam Suria Di Cordoba. Semuanya kuat dan banyak bermain emosi.

"Insya-Allah jika diberi peluang, saya ingin sekali melakonkan watak yang berat seperti psiko, personaliti berganda dan seorang wanita yang penuh perasaan dendam. Mungkin ia akan membawa saya ke fasa yang lebih baik dan membuktikan bahawa seseorang pelakon itu mampu memberikan sesuatu yang baik jika ada ruang diberi," katanya yang kini sibuk dengan drama sitkom tayangan TV Hijrah berjudul An Nisa'


Sari serasi dengan Munif

JUJURNYA jelas Sari, dia tidak pernah mengenali hero yang akan bergandingan dengannya dalam drama siri arahan Amy Maziah ini iaitu bintang muda, Munif Isa.

Meskipun sudah dicari nama dan wajahnya dalam enjin carian di Google, nama Munif Isa masih gagal ditemui hinggalah di lokasi penggambaran. Tambah Sari, Munif memang tidak popular namun pernah sekali terdetik di hatinya tatkala menonton filem Nur Kasih The Movie, Sari tertarik dengan lakonan Munif yang ketika itu tidak dikenalinya.

"Memang kelakar apabila mengingatkan kembali detik pertama kali saya bertemu Munif di lokasi. Saya memang tidak kenal dia namun wajah dan bakatnya memang luar biasa. Saya pernah menonton sebelum ini cuma tidak tahu siapa. Namun apabila kami disatukan dalam drama ini dan mula membina keserasian bersama, saya yakin Munif memang seorang pelakon yang berbakat besar.

"Keserasian antara kami mula dibentuk dan saya sendiri selesa setiap kali kami bergandingan. Lakonannya yang lancar dan kemas membuatkan saya menjadi lebih bersemangat," katanya.

Drama hasil nukilan skrip oleh Maizura Mohd Ederis ini menceritakan perjalanan dua insan, Shahidah dan Iskandar. Bermula sebagai sahabat dan kemudiannya berdepan pelbagai konflik hidup, dua watak ini terus berkembang hingga ke akhir cerita.

Jelas Sari, drama romantis yang diselitkan dengan elemen komedi dan emosi ini memberikan satu kelainan baik kepadanya mahupun pelakon yang gemar menyaksikan drama televisyen.

Jangan ketinggalan untuk menonton kesudahan kisah Shahidah dan Iskandar menerusi 'BFF...Teman Tapi Mesra' pada setiap Ahad jam 9 malam di TV3.

Wabak serang 2,236 bayi

Posted: 10 Feb 2012 11:27 PM PST

PRIHATIN...Mah (berdiri kiri) melawat kanak-kanak yang dirawat di Hospital Tapah  dipercayai akibat wabak AGE.
PRIHATIN...Mah (berdiri kiri) melawat kanak-kanak yang dirawat di Hospital Tapah dipercayai akibat wabak AGE.

TAPAH: Punca kematian mengejut dua bayi awal minggu lalu, dipercayai akibat sejenis wabak dikenali sebagai Acute Gastroenteritis (AGE) yang dibawa virus rotavirus yang kini sudah menyerang 2,236 bayi di Perak.

Difahamkan wabak dibawa virus itu tersebar melalui air dan makanan dan hanya menjangkiti bayi di Teluk Intan, Hutan Melintang, Chenderong Balai, Langkap di Hilir Perak dan Batang Padang, Tapah, di sini.


Berdasarkan aduan diterima, rotavirus lebih mudah menyerang bayi berusia antara dua bulan hingga 10 bulan menyebabkan mangsa cirit-birit dan demam panas sebagai tanda awal.

Exco Kesihatan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata penemuan punca wabak AGE itu diperolehi hasil ujian makmal sejurus dua bayi mati mengejut awal minggu lalu.


Katanya, virus berbahaya itu menyebabkan bayi menghidapnya hilang selera makan, sakit kepala, sakit perut, loya dan pelbagai tanda lain.


Dalam kejadian 30 Januari lalu, dua bayi, Tamil Selvan, sembilan bulan dan Varagaran Murugan, dua bulan, mati mendadak selepas diserang demam dan cirit-birit berulang.Kedua-dua mangsa yang berasal dari Taman Julaiha dan Kampung Teluk Buluh, Hutan Melintang, di sini, mempunyai simptom sama iaitu cirit-birit, demam panas, mata bengkak dan badan bertukar kehijauan.


Menurut Dr Mah, sejak 27 Januari lalu sehingga semalam, 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah iaitu 1,397 kes di Hilir Perak dan 839 kes di Batang Padang.

"Bagaimanapun jumlah kes menunjukkan penurunan sejak seminggu lalu di hospital daerah itu. Kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit dan muntah dan sebahagian besar bayi dijangkiti mendapat rawatan pesakit luar," katanya pada sidang akhbar di Klinik Kesihatan Tapah, semalam.


Menurutnya, kajian sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak itu.


"Antara langkah berkesan bagi mengelak wabak itu merebak ialah memasak air sebelum diminum, membasuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan serta ke tandas. "Mengurangkan memakan makanan mentah seperti ulam atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan pemakanan dan minuman bayi dengan merebus terlebih dahulu sebelum digunakan," katanya.


Mah berkata, orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan perlu segera mendapatkan rawatan.


Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi di seluruh dunia disebabkan rotavirus.

Biar jalan rosak

Posted: 10 Feb 2012 11:25 PM PST

ROSAK...jalan rosak di Seksyen 23, Shah Alam.
ROSAK...jalan rosak di Seksyen 23, Shah Alam.

SHAH ALAM: Pengguna yang melalui jalan di kawasan perindustrian Seksyen 23, di sini, berharap pihak bertanggungjawab segera menurap jalan berkenaan kerana jalan yang berlubang di kawasan itu bukan saja menyakitkan mata, malah boleh mengundang bahaya.

Pengguna jalan itu, R Krishanan, 58, berkata sudah lama pihak terbabit tidak menjalankan kerja penyelenggaraan di jalan berkenaan termasuk menurap semula jalan yang rosak.


Katanya, ini menyebabkan jalan itu semakin teruk dan lubang semakin membesar akibat hakisan, sekali gus mengundang kemalangan.

Dia yang juga pengawal keselamatan di sebuah kilang di kawasan perindustrian Seksyen 23, di sini, berkata terdapat banyak lubang di jalan berkenaan.


"Dulu, saya pernah melihat kerja menurap jalan di sini, tetapi sejak beberapa tahun ini, ia tidak dilakukan.


"Akhir-akhir ini kemalangan kerap berlaku di kawasan itu kerana banyak kenderaan melalui jalan itu sebab ia jalan singkat untuk ke Sri Muda, Seksyen 25," katanya.Pengawal keselamatan, Abu Mohammad Mohd Wakil, 39, berkata sejak bertugas di sebuah kilang di kawasan itu, dia tidak pernah melihat jalan itu diperbaiki.


"Selama setahun saya bekerja di sini, saya tidak pernah melihat mana-mana pihak membaiki atau menurap jalan ini," katanya.

Dia yang sering berulang-alik dari rumahnya di Sri Muda, Seksyen 25, ke tempat kerjanya di Seksyen 23 di sini, dengan menaiki motosikal berharap jalan itu dibaiki secepat mungkin. Tinjauan Harian Metro di Seksyen 23 mendapati terdapat banyak lubang di jalan di kawasan itu.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata pihaknya sudah mendapat maklumat berkenaan perkara itu.


Beliau berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Kejuruteraan MBSA.


"Jabatan Kejuruteraan MBSA akan melantik beberapa jurutera untuk menyelesaikan perkara ini. Sehubungan itu, pihak MBSA menasihatkan orang ramai berhati-hati apabila menggunakan jalan itu.


"Mungkin kerja menyelenggara jalan berkenaan dilakukan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi.

Remaja kemaruk barangan plastik

Posted: 10 Feb 2012 11:24 PM PST

ANTARA objek paling digemari Kailyn ialah alat kawalan jauh televisyen.
ANTARA objek paling digemari Kailyn ialah alat kawalan jauh televisyen.

LOS ANGELES: Siri My Strange Addiction disiarkan saluran TLC pernah memaparkan pelbagai kerenah manusia yang ketagih objek pelik, termasuk kanji jagung hingga kemaruk tidur dengan pengering rambut.

Dalam musim terbarunya yang disiarkan sehari dua lagi di Amerika Syarikat, My Strange Addiction menjanjikan kejutan paling hebat.


Melalui musim ketiga My Strange Addiction, siri itu bakal menyiarkan laporan remaja berusia 18 tahun, Kailyn, yang mengaku ketagih memakan plastik.

  • Foto

    KAILYN percaya setakat ini dia memakan lebih 60,000 barang diperbuat daripada plastik sejak 11 tahun lalu.

  • Foto

    WALAUPUN sedar tabiatnya berbahaya, Kailyn masih terus memakan plastik.

Berasal dari Sacramento, California, Kailyn percaya sehingga kini dia memakan lebih 60,000 barangan plastik sejak 11 tahun lalu.


Malah, kata Kailyn, jika perlu membuat pilihan di antara makanan dan plastik, dia pasti memilih plastik untuk mengisi perutnya.


Antara objek plastik pernah dimakan Kailyn ialah 12 alat kawalan jauh, lebih 5,000 manik, 1,000 sudu koktel, 100 garpu, kira-kira 10 botol minuman, dua puting, tiga bekas cakera padat, kira-kira 50 penyangkut baju dan 25 tudung plastik."Plastik adalah sesuatu yang saya mahu dan saya berasa perlu kepadanya," katanya.


Ditanya mengapa dia kemaruk kepada plastik, Kailyn berkata, ia bukan disebabkan rasanya, tetapi tekstur yang ada padanya.

"Saya sukakan rasa plastik itu hancur ketika dikunyah, selain teksturnya yang kasar tetapi lembut pada masa yang sama," katanya.


Ketika ditemubual dalam program itu, Kailyn berkata, tekstur alat kawalan jauh televisyen mungkin satu daripada objek paling digemarinya.


Menceritakan bagaimana dia menelan plastik dikunyahnya, Kailyn berkata, dia membuang butang yang ada pada objek berkenaan sebelum meletaknya di kedua-dua belah mulut.


"Kemudian saya akan menelannya," katanya.


Di sebalik kegemarannya memakan alat kawalan jauh, Kailyn berkata, objek plastik paling disukai ditelan ialah sudu koktel yang mudah ditemui di restoran tempatnya bekerja.


"Saya pelayan restoran dan ada banyak objek plastik di situ," katanya.


Pada hari biasa dan tiada tekanan, kata Kailyn, dia menelan kira-kira 15 sudu koktel sehari.


"Saya sedar tabiat itu boleh membahayakan kesihatan," katanya.


Jika tabiat Kailyn belum cukup memeranjatkan, rancangan My Strange Addiction juga menyediakan laporan mengenai keanehan seorang lelaki Arkansas, Nathaniel, yang mengaku terangsang nafsunya melihat keretanya.

Gaya pengantin k-pop

Posted: 10 Feb 2012 11:21 PM PST

GAYA KOREA... kelainan pada pinggang menyerlahkan gaya wanita Korea ditambah perhiasan kipas berbulu yang menambah nilai tradisi.
GAYA KOREA... kelainan pada pinggang menyerlahkan gaya wanita Korea ditambah perhiasan kipas berbulu yang menambah nilai tradisi.

MENGAMBIL inspirasi pakaian tradisional Korea Selatan dikenali sebagai Hanbok atau Choson-ot untuk Korea Utara serta kegilaan masyarakat terhadap filem serta drama Korea memberi idea kepada pereka serta pemilik Udaimatunnur, Ismail Abd Rahman.

Dia menghasilkan rekaan pakaian pengantin Korea berkonsepkan Malaysia dengan mengambil ciri-ciri Hanbok seperti gabungan warna ceria merah dan putih berpotongan gaun kembang yang disesuaikan untuk pengantin Muslimah.

  • Foto

    GAYA KOREA... kelainan pada pinggang menyerlahkan gaya wanita Korea ditambah perhiasan kipas berbulu yang menambah nilai tradisi.

  • Foto

    MENAWAN... inspirasi daripada pakaian Korea dengan gaun kembang serta kolar berbentuk V diletakkan reben.

  • Foto

    ANGGUN... menyerlah menerusi potongan gaun, perincian manik serta tampalan bunga pada bahagian hadapan baju.

Pakaian yang dipersembahkan bersempena Festival Fesyen Islam (IFF) ini mengambil konsep pesona timur dengan gambaran lima gadis jelita yang turun dari gunung Fuji. Menariknya, setiap padanan disertakan perhiasan seperti kipas berbulu serta payung kertas yang unik dan menawan yang menjadi identiti dalam penggayaan wanita Korea.

Menurut Ismail, dia menggabungkan fabrik sutera sifon, satin dan organza bagi setiap busana agar lebih menyerlah serta terletak cantik pada tubuh si pemakai. Dalam hal ini pemilihan kain sangat penting.Ini kerana fabrik yang lembut seperti sifon sesuai untuk padanan raja sehari manakala untuk tudung dia menggunakan fabrik yang sama dengan rekaan ala serban.


"Untuk gaya pesona timur, saya mengambil inisiatif menghasilkan rekaan tudung lain daripada yang lain. Rekaan ringkas dan tidak sarat pastinya menjadi pilihan. Gaya ala serban lebih sesuai kerana menampakkan potongan serta menjadikan mempelai lebih tinggi. Untuk lebih menyerlah, penggunaan bunga segar pada tudung memberikan kelainan," katanya.

Potongan gaun kembang dengan juraian pada tangan serta hadapan baju direka mengikut tradisi masyarakat Korea namun Ismail menggabungkan ciri tradisional menerusi jahitan manik bunga sakura menggunakan kristal dan Swarovski bagi menampakkan keindahan busana pengantin. Ikatan pada pinggang seperti tali pinggang besar menggunakan rona merah menjadi pelengkap kepada gaya pengantin k-pop.

"Jika padanan gaun Korea lebih sederhana menggunakan fabrik polos, saya sengaja mencipta kelainan menerusi jahitan manik pada hadapan baju yang menjadi ciri rasmi dalam penggayaan busana pengantin Melayu. Dengan jahitan bunga sakura pada fabrik putih ini, ia akan lebih memberi keunikan dan kepelbagaian pada potongan baju itu sendiri," jelasnya.

Penyertaan kali keempat di IFF kali ini memberi peluang kepada Udaimatunnur menyerlahkan rekaan pengantin Muslimah. Jika dulu rekaan bersifat tradisi tetapi kini penambahan banyak unsur Inggeris serta timur turut mempengaruhi rekaannya.

"Sebab itu, ciri kontemporari menjadi pilihan mempelai dengan gabungan gaya moden dan tradisional. Dengan kegilaan unsur k-pop, sedikit sebanyak ciri ini turut memberi idea kepada pereka menghasilkan rekaan lebih kreatif, unik
dan moden," jelasnya mengagumi kemunculan pereka muda berkonsepkan busana Muslimah dengan rekaan segar dan menawan.

Busana pengantin Korea boleh didapati di butik Udaimatunnur yang terletak di Rawang, Selangor. Mempelai boleh memilih sama ada menjadikan pakaian untuk persandingan sekiranya inginkan kelainan atau untuk pakaian persalinan.

Dataran rekreasi

Posted: 10 Feb 2012 11:20 PM PST

MENARIK...antara kemudahan di Dataran Kajang.
MENARIK...antara kemudahan di Dataran Kajang.

KAJANG: Dataran Kajang, di sini, bakal menjadi sebuah pusat rekreasi baru untuk penduduk setempat berikutan kedudukannya yang strategik selain mampu menarik pelancong untuk datang ke situ.

Dengan keluasan dua hektar, dataran yang dulunya stadium itu bakal dilengkapi taman integrasi permainan kanak-kanak, trek, padang bola sepak dan gimnasium.


Cadangan asal projek itu ialah membuka tembok sedia ada dan menambah baik fungsi stadium yang terhad untuk aktiviti bola sepak dan acara trek padang, bagaimanapun atas cetusan idea Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman ia juga dijadikan kawasan rekreasi, namun struktur asalnya tidak diubah.

Kerja pengubahsuaian stadium berusia 35 tahun membabitkan kos RM2 juta itu bermula dua tahun lalu membabitkan tiga fasa dan kini ia memasuki fasa terakhir dan dijangka siap hujung tahun ini.


Hasan Nawawi berkata, semua kemudahan itu percuma kecuali padang untuk permainan bola sepak dikenakan bayaran RM150 bagi siang dan RM400 bagi malam kerana MPKj perlu menyelenggara rumput selain penggunaan lampu limpah.


"Ia akan dibuka 24 jam dan semua peringkat umur boleh datang dan menggunakan kemudahan ini."Kami memilih lokasi ini kerana kedudukannya strategik dan terletak di tengah pusat bandar selain dekat dengan medan sate Kajang," katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan dataran itu, di sini, baru-baru ini.


Sebuah arca berbentuk kipas sate dibina sebagai mercu tanda dataran berkenaan. Setiap Selasa dan Jumaat diadakan tarian poco-poco.

Sebuah dewan serba guna didirikan berhampiran dataran itu untuk permainan bola jaring, sepak takraw, bola tampar dan futsal.


Hasan Nawawi berkata, bagi mengindahkan persekitaran, sekitar dataran berkenaan MPKj ditanam dengan pokok bagi mewujudkan suasana dalam taman.


"MPKj sentiasa peka terhadap kawasan yang sesuai untuk dijadikan pusat rekreasi dan pelbagai aspek perlu diambil kira, termasuk teknik memajukannya.


"Kami cuba mengelak sebarang pembaziran dalam setiap pembangunan kawasan rekreasi baru," katanya menambah penduduk di Kajang dianggarkan berjumlah 850,000 orang dan 70,000 apartmen dibina.


Sementara itu, pengunjung, Mohd Azri Ahmad, 34, berkata penduduk dahagakan kawasan rekreasi dan dengan pembukaan Dataran Kajang ia menjadi mercu tanda baru penduduk untuk berkunjung ke situ.


"Kawasan ini strategik dan menjadi tumpuan. Usaha MPKj memajukan kawasan ini perlu dipuji dan saya harap ia dimanfaat sepenuhnya oleh penduduk di sini," katanya.

Nay utamakan kesihatan

Posted: 10 Feb 2012 11:18 PM PST

pix_gal0
MENJALANI sesi penggambaran yang berlarutan hingga dinihari cukup melelahkan.

Berulang melalui situasi itu jelas menuntut kekuatan fizikal luar biasa setiap pemainnya, malah kerana mengejar waktu sering kesihatan pemain sinetron dijadikan taruhan.Situasi itu juga dilalui Naysila Mirdad, 23, ketika membintangi sinetron, Dewa. Puteri ketiga pasanganpelakon, Jamal Mirdad dan Lydia Kandou menyedari kesihatan yang sempurna turut menyumbang kepada keberkesanan watak yang dijayakan.
Apatah lagi, sinetron yang kembali menemukannya dengan Dude Harlino itu memerlukan Naysila atau akrab disapa, Nay memainkan karakter tomboi, sesuatu yang berbeza daripada watak manja dan feminin yang sering diamanahkan kepadanya.

Untuk menjaga staminanya, gadis kelahiran Jakarta berusia 23 tahun itu memastikan dia mengambil suntikan multivitamin yang memberinya energi apabila terpaksa seharian bertungkus lumus di studio penggambaran.

"Tahap kesihatan kami diawasi oleh doktor yang akan ke studio setiap dua minggu sekali atau bila diperlukan. Jadual kerja kami terlalu padat, setiap hari melakukan penggambaran.

"Justeru, rumah produksi mengutamakan kesihatan pelakon dan kru yang terbabit.
Jika terlalu penat, saya akan mengambil suntikan sekurang-kurangnya seminggu sekali. "Suntikan itu memberikan banyak manfaat, bukan hanya mencerahkan warna kulit malah lebih penting tubuh jadi segar dan tidak mudah penat," kata gadis yang memulakan karier lakonan bersama kakaknya, Nana Mirdad menerusi sinetron, Liontin pada 2005.

Serasi dengan suntikan itu, Naysila bagaimanapun hanya mengambilnya mengikut keperluan tubuh selepas mendapat nasihat daripada doktor yang merawat.

Tidak menafikan rehat yang terbaik adalah tidur, gadis yang turut dikenali menerusi sinetron Intan, Aqso dan Madina, Cahaya dan Melodi itu tetap mengutamakan kualiti hidup.

"Waktu tidur saya mungkin berkurangan, namun tidak mendatangkan masalah kerana saya mengutamakan rehat yang berkualiti. Saya tidak punya pilihan lain kerana ini adalah tanggungjawab," katanya.

Pengalaman ketika mengalami kekejangan sewaktu penggambaran sinetron, Intan beberapa tahun lalu membuatkan Naysila enggan bertolak ansur mengenai penjagaan kesihatan.

Imbasnya, ketika itu dia mengalami sesak nafas dan hampir pengsan tetapi tidak tahu apa punca sebenarnya. Melihat keadaan Naysila begitu, dia segera dikejarkan ke hospital dan diberitahu mengalami keletihan yang keterlaluan.

"Paling penting menjaga pemakanan kerana biasanya di lokasi penggambaran, pemakanan seimbang kurang dititikberatkan.

"Saya juga mengamalkan meminum klorofil untuk menambah serat selain banyak minum air putih.

Klorofil membantu badan saya menjadi lebih segar, selain mencantikkan kulit.

Ia juga membersihkan ginjal," kata Nay yang juga laris sebagai pelakon iklan komersial.

Tidak hanya menitikberatkan kesihatan dalaman, Nay juga rajin melakukan perawatan wajah. Memiliki kulit sensitif, solekan yang dikenakan berbelas jam itu membuatkan wajahnya mudah ditumbuhi jerawat.

"Kurang tidur, selain solekan tebal membuatkan wajah saya mudah didekati jerawat. Saya terpaksa mengambil ubat khusus supaya masalah ini tidak berlarutan.

"Untuk mengatasinya, saya harus menjalani rutin menemui doktor tetapi ia tidak dapat dipenuhi kerana saya kesempitan waktu disebabkan jadual penggambaran," katanya.

Zizi penyambung warisan seni silat

Posted: 10 Feb 2012 11:17 PM PST


GERAK langkah silat sememangnya pantas namun penuh dengan nilai kesenian.


JIKA dilihat dari luaran, penulis tidak menyangkakan penyampai radio Suria FM yang mengendalikan segmen Menu Ceria ini sebenarnya mempunyai minat yang sangat mendalam dalam seni mempertahankan diri Melayu, silat.

Mula mempelajari warisan seni tersebut seawal umur 14 tahun, kini Zizi nekad mahu memastikan ia sentiasa dekat dalam kehidupannya, sejajar dengan perjuangan agar tidak ditelan zaman.

Sentiasa ingin mencabar diri melakukan yang terbaik, Zizi atau nama sebenarnya Ahmad Zuwairi Mohd Nor sudah mencapai tahap Murid Tua dalam seni silat Gerak Nobat Pusaka yang dipelajarinya sejak di bangku sekolah itu.

Membawa S3 ke gelanggang silat yang terletak di Tehel, Melaka baru-baru ini, ternyata Zizi sememangnya mempunyai semangat juang yang tinggi dalam memartabatkan seni silat.

Menceritakan kembali bagaimana dia mula terlibat dalam seni mempertahankan diri itu, Zizi lebih suka mengibaratkan dirinya sebagai seorang yang sentiasa ingin mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

"Ketika saya berusia lapan tahun lagi saya sudah diperkenalkan dengan silat Helang Putih.

"Bermula daripada apa yang saya pelajari ketika itu, saya mula tertarik dengan setiap pergerakan dan kesenian yang wujud di dalam silat namun dalam masa yang sama saya juga masih tercari-cari dan cuba memahami seni ini dengan lebih mendalam.

"Lantas ketika umur saya menjangkau 14 tahun, saya telah dikenalkan dengan seorang guru silat, Hesmisham Sabdin atau lebih dikenali sebagai Abang Amy.

"Bermula daripada situ saya terus belajar mengenai silat Gerak Nobat Pesaka yang menggabungkan buah harimau dan juga kuntau Melayu sehingga kini.

"Malah sekiranya tiada perkara yang menghalang, saya akan datang ke gelanggang ini setiap Jumaat malam," katanya.

Bina ketahanan diri, pupuk nilai murni

Menurut Zizi, bukan mudah untuk mempelajari seni silat jika seseorang tiada ketahanan mental dan fizikal.

Ini kerana, kata Zizi, tanpa ketahanan diri yang kuat, tidak mudah bagi seseorang itu untuk menjalani latihan berat sepanjang mempelajari seni tersebut.

"Silat ini sebenarnya berasal daripada perkataan silap. Panglima-panglima dahulu kala belajar silat melalui kesilapan yang mereka lakukan.

"Ketika mula berguru dan mempelajari silat Gerak Nobat Pusaka ini, ada 17 orang murid kesemuanya namun akhirnya jumlah itu berkurangan.

"Bayangkanlah selama tiga bulan kami hanya mempelajari untuk menguatkan kuda-kuda sahaja dan akhirnya hanya tinggal tiga orang sahaja yang kekal.

"Memang tidak dinafikan, silat menuntut kesabaran dan ketahanan diri yang sangat kuat. Jika tidak tahan, memang seseorang individu itu akan cepat mengalah," jelas penyampai radio popular yang sudah menjangkau umur 30 tahun itu lagi.

Sepanjang penglibatannya dalam seni silat tersebut, Zizi bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius ketika sedang melakukan latihan.

"Jika bibir pecah dan mengalami lebam dan bengkak, itu sudah menjadi perkara biasa.

"Malah apa yang penting jika kita sedang dalam latihan bertarung, kesabaran adalah perkara utama yang harus dijaga.

"Jika kita dapat mengawal kesabaran dan tidak terikut-ikut dengan kemarahan, Insya-Allah kita akan lebih tenang dan mampu untuk memenangi sesuatu situasi tersebut," jelasnya lagi.

Meneruskan perjuangan silat

Sejajar dengan niat murninya untuk meneruskan warisan Melayu ini, Zizi menyimpan hasrat untuk membuka sebuah gimnasium yang turut menyediakan gelanggang untuk mempelajari silat.

"Saya memang menyimpan hasrat untuk melakukan perkara ini sebab saya mahu mengembangkan lagi warisan seni kita ini.

"Malah jika tempat itu juga turut menyediakan perkhidmatan seperti yang terdapat di gimnasium sudah semestinya ia akan menjadi satu pakej yang lengkap," katanya lagi.

Selain itu, Zizi juga mempunyai pandangannya tersendiri bagi memastikan seni silat ini akan sentiasa mendapat perhatian di mata peminat seni tanah air.

Namun setiap kali melihat seni silat dibawa ke kaca televisyen mahu pun layar perak, jujurnya anak kelahiran Melaka itu mengakui sangat kecewa kerana apa yang dipaparkan adalah terlalu sedikit mengenai seni mempertahankan diri.

"Bagi pendapat saya, tidak salah kiranya seni ini turut diangkat setaraf dengan seni mempertahankan diri yang lain.

"Jika bukan kita sendiri yang memperkenalkan perkara ini, siapa lagi.

"Tidak salah kiranya jika penggiat filem tanah air turut memperlihatkan seni silat ini sebagai salah satu seni mempertahankan diri yang hebat.

"Sepanjang apa yang saya lihat di kaca televisyen, kebanyakan silat yang ditampilkan tampak perlahan dan diambil daripada asasnya sahaja.

"Saya yakin bagi semua penggiat seni silat, kami sememangnya mahu melihat perkara ini dipaparkan dengan lebih serius dan mendalam lagi.

"Malah ia juga dapat menarik lebih ramai orang untuk mengenali dan berminat untuk mempelajari seni mempertahankan diri ini," katanya sebelum menutup bicara.

Solat, makan bersama bawa bahagia

Posted: 10 Feb 2012 11:16 PM PST




Dalam era dunia serba canggih sekarang ini, laman sosial seperti Facebook dan Twitter mahupun kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) menjadi pilihan kepada pasangan kekasih untuk berhubung bagi mengeratkan cinta.

Justeru tiada lagi nota-nota cinta di atas helaian kertas melalui kiriman surat sebagaimana pasangan dulu-dulu. Ketika itu segala luahan hati dan perasaan sayang mampu dirasai walau masing-masing terpisah jauh jarak beribu batu.

Saat manis berutus dan berbalas surat turut dialami oleh pasangan bahagia ini yang usia perkahwinan mereka kini sudah menjangkau 21 tahun.

Pasangan pemilik perusahaan ternakan haiwan, MJ Fatonah Sdn. Bhd., Mohamad Jamil Mahidin, 43, dan isteri, Siti Fatonah Arbain, 42, mempunyai kisah cinta tersendiri yang mampu membuat mereka tersenyum apabila diingat kembali.

Bibit perkenalan bermula ketika pertama kali pada minggu suai kenal pelajar baru di Politeknik Batu Pahat, Johor.

Ketika itu Mohamad Jamil baru habis mengikuti latihan industri manakala Siti Fatonah adalah pelajar yang baru mendaftar.

Namun ketika itu belum timbul sebarang perasaan cinta antara mereka, sekadar mengetahui bahawa mereka tinggal sekampung di Sabak Bernam, Selangor.

Pertemuan kedua juga berlaku secara kebetulan ketika sama-sama menghantar seorang saudara ke lapangan terbang yang kemudian menjadi titik tolak permulaan kisah cinta mereka.

Di mata Mohamad Jamil ketika itu Fatonah nampak 'rock' kerana hanya berbaju T dan berseluar jeans.

Langkah berani Fatonah meminta alamat Mohamad Jamil bertujuan meminta nota daripada 'seniornya' itu telah membuka lembaran baru kepada perhubungan mereka berdua.

"Daripada tujuan asal hanya ingin meminta nota lama-kelamaan telah timbul perasaan sayang antara satu sama lain.

"Sehinggalah sampai satu tahap kami wajib mengutus surat setiap hari walau lambat sampai.

"Daripada surat itulah saya yakin dia sangat menyayangi saya. Melalui tulisannya saya nampak dia ikhlas dan mengambil berat walaupun pada awalnya saya ingat dia sombong dan 'bermulut laser'.

"Kebetulan sebelum ini kebanyakan lelaki yang ingin berkawan dengan saya tidak ikhlas dan hanya ingin mengambil kesempatan.

"Berbeza dengan dia yang nampak jujur sehingga membuka hati saya untuk membawanya berjumpa keluarga.

"Sangat beruntung mengenali Jamil kerana dia memenuhi ciri lelaki idaman saya iaitu tidak merokok, tidak suka memancing dan tidak gemar menonton perlawanan bola sepak," kata Fatonah yang merupakan pengurus MJ Fatonah Sdn. Bhd.

Setelah setahun berkawan akhirnya mereka bertunang yang cuma mengambil masa tiga minggu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada 15 Jun 1991.

Sementara itu, secara berseloroh Mohamad Jamil mengakui, dia tertarik dengan Fatonah kerana bentuk badannya yang tidak kurus dan tidak gemuk.

Namun, keikhlasan Fatonah yang sebenar-benarnya membuka hati Mohamad Jamil untuk untuk menyunting wanita itu sebagai suri hatinya.

"Kami berkahwin sebaik saja saya menamatkan pengajian, kerja pun belum ada. Tetapi agaknya kerana rezeki perkahwinan, seminggu selepas itu saya dapat kerja walaupun jauh di Skudai, Johor.

"Selama setahun kami terpaksa tinggal berasingan kerana isteri saya masih belajar dan seminggu sekali saya berulang alik dari rumah di Sabak Bernam ke Johor setiap minggu untuk berjumpa dengannya," katanya.

Mengulas mengenai penglibatan mereka dalam bidang perniagaan, pasangan itu sanggup berhenti kerja kerana minat yang mendalam terhadap bidang penternakan selain faktor tekanan ketika bekerja di tempat lama.

Menurut Mohamad Jamil, kerja bersama-sama banyak kelebihannya kerana mereka boleh berbincang secara cepat dan bertukar pendapat secara bebas jika ada masalah terlintas terutama mengenai masalah syarikat.

"Walauapun sentiasa menghabiskan masa bersama, langsung tidak timbul rasa jemu di antara satu sama lain malah mengeratkan lagi perasaan kasih sayang antara kami berdua," kata Mohamad Jamil yang merupakan anak bongsu daripada 11 orang adik beradik.

Tambahnya, bagi memastikan rumah tangga sentiasa diberkati mereka sentiasa amalkan solat dan makan secara berjemaah di samping mementingkan kualiti masa bersama keluarga.

Hasil perkongsian dua jiwa ahli perniagaan ini telah memperolehi dua orang cahayamata iaitu Muhammad Khairul, 19, dan Muhammad Khairunnas, 15.

Jodoh tanpa restu ibu ayah, diri merana suami playboy

Posted: 10 Feb 2012 11:16 PM PST

SEPERTI juga kejayaan, kebahagiaan tidak datang bergolek malah harus dikejar setiap masa melalui persefahaman, tolak ansur serta saling sayang antara satu sama lain terutama dalam rumah tangga.

Kebahagiaan juga boleh menghancurkan masa depan bagi mereka yang mendirikan rumah tangga tanpa restu kedua-dua ibu bapa.

Terpanggil dengan isu ini saya ingin berkongsi cerita benar mengenai seorang isteri yang malu untuk balik kampung bertemu ayah dan ibunya selepas dicerai oleh suaminya.

Semuanya kerana dia telah berkahwin tanpa restu orang tuanya lapan tahun lalu dan sejak itu langsung tidak pernah menjenguk mereka sehingga di cerai oleh suami baru-baru ini.

Kini Farah (bukan nama sebenar), 33, berada dalam dilema sama ada mahu kembali ke pangkuan orang tua untuk meminta maaf atau terus menyepi diri bersama dua orang anaknya.

Kita ikuti kisah Farah seterusnya.

"Saya berumur 33 tahun, bekerja sebagai eksekutif di sebuah bank. Saya telah bernikah dengan suami, Fazlon, 35, (bukan nama sebenar) sejak lapan tahun lalu. Kami dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan berusia tujuh dan lima tahun.

"Saya bernikah dengan Fazlon tanpa restu orang tua kerana mereka tidak suka perangai suami yang menurut mereka tidak dapat membahagiakan saya kerana suka berlagak.

"Demi cinta saya ikutkan hati. Kami lari dan bernikah di sempadan. Setahun kemudian baru ibu bapa saya tahu kami telah bernikah. Mereka tidak mahu menerima suami saya.

"Akibatnya saya tidak pulang ke kampung sejak itu sehingga sekarang walaupun saya ada menghubungi adik-adik dan abang untuk memaklumkan keadaan saya dan keluarga setiap masa.

"Saya malu untuk balik kampung sebab memang perangai suami seperti yang ayah dan ibu katakan. Dia seorang yang sombong berlagak macam orang kaya dan suka berfoya-foya.

"Dua tahun bernikah dan setelah kami mempunyai seorang anak, baru saya nampak sikap sebenar suami. Selain suka berlagak dan berfoya-foya, dia juga ada ramai teman wanita.

"Hidupnya macam orang bujang, siang malam enjoy dan masa untuk saya dan anak-anak tidak pernah ada.

"Kerana sayang saya masih bertahan tambahan pula anak sudah bertambah. Suami melepaskan tanggungjawabnya terhadap anak-anak dan rumah tangga dan membiarkan saya seorang diri menguruskan perbelanjaan rumah, bayaran tadika anak dan perbelanjaan sekolah. Apabila saya minta duit, dia melenting.

"Saya juga telah banyak kali terserempak dia dengan teman wanitanya yang bertukar-tukar orang setiap masa. Ada ketikanya dia selalu out station, katanya urusan kerja sedangkan sebenarnya dia pergi bercuti dengan teman wanitanya.

"Lima tahun saya bersabar, akhirnya saya tidak tahan lagi dan bersemuka dengan suami untuk mendapatkan penjelasan. Dia mengaku semua perkara yang dia buat termasuk mempunyai ramai teman wanita.

"Saya tanya dia, kalau mereka boleh menghiburkan hati dia setiap masa, apa guna saya lagi dalam hidupnya? Dia menengking dan berkata saya mencabar kelakiannya. Saya sekadar mahukan penjelasan dan perhatian, itu sahaja dan tidak bermaksud untuk bertengkar dengan dia.

"Selepas itu suami asyik marah-marah dan menengking anak-anak tanpa sebab. Anak-anak juga mula takut dan menjauhkan diri daripada bapa mereka.

"Kemuncak kepada ketegangan hubungan kami ini berlaku dua bulan lalu. Secara tidak sengaja saya terbaca mesej yang dihantar oleh salah seorang teman wanitanya yang berbau lucah dan amat menyakitkan hati saya.

"Saya bertanya dia dengan cara baik tentang kesemua mesej yang sempat saya baca. Apa lagi dia melenting dan menampar saya kerana katanya saya menjaga hal peribadinya.

"Kalau saya sebagai isteri tidak boleh ambil tahu, apa hak saya lagi di sisinya. Dia asyik mencari kesalahan saya sahaja sedangkan kesilapan dia tidak nampak. Kami bertengkar hebat dan tentunya tubuh saya menjadi sasaran kemarahannya.

"Akhirnya terkeluar perkataan aku ceraikan engkau dari mulutnya. Saya tergamam. Terkejut dengan ayat itu saya menangis. Walaupun tidak ada saksi, pada saya talak itu sudah jatuh.

"Dia juga terkejut dan tergamam. Kami tidak berkata apa-apa selepas itu. Saya terus menangis sambil memeluk kedua-dua anak kami. Saya tidak tahu apa hendak dikata lagi selepas perkataan itu terkeluar dari mulut suami.

"Setengah jam kemudian suami berkata kepada saya yang dia akan keluar dari rumah dan tidak akan balik lagi. Dia minta saya jaga anak-anak dan jumpa dia di mahkamah untuk urusan selanjutnya.

"Saya hanya mampu menangis kerana terlalu sedih, saya terima ini sebagai ujian Allah kepada saya. Saya sedar, mungkin inilah balasannya untuk saya kerana mengetepikan ibu bapa saya ketika bernikah dulu.

"Sekarang saya sedar dan mahu bertaubat. Saya mahu kembali ke kampung untuk berjumpa ayah dan ibu dan meminta maaf. Saya tidak akan merayu kepada suami untuk menerima saya kembali. Saya tahu hubungan kami tidak mungkin akan pulih seperti sedia kala sebab perangainya yang buruk itu, tambahan pula saya sudah tidak ada hati lagi untuk dia.

"Saya mahu melupakan semua perkara yang berlaku dan berharap ada cahaya baru dalam hidup masa depan saya. Mujur selepas bernikah dulu kami telah mendaftar perkahwinan itu di sini, jadi saya tidak ada masalah untuk meneruskan perceraian.

"Saya mahu kembali kepada keluarga, kepada ayah dan ibu yang amat saya rindu. Walau apa pun sambutan mereka terhadap saya dan anak-anak saya akan terima walaupun saya diusir kelak. Saya reda dengan apa yang akan berlaku dan telah bersiap sedia untuk menghadapinya.

"Doa saya agar ayah dan ibu memaafkan saya dan menerima saya dan anak-anak semula. Semoga Allah kabulkan permintaan saya.

"Nasihat saya kepada wanita di luar sana yang ingin bernikah, jangan ketepikan ayah ibu dan keluarga. Restu mereka penting untuk kebahagiaan rumah tangga kita agar bahagia berkekalan sehingga ke syurga.'' Farah menamatkan cerita.

Kisah Farah amat baik dijadikan teladan oleh pasangan yang ingin bernikah. Saya setuju dengan Farah, restu ibu bapa amat penting dalam hidup berumah tangga.

Saya faham perasaan Farah dan kagum dengan ketabahannya menerima tragedi ini. Nasihat saya sila maklumkan apa yang berlaku anda di pejabat agama agar segala kekusutan dapat dirungkai. Yang penting pengesahan perceraian itu perlu dilakukan mengikut peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.

Kemudian Farah boleh meneruskan tuntutan yang lain untuk mendapatkan haknya dan anak-anak. Mudah-mudahan Farah dapat menghadapinya dengan tenang dan bersikap positif dalam meneruskan hidupnya bersama anak-anak.

Doa saya semoga Allah lindungi hidup Farah dan anak-anak serta ditemukan jodoh dengan lelaki yang baik-baik untuk membimbing Farah menjadi isteri solehah.

Menamatkan catatan, sepatah kata daripada saya: Sedih tidak bererti kita perlu menangis. Gembira tidak bermakna kita harus ketawa. Kedua-duanya, sedih dan gembira apabila dicantumkan boleh menjadi penawar bagi melihat kelemahan diri kita yang perlu dibaiki.

Salam.

Baju renang ikut syarat, syariat

Posted: 10 Feb 2012 11:15 PM PST


BAGI yang mahukan warna terang, baju renang ini boleh menjadi pilihan.


KESUKARAN mencari pakaian renang yang menutup aurat ketika mengikuti kursus berenang adalah titik tolak permulaan perniagaan sampingan Siti Fatimah Hassan, 28.

Sejak saat itu, dia berazam untuk memudahkan wanita Islam mencari penyelesaian baju renang yang sesuai untuk mereka.

Siti Fatimah melakukan pencarian menerusi pelbagai pembekal dan memilih yang terbaik serta berkualiti untuk jualannya.

Malah perniagaan yang dilakukan secara sambilan kerana masih menuntut di peringkat kedoktoran (PhD) ternyata disambut baik oleh para pelanggan.

"Mengenangkan seronok berniaga membuatkan saya memilih universiti tempatan untuk melanjutkan pelajaran walaupun ada tawaran untuk ke luar negara," jelasnya yang ditemui di lokasi penggambaran Taman Rekreasi Lembah Congkak, Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.

Baju renang muslimah yang ditampilkan Siti Fatimah memang ringkas dan menarik.

Malah penggunaan warnanya juga bersifat gelap dan tidak begitu menarik perhatian sebagaimana yang dimahukan oleh kebanyakan muslimah.

"Sejak memulakan perniagaan ini kira-kira tiga tahun lalu saya dapat lihat semakin ramai muslimah ingin memilikinya.

"Kebanyakannya terdiri dari para ibu yang sering menemani anak mandi di kolam renang. Keperluan mengikut syarat pakaian yang dibenarkan membuatkan para ibu memilih pakaian renang ini yang nyata ringkas, selesa dan menepati keperluan syarat pakaian di kolam renang," ujar Siti Fatimah yang memulakan perniagaan melalui Internet.

Menurut Siti Fatimah, potongan baju renang yang dijualnya bersifat slim fit, tetapi dia juga menerima tempahan untuk mereka yang berbadan besar.

"Saiz yang dijual adalah dari S hingga ke XXXL, bagaimanapun potongan saiz ini tidak sama dengan tubuh wanita Malaysia. Justeru saya menyarankan agar pelanggan memberikan butir tentang potongan tubuh, keperluan pakaian supaya mereka tidak tersalah beli, cara ini lebih memudahkan," ujarnya.

Baju renang tersebut diperbuat daripada fabrik jenis spandex dan lycra, malah motif yang digunakan juga lebih sederhana dan tampak profesional.

Menurut Siti Fatimah, potongan baju renang juga mudah dipakai kerana ia didatangkan dalam tiga bahagian iaitu baju (meliputi seluar dalam), seluar panjang dan tudung.

Bahagian baju juga disertakan skirt untuk penampilan yang lebih sopan.

"Saya melihat trend kebanyakan pelanggan memilih baju renang yang polos atau tiada corak sesuai dengan syarat utama untuk ke kolam renang terutama di hotel lima bintang.

"Kebanyakan pelanggan saya adalah dari orang perseorangan namun ada juga yang menempah untuk persatuan mereka.

"Setakat ini belum ada pelanggan saya memulangkan pembelian, malah mengulang pembelian dan mendapat promosi dari mulut ke mulut," jelasnya yang mendapat tempahan lebih kurang 60 hingga 70 pasang sebulan.

Cuppyz istimewa tanpa bahan pengawet

Posted: 10 Feb 2012 11:14 PM PST


Brownies coklat


Comel, cantik dan menyelerakan. Faktor itu menyebabkan 'kegilaan' orang ramai terhadap kek cawan seakan tidak ada penghujungnya malah semakin ramai pengikutnya.

Keadaan itu mendorong kemunculan ramai pengusaha kek cawan sama ada berskala kecil mahupun besar berlumba-lumba menampilkan kreativiti masing-masing dalam menghiasi kek cawan.

Antara pengusaha kek cawan terawal ialah New Sugar Creations yang baru-baru ini telah menjenamakan semula produknya dan kini dikenali sebagai Cuppyz.

Perniagaan yang diusahakan oleh Sharipah Rabiathul B. Sharbudeen, 36, bersama keluarga ternyata terus bertahan dan semakin mendapat sambutan.

Sahripah yang pernah bekerja di beberapa buah bank di ibu negara sanggup berhenti kerja bagi menumpukan perhatian kepada perniagaan yang diminatinya.

Dia mula menjinakkan diri dalam bidang pembuatan pelbagai jenis kek sejak kecil lagi.

Segala teknik pembuatan dan pemprosesan kek telah dipelajari daripada ibunya sendiri yang juga merupakan pengusaha kek.

Bercerita mengenai New Sugar Creations yang terletak di Ampang Park Kuala Lumpur, kata Sharipah Rabiathul, semua jenis produk yang dihasilkan menggunakan mentega asli bagi menjamin kualiti produk yang dihasilkan.

"Selain itu, kami tidak menggunakan bahan pengawet, tetapi menggunakan perasa buahan asli yang diperap bagi menyedapkan lagi rasa kek tersebut.

"Setiap hari kilang kami mengeluarkan sebanyak 3,000 biji kek cawan dengan pelbagai rasa dan corak menarik yang dijual pada harga serendah RM 3 sebiji.

"Corak dilukis sendiri atau berdasarkan tempahan yang dibuat pelanggan.

"Selain di bilik pameran di Ampang Park, produk kami juga terdapat di Great Eastern Mall dan Kuala Lumpur City Walk," katanya yang turut bertindak selaku pengurus New Sugar Creation.

Selain itu beliau berkata, bagi meluaskan lagi pasaran penjualan, syarikatnya sedang mencari pembekal di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya.

Tambahnya, selain kek cawan, syarikatnya juga membekalkan pelbagai jenis kek untuk majlis perkahwinan dan sambutan hari jadi.

"Kami juga menawarkan kursus atau kelas membuat kek cawan dan pelbagai jenis kek, serta menerima tempahan kuih raya dan hamper,"katanya.

Sebarang maklumat lanjut atau tempahan boleh hubungi 03-21629400 atau layari www.sugarcreationsmy.com.

Menyelamatkan nyawa dengan bank susu ibu

Posted: 10 Feb 2012 11:14 PM PST


Bayi pra-matang memerlukan susu ibu untuk membesar dengan sihat.


SEJARAH bank susu ibu bermula pada tahun 1910 di Washington, Amerika, hasil idea Profesor Talbot. Kaedahnya ialah dengan mengambil susu dari ibu dan diletakkan di suatu tempat yang kemudiannya diberikan kepada bayi yang memerlukan.

Idea ini kemudiannya diteruskan di Eropah pula oleh Dr. Marie, yang telah membuka sebuah bank susu ibu di Jerman. Kemudian disusuli oleh Profesor Nulong pada tahun 1947 di Paris, yang mana susu ibu diagihkan dan konsep tersebut dibawa sehinggalah ke hari ini.

Di Malaysia sendiri, kes-kes seperti kelahiran bayi pra-matang, kelahiran bayi oleh ibu penghidap penyakit berjangkit seperti HIV positif dan kelahiran kembar melebihi dua dan tiga jumlahnya, makin meningkat tahun demi tahun.

Kajian menunjukkan setiap bayi boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit kronik jika diberikan susu ibu pada hari-hari awal kelahiran, apatah lagi di dalam kes kronik seperti kelahiran pra-matang.

Ini membuatkan wujudnya keperluan untuk menubuhkan bank susu ibu di negara ini.

Bagi perunding laktasi, Nor Kamariah Mohamad Alwi, keperluan bank susu perlu dilihat secara lebih objektif iaitu untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan risiko penyakit kronik di kalangan bayi-bayi yang memerlukan.

Persepsi bahawa kewujudannya boleh menyebabkan percampuran nasab sepatutnya boleh ditangani dengan kaedah perlaksanaan yang lebih telus dan cekap.

"Kenapa tidak melihat keperluan bank susu seperti tabung darah? Konsepnya tetap ingin menyelamatkan nyawa manusia yang memerlukan.

"Mungkin pada pandangan sesetengah pihak, keperluan bank susu ibu di Malaysia masih belum mendesak. Tapi mengikut pengetahuan saya, keadaan keperluan di Malaysia tiada bezanya berbanding dengan negara lain yang telah melaksanakannya.

"Ini kerana jumlah kelahiran anak pra-matang di negara ini semakin bertambah.

"Bukan bermakna ibu kepada bayi ini tidak boleh menyusukan bayi pra-matang mereka sendiri tetapi kebiasaannya bayi-bayi ini perlu tinggal lebih lama di hospital dan kadangkala mengambil masa berbulan-bulan.

"Bagi ibu pula mereka mungkin tidak dapat tinggal lebih lama di hospital kerana masalah penginapan dan kemudahan di hospital yang tidak cukup.

"Sementara menunggu bekalan susu dari ibu mereka sendiri, alangkah baiknya jika bayi-bayi ini diberi bekalan susu ibu (jika ada) walaupun dari ibu lain. Ia jauh lebih bermanfaat berbanding jika terpaksa diberi susu tepung," jelas Nor Kamariah yang ditemui di pejabatnya, SusuIbu.com di Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Beliau berkata, implementasi bank susu ibu ini memang telah berjaya di beberapa negara.

Antara yang paling berjaya pengurusannya ialah Australia, malah tidak wujud isu nasab kerana kecanggihan sistem pengurusan itu sendiri.

"Dalam perlaksanaan bank susu di Australia itu, kebanyakan susu yang dikumpulkan adalah dari ibu-ibu yang melahirkan bayi pra-matang juga.

"Kebiasaannya, ibu yang telah melalui fasa pemulihan setelah melahirkan bayi pra-matang dan berasa lebih stabil, merasakan susu yang mereka perah untuk bayi sendiri melebihi daripada keperluan bayi mereka.

"Susu ini didapati boleh dimanfaatkan untuk pasangan ibu dan bayi pra-matang lain yang baru melalui proses ini.

"Oleh itu, susu tersebut akan dikumpulkan dan didermakan kepada bayi lain yang juga memerlukan susu ibu sementara menunggu ibu kandungnya berupaya mengumpul susunya sendiri.

"Konsep tolong satu sama lain di hospital tersebut memang satu usaha yang sangat murni," ujarnya.

Menurut Nor Kamariah, satu lagi keperluan mendesak di Malaysia ialah bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menghidap HIV positif.

"Bilangan ibu yang menghidap HIV positif memang semakin meningkat. Selepas kelahiran, polisi di Malaysia masih belum membenarkan ibu HIV positif menyusukan anak mereka.

"Memandangkan polisi kita menetapkan sedemikian adakah bermakna bayi itu tidak layak untuk mendapat susu ibu.

"Sekiranya ada bank susu ibu, maka anak itu boleh mendapat peluang untuk menikmati susu ibu daripada meminum susu tepung yang jauh kurang khasiatnya berbanding susu ibu," ujarnya.

Perlaksanaan PREM Bank

Dalam pada itu Nor Kamariah berkata, Perron Rotary Express Milk Bank (PREM Bank) di Australia adalah antara bank susu ibu paling berjaya dan kaedah mereka mungkin boleh dilaksanakan di negara ini.

Di PREM Bank rekod penderma dan penerima disimpan dengan baik dan saling dimaklumkan, justeru tidak timbul isu nasab.

Kaedah yang digunakan oleh PREM Bank memang terbukti bersistematik di mana prosesnya bermula dengan mendapatkan persetujuan ibu untuk mendermakan susunya.

Kemudian ibu itu disaring untuk memastikan tidak mempunyai penyakit bahaya dan seterusnya proses temu bual untuk mengetahui amalan pemakanan dan kehidupannya.

Ibu tersebut akan dibekalkan dengan bekas khas untuk mengumpul susunya, malah mereka juga dibekalkan pam susu untuk memudahkan proses pengumpulan susu sepanjang tempoh menderma.

Ibu penderma juga diajar kaedah bersih dan selamat untuk mengumpul susu dan semua maklumat tentang status susu dicatatkan secara sistematik.

"Setiap bekas susu itu ada tanda pengenalan dan susu itu akan disaring di bank susu dengan proses yang teliti, sama seperti proses saringan di tabung darah sebab tidak mahu membahayakan nyawa orang lain.

"Selalunya seorang ibu akan menghantar beberapa bekas susu. Kumpulan susu dari setiap ibu ini, kemudiannya dipastur secara berasingan.

"Kemudiannya ia akan dipecahkan kepada bekas-bekas yang lebih kecil bersesuaian dengan keperluan bayi untuk setiap suapan bersesuaian dengan pengambilan anak yang mengambil nanti mengikut, umur dan berat bayi itu sendiri.

"Data penerima dan penderma dicatat dengan lengkap dan bersistematik sebelum disimpan dalam pangkalan data yang diwujudkan.

"Ia adalah tanggung jawab badan tersebut untuk memaklumkan, sama seperti proses pengambilan anak angkat.

" Konsep bank susu ibu ini adalah untuk menolong anak tersebut membesar dan bukan dilihat dari perspektif pemilikan atau sebagainya," ujarnya.

Tambah Nor Kamariah, di Malaysia memang ada hospital yang sudah membuat tabung susu ibu ini.

"Bagi saya tidak ada salahnya anak itu mendapat ibu susuan. Kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku percampuran nasab (misalnya, perkahwinan adik-beradik susuan) ia lebih kepada isu memaklumkan. Menjadi tanggung jawab yang pihak terbabit (ibu bapa) untuk memaklumkan siapa ibu atau anak susuannya.

"Kita seharusnya mencari kesesuaian perlaksanaan agar hukum hakam tidak dilanggar tapi dalam masa yang sama ia harus diperhalusi. Objektif asal harus dikekalkan iaitu untuk menyelamatkan nyawa bayi.

"Selagi kita dapat penemuan baru, bukti terbaru, kaedah perlaksaan terbaru, mengapa tidak dibuka ruang perbincangan sebelum menentukan halal haram sesuatu tindakan murni seperti ini," ujarnya mengakhiri bicara.

Kasih sayang ibu untuk bayi

Posted: 10 Feb 2012 11:13 PM PST


Bayi yang diberi susu ibu secara terus mempunyai pertalian istimewa dengan si ibu.


SETIAP bayi yang dilahirkan di muka bumi ini berhak untuk mendapat susu dari ibu. Namun, barangkali tidak semua dari kita benar-benar memahami keperluan susu manusia untuk manusia ini.

Susu ibu yang Allah ciptakan ini adalah makanan terbaik untuk bayi berusia dua tahun ke bawah.

Konsultan pediatrik dari Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. M Kumari menyifatkan penyusuan susu ibu sebagai simbol kasih sayang utuh seorang ibu kepada bayi.

Berkhidmat di hospital yang juga dikenali sebagai hospital rakan bayi, Dr. Kumari, mengambil inisiatif memberitahu kepada ibu-ibu yang melahirkan bayi di situ akan kebaikan yang diterima hasil daripada penyusuan susu ini.

"Memang tidak syak lagi bahawa tiada susu lain yang boleh menggantikan khasiat yang terdapat dalam susu ibu itu sendiri.

"Walaupun kini terdapat pelbagai khasiat yang terkandung dalam susu formula seperti yang didakwa, ia masih tidak boleh menandingi kebaikan susu ibu dalam memenuhi keperluan bayi," ujar Dr. Kumari.

Tambahnya, tiga hari pertama selepas seorang ibu melahirkan bayi, susu yang dikeluarkan mengandungi kolestrum yang mana di dalamnya kaya dengan antibodi untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh bayi.

"Bukan itu sahaja, susu terawal ini juga kaya dengan protein yang membekalkan tenaga untuk bayi, malah kolestrum juga memberikan kesan yang baik buat sistem penghadaman si kecil.

"Mungkin ramai yang belum tahu bahawa kolestrum membantu mengeluarkan najis bayi yang pertama di mana proses tersebut amat penting bagi 'membersihkan' bilirubin yang berlebihan.

" Sudah tentu ia sekali gus akan melindungi bayi daripada terkena penyakit kuning," jelasnya.

Menurut Dr. Kumari, selepas tiga hari, konsistensi pengeluaran susu ibu akan berkurangan di mana susu akan berubah sifat menjadi sedikit cair dan ada unsur manis serta semakin hari rasanya semakin pekat.

Selain itu, penyusuan terus dari payu dara kepada bayi mewujudkan satu pertalian istimewa yang kukuh antara ibu dan anak, malah ikatan ini akan terus kukuh walaupun anak tidak lagi menyusu dari si ibu terbabit.

"Kajian telah dilakukan sejak dahulu lagi bahawa bayi yang disusukan ibu menjadi rapat dengan ibu sendiri walaupun mereka telah dewasa berbanding dengan bayi yang tidak menyusu badan," ujarnya.

Disebabkan terlalu banyak kebaikan yang diperoleh daripada penyusuan susu ibu ini, Kumpulan Penjagaan Kesihatan KPJ telah mengambil langkah pro-aktif untuk menggalakkan penyusuan susu ibu dengan melaksanakan polisi 'penyusuan susu ibu' di hospitalnya yang terpilih.

Ini bermakna, hospital terbabit mempunyai pegawai yang telah dilatih dengan ilmu laktasi dan berpengalaman dalam penjagaan selepas bersalin.

Hospital tersebut juga menganjurkan 'Minggu Penyusuan Susu Ibu' pada minggu pertama bulan Ogos setiap tahun untuk menambah kesedaran dan kepentingan susu ibu pada wanita bersalin.

Malah kepada bakal ibu, mereka turut diberikan kelas pra-natal yang mengajar teknik terkini penyusuan bayi mengikut gaya hidup dan tuntutan kerjaya masing-masing.

Bagi ibu yang baru pertama kali menyusukan anak mungkin pengalaman memberi susu ini adalah satu pengalaman yang boleh melemahkan semangat mereka.

Bagaimanapun, Dr. Kumari menasihatkan, ibu-ibu ini agar menggunakan pendekatan demand feeding, iaitu si ibu hanya memberikan susu kepada bayinya apabila bayi lapar dan hanya berehat bila bayi tidur.

Dalam kesibukan tuntutan kerja hari ini, beliau mengakui ramai ibu yang tidak dapat memberikan sepenuhnya susu ibu kerana kekangan masa.

Sedangkan seorang bayi ibu sebaiknya mendapat penyusuan eksklusif dari ibunya sekurang-kurang selama enam bulan.

"Sebab itu saya menggalakkan ibu yang bekerja supaya mengepam susu mereka dan berikan kepada bayi," nasihatnya.

Memberi susu ibu adalah tanggung jawab si ibu, namun suami atau bapa juga harus memainkan peranan penting sepanjang proses ini.

Bantuan yang boleh diberikan oleh para bapa ialah dengan melancarkan lagi proses tersebut.

Dengan 30 tahun pengalaman, Dr Kumari melihat sendiri betapa penyusuan susu ibu memberikan terlalu banyak kesan positif kepada ibu dan bayi.

Kempen anti denggi di sekolah

Posted: 10 Feb 2012 11:12 PM PST


Dr. Hasan Abdul Rahman (tiga dari kiri) dan Ramon Daez (kanan sekali) merasmikan Pertandingan Anti-Aedes Renjer Ridsect 2012 Peringkat Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan, Selangor, Johor dan Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


WALAUPUN jumlah kes denggi dilaporkan menurun sebanyak 15 peratus bermula 1 hingga 28 Januari tahun ini, namun peningkatan purata 14 peratus setiap minggu amat membimbangkan apatah lagi dengan peningkatan kes kematian.

Dalam tempoh empat minggu tahun ini sahaja terdapat enam kematian denggi dilaporkan berbanding dengan hanya tiga kematian dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

Setiap tahun, 20 peratus daripada jumlah keseluruhan kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara adalah daripada kalangan pelajar sekolah.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman, tahun lalu sebanyak 21 peratus atau 4,222 daripada 19, 884 kes yang dilaporkan adalah terdiri daripada pelajar sekolah iaitu 14 peratus (2,899) kes adalah pelajar sekolah menengah manakala tujuh peratus (1,323) kes lagi adalah pelajar sekolah rendah.

Tambah beliau, begitu juga tahun ini di mana terdapat 378 daripada 1,868 kes iaitu 20 peratus merupakan pelajar sekolah di mana 13 peratus (246) kes adalah pelajar sekolah menengah dan tujuh peratus lagi (132) kes adalah pelajar sekolah rendah.

"Bagi kes kematian denggi terdapat peningkatan 50 peratus pada tahun ini berbanding tahun lepas dan kementerian memandang serius akan situasi ini.

"Tiga negeri yang telah menyumbang kepada kes kematian denggi ialah Selangor dengan tiga kematian; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kematian dan Negeri Sembilan, satu kematian.

"Kes-kes kematian ini melibatkan pesakit berusia antara sembilan hingga 50 tahun di mana dua daripada enam kematian merupakan pelajar sekolah rendah yang berusia sembilan tahun dan seorang pelajar kolej berusia 18 tahun," ujarnya.

Beliau ditemui pada majlis perasmian Pertandingan Anti-Aedes Renjer Ridsect 2012, Peringkat Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan, Selangor, Johor dan Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Pertandingan tersebut yang memasuki tahun keempat itu membabitkan penyertaan seramai 2,000 pelajar sekolah menengah dari 100 buah sekolah.

Diterajui oleh jenama racun serangga yang terkenal di Malaysia, pertandingan tersebut dibuka kepada sekolah di bawah Kementerian Pelajaran di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor dan Pulau Pinang.

Pertandingan tersebut yang diadakan secara besar-besaran bukan sahaja melibatkan sekolah, guru dan pelajar bahkan kawasan kejiranan yang terletak di kawasan panas denggi.

Dalam pada itu, menurut Pengurus Besar, Kelompok Melayu S.C Johnson & Sons Malaysia, Ramon Daez, setiap tahun pertandingan tersebut telah mendapat sokongan daripada peserta dan juga masyarakat setempat.

Katanya, pertandingan yang mendapat kerjasama Kementerian Kesihatan ini akan dijalankan selama enam bulan bermula Januari lalu.

"Dalam pertandingan ini, pelajar akan berkunjung dari rumah ke rumah bagi memastikan kediaman bebas daripada risiko denggi.

"Aktiviti ini akan dijalankan pada setiap hujung minggu supaya tidak mengganggu waktu pembelajaran di sekolah.

"Pertandingan ini juga secara tidak langsung bertujuan memupuk kesedaran di kalangan komuniti tentang bahaya aedes dan denggi serta langkah proaktif yang perlu dilakukan dalam membanterasnya," katanya.

Tambah Ramon, secara kebetulan, kes denggi dalam masyarakat setempat ternyata berkurangan sepanjang enam bulan pertandingan diadakan di mana antara Januari hingga Julai tahun lalu, terdapat penurunan mendadak iaitu sebanyak 57 peratus.

Untuk itu, katanya, tahun ini pihaknya telah meluaskan pertandingan tersebut ke Pulau Pinang memandangkan negeri tersebut mencatat kes denggi kelima tertinggi seluruh negara.

Melalui pertandingan tersebut, pelajar-pelajar yang terpilih daripada setiap sekolah dikehendaki melaksanakan misi 'mencari dan menasihati' dalam kawasan kejiranan masing-masing.

Akan ditemani guru, pelajar-pelajar ini akan pergi dari rumah ke rumah untuk membantu jiran memastikan rumah mereka bebas daripada risiko denggi.

Pada masa yang sama, sekolah juga dikehendaki memastikan kawasan sekolah bebas daripada sarang pembiakan nyamuk aedes.

Pada akhir pertandingan, sekolah yang menang akan dipilih berdasarkan bilangan paling banyak rumah yang dikunjungi, diperiksa dan tidak ketinggalan kebersihan sekolah mereka.

Semua sekolah berpeluang untuk memenangi hadiah utama sebanyak RM10,000 selain hadiah sagu hati untuk tempat pertama, kedua dan ketiga yang juga berupa wang tunai dan hamper.

Secara keseluruhan, sekolah turut berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai dan produk bernilai lebih RM150,000 selain guru penasihat bagi sekolah yang mencatatkan bilangan paling banyak rumah yang diperiksa juga bakal memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.

Sebelum pertandingan bermula, semua guru dan pelajar yang terlibat dalam pertandingan ini akan diberi taklimat terperinci mengenai denggi dan pencegahan penyakit ini oleh pasukan petugas khas anti-denggi yang dilatih oleh Kementerian Kesihatan.

Setiap pasukan akan diberi senarai semak untuk membantu mereka mengenal pasti risiko denggi di rumah.

Senarai semak yang disediakan mengikut nasihat Kementerian Kesihatan ini termasuk semua tempat dan kawasan untuk diperiksa kerana dikhuatiri boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk di dalam dan luar rumah.

Jelas Ramon lagi, tahun ini pihaknya menetapkan sasaran sebanyak 120,000 rumah untuk diperiksa dan dinasihati.

Katanya, pihaknya yakin angka tersebut boleh dicapai menerusi usaha, dedikasi dan sokongan semua peserta.

"Meskipun pertandingan Renjer Anti Aedes Antara Sekolah 2012 menggalakkan semangat pertandingan persahabatan, ia juga penting untuk kita semua menyedari bahawa kejayaan dalam peperangan menentang denggi memerlukan kerja sama semua rakyat Malaysia.

"Kami telah lama terlibat secara aktif dalam kempen yang secara langsung membabitkan masyarakat dalam usaha untuk membantu membendung denggi.

"Kami juga komited untuk menonjolkan pentingnya usaha menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes dan penggunaan semburan racun serangga setiap minggu untuk membunuh nyamuk dewasa dengan berkesan dan memutuskan kitaran hidupnya," ulasnya.

Pihaknya juga percaya usaha mendidik dan menggalakkan masyarakat untuk mengambil pendekatan yang lebih aktif dan serius adalah sangat penting.

Oleh itu, tiada cara yang lebih baik untuk memulakan proses mendidik ini selain daripada memulakannya dengan sekolah dan warga muda.

Kenapa anak berbohong?

Posted: 10 Feb 2012 11:11 PM PST

MELIHAT anak-anak sedang membesar pasti berhadapan dengan pelbagai kerenah dan tingkah laku yang menyebabkan kadangkala ibu bapa hilang sabar.

Antaranya ialah tabiat suka berbohong.

Mungkin ada yang menganggap ia hanya sebahagian daripada proses pembesaran anak-anak tetapi sikap ini sebenarnya harus dikikis sejak usia muda lagi.

Dalam masa sama menurut Kaunselor Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN) Melaka, Latifah Md. Yusoh, ibu bapa juga perlu mengkaji kenapa anak bersikap sedemikian.

"Bagi anak-anak yang berusia dua tahun mereka tidak dapat membezakan realiti dan fantasi, justeru mereka akan berbohong akibat kekeliruan.

"Pada tahap ini ibu bapa tidak perlu risau kerana itu adalah proses perkembangan mereka,'' ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Bagaimanapun tegas beliau, ada juga yang sanggup berbohong semata-mata mahukan perhatian daripada seseorang.

"Dalam keadaan ini, anak-anak akan bertindak untuk mereka-reka cerita demi mendapatkan perhatian daripada seseorang. Menghadapi situasi ini ibu bapa perlu bertindak dengan meneliti kesahihan cerita dan jika mendapati anak berbohong pastikan mereka mengubah sikap.

"Sebagai ibu bapa kita boleh menghukum mereka dengan tujuan mendidik, namun hukuman itu biarlah munasabah,'' ujarnya lagi.

Kata beliau lagi, ada juga anak-anak bertindak untuk berbohong semata-mata kerana takutkan hukuman atas perbuatan yang kemungkinan mencetuskan kemarahan ibu bapa mereka.

Apabila kali pertama mereka mengaku perbuatan tersebut dan menerima hukuman, anak akan cuba berbohong bagi mengelak hukuman jika mengulangi kesalahan tersebut.

"Sikap ini akan membingungkan ibu bapa yang mungkin tidak dapat membezakan anak bercakap benar atau sebaliknya , jika dibiarkan anak akan terus berbohong sampai besar,'' ujarnya.

Menurut kajian, ibu bapa yang mendidik anak dengan konsep menerangkan mengapa berbohong itu tidak baik dan membimbing anak agar mengubah sikap, mendapati kekerapan berbohong berkurangan.

Latifah juga menyarankan agar ibu bapa jadikan anak-anak seperti kawan yang boleh berkongsi apa sahaja cerita dan tempat meluahkan rasa tidak puas hati yang terpendam.

Dengan cara ini katanya, ia mungkin dapat mengurangkan faktor untuk anak berbohong.

"Jika terlalu kerap menghukum pun lama-kelamaan mereka tidak akan takut dan paling teruk akan terus mengulangi kesilapan tabiat tersebut,"jelasnya.

Seeloknya kata Latifah, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dan jangan kerap berbuat janji yang tidak dapat ditunaikan.

Tekankan juga sikap jujur serta berterus terang terhadap anak, malah dalam masa yang sama tanamkan dalam fikiran anak-anak secara perlahan-lahan betapa buruk dan bahayanya berbohong.

"Kita sebagai ibu bapa harus bersikap terbuka terhadap anak-anak, jangan sampai mereka takut untuk bersuara, oleh itu jadilah pendengar yang setia untuk mendengar apa sahaja luahan mereka.

"Andai tahu anak masih berbohong jangan terus memarahi mereka sebalik gunakanlah psikologi supaya mereka tidak mengulangi perbuatan itu,'' tambah beliau lagi.

Apa pun kata Latifah, pendekatan agama adalah paling penting kerana anak-anak yang diterapkan dengan didikan agama tidak akan membuat perkara yang dimurkai oleh Allah, kerana berbohong adalah perbuatan berdosa.

Bergaya dengan koleksi Jimmy Choo

Posted: 10 Feb 2012 11:09 PM PST




SEMPENA musim Bunga/Panas 2012 tahun ini Jimmy Choo menawarkan pelbagai koleksi beg dan kasut dengan campuran warna dan rekaan menarik.

Koleksi ilham dari 1970-an ini menawarkan rekaan daripada suntikan Anouk Aimée cetusan filem Justine pada zaman kegemilangan tersebut.

Ilham diolah sebaik mungkin, lantas musim ini terhasil koleksi yang rata-ratanya bercetak corak sisik ular sawa, kulit lembu, kulit buaya yang menampakkan gaya ringkas dan menarik kepada si pemakai.

Variasi-variasi beg kulit mempunyai perincian sederhana dan poket depan yang mendedahkan satu kilauan tersembunyi di sebalik corak sisik ular sawa yang bertekstur.

Koleksi ini nampak berkilat dan menarik dengan warna seperti kuning terang, kerang dan jed.

Bentuk poket santai ini disambungkan lembut dan berstruktur dengan cengkaman mewah daripada kulit ular sawa.

Tailor, pula terdiri daripada koleksi sandal yang mempunyai baji penyumbat dengan belang gaya sniker.

Leor pula ditutupi dengan suede dan Letitia dengan ketinggian 145 sentimeter menampilkan kelainan berbanding koleksi sebelum ini.

Sementara, Baji Lucite capal mempunyai reka bentuk fesyen dengan mod grafik sesuai untuk tarian dan aktiviti dansa.

Ia adalah koleksi ikonik patut dimiliki dan yang pasti, ia pasti mampu memenuhi selera wanita kerana rekaannya klasik dengan taruhan warna yang pelbagai.

Terokai perkampungan nelayan Tanjung Balau

Posted: 10 Feb 2012 11:08 PM PST




BERCUTI ke Desaru, di Kota Tinggi, Johor, bakal memberikan pengalaman yang berlainan berbanding dengan pantai di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia.

Mendapat jemputan ke Pelangi Balau Resort sememangnya mengujakan lebih-lebih lagi agak lama penulis dan rakan-rakan sudah lama tidak bercuti di pantai.

Selama tiga hari dua malam berada di sana, kami terhibur dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur.

Bersantai sambil makan lokchin

Posted: 10 Feb 2012 11:07 PM PST


LOKCHIN merangkumi pelbagai jenis makanan laut segera dalam bentuk sosej, kek ikan, jejari dan bebola ikan yang mempunyai pelbagai perisa.


OKCHIN. Mungkin bunyinya agak pelik tetapi bagi yang pernah merasainya, pasti akan terus memasang impian untuk mencuba lagi keenakan makanan tersebut.

Makanan yang dikatakan berasal dari Siam itu sebenarnya telah lama popular di Perlis, apatah lagi ia boleh didapati dengan mudah di sepanjang pesisiran pantai Kuala Perlis.

Sebenarnya lokchin merangkumi pelbagai jenis makanan laut segera dalam bentuk sosej, kek ikan, jejari dan bebola ikan yang mempunyai pelbagai perisa, selain udang lipan, sotong dan telur puyuh.

Kesemua makanan itu dicucuk dengan lidi. Ia akan dibakar selama beberapa minit bagi membangkitkan aroma dan kemudiannya akan disiram dengan sos cili.

Sos cili yang dihasilkan daripada cili merah dan bawang putih itu cukup penting untuk menambah keenakan rasa lokchin.

Lebih menarik, lokchin kini menjadi pilihan sebagai makanan yang begitu popular di pesisiran pantai Kuala Perlis khususnya pada waktu malam.

Sambil bersantai menikmati hembusan angin laut yang menyegarkan pada waktu malam, lokchin satu-satunya pilihan makanan yang banyak dijual di situ.

Setiap hari, kawasan pesisiran pantai Kuala Perlis ini dipenuhi dengan gerai penjual lokchin antara lima hingga enam buah dan meningkat kepada 14 gerai menjelang malam minggu.

Seorang penjual lokchin, Amir Zainuddin, 35, memberitahu S2, beliau dan isterinya telah menjalankan perniagaan itu sejak tiga tahun lalu.

''Ruang yang menarik di tepi pantai ini didapati cukup sesuai untuk dijadikan tapak menjual lokchin," katanya.

Perniagaan itu juga dilakukan oleh adik beradiknya yang lain. Beliau menjual lokchin mulai pukul 3 petang hingga 4 pagi, setiap hari.

Walaupun dibuka awal petang tetapi biasanya pelanggan beliau lebih ramai menjelang malam.

''Cuaca malam yang sejuk amat sesuai untuk menikmati lokchin yang enak dimakan semasa masih panas-panas selepas dibakar," katanya.

Beliau berkata, setiap hari beliau akan menjual 30 jenis lokchin, antaranya sosej berperisa lada hitam, tom yam, beriani, bebola udang, bebola ketam, jejari ketam, telur puyuh, sotong dan sebagainya.

Biasanya, kata Azmi harga lokchin ini dijual daripada RM1, RM1.50 dan RM2 secucuk sahaja.

Katanya, selepas dibakar lokchin akan disiram dengan kuih cili.

"Kuah cili ini dihasilkan sendiri oleh isteri saya dan ia memainkan peranan penting bagi menambahkan lagi keenakan lokchin," tambahnya.

Seorang pelanggan, Fariza Diana Rooslan, 21, yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberitahu dia sering datang menikmati lokchin di situ bersama rakan sekuliahnya pada waktu malam.

Gadis ini memberitahu, dia mula menggemari lokchin ketika bersekolah di Kuala Perlis sewaktu mengikut ayahnya bertugas di pekan itu.

Katanya, antara pilihan lokchin yang paling digemarinya adalah perasa udang lipan yang berwarna hijau.

''Perasa ini adalah yang paling sedap sekali dan biasanya selalu habis cepat kerana ramai yang sudah tahu jenis ini antara yang paling enak dimakan," katanya.

Cukup lazat Nasi Arab LC Catering

Posted: 10 Feb 2012 11:07 PM PST


Set Nasi Arab berlaukkan daging kambing.


SEBUT sahaja Nasi Arab, masyarakat di Johor khususnya warga bandar raya Johor Bahru tidak perlu ke Lembah Klang untuk menikmati menu yang berasal dari Timur Tengah itu.

Orang ramai hanya perlu mengunjungi Restoran LC Catering yang terletak di Nombor 340 Jalan Beringin, Taman Melodi off Jalan Tebrau yang menawarkan menu tersebut yang cukup lazat dan tidak keterlaluan dikatakan rasanya setanding dengan Nasi Arab di tanah suci Mekah.

Pengurus LC Catering, Zaini Atan, 52, berkata, menu tersebut dihidangkan dengan tiga lauk pilihan iaitu kambing, lembu dan ayam serta acar dan sos cili segar.

"Kami sediakan tiga jenis lauk bagi membolehkan pelanggan memilih lauk yang digemari. Ini kerana berdasarkan kajian, ada pelanggan yang tidak makan kambing, jadi mereka boleh pilih lembu atau ayam, begitu sebaliknya," katanya kepada S2 baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum memperkenalkan menu itu, isterinya, Roslina Ahmad, 45, yang memang kreatif dalam mencari menu-menu baru mengambil masa enam bulan untuk menguji rasa, memilih jenis beras yang sesuai dan daging yang terbaik.

Zaini memberitahu, pihaknya turut menawarkan tiga set menu mengikut kemahuan pelanggan iaitu set individu, set untuk tiga orang serta set lima dan lapan orang, masing-masing berharga RM9, RM25, RM45 dan RM72.

"Bagi memastikan nasi yang dihidangkan lembut, kami menggunakan teknik memasak menggunakan periuk nasi combi yang diperbuat dari Jerman. Kami gunakan kaedah ini supaya nasi yang dimasak tidak menyimpan minyak dengan menggunakan beras bermutu tinggi iaitu daripada jenis moghul," katanya.

Walaupun baru diperkenalkan beberapa bulan lalu, namun sambutan terhadap menu baru itu amat menggalakkan.

Ini katanya dapat dilihat menerusi tempahan terutamanya untuk majlis keramaian termasuk perkahwinan dan pertunangan.

Hasil maklum balas yang diterima daripada pelanggan juga amat menggalakkan apabila ramai meminta LC Catering menjual menu terbaru itu di restorannya dan bagi memenuhi permintaan itu, beliau akan menawarkan menu tersebut mulai Mac ini.

Selain Nasi Arab, LC Catering yang sememangnya popular dengan hidangan ayam penyek di bandar raya Johor Bahru turut menawarkan menu lain seperti nasi serai berlauk sotong sambal dan udang mentega, makanan laut serta makanan barat.

Restoran berkenaan juga menghidangkan minuman segar yang menjadi kegemaran ramai iaitu jus jambu batu masam manis dan jus tembikai masam manis.

"Setelah mengusahakan perniagaan ini kira-kira 17 tahun lalu, perniagaan kami terus berkembang dengan pembukaan satu lagi cawangan, Sangkar Kristal yang dilengkapi dengan dewan banquet di Jalan Serampang sejak 2010.

"Bagi mengendalikan kedua-dua restoran tersebut, kami mempunyai 68 pekerja dan isteri saya menjadi 'orang kuat dapur," katanya.

Zaini berkata, demi memenuhi keperluan pelanggan, LC Catering turut menerima tempahan untuk majlis-majlis keramaian termasuk perkahwinan, pertunangan dan majlis rasmi anjuran agensi kerajaan, swasta dan perseorangan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh berhubung Zaini di talian 012-7708606 atau 07-3357355.

Penginapan selesa di tengah bandar

Posted: 10 Feb 2012 11:05 PM PST




PENGINAPAN selesa pastinya menjamin percutian yang menyeronokkan, selain menjanjikan momen terindah yang pasti akan tersemat 1,001 memori manis sebagai kenang-kenangan.

Di Kuantan, Pahang, Hotel MS Garden merupakan pilihan yang tepat kerana bukan sahaja perkhidmatan yang ditawarkan cukup sempurna dan memuaskan tetapi segalanya eksklusif.

Baik dari susun atur lobi, dewan utama, restoran dan bilik, semuanya pasti membuatkan anda terpukau terutama tatkala mata memandang dekorasi hotel yang cukup versatil.

Mungkin pengalaman pihak pengurusan dalam mengendalikan hotel berkenaan selama 16 tahun membuatkannya lebih peka dengan selera dan cita rasa pengunjung.

Menariknya, berkonsepkan hotel halal, semua makanan yang disajikan di empat outlet boleh dinikmati tanpa was-was bagi kalangan pengunjung Muslim.

Demi memastikan setiap pengunjung terutama yang beragama Islam berasa selesa, Hotel MS Garden sejak tahun lalu tidak lagi menghidangkan minuman keras kepada pelanggannya termasuk di restoran masakan Cina dan Barat di dalam premisnya.

Menurut Pengurus Besarnya, Muhamad Ngadi Leber, hotel setinggi 12 tingkat itu menawarkan harga yang cukup relevan dan berbaloi dengan kemudahan yang disediakan.

"Sebanyak 204 bilik disediakan dengan pelbagai saiz dan reka bentuk bagi memastikan setiap pengunjung dapat menikmati percutian yang selesa.

"Setiap bilik pula dilengkapi dengan penghawa dingin, katil saiz queen, almari, televisyen paparan hablur cecair (LCD), peti ais mini, cerek elektrik, sejadah, telekung dan seterika.

"Pengunjung juga bebas melayari internet di mana-mana sahaja dalam hotel ini kerana kemudahan WiFi adalah percuma," katanya kepada S2 baru-baru ini.

Tambahnya, Hotel MS Garden juga sesuai untuk golongan korporat atau kakitangan bagi mengadakan seminar, mesyuarat dan jamuan makan sama ada minum petang atau makan malam.

"Dengan tiga buah dewan (ballroom) sedia ada termasuk yang mampu memuatkan 1,000 orang dalam satu-satu masa, kami mampu memenuhi setiap permintaan penganjur seminar.

"Malah, tujuh buah bilik mesyuarat yang disediakan juga kadang kala digunakan oleh syarikat-syarikat korporat untuk menjalankan sesi temuduga pengambilan pekerja," ujarnya.

Lokasi Hotel MS Garden juga strategik iaitu terletak berhampiran kompleks beli-belah terbesar di Pahang dan kira-kira lima kilometer dari pusat peranginan seperti Teluk Chempedak, Pantai Balok, Pantai Batu Hitam dan Mini Zoo Teruntum.

Selain pakej dan lokasi yang menarik, hotel yang mempunyai reka bentuk seperti seekor singa sedang duduk ini turut menyediakan perkhidmatan sampingan seperti gimnasium, spa dan sauna, kolam renang serta surau.

Malah, surau yang dibina sejak dua tahun lalu di dalam bangunan hotel tersebut aktif menjalankan pelbagai aktiviti seperti tahlil, tadarus dan solat hajat.

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, surau yang boleh memuatkan 70 jemaah dalam satu masa itu akan mengadakan solat tarawih.

Dalam masa yang sama, hotel ini sering menawarkan pakej istimewa bertemakan perayaan atau apa sahaja peristiwa.

Sebagai contoh, setiap kali Ramadan, pasti kelihatan deretan 'bazar' di lobi hotel berkenaan yang menawarkan keperluan hari raya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories